Archive | November, 2005

Siti Nordiana – Terima Wang Hantaran RM17,000

30 Nov

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

TERSENYUM MANIS… Siti Nordiana tenang menerima cincin pertunangan daripada ibu Faizal.

PADA 20 November lalu, Achik Spin melangsungkan perkahwinan. Beberapa hari selepas itu, penyanyi Syura pula bertunang. Ahad lalu (27 November), pasangan duet Achik, Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana pula melangsungkan pertunangan dengan Faizal Yusup,27, di rumahnya di Kuala Lumpur.

Pastinya ramai mengetahui, Nana telah hampir setahun berkawan dengan Faizal, pelakon drama Zarin Zarina, Atas Nama Cinta, Neon dan kini bakal muncul dalam filem baru, Gong.

Mengambil keputusan bertunang pada bulan kelahirannya, Nana dengan gembira bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan sambil menepis dakwaan sesetengah orang yang beranggapan ikatan pertunangannya terjadi untuk mengaburi kekecewaannya terhadap perkahwinan Achik yang pernah digosipkan dengannya.

“Saya dah tahu orang akan cakap macam tu. Sebenarnya saya tak rasa apa-apa. Saya tidak berniat begitu pun. Sebabnya saya memang tak rasa kecewa langsung apabila Achik kahwin. Malahan saya gembira lagi sebab gosip antara kami tidak akan diperkatakan lagi.

“Kebetulan tak sangka bulan ini Achik kahwin, Syura bertunang. Semuanya satu kebetulan. Saya memilih bulan ini sebab bulan kelahiran saya yang ke-21.

Asalnya nak buat masa hari jadi saya pada 22 November. Tapi tarikh tu jatuh pada hari Selasa. Orang ramai bekerja. Tak sesuai kalau nak membuat jemputan,” kata Nana yang nampak manis mengenakan pakaian tajaan Persona Butik dan dihias cantik oleh Aim pada petang itu.

Tambahnya lagi, keputusan untuk bertunang diambil kira selepas kedua-dua pihak berbincang bersama-sama.

“Saya fikir lebih baik bertunang daripada berkawan lama-lama. Keluarga kami pun menasihatkan lebih baik ada ikatan. Tak eloklah sebab kami selalu keluar sama. Lagipun rasanya saya pun tak nak main-main lagi. Benda baik apa salahnya disegerakan,” kata Nana yang enggan menyatakan tarikh perkahwinannya.

Majlis pertunangan berlangsung dengan meriah pada petang tersebut dengan dihadiri hampir 200 tetamu terdiri daripada saudara mara Nana, Faizal dan para peminat. Pihak lelaki hadir bersama rombongan 10 buah kereta.

Upacara menyarung cincin di jari manis Nana disempurnakan oleh ibu Faizal sendiri. Faizal yang berbaju Melayu sedondon hanya hadir seketika dan terpaksa pulang awal kerana mempunyai urusan lain.

Wakil Faizal membawakan 15 dulang barangan bertemakan biru serta wang hantaran RM17,000 dan dibalas oleh pihak perempuan 13 dulang barangan berwarna merah dan putih.

Apa pun sekalung tahniah MEGA ucapkan kepada pasangan tersebut kerana bijak memilih untuk membina sebuah ikatan bagi melerai segala persoalan yang bermain di minda peminat selama ini. SELAMAT BERTUNANG!

Powered by Utusan Malaysia

Rock – Cetusan Pengalaman Mamat Khalid

29 Nov

Oleh ABD. AZIZ ITAR

PARA pelakon filem Rock selepas pratontonnya diadakan di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

MUZIK rock yang pernah mencetuskan fenomena dalam industri muzik tempatan pada pertengahan tahun 1980-an telah memberi ilham kepada Mamat Khalid, 43, untuk mengarah filem terbarunya berjudul Rock.

Filem keempat arahannya itu dihasilkan bagi mengimbau nostalgia yang pernah dilalui oleh para pemuzik dan peminat rock tempatan.

Menurut Mamat, dia turut memaparkan pengalaman yang dilaluinya sewaktu era kegemilangan muzik rock itu dalam filem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd., tersebut.

“Ketika tahun 1980-an saya juga salah seorang peminat rock di mana ketika itu saya berusia 23 tahun dan bermain keyboard dalam sebuah kumpulan bernama Drop Out.

“Kumpulan saya itu juga pernah menyertai pertandingan Battle Of The Band sama seperti yang dilalui oleh kumpulan Rimba Bara dalam filem ini.

“Bagaimanapun kumpulan saya berpecah apabila setiap anggota membawa haluan masing-masing. Saya pula berkahwin pada 1987,” katanya sewaktu ditemui selepas pratonton filem itu di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Malah, Rock juga meninggalkan kenangan mendalam terhadap Mamat apabila bekas anggota kumpulannya, Jijo Alfonso Pareira Abdullah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

“Jijo adalah seorang kawan rapat saya yang baru memeluk Islam. Dia bermain bass dalam Drop Out di mana watak itu dilakonkan oleh Khir Rahman dalam filem ini,” ujarnya.

Kata Mamat, dia juga melakukan pelbagai kajian selain menyelitkan pengalamannya sendiri sebelum penggambaran filem itu dijalankan.

“Antaranya saya jumpa beberapa orang penggiat muzik rock dan penganjur pertunjukan pentas seperti Ali Bakar dan Syed Yusof Jamalullail bagi mendapatkan maklumat tentang kumpulan-kumpulan rock tahun 1980-an.

“Ali Bakar misalnya beri saya peluang melihat gambar-gambar dan poster-poster kumpulan rock lama. Saya juga meminjam dan menggunakan 20 gitar untuk filem ini,” ujarnya.

Jelas Mamat, dia menaruh keyakinan Rock bukan sahaja mampu meninggalkan nostalgia kepada peminat rock tetapi tetapi juga bukan peminat rock.

“Walaupun tidak minat muzik rock tetapi bagi yang meminati filem komedi, Rock banyak memaparkan adegan-adegan lucu,” katanya lagi.

Bagi mempromosikan Rock, tiga buah lagu baru telah dijadikan lagu latar dalam filem yang akan ditayangkan di pawagam mulai 8 Disember ini.

“Tiga lagu itu berjudul Satu Tika Dulu, Kathy dan Zack dan Sentuhan Kidal. Tiga lagu itu akan dimuatkan dalam sebuah album soundtrack filem ini.

“Album itu akan diterbitkan oleh GBSB bersama sembilan lagi lagu-lagu lain antaranya lagu Sejuta Wajah (Sweet Charity), Dari Sinar Mata (BPR), Belaian Jiwa (Carefree) dan Panah Beracun (Ramli Sarip).

“Saya harap lagu-lagu itu akan membantu menarik para penonton berkunjung ke pawagam untuk menyaksikan filem ini,” ujarnya lagi.

Rock yang menelan kos termasuk promosi berjumlah RM1.4 juta dibintangi oleh Hasnol Rahmat, Khir Rahman, Nabila Huda, Que Haidar, Azmi Baharom, Soffi Jikan dan S. Amin Shahab.

Filem ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan rock, Rimba Bara yang bercita-cita untuk mengembangkan muzik rock yang mereka perjuangkan.

Rimba Bara melalui pelbagai rintangan termasuk daripada keluarga masing-masing untuk merakamkan album sendiri dan mencipta nama sebagai artis rock.

Powered by Utusan Malaysia

SEA Games: Brunei Bags 1 Silver, 2 Bronze Medals On Second Day

29 Nov

Brunei Darussalam so far has bagged one silver and two bronze medals in the SEA games.

Sim Chuang Hiang secured the silver in the Karate Do Kumite event after defeating B.V Bang of Vietnam.

Dayang Farah Waheeda Haji Bujang was awarded the bronze in the Tae Kwan Do Bantam weight category.

While Tong Kit Siong bagged the other bronze medal in the Karate Do Kumite 70 kilogrammes and below category.

Meanwhile Brunei’s Crown Prince Muhtadee Billah, partnering Randy Wong advanced to the semi finals in the eight ball billiard tournament after defeating Indonesian players 9-8.

However, the pair went down to hosts Philippines, ending their chance to the finals in a match held Monday afternoon.

In the match to vie for the bronze, Prince Muhtadee and Randy Wong played Tay Choon Kiat and Chan Kong Kwang of Singapore and lost 9 – 6.

Present to watch the match was Her Royal Highness Princess Sarah.

Meanwhile Prince Haji Sufri Bolkiah, the President of Brunei Darussalam’s National Olympic Council consented to view the venues for the skeet and trap shooting events. /ha – Radio TV Brunei

23rd SEA Games in Manila: Channelnewsasia.com special coverage >>>

Powered by Channel News Asia

Achik, Tasha Sama Cantik, Sama Padan

23 Nov

Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN

ACHIK, Tasha…Sama cantik dan sama padan.

Sama cantik dan sama padan itulah yang boleh dikatakan kepada pasangan pengantin muda ini. Achik Spin dan Tasha telah selamat diijabkabulkan pada Jumaat lalu dengan sekali lafaz di hadapan Imam Masjid Sungai Landak, Ampangan, Negeri Sembilan.

Dengan mas kahwin sebanyak RM48, anak kelima daripada 10 beradik ini memberikan wang hantaran RM15,000 dan barangan hantaran sebanyak sembilan dulang berbalas 13 dulang.

Ahad lalu, kedua-dua mempelai diraikan pada majlis persandingan di rumah keluarga lelaki. Pengantin tiba tepat pukul 1.45 petang disambut dengan iringan paluan kompang dan berzanji.

Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md.Shaari dan Tasha atau nama sebenarnya H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof tiba dengan penuh keceriaan pakaian pengantin berwarna merah jambu yang ditaja oleh T.H Collection.

Melangkah perlahan, kedua-duanya diiring duduk di atas pelamin yang sedia menanti di luar rumah. Ini memberi peluang kepada tetamu yang hadir, menyaksikan upacara menepung tawar mempelai.

Penuh adat istiadat, selesai upacara menepung tawar, Achik dan Tasha di bawa makan beradat pula.

Dianggarkan seramai 800 tetamu hadir pada majlis persandingan Achik di Seremban itu.

“Alhamdulillah, tetamu yang hadir melebihi dari yang dijangkakan. Terima kasih kerana hadir dan saya gembira dengan kedatangan semua pihak,” kata Achik dengan nada yang cukup gembira.

Para tetamu pada majlis itu turut dihiburkan dengan nyanyian dari anggota keluarga Achik. Sesekali dihiburkan juga dengan celoteh deejay yang tak jemu-jemu mengusik mempelai.

Mengakui cintanya pada Tasha sebagai cinta pandang pertama, kata Achik, dia bersyukur dengan kehidupannya kini.

“Pertama kali terpandangnya, hati saya tersentuh dan saya yakin dialah pilihan hati saya selain cantik di mata, banyak lagi yang menarik hati saya untuk memilih dia sebagai teman hidup saya,” kata Achik yang mengenali Tasha sejak tiga tahun lalu setelah diperkenalkan oleh abang Achik sendiri.

“Dengar-dengar syarikat rakaman saya, FMC mahu menaja bulan madu saya. Tapi belum ditentukan destinasinya. Tapi saya tak boleh nak berbulan madu jauh-jauh sebab paspot Tasha dah hilang.”

Begitu kata Achik ketika ditanyakan tentang perancangan bulan madunya ketika ditemui selepas majlis persandingannya.

Namun kata Achik, dia akan memilih satu destinasi yang menarik untuk dijadikan tempat bulan madunya.

“Buat masa ini saya akan menetap di Seremban dulu. Bulan depan baru saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan karier saya seperti biasa.

“Lagipun album duet bersama Nana (Siti Nordiana) akan berada di pasaran. Insya-Allah pada hujung bulan ini,” kata Achik.

Powered by Utusan Malaysia

Konsert Mawi Disabotaj?

8 Nov

KUALA TERENGGANU 7 Nov. – Konsert Semurni Aidilfitri yang menampilkan juara bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, sebagai artis undangan utama hambar apabila hanya kira-kira 2,000 penonton hadir menyaksikan konsert itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dekat sini malam ini.

Keadaan itu mengejutkan penganjur yang sebelum ini menyasarkan 10,000 penonton dari seluruh negeri akan hadir pada konsert tersebut berdasarkan populariti Mawi.

Sambutan dingin itu sekali gus menimbulkan spekulasi sama ada benar konsert yang menampilkan Mawi disabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam laporan media hari ini, pengarah konsert tersebut, Ahmad Shukri Mansor mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai pembatalan Konsert Semurni Aidilfitri menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bertujuan menggagalkan konsert tersebut.

Konsert yang dianjurkan oleh Kelab Remaja Islam (KRIM) dengan kerjasama Cosmopoint Sdn. Bhd. itu sepatutnya bermula pada pukul 9.45 malam terpaksa dilewatkan setengah jam setelah mendapati bilangan penonton yang kurang memberangsangkan itu.

Selain Mawi, konsert bersempena Aidilfitri julung kali diadakan di negeri itu disertai artis ternama tanah air iaitu Nash dan dua kumpulan nasyid Saujana dan Haikal serta penyanyi nasyid solo baru, Amar.

Konsert yang pada mulanya lesu, diceriakan dengan persembahan bekas penyanyi kumpulan rock Lefthanded, Nash yang menyampaikan dua lagu lamanya yang terkenal iaitu Ku Di Halaman Rindu dan Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi.

Hujan renyai kira-kira pukul 10 malam sebaik sahaja kumpulan Saujana meneruskan persembahan mereka.

Kemunculan Mawi selepas 10 minit kemudian akhirnya menghangatkan suasana konsert itu apabila sebilangan besar penonton yang sebelum berlari mencari tempat teduh kerana hujan renyai mula kembali ke tengah padang untuk menyaksikan persembahannya dari dekat.

Mawi yang lengkap memakai baju Melayu Johor tradisional memulakan persembahannya dengan lagu Nour El Ain diiringi kumpulan Haikal.

Anak muda dari Felda Andak Taib, Muar, Johor itu bijak berinteraksi dengan penonton apabila berjaya memeriahkan suasana dengan mengajak tiga penonton menyanyikan lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda bersamanya dan sempat memberikan duit raya kepada penonton bertuah.

Mawi yang menyanyikan tujuh lagu turut berduet dengan Nash menerusi dua lagu iaitu Zapin Budi dan Gadis Melayu.

Beliau turut mendendangkan lagu yang pernah dibawanya pada konsert AF3 iaitu Oh Fatimah dan lagu ciptaan M. Nasir Aduh Saliha mengakhiri Konsert Semurni Aidilfitri itu.

Powered by Utusan Malaysia