Archive | Farawahida RSS feed for this section

Sampai Bila Farawahida Nak Sorok?

11 Apr

[
Tonton video ]

KL, 11 APRIL 2009:  Susulan daripada ‘kes larian obor’ oleh penyanyi yang digelar ‘Kajol Malaysia’, Farawahida, daripada jagaan pengurusnya, Julfekar, Miss Propa pun terkejut juga.

Hairan juga Miss Propa, di manalah Farawahida menyorok ketika ini. Adakah di Mumbai atau New Delhi? Merajuk sungguh dengan pengurusnya itu sampaikan tidak mahu bercakap langsung dengan press juga. 

Miss Propa sedar semua jadi begini sebab hal kerja dah bercampur dengan hal peribadi antara Farawahida dan Julfekar, nampak sangat gaya bergaduh pun macam orang bercinta. Pandai korang cover line macam wayang Hindustan!

Bukannya apa, kerana tindakannya yang terus berdiam diri itu, Miss Propa bimbang ia boleh menimbulkan banyak fitnah. Dah nak tunggu parah baru nak dibasuh? Teruk nanti Farawahida… Kalau rasa profesional, buat selesai cara profesional.

Baiklah, esok, Ahad, Miss Propa nak naik Genting Highlands sebab nak tengok ABPBH2008. Hai dengar kata meriah giler acara kemuncak malam esok dengan persembahan yang meletup bersama peragaan fesyen Sentuhan Tenun.

Miss Propa pun dah siap gaun tenun kain songket 15 meter panjang sebab nak meleret kat red carpet. Eeee…. propalah!!

[Klik di sini untuk menonton video Miss Propa]

Murai

Farawahida Masih Hilang, Merajuk!

7 Apr

KL, 7 APRIL 2009:  Murai Batu pun pening kepala mendengar kes Julfekar dan anak didiknya Farawahida. Sesuai dengan judul lagu Farawahida yang merdu itu, Hilangkan Segalanya, penyanyi bersuara lantang itu terus hilang dan lesap dari pandangan dunia hiburan ketika ini.

Sejak Julfekar keluarkan kata dua kepada Farawahida supaya kembali kepada profesionnya atau membayar ganti rugi berjumlah lebih RM400,000 atas segala pelaburan Julfekar selama ini, Farawahida tetap membisu dan enggan menonjolkan diri.

Daripada cerita yang Murai Batu dengar dari Julfekar sendiri dan laporan pihak media, Farawahida awalnya telah menghilangkan diri dan mengosongkan rumah sewanya tidak lama dulu kerana tidak puas hati dengan sikap Julfekar.

Kata Farawahida, Julfekar terlalu mengongkong hidupnya dan mencampuradukkan hal-hal peribadi terutama keluarganya (Fara) lalu membuatkan dia amat berkecil hati.

Di pihak Julfekar pula, dia mendakwa cuba ‘mengongkong’ Farawahida demi kebaikan dirinya sendiri kerana mahu Farawahida memberi 100 peratus tumpuan terhadap kerjaya yang telah dibina selama ini dan terbukti dengan kejayaan Fara yang semakin mencanak ke atas termasuk dalam ABPBH dan Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lalu.

“Selain itu saya juga telah membina nama Fara di Indonesia dan melaburkan lebih RM231,000 untuk album terbarunya Farawahida 2009 yang sedang hit dengan single Hilangkan Segalanya. Malah saya juga berjaya dapatkan aktor terkenal Arie Wibowo untuk klip video itu – semuanya untuk membina namanya,” keluh Julfekar.

Malah apa yang mengejutkan Murai Batu, Julfekar berkata, sepanjang menjadi penyanyi, Farawahida cuma tahu menyanyikan sebuah lagu Inggeris sahaja untuk mana-mana persembahannya. Mak oi, betul ke? Dan sebab itulah Julfekar cakap dia mahu Farawahida rajin berlatih dan sanggup berkorban masa kepada kerjayanya. Itu belum lagi soal mengasah bakat tarian dan segala hal lain untuk menjadi artis serba-boleh.

“Saya tak pernah minta Fara membuang keluarganya malah selama ini ibu Fara sentiasa memberikan sokongan moral dan rapat dengan saya. Cuma ada masanya, Fara kena bahagikan lebih masa untuk berlatih dan jangan terlalu campuradukkan hal keluarga dalam kerjaya, kecuali dia sudah benar-benar hebat seperti yang kita harapkan,” kata Julfekar lagi.

Julfekar berkata, sejak merajuk, Farawahida terus tidak lagi mahu bercakap dengannya dan sekadar SMS dan ini membuatkan sukar untuk dia berbincang lebih mendalam apa sebenarnya yang penyanyi itu tidak puas hati sehingga bertindak secara melulu dan melanggar kontraknya.

“Kontrak Fara ada lagi setahun. Dan sebelum dia hilangkan diri, saya telah membuat showcase deal untuk dia beraksi di 10 kota besar di Indonesia termasuk Jakarta, Jogjakarta, Bandung dan Surabaya. Saya telah pun membayar wang pendahuluan dan hal yang berkaitan sebanyak RM100,000 kepada pihak di sana.

“Tapi bila dia lesap dan lari macam gini, siapa yang akan rugi dan nama siapa yang akan buruk. Adakah seorang penyanyi boleh bersikap seperti itu,” kata Julfekar dengan kesal.

Murai Batu tanya Julfekar lagi, adakah dia sebenar-benarnya bercinta dengan Farawahida?

“Ya… memang kami bercinta. Malah sejak 2004 hingga 2008, Fara telah mengajak saya berkahwin tapi saya kata tunggu dulu sehingga kerjanya benar-benar stabil,” kata Julfekar yang awalnya berat sangat hendak mengakuinya.

Wah…. itulah Statement of the Year daripada Julfekar! Tapi ingatlah, kalau betul perkara itu, Julfekar dan Farawahida telah berbohong kepada pihak media dan cuba cover line tentang hubungan intim mereka yang pernah dinafikan dulu. Takpalah, mungkin ada sebab, Murai Batu faham.

Daripada pengakuan Julfekar itu, Murai Batu tak mahu cakap banyak-banyak lagi sebab ia dah membuktikan banyak perkara peribadi antara Julfekar dan Farawahida telah bercampur aduk dengan kerjaya. Ia juga bermakna kekasih hati Julfekar dah cabut lari!

Tapi Murai Batu ingin nasihatkan Farawahida supaya bijak menangani masalah ini dan jangan jadi macam budak-budak. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan baik dan usah kecoh-kecoh sampai ke mahkamah sebab nanti hal-hal yang memalukan diri sendiri boleh terbarai.

Kata Julfekar, dia masih sedia untuk berbincang dan jika perlu membuat satu kontrak baru untuk Farawahida melunaskan segala yang masih tertangguh demi kebaikan dirinya sendiri dalam industri hiburan. Marilah kita berbaik sangka dan Julfekar sendiri, tolonglah faham juga hati seorang perempuan!

MURAI BATU: Harap-harap jangan ada pihak ketiga atau keempat yang cuba jadi batu api!

 

Murai

ABPBH 2008: Bintang Idola

7 Apr

Oleh Zaidi Mohamad & Farihad Shalla Mahmud

Nazatul Farahin (tengah) dinobatkan sebagai Bintang Idola Berita Harian diapit naib juara, Nurul Syazwanie (kiri) Mohd Basri dan tempat ketiga, Faralyna Mohamad

PELUANG kedua yang ada tidak sesekali disia-siakan gadis berasal dari Sungai Petani, Kedah bernama Nazatul Farahin Mohd Hussin.

Istilah putus asa tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya, malah semangat yang dimiliki peserta berusia 20 tahun itu memberi ganjaran bermakna kepadanya apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH).

Pertandingan yang dihasilkan atas inisiatif Berita Harian selaku penganjur Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 ini adalah platform kepada bakat baru yang cukup mencintai dunia nyanyian untuk mengetengahkan bakat mereka.

Kejayaan Nazatul sebagai juara pertandingan akhir keseluruhan BIBH 2008 di Klang Parade, Klang, kelmarin melayakkannya menerima wang tunai RM2,000 dan barang kemas tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM5,000.

Menerusi kemenangan itu Nazatul mendapat kesempatan indah yang tidak pernah dimimpikan iaitu membuat persembahan di pentas utama malam kemuncak ABPBH 2008 di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 12 April ini, selain disaluti dengan persalinan serba glamor tajaan pereka fesyen Calvin Thoo dilimpahi aksesori serba mewah.


Nazatul Farahin

Di samping itu, Nazatul juga akan digandingkan bersama dua penyampai radio Hot FM iaitu Kieran dan AG sebagai penyampai trofi.

“Perasaan takut dan gementar mula melingkari perasaan saya. Seram pun ada. Tapi saya akan manfaatkan kenangan terindah ini yang bukan selalu diperoleh orang biasa seperti saya. Saya akan memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu nanti.

“Selain itu, saya juga tidak menyangka menerima peluang berganda iaitu merakamkan single di bawah didikan komposer, Julfekar. Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya berpeluang merakamkan album pula lepas ini di bawah syarikat miliknya, Millenium Art Sdn Bhd,” katanya yang menyanyikan Mama Aku Ingin Pulang dendangan asal Nike Ardilla dan Anggapanmu (Ziana Zain) ketika pertandingan akhir BIBH 2008.

Kemenangan itu juga membolehkan Nazatul berduet dengan Faizal Tahir dalam satu persembahan Minggu Setiausaha yang akan diadakan di Hotel Istana.


MUSTAFA (lima dari kiri) dan Julfekar bergambar bersama pemenang dan peserta pertandingan akhir Bintang Idola Berita Harian.

Naib Juara disandang oleh Nurul Syazwanie Mohd Basri, dari Kajang, Selangor yang mewakili Zon Lembah Klang, manakala wakil Zon Selatan, Faralyna Mohamad dari Pasir Gudang, Johor di tempat ketiga.

Nurul Syazwanie, 15, pelajar Sekolah Menengah Perimbun, berkata dia tidak terkilan biarpun tidak dapat menyandang gelaran juara, tetapi paling penting dapat mengutip pengalaman berharga.

“Saya pernah menyertai pertandingan nyanyian. Perasaan kalah dan menang sudah biasa dialami. Saya gembira dapat merasai kelainan menyertai BIBH kerana ia diadakan untuk menghangatkan acara ABPBH 2008 ,” katanya yang menerima wang tunai RM1,000.

Sementara itu, Faralyna yang pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian termasuk Gang Starz musim kedua memberitahu yang dia akan cuba membahagikan masa sebaik mungkin antara pelajaran dengan dunia nyanyian.

“Rezeki di tangan Tuhan dan saya percaya setiap usaha itu pasti ada keberkatannya. Lihat saja biarpun tak menang, saya masih berpeluang merakamkan single di bawah syarikat Millenium Art Sdn Bhd. Harapnya lagu yang bakal dirakamkan itu akan memberi tuah kepada saya,” katanya yang memenangi hadiah wang tunai RM500.

Semua hadiah pemenang disampaikan oleh Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mustapa Omar sambil diiringi Pengerusi Pengelola ABPBH 2008, Hanizam Abdullah.

Hanizam turut menjadi juri pertandingan kemuncak BIBH dibantu komposer dan pengarah muzik terkenal, Ramli MS, komposer tersohor Julfekar serta bekas pemain bass kumpulan Sweet Charity, Rosli Muhalim.

Peserta lain yang turut bertanding Nurlida Ab Raman, Muhamad Zaki Zainal, Syaifaana Mohamed Subri, Muhammad Irwan Othman dan Mohamad Syahrul.

BIBH dianggap projek istimewa

KOMPOSER Julfekar ketika ditemui menjelaskan pemilihan Nazatul disebabkan mutu vokalnya yang lantang dan keupayaannya mengawal alunan suara dengan baik.

Bagaimanapun, mengenai imej, Nazatul memerlukan proses meningkatkan ketrampilan diri terutama dalam soal pemakaian.

Seperti yang dijanjikan dan selepas perbincangan diadakan di antara Julfekar dan sekretariat Anugerah Bintang Popular, pemenang dan finalis BIBH akan terbabit dalam sebuah projek penerbitan album kompilasi.

Mengulas lanjut mengenai projek istimewa itu, Julfekar berkata, kehadiran bakat baru seperti mereka perlu digalakkan dalam usaha mencari pelapis penyanyi sedia ada.

Ironinya, Julfekar kini sedang mencari pengganti naungan syarikat miliknya, Millenium Art Sdn Bhd selepas misteri kehilangan Farawahida.

“Setiap mereka (finalis) akan terbabit menyanyikan lagu sendiri yang bakal dimuatkan di dalam sebuah album kompilasi. Ada di antara mereka mungkin berpeluang merakamkan album penuh.

“Saya juga berharap kerjasama Millenium Art dan BIBH akan meneruskan kelangsungan pada tahun mendatang,” kata Julfekar yang kini sudah mempunyai penyanyi baru di bawah naungan syarikatnya, Heela.

Berita Harian

Lamaran Julfekar

30 Mar

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

Enam finalis Bintang Idola Berita Harian berpeluang merakamkan single di bawah Millenium Art Sdn Bhd

MEREKA mungkin bukan dilahirkan dalam program realiti yang dilimpahi aura glamor seperti yang disiarkan di kebanyakan stesen televisyen, namun suatu hakikat yang tak dapat disangkal adalah mereka memang berbakat besar.

Dicungkil bakat mereka menerusi pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) iaitu pertandingan nyanyian yang berlangsung seiring dengan penganjuran siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang ketika ini sedang rancak mengembara dari satu destinasi ke satu destinasi terpilih yang lain, seramai empat peserta sudah pun mengesahkan tempat ke peringkat akhir.

Empat peserta ini dipilih di empat lokasi berbeza iaitu di Sungai Petani, Pasir Gudang, Kuala Terengganu dan juga Kuantan, Pahang dan mereka adalah Nurlida Ab Raman, Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin, Farlyana Mohamad dan Muhamad Zaki Omar.

Pun begitu jika ada yang beranggapan bahawa pertandingan ini sama dengan pertandingan nyanyian yang lain, sila buang andaian itu jauh-jauh kerana BIBH menawarkan banyak keistimewaan bukan saja kepada pemenangnya tetapi juga untuk enam finalis lain.

Bayangkan, dengan disaluti persalinan serba glamor hasil sentuhan pereka terkenal serta dihiasi aksesori serba mewah, pemenang utama juga berpeluang membuat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2008 yang bakal berlangsung di Arena Of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands, 12 April depan.

Bukan itu saja, malah si juara turut diberi penghormatan untuk berduet dengan penyanyi pujaan ramai, Faizal Tahir dalam sebuah persembahan Minggu Setiausaha membabitkan penyanyi itu yang akan diadakan di Hotel Istana, April depan.

Dan lebih menggembirakan apabila pemenang dan juga finalis lain berpeluang memiliki album sendiri apabila komposer Julfekar, yang juga salah seorang juri BIBH bermurah hati untuk menerbitkan sebuah album kompilasi untuk mereka.

Ini bererti, menang atau tidak, peluang mereka untuk menyanyikan lagu sendiri bakal menjadi kenyataan. Malah, tiga daripada empat finalis terbabit turut berpeluang mendengar sendiri

lagu yang diciptakan untuk mereka hasil sentuhan komposer yang banyak melahirkan bakat baru itu.

Rabu lalu, berlangsung pertemuan antara Julfekar, finalis dan pihak sekretariat Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 bagi membincangkan projek penerbitan album kompilasi itu yang diadakan di Balai Berita, Jalan Riong sekali gus menunjukkan kesungguhan pihak penganjur mengotakan janji yang sudah dimaklumkan lebih awal.

Mengulas lanjut projek istimewa itu, Julfekar berkata ini adalah salah satu usahanya untuk melahirkan lebih ramai bakat baru serta persediaannya untuk mencari pelapis penyanyi yang sedia ada ketika ini.

“Memandangkan kebanyakan finalis ini dinilai saya sendiri sewaktu mereka bertanding untuk Bintang Idola Berita Harian, jadi saya percaya mereka mempunyai potensi untuk bergelar artis. Mereka ini mempunyai vokal yang unik dan kalau kena cara membentuknya, tak mustahil mereka mampu mencipta nama dalam industri ini,” ujar Julfekar positif.

Pada sesi itu, Julfekar memperdengarkan 10 buah lagu ciptaannya dari pelbagai genre muzik dan kemudian meminta tiga peserta berkenaan menyenaraikan lagu pilihan mereka untuk dirakamkan.

“Lagu ini ada yang sudah saya sediakan awal dan ada juga dicipta selepas mendengar suara mereka sewaktu pertandingan berlangsung. Saya minta mereka pilih lagu mana yang mereka suka dan kemudian berlatih di rumah.

“Selepas itu barulah mereka akan masuk studio rakaman. Bagaimanapun, tidak semestinya mereka mendapat lagu yang mereka pilih. Keputusan akhir tetap saya lakukan dan semuanya bergantung kepada kesesuaian vokal mereka dengan lagu itu,” ujar Julfekar.

Tidak mahu mensesiakan bakat yang ada, Julfekar berkata enam finalis itu bakal mengikat kontrak dengan syarikatnya, Millenium Art Sdn Bhd untuk tempoh antara tiga hingga lima tahun.

“Saya juga ingin berterus terang di sini bahawa tidak semua dijanjikan untuk membuat album penuh. Potensi mereka akan dinilai menerusi album kompilasi ini. Jika lagu nyanyian mereka itu mendapat perhatian peminat, mungkin dia berpeluang merakamkan album solo dan begitulah sebaliknya,” tegas komposer yang meletup dengan lagu Hilangkan Segalanya nyanyian Farawahida ini.

Jelas Julfekar, rakaman album ini hanya akan berlangsung sebaik saja pertandingan BIBH tamat. Peringkat akhir BIBH akan diadakan serentak dengan siri promosi ABPBH 2008 di Klang Parade, Klang, Selangor, 5 April ini.

Berita Harian

1,436 Sertai Uji Bakat

20 Feb

Rap
WALAUPUN sekarang ini diperkenalkan berbagai pertandingan pencarian bakat nyanyian seperti Akademi Fantasia, One In A Million (OIAM) dan My Starz LG, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetap berbangga dengan Bintang RTM yang masih bertahan lebih 30 tahun.

Kejayaan penganjuran berterusan untuk tempoh begitu lama membuktikan Bintang RTM menjadi medan terbaik mencungkil bakat baru dalam bidang seni suara tanah air.

Apatah lagi dengan kejayaannya melahirkan nama-nama besar dalam industri seni hiburan. Antaranya Allahyarham Sudirman, Yunizar Hussein, Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Juliza Adlizan, Ramlah Ram dan Noraniza Idris.

Bagi generasi baru pula, nama Azharina, Misha Omar, Sarah Raissudin, Farawahida, Sharifah Zarina, Ameer Sofaz dan Izwan Pilus juga dicungkil melalui pertandingan ini selain bakat baru yang kini mencari tapak dalam dunia seni, Rina Azhar, Felis, Rey, Aeyaja Shada, Najib Hamzah, Muhaizam Ahmad, Shahir, Han dan Amin.

Pengawal Hiburan TV, RTM, Jack Nadarajah berkata, nama Bintang RTM mula digunakan pada 1973 menerusi Peringkat Akhir Bintang RTM yang pertama disiarkan pada 26 Februari 1974 sebelum dijadikan acara tahunan RTM sehingga tahun 1986.

Katanya, tahun ini Bintang RTM kembali dengan menampilkan lebih ramai bakat baru. Sesi uji bakat pertandingan nyanyian solo menarik jumlah penyertaan yang cukup baik apabila 1,436 orang tampil mencuba nasib. Daripada jumlah itu, hanya 565 penyertaan layak dinilai ke peringkat seterusnya.

“Antara lokasi sesi uji bakat ialah di Kuching dan Miri di Sarawak, Kota Kinabalu dan Sandakan di Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Terengganu.

“Pastinya sambutan baik dan paling meriah ialah di Angkasapuri, Kuala Lumpur menerusi uji bakat selama dua hari pada 7 dan 8 Februari. Daripada 565 orang yang hadir, 261 penyertaan menunjukkan bakat vokal tersendiri yang mampu digilap melayakkan diri ke peringkat seterusnya,” katanya.

Tambah Jack, pemilihan peserta berdasarkan kualiti bakat sememangnya menjadi faktor utama dipertimbangkan kerana ia mampu bertahan lama berbanding faktor lain seseorang penyanyi.

“Dari sudut lain, sesi pemilihan peserta pertandingan ini mengetengahkan juri terdiri daripada komposer terkenal yang dipilih Pengarah Muzik Rentak 50 RTM mengikut lokasi dipilih.

“Paling dititikberatkan ialah penjurian Bintang RTM yang mengutamakan bakat peserta yang dipilih tanpa menimbulkan pemilihan berdasarkan bangsa, jantina dan sebagainya.

“Proses pemilihan bermula dengan uji bakat sebelum diteruskan dengan pemilihan menerusi tontonan semula rakaman oleh juri yang terpilih menerusi penjurian kedua. Pada peringkat ini, 565 penyertaan yang layak dinilai pada peringkat uji bakat akan melalui sesi penjurian oleh juri profesional empat hari berturut-turut untuk memilih 30 peserta yang benar-benar layak untuk memasuki program siaran langsungnya di TV.

“Sesi penjurian kedua diadakan di Theatrette, Wisma TV, Angkasapuri pada 16 hingga 19 Februari. Antara kelainan yang cuba ditonjolkan dan dijanjikan Bintang RTM yang akan memulakan siarannya pada 5 April ini ialah sesi orientasi membabitkan kelas vokal dan tarian bermula 20 hingga 22 Mac sebelum majlis sidang media memperkenalkan mereka pada 23 Mac.

“Pertandingan Akhir Bintang RTM pula akan dilangsungkan pada 21 Jun nanti,” katanya.

Harian Metro

Keliwon Kepercayaan Jawa

17 Feb

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Drama seram hasil pengalaman, pemahaman dan cerita orang tua yang dikutip oleh Rashid Sibir

DEMI mengikuti peredaran zaman dan melakukan satu percubaan baru, pengarah Rashid Sibir yang begitu sinonim dengan genre cinta dan air mata kali ini memberanikan diri menghasilkan drama seram 13 episod, Keliwon yang sudah disiarkan di TV3 setiap Khamis jam 9.30 malam.

Malahan, Rashid yang pernah diberi jolokan ‘pengarah air mata’ ini cuba memberi sedikit anjakan daripada kisah seram yang pernah dihasilkan pengarah lain dengan elemen serta suntikan berbeza.

Kerjasama dengan TV3 juga bukanlah sekerap yang disangka, bahkan drama atau telefilem arahannya lebih kerap disiarkan di stesen TV berbayar. Kali terakhir, dramanya disiarkan di TV3 berjudul Datin Diaries dua tahun lalu. Kertas cadangan ringkasan drama yang dihantar ke TV3 akhirnya membuahkan hasil apabila drama yang tajuknya diberi sendiri oleh Rashid menarik perhatian TV3.

Menariknya, setiap 13 episod yang disiarkan mempunyai cerita berbeza dan ia menjadi cabaran buat dirinya untuk menyiapkan satu episod berbeza yang tiada sambungan dalam tempoh masa 40 minit.

Keliwon juga bukan drama rantaian, kerana Rashid mempraktikkan serampang dua mata dengan harapan ada mana-mana episod dianggap sebagai episod pengenalan yang siapa tahu mampu menarik perhatian TV3 supaya boleh dikembangkan menjadi drama bersiri.

Berbekalkan peruntukan sekitar RM 400,000, drama berepisod Keliwon menjalani penggambaran lebih dua bulan di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Tampin dan Hulu Langat.

Penggambaran bermula sejak Disember tahun lalu hingga Februari dengan membariskan lebih 40 pelakon berbeza dalam setiap episod. Menurut Rashid, Keliwon dijelmakan daripada nostalgia dirinya yang pernah mengalami dan mendengar melalui saluran penceritaan dan yang berlaku di sekitar ruang lingkup kehidupan.

“Sebelum Keliwon, saya pernah mengarahkan drama genre yang sama berjudul Di Alam Lain lima tahun lalu dan disiarkan di Astro. Jika dulu filem cinta seperti Titanic dihasilkan dan ramailah penggiat seni mula tergerak menghasilkan kisah sebegitu.

“Begitu juga dengan cerita seram, setiap negara menghasilkan cerita sedemikian dan menjadi ikutan. Cerita hantu mungkin berbeza mengikut pendekatan setiap negara, menerusi aspek kandungan dan perjalanan cerita mengikut budaya masing-masing,” katanya.

Menurutnya, setiap pengarah termasuk dirinya mempunyai penafsiran dan penjelmaan tertentu apabila melihat subjek ‘hantu’ atau elemen seram itu dihasilkan.

Sehubungan itu, katanya, untuk Keliwon, ia tercetus apabila saya memerhatikan kalendar lama yang tertulis Jumaat Keliwon pada minggu ketiga setiap bulan. Mengikut kepercayaan orang Jawa terutamanya ia sering dikaitkan dengan benda yang ‘keras’ dan makhluk halus.

“Saya aplikasi pengalaman kehidupan lalu dan saya pasti setiap daripada kita pernah mengalami nostalgia waktu kecil apabila ditakutkan dengan pelbagai kisah hantu pelbagai versi.

“Cerita rakyat rekaan atau sebaliknya ini sedikit sebanyak akan menghantui kita. Bapa saya sendiri berkongsi pelbagai cerita, sewaktu saya tinggal di kampung, Batu Pahat. Mungkin frasa, ‘jangan keluar malam, nanti diganggu hantu’ antara contoh apa yang saya maksudkan,” katanya ketika ditemui dalam sesi ramah mesra pelakon drama Keliwon, baru-baru ini.

Asalkan tidak timbul masalah

DITELITI kembali kebanyakan pelakon yang terbabit di dalam drama ini adalah antara pelakon yang sering menjadi pilihan Rashid menghiasi drama dan telefilem yang dihasilkan. Pendek kata, asyik muka yang sama digunakan oleh Rashid.

Rashid berkata, dia harus akur dengan prosedur mana-mana stesen terbabit yang mempunyai kriteria pilihan pelakon tertentu.

Tambahnya lagi, dia mempunyai alasan sendiri memilih muka yang sama untuk produksi miliknya hingga wujud istilah kronisme. Terbit juga masalah kepadanya apabila sukar untuk mencari pelakon yang sesuai pada masa yang ditetapkan.

“Kalau kita imbas kembali sejarah perfileman zaman hitam putih dulu, Allahyarham Tan Sri P Ramlee sendiri selalu mengambil pelakon yang sama untuk membintangi filemnya.

“Perkara ini tidak perlu dibangkitkan kerana saya sendiri jika selesa dan serasi dengan seseorang pelakon, saya tidak teragak-agak untuk menawarkan watak kepadanya lagi. Saya yakin muka yang sama inilah antara pelakon terbaik yang boleh diharapkan,” katanya.

Rashid berkata, faktor lain dia cenderung mengambil orang sama adalah kerana wujudnya persefahaman dan keserasian yang menjadikan timbul rasa keyakinan mereka tidak akan memberikan masalah kepadanya apabila sesebuah drama dijalankan.

“Untuk mengelak berlakunya macam-macam masalah itu dan ini, saya ambil pelakon ‘kegemaran’ sendiri. Soal pelakon hanya subjektif, janji produk itu menarik dan diminati.

“Buat apa menawarkan watak kepada pelakon yang tamak ambil dua tiga kerja dalam satu masa hingga akhirnya mengundang risiko,” katanya yang bakal mengarahkan sebuah telefilem untuk Astro berjudul Diari Mak Ayam berkisarkan kehidupan isteri yang dilacurkan suaminya sendiri. Mariani akan memegang watak utama.

Info Keliwon

Mula disiarkan sejak 5 Februari lalu setiap Khamis jam 9.30 malam.

Berdasarkan cerita seram rakyat, sebanyak 13 episod yang membawa penonton mengenali entiti seram dengan tajuk menarik seperti Sungai Puaka, Darah Lantera, Saka Harimau, Saka Pulut Kuning, Santau, Pontianak, Hantu Kopek, Tiang Seri, Anak Belaan, Rasuk, Puaka Kain Kapan, Mak Andam Cantik dan Puja.

Menghiasi slot Seram di TV3 selepas drama Susuk, Anak Pontianak, Saka, Kekasihku Seru dan Puaka Niyang Rapik.

Episod Puaka Kain Kapan antara yang paling menyeramkan Rashid sendiri sebagai pengarah.

Gara-gara penggambaran drama ini, Rashid mengakui masanya bersama keluarga agak terbatas kerana ada kalanya penggambaran berlanjutan dari pagi hingga ke pagi keesokan harinya.

Lagu tema drama ini berjudul Jangan Kau Pergi dinyanyikan Farawahida

Info Rashid Sibir

Berasal dari Sungai Nibung, Semerah, Batu Pahat, Johor

Selepas mengarahkan filem Sutera Putih, Laila Isabella dan Cinta Luar Biasa, Rashid dalam perancangan untuk mengarahkan filem Bidadari yang menjadikan subjek golongan adik-adik menampilkan watak utama Ahmad Tarmimi Siregar, Zaibo dan Mami Zarina. Penggambaran akan bermula Jun ini dijangka menampilkan Nasha Aziz, Saiful Apek dan Fouziah Gous. Malah filem ini dikelaskan sebagai komedi yang memaparkan permasalahan sosial melanda masyarakat.

Tahun lalu, pernah merancang membawa telefilem Wali ke layar perak. Bagaimanapun, hasratnya itu tidak jadi kesampaian apabila cerita daam filem Bidadari lebih kurang sama di dalam tele filem Wali.

Perkahwinannya dengan Nurulhuda Azizi pada 31 Mac 2007 kini bertambah seri dengan kehadiran anak sulung mereka, Ainul Mardiah, 8 bulan.

Bakal menerbitkan drama cinta lagi selepas ini berjudul Deru Ombak menggandingkan Fouziah Gous dan Farid Kamil sebagai teraju utama.

Filem pertama arahannya iaitu Sutera Putih mengangkatnya sebagai Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia pada 1997.

Cukup sinonim dengan telefilem Pondok Buruk, Takbir Suci, Quran Buruk, Salina dan drama Dalam Hati Ada Cinta.

Berita Harian

Roda Impian Kembali Lagi

3 Feb

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

KIERAN dan Fouziah serasi.

Kieran dan Fouziah Gous kendali program permainan popular di kaca TV

DIPERKENALKAN dalam versi tempatan sejak lebih sedekad lalu, Roda Impian yang diadaptasi daripada program permainan popular, Wheel Of Fortune merempuh halangan masa bahkan mencipta auranya yang tersendiri menerusi dua pengacaranya, Halim Othman dan Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.

Populariti yang dicipta, terutama pengacara pertamanya, Halim Othman belum terhakis dan kerana itu kata pengacara barunya, Maskiran Jakiran atau lebih akrab disapa Kieran, peserta masih tersasul ketika memutar roda dengan menyebut: “Saya putar Halim”.

Meskipun Roda Impian bukan rancangan pertama yang dikendalikannya kerana pernah muncul sebagai pengacara untuk program sukan tetapi ia tetap memberikan Kieran debaran kencang.

“Saya agak takut kerana nama yang pernah membawa program ini seperti Halim dan arwah Mohsin cukup sinonim dengan Roda Impian.

“Bukan perkara mudah untuk mengalihkan minda masyarakat menerima sesuatu yang baru namun saya percaya, lama kelamaan penonton akan terbiasa dan menerima cara saya ketika mengendalikan Roda Impian,” katanya.


KIERAN dalam satu segmen istimewa bersama penyampai Hot FM.

Ditemui pada majlis pelancaran musim terbaru Roda Impian yang akan menemui penonton TV3 mulai 16 Februari ini, Kieran berkata, dia tidak menyangka peluang seperti itu pantas mendekatinya selepas menyertai keluarga Media Prima Berhad, tiga bulan lalu.

Menolak persepsi dia menyertai keluarga besar stesen gergasi itu kerana pelbagai tawaran lumayan menantinya, Kieran berkata, perkara itu tidak pernah terlintas di sudut fikirannya ketika melepaskan kerusi selesanya di Era.

Seperti insan lain, Kieran ingin mempelbagaikan kebolehan namun sesekali langkah itu terhalang apabila memikirkan maklum balas orang ramai.

“Industri penyiaran sedang melalui proses evolusi. Berbeza dulu apabila penyampai radio jarang mendapat peluang muncul di kaca televisyen tetapi hari ini, semuanya sudah berubah.


FOUZIAH makin selesa mengendalikan skrin huruf teka kata Roda Impian.

“Pendedahan yang diberikan kepada penyampai radio menerusi akhbar atau TV banyak membantu untuk memperkenalkan lagi stesen, jadi tiada salahnya saya menerima tawaran ini kerana ia juga dapat mengukuhkan lagi populariti Hot FM,’ katanya.

Menyedari cabaran besar yang perlu dipikulnya, Kieran melakukan banyak persediaan dan dia bernasib baik kerana pasukan produksi memberikan rujukan sebelum dia melangkah ke set rakaman.

“Saya selesa di set Roda Impian cuma agak bimbang memikirkan persepsi penonton. Apakah mereka boleh menerima saya yang berbeza daripada apa yang didengar menerusi radio? Itu yang merisaukan,” katanya.

Roda Impian akan disiarkan untuk 65 episod juga menemukan penyampai radio berusia 33 tahun itu dengan pelakon jelita, Fouziah Gous.

Pertama kali digandingkan, akui Kieran, pada permulaan mereka memerlukan ruang untuk mencipta keserasian. Hanya selepas beberapa episod, mereka mula memahami rentak masing-masing dan itu membantu melicinkan perjalanan rakaman.

“Kami hanya bertemu ketika penggambaran episod pertama hendak dimulakan. Jadi untuk mencari keserasian memerlukan masa. Tapi kami saling membantu untuk memastikan Roda Impian kekal unggul sebagai antara program permainan popular di TV,” katanya.

Cabaran berbeza buat Fouziah

TUGASNYA hanya berdiri di sudut pentas sebelum menyentuh skrin huruf teka kata yang diminta tepat peserta, ramai beranggapan ia kerja mudah apatah lagi untuk Fouziah yang sudah biasa bermain dengan kamera.

Bagaimanapun kata Fouziah, itu semua hanya penilaian mata kasar kerana di set rakaman dia turut mempunyai cabarannya sendiri.

“Saya perlu fokus dan mendengar isyarat selain berpandu kepada arahan yang diberikan Kieran kerana tidak nampak cahaya skrin yang menyala.

“Ditambah dengan pakaian yang glamour, sesekali saya agak terganggu namun saya terpaksa berbuat selamba walaupun ada ketika pakaian yang diberi menyukarkan saya bergerak di set.

“Pernah juga beberapa kali penggambaran terpaksa dilakukan semula kerana berbuat silap tetapi saya tidak boleh bersikap sambil lewa.

“Bayangkan dalam sehari enam rakaman terpaksa disempurnakan, jika asyik berbuat silap bila semuanya akan selesai?,” katanya.

Fouziah berkata, ketika menerima tawaran pada akhir tahun lalu, dia meminta pihak produksi memberikannya ruang untuk berfikir.

Dia juga sempat bertanyakan Siti Shahrizah atau Eja yang pernah menggalas tanggungjawab itu dan kata Fouziah, dia menerima tawaran itu atas beberapa sebab.

“Saya tidak nafikan bayaran yang diterima memang memuaskan. Semua kita bekerja untuk hidup bukan? Saya bersetuju bukan kerana mahu mencari populariti atau glamour tetapi ini adalah satu tanggungjawab.

“Untuk apa saya terima jika saya tidak gembira dengan kerja yang dibuat. Saya tidak mahu paksa diri sekali pun tawaran yang diberikan lumayan. Tetapi dalam Roda Impian, saya percaya kedua-dua pihak akan mendapat faedahnya,” kata Fouziah matang.

Sesuatu yang membanggakan Fouziah, sekali pun Roda Impian hanya sebuah program permainan namun ia tetap menyuntik elemen pengetahuan malah membawa budaya tempatan menerusi pakaian yang digayakannya.

Info Roda Impian:

KEMBALI menemui penonton di TV3 bermula 16 Februari ini, setiap Isnin hingga Rabu jam 5.30 petang.

Menemukan gandingan pengacara baru, Kieran dan Fouziah Gous untuk memberi suntikan segar kepada program yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records ini.

Bersiaran untuk 65 episod, rakaman Roda Impian dimulakan sejak 10 Januari lalu selama 20 hari.

Setiap minggu, tema berlainan ditampilkan seperti minggu bersama selebriti, penyampai radio, personaliti TV3 , Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru dan ulang tahun ke-25 TV3.

Antara artis tempatan yang menjayakan program ini ialah Lydia Ibtisam, Kartina Aziz, Shamsul Ghau Ghau, Naz, Azhar Sulaiman, Zizan Nin, Maria Tunku Sabri, Farawahida, Zed Zaidi dan Awal Ashaari.

Tiga peserta yang mendapatkan jumlah wang tertinggi bersaing pada pusingan terakhir yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM100,000 termasuk kereta Suzuki Swift Sport 1.6 Auto.

Berita Harian

Jualan Kek Laris

3 Feb

Oleh Fadzlena Jafar
fadzlena@bharian.com.my

EJA (kiri) mengajak orang ramai membeli kek untuk disumbangkan kepada Tabung NSTP Untuk Gaza.

Ramai pengunjung datang membeli sambil menderma

KESUDIAN beberapa hotel terkemuka di Kuala Lumpur menyumbangkan kek untuk dijual pada karnival amal ABPBH Untuk Gaza yang berlangsung di Buzz-R, Tingkat 3, Amcorp Mall, di Petaling Jaya, Sabtu lalu berbaloi apabila semuanya habis dijual dalam waktu singkat dan berjaya mengumpul RM4,519.

Walaupun harga kek yang dijual agak mahal, iaitu RM10 bagi sepotong, pengunjung tetap bermurah hati membeli dengan niat untuk menderma bagi membantu rakyat Palestin, lebih-lebih lagi apabila dimaklumkan semua kutipan akan disalurkan terus ke Tabung Untuk Gaza NSTP.

Antara hotel yang menyumbang kek bagi acara berkenaan ialah Hotel Istana, Hotel Renaissance, Hotel Berjaya Times Square, Hotel Palace of Golden Horses, Hotel Nikko, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Hotel Grand Millennium dan Prince Hotel and Residences.

Paling awal tiba ialah Hotel Istana yang diwakili Pengarah Komunikasi Pemasarannya, Hasma Ahmad dengan menyumbangkan 10 kek iaitu kek coklat, kek pisang, kek lobak, kek kurma dan keju mandarin diikuti Hotel Renaissance yang menyumbangkan enam kek coklat.

Hotel Berjaya Times Square, Hotel Grand Millennium, Prince Hotel and Residences dan Hotel Nikko menyumbangkan kek coklat, manakala Hotel Palace of Golden Horses dengan kek lobak yang dihias menarik.

Sebagai kelainan, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur yang diwakili Pengarah Operasinya, Peter Padman dan Pengurus Komunikasi Pemasaran, Tengku Hana Fira Tengku Muzani dan menyumbangkan 500 kek cawan yang comel dan paling menarik semuanya laris dijual dalam masa sejam.

Malah, Hasmah; Pengurus Perhubungan Awam Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Nor Aizan Hamid; Pegawai perhubungan Awam Hotel Palace of Golden Horses, Lydia Mohd Noor bersama Chef Ezal dan wakil Hotel Berjaya Times Square, Chef Khairil Azar Badur, Chef Nordin Abdullah dan Eksekutif Perhubungan Awamnya, Julian Arthur turut membantu penganjur yang tidak menang tangan menjual kek.

Bagi memeriahkan acara itu, beberapa selebriti tampil membantu menjual jkek, malah mewajibkan peminat yang hendak bergambar dengan mereka untuk membeli sekurang-kurangnya sepotong kek.

Sebaik melihat kelibat selebriti pertama yang hadir memeriahkan acara jualan kek, Fauziah Ghouse dan Eja, pengunjung datang menyerbu bagi merakamkan gambar bersama artis kesayangan mereka.

Kedatangan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza yang sudi membantu menjual kek menyebabkan suasana kelam kabut apabila peminatnya berpusu-pusu hendak merakam gambarnya sehingga hampir menyebabkan meja kek ditolak.

Malah, orang ramai sanggup mengeluarkan duit membeli kek coklat sumbangan Hotel Prince yang dipotong sendiri Siti menyebabkan tidak sampai 10 minit kek berkenaan habis dijual.

Personaliti TV3, Azizah Ariffin, Maria Tunku Sabri, Ally Iskandar dan turut menggamatkan suasana dengan menarik orang ramai untuk membeli kek sambil menderma.

Turut hadir membantu menjual kek ialah perunding acara, Bill Bora yang banyak membantu acara berkenaan selain selebriti seperti Ainul Aishah, Farawahida, Iqram Dinzly, Diana Danielle, Wan Sharmila, Liyana Jasmay, Intan Ladyana, Kamal Adli, Fizo Omar dan Zizan Nin.

Berita Harian

Bukti Selebriti Prihatin

2 Feb

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff & Farihad Shalla Mahmud
bhnews@bharian.com.my

caption image1

Artis, personaliti ketepi glamor untuk bantu insan malang di bumi Palestin

KARNIVAL Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 untuk Gaza jelas membayangkan betapa golongan selebriti tanah air begitu prihatin pada penderitaan yang dialami mangsa kezaliman tentera Israel di Semenanjung Gaza, Palestin, apabila hampir 100 insan popular tampil memberikan sokongan kepada acara kebajikan kelolaan kumpulan New Straits Times Press Bhd (NSTP) di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Dalam keghairahan penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara televisyen dan penyampai radio berkenaan mengejar kejayaan dalam karier seni, jauh di lubuk hati, nasib malang insan lain tidak pernah dilepas pandang. Glamor bagi mereka hanyalah seketika, justeru sifat belas kasihan dan beramal itu lebih dimuliakan.

Lalu, sepanjang hari Sabtu lalu, kelihatan golongan terkenal ini basah bermandikan keringat tatkala menjual barangan peribadi, merayu pembaca, peminat atau pengunjung menghulurkan derma, serta berserak suara ketika mengajak khalayak membida pada acara lelong, semata-mata untuk sama-sama membantu penduduk Palestin yang ditimpa musibah.

Daripada sebungkus biskut sehingga gaun penuh labuci yang akhirnya mencecah RM4,000 apabila dibida, semua itu cukup bernilai kerana setiap sen yang disumbangkan, besar maknanya buat mangsa perang yang menderita.

Bagi Aznil Nawawi, pada ketika insan lain dilanda petaka, usah lagi diri mereka kini dianggap berbeza kerana hanya status artis yang dibawa.


AZEAN IRDAWATY bersama anggota keluarganya menyerahkan hasil jualan spageti kepada Pengarang Hiburan Berita Harian,
Hanizam Abdullah untuk dimasukkan ke dalam tabung NSTP untuk Gaza.

“Menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bukan hanya tanggungjawab insan biasa, tetapi golongan artis juga. Apabila setiap hari kita dihidangkan dengan berita mengenai penderitaan rakyat Palestin, kita tidak boleh lupa wajah sengsara mereka dengan begitu saja. Ketika inilah kami golongan artis juga memikul beban yang sama, sebagaimana insan lain.

“Apatah lagi golongan seni ialah mereka yang mempunyai jiwa cukup sensitif. Justeru, apabila usaha murni sebegini dianjurkan, seharusnya kamilah golongan yang lebih terasa dengan apa yang diperjuangkan, lalu sama-sama bangkit menghulurkan bantuan,”ῠkata Aznil yang melelong sehelai jaket pernah digayakan olehnya pada Anugerah Skrin.

Memuji usaha yang dikelolakan kumpulan NSTP, Aznil berkata, agak sukar untuk artis sama-sama tampil membantu secara berkumpulan sekiranya aktiviti amal sedemikian tidak dianjurkan. Dia amat berbesar hati apabila dapat turut serta mengajak orang ramai beramal demi menyatakan rasa keinsanan serta membantu golongan dalam penderitaan.

Turut sama melelong koleksi peribadi miliknya sebagai usaha membantu mengisi tabung NSTP Untuk Gaza adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Biarpun sebelum ini Siti banyak terbabit dalam acara seperti ini, namun menurut penyanyi yang cukup popular dengan lagu Biarlah Rahsia ini, majlis lelongan ini adalah acara amal membabitkan selebriti paling ramai yang pernah dihadirinya.


GELAGAT Mawi dan isterinya, ekin menjual ais krim menarik perhatian pengunjung.

“Siti gembira melihat ramai selebriti mengambil bahagian dalam acara ini. Walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza namun atas nama kebajikan mereka sanggup mengetepikan perbezaan itu,” katanya yang mengumpul sebanyak RM900 hasil lelongan dua helai jaketnya.

Sementara Mawi yang tidak menang tangan melayan peminat yang mengerumuni gerai aiskrimnya mengakui dia terharu dengan sambutan yang diberikan peminat terhadap hasil jualannya itu.

“Memang berdebar juga. Iyalah ini pertama kali saya muncul sebagai seorang suami dan sebelum ini memang ada yang kata selalunya lepas kahwin akan hilang aura. Tapi ternyata tidak. Banyak jugalah aiskrim yang berjaya dijual hari ini. Berkotak-kotak. Mungkin faktor harga yang murah membuatkan orang ramai berpusu-pusu beli.

“Situasi seperti ini membuatkan saya bersemangat untuk terus melakukan kerja amal. Selepas ini saya terbabit dengan satu lagi kerja amal iaitu konsert khas di Istana Budaya,” kata Mawi yang ditemani Ekin dalam acara itu. Pasangan pengantin baru ini juga baru saja pulang berbulan madu di Korea selepas berada di sana lebih kurang seminggu.

Corat coret Karinval Anugerah Bintang Popular berita Harian 2008 untuk Gaza:

SELAIN Misha yang hadir berimej baru, iaitu berambut lebih pendek, Eja juga tampil dengan rambut yang bukan lagi panjang mengurai. Sepatutnya Eja menjual kek bersama Fahrin, namun pasangannya itu hanya dapat hadir pada sebelah petang, bersama-sama Scha.

DI suatu sudut, peminat dapat bergambar bersama artis pujaan mereka dengan membayar hanya RM10. Antara pasangan selebriti yang menjadi perhatian peminat untuk bergambar ialah Fahrin-Scha, Zahid-Nita, Erra-Engku Emran dan Mawi-Ekin. Giliran Faizal Tahir pun tidak kurang menyaksikan peminat berbaris panjang menunggu giliran.

ALMY NADIA mempunyai cara sendiri untuk menggalakkan peminat menderma. Sesiapa yang ingin bergambar dengannya dikenakan bayaran RM1. Nampaknya cara itu berhasil menggalakkan pengunjung menderma. Dayang Nurfaizah juga turut menggalakkan peminatnya menderma sebelum bergambar dengannya.

BIARPUN tidak dapat menghadirkan diri, Rozita Che Wan tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek bernilai RM1,000 yang dihantar melalui wakilnya.

SEHARIAN di Amcorp Mall, kebajikan artis dan petugas dijaga apabila beberapa restoran milik selebriti seperti Restoran Haslam milik Datuk Yusof Haslam, My Mom’s Chicken Rice (Linda Onn) dan Restoran Baso – Indonesian Cuisine (Sharifah Zarina) turut menaja makanan buat mengalas perut mereka.

PALING meriah adalah gerai penyanyi Diddy yang menjual album serta single terbarunya yang dinyanyikan secara duet bersama Nur Fatima berjudul Sudah. Kemeriahan itu berpunca apabila petugas melaung-laungkan keistimewaan yang bakal diperoleh pembeli apabila membeli album berkenaan walaupun semuanya itu hanyalah gurauan semata-mata.

LELONGAN pertama yang berjaya dibida pembeli adalah cermin mata milik penyampai Hot FM, Fara Fauzana bernilai RM120, manakala lelongan terakhir adalah peluang untuk berduet dengan penyanyi Faizal Tahir yang berjaya dibida dengan harga RM250.

PENGANTIN baru, Ekin turut kelihatan membantu suaminya menjual aiskrim dalam acara amal itu.Seperti biasa, pasangan ini tetap hadir dengan berpakaian sedondon.

ANTARA gerai yang menyumbangkan seratus peratus kutipan kepada tabung NSTP untuk Gaza ialah Casa Impian, Diddy, Amir Luqman, Liyana Jasmay dan Aizat, Hot FM, Kartel, Rosyam Nor, Jaclyn Victor, Misha Omar, Siti Sarah dan Akma AF3.

SELAIN Faizal, turut menghangatkan acara persembahan adalah Nabil, Meet Uncle Hussain, Atilia, Salamiah Hassan,Aizat, Ikhwal, Farawahida, Coda, Saerah, Saida, Sofaz, Kuman & Geng Jahat, Winnie K dan Anis Aneesa.

Berita Harian

Gaun Anita Dibida Paling Tinggi

2 Feb

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

PENGANJURAN karnival jualan amal dan lelong, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) Untuk Gaza yang berlangsung di Bazz-R, Tingkat 3, Amcorp Mall, Petaling Jaya, kelmarin, berjaya menghimpunkan lebih 100 selebriti popular tanah air dengan satu misi iaitu untuk kemanusiaan sejagat.

Objektif program ini juga untuk mengumpul dana bagi disalurkan ke Tabung NSTP Untuk Gaza anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang ditubuhkan sejak 6 Januari lalu.

Selain sanggup turun padang seawal jam 10 pagi, rata-rata selebriti popular itu bermurah hati untuk melelong sebahagian barangan koleksi peribadi kesayangan mereka semata-mata menjayakan misi yang cukup mulia ini.

Antara artis yang sanggup membuka gerai sehari suntuk seawal jam 10 pagi lagi ialah superstar terkenal, Anita Sarawak. Anita bukan saja ditemani suaminya, Mahathir Abdullah, malah dibantu pemandu peribadi yang hadir bersama anak perempuannya.

Ketika ditemui, Anita berkata, dia memang tidak asing dengan program amal seperti itu sejak bergelar anak seni.

“Saya dan suami memang teruja untuk jayakan karnival amal ini sejak awal lagi. Inilah masanya artis dan peminat bersatu untuk menjayakan program amal membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel.

“Mungkin baju dan kasut ini koleksi berharga yang disimpan sejak dulu tetapi bagi saya ia sekadar barangan saja. Apa salahnya saya menjual sebahagian koleksi ini untuk membantu golongan yang lebih memerlukan seperti rakyat Palestin?” katanya.

Kata Anita lagi, dia sangat gembira kerana sebahagian besar baju dan kasut yang juga koleksi peribadinya habis dijual pada karnival amal itu.

“Selain menjual barangan, saya sempat bergambar dengan peminat sekali gus ia mendekatkan diri dengan mereka yang sanggup datang dari jauh.

“Pada masa sama, saya cukup bangga melihat pembabitan ramai artis muda yang sama-sama prihatin dengan nasib rakyat Palestin itu. Saya berharap karnival amal seperti ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya. Pada petang itu, Anita berjaya mengumpul jumlah keseluruhan RM8,000. Pada acara lelongan, sepasang gaun labuh miliknya dibida dengan harga paling tinggi dengan harga RM4,000 oleh tukang masak terkenal Chef Wan dan sepasang baju berharga RM800 pula dibeli pengacara Fara Fauzana.

Apapun, kehadiran penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi paling mencuri tumpuan pengunjung di karnival jualan amal itu.

Siti tiba pada acara amal itu kira-kira jam 11 pagi turut membantu artis popular lain menjual kek sumbangan beberapa hotel terkemuka di ibu kota.

Pada lelongan amal pula, Siti berjaya menjual dua jaket koleksi peribadinya iaitu berwarna putih dengan harga RM500 dan jaket jeansnya pula dengan harga RM400 kepada peminat dalam tempoh setengah jam saja.

Ketika ditemui Siti berkata, barangan yang dijual itu adalah antara koleksi baju kesayangannya sepanjang bergelar anak seni.

“Sibuk macam mana sekalipun, artis perlu memainkan peranan masing-masing untuk terbabit dalam program amal seperti ini.

“Selain karnival ini, saya juga terbabit dengan konsert amal untuk membantu penduduk Palestin di Istana Budaya pada malam Sabtu lalu dan jualan lelong amal anjuran pelakon dan pengarah berkaliber, Erma Fatima.

“Sebenarnya, saya bukan terbabit dengan program amal untuk membantu penduduk Palestin saja tetapi program amal lain anjuran pelbagai pihak di negara ini,” katanya.

Pasangan pengantin baru popular, Mawi dan Nora’asikin Rahmat atau Ekin pula tiba pada jam 4 petang.

Mawi dan Ekin yang berpakaian warna sedondon menjual aiskrim Wall’s Fantasia yang laris dibeli peminat yang berpusu-pusu di gerai bintang popular itu termasuk mengambil peluang bergambar dengannya bersama isteri.

Ia penampilan pertama Mawi dan Ekin di khalayak ramai selepas kembali dari percutian bulan madu mereka di Korea, baru-baru ini.

Selain menjual aiskrim, Mawi juga menjual beberapa bingkisan album baru yang dikepilkan bersama kad kahwinnya dengan harga RM26 kepada peminat.

Pada acara lelongan amal pula, Mawi menjual kasutnya jenama Salvatore Ferragamo yang dibeli ketika dia menjayakan program Langkah Mawi di London dengan harga RM280 dan sepasang jeans Guess yang dibeli di Los Angeles, Amerika Syarikat dengan harga RM250.

Kata Mawi, selepas karnival itu, dia terbabit dengan konsert amal kemanusian pada sebelah malam di Istana Budaya pula.

“Agenda seni saya memang padat dan pada masa sama, saya dan isteri baru kembali daripada berbulan madu. Namun, demi kemanusiaan sejagat, kami tetap meluangkan masa berganding bahu bersama artis lain menjayakan program ini.

“Pada masa sama, saya sangat berharap sokongan peminat berterusan sekalipun sudah berkahwin,” katanya.

Pengacara nombor satu tanah air, Aznil Nawawi berjaya menjual jaket yang juga koleksi peribadi yang digayakan ketika Anugerah Skrin 2007 dengan harga RM320.

“Ia antara jaket kesayangan yang saya simpan sebagai kenangan. Maklumlah, saya menampal sendiri batu permata yang kecil di bahagian atas baju untuk disesuaikan dengan tema pada malam itu.

“Jaket itu cukup bermakna kerana saya bukan sekadar menjadi penyampai, malah membawa pulang trofi pada malam acara berprestij itu. Justeru, jaket itu mempunyai nilai sentimental buat saya. Namun, untuk membantu menjayakan karnival amal ini, saya sanggup menjualnya kepada peminat,” katanya.

Selain acara karnival ini, Aznil turut terbabit dalam acara Malam Puisi Palestin yang dianjurkan sebelum ini.

Kata Aznil lagi, sejak kembali dari mengerjakan iabadat haji jiwanya lebih dekat dengan program kebajikan untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

“Mungkin saya wajah eksklusif Astro selama 10 tahun, tapi saya harap tiada sempadan untuk buat program amal anjuran stesen TV lain selepas ini,” katanya.

Pelakon Siti Shahrizah atau Eja berkata, dia juga tidak ingin melepaskan peluang menjayakan acara amal itu.

“Saya tidak berfikir dua kali apabila dihubungi penganjur untuk menyertai acara ini. Bagi saya inilah masa yang tepat untuk artis turun padang memberi sokongan pada acara amal seperti ini.

“Separuh hari menjual kek itu bagaikan tidak terasa apabila melihat ia habis dibeli pengunjung. Jika nak diikutkan harga sepotong kek RM10 ini mahal tetapi ramai yang membelinya tanpa berfikir panjang semata-mata untuk menyumbang kepada penduduk Gaza,” katanya.

Sebelum ini Eja pernah menjayakan program amal anjuran Mount Kinabalu Charity Climb yang meraih kutipan RM1 juta tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun, berkata, acara karnival yang bermula jam 10 pagi hingga 6 petang itu ternyata berjaya mencapai objektif seperti diharapkan.

“Selain menarik lebih 10,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat, karnival jualan amal ini juga berjaya mengumpul lebih RM64,000 sehingga jam 7 malam,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) merangkap Penaung ABPBH2008, Datuk Manja Ismail; Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mustapa Omar, Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi ABPBH2008, Hanizam Abdullah dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh.

Selain gerai artis, lelongan amal dan jualan kek yang ditaja hotel di sekitar Lembah Klang, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti Farawahida, Aizat, Nabil, Atilia, Nita, Zahid, Meet Uncle Hussain, Winnie K, Dafi, Anis Aneesa, Faizal Tahir, Sarah Raisuddin, Saida, Saerah dan Betty Banafe.

Artis lain yang turut hadir menyemarakkan acara ini ialah Rosyam Nor, Erra Fazira, Linda Onn, Sarimah Ibrahim, Fahrin Ahmad, Scha, Farah Diana Annuar, Diddy, Nubhan, Nur Fatima, Chef Wan, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Intan Ladyana, Fizo Omar, Kamal Adli, Iqram Dinzly.

Tidak ketinggalan, pereka fesyen Amir Luqman, personaliti TV3, Ally Iskandar, Maria Tunku Sabri, Azizah Ariffin dan ramai lagi.

Harian Metro