Archive | Sheikh Haikel RSS feed for this section

Dansa Bergaya

2 Feb

Trio remaja ligat tampilkan kreativiti menghibur hati

Oleh
Siti Nur Ida Mohamed Ali
Mahasiswa NUS

BERDANSA bukan saja untuk menampilkan bakat terpendam. Berdansa untuk mengetengahkan gaya hidup sihat.

Daripada 25 penyertaan yang diterima, hanya lapan finalis antara usia 13 dengan 25 tahun telah berentap kemahiran menari dalam peringkat akhir peraduan berdansa, GATSBY Styling Dance Contest di Zouk, baru-baru ini.

GATSBY Styling Dance Contest merupakan pertandingan baru yang bertujuan menyediakan pelantar bagi remaja menunjukkan bakat mereka.

Selain Singapura, pertandingan ini dijalankan di enam negara lain iaitu Jepun, Hongkong, Korea, Taiwan, Indonesia dan Malaysia.

Setiap pemenang bagi setiap negara pula akan bertanding di peringkat akhir Asia di Tokyo, Jepun, bulan depan.

‘Pertandingan ini ditujukan khas untuk orang muda dan sekali gus memberikan mereka kesempatan mempamerkan minat mereka yang mendalam, kreativiti dan gaya mereka menerusi tarian.

‘Muzik dan tarian merupakan dua ciri sejagat yang boleh dinikmati orang muda di seluruh Asia. Mereka juga boleh mengaitkan diri dengan dua ciri itu kerana ia bertenaga, seronok dan menghiburkan.

‘Ini selari dengan penonjolan jenama Gatsby yang seronok, bertenaga dan bergaya. Lantas, pertandingan konsep sedemikian diadakan,’ jelas Encik Mitsuhiro Yamashita, Pengurus Besar dari Jabatan Operasi Antarabangsa, Perbadanan Mandom, selaku penganjur.

Menurut Perbadanan Mandom, pertandingan ini hanya dibuka kepada pelajar dan memberi mereka peluang bertanding dengan peminat tarian dari Singapura mahupun dari luar negara.

Bukan itu sahaja. Pemenang pertandingan akan dapat mewakili Singapura dan bertanding dengan pemenang dari enam negara di peringkat akhir di Tokyo, Jepun pada 28 Februari depan untuk merebut gelaran penari pelajar terbaik di Asia.

Ini merupakan satu peluang yang tidak harus disia-siakan bakat muda untuk menukar dan mempelajari idea baru dari peminat tari yang lain dan juga mengamati budaya gerak tari di Jepun yang selalu di tangga pertama dalam trend-trend baru.

Pengadil-pengadil peraduan ini pula bukan calang-calang orang. Mereka adalah George Chan (seorang penari dan aktivis teater veteran dan salah seorang pengadil The Dance Floor); Sheikh Haikel (penghibur hip hop tempatan yang tidak asing lagi dan juga deejay radio) dan Rosalyn Lee (deejay saluran radio Perfect 10 dan peminat tarian). Mereka diberi tugas memilih wakil dari Singapura berdasarkan kriteria penilaian iaitu teknik tarian, keaslian, jenaka dan kreativiti.

‘Pertandingan Gatsby merupakan pertandingan yang unik kerana ia memerlukan peserta menggabungkan produk-produk Gatsby di dalam gerak tari mereka. Ini menguji kreativiti dan saya terhibur dengan semangat yang ditonjolkan oleh peserta-peserta ini,’ ujar Sheikh Haikel yang diundang mengadili pertandingan ini sejurus beliau selesai mengadili pertandingan Gangstarz.

Pertandingan ini juga bukan hanya fokus kepada penari sahaja. Sebuah Anugerah Khas Gatsby turut disampaikan kepada mereka yang mempunyai keaslian, jenaka dan kreativiti di dalam gerak tari mereka. Lantas, penganjur mahu melibatkan semua anak muda yang bukan sahaja peminat tari tetapi juga suka akan jenama Gatsby.

Di kalangan mereka yang mengambil bahagian, kumpulan Ultimate Dance Crew adalah yang paling bertuah kerana menggondol Anugerah Khas berupa wang tunai $300 dan hamper Gatsby kerana keaslian dan kreativiti mereka yang cukup terserlah.

Mereka bukanlah kumpulan yang asing kerana pernah menjuarai RP Hip Hop pada 2006 dan Asia Pacific Dance Explosion di Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada Shahril Azlin Jaslin, 16 tahun, Muhammad Shazran Amran, 16 tahun, dan Muhammad Shahiran Amran, 14 tahun. Shazran dan Shahiran adalah adik-beradik.

‘Shahril yang tinggal di Woodlands akan datang ke Tampines untuk berlatih bersama. Kami hanya berlatih dua minggu. Minggu pertama, kami mereka tari mengikut lagu yang dimuat turun daripada laman Gatsby. Minggu kedua kami gunakan untuk memperbaiki gerak tari kami,’ jelas Shazran yang merupakan ketua Ultimate Dance Crew.

Bukan itu sahaja. Ibu-ibu ketiga-tiga anggota Ultimate Dance Crew begitu bersemangat membantu mereka dari segi pakaian dan sokongan moral.

Cik Siti Hairani Saleh, 45 tahun, ibu dua beradik itu menyatakan bahawa mereka akan memikiran tema dan kemudian memberi cadangan kepada mereka.

Kadangkala Cik Siti Hairani harus memaksa mereka bertiga memakai baju yang telah dipilih kerana mereka enggan memakai baju yang telah dicadangkan.

Sungguhpun begitu, kumpulan Floor Techniques Crew muncul sebagai juara nasional di Singapura dan mereka akan berlepas ke Tokyo, Jepun, untuk bertanding bersama pemenang-pemenang negara lain.

Buat masa ini, Perbadanan Mandom sedang dalam perancangan menganjurkan pertandingan peringkat Asia sebegini sebagai acara tahunan, walaupun ia tidak semestinya berpusar pada bidang tarian.

Matlamat jangka panjang mereka ialah menyatukan pengguna Gatsby sedunia melalui acara-acara kreatif yang lebih membina dengan lebih kerap lagi.

Cyberita

A Golden Effort

26 Aug

One Nation Emcees comprising (from left) Kozae, Jojoe, Mimie and Zydee with their trophies and mock cheque.
One Nation Emcees comprising (from left) Kozae, Jojoe, Mimie and Zydee with their trophies and mock cheque.

Local act One Nation Emcees did Malaysia proud at the recently-concluded Gang Starz contest. DENNIS CHUA writes.

ON the very day when the Beijing Olympics came to a close with host China deemed the overall winner, TV3’s annual “Asean Pop Olympics” or Gang Starz heralded host Malaysia’s first “gold medal”.

Crowd favourite One Nation Emcees, a Kedah-Sabah hip-hop/pop act affectionately called Malaysia’s answer to Black Eyed Peas, emerged as the second annual winner of Gang Starz, beating fellow home team Akasia, Indonesia’s D’Reborn and the Philippines’ 3.5 and Paragon Child.

During the finals at Stadium Malawati, Shah Alam at 9pm on Sunday, the energetic group comprising Kedahan beauty Shamimi Amalina Norhisham (Mimie), 21, and Sabahans Fareezan Murtaza (Kozae), 25, Norzaidi Edris (Zydee), 26, and Hasan Baias (Jojoe), 32, clearly impressed all the four judges.

Permanent judges Ajai and Sheikh Haikel as well as guest judges Syafinaz Selamat and Filipino producer Audi Gemora gave them 35 stars (or points), the highest score for the evening, while fans delivered them the lion’s share of Short Messaging Service (SMS) votes.
The charismatic quartet not only took home the grand prize of US$100,000 (RM320,000) and a recording contract, but also a four-day/three-night holiday in Bali, awarded to the most popular group in terms of SMS votes.

Lead vocalist Mimie, who joined the group this year, said its victory was for all Malaysians.

“We thank all our fans in Malaysia and Asean. We had a great time and made a whole new bunch of friends,” she said, adding that the other four finalists gave them a tough fight, especially Indonesia’s D’Reborn.

Group leader Kozae, who formed the group with Zydee four years ago and recruited Jojoe in 2006, said: “Our trainers and advisers, especially Azmeer, pushed us hard to come this far. We’d like to dedicate this victory to them.”

Media Prima Bhd group chief executive officer for television networks Datuk Seri Farid Ridzuan said One Nation Emcees received 40 per cent more SMS votes than its nearest contender.

“The group clearly showed us it was the crowd favourite for the evening. Together with the other four finalists, it has set high standards of performance for its successors,” he said, adding that the show was likely to be back next year.

One Nation Emcees and its competitors performed in two sets each.

For its first act, the winning team sang a medley of Give It To You, Kuda Hitam, Madu Dan Racun and Don’t Phunk With My Heart.

Its stylish, energetic dance moves complete with leap-frogging acts had the crowd roaring and cheering.

Sheikh Haikel and Gemora praised the group’s creativity in fusing traditional pop and hip-hop, while Ajai hailed it as a truly Malaysian and Malay hip-hop sound.

Syafinaz praised Mimie for her strong vocals and described her as the “show stealer” of the evening. However, she advised the quartet to improve its overall vocal prowess.

The group’s second set was a collaboration with pop yeh-yeh king Jeffrydin which featured his hits Mas Mona and Kenanganku.

Sheikh Haikel, Ajai and Gemora described the performance as spot-on while Syafinaz described it as “strange but very entertaining”.

All-boy group Paragon Child comprising Rainner Melgarejo, 24, Jerwin Nicomedezi, 18, and Julius Lacandula, 20, failed to “blaze” in its first set, a collaboration with Ezlynn featuring Hi Hi Bye Bye and Hips Don’t Lie.

All four judges felt that the group “held back” too much and allowed the Ipoh-born singer and former Mentor host to shine.

Rainner, Julius and Jerwin redeemed themselves in their second set, singing a medley of Sayang Sayang, Seribu Tahun, It’s Gonna Be Me and Impossible Dream.

Syafinaz said the trio clearly shined in ballads, with group leader Rainner possessing the best vocals.

All-girl trio 3.5 sang two duets, Ceritera Cinta and Endless Love with Abdullah “Lah” Ahmad of V. E.

Sheikh Haikel found the singers Stephanie Lazaro-Bainbridge, 28, Sherylad Deza Virgen, 27, and Jellica Mateo, 24, a “little nervous” but hailed their great on-stage chemistry with Lah, whom Gemora likened them to Jim Carrey at certain stages of the duets.

Stephanie, Sherylad and Jellica also performed commendably in their second set, singing Survivor, Power Of Love, Deja Vu and Proud Mary.

However, Syafinaz and Ajai cautioned them about “screaming” too much.

The sole Indonesian group D’Reborn comprising siblings Christy Marian Marcelona, 23, and Raymond Colliam Loke, 22, and their close pals Alex Nubatonis, 23, and Daniel Tomodok, 28, had a slightly “messy” start in the eyes of the judges.

The group which performed Because Of You, Taman Rashidah Utama and Roman Picisan in its first set was described by Syafinaz as “rather nasal” and “too controlled”.

However, it impressed the judges in its second set, a duet with Dayang Nurfaizah that consisted of the songs Seandainya Masih Ada Cinta, London Bridge and Baby Boy.

Sheikh Haikel said the group’s performance went “up one notch” and he and Syafinaz agreed that Dayang brought out the best in the quartet.

Finally, the other Malaysian group Akasia comprising Suria Ramlan, 26, Siti Halijah Dolah, 27, Noorhafizah Sulaiman, 20, Nurul Ahmad, 25, and Ezdianie (Nanie) Omar, 22, appeared to have found its identity in both sets.

Performing Layar Batuta, Salam Terakhir, Destinasi Cinta and Joget Siapa Dia in its first set, the all-girl quintet was criticised by Syafinaz and Ajai for lacking intensity despite its vocal harmony.

In its second set, which comprised a medley of Ting Ting, Dondang Dendang and Hatinya Tak Tahan performed together with ethnic pop queen Noraniza Idris, the quintet was praised by all of the judges for giving its best performance.

The 13-programme Gang Starz 2 began on May 11.

The process for determining the winners remained the same as last year – 50 per cent was based on the judges’ marks and the remaining half on viewers’ SMS votes.

Hosted by award-winning rocker Faizal Tahir of One In A Million fame and award-winning television and radio personality Fara Fauzana Mohd Fadzil of Hot FM and Melodi fame, it also saw performances by guest artistes Matta and Season One champion The Lima, both from Indonesia.

The contestants’ team of advisers comprised composer and lyricist Azhar Abu Bakar (or Azmeer), singer Damien Seet of V.E. and choreographer Sazlan Mat Adnan.

The concert was televised live over TV3.

More than 10,000 people attended the event.

Azmeer said One Nation Emcees had been one of the most consistent groups in the contest and had a strong chance of winning from the start.

He said Paragon Child and D’Reborn were also outstanding competitors, despite occasional hiccups in some of their weekly Sunday concerts at the Shah Alam City Council.

New Straits Times

Gang Starz Siapa Jadi Pilihan?

24 Aug

Oleh WANDA IDRIS

ONE Nation Emcees, Akasia, D’Reborn, Paragon Child dan 3.5 – lima kumpulan, masing-masing dari Malaysia, Indonesia, Filipina akan berentap malam ini untuk menjadi yang terbaik dan seterusnya membolot hadiah berjumlah AS$100,000. Ini merupakan jumlah wang tunai paling lumayan pernah ditawarkan oleh sebuah program realiti terbitan tempatan.

Siapakah yang layak menjadi juara musim kedua Gang Starz? Adakah kumpulan dari Indonesia akan sekali lagi berjaya mengungguli pertandingan ini selepas kumpulan The Lima? Atau apakah musim ini kemenangan akan berpihak kepada kumpulan One Nation Emcees yang selalu tampil dengan persembahan penuh bertenaga?

Mungkin juga Paragon Child yang dianggotai oleh remaja comel dengan genre R&B akan memberi saingan bersama-sama Akasia dan 3.5 yang jelita?

Semuanya bergantung kepada persembahan yang ditampilkan pada malam ini yang akan disiarkan secara langsung di TV3 Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pukul 9 malam.

Dibandingkan musim pertamanya tahun lalu, finalis Gang Starz tahun ini nampaknya perlu bersaing sengit memandangkan jurang markah yang tidak jauh berbeza antara satu dengan lain.

Justeru agak sukar membuat ramalan terhadap kumpulan mana yang mampu membawa pulang wang kemenangan serta peluang rakaman album.

Perkara ini turut diakui penasihat vokal, Azmeer yang memberitahu, kelima-lima kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir itu mempunyai harapan yang sama untuk bergelar juara.

“Tahun ini bukan macam tahun lalu yang kita nampak ada jurang antaranya finalis. Tahun ini standard kualitinya meningkat menyukarkan kita untuk meramal siapa juaranya.

“Apa yang pasti, siapa yang kreatif dengan penampilan persembahan yang mantap mempunyai peluang cerah untuk menang,” kata Azmeer pada sidang akhbar Gang Starz akhir, Selasa lalu.

Sememangnya, pada persembahan akhir nanti, setiap kumpulan bukan sahaja dikehendaki mempamerkan kolaborasi keharmonian vokal antara ahli kumpulan malah perlu kreatif dalam membuat susunan muzik bagi lagu yang dipilih.

Ia menjadi sebahagian unsur kreativiti yang akan dinilai oleh juri pada malam akhir yang memberikan 50 peratus markah kepada markah keseluruhan.

Selain itu gerak tari persembahan yang ditampilkan oleh setiap kumpulan juga memberi kelebihan untuk menerima undian daripada peminat yang mewakili separuh daripada jumlah permarkahan.

Justeru, suara, rupa dan kualiti seorang bintang akan dinilai malam ini oleh para juri dan peminat dalam usaha mencari yang terbaik untuk bergelar juara.

“Apa yang dimahukan pada persembahan itu nanti tentunya kelainan dari segi kreativiti mencorakkan sesebuah lagu yang dipilih mengikut identiti kumpulan masing-masing,” tambah Azmeer.

Dikatakan tiga kumpulan – One Nation Emcees, D’Reborn dan Paragon Child mempunyai harapan yang cerah pada pertandingan akhir malam ini memandangkan persembahan bertenaga yang ditonjolkan pada saban minggu.

Selain persembahan yang konsisten, masing-masing juga sering menerima pujian juri malah Shamimi Amalina Norhisham (Mimi) daripada One Nation Emcees mengakui, kumpulannya yang dikatakan pesaing rapat D’Reborn dan Paragon Child menjanjikan persembahan terbaik pada malam final nanti. Apalagi kerana kedua-dua kumpulan itu mempunyai tahap energi yang sama dalam persembahan dengan kumpulan One Nation Emcees.

Namun tegas Mimi, pembabitan kumpulan Akasia dan 3.5 juga tidak boleh diperlekehkan memandangkan keserasian keharmonian vokal antara anggotanya biarpun genre mereka berbeza.

“Kerana itu malam final nanti, kami hanya mahu memikirkan soal memberikan persembahan terbaik, menonjolkan muzik kami dan selebihnya, mahu gembira di atas pentas.

“Kalau nak dikatakan peluang, saya rasa kelima-lima kumpulan mempunyai peluang sama rata. Pun begitu, kami akui, semangat juang kami adalah 200 peratus untuk bersaing dengan kumpulan dari Indonesia dan Filipina yang selama ini terkenal dengan kehebatan vokal mereka,” kata Mimi.

Memperjuangkan irama hip hop, selain Mimi, One Nation Emcees turut dianggotai oleh Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza (Kozae) Mohd. Norzaidi Edris (Zydee) dan Nur Hasan Baias (Jojoe),

Anggota kumpulan Akasia juga bersikap optimis dan menganggap mereka mempunyai harapan yang sama dengan kumpulan lain untuk menang biarpun genre pilihan mereka lebih kepada pop etnik.

Ini kerana kekuatan dan kemantapan vokal dan persembahan yang sekata daripada semua finalis dan sejak berlatih seminggu yang lalu, mereka juga mendapat tips daripada penyanyi jemputan pilihan mereka, Noraniza Idris.

“Seperti kata Azmeer, peluang adalah sama rata dan kami menganggap kami juga mempunyai harapan untuk menang jika rezeki berpihak kepada kami,” kata Siti Halijah Dolah (ET) mewakili teman-temannya Suria Mawarni Ramlan (Suria), Ezdianie Hayatie Omar (Nanie), Nurul Ramadhanis Ahmad Khuzari (Nurul) dan Noorhafizah Sulaiman (Cha).

“Siapa yang tak mahu menang dan saya percaya semua finalis bekerja kuat untuk mendapatkan gelaran juara,” kata anggota Paragon Child, Bagi Paragon Child, Julius C. Lacunda (Julz) pula.

Namun mereka berpendapat, berada di kedudukan apa pun, yang penting, mereka mahu memberikan persembahan mantap dengan menjalani latihan pesat selain menjaga stamina melalui senaman termasuk berjogging dan berenang.

D’Reborn pula mengakui sukar menjangkakan siapa yang mampu menduduki carta teratas pada malam final itu nanti memandangkan markah juri dan peminat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan talian tetap agak rapat antara satu sama lain.

Pun begitu, jika kemenangan berpihak kepada mereka, D’Reborn yang dianggotai oleh Alexander C. Nubatonis (Alex), Daniel Meskers Tomodok (Akung), Marian Marcelona Christy (Christy) dan Raymond Colliam Loke (Monte) telah menyimpan impian untuk mendermakan sebahagian daripada jumlah wang kemenangan kepada Sekolah Menengah Desa Cempaka, Nilai, bagi membantu pelajar kurang upaya di sekolah itu menjayakan projek Smart Agriculture Techno System.

Sementara dalam usaha memberikan persembahan terbaik mereka, tiga jelitawan 3.5 – Stephanie Lazaro-Bainbrigge (Stef), Sherylad B. Deza Virgen (Sharra) dan Jellica Mateo (Jeli) – mengakui sejak berjaya ke peringkat akhir, mereka sudah mula membuat persiapan rapi.

Selain mengadakan latihan yang bersungguh-sungguh, 3.5 juga mula membuat latihan untuk meningkatkan stamina selain menjaga pemakanan masing-masing.

“Ini peluang sekali seumur hidup. Pastinya kita mahu memberikan hanya yang terbaik,” kata Sharra yang mahu mempamerkan kelebihan masing-masing dalam usaha mencari markah penjurian tertinggi daripada juri dan penonton.

Pada malam ini, setiap finalis dikehendaki memberikan persembahan untuk dua buah lagu masing-masing didendangkan bersama kumpulan dan secara duet bersama artis jemputan.

Dalam usaha memberikan karya muzik mantap, One Nation Emcees memilih Datuk Jeffrydin sebagai artis undangan mereka dengan lagu pilihan Mas Mona dan Kenanganku. Bagi mereka, memilih lagu lama untuk diberi susunan muzik berkonsepkan hip hop adalah lebih mudah berbanding lagu-lagu masa kini malah Jeffrydin sendiri merupakan artis pujaan mereka.

“Beliau juga seorang yang sangat optimis selain amat memberikan kebebasan kepada kami dalam usaha memberikan nafas baru kepada lagu-lagunya,” kata Mimi. Bagi persembahan berkumpulan solo pula, One Nation Emcees memilih lagu-lagu Kuda Hitam, Madu Dan Racun serta Don’t Phunk With My Heart.

Paragon Child pula memilih Ezlynn memandangkan artis popular itu adalah antara artis yang mampu menyanyi dan menari dengan baik selain mahu menjadikannya penyeri.

Memilih lagu Hi Hi Bye Bye dan Hips Don’t Lie bagi kolaborasi mereka bersama Elzynn, lagu Seribu Tahun, It’s Gonna Be Me dan Imposibble Dream pula menjadi pilihan bagi lagu berkumpulan.

Lah V.E pula menjadi pilihan 3.5 sebagai artis jemputan dengan memilih lagu-lagu Ceritera Cinta dan Endless Love untuk kategori duet manakala solo berkumpulan pula lagu-lagu Power Of Love, Deja Vu dan Proud Mary.

D’Reborn yang memilih lagu Taman Rashidah Utama dan Roman Picisan untuk kategori berkumpulan solo bakal berkolaborasi dengan Dayang Nurfaizah dengan lagu pilihan Seandainya Masih Ada Cinta, London Bridge dan Baby Boy.

Sementara Akasia yang memilih Noraniza Idris bakal berduet lagu Ting Ting, Dondang Dendang dan Hatinya Tak Tahan dan memilih lagu Salam Terakhir, Destinasi Cintan dan Joget Siapa Dia untuk lagu persembahan berkumpulan.

Sementara itu, penerbit Gang Starz musim ini, Mohamad Suffian Isa memberitahu, talian undian sudahpun dibuka sejak malam 17 Ogos lalu dan bakal ditutup sehingga konsert akhirnya malam ini.

Diacarakan oleh Faizal Tahir dan Fara Fauzana, juri tetap iaitu Ajai dan Sheikh Haikel akan memberikan ulasan dan markah di samping dua dua juri jemputan dari Malaysia dan Filipina.

Konsert akhir ini juga bakal disiarkan ke Filipina dan Indonesia melalui siaran tertunda dengan dua artis undangan iaitu kumpulan The Lima dan Matta.

Menurut Suffian, setiap peserta final akan diberikan masa selama lima minit setengah untuk setiap persembahan dengan pemilihan artis jemputan adalah atas pilihan finalis sendiri.

Malah lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah pilihan masing-masing selepas mendapat pandangan daripada penasihat.

“Kita juga berbangga kerana artis jemputan memberikan komitmen terbaik mereka untuk menjayakan latihan bersama peserta akhir,” kata Suffian.

Suffian juga menjelaskan tidak dapat membawakan wakil semua negara bagi menjadi juri pada konsert akhir namun menegaskan juri yang dipilih akan bersifat neutral daripada segi penilaian dan pemarkahan.

Utusan Malaysia

Kumpulan Malaysia Juara Gang Stars Musim Kedua

24 Aug

25/08/2008 12:16am

SHAH ALAM 24 Ogos – Kumpulan dari Malaysia, One Nation Emcees berjaya menjadi juara Gang Starz musim kedua dengan membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$100,000 (RM325,545) dalam pertandingan akhir yang diadakan di sini malam ini.

Kejayaan kumpulan itu sekali gus meleburkan harapan dan impian empat kumpulan lain iaitu Akasia dari Malaysia, 3.5 dan Paragon Child (Filipina) serta D’Reborn (Indonesia) untuk bergelar juara.

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.

Tahun lalu, menyaksikan kumpulan trio dari Indonesia, The Lima berjaya dinobatkan sebagai juara sulung program realiti terbitan TV3 itu.

Dalam konsert akhir itu, One Nation Emcees berjaya memberikan persembahan yang cukup menarik sehingga mampu menarik perhatian pengundi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mewakili 50 peratus daripada jumlah markah keseluruhan.

Selebihnya, adalah hasil markah yang diberikan oleh dua juri tetap iaitu Ajai dan Sheikh Haikel serta dua juri undangan iaitu Syafinaz Selamat dari Malaysia dan Audie Gemora (Filipina).

Kumpulan yang dianggotai oleh Shamimi Amalina Norhisham atau Mimi, Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza (Kozae) Mohd. Norzaidi Edris (Zydee) dan Nur Hasan Baias (Jojoe) itu membuat persembahan menerusi rangkaian lagu-lagu seperti Kuda Hitam, Madu dan Racun serta Don’t Phunk With My Heart.

Bukan itu sahaja, mereka turut berduet bersama Jeffrydin untuk lagu Mas Mona dan Kenanganku.

Konsert akhir itu turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan The Lima dan juga kumpulan dari Indonesia, Matta.

Gang Starz musim kedua yang dihoskan oleh Faizal Tahir dan Fara Fauzana itu telah mula bersiaran sejak 18 Mei lalu dan menyaksikan PZG menjadi kumpulan pertama disingkirkan seterusnya diikuti dengan Faith, Brown Tone, South Trio, Step, 3 Voices dan D’Raz.

Selain Malaysia, Singapura serta Indonesia, Filipina dan Thailand merupakan dua buah negara yang buat pertama kalinya beraksi dalam Gang Starz musim ini.

Utusan Malaysia

Siapa Juara Gang Starz 2?

22 Aug

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


LIMA kumpulan yang akan berentap pada konsert akhir Gang Starz 2.

SETELAH empat bulan mengharungi pelbagai rintangan, lima kumpulan iaitu One Nation Emcees, D’Reborn, Paragon Child, 3.5 dan Akasia bakal berentap di pentas akhir Gang Starz musim kedua (Gang Starz 2) Ahad ini.

Berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, kelima-lima mereka harus tampil terbaik bagi merebut hadiah berupa wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM325,545).

D’Reborn yang merupakan wakil tunggal Indonesia terpaksa menggalas cabaran besar apabila ditentang hebat oleh masing-masing dua buah kumpulan dari Malaysia serta Filipina.

Malaysia diwakili One Nation Emcees serta Akasia manakala Filipina pula dengan Paragon Child dan 3.5.

Siapa bakal bergelar juara tiada yang tahu namun undian sudah pun dibuka bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian memilih kumpulan berbakat untuk menaiki tangga juara.

Untuk persembahan akhir ini, setiap kumpulan diberi tanggungjawab membuat tiga persembahan iaitu persembahan pengenalan, secara kumpulan dan duet bersama artis jemputan.

Paragon Child contohnya memilih untuk berduet dengan Ezlynn menerusi lagu Hi Hi Bye Bye dan Hips Don’t Lie manakala 3.5 (Lah V.E – Ceritera Cinta/ Endless Love), D’Reborn (Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta/ London Bridge/ Baby Boy), One Nation Emcees (Datuk Jeffrydin – Mas Mona/ Kenanganku) dan Akasia (Noraniza Idris – Ting Ting/ Dondang Dendang/ Hatinya Tak Tahan).

Persembahan kumpulan pula, D’Reborn memilih lagu Taman Rashidah Utama dan Roman Picisan diikuti One Nation Emcees (Kuda Hitam/ Madu Dan Racun/ Don’t Phunk With My Heart), Akasia (Salam Terakhir/ Destinasi Cinta/ Joget Siapa Dia), Paragon Child (Seribu Tahun/ It’s Gonna Be Me/ Imposibble Dream) dan 3.5 (Power Of Love/ Deja Vu/ Proud Mary).

Menariknya, juara Gang Starz musim pertama, The Lima diberi penghormatan membuat persembahan pembukaan di samping kumpulan Matta yang akan menyanyikan dua buah lagu iaitu Jatuh Cinta Lagi dan Ketahuan ketika selingan sebelum pengumuman pemenang.

Menurut Penerbit Gang Starz 2, Mohd. Sufian Isa, bagi juri akhir nanti, pihaknya masih mengekalkan Ajai dan Sheikh Haikel di samping dua lagi juri jemputan dari Malaysia serta Filipina.

“Persiapan telah dilakukan dengan rekaan pentas khas serta layar skrin lebih besar. Untuk itu, kita mengharapkan orang ramai dapat hadir ke Stadium Malawati bagi memeriahkan konsert akhir Gang Starz.

“Konsert akhir ini akan disiarkan ke Filipina dan Indonesia melalui siaran tertunda,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Jelas Mohd. Sufian, untuk konsert akhir, pemilihan lagu dan artis jemputan dilakukan sendiri oleh setiap kumpulan meskipun ia cukup terhad terutama bagi Paragon Child dan 3.5.

“Sungguhpun begitu, menerusi konsert Jom Heboh yang disertai, mereka mampu membuat pilihan bagi artis yang mengadakan persembahan pada konsert berkenaan.

“Latihan bersama artis jemputan berjalan dengan baik dan untuk konsert akhir ini, kita lebih menekankan kreativiti dan bukannya meniru bulat-bulat penyanyi asal,” ujarnya.

Bagi Azmeer yang telah bersama Gang Starz 2 sejak awal lagi pula, kualiti setiap peserta untuk musim ini adalah tinggi.

Justeru, katanya, agak sukar baginya untuk meramalkan siapa yang bakal menjuarai Gang Starz 2.

Sementara itu, Hits berkesempatan menemu bual setiap kumpulan yang akan berentap di pentas akhir Gang Starz 2 ini.

Selain bertanyakan debaran menanti konsert akhir dan persiapan, setiap kumpulan turut ditanya mengenai apa yang akan dilakukan dengan wang sebanyak AS$100,000.

Ada yang ingin menyambung pelajaran, melancong dan menderma, tidak kurang, ada juga menyimpan hasrat untuk menamatkan zaman bujang seperti Daniel Meskers Tomodok atau Akung dari D’Reborn.

Utusan Malaysia

Five-Gang Charge

21 Aug

Gang Starz finalists in high spirits, seen here with the production crew and programme advisors.
Gang Starz finalists in high spirits, seen here with the production crew and programme advisors.

Of the five finalists, Indonesia’s D’Reborn may clinch Gang Starz Season 2 with its unfaltering professionalism but DENNIS CHUA writes that there may just be a surprise winner in the wings.

D'Reborn has been the most consistent group.
D’Reborn has been the most consistent group.

COME Sunday, at 9pm, the second season of Asean talent search Gang Starz will draw to a close in a colourful and much anticipated showdown between five groups.

The two-hour extravaganza to be staged at Stadium Melawati in Shah Alam will be a contest between Malaysia’s One Nation Emcees and Akasia, the Philippines’ Paragon Child and 3.5, and Indonesia’s D’Reborn.

The semi-finals on Aug 10 eliminated Indonesian harmony trio D’Raz, which obtained the least number of Short Messaging Service (SMS) votes from viewers.

Initially, only four groups were predicted to enter the finals but the fourth and fifth-placed groups scored equal marks and producer TV3 decided to admit both.
Twelve bands – three each from Malaysia and Indonesia and two each

from the Philippines, Thailand and Singapore – had entered Gang Starz Season 2. Thailand’s PZG and Steps finished 12th and eighth respectively while Singapore’s Faith and Brown Tone finished 11th and 10th respectively.

Malaysia’s South Trio finished ninth and Indonesia’s Three Voices finished seventh.

Of the five remaining groups, D’Reborn, Paragon Child and the four-member One Nation Emcees appear to be the stronger contenders for the grand prize of US$100,000 (RM320,000) and a recording contract.

R&B trio 3.5 (comprising Stephanie Lazaro-Bainbridge, 28, Sherylad Deza Virgen, 27, and Jellica Mateo, 24) has improved greatly and may yet pull a surprise victory if it chooses the right songs.

The group gave a decent delivery of Indonesian pop queen Kris Dayanti’s haunting Menghitung Hari.

Another all-girl quintet Akasia (Suria Ramlan, 26, Siti Halijah Dolah, 27, Noorhafizah Sulaiman, 20, Nurul Ahmad, 25 and Ezdianie (Nanie) Omar, 22) is now more confident and entertaining, having discovered its strength in ethnic songs.

However, it commands considerably less support than the three strongest contenders.

One Nation Emcees’ Shamimi Amalina Norhisham, 21, and Fareezan Murtaza (Kozae), 25, Norzaidi Edris (Zydee), 26; and Hasan Baias (Jojoe), 32, almost always receive the loudest cheers at the weekly Sunday night concerts held in Wisma MBSA, Shah Alam.

Singaporean judge Sheikh Haikel regularly applauds them with “One Nation Emcees, I love you!”

Shamimi, Kozae, Zydee and Jojoe often give energetic performances accentuated with stylish dance moves. Fans even observe that they could grow into Malaysia’s very own Black Eyed Peas.

Judge Ajai often commends the four for their creativity and seriousness in winning the competition and was very impressed when the group gave its very own hip-hop interpretation to folk songs Sayang Kinabalu and Dikir Puteri, and creatively merged Tan Sri P. Ramlee’s Gelora with Offspring’s Come Out And Play.

Paragon Child, which comprises dashing Rainner Melgarejo, 24, Jerwin Nicomedezi, 18, and Julius Lacunda, 20, has been praised for taking the competition seriously and giving fans great vocals and superb dance moves.

It easily won the hearts of Malaysians by mastering Malay songs and singing them well, most notably Anuar Zain’s Lelaki Ini.

However, both Ajai and Sheikh Haikel have ticked the trio’s members off for occasionally “trying to outdo each other” when singing.

Ajai had once told the trio that they were flawless when harmonising but needed to “define their respective roles” when singing as individuals.

D’Reborn has by far been the most consistent group, winning the judges’ praise for teamwork and vocal harmony.

Sheikh Haikel told siblings Christy Marcelona, 23, and Raymond Loke, 22, and their close pals Alex Nubatonis, 23, and Daniel Tomodok, 28, that he was “finding it hard to detect their flaws”.

D’Reborn, which excels in R&B songs, is seen as One Nation Emcees’ closest competitor, owing to its gender composition and good chemistry amongst its members.

The 13-programme Gang Starz 2 began on May 11. The process for determining the winners remains the same as last year – 50 per cent is based on the judges’ marks and the remaining half on Malaysian viewers’ SMS votes.

It is hosted by award-winning rocker Faizal Tahir of One In A Million fame and award-winning television and radio personality Fara Fauzana Mohd Fadzil of Hot FM and Melodi fame.

The contestants’ team of advisers comprises composer and lyricist Azhar Abu Bakar (or Azmeer), singer Damien Seet of V.E. and choreographer Sazlan Mat Adnan.

Azmeer and Damien coach the contestants in their vocals and performances while Sazlan takes care of their choreography.

Azmeer believes that Malaysia, Indonesia and the Philippines have an equal chance of winning the competition.

“All five have an equal chance of winning. What is most important at this stage is picking the right song and making it the contestant’s very own,” he said.

Faizal said he greatly enjoyed hosting Gang Starz this year as there was far stiffer competition than in the first season.

“It’s really hard to predict who’s going to win, and that’s good because it makes the show all the more exciting.”

New Straits Times

Gang Starz Tak Lupa Kerja Amal

20 Aug

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


FAIZAL Tahir memulakan persembahan Konsert Amal Gang Starz 2 dengan lagu Sampai Syurga di Shah Alam, Selangor Ahad lalu.

SABAN minggu melihat mereka beraksi di konsert sebelum bertanding pada peringkat akhir, Ahad ini, krew produksi termasuk peserta Gang Starz musim kedua (Gang Starz 2) berkesempatan melakukan kerja-kerja amal.

Bertujuan mengisi dana bagi membantu insan yang memerlukan, pujian harus diberikan kepada mereka atas kepekaan terhadap soal kebajikan sekalipun sibuk melakukan persiapan di konsert akhir.

Bermula dengan kerja-kerja amal mencuci kereta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 9 Ogos lalu, aktiviti selama dua jam itu sebagai kempen memungut dana untuk membiayai rawatan pesakit di Institut Jantung Negara (IJN).

Selain lima finalis iaitu One Nation Emcees, D’Reborn, 3.5, Paragon Child dan Akasia, ia turut disertai kumpulan D’Raz serta pengacara Gang Starz 2, Faizal Tahir.

Tidak cukup dengan itu, pada 13 Ogos pula, D’Reborn dan One Nation Emcees memikul tanggungjawab tersendiri dalam menjayakan aktiviti amal masing-masing.

D’Reborn yang dibarisi Alexander C. Nubatonis atau Alex, Marian Marcelona Christy (Christy), Raymond Colliam Loke (Monte) dan Daniel Meskers Tomodok (Akung), telah dibawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan.

Bersama-sama dengan pelajar kurang upaya, mereka menyertai Maxis Cyberkids-2 Camp dalam membantu membersihkan tapak bagi projek Smart Agriculture Techno System (SATS).

Projek itu melibatkan penciptaan satu sistem pengaliran yang dicipta khas bagi memudahkan golongan kurang upaya melibatkan diri dalam tanaman hidroponik.

Bagi One Nation Emcees pula, mereka diterbangkan khas ke Kuching, Sarawak bersama krew program Bersamamu untuk melihat sendiri bagaimana keperitan hidup sebuah keluarga di Sebuyau.

Sepanjang berada di sana, Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza (Kozae), Shamimi Amalina Norhisham (Mimi), Mohd. Norzaidi Edris (Zydee) dan Nur Hasan Baias (Jojoe) membantu krew penerbitan menjayakan rakaman Bersamamu yang akan ditayangkan pada Ramadan nanti.

Program amal kemudiannya berterusan menerusi Konsert Amal Gang Starz yang berlangsung di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam, malam Ahad lalu.

Meskipun konsert yang dipancarkan secara langsung menerusi TV3 itu mendapat saingan penyiaran perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik Beijing 2008 antara Lee Chong Wei dan Lin Dan dari China, apa yang penting adalah matlamat mengisi tabung kebajikan tercapai.

Konsert amal itu dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Faizal Tahir menerusi lagu Sampai Syurga diikuti The Lima (Kau Ada Dia) dan Paragon Child (You’re Beautiful).

Lain-lain kumpulan yang mengadakan persembahan adalah Flava (Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk), Akasia (Tak Tercapai Akalmu), Atilia (Selalu Denganmu), 3.5 (Hero), One Nation Emcees (Dua Dunia/ Karma) dan D’Reborn (Imagine/ Heal The World).

Menariknya, konsert terbabit menampilkan persembahan istimewa daripada tenaga pengajar seperti Azmeer dan Sazlan (koreografer).

Juga kepada juri iaitu Ajai dan Sheikh Haikel, sekian lama mengkritik dan memberikan jumlah pungutan bintang, mereka tidak ketinggalan menyumbang lagu pada malam itu.

Ajai berduet bersama Christy (D’Reborn) dengan lagu Maafkan Cinta manakala Sheikh Haikel (Witula).

Penerbit Gang Starz 2, Mohd. Sufian Isa berkata, konsert amal itu diterbitkan dengan hasrat memberi peluang kepada orang ramai menderma.

Ia juga, katanya, turut memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta menjalankan aktiviti kebajikan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Ceritera konsert akhir Gang Starz 2

Sementara itu, Mohd. Sufian yang ditanya mengenai konsert akhir nanti berkata, ia pasti menjanjikan saingan sengit kerana membariskan lima kumpulan hebat.

Ujarnya, konsert akhir akan memperlihatkan pelbagai warna persembahan antaranya Akasia berkonsepkan etnik kreatif, One Nation Emcees (hip hop) dan D’Reborn (R&B).

Berkenaan kualiti pula, jelasnya, buat masa ini, kesemua kumpulan dilihat masih belum menunjukkan taring masing-masing.

“Kita dapati mereka belum dapat menyanyi dengan baik di depan orang ramai. Oleh itu, saya berharap mereka dapat mengatasi masalah tersebut pada konsert akhir nanti.

“Kumpulan yang beraksi di konsert akhir semuanya hebat dan kita tidak dapat mengagak siapa bakal juara,” katanya sambil menambah sebanyak 15,000 keping tiket sudah dicetak untuk konsert akhir.

Kata Mohd. Sufian, konsert akhir tidak mempunyai konsep namun ia terbahagi kepada dua iaitu persembahan kumpulan dan persembahan bersama artis jemputan masing-masing.

“Konsert akhir bakal menjanjikan persembahan terbaik setiap kumpulan dan kita berharap agar orang ramai dapat berhimpun di Stadium Melawati, Shah Alam Ahad ini,” jelasnya.

Utusan Malaysia

D'Raz Hampa

11 Aug

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Selama empat bulan bersiaran, program realiti Gang Starz 2 (GS2) akhirnya mengumumkan kumpulan yang layak bersaing di konsert kemuncak GS2 pada 24 Ogos ini, bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam.

Lima kumpulan terbabit, adalah One Nation Emcees dan Akasia yang mewakili tuan rumah, D’Reborn dari Indonesia termasuk Paragon Child dan 3.5 (Filipina).

Bagaimanapun, sebelum mereka diumumkan layak ke final, TV3 selaku penyiar rasmi program realiti popular itu terlebih dulu mengumumkan penyingkiran satu kumpulan iaitu D’Raz dari Indonesia.

GS2 dipancarkan TV3, menerusi siaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, bermula jam 9 malam.

Meskipun persembahan D”Raz menyerlah dan menghiburkan, namun ia sudah terlambat untuk memancing undian penonton.

Ternyata, pengumuman itu disambut dengan linangan air mata oleh kumpulan yang dianggotai dua peserta lelaki dan seorang peserta wanita itu.

Apatah lagi, mereka tewas tatkala cuma tinggal satu saja anak tangga untuk merebut hadiah wang tunai AS$100,000 (RM330,000) termasuk kontrak rakaman yang ditawarkan.

Persembahan malam itu, diadili juri tetap dan jemputan iaitu Mohd Faizal Maas atau Ajai dan Sheikh Haikel dari Singapura termasuk juri undangan Fauziah Latiff yang mewakili 50 peratus daripada mata keseluruhan, manakala 50 peratus lagi ditentukan menerusi undian SMS.

Harian Metro

Babak Akhir 'Drama Gimik' Step

2 Jul

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA liza.zakaria@utusan.com.my

TERSINGKIR῅ Kumpulan Step akur dengan keputusan penyingkiran yang menolak kumpulan mereka dari terus bersaing dalam Gang Starz 2.

TUJUH minggu bertahan dengan hanya berlandaskan gimik persembahan, akhirnya kumpulan Step yang merupakan satu-satunya wakil tunggal Thailand, terpaksa akur dengan keputusan peminat yang tidak lagi memihak kepada mereka.

Mahu atau tidak, itulah realiti yang terpaksa ditempuhi oleh anggota kumpulan itu yang dibarisi Pongpan Kongkakul, 20, Supavee Tachapanyasin, 17, Suriya Oupanun, 19, Wisarut Buabao Virgen, 21, dan Auranush Keawrakon, 20.

Ditemui sebaik tamat konsert minggu ketujuh Gang Starz musim kedua, Ahad lalu, ternyata kesedihan lima remaja itu sukar dibendung.

Agak malang bagi kumpulan itu kerana tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik, tambahan pula proses pembelajaran mereka sedikit terganggu kerana masalah tersebut.

Kerana kekurangan itu, mereka berasa kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan saingan dari para peserta dari negara lain yang rata-rata mempamerkan persembahan vokal yang meyakinkan.

“Walaupun terkeluar, kami tetap gembira kerana tidak berasa asing. Tambahan pula, rakyat negara ini melayan dan menerima kami dengan baik sama seperti kumpulan-kumpulan lain yang bertanding.

“Daripada seseorang yang tidak pernah memegang mikrofon dan tidak ada asas nyanyian, sekarang kami sudah bertambah yakin di atas pentas. Selepas tamat belajar nanti, kami akan teruskan perjuangan dalam bidang nyanyian,” kata ketua kumpulan itu, Wisarut Buabao Virgen.

Mengulas tentang penyingkiran kumpulan Step, juri tetap rancangan Gang Starz 2, Ajai dan Sheikh Haikel berpendapat, penyingkiran itu memberi kebaikan kepada kumpulan Step kerana telah banyak ketinggalan berbanding kumpulan-kumpulan lain yang bertanding.

“Kalau nak kejar kumpulan-kumpulan lain, memang susah sebab mereka perlu belajar asas nyanyian terlebih dahulu. Masalah mereka bukan masalah biasa, tetapi kritikal. Sebenarnya, mereka boleh menyanyi, cuma perlu ambil masa yang panjang untuk mempelajarinya.

“Susah juga mengajar mereka, kita cakap lain, mereka nyanyi lain. Selalu sangat nyanyi salah nota. Perkara ini nampak tak cantik sebab melibatkan pertandingan,” jelas Ajai tentang kelemahan kumpulan Step.

Bagi Sheikh Haikel pula, kumpulan itu memberikan persembahan yang jujur sepanjang pertandingan kerana cuba mempamerkan kekuatan yang mereka ada.

“Mereka tahu kekuatan mereka adalah tarian, sebab itu mereka cuba memberi yang terbaik dalam persembahan tarian berbanding vokal. Bagaimanapun, yang paling utama dalam Gang Starz adalah vokal,” katanya.

Peserta Indonesia

kian menonjol

Berbicara tentang prestasi para peserta Gang Starz minggu lalu, Ajai dan Sheikh Haikel sependapat, bahawa tiga kumpulan yang mewakili negara seberang, Indonesia lebih menonjol berbanding peserta lain.

Mereka ialah D’Raz, D’Reborn dan 3 Voices.

“Sebelum ini kita nampak peserta negara, One Nation Emcees agak menyerlah. Tetapi pada minggu ini memang nampak perbezaan.

“Contohnya kumpulan 3 Voices yang menyanyikan lagu Unfaithful minggu ini, pemilihan lagu mereka memang sangat bagus. Sesuai dengan not suara mereka,” kata Sheikh Haikel.

Bagi Ajai pula, kumpulan D’Raz dan D’Reborn antara contoh kumpulan yang mampu menyanyi dengan harmoni dan komunikasi dengan penonton yang baik.

“Apa yang para peserta harus belajar lagi adalah dari segi penghayatan dan harmoni. Mereka semua perlu tahu bagaimana nak buat harmoni dengan betul dan tepat,” kata Ajai lagi.

Kumpulan lain yang tersingkir sebelum ini ialah PGZ pada minggu kedua, Faith (minggu ketiga), Brown Tone (minggu kelima) diikuti South Trio pada minggu lalu.

Dengan penyingkiran Step, peluang untuk tujuh lagi kumpulan yang bakal beraksi pada hari Ahad, 13 Julai ini terbuka luas.

Mereka terdiri daripada peserta negara, One Nation Emcees dan Akasia.

Selain itu, peserta Indonesia, D’Raz, D’Reborn dan 3 Voices di samping peserta Filipina iaitu 3.5 dan Paragon Child.

Rancangan yang dikendalikan oleh pasangan pengacara Faizal Tahir dan Fara Fauzana itu menawarkan ganjaran berupa AS$100,000 (RM325,545) di samping peluang merakamkan album.

Utusan Malaysia

Browntone Voted Out Of 'Gangstarz'

16 Jun

Singaporean quartet Browntone was dropped from TV3's reality talent series 'Gangstarz', held at the MBSA Auditorium  last night.
Singaporean quartet Browntone was dropped from TV3’s reality talent series ‘Gangstarz’, held at the MBSA Auditorium last night.

SHAH ALAM: Singaporean quartet Browntone became the latest casualty of TV3’s reality talent series Gangstarz (Season 2), held at the MBSA Auditorium here last night.

The harmony group was placed among the bottom two positions along with South Trio from Malaysia after receiving the least SMS (short messaging system) votes from viewers at the end of the show.

Their innovative performance also failed to impress the show’s critics, comprising singer/composer/producer Ajai, Singapore’s rapper/composer Sheikh Haikel and guest judge actor/director/singer Afdlin Shauki.

With Browntone’s departure, the show is left with nine harmony groups from Malaysia, Thailand, the Philippines and Indonesia.

They will continue their battle to emerge as the best vocal group in the region.

The contestants’ performances were accompanied by musicians led by composer-arranger-producer Helen Yap.

The winner, to be determined by viewers via SMS and the jury’s votes, will receive US$100,000 (RM320,000) and a recording contract with a local record label.

Hosted by Faizal Tahir and Fara Fauzana, the show was aired live.

 

Powered by New Straits Times