Archive | Hady Mirza RSS feed for this section

Bergerak Solo

25 Feb

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Mengikut jejak Malique dengan menerbitkan lagu, album secara bersendirian

JOE Flizzow atau Joe sudah meredah pelbagai kesukaran ketika mengharungi dunia seni selama hampir satu dekad dengan rakan seperjuangannya Malique Ibrahim (Malique) dalam kumpulan Too Phat.

Agak membanggakan juga kerana berkat kegigihan mereka itu, Too Phat pernah menimbulkan fenomena tersendiri suatu ketika dulu.

Malah, duo ini cukup diingati dengan lagu Alhamdulillah menampilkan aktres seberang, Dian Sastrowordoyo dan Dua Dunia bersama Datuk Siti Nurhaliza.

Namun begitu, selepas menghasilkan album Rebirth Into Reality, Joe dan Malique memilih jalan untuk tampil secara solo. Keputusan itu menimbulkan pelbagai spekulasi hingga ada yang menganggap kumpulan hip hop ini sebenarnya sudah berpecah.

Misteri kehilangan Malique juga mengundang pelbagai andaian dan paling mengejutkan tahun lalu apabila dia menamatkan zaman bujang dengan model dan pelakon jelita, Melissa Maureen Rizal di Indonesia.


LANCAR sudah album sulung Joe berjudul The President.

Bagaimanapun, bagi Joe, Too Phat belum berkubur kerana peninggalan seni kumpulan ini tidak akan berakhir dengan begitu saja.

Menurutnya, dia ingin terus melihat kumpulan itu melakukan kemunculan semula atau ‘come back’.

Katanya, apa yang terjadi kepada Malique memang masih meninggalkan tanda tanya biarpun rakannya itu sempat mengeluarkan album solo terbarunya menampilkan lagu hit, Mantera Beradu bersama M Nasir.

Berkat paduan itu juga sudah melayakkan mereka ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 bagi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular.


KELUARGA tersayang tidak jemu memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Joe.

“Sebagai aktivis seni, kami merancang untuk kembali tapi tidaklah secepat mungkin. Perihal kami berpecah sudah lama menjadi buah mulut orang hingga ada cerita yang mengatakan kami bergaduh. Ia hanya khabar angin dan Too Phat belum berkubur, cuma masing-masing memberi tumpuan kepada projek sendiri.

“Saya dan Malique menubuhkan Too Phat sejak usia saya 19 tahun. Kini sudah sedekad kumpulan hip hop ini bertapak dalam dunia muzik. Takkan semudah itu kami mahu membubarkan Too Phat. Kami berusaha keras mengukuhkan genre hip hop di Malaysia.

“Kami menunggu masa sesuai untuk mengembalikan Too Phat. Mungkin juga kami akan menggunakan pendekatan yang selalu menjadi pilihan penggiat seni sekarang iaitu melalui penghasilan lagu single. Lagipun kita semua tahu Malique sudah berkahwin dan dia kini dalam proses untuk menyesuaikan diri untuk menjadi orang sudah berkeluarga atau menjadi ‘family man’,” katanya sewaktu ditemui di Hard Rock Cafe minggu lalu.

Di premis hiburan terkenal itu, Joe mengikuti jejak rakannya Malique dengan melancarkan album solo sulungnya diberi judul The President. Album yang cukup bermakna dalam diari hidupnya ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

Bagi album itu, Joe bekerjasama dengan teman seperjuangannya dari luar negara seperti Hady Mirza & TerryTyeLee (Singapura), Thaitanium (Thailand), Joeniar Arief (Indonesia, Jin (Amerika Syarikat) dan Phlowtron (Malaysia).

Istimewa juga single pertama daripada Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak ialah memuatkan lagu Isabella yang pernah dipopularkan kumpulan Search.

Menurutnya, selepas mendapat keizinan daripada kumpulan Search, dia tidak membuang masa untuk menyanyikan semula lagu itu dan terus memasukkan dalam album The President.

“Dia (Amy Search) memberi sokongan penuh atas apa yang saya usahakan ini terhadap lagu Isabella. Atas keizinannya, saya melakukannya sepenuh hati. Umum juga tahu nama seperti Search, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid mencipta fenomena di negara jiran kita, selain Indonesia. Mereka sentiasa diingati dan atas alasan itu juga saya ingin menembusi pasaran sana.

“Kejayaan Amy memberi inspirasi kepada saya kerana selain dianggap lagenda, dia juga cukup berjaya sebagai usahawan. Selalu kalau berpeluang bertemu dengannya, dia tak lokek memberi nasihat dalam apa yang dilakukan. Saya juga ingin mengikut jejaknya.

“Akhir bulan ini saya akan ke Indonesia kerana terbabit dengan persembahan dan apabila sudah berada di sana, saya akan berbincang mengenai usaha membawa album ini ke pasaran negara itu. Jika dulu, saya di bawah label EMI, sekarang mendapat kerjasama Warner pula untuk edaran. Semuanya belum dapat dipastikan,” katanya yang sudah mempunyai kekasih hati.

Tiada lagi imej budak hip hop

MELIHAT kepada imejnya kini nampak lebih kemas dan tiada lagi imej budak hip hop yang gemar memakai topi, berbaju besar dan seluar pendek yang labuh hingga paras lutut. Malah, ada yang mula melabel dirinya sebagai Jay Z Malaysia.

Katanya, seiring dengan usianya yang bakal menginjak 30 tahun pada Oktober ini, ia dilihat sebagai antara peralihan transformasi dunia barunya.

Sambil berseloroh, Joe berkata, wajahnya mungkin sekali pandang seiras dengan Jay Z tapi seboleh-bolehnya dia enggan dibayangi dengan jolokan itu.

Tambahnya lagi, wajahnya mungkin sedikit kacak daripada penyanyi rap dan usahawan berjaya itu.

“Saya tidak boleh menidakkan suami kepada Beyonce Knowles itu banyak memberi inspirasi dan pengaruh bukan kepada saya saja, malah orang lain.

“Kesannya cukup besar terhadap saya. Memang saya berharap suatu masa nanti dapat berjumpa dengannya. Mana tahu, saya dapat berkongsi muzik dan ideologi dengannya,” katanya yang tidak kisah berimej memakai kot.

Ditanya mengenai kebangkitan band indie yang semakin mendapat perhatian sejak tiga tahun kebelakangan ini, Joe melihat ia sebagai satu perkara yang positif.

Katanya, ia juga menandakan bahawa masyarakat Malaysia sudah mula terbuka menerima pelbagai genre muzik.

“Ia satu impak yang positif dan sebelum kemunculan Estranged, Meet Uncle Hussain, Hujan dan Bunkface lagi, kita sudah ada kumpulan seperti Butterfingers dan OAG yang juga bermula secara underground.

“Perjuangan mereka dalam tempoh yang lama tanpa sebarang perhatian ramai akhirnya berubah serta merta seiring dengan perubahan evolusi muzik di negara kita,” katanya yang masih yakin peminat muzik hip hop masih ada.

INFO: Pemahaman Joe terhadap judul albumnya, The President

Albumnya diterbitkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Kartel Records yang ditubuhkan sejak 2006.

* Dirakamkan ketika negara sedang sibuk menghadapi pilihan raya.

Katanya lagi, kerana Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dia hampir menukar judul album ini.

Ia ibarat luahan hatinya dan tidak bermaksud untuk mengatakan dirinya sebagai raja atau presiden kepada Hip Hop.

Ia merujuk kepada diri, seseorang yang boleh mencipta perubahan, melaksanakan sesuatu dan setiap butir bicaranya sentiasa didengar.

Simbol kepada impian Joe sendiri yang mahu mengukuhkan hasil kerja seninya tidak pudar dalam sanubari hatinya.

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan dan kesempurnaan pasti akan ada halangan yang datang. Sebagai contoh, sewaktu mula menyanyi lagi, isu cetak rompak mula menular. Begitu juga sekarang, dengan kecanggihan teknologi hingga berlaku penyalahgunaan seperti muat turun lagu secara haram.

Album ini melakukan proses mastering secara maya di California membabitkan dua studio di Hollywood dengan kos harga RM10,000.

Lapan lagu dalam album ini menggunakan teknik muzik yang dipanggil 808s yang sering digunakan penyanyi rap, Timberland.

Penerbit yang terbabit untuk album ini tidak pernah langsung terbabit dalam penghasilan album Too Phat sebelum ini.

Lebih 80 ke 100 lagu dipilih sebelum ia dikecilkan menjadi 14 lagu pada akhirnya.

INFO: Joe Flizzow

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 1979.

Menyertai Too Phat pada usia 19 tahun

Album ini diciptanya ketika Joe ‘keseorangan’ dan ketika kisah ‘kehilangan’ Malique mula diperkatakan.

Masih menghubungi dan bertemu dengan Malique. Malah, Malique antara orang pertama ditunjukkan hasil akhir album ini.

Anak kepada bekas pembaca berita TV3, Ishak Nengah dan wartawan, Aishah Ali.

Berita Harian

Football Stars, Celebrities Play In Charity Match

7 Feb

SINGAPORE : Singapore’s famous footballer Fandi Ahmad and other soccer stars from the past donned their football boots once again – this time for charity.

Fandi was joined by other ex-internationals like Malek Awab, Nazri Nasir and Dollah Kassim, and celebrities like Singapore Idol winner Hady Mirza.

Proceeds from the match at the Woodlands Stadium will be donated to four Muslim charities.

Organisers hope to raise about S$20,000 and there are plans to make the event an annual affair. – CNA /ls

Channel News Asia

250,000 Revellers Usher In 2009 At Marina Bay

1 Jan

SINGAPORE: Over a quarter million people ushered in the New Year at Singapore’s new downtown Marina Bay.

There was high energy to reflect the troubled times, but there were also quiet moments of peace and hope for 2009.

The specially-choreographed fireworks at Marina Bay took spectators’ breath away.

“Fantastic fireworks, great show, all good,” said a man in the crowd.

An Indian woman added: “It’s definitely something different compared to New York, so it’s great to be out here.”

More than 10,000 spectators came to watch the very first full-length concert out on Marina Bay.

Revellers were entertained with 90 minutes of song and dance by local celebrities from Singapore’s MediaCorp Channel 5, Asian Idol Hady Mirza and Filipino band ‘River Maya’.

As much as many would say that 2008 has been a rough and unforgettable year, many more celebrating at Marina Bay would hope for 2009 to be a much better one. – CNA/de

Channel News Asia

Rocking With The River

30 Dec

SINGAPORE: Being in a rock band can be a dangerous thing for your reputation – especially if you’re Japs Sergio, bassist for Philippine rock band Rivermaya, and your bandmates are the ones jerking your chain because you’re not present for an interview.

Drummer Mark Escueta, guitarist Mike Elgar and singer Jayson Fernandez were on the phone with TODAY from the Philippines and they jokingly rattled off a laundry list of Sergio’s bad habits: “He snores really loud”, “He’s always drunk”, “Whenever we go on tour outside the Philippines or maybe just outside Manila, he tries to do everything in one night” and “Sometimes he wakes up late for interviews”.

The band is in a jolly mood not just because it’s the Yuletide holidays, but also because they’ll be performing at the Marina Bay Singapore Countdown to ring in the New Year.

The show will be broadcast live on MediaCorp TV Channel 5 and will feature performances by Taufik Batisah, Hady Mirza and Superband winners Rabbit, among others.

Rivermaya’s last gig in Singapore was in April 2007, and the boys can’t wait to come back to show off their new vocalist.

After former singer Rico Blanco left the band last year, they organised an American Idol-like audition process that was televised in the Philippines.

Over 500 candidates turned up to be Rivermaya’s new singer, but in the end it was 18-year-old Fernandez who got the slot.

“We had two days of auditions and… we narrowed it down to the final 13 and, ironically, Jayson was number 13,” said Elgar. “Lucky 13, actually.”

And what was Fernandez’s winning factor? “I think it was because he seemed to have lots of money!” said Escueta, laughing. “No, I’m joking. You could feel the excitement and the energy from him, like you know he really wanted this.”

Added Fernandez: “I’ve always been a fan of the band, and now I’m one of them… I feel so blessed to be here. I’m so excited to go (to Singapore) – it’s my first time.”

As for plans in 2009, the band said they’re looking to work on their new album, and they want to collaborate with more artistes.

“We did a song with Electrico two years ago (All the World) and we’d like to do more of that,” said Escueta. “Maybe people like Peter Pan from Indonesia or Agnes Monica – she’s amazing. And of course, Electrico again. We love Electrico!”

Catch Rivermaya at the Marina Bay Singapore Countdown, Dec 31, 9pm. Tickets at S$18, S$25 from Sistic. –

Channel News Asia

19 Mercy Relief Volunteers Honoured For Disaster-Relief In Myanmar, Yemen

13 Dec

SINGAPORE: Nineteen Mercy Relief volunteers who travelled to cyclone-hit Myanmar and flood-stricken Yemen to help victims and survivors were honoured in a special ceremony on Saturday.

Senior Minister Goh Chok Tong presented the volunteers with certificates of honour.

The volunteers include Member of Parliament, Dr Fatimah Lateef and Asian Idol, Hady Mirza.

The event was held in conjunction with International Volunteers’ Day. – CNA/vm

Channel News Asia

Don't Forget Your Lyrics

19 Nov

SINGAPORE : Half a million dollars – that’s how much a forgotten lyric might cost you if you are a contestant on new Channel 5 game show, “Don’t Forget the Lyrics”.

Hosted by local celebrity, Gurmit Singh, contestants are required to sing out – karaoke style – the words to fill in the blanks in the song. And if you can keep singing it right for 10 songs, you’ll walk away with S$500,000!

Easy peasy you say? Well, not quite.

“These people who come along thinking they know the song and when the music stops, the lyrics go away, they get stumped!” Gurmit said.

“My theory is this, when people see blanks, dashes, their minds go blank as well.”

Each game consists of three tiers which are divided into nine levels. The difficulty of the challenge increases with each tier and the tiers dictate how many blank lyrics contestants have to remember and sing within a stipulated time.

Contestants have to get every exact lyric correct to pass the stage, and like “Who Wants to Be a Millionaire”, they can get help if they wish to.

Each contestant is entitled to three lifelines also known as “backups” that they can use when they are stuck at any point of the competition. But each backup can only be used once.

“Backup Singer” allows the contestant to bring a friend or family member on stage to help sing the missing lyrics.

If contestants opt for “Two Words”, they can choose any two words they have filled in to check if they are right.

The last, “3 Lines”, allows contestants to pick the correct answer from three multiple choice options.

“Every time you answer correctly, you keep going up (the different levels), higher and higher. But every time you lock in the words and they are wrong, any single word, any single punctuation is wrong, you go to either zero or S$10,000 threshold level,” Gurmit explained.

The game show also features celebrity contestants like MediaCorp actresses Fiona Xie and Jade Seah, characters from Channel 5 sitcoms such as Phua Chu Kang (Gurmit Singh), Sergeant Dollah (Suhaimi Yusof), Adrianna Wow and Barbarella Chanel (both played by Michelle Chong) and even “Singapore Idol” winners Taufik Batisah and Hady Mirza, as well as runner-up Jonathan Leong.

But the one to look out for is actress Andrea Fonseka who is “really good”. “She knows many songs, she’s like a walking encyclopedia,” said Gurmit.

“Don’t Forget the Lyrics” premiered last year in the United States, and Singapore is the 30th country in the world to showcase the popular game show. It premieres Thursday, 27 November, at 8pm on MediaCorp’s Channel 5.

– CNA/km

Channel News Asia

Mercy Relief Upbeat Singaporeans Will Continue To Give Generously

10 Aug

SINGAPORE: One of Singapore’s largest humanitarian organisations, Mercy Relief, is optimistic that Singaporeans will continue to give generously.

This is despite the recent scandal affecting Renci Hospital and Medicare Centre, one of the country’s biggest charities.

Following its numerous relief efforts overseas, Mercy Relief is now turning its attention back home.

Mercy Relief received donations worth over US$700,000 from Singaporeans for Myanmar’s Cyclone Nargis and Sichuan earthquake disasters. Every cent, it said, went towards the relief efforts in Myanmar and China.

It also said it is confident Singaporeans will continue to be charitable.

T K Udairam, chairman of Mercy Relief, said: “I think the population is able to differentiate between what the money is going for and what some of the leaders are doing a bit out of the way.

“I really think we have not been affected that way, because we have been very clear that every bit of money we have, we give out to charity. So it has not been an issue.”

The organisation also limits each chairman’s term to two two-year periods.

On whether the prosecution of Renci’s former CEO for fraud will make donors wary of giving, Senior Minister of State for Foreign Affairs Zainul Abidin Rasheed feels the impact will be short-lived.

He said: “I suspect it will have an effect on Singapore minds… When you have charitable organizations subject to scrutiny and investigations, people will tend to be a bit cautious.

“But we see also, in the case of NKF (National Kidney Foundation), people are now coming round, responding to it – because people know there are a lot of people needing help, needing that touch of mercy, needing that touch of graciousness.”

He was speaking on the sidelines of the launch of Mercy Relief’s latest campaign to promote a more grateful and gracious society in Singapore.

The Senior Minister of State noted it would take some time for Singaporeans to be truly gracious as it is not their second nature.

The campaign features Singapore Idol Hady Mirza as its ambassador.

– CNA/ir

Channel News Asia

Erti Hidup Mike Mohede

17 May

Oleh SHAZRYN MOHD.FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my

MIKE MOHEDE

PERCATURAN hidup yang dilakukannya tiga tahun lalu kini memberi seribu makna yang cukup mendalam dalam kehidupannya kini.

Malah, dia sendiri tidak pernah menyangka kejayaannya meraih gelaran Indonesian Idol musim kedua pada tahun 2005 dengan menewaskan pencabar terdekatnya, Judika akan merobah kehidupannya bergelar bintang.

Michael Prabawa Mohede atau lebih mesra dikenali sebagai Mike, mimpi yang menjadi mainan hidupnya selama ini telah membuahkan hasil yang cukup lumayan buatnya.

Sementelah juga, terlalu banyak onak dan duri yang perlu ditempuhinya dalam merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang penyanyi yang cukup disegani.

“Nyanyian sudah menjadi minat saya sejak kecil dan apabila peluang itu dibuka menerusi Indonesian Idol, saya tidak mampu untuk menoleh ke belakang lagi. Langkah saya kini semakin jauh dan tiada apa yang saya mampu lafazkan melainkan bersyukur dengan nikmat dikurniakan.

“Perkara yang paling membahagiakan dalam hidup ini adalah jika kita mampu berbuat sesuatu yang cukup bererti untuk orang yang kita cintai,” kata jejaka comel dalam satu temu ramah menerusi telefon yang diatur oleh Sony-BMG Malaysia baru-baru ini.

Jelas ungkapan terindah itu ditujukan buat peminat dan penyokongnya yang tidak pernah berhenti menyanjunginya sejak hari pertama dia menyertai Indonesia Idol.

Ternyata, dia sememangnya bertuah kerana hanya berbekalkan dengan suaranya yang cukup indah itu, dia berjaya memukau hati peminat setianya.

Kelebihan yang ada pada dirinya itu berjaya menutupi kekurangan dirinya yang dikurniakan dengan saiz fizikal yang besar, tetapi tiada siapa yang melihat itu sebagai kekurangannya.

“Sepanjang tiga tahun saya bergelar artis, peminat saya tidak pernah menganggap saiz fizikal saya sebagai satu halangan kerana mereka lebih menghargai bakat yang ada di dalam diri saya.

peminat

“Ke mana sahaja saya pergi, tidak pernah orang mempertikaikan fizikal saya. Mereka menerima saya seadanya dan saya rasa cukup bertuah kerana mempunyai peminat yang bijak membuat penilaian,” ujarnya bersungguh.

Bukan itu sahaja, album sulungnya, Mike juga bukti bahawa dia benar-benar serius dalam bidang nyanyian apabila dia berpeluang bekerja dengan nama-nama besar industri seni suara Indonesia seperti Glenn Fredly, Dewiq, Yovie Widianto dan Andi Rianto yang telah menyumbangkan lagu-lagu indah di dalam albumnya.

“Saya sering bercita-cita untuk menghasilkan album yang dipenuhi dengan karya-karya indah oleh komposer dan penulis lirik yang hebat. Ternyata, doa saya dimakbulkan dan hasilnya adalah menerusi album sulung saya itu,” kata Mike yang dilahirkan pada 3 November 1983 ini lagi.

Album sulungnya yang bernuansakan pop dan R&B itu kini sudah pun menjengah pasaran Malaysia memuatkan 10 buah lagu. Single pertama yang membawa nama Mike ke puncak ialah Semua Untuk Cinta iaitu sebuah lagu berentak balada yang cukup indah.

Saat ditanya lagu kegemarannya dalam album perdananya itu, Mike memberitahu, lagu Sempurnakanlah Mimpiku memberi makna yang cukup mendalam buat dirinya.

“Sebelum ini, saya sudah mengharungi terlalu banyak kepayahan dan kesusahan dalam hidup. Lirik lagu tersebut merupakan cerminan kepada diri saya dan menggambarkan perjalanan yang telah saya tempuhi selama ini,” kata Mike merendah diri.

Bukan itu sahaja, bakat besar Mike itu juga dilangsungkan dalam pertandingan Asian Idol yang berlangsung pada Disember tahun lalu dan ramai yang mula membuka mata dengan kehebatan vokalnya yang cukup memukau itu.

Meskipun tewas kepada Hady Mirza dari Singapura yang merangkul gelaran idaman ramai itu, namun, persembahan Mike menerusi lagu Mengejar Matahari dan I Believe I Can Fly ternyata mendapat pujian pengkritik ketika itu.

Dengan penuh teruja dia memberitahu, perbincangan kini sedang dilakukan oleh syarikat rakamannya, SonyBMG Indonesia untuk membawanya ke Malaysia bagi melebarkan sayapnya di bumi bertuah ini.

Dan Mike seperti penyanyi Indonesia lain menyuarakan keinginan berduet dengan idolanya, Sheila Majid.

Malah, pada pertandingan Indonesian Idol juga dia pernah menyampaikan lagu popular Sheila, Sinaran.

Dalam perkembangan lain, Mike memberitahu, dia kini dalam proses menghasilkan album keduanya yang dijangka dipasarkan di Indonesia penghujung tahun.

“Buah tangan terbaru ini kelak akan menampilkan sisi baru seorang yang bernama Mike Mohede. Saya mahu tampil muzik yang lebih matang serta lebih bereksperimentasi dengan muzik. Saya mengharapkan semuanya akan berjalan dengar lancar,” katanya sambil ketawa kecil.

Mike juga tidak terlepas daripada ditanyakan tentang soal cinta. Tanpa berselindung, hidupnya kini bahagia dengan kehadiran seorang wanita yang hanya mahu digelar sebagai G sahaja.

“Perhubungan kami sudah memasuki bulan keempat dan setakat ini, semuanya berjalan lancar. Saya bertuah memilikinya sebagai teman kerana dia banyak memberikan sokongan dan dorongan buat saya,” katanya sambil berjanji akan memperkenalkan identiti teman wanitanya satu hari nanti.

Powered by Utusan Malaysia

Sayang Ibu

10 May

Sewaktu Asian Idol berlangsung, Mardiana sudah dapat rasakan awal-awal lagi
Hady akan menang

OlehHanim Mohd Saleh

DI SEBALIK tubuh kecil Cik Mardiana Ahmad, siapa sangka beliau mempunyai semangat yang cukup kental.

Anaknya sendiri, Asian Idol, Hady Mirza Amir, akui kadangkala tergeleng-geleng kepala melihat keberanian ibunya.

‘Kalau nak tahu, mak saya pernah terjun ke laut dari tengah-tengah jeti semata-mata kerana nak selamatkan beg duitnya yang terjatuh. Tergamam kami anak-beranak tengok mak tiba-tiba berenang di laut,’ cerita anak bongsu dua beradik itu tentang insiden yang tidak dapat dilupakan berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

Menurut Cik Mardiana, yang berusia awal 50-an, beliau rasa ‘perlu untuk selamatkan beg duit’ itu bukan kerana ia mengandungi wang yang banyak, sebaliknya kerana ‘tidak mahu leceh-leceh buat pelbagai laporan jika dokumen seperti kad pengenalan hilang’.

Kecekalan Cik Mardiana sudah tergambar dengan cara Hady dan kakaknya dilahirkan. Dalam zaman serba canggih ini, Cik Mardiana tetap memilih untuk melahirkan kedua-dua orang anaknya di rumah dengan menggunakan khidmat seorang bidan.

‘Semasa saya nak lahirkan kakaknya dalam 1977, selepas berhari-hari saya dimasukkan dalam hospital, masih tak ada tanda-tanda akan bersalin. Kemudian bayi didapati dalam kedudukan songsang. Akhirnya saya minta balik. Doktor marah, tetapi saya berdegil.

‘Di rumah, selepas diurut, semua berjalan dengan baik dan akhirnya saya selamat bersalin dengan mudah. Saya fikir, kalau arwah mak saya boleh melahirkan 14 orang anak di rumah, mengapa saya tak boleh,’ cerita Cik Mardiana yang kini sibuk menjaga seorang cucunya, setahun setengah.

Hady juga, kata si ibu, dilahirkan dalam 1980 di rumah, di flat Boon Keng Road.

Apabila ditanya hadiah paling istimewa yang pernah diberikan Hady kepadanya, Cik Mardiana berkata: ‘Setiap kejayaan Hady adalah hadiah untuk saya. Tak kiralah kejayaan apa.’

Apabila Hady melangkah ke Indonesia untuk bersaing dalam Asian Idol, Cik Mardiana akui cukup yakin anaknya akan pulang membawa kejayaan. Sebab itu beliau lebih rela tidak ikut ke Jakarta, sebaliknya membuat persiapan bagi pesta sambutan kejayaan Hady di rumah baru mereka bersama para peminatnya.

‘Saya beritahu Hady, beliau tak perlu bimbang atau takut. Nikmati saja pengalaman berada di pentas Asian Idol itu. Jauh di sudut hati, saya sudah merasakan kemenangan sudah berpihak kepadanya,’ ujarnya.

Naluri seorang ibu ternyata tepat belaka.

Aliff pandang tinggi sikap tegas uminya yang amat mengambil berat urusan anak

DALAM bab bangun tidur pagi, penyanyi Aliff Aziz memang cukup liat. Deringan loceng jam di sebelah bantal tidurnya pun belum tentu dapat membangunkannya.

Tetapi ada satu suara yang pasti membuat Aliff tercelik dan bangun dengan spontan – suara ibunya.

‘Kalau Aliff tidur lewat atau terlalu penat, cubalah kejutkan Aliff. Ketuk pintu bilik ke, menjerit ke telinga Aliff ke, gegar badan Aliff…. semua sia-sia saja. Tetapi kalau Umi yang kejutkan, biarpun suaranya datang daripada bilik tidurnya, Aliff pasti terjaga dan cepat-cepat bersiap,’ cerita anak sulung tiga beradik itu.

Uminya, Cik Siti Hafiza Sheikh Mohamad, 42 tahun, sememangnya dianggap Aliff sebagai ibu yang cukup tegas. Tetapi ketegasan itulah yang Aliff sifatkan cukup penting, terutama dalam hal menangani dirinya yang sibuk menyanyi termasuk di Malaysia, biarpun masih bersekolah.

Cik Hafiza, seorang penyelia klinik, melahirkan Aliff secara caesarian di Hospital Besar Singapura selepas lima hari mengalami tekanan darah tinggi. Sebelum berumah tangga, beliau pernah menjadi pramugari Cathay Pacific selama tiga tahun dan kemudian menjadi setiausaha di sebuah agensi sumber manusia.

Apabila mendapat anak kembar, beliau mengambil keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Hanya setelah anak-anaknya pandai berdikari, beliau kembali bekerja.

Cik Hafiza mengakui beliau sebenarnya merupakan satu-satunya anggota dalam keluarganya yang pada mulanya menentang kemahuan anak sulungnya itu menyertai Anugerah 2007.

‘Sebagai ibu, tentulah saya mahu Aliff selesaikan sekolah dulu setinggi mungkin. Biarpun daripada kecil dia dah tunjukkan minat menyanyi, saya tak pernah menggalakkannya menjadi penyanyi sepenuh masa.

‘Tetapi saya tak boleh halang keinginan anak-anak. Biarpun ada beberapa pihak menyindir saya dan mempersoalkan mengapa saya biarkan Aliff menyanyi sedangkan dia masih bersekolah, saya kena tabah dan memastikan Aliff terus diberi perhatian dan bimbingan sepatutnya,’ kata Cik Hafiza.

Justeru tidak mengejutkan kalau si ibu sentiasa berada di samping bintang popular itu, terutama ketika Aliff perlu mengadakan persembahan di Malaysia.

‘Aliff masih bawah umur. Dia perlu banyak ditegur. Walaupun usianya 17 tahun, memandangkan keadaan dia sekarang, dia tak boleh berkelakuan seperti budak-budak 17 tahun biasa sebab setiap pergerakannya diberi perhatian.

‘Tetapi saya bersyukur kerana Aliff serius dan fokus dengan apa yang dilakukannya.’

Powered by Cyberita

Singapore Idols Score Trophies At Anugerah Planet Musik Awards

22 Apr

Taufik Batisah and Hady Mirza continued their reign as two of the country’s biggest stars.

Both Singapore Idol winners scored trophies for the Most Popular Act in Singapore category at the Anugerah Planet Muzik (APM) awards in Kuala Lumpur on Sunday.

Organised by MediaCorp radio stations Ria 89.7FM and Warna 94.2FM, the awards ceremony – now in its eighth year – saw some of the biggest stars in the Malay music scene from Malaysia, Indonesia and Singapore battle it out at the Kuala Lumpur Convention Centre.

Though none of the Singaporean acts won regional awards, they were grateful to showcase their talent at the show, which was expected to draw some 160 million television viewers across the region.

Said Taufik: “APM allows us to show that despite being a small market, Singapore has got a lot of talent.”

The 26-year-old winner of the inaugural Singapore Idol in 2004 scored eight nominations the most this year including regional categories such as Most Popular Song, Best Male Artiste and Most Popular Male Artiste.

He ended the night with three awards: Most Popular Act in Singapore, Most Popular Song (Singapore), and Best Act (Singapore). The award for Most Popular Act in Singapore was also shared with his Idol successor Hady and hip-hop act Sleeq.

Local band Cradle’s track Ayu won the Best Song (Singapore) award. The top regional awards were won by Malaysians Siti Nurhaliza (Most Popular Female Artiste), Faizal Tahir (Most Popular Male Artiste), Anuar Zain (Best Male Artiste) and Indonesia’s Kris Dayanti (Best Female Artiste).

A delayed telecast of the show will be broadcast on MediaCorp TV’s Suria channel this Saturday at 9pm. –

Powered by Channel News Asia