Archive | Uma Thurman RSS feed for this section

Hollywood: Pelakon, Penduduk Berpesta

25 Feb

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap
KEJAYAAN filem Slumdog Millionaire mencatat kejayaan besar dengan lapan anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik pada Anugerah Academy ke-81 kelmarin, turut disambut penuh gembira rakyat miskin di Mumbai, India.

Satu lorong kecil berdekatan landasan kereta api di Mumbai, bertukar menjadi satu pesta apabila mereka beramai-ramai menari dan menyanyi meraikan kejayaan filem arahan Danny Boyle yang banyak paparkan kehidupan orang miskin di Mumbai.

Barisan pelakon filem itu yang terbang dari India ke Los Angeles untuk menghadiri majlis paling prestij di Hollywood itu turut diraikan dalam acara khas selepas selesai majlis anugerah bersama pemenang lain serta tetamu undangan.

Ramai pihak menganjurkan majlis khas ini sebaik saja selesai majlis anugerah yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles, sebagai tanda penghargaan dan meraikan pemenang, walaupun dalam keadaan dunia mengalami krisis ekonomi.

Antaranya majlis anjuran Fox Searchlight di ONE Sunset di West Hollywood khusus meraikan kejayaan filem Slumdog Millionaire dan The Wrestler.

Ayush Mahesh Khedekar, 8, yang memegang watak Jamal waktu kecil, hanya minum Coca-Cola dalam tin berbeza tetamu dewasa lainnya meraikan kejayaan itu dengan champange dan minuman keras lainnya bersama hidangan koktel.

Apa yang dilalui Ayush yang tinggal di India, umpama peluang sekali seumur hidup. Ayush duduk di sofa di kelab itu sambil minum soda dalam majlis berlangsung sampai lewat malam.

“Saya sangat teruja,” komen Ayush mengenai kejayaan Slumdog Millionaire.

Katanya, ia sesuatu yang tidak diduga sama sekali. Malah seumur hidupnya tidak pernah bermimpi akan menghadiri majlis Oscar dan filem lakonannya mencatat kejayaan besar.

“Kejayaan ini tidak pernah saya jangkakan dan saya tidak pernah bermimpi berada di sini. Daniel (pengarah Danny Boyle) ada berkata, kalau saya buat bersungguh-sungguh, Oscar akan datang kepada saya. Ternyata kini ia menjadi kenyataan,” katanya.

Madhur Mittal yang memegang watak Salim, tidak melepaskan peluang mengambil minuman setiap kali pelayan wanita lalu membawa minuman.

“Ia jauh berbeza dengan kehidupan biasa saya. Saya datang dari India dan tidak pernah bermimpi berada di sini menghadiri majlis Oscar kerana hanya memegang watak kecil dalam filem ini. Ini hari paling bermakna dalam hidup saya,” katanya.

Tidak jauh dari majlis Fox Searchlight, berlangsung acara lebih meriah anjuran Vanity Fair khusus untuk bintang kelas A Hollywood di Hotel Sunset Tower di West Hollywood.

Pemenang Oscar malam itu diraikan dengan sambutan cukup meriah, apatah lagi majlis tahunan ini tidak dapat diadakan tahun lalu kerana mogok dilancarkan di kalangan penulis Hollywood. Kali ini majlis diadakan di tingkat atas hotel beraksikan panorama indah Los Angeles berbanding sebelumnya di Restoran Morton.

Antara tetamu awal yang tiba ialah Kate Winslet yang menang Aktres Terbaik melalui lakonannya dalam The Reader hadir bersama suami, pengarah Sam Mandes. Sebelah tangannya menggenggam oscar dimenangi dan sebelah lagi memegang gelas champagne sambil membalas pelukan tetamu yang tidak putus-putus mengucap tahniah.

“Britain hebat,” ucap Anthony Hopkins sambil memeluk Kate. Ternyata ucapan itu membuat Kate terkejut kerana menerima ucapan tahniah daripada bintang veteran Britain.

Tetamu lain, Jennifer Aniston bersama John Mayer, Halle Berry, Penelope Cruz (Aktres Pembantu Terbaik), Tilda Swintonm, Amy Adams, Uma Thurman, Jake Gyllenhaal, Reese Witherspoon, Robert De Niro, Tina Fey dan Josh Brolin.

Sementara itu Elton John juga menganjurkan majlis di Pacific Design Center bersama tetamu undangannya yang terkenal dan glamor. Antaranya Simon Cowell, Sharon Stone, Chace Crawford dan Carrie Underwood.

Sementara itu Jennifer Love Hewitt meraikan tetamu dalam majlis tahunan AIDS Project Los Angeles di The Abbey manakala Chevy Chase, Laura Dern serta beberapa selebriti terkenal lainnya berpesta dalam majlis gala The Night 100 Stars di Hotel Beverly Hills.

Tidak ketinggalan, Lindsay Lohan menghadiri majlis anjuran Mercedes-Benz di Montage Beverly Hills sementara Sean Penn yang menang Aktor Terbaik bersama Taraji P. Henson, Marisa Tomei, Amy Adams dan Anne Hathaway yang dicalonkan Aktres Terbaik, antara yang tiba awal di majlis yang diadakan di Governors Ball, Kodak Theatre.

Tetamu dihidangkan dengan udang kara dan udang bersama tiga tingkat kotak pencuci mulut yang disalut cokelat. Penn bersama Emile Hirsch yang turut berlakon dalam Milk dan juga bintang Twilight, Robert Pattinsoni berbual sambil menghisap rokok di luar dewan.

Harian Metro

Tembelang Legenda Wall Street Akhirnya Terbongkar

27 Dec

SEPANJANG bulan ini, bekas Pengerusi Pasaran Saham Nasdaq di New York, Bernard Madoff menjadi tumpuan selepas beliau mengaku menipu pelabur-pelabur skim pelaburannya.

Madoff mengaku kepada pihak berkuasa bahawa beliau menipu pelabur menerusi satu skim cepat kaya melibatkan kerugian bernilai AS$50 bilion (RM171.89 bilion).

Pelabur-pelabur Madoff bukan sebarangan orang kerana antaranya ialah pewaris syarikat kosmetik L’Oreal, Liliane Bettencourt, tunang aktres Uma Thurman, Arpad Busson dan pengarah filem terkenal, Steven Spielberg.

Beberapa bank di luar Amerika Syarikat (AS) turut terlibat dalam pelaburan Madoff itu dan kini berdepan risiko kerugian.

Korban pertama skim anjuran Madoff itu ialah pengurus dana kelahiran Perancis, Thierry Magon De la Villehuchet yang membunuh diri di pejabatnya di New York, Selasa lalu.

Menerusi skim anjuran Madoff itu, pelabur akan mendapat pulangan luar biasa.

Namun, pulangan luar biasa itu sebenarnya dibayar dengan wang pelabur baru dan ia bukan hasil keuntungan perniagaan.

Apa yang menjadi isu adalah kenapakah golongan yang sudah kaya dan terkenal boleh melabur dan tertipu menerusi skim pelaburan anjuran Madoff itu?

Golongan kaya dan selebriti itu melabur kerana mereka terpengaruh dengan reputasi Madoff yang digelar sebagai legenda Wall Street.

Madoff digelar legenda Wall Street kerana beliau dipuji berikutan peranannya mengubah cara saham diniagakan iaitu menerusi dagangan elektronik.

Skim anjuran Madoff itu sudah berlanjutan sejak sekian lama tetapi akhirnya terbongkar sama seperti kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Ada ketikanya apabila seseorang itu sudah berjaya, rasa bangga diri wujud sehingga lupa kesilapan kecil mampu membawa padah besar.

Madoff ditangkap selepas ejen-ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapat maklumat penipuan itu daripada dua anak lelakinya sendiri iaitu Mark dan Andrew.

Moral ceritanya adalah mangsa skim cepat kaya tidak mengenal bangsa dan agama manakala nafsu untuk menjadi kaya dengan cepat berada dalam diri kebanyakan manusia.

Kosmo

Selebriti Turut Ditipu

17 Dec

LOS ANGELES – Bank-bank, bilionair dan selebriti Holywood tidak terkecuali daripada ditipu satu skim pelaburan piramid yang dianjurkan oleh bekas Pengerusi Bursa Saham Nasdaq di Amerika Syarikat (AS), Bernard Madoff.

Menurut sebuah akhbar semalam, antara selebriti Hollywood yang terlibat dengan pelaburan anjuran Madoff itu adalah pengarah filem terkenal, Stephen Spielberg dan tunang aktres Uma Thurman, Arpad Busson.

Penipuan Madoff itu terdedah selepas dia ditangkap pada Khamis lepas di New York dan mengaku menipu pelabur-pelabur sehingga AS$50 bilion (RM178.1 bilion).

Firma-firma Britain turut kehilangan sekurang-kurangnya AS$5.36 bilion (RM19 bilion).

Madoff dibebaskan daripada tahanan pihak berkuasa selepas dia membayar wang jaminan sebanyak AS$10 juta (RM35.57 juta).

Spielberg ditipu dalam skandal itu selepas badan kebajikannya, Yayasan Wunderkinder mempunyai sebahagian aset dilaburkan bersama Madoff pada 2006 iaitu kira-kira 70 peratus.

Pengarah filem itu dan isterinya memberi sumbangan kepada badan kebajikan tersebut pada setiap tahun.

Tunang Thurman, Busson yang merupakan seorang pengurus dana lindung nilai turut terlibat dalam skim itu menerusi syarikatnya, EIM.

Syarikat itu terdedah dengan produk yang dijual oleh Madoff sehingga AS$222.39 juta (RM790.97 juta).

Bukan sahaja Hollywood tetapi juga taikun sukan dan media juga terjejas akibat skim pelaburan piramid anjuran Madoff.

Pemilik kelab bola keranjang New York Mets, Fred Wilpon turut membuat pelaburan anjuran Madoff termasuk Norman Braman iaitu bekas pemilik pasukan bola sepak Amerika, Philadelphia Eagles yang juga lelaki ke-281 terkaya di AS.

Sebuah yayasan pemilik akhbar New York Daily News, Mortimer Zuckerman mempunyai pelaburan sebanyak AS$30.21 juta (RM107.505) bersama firma Madoff.

Kesemua mereka bersama firma insuran Axa dan sejumlah pihak berkuasa skim pencen di AS tidak menyedari bahawa dana lindung nilai yang disertai itu sebenarnya skim pelaburan piramid ‘Ponzi.’

Skim pelaburan itu memberikan pulangan luar biasa kepada pelabur.

Wang itu dibayar oleh pelabur lain dan ia bukannya hasil keuntungan menerusi perniagaan sebenar.

– Agensi

Kosmo

Dakwa Boleh Lewatkan Proses Penuaan

30 Sep


DR. PERRICONE (kanan) mendakwa penuaan adalah satu penyakit yang boleh diperangi.

LONDON – Seorang pakar diet, Dr. Nicholas Perricone mendakwa mampu melewatkan proses tua tanpa melakukan sebarang pembedahan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika pakar-pakar kulit lain mengakui tugas mereka adalah berusaha untuk meminimumkan kesan tua, Dr. Perricone beralih kepada cara tradisional untuk melewatkan proses penuaan.

Dia sebaliknya berhujah bahawa proses penuaan adalah sejenis penyakit.

“Mungkin ia merupakan satu kontroversi tetapi saya percaya bahawa penuaan adalah satu penyakit yang berlaku di peringkat sel dan anda mampu memeranginya,” kata Dr. Perricone.

Dia tidak mendakwa memiliki rahsia kehidupan abadi tetapi percaya bahawa kemerosotan fizikal dikaitkan dengan penuaan dapat dielakkan.

Dr. Perricone mempunyai ramai peminat daripada kalangan selebriti Hollywood seperti aktres Kim Cattrall, Cate Blanchett, Uma Thurman dan Julia Roberts.

Sebelum ini dalam sebuah bukunya berjudul The Wrinkle Cure and The Perricone Prescription, dia mendakwa diet yang kaya dengan ikan salmon dan buah beri mampu menjadikan anda kelihatan lebih muda.

Sejak bertahun-tahun lalu, dia menganalisis kenapa manusia kelihatan muda dan apakah punca menyebabkan mereka kelihatan tua.

“Apabila anda melihat muka yang muda, apa yang anda lihat adalah lengkung dan ruang yang luas iaitu dahi berlengkung, mulut menonjol, terdapat ruang luas di pipi serta pelipis.

“Berikutan peningkatan umur, kita kehilangan otot dan lemak, oleh itu terdapat kecembungan mendatar menyebabkan cengkung.

“Kami menyedari bahawa penuaan adalah lebih kepada kehilangan tisu-tisu,” kata Dr. Perricone.

Bagaimanapun, perkembangan mendadak dan populariti suntikan Botox sejak beberapa tahun lalu mencetuskan kebimbangannya.

“Saya bimbang mengenai prosedur yang berterusan sama ada ia pembedahan atau suntikan,” jelasnya.

“Semua itu mencetuskan trauma dan saya tidak pasti ia merupakan strategi terbaik untuk mengekalkan muka yang muda,” katanya.

Dr. Perricone mempunyai satu pelan bagi membolehkan manusia kelihatan muda berbanding menggunakan Botox dan menjalani pembedahan.

Menurutnya, jika pelan itu diikuti oleh ramai orang, mereka akan kelihatan 10 tahun lebih muda daripada umur sebenar.

Langkah pertama adalah memakan protein berkualiti tinggi seperti ikan salmon, makan daging ayam yang tidak diternak dalam kurungan, makanan laut yang bercangkerang seperti kerang atau kupang dan tauhu.

Bahan-bahan itu penting untuk memperbaiki sel dan membina blok tisu otot.

Sayur-sayuran dan buahan-buahan seperti, blueberry, brokoli dan bayam menjadikan kadar kandungan gula stabil sekali gus mengekalkan bahan antioksidan yang meneutralkan bahan-bahan radikal iaitu penyebab sel-sel mengalami kerosakan.

Bahan-bahan lemak yang terdapat pada ikan, kekacang dan bijiran mampu membekalkan tenaga untuk sel.

“Ketika saya mula bekerja untuk sejumlah selebriti, saya hairan kenapakah mereka kelihatan cukup glamor.

“Kenapakah mereka kelihatan berlainan daripada kita?

“Jika anda melihat seseorang seperti aktres Angelina Jolie, dia mempunyai bentuk seperti buah epal di pipinya iaitu hasil daripada otot yang terdapat di bahagian muka,” katanya Dr. Perricone.

Menurutnya, setiap orang boleh memiliki kulit seperti Jolie dengan melakukan senaman.

Melakukan senaman muka secara berkesan memerlukan ransangan elektrik yang mampu menegangkan otot.

“Dengan menggunakan ransangan elektrik, saya boleh menjadikan seseorang kelihatan seperti itu (Jolie),” kata Dr. Perricone. – Agensi

Kosmo

Selma Terkejut Digilai Lesbian

22 Jul

SELMA BLAIR

UMA THURMAN

SELMA BLAIR, aktres yang pernah popular dengan babak ciuman bersama aktres Sarah Michelle Gellar menerusi filem Cruel Intentions mengakui dia tidak pernah berpengalaman mempunyai kekasih lesbian dalam kehidupan sebenarnya.

Selma yang juga yang terlibat dengan sebuah adegan ciuman lesbian dalam filem Feast of Love dan filem terbaru lakonannya, Driving Lessons memberitahu majalah Playboy: “Saya sudah lakukan tiga babak ciuman sesama wanita di skrin. Dan saya belum pernah ada pengalaman sebenar.

“Apabila ada rakan lesbian saya memberitahu mereka jatuh cinta terhadap saya selepas hubungan persahabatan yang kukuh, ia begitu mengejutkan saya”.

Tahun lalu, Selma pernah berkata bahawa dia berlatih aksi seks lesbian secara tertutup bersama dengan bintang siri Hero, Stana Katic.

Selma yang memainkan watak lesbian dalam Feast of Love berkata: ” Kami berlatih babak seks lesbian dalam sebuah bilik peribadi bersama”.

Kosmo

Perkahwinan Hancur Secepat Kilat

17 Apr


SETIAP kali pasangan artis Hollywood melangsungkan perkahwinan, ramai yang sebenarnya akan meneka sejauh mana ikatan suci itu akan bertahan. Bukan bermaksud mahu mencurigai mahligai cinta mereka.

Namun, status perkahwinan kepada mereka bagaikan satu permainan. Bila suka bersama. Bila benci bercerai. Senario ini bukan sahaja popular di kalangan artis Hollywod tetapi juga semakin ‘hangat’ di kalangan masyarakat moden.

Seperti Julia Roberts dan Lyle Lovett, pasangan ini berkahwin pada 27 Jun 1993 walaupun hanya berkenalan selama tiga minggu. Notis perkahwinan diberikan 72 jam sebelumnya dan berlangsung di Marion, Indiana. Namun, tidak sampai dua tahun, pasangan ini bercerai.

Aktres Selma Blair dan pemuzik Ahmet Zappa pula melangsungkan perkahwinan pada 24 Januari 2004 di Los Angeles. Blair kemudian memfailkan penceraian atas alasan tidak serasi pada 21 Jun 2006.

Bagi Jennifer Lopez yang baru menimang anak kembar, dia sebenarnya sebelum ini pernah berkahwin dengan penari, Cris Judd. Bertemu Judd semasa merakamkan klip video, Love Don’t Cost A Thing, pasangan ini disatukan pada 29 September 2001.

Malangnya, perkahwinan itu hanya mampu bertahan sehingga Jun 2002 apabila Lopez mula bercinta dengan aktor Ben Affleck. Lopez dan Judd akhirnya bercerai secara rasmi pada Januari 2003.

Aktor komedi Jim Carrey pula pernah berkahwin dua kali. Isteri pertamanya, Melissa Womer melahirkan anak mereka, Jane Erin Carrey pada 6 September 1987. Mereka berkahwin pada 28 Mac 1987 dan bercerai secara rasmi pada tahun 1995.

Carrey kemudian mula bercinta dengan Lauren Holly dan berkahwin pada 23 September 1996 tetapi hubungan mereka tidak mampu bertahan sehingga satu tahun. Kini dia sedang bercinta dengan aktres Jenny Mccarthy.

Begitu juga dengan hubungan antara pemenang Oscar Helen Hunt dan Hank Azaria. Mereka berkahwin pada tahun 1999 tetapi telah bercerai setahun kemudian.

Sementara itu, Carmen Electra mula mendapat perhatian media apabila dia melangsungkan perkahwinan dengan pemain bola keranjang, Dennis Rodman dari tahun 1998 sehingga 1999. Perkahwinan itu bertempat di Las Vegas, Nevada.

Dia kemudian mempunyai hubungan sulit dengan bekas suami Pamela Anderson, Tommy Lee. Pada 22 November 2003, Electra berkahwin dengan Dave Navarro dan bercerai pada 20 Februari 2007. Dia kini bercinta dengan pemain gitar Korn, Rob Patterson.

Itu antara senarai artis yang ‘kahwin kilat’ di Hollywood. Dan bagi mengetahui lebih lanjut kisah kahwin kilat Drew Barrymore, Renee Zellweger, Jessica Simpson, Britney Spears dan Nicolas Cage, ikuti petikan di bawah ini.

Drew Barrymore dan Tom Green

Pada Julai 2000, Tom Green bertunang dengan aktres Drew Barrymore. Barrymore kemudian membawa Green ke dalam barisan pelakon filem Charlie’s Angels yang diterbit dan dilakonkan olehnya sendiri.


TAHUN 2005 menyaksikan Drew dan Tom berkahwin dan bercerai.

Green dan Barrymore kemudian berkahwin pada 7 Julai 2001, namun menjelang 17 Disember tahun yang sama, mereka memfailkan penceraian, atas alasan tidak mempunyai persefahaman. Pasangan ini bercerai secara rasmi pada 15 Oktober 2002.

“Drew Barrymore merupakan pengguna dadah yang sedang diubati. Namun, dia menawarkan marijuana kepada Tom Green sejurus selepas mereka berkahwin. Tidak lama kemudian, Tom mula berasa mual dengan tingkah laku kemurungan neurotik Barrymore,” kata satu sumber.

Renee Zellweger dan Kenny Chesney

Renee Zellweger pernah dikaitkan dengan Josh Pate, George Clooney, Jim Carrey dan Jack White. Namun, pada 9 Mei 2005, aktres ini akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi lagu-lagu country, Kenny Chesney di satu majlis di pulau St. John.


ISU penipuan memusnahkan perkahwinan Renee-Kenny.

Mereka bertemu pada Januari 2005 semasa menghadiri konsert amal tsunami. Bagaimaapun, pada 15 September, 2005 mereka mengumumkan mengenai perpisahan mereka hanya selepas berkahwin selama empat bulan.

Zellweger memberikan sebab ‘penipuan’ sebagai alasan perpisahan.

“Itu cuma bahasa mudah yang sah dari segi undang-undang dan tidak berkaitan dengan perwatakan Kenny. Saya secara peribadi akan berterima kasih jika anda (media) tidak melaporkan berita ini secara melampau atau berlebihan. Kami mahu melalui pengalaman pahit ini secara peribadi,” kata Zellweger kepada pihak media.

Penceraian mereka disahkan pada Disember 2005.

Jessica Simpson dan Nick Lachey

Pada 26 Oktober 2002, Jessica Simpson, yang ketika itu berusia 22 tahun, berkahwin dengan Nick Lachey. Selepas sebulan berhadapan dengan spekulasi tabloid, Simpson dan Lachey mengumumkan perpisahan mereka pada November 2005.

Simpson memfailkan penceraian pada 16 Disember 2005 dengan alasan tidak bersefahaman. Penceraian secara rasmi disahkan pada 30 Jun.

“Oh, ia sangat menyakitkan hati,” ujar Simpson kepada majalah Elle pada 6 Februari 2007 mengenai pandangan bekas suaminya bercinta dengan Vanessa Minnillo.


SAMA cantik, sama padan, tetapi pernikahan Jessica dan Nick gagal bertahan.

Ramai yang menyatakan Simpson berasa cemburu tetapi dia menafikannya.

“Saya rasa saya terlalu sukar untuk dicintai. Mungkin saya selalu menakutkan mereka (lelaki) sehingga mereka larikan diri. Namun, saya tidak pernah kesal dengan perkahwinan bersama Lachey selama tiga tahun.

“Saya bangga dengan perkahwinan itu. Nick seorang lelaki yang baik. Tiada apa yang perlu dikesalkan kerana dia menjadikan saya insan lebih baik,” katanya dalam program bual bicara yang di hoskan Ellen DeGeneres.

Britney Spears dan Jason Allen Alexander

Britney Spears mungkin terkenal dengan pelbagai kontroversi. Sebelum berkahwin, dia pernah menjalin hubungan dengan penyanyi, Justin Timberlake selama empat tahun. Hubungan mereka tamat pada tahun 2002.


BRITNEY dan Jason Allen mencipta rekod perkahwinan terpantas di kalangan selebriti Hollywood.

Namun, pada 3 Januari 2004, Spears mengejutkan dunia apabila dilaporkan berkahwin dengan kawan baiknya semasa kecil, Jason Allen Alexander di The Little White Wedding Chapel, Las Vegas.

“Perkahwinan itu hanya bertahan selama 55 jam. Mereka berpisah kerana Britney sendiri merasakan dirinya tidak mengenali Jason dengan mendalam,” kata satu sumber.

Penyanyi bermasalah ini kemudian berkahwin dengan penari, Kevin Federline pada 18 September 2004 dan kemudian bercerai pada Julai 2007.

Nicolas Cage dan Lisa Marie Presley

Pada usia awal 20-an, Nicolas Cage pernah bercinta dengan Elizabeth Daily dan Uma Thurman. Dia kemudian terlibat dengan Christina Fulton, ibu kepada anaknya, Weston Coppola Cage yang dilahirkan pada 26 Disember 1990.


IKATAN perkahwinan Nicolas dan Lisa Marie hanya bertahan selama empat bulan.

Aktor ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertamanya, aktres Patricia Arquette dikahwininya pada 8 April 1995 dan bercerai pada 18 Mei, 2001. Lisa Marie Presley pula merupakan isteri kedua Cage.

Mereka berkahwin pada 10 Ogos 2002 berpisah empat bulan kemudian pada bulan Disember. Penceraian mereka disahkan pada 16 Mei 2004.

“Kami tidak sepatutnya berkahwin pada mulanya,” kata Cage yang kini merupakan suami kepada Alice Kim.

Kosmo

Weekend Watch: Of Fairies And A Mermaid

13 Mar

THINGS are heating up on reality series Survivor China on ntv7 tomorrow (10.45pm).

In this week’s episode, Todd teams up with Amanda to find the Hidden Immunity Idol (which may save someone from elimination at the Tribal Council gathering). Another reality show, The Bachelor is premiering over 8TV (12.15am) on Sunday. Jesse Palmer, a pro football quarterback is introduced to 15 beautiful women in this dating game. One of the bachelorettes is actually his spy. For movie buffs, ntv7 is showing The Making Of… The Spiderwick Chronicles at 1.30pm on Sunday. Directed by Mark Waters, this fantasy thriller movie is about run-down Spiderwick Estate where twin brothers Jared and Simon Grace, along with their sister Mallory, find themselves pulled into an alternate world full of fairies and other creatures. The movie stars Freddie Highmore, Sarah Bolger, Nick Nolte, Mary-Louise Parker, Joan Plowright, David Strathairn, Seth Rogen and Martin Short. Also on Sunday, 8TV is airing The Making Of… Duyung at 11.30am. Directed by A. Razak Mohaideen, this local comedy/drama film revolves around Jimmy, a nature-loving man who believes in the myth that if the environment is looked after, a mermaid would appear. The movie stars Maya Karin, Saiful Apek, Yassin Yahya, Yasmin Hani, Awie, Raja Noor Baizura, Abu Bakar Omar and Hafidzuddin Fazil.

TOMORROW

Harry Potter & The Prisoner Of Azkaban (English movie) (RTM2, 9pm):  It’s a dark time again at Hogwarts for Harry Potter and his friends. Sirius Black, who is believed to have helped in the kidnapping of Harry’s parents, has escaped from Azkaban prison. Starring Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint, Richard Griffiths and Pam Ferris.

Mangal Panday — The Rising (Hindi Movie) (RTM2, 12.30pm):  Mangal is a sepoy serving Britain’s East India Company. But when he finds out that the cartridges of the rifle contains beef and pig fat, Mangal revolts and leads a rebellion.

Paycheck (English movie) (TV3, 12.30am):  Jennings is the best reverse-engineer in the business. He is hired by clients to take apart other companies technologies and find out how they work. Starring Ben Affleck, Aaron Eckhart, Uma Thurman and Paul Giamatti.

SUNDAY

The Adventure Of Elmo In Grouchland (English movie) (RTM2, 3pm):  Elmo loves his fuzzy, blue blanket, and would never let anything happen to it. However, a tug-of-war with his friend Zoe sends his blanket to a faraway land, and Elmo in hot pursuit. Starring Kevin Clash, Mandy Patinkin, Vanessa Williams and Sonia Manzano.

Pesona 3: Siapa Dia (Malay movie) (TV3, 3pm):  Jasmin, a college teacher, has many admirers. Saiful, Fenkie and Sulaiman compete for her heart. Starring Faizal Hussein, Haznina Juren Haniff and Sidi Oraza.

Powered by New Straits Times

Pelopor Fesyen Itali Bersara

25 Jan


MODEL mengadakan persembahan selepas selesai pertunjukan terakhir koleksi fesyen Valentino (gambar kecil) di Paris, kelmarin.

SELEPAS 45 tahun terlibat dalam industri fesyen, pereka tersohor, Valentino akhirnya mengambil keputusan bersara dalam bidang yang sangat diminatinya.

Valentino yang terkenal di kalangan artis dan selebriti popular, mengadakan pertunjukkan koleksi pakaian terakhirnya di Muzium Rodin di Paris, Perancis kelmarin.

Antara barisan bintang dan selebriti terkenal yang hadir dalam pertunjukkan itu yang dianggap sebagai parti selamat tinggal adalah aktres popular, Uma Thurman dan Mick Jagger.

Valentino Clemente Ludovico Garavani atau lebih mesra dipanggil Valentino, 76, mengakui bakat yang dimilikinya telah menjadikan dia sebagai salah seorang pereka fesyen paling berpengaruh pada lewat kurun ke-20.

“Saya tidak mempunyai kemahiran serta bakat dalam bidang yang lain tetapi saya boleh mereka pakaian,” katanya,

Bakatnya mula bersinar selepas bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Jacqueline Kennedy meminta Valentino mereka pakaian sempena perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan terkenal, Aristotle Onassis pada 1968.

Pereka fesyen kelahiran Itali itu juga dianggap sebagai antara pereka fesyen tersohor sebaris dengan nama-nama besar dalam industri berkenaan seperti Karl Lagerfeld dan Giorgio Armani.

Valentino dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana pada 1932 di Voghera, utara Itali dan dia memberitahu bahawa ibunya telah memberikannya perangsang untuk menceburi bidang fesyen.

Dia kemudiannya berhijrah ke Paris ketika berumur 17 tahun bagi mempelajari selok-belok bidang rekaan fesyen di bandar yang terkenal dengan jolokan kota fesyen dunia itu.

Sejak itu dia diterus mengorak langkah dalam bidang tersebut dan Valentino berkata, tujuan dia mereka pakaian adalah untuk membuatkan wanita kelihatan cantik.

“Saya menyukai wanita. Saya juga sentiasa mahu membuatkan kaum Hawa kelihatan sangat cantik dan seksi,” katanya.

Pada awal tahun 1960-an gaun serta skirt rekaan Valentino menjadi pilihan beberapa aktres terkenal pada waktu itu dan dia juga dianggap sebagai pelopor fesyen di Itali.

Sebelum ini fesyen rekaan Valentino kadang-kala menerima kritikan daripada pemerhati fesyen namun koleksi pakaiannya tetap menjadi pilihan di Hollywood.

Beberapa aktres Hollywood popular seperti Audrey Hepburn dan Julia Roberts pernah menggayakan pakaian rekaan Valentino di acara karpet merah.

Walaupun pakaian rekaannya mendapat sambutan tetapi Valentino dan rakan kongsi perniagaannya, Giancarlo Giammetti pernah menghadapi saat sukar.

Mereka sebelum ini pernah beberapa kali hampir diisytiharkan muflis dan syarikat mereka juga pernah bertukar pemilik sebanyak tiga kali.

Sepanjang penglibatannya dalam industri fesyen, Valentino juga pernah menerima pelbagai anugerah termasuk anugerah fesyen yang sama taraf dengan anugerah Oscar serta pingat yang dianugerahkan kerajaan Perancis.

Selepas bersara, Valentino memberitahu bahawa dia merancang mereka pakaian opera dan membangunkan sebuah muzium di Rome bagi mempamerkan koleksi pakaiannya.

Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar Itali pada minggu lalu, Valentino berkata, dia mungkin menghabiskan masa dengan berkebun.

“Mungkin selepas ini saya mahu menumpukan hidup saya dengan berkebun.

“Sebelum ini saya tidak pernah mengotori tangan saya dengan tanah tetapi saya sangat menyukai bunga,” jelasnya. – Reuters

Kosmo

Style King

27 Sep


Style king

THE STYLE king of Hollywood, Quentin Tarantino, returns with his revenge-andredemption epic “Kill Bill 2”. It is not to be mistaken as a sequel as it is only the post interval part of the action film, which on completion had a running time of 242 minutes. So the film was spliced into two and the second half released almost a year after the release of the first half. In the new film, Uma Thurman continues with her bloody quest to wreak revenge on her former colleagues from Bill’s all-girl assassination team. Not much of a story here, but it’s Tarantino’s slick execution of practically every scene and Uma Thurman’s great performance that score.

SREEDHAR PILLAI


Hindu On Net

Glamor Dior Di Cannes 2004

30 May

Oleh Jamliah Abdullah

CHRISTIAN Dior barangkali sedikit terpinggir di karpet merah Anugerah Academy di Hollywood pada Mac lepas.

Tetapi sebaliknya label Dior yang berprestij itu kembali menyerlah di Festival Filem Cannes, Perancis baru-baru ini.

Festival filem yang berlangsung selama 12 hari itu menyaksikan bagaimana Dior mendominasi karpet merah Cannes pada setiap acara daripada majlis tayangan filem, parti hingga ke malam gala iaitu majlis penyampaian anugerah.

Begitu juga pelbagai label Dior daripada busana anggun, barang kemas hingga ke aksesori diperagakan oleh bintang terkenal yang menghadiri festival tersebut.

Tidak ketinggalan adalah solekan daripada koleksi musim panas/bunga daripada Christian Dior Parfum yang menambah glamor pada celebrity terbabit di karpet merah.

Festival filem seperti di Cannes selalunya dikaitkan dengan majlis yang kasual. Lantas apa yang digayakan pada karpet merah Cannes juga lebih ringkas tetapi ia tidak bererti kurang gaya glamor mereka.

Apatah lagi dengan padanan aksesori yang bernilai lumayan. Dior tidak ketinggalan untuk mencipta gaya itu bagi celebrity yang kebanyakannya terdiri daripada bintang-bintang Hollywood.

Kehadiran lebih banyak bintang itu di karpet merah Cannes sejak beberapa tahun kebelakangan tentu saja antara alasan utama kenapa ia menjadi begitu menyerlah sekali.

Banyak bintang menggayakan koleksi Dior termasuk aktres cantik, Charlize Theron.

Pada malam gala Cannes 2004 itu untuk Charlize yang ke pentas menyampaikan anugerah, dia mengenakan busana anggun hijau muda yang seksi.

Gaun ilham pereka Dior, John Galliano yang mendedahkan bahagian bahu Charlize itu dipadankan bersama aksesori berupa sandal label Dior.

Bintang Kill Bill: Vol 2, Uma Thurman yang ditemani pengarahnya merangkap ketua panel juri Cannes 2004, Quentin Tarantino juga menggayakan gaun busana anggun Dior.

Gaun biru bersulam butiran kristal untuk sedikit gaya mewah itu juga rekaan khas Galiano untuk Uma. Pada tayangan filem Kill Bill 2, Uma turut memakai jaket Dior daripada Galliano.

Aktres sensasi, Penelope Cruz kelihatan menawan dengan busana anggun berwarna krim yang digayakan dengan beret dan aksesori Dior.

Ketika hadir untuk tayangan filem Breaking the News, aktres Kelly Chen mengenakan busana anggun gaun sutera Dior yang bergaya mewah.

Kelly yang seksi itu juga mengayakan anting-anting berlian Provocante rekaan Victorie de Castella daripada koleksi barang kemas Dior.

Aktres Liz Hurley tidak ketinggalan memilih untuk menggayakan koleksi Dior. Cuma barangkali gaun sifon berwarna ungu, motif harimau bintang itu kelihatan agak janggal untuk Liz.

Antara yang berterusan menggayakan koleksi Dior sepanjang festival itu adalah aktres Olivia Magnani, Emmanuelle Beart, Eva Herzigova, Mia Maestro dan Marisa Paredes.

Olivia tampil dengan pakaian sutera sifor berwarna merah jambu yang ditambah anting-anting berlian dan koleksi cincin Miss Dior.

Gaya ceria tetap ada walaupun harus menyusuri karpet merah yang sinonim dengan gaya glamor itu.

Itu adalah Eva yang memadankan gaun sifon Dior dengan selendang bulu berwarna merah jambu pucat.

Bukan Dior saja label jenama Eropah yang menyerlah di Cannes 2004.

Seperti kebiasaan, selain Dior, karpet merah Cannes 2004 turut dihiasi dengan busana anggun rumah fesyen terkemuka seperti Versace, Chanel, Louis Vuitton, Valentino dan Chloe.

Ia digayakan oleh bintang terkenal seperti Jennifer Aniston, Sharon Stone dan Sofia Coppola.

Seperti juga suasana musim panas/bunga yang indah dengan warna-warna ceria kebanyakan koleksi itu juga bernuansa senada.

Utusan Malaysia