Archive | Yusry Kru RSS feed for this section

6 Filem Di Pawagam Sehingga Mac

13 Jan

Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my

NOREIMI NADIA beraksi dalam babak filem Maut yang akan ditayangkan pada 15 Januari nanti.

Purata dua filem sebulan dengan menampilkan pelbagai genre

BERMULA dengan filem Maut yang akan mula ditayangkan pada 15 Januari ini, lima lagi filem tempatan sudah bersedia untuk ditayangkan setakat ini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2009.

Filem Maut arahan Badarudin Azmi terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) membariskan pelakon seperti Que Haidar, Eja, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Norieminadiya, Hasnul Rahmat, Raja Farah, Awal Ashaari dan Sabrina Hassan.

Menyusul selepas filem Maut, ditayangkan pula Sifu & Tongga arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen pada 29 Januari. Filem bercorak aksi dan komedi ini menampilkan lakonan Erra Fazira, Saiful Apek, Fouziah Gous dan Azad selain penampilan khas Datuk Jalaluddin Hassan, Ruminah Sidek, Jaafar Onn, Shamsul Ghau Ghau, Rozita Che Wan, Adrea Abdullah dan Iqram Dinzly.

Filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula terbitan Les’Copaque Productions Sdn Bhd pula menjadi filem tempatan pertama ditayangkan pada Februari nanti. Mula menemui penonton pada 12 Februari, filem arahan Nizam Razak dan lakon layar tulisan Muhammad Anas ini tergolong dalam filem genre keluarga, pengembaraan, animasi dan fantasi.

Ia mengisahkan Badrul mengajak Lim balik ke kampung datuknya untuk merasakan suasana musim durian. Tetapi percutian mereka bertukar menjadi pengalaman yang tidak disangkakan, apabila terbabit dengan pembongkaran misteri yang menyelubungi kampung datuk Badrul.

Bersama kawan-kawan baru mereka, Rajoo si pembisik haiwan, Ros si gadis kampung, dan adik kembarnya Upin dan Ipin, mereka bekerjasama untuk mendedahkan rahsia yang menghantui kampung itu.

Selepas menikmati filem animasi semakin baik dan tinggi mutu pembikinannya daripada karya anak muda tempatan, penonton dihidangkan pula dengan satu lagi filem arahan Profesor Madya A Razak berjudul Rasukan Ablasa pada 26 Februari.

Dibarisi pelakon seperti Jalaluddin, Aznah Hamid, Yusry KRU, Fouziah, Gambit Saifullah dan Almy Nadia, filem Rasukan Ablasa mengisahkan Omar yang memuja iblis untuk mendapatkan ketaatan isterinya Laila. Namun pemujaanya hanya menyebabkan isterinya menjadi curang.

Dalam keadaan marah, Omar membunuh Laila dan Nordin. Orang kampung mengetahui kejadian itu lalu membakar Omar dan rumahnya.

Kira-kira 50 tahun kemudian, Asyraf, cucu Omar, kembali ke tanah lapang di Kampung Bukit Gemuruh, tempat kejadian ngeri itu. Iblis yang tertanam di bumi hidup semula dengan kehadiran Ashraf. Dia dan kawan-kawanya Jimmy, Kim,Elly Ad, dan GG terjumpa peti pemujaan Omar yang mana terdapat alat muzik yang mengeluarkan bunyi aneh.

Pada 12 Mac pula, ditayangkan filem Sayang arahan Bjarne Wong yang juga penulis cerita asal selain lakon layar bersama Shariman Shafie. Filem ini menampilkan Samuel Rizal, Sharifah Amani, Ebi, Dafi, Smyth WOng dan Carmen Soo.

Filem Sayang mengisahkan Mia seorang gadis yang begitu taksub dengan tarian hip hop. Remi adalah seorang penari yang cukup berbakat dan berjaya menawan perhatian Mia. Mereka disertai Dafi dan Robby yang sama-sama mempunyai impian pertandingan tarian seluruh negara itu. Dengan kepercayaan yang teguh kumpulan mereka hampir memenangi satu pertandingan sehingga Remi rebah secara mengejut.

Pada tarikh yang sama iaitu 12 Mac, ditayangkan juga filem genre pengembaraan, seram dan misteri berjudul Jin Hutan. Filem berdasarkan skrip, lakon layar dan arahan Jeffrey Wong ini hanya mengetengahkan tiga barisan pelakon saja iaitu Jeffery sebagai Ah Chong, Zami Ismail (bomoh Pak Su) dan Opie Zami (bapa Aki).

Jin Hutan mengenai sekumpulan wartawan dari China dengan pertolongan wartawan tempatan membuat kajian mengenai tumbuh-tumbuhan di hutan tropika untuk majalah mereka. Sepatutnya ia adalah perjalanan yang santai tetapi mereka diserang oleh binatang yang ganas tanpa diketahui namanya. Wartawan itu kehilangan nyawa seorang demi seorang.

Berita Harian

Cicak Man 2 Gagal?

25 Dec


NORMAN dan adiknya, Yusry Abdul Halim perancang utama untuk kejayaan Cicak Man 2.

SELEPAS dua minggu filem Cicak Man 2: Planet Hitam ditayangkan di pawagam, filem tersebut dikatakan gagal mencapai sasaran awalnya iaitu sebanyak RM5 juta.

Jika filem pertama tahun lalu mencatat kejayaan luar biasa apabila pecah panggung sehingga mencatat angka RM6 juta, sambutan untuk kali ini tidak sama.

Justeru ada yang kata Cicak Man 2: Planet Hitam gagal mencapai sasaran diinginkan, selain gagal menandingi rekod pertama yang dicipta.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh penerbit filem Cicak Man yang juga Ketua Pengarah KRU Studio, Norman Abdul Halim.

Menurut Norman sememangnya benar sasaran asal kutipan tiket yang dijangka adalah lebih daripada RM5 juta, tetapi sehingga kini filem tersebut sudah meraih kutipan sebanyak RM2.7 juta semenjak ditayangkan bermula 11 Disember lalu.

“Filem Cicak Man bukan satu kegagalan, saya percaya selepas tarikh wajib tayang, filem ini akan mendapat kutipan sebanyak RM3.5 juta di panggung dan saya yakin perolehan luar panggung akan capai sehingga RM5 juta.

“Ini termasuklah tayangan di Indonesia dan Filipina tahun depan, selain jualan video serta hak siaran di televisyen,” jelasnya kepada Kosmo!.

Walaupun sasaran RM5 juta tidak menjadi, keadaan ini tidak mengecewakan. Ini kerana padanya ini adat orang berniaga tambahan pula, kala filem ini ditayangkan, persaingannya dilihat begitu sengit.

“Saya tidak kecewa, sebab satu faktor filem ini agak perlahan sambutannya kerana penayangan filem Hollywood yang tidak terkawal jumlahnya walaupun kita ada sistem wajib tayang.

“Bayangkanlah satu filem barat ditayangkan setiap minggu, dan filem tempatan pula setiap dua minggu sekali, jadi itu yang menyukarkan kedudukan filem ini,” ujarnya.

Tegasnya lagi, jika semua filem mahu disumbatkan dalam satu musim seperti musim cuti sekolah sekarang ini, pastinya menimbulkan masalah terutamanya daripada segi kutipan kerana penonton mempunyai banyak pilihan.

“Kebanyakan filem yang pecah panggung ditayangkan antara bulan Mac atau April, macam filem Duyung memperoleh RM4.7 juta, filem Jangan Pandang Belakang pun begitu juga.

“Kalau filem ini dapat ditayangkan pada bulan Mac atau April, mungkin boleh beri peluang dan kutipan mungkin lebih tinggi kerana tidak ada gangguan filem tempatan yang lain. Ini tidak, musim cuti sekolah inilah semua mahu serbu, macam mana nak capai kutipan yang besar,” ulasnya panjang lebar.

Sungguhpun begitu, Norman bukannya mempertikai kewujudan sistem wajib tayang kerana padanya sistem tersebut harus wujud demi memastikan periuk nasi penerbit tempatan lebih terjaga.

Bagaimanapun, tegas Norman, kawalan perlu dilakukan supaya filem tempatan yang ditayangkan tidak bertindih dengan filem tempatan yang lain, sekali gus menyumbang kepada kutipan rendah sesebuah filem.

“Harus diadakan kuota, kita hadkan filem yang masuk wajib tayang kepada empat filem sahaja. Memang ada penerbit besar yang keluarkan filem dengan jumlah yang banyak setahun, tetapi kena adillah kepada penerbit kecil. Saya rasa cadangan itu harus dipertimbangkan dan pada masa yang sama persaingan masih lagi wujud antara filem tempatan dan antarabangsa.

“Apa yang saya boleh katakan, dengan keadaan ekonomi sekarang ini mustahil untuk penerbit filem memperoleh kutipan seperti dahulu,” bicara Norman lagi.

Filem Cicak Man 2: Planet Hitam merupakan filem sekuel daripada filem Cicak Man yang diarahkan oleh pengarah yang sama dengan filem Cicak Man terdahulu iaitu Yusry KRU. – HARYATI KARIM

Kosmo

Julia Bukan Perampas

21 Dec

Oleh MAIAMALINA MOHAMED AMIN
maiamalina@hmetro.com.my

Rap

BERWAJAH Pan Asia selalu dikaitkan dengan kecantikan yang tiada tandingan. Apatah lagi jika dikurniakan tubuh tinggi lampai dan berkulit halus putih mulus, menambah lagi keunikan yang ada pada empunya diri.

Begitupun, aktres dan model popular, Julia Ziegler, 24, tidak pernah menggunakan kelebihan itu untuk menawan hati golongan VIP bagi menikmati kemewahan hidup dan kelihatan hebat di mata masyarakat.

Menurutnya, dia tidak perlu mencari penaja untuk hidup senang kerana dia masih ada kudrat untuk mencari harta sendiri. Atas sebab itu dia rela mengorbankan masa lapangnya dengan bekerja keras menjalani penggambaran drama dan filem.

Oleh itu sehingga kini adik kepada pemilik Niche Films, Linda Ziegler ini, menjelaskan hatinya belum dimiliki sesiapa kerana masanya banyak tertumpu pada kerja.

“Setakat ini saya masih bersendirian. Tumpuan sekarang lebih terarah kepada mencari rezeki dan mahu memantapkan kerjaya sebagai pelakon serta model.

“Saya mahu memuaskan hati keluarga, terutama orang tua saya. Saya teringin sekali menyenangkan mereka dan membalas semula segala penat lelah mereka menjaga saya dulu.

“Sebaik segala impian ini tercapai, baru saya akan memikirkan mengenai diri sendiri, termasuk mencari pasangan hidup,” katanya yang bakal muncul dalam telefilem Jawa berjudul Wak.

Menyelak gosip cintanya terdahulu, anak ketiga daripada empat beradik ini pernah digosip berpacaran dengan Raymee Innuedo dan Yusry KRU. Dia juga dikatakan pernah mendampingi Bard R1.

Tidak cukup dengan itu, wanita cantik ini dikhabarkan bercinta dengan pelakon dan pengarah muda, Pierre Andre, namun menafikan mereka ada hubungan istimewa. Sebaliknya menjelaskan mereka hanya berkawan rapat sehingga terdedahnya gosip cinta Pierre dengan Maya Darina Dahlan, baru-baru ini.

Terbaru, pemilik nama penuh Julia Bob Fauzi Ziegler ini dicanang memadu kasih dengan aktor yang juga suami kepada pelakon wanita popular, selepas kedua-duanya dilihat mesra sambil minum bersama di sebuah restoran.

“Mana dapat cerita ini pula. Saya dengan pelakon itu tiada hubungan istimewa melainkan rakan seperjuangan dalam dunia seni. Apatah lagi kami beberapa kali digandingkan bersama dalam drama.

“Saya tidak mahu menjalin hubungan dengan lelaki yang menjadi hak orang lain, sama ada bergelar suami atau teman lelaki. Kalau saya berkawan dengan suami atau tunang orang sekalipun, saya akan pastikan rapat dan mesra juga dengan isteri mereka untuk mengelak prasangka buruk.

“Memang begitu cara saya. Saya tidak akan membiarkan diri terdedah dalam bahana cinta suami atau tunang orang. Biar saya sendirian tanpa sesiapa, asalkan tidak digelar perampas hak orang,” katanya.

Julia tidak mahu dilabel peminat sebagai perampas suami orang. Sementelah lagi senario industri seni tempatan kebelakangan ini dicemari insiden perceraian artis, termasuk kes popular Abby-Norman-Memey.

“Saya tidak mahu menjadi antara yang terbabit dalam kes sedemikian, sebab itu saya tegaskan tidak berhasrat main mata dengan kepunyaan orang lain. Seboleh mungkin mahu mengelak perkara sedemikian terjadi.

“Mengenai gosip saya keluar dengan pelakon lelaki itu, saya akui ada keluar minum bersamanya, tetapi tidaklah semesra seperti digambarkan. Lagipun saya dan isterinya berkawan rapat. Dia tahu kami keluar atas urusan kerja,” katanya.

Mengenai jejaka pilihan hatinya, pelakon utama filem seram, Jangan Tegur ini menjelaskan, tiada kriteria tertentu ditetapkan untuk memilih pasangan hidup. Cukuplah jika lelaki itu seorang yang memahami.

Menurutnya, dia tidak terlalu cerewat memilih kawan, cuma lebih senang jika dapat berdamping dengan orang yang memahami kerenah, corak kerjanya dan boleh menyesuaikan diri dengan keluarga tercinta.

“Saya tidak menetapkan kriteria tertentu untuk mencari calon suami, cuma mahukan seorang yang memahami dan pandai mengambil hati saya. Tidak kisah dia daripada kalangan artis mahupun orang luar. Yang penting, dia tahu kerja saya bagaimana dan tidak cemburu buta.

“Namun buat masa ini saya belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Belum bersedia dan tidak sampai seru lagi. Lagipun perjalanan masih jauh. Karier saya baru hendak berkembang,” katanya.

Pun begitu, Julia tidak menetapkan tempoh masa untuk mendirikan rumah tangga. Semuanya bergantung kepada jodoh. Dia juga tidak mahu menetapkan jarak usia tertentu dengan calon suami kerana menganggap semua itu di luar kuasanya.

Sehubungan itu, dia tidak menolak jika dijodohkan dengan lelaki seusianya atau lebih muda daripadanya. Julia juga menerima jika takdirnya bersama lelaki berusia. Namun biarlah perbezaan dalam jarak 10 tahun, tidak lebih daripada itu.

Harian Metro

Tidur Baring Di Studio – Gara-Gara Cicakman

3 Sep

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my


SELURUHAN karyawan Cicakman 2 mengharapkan agar filem ini meraih lebih banyak kejayaan berbanding sebelumnya.

SEKUEL kedua filem superhero milik Malaysia, Cicakman 2 – Planet Hitam mungkin akan tercatat sebagai filem termahal yang pernah dibikin. Itupun jika kos keseluruhan termasuk kos untuk imej janaan komputer (CGI) yang dikerjakan sendiri oleh pengarahnya Yusry Abdul Halim diambil kira secara berasingan.

Dengan lebih 800 syot CGI yang boleh menelan kos ratusan ribu ringgit serta tiga pasang kostum baru untuk watak Cicakman dan Rrama yang mencecah puluhan ribu untuk setiap sepasang, kos pembikinan filem kedua Yusry ini cukup membuktikan keberanian KRU Studios dalam menaik-taraf idea superhero mereka menjadi legasi, sebagaimana hero-hero komik barat yang digilai sedunia.

“Kalau nak dikira semua kerja-kerja CGI dan komputer grafik yang digunakan untuk filem ini, kosnya akan menjadi satu angka yang tidak masuk akal.

“Tapi semuanya dibayar dengan titik peluh saya sendiri kerana kerja-kerja itu dibuat secara dalaman,” beritahu Yusry. Tidak hairan pengarah muda ini sanggup tidur baring di studio selama berbulan-bulan selama menyiap Cicakman 2 – Planet Hitam yang dijadualkan tayangan pada musim cuti sekolah, Disember ini.


YUSRY dan dua ‘wira’ ciptaannya di alam khayalan.

Menurut pengarah muda ini juga, jangka masa yang diambil untuk menyiapkan CGI sahaja mengambil tempoh yang panjang iaitu selama tujuh bulan.

“Saya berkurung dalam studio dan tak pedulikan dunia luar, sebenarnya filem ini baru siap, baru sebulan lepas ia siap sepenuhnya. Sekitar setahun lepas, fokus saya hanyalah untuk filem ini. Itu pengalaman yang benar-benar menguji ketekunan saya,” ujar Yusry yang kelihatan cengkung dan matanya sedikit lebam mungkin kerana kurang tidur demi menyiapkan bayi keduanya ini.

Walaupun sekuel pertama Cicakman berjaya mencapai kutipan RM6.7 juta dan meraih kutipan tertinggi bagi filem tempatan pada tahun 2006, itu bukan jaminan bagi KRU Studios untuk mengulangi sejarah yang sama hujung tahun 2008 nanti.

Mahu bercuti panjang dan membebaskan diri daripada tekanan kerja sepanjang Ramadan ini, kata Yusry, pihaknya hanya mampu mensasarkan jadual tayangan yang sesuai dan promosi yang menyeluruh tetapi kuasa beli terletak sepenuhnya di tangan peminat dan pencinta filem.

Alasan Yusry, keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu khususnya akibat kenaikan harga minyak adalah faktor utama.

Ekoran kenaikan harga minyak juga, bukan filem tempatan sahaja yang harus berdepan risiko bahkan kutipan filem antarabangsa juga terjejas.

“Sudah tentu saya menaruh harapan untuk filem ini mencapai kutipan pecah panggung tetapi saya perlu berpijak di bumi nyata dan mengakui keadaan pasaran sekarang.

“Biarlah sasaran yang diletakkan logik dan tidak terlalu tinggi,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman kerjasama antara KRU Studios dan Celcom (M) Bhd, baru-baru ini.

Kata pengarah muda itu lagi, filem yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak selama 35 hari akhir tahun lalu menjalani proses pasca produksi hampir setahun termasuk proses CGI.


PERTEMBUNGAN kuasa baik dan jahat akan melahirkan banyak konflik dalam Cicakman 2.

Keperluan dan kewajaran menggunakan CGI bukanlah semata kerana filem berkenaan sebuah filem superhero tetapi faktor geografi serta lokasi penggambaran yang digunakan tidak banyak membantu kehendak skrip.

Menurut Yusry lagi, filem pertama Cicakman lebih bersifat eksperimental dan banyak kekurangan. Hasil maklum balas yang diterima Cicakman 2 – Planet Hitam diharapkan dapat mengisi segala kekosongan yang ditinggalkan oleh Cicakman yang pertama.

Fokus dan perincian Cicakman 2 – Planet Hitam boleh dilihat menerusi kostum baru Cicakman dan watak-watak jahat seperti Rrama, banyak adegan aksi serta pertarungan dan pembaikan jalan cerita yang tidak terlalu bersifat komedi.

“Jangan anggap filem ini bukan lagi filem komedi cuma jalan ceritanya agak berat sedikit berbanding yang pertama kerana Cicakman kali ini mempunyai banyak konflik, tanggungjawab dan banyak musuh. Komedi tetap ada, inikan filem lakonan Saiful Apek,” kata Yusry sedikit bertegas.

Dari segi aksi lagak ngeri pula, ada yang dilakukan pelakon asal sendiri serta menggunakan khidmat pelagak ngeri dan membabitkan teknik CGI. Ada pelakon seperti Saiful Apek yang sanggup melakukan sendiri aksi ngeri, tetapi terpaksa ditolak kerana bimbang terjadi perkara yang tidak diingini.

Menyuntik elemen komersial dan menjadikan promosi filem ini lebih agresif, sepuluh lagu baru dicipta sebagai lagu tema dan dimuatkan dalam album runut bunyi Cicakman 2 – Planet Hitam antaranya Planet Hitam (Tyco), Dibius Cinta (Melly Goeslow dan Yusry KRU) serta Mau Yang Besar (Pianka).

Lagu Dibius Cinta menjadi lagu duet pertama Melly Goeslow bersama artis Malaysia. Kata Yusry, tidak sukar berkerjasama dengan Melly kerana penyanyi dari seberang itu begitu mudah menyatakan kesediaan memberikan komitmen.

“Itulah walaupun filem Cicakman sekadar menjengah ke pasaran Indonesia, namun impaknya dapat dirasai. Kebetulan anak-anak Melly minat filem Cicakman, apabila kami memberikan tawaran ini, Melly terus bersetuju dan turut memberi idea untuk pembikinan video klip lagu berkenaan,” jelas Yusry mengenai usahasama dan video klip bersama Melly yang dilakukan di Indonesia itu.

Cicakman 2 – Planet Hitam masih mengekalkan pelakon asal seperti Saiful Apek sebagai Cicakman/Hairi, Aznil Nawawi (Profesor Klon), AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost). Filem ini turut dibintangi muka baru seperti Sharifah Amani (Iman), Tamara Blaszenky (Rrama) dan Louisa Chong (Miss Cheef) selain penampilan khas daripada Linda Onn dan Julia Zieglar.

Lebih menggembirakan Yusry, apabila awal-awal lagi Cicakman 2 – Planet Hitam menempah nama di luar negara apabila menerima penghormatan rasmi untuk ditayangkan sempena World Premier di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-13 pada 2 hingga 10 Oktober.

“Itu yang membanggakan saya kerana biasanya filem-filem bercorak drama yang akan ditayangkan pada festival sedemikian. Mungkin pemilihan dibuat memikirkan Cicakman 2 – Planet Hitam sebuah filem superhero dari sebuah negara kecil seperti Malaysia,” kata Yusry bangga.

Filem yang akan mula menemui penonton di 60 pawagam tanah air pada 11 Disember ini akan ditayangkan di empat negara apabila Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) akan mengedar untuk pasaran Malaysia dan Brunei, Cathay-Keris Films Pte. Ltd. (Singapura) dan PT Tripar Multi Vision Plus (Indonesia).

Filem terbitan KRU Studios dengan kerjasama GBSB ini juga baru sahaja selesai proses pembikinan ‘A Print’ di Bangkok, Thailand dan mendapat kelulusan penuh daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia dengan klasifikasi untuk tontonan umum (U).

Mengenai kerjasama antara KRU Studios dan Celcom yang dimeterai baru-baru ini, sebagai rakan pakatan perniagaan tau lebih tepat lagi penaja rasmi, Celcom menawarkan banyak tawaran menarik khususnya buat bagi pelanggan Celcom.

Naib Pengerusi Kanan Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy berkata, sebagai penaja utama, Celcom menawarkan kandungan mudah alih yang menarik kepada peminat antaranya nada dering monofonik, polifonik, logo operator, trailer dan banyak lagi berkaitan filem ini.

Bagi mevariasikan koleksi peribadi para peminat, terdapat juga produk Cicakman yang boleh diperoleh antaranya siri komik, barangan sekolah, buku warna dan novel. Paling terbaru, kini turut dipasarkan novel Rrama, watak baru yang diperkenalkan dalam Cicakman 2 – Planet Hitam.

Kosmo

Weekend Watch: Konsert Jom Heboh Live From Malacca

4 Apr

Catch Jaclyn in Hot FM Big Jam Concert (TV9, tomorrow, 9pm) and Konsert Jom Heboh (TV3, Sunday, 9pm).
Catch Jaclyn in Hot FM Big Jam Concert (TV9, tomorrow, 9pm) and Konsert Jom Heboh (TV3, Sunday, 9pm).

KONSERT Jom Heboh is carried “live” from Ayer Keroh, Malacca over TV3 on Sunday at 9pm.

Nielsen appears in Basic (RTM2, Sunday, 3pm)
Nielsen appears in Basic (RTM2, Sunday, 3pm)

The artistes featured include Elyana, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Hattan, Ziana Zain and Meet Uncle Hussain.

Jaclyn, Adibah and Meet Uncle Hussain are also featured in tomorrow’s Hot FM Big Jam Concert over TV9 at 9pm. This event was held on Feb 23 at Dataran Petaling Jaya in conjunction with the radio station’s second anniversary. Other artistes include Sofaz, Misha Omar and Indonesian band Ungu.

Music On 8 tomorrow (8TV, 11.30am) will feature rock group Switchfoot. English singer James Blunt is featured in An Evening With James Blunt on Sunday (RTM1, 11.30pm).

Catch the delayed telecast of the F1 World Championship race from Bahrain in Saudi Arabia (Sunday, RTM1, 12.30am).

New series Malaysia My Second Home takes off over ntv7 on Sunday at 4pm. It looks at the lives of foreign expatriates and their contributions towards Malaysia’s development.

Catch the making of hot local race movie Evolusi: KL Drift in The Making of … Evolusi: KL Drift over 8TV (11.30am) and ntv7 (1.30pm), both on Sunday.

TOMORROW

Panggung Sabtu (TV3, 2.02pm) — Viruddh
A wealthy couple is shocked to be told that their darling son who has been killed in a fight could have been involved with drugs. Starring Amitabh Bachchan, Sharmila Tagore and John Abraham.

Hong Retro (ntv7, 3pm) — Secret Service of Imperial Court
When a member of the Secret Service disobeys an order to kill during the training, it’s up to the member’s brother, who is the Secret Services’ chief, to mete out the punishment. Starring Liang Chia-jen and Liu Yung.

Chinese Movie (8TV, 9.30pm) — The Spy Dad
James Bon is a famous action superstar, but in real life he is such a coward. However, he is forced to change after his family is put in danger. Starring Tony Leung Ka Fai, Jordan Chan and Teresa Mo.

SUNDAY

Sunday Day Time Special (RTM2, 3pm) — Basic
A DEA agent investigates the disappearance of a legendary Army ranger drill sergeant and several of his cadets during a training exercise gone awry in this action-packed film. Starring John Travolta, Connie Nielsen, Samuel L. Jacson and Tim Daly.

Pesona 3 (TV3, 3pm) — Kuliah Cinta
Best friends Jojo and Faramy’s relationship is threatened by Faramy’s interest in a freshie named Ayu. Starring Erra Fazira and Yusry KRU.

Sinema (TV9, 10pm) — Aida Shada
Aida and Shada are twins, but their personalities are like chalk and cheese. While Aida is hardworking, Shada socialises with her friends too much and constantly gets into trouble. Starring Tiara Jacquelina, Jit Murad and Khaty Azian.

Powered by New Straits Times

Siapa Kekasih Julia Ziegler?

30 Mar

Bintang filem baru yang semakin harum namanya, Julia Ziegler di gosip bercinta dengan ramai lelaki. Mula-mula dia dikatakan bercinta dengan Yusry Kru.

Lepas tu pula dikaitkan dengan artis baru Bard R1. Dan yang terbaru Pierre Andre pula. Pening kepala nak fikir yang mana satukah pilihan hati Julia ni?

Ada yang berkata entah-entah Julia ni saja nak cari publisiti murahan atau nak tumpang glamor. Semasa berborak dengan Julia baru-baru ni Niezam tanya dari mulut dia sendiri antara tiga lelaki yang dikaitkan itu, yang mana satukan dia bercinta?

Kata Julia seorang pun dia tak ada perasaan itu. Bukan saja sedetik tetapi besar kuman pun tak ada. Kalau tak ada kenapa boleh timbul cerita dia bercinta?

“Sebenarnya saya ni suka berkawan dengan orang tanpa memilih pangkat dan darjat. Apabila kita berlaku baik mulalah orang menganggap kita ni bercinta.

“Terus terang saya katakan memang perasaan nak bercinta itu sedikit pun belum ada. Berita yang mengaitkan saya dengan beberapa orang artis sekadar memeriahkan dunia hiburan. Itu saja,” jelas Julia.

Biasalah tu, orang cantik macam Julia memang ramai yang nak berkawan rapat dengannya dan sebagai pendatang baru, Julia memang mudah didekati kerana sifatnya yang tidak ada penyakit sombong.

Gara-gara gosip itu jelas Julia dia takut orang menuduh perangainya suka mempermainkan perasaan orang. Sedangkan sikap sebenarnya suka menambahkan lagi kenalan.

Dengan penjelasan Julia ini tentunya mereka yang terpesona dengan raut wajahnya ada peluang lagi nak masuk jarum. Harap Julia pandai-pandailah membawa diri ya.

NIEZAM: Sesiapa orang lelaki nak rasa gula-gula herba ‘power’ boleh telefon Kasmadi – 013-7540009. Boleh tersengeh katanya.

Powered by Utusan Malaysia

Twice As Good

27 Feb

Indonesian actress Revalina S. Temat takes on dual roles in her latest TV series — playing a mean character at that! — but, as HIZREEN KAMAL finds out, her fans still adore her.

IT was her role as the good and kind Alya in Bawang Merah Bawang Putih, which shot Indonesian actress Revalina S. Temat to fame in Malaysia.

In this popular Indonesian series, which was aired over TV3 last year, Revalina, or fondly known as Reva, put on a great performance as Alya who is constantly tortured by her stepmother, Rika Sumanto and her daughter, Siska.

Now this 22-year-old beauty is back with another Indonesian series called Dara Manisku, a 72-episode drama, which made its debut on Jan 2. It comes on every Monday to Friday at 1.30pm over ntv7.

To date, response has been very good, with the number of viewers increasing from 200,000 to 400,000 currently.

This time around, the Jakarta-born lass takes on dual roles — as the mean Cleo and as the kind and poor Dara.

While Reva is satisfied with her performance, she admits that there are times when she’s “confused” over the two characters.

“But after awhile, I got the hang of it. These roles will certainly give my fans a different perception of me as an actress,” she said.

Reva added that those who had been following the drama series would dislike Cleo.

“Well, if my fans hate her, that means I have succeeded in fleshing out the character.

“Cleo’s extent of dreadfulness is worse than that in Bawang Merah, acted by Nia Ramadhani in the Bawang Merah Bawang Putih drama series.”

In Dara Manisku, her co-stars are Bertrand Antolin (who plays Daniel), Andrew White (Andrew), Jonathan Frizzy (Jonathan) and Roy Marten (Reno).

Reva is relieved that the feedback from her Indonesian fans are positive.

“They did mention that I am not suitable to play such a mean role. They think my face is too sweet to play an evil character,” she said, laughing.

Reva was a model before becoming an actress in 2002.

Among the television series which she had acted in are Percikan, Sangkuriang, Cintaku Di Kampus Biru 2 and Hikmah 2.

For the big screen, she had starred in Pocong 2 and recently, Cintaku Forever with Yusry KRU.

Reva who is in the final year of her Bachelor’s degree in mass communication, said she always had to make sure her classes did no clash with the shooting.

“Acting is in my soul and I am blessed that my family has given me the green light to pursue it.”

Reva revealed that acting alongside Yusry KRU was a “great experience”.

“Besides being a great actor, he is also very professional,” she said, adding that she would love to act with him again if the opportunity arose.

Films appeal to her more than TV as it does not take much time and gives her greater satisfaction.

“If given the chance, I’d love to act in an action movie or romantic comedy,” she said.

Powered by New Straits Times