Archive | July, 2010

Azam Kuat Jadi Contoh

31 Jul

Nizam miliki studio
sendiri
di rumah

Oleh
Mohd Khair Mohd Yasin

ALBUM sulung juara Anugerah 2009, Sarah Aqilah bakal lahir dengan lagu ciptaannya.

‘Ilham Allah diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, maka kita harus jaga amanah ini dengan baik,’ kata penerima Anugerah Compass tahun 2003 ini apabila disoal tentang prinsipnya di dalam bidang penulisan lagu.

Nizam atau nama sebenarnya Mohamad Nizamulmuluk Bin Hussain berazam untuk tidak melepaskan hak ciptaan lagu-lagunya jatuh ke tangan mana-mana syarikat pun walaupun syarat berkenaan menetapkan begitu agar penyanyi yang dimaksudkan itu adalah penyanyi bertaraf ‘A’ dapat mendendangkan karyanya.

Tambahnya lagi: ‘Sedang saya berusaha menghasilkan rakaman karya-karya saya sendiri mahupun menyusun muzik bagi karyawan lain, saya amat bersyukur dan berbanyak terima kasih kepada syarikat rakaman yang lebih terkemuka kerana sudi mengambil hasil karya saya untuk dimuatkan ke dalam album artis rakaman mereka.

‘Saya merasakan ia sangat adil jika mereka menuntut bahagian hasil royalti yang telah dipersetujui kerana merekalah yang mengeluarkan perbelanjaan rakaman bagi karya saya. Namun begitu saya tidak dapat memberi atau menjual Hak Cipta lagu karya saya kepada mereka. Apa yang mungkin akan berlaku adalah lagu hasil karya saya tidak akan diketengahkan dalam promosi album, maka saya reda jika ini berlaku.’

Begitu kuat sekali azam Nizamulmuluk dalam langkahnya untuk mencapai puncak kecemerlangan di dalam industri muzik kita yang serba sederhana ini.

Penulis dan penggubah lagu yang berjiwa teguh ini telah banyak melahirkan lagu-lagu dan album-album untuk artis-artis tempatan seperti Elfeeza Ul Haq, Suteradara, Kumpulan Yakamashi, Kumpulan Mega (Msia), Izat Abu Bakar (Msia), Kumpulan Alhamra, Asnida Daud dan ramai lagi, juga penyusunan semula muzik lagu Tarikan Nafas Terakhir oleh Salma, Zai Baktian bagi lagu Dunia Yang Fana dan sebagainya.

Lagu ciptaan beliau yang dinyanyikan oleh beliau sendiri seperti Seekar Kertas Cintamu, Kunjungiku Di Mimpimu, Buktikanlah dan sebagainya juga pernah kerapkali dimainkan di corong radio Warna 94.2FM.

Anak kelima kepada tokoh muzik iaitu mantan Pendukung Pancaragam Polis Republik Singapura iaitu Allahyarham Staf Sarjan Hussain Bin Mohd ini memiliki keupayaan untuk meneroka peluang pasaran artis yang menceburi dua bidang iaitu di dalam bidang agama dan muzik seperti hasil terbitannya untuk Ustaz Sofyan Yadi di dalam album yang bercorak solawat yang berjudul ‘Anta Nur’.

Namun pembabitan Nizam yang paling bermakna adalah kerjasama syarikatnya, Sejuta Productions bersama beberapa ahli ulama di Singapura, contohnya antara yang dikenali adalah Ustaz Noor Tijany dan Ustaz Zulkiflee Bachik.

Tidak ramai aktivis muzik seperti Nizam di negara ini yang bertungkus lumus melestarikan tugas-tugas para pendakwah kita. Antara nama-nama industri yang sedang dalam rangka usaha yang patut disanjung dan disokong adalah seperti peniaga dan usahawan hiburan Zag Fahmoa dengan madrasah Al Junied dan usahawan muzik terkenal, T:zi, dengan masjid Darul Ghufran di Tampines.

Singapura tentunya bertuah memiliki karyawan muzik seperti Nizamulmuluk yang senang diajak bekerjasama dengan mana-mana artis, syarikat penerbitan, termasuklah dengan artis dan guru gigih, Cikgu Asnida Daud.

Cikgu Asnida, yang popular dan berjaya dalam pedagogi pengajarannya di Sekolah Menengah Commonwealth, menggunakan khidmat rakaman dan penerbitan muzik Nizamulmuluk untuk melancar dan menerapkan satu inisiatif pengajaran menggabungkan elemen muzik dan bahasa yang ternyata begitu berhasil sekali. Single penyanyi unik itu yang berjudul Hapuskanlah Derita Ini juga berjaya dihasilkan.

Pendekatan dan kerjasama seperti inilah yang diharapkan di Singapura ini agar pelajar-pelajar kita dapat memanfaatkan sepenuhnya daripada usahasama ini.

Seperti nama yang digunakan di lelaman rangkaian sosial Facebooknya, Nizamulmuluk merupakan antara penggiat dan penerbit muzik yang memaksimumkan falsafah perniagaan SOHO atau Small Office Home Office. Beliau memiliki studionya sendiri di rumah di mana segala kegiatan rakaman dihasilkan di dalamnya mengikuti tren dunia sekarang.

Nizam, di dalam perbualan yang sama, sekali lagi memberi penekanan berulang dengan mengatakan bahwa beliau tidak akan sekali-kali mengulangi kesilapan penulis lagu lain yang perlu membayar lesen untuk menggunakan lagu mereka sendiri pada masa hadapan jika mereka menyerahkan hak eksklusif pada mana-mana syarikat rakaman baik tempatan atau dari luar negara.

‘Lagu-lagu ciptaan kita ibarat tanah atau anak-anak kita sendiri. Ia mestilah dilindungi dengan baik dan sempurna agar masa depannya tidak terjejas dan menemukan pelbagai isu dan masalah hakcipta dan sebagainya. Seperti tempayan yang terbelah dua, apabila ia terjadi maka segala isi tempayan itu akan musnah jatuh bersepah di jalanan dan segala hasil usaha dan penat lelah kita akan menjadi sia-sia,’ kata Nizam.

Azam Nizam yang dalam dan muluk ini patut dijadikan contoh yang baik buat aktivis-aktivis muzik muda di negara ini agar mereka memiliki jatidiri dan keyakinan yang kuat dalam langkah berkarya demi meninggalkan suatu warisan untuk keturunannya, bangsanya dan juga budaya seninya.

Sarah Aqilah

Panik Memburu Berita

31 Jul

Berbekalkan pena dan buku nota, lebih 60 pelajar menjejak kes jenayah yang direka khusus untuk Kem Obor yang dianjurkan Berita Harian buat kali kesembilan. Mereka juga diminta mewawancara dua kumpulan muzik yang mencipta nama di persada muzik tanah air – Revalina dan Eve. Kami bawakan laporan sekitar Kem Obor selama tiga hari yang menutup tirainya pada 12 Jun lalu.

Pertukaran anggota
di saat akhir hampir patahkan semangat pasukan Westwood

Oleh
Nurul ‘Ain Razali

DALAM keadaan kelam-kabut, rambut panjang yang baru sahaja dicuci dibiarkan panjang mengurai, mengalahkan ‘si kakak’, Fatimah Rockers (panggilan manja untuk puntianak).

Dalam keadaan panik dan hidungnya yang ‘tersosek-sosek’ dek penyakit sinus, Debbie Katherina Irwan memberanikan diri tampil membantu Sekolah Menengah Westwood yang bertanding di dalam Kem Kewartawanan Obor, Jejak Jenayah, pada 11 Jun lalu.

Sebabnya, pelajar menengah tiga itu terpaksa menggantikan temannya yang mengundurkan diri pada saat-saat akhir sekitar 8 pagi. Akibat pengunduran tersebut, seorang lagi pelajar Sekolah Menengah Westwood, Fatin Nurdiyana Kadir, terbiar menyiapkan segala-galanya sendiri.

Perjuangan menyiapkan berita jenayah kes pembunuhan seorang remaja yang direka pasukan penganjur diteruskan antara 9 malam dengan 2 pagi.

Namun, ini tidak menghalang pasukan ini meraih tempat kedua di dalam peraduan yang dianjurkan Kelab Obor, Berita Harian sejak Jun 2006. Pasukan Sekolah Perempuan Tanjong Katong (TKGS) meraih kejayaan membanggakan selaku juara peraduan.

Kata Fatin Nurdiyana: ‘Pelajar pertama yang mengundurkan diri atas sebab keluarga, Siti Fardiana, ada juga tolong dengan rencana jenayah pertama itu.

‘Tapi pada hari kedua, di mana saya mula menulis betul-betul, saya mula bimbang. Betul ke tidak cara penulisan saya dan cara saya menyusun maklumat. Pada mulanya, saya ingin berputus asa, tetapi dia (Debbie) berjaya ‘menyelamatkan’ saya.’

Pengalaman mencemaskan lagi bersuntik adrenalin itu berbaloi apabila mereka, kededuanya 14 tahun, turut menerima hadiah reka hias halaman terbaik.

Mereka membawa pulang baucar buku Popular bernilai $50 setiap seorang dan siri DVD, Deadliest Catch. Set eksperimen terapung-apung, Floating Ideas, turut dimenangi.

‘Kami juga menyertai kem ini tahun lalu dan fikir kami akan menang, tetapi tidak menang. Kali ini, kami tidak memikirkan untuk menang langsung,’ ujar Debbie Katherina dengan mata ghairah bersinar.

Namun, menurut Fatin Nurdiyana, kem itu membuka matanya. Dia kini menyedari jerih payah tugas seorang wartawan menerusi kegiatan yang dianjurkan, terutama acara ‘menyiasat’ kes pembunuhan pada hari pertama kem.

Kumpulan yang memenangi tempat ketiga dalam Kem Obor pula adalah pasukan Sekolah Menengah Damai. Ia terdiri daripada pelajar menengah empat, Anisah Abdul Gafoor dan Is Kalsum Zainol.

Kededuanya yang berumur 16 tahun itu tidak putus-putus memanjatkan rasa syukur atas kemenangan yang tidak diduga itu. Tambahan pula, kemanisan dirasakan sebab ini adalah kali pertama mereka berdua menyertai Kem Obor.

Mereka juga memenangi piala, baucar buku Popular bernilai $30 setiap seorang dan siri DVD Deadliest Catch dan Man vs Wild.

‘Kami saling menyokong antara satu sama lain. Anda harus bekerjasama. Komunikasi sangat penting dalam kem ini untuk menyelesaikan tugas. Kami juga dapat bertemu dengan band Eve dan Revalina. Tetapi kami beruntung kerana dapat mewawancara mereka. Justeru, saya ingin berterima kasih kepada pihak Berita Harian atas peluang ini,’ ujar Anisah.

Sebagai ganjaran, kedua-dua pasukan dibawa ke majlis pelancaran album Sarah Aqilah, di Hotel Furama Riverfront, baru-baru ini.

Sarah Aqilah

Program Menarik Menanti Anda Di Majlis Aura SUTRA

31 Jul

Oleh
Nurul Dayana Simangoon

MAJLIS jamuan petang Aura SUTRA hari ini menjanjikan pelbagai program menarik, termasuk persembahan daripada penyanyi popular, M. Nasir.

Pertandingan Aura SUTRA, yang diadakan buat julung-julung kalinya sempena ulang tahun pertama majalah SUTRA, pula akan menyaksikan para finalis merebut peluang menjadi penghias kulit majalah itu.

Majlis tersebut akan diadakan di Hotel Fairmont dari 1 hingga 5 petang ini. Pengacara majlis tersebut pula ialah deejay radio popular, A.B. Sheikh.

Selain daripada nyanyian M. Nasir, penonton juga bakal dihiburkan dengan nyanyian empat finalis Anugerah – Nur Sarah Aqilah, Kunjung, Wawan dan Chirul.

Malah, pertunjukan fesyen daripada butik fesyen pakaian pengantin, Fatimah Mohsin – The Wedding Gallery – juga akan diadakan di majlis tersebut.

Fatimah Mohsin merupakan penaja pakaian, mekap dan tatarias rambut bagi pertandingan Aura SUTRA.

Pertunjukan fesyen yang bertemakan ‘penampilan dengan sentuhan dramatik’ itu akan memaparkan koleksi pakaian pengantin terbaru.

Antara solekan yang bakal disaksikan penonton di pertunjukan tersebut ialah lukisan di wajah dan serbuk kilat di raut muka.

Koleksi pakaian akan diperaga dalam tiga segmen iaitu songket, renda dan Muslimah.

Majlis Aura SUTRA juga akan menampilkan pelakon drama bersiri Tangisan Bulan Madu, Ezany Nizariff.

Sementara itu, acara utama majlis jamuan petang itu – pertandingan Aura SUTRA – menjanjikan para finalisnya tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Pertandingan itu akan menyediakan pelbagai hadiah menarik bernilai $18,000 untuk kesemua finalis.

Juara keseluruhan Aura SUTRA yang akan menghias kulit majalah itu akan memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih $6,000, termasuk tiket penerbangan.

Naib juara pula akan memenangi hadiah bernilai lebih $2,000, termasuk tiket penerbangan, produk kecantikan dan barangan rumah.

Pemenang-pemenang Ratu Personaliti, Ratu Fotogenik dan Ratu Senyuman Menawan pula bakal membawa pulang hadiah bernilai hampir $650.

Ini termasuk tiket penerbangan, penginapan hotel tajaan Wellcare Travel & Tours (S) Pte Ltd, hamper kecantikan daripada Olay dan ketuhar gelombang mikro daripada Cornell.

Seramai 15 daripada 16 finalis Aura SUTRA akan bertanding hari ini. Seorang daripada finalis tersebut telah mengundurkan diri atas sebab-sebab peribadi.

Pertandingan tersebut dibuka kepada wanita berusia antara 21 dengan 35 tahun, termasuk mereka yang sudah berumah tangga dan juga yang bertudung.

Editor majalah SUTRA, Cik Ruslina Affandi, berkata: ‘Aura SUTRA ialah pertandingan yang menitikberatkan bukan sahaja soal wajah, malah penampilan dan personaliti seseorang, dan diadakan untuk meraikan ulang tahun pertama SUTRA. Kami merancang mahu mengadakan Pertandingan Aura SUTRA setiap tahun.’

Sementara itu, semua tiket untuk jamuan petang ini telah pun habis dijual.

Majlis Jamuan Petang Aura SUTRA

Tarikh: Hari ini
Tempat: Hotel Fairmont
Masa: 1-5 petang
Program:
Pertandingan Aura SUTRA
Persembahan M. Nasir
Persembahan empat finalis Anugerah
Pertunjukan fesyen Fatimah Mohsen – The Wedding Gallery
Pengacara: A.B. Sheikh
Artis-artis: M. Nasir
Ezany Nizariff
Finalis-finalis Anugerah – Nur Sarah Aqilah, Kunjung, Wawan dan Chirul
Masuk: Secara bertiket
Tempat solat: Disediakan

Sarah Aqilah

Anugerah Cukup Manis Dan Membanggakan

31 Jul

Oleh
Hanim Mohd Saleh

KEHEBATAN pementasannya mungkin tidak segah Anugerah Planet Muzik (APM) tetapi kesan yang dirasakan terhadap majlis penganugerahan bagi mengiktiraf industri muzik tempatan, AnugerahHitz.sg, yang pertama kali diadakan pada Sabtu lalu, cukup manis dan membuat ramai penggiat muzik tempatan tersenyum bangga.

Menerusi rancangan dua jam yang disiarkan secara langsung daripada Teater TV Mediacorp ke saluran Suria, pencapaian bakat-bakat tempatan akhirnya diiktiraf secara wajar di hadapan para peminat yang memberi sokongan bersemangat. Apatah lagi kesemua yang menjayakannya merupakan artis kelahiran Singapura. Bakat lama diketengah, bakat baru terus diperah.

Seperti yang dinyatakan Naib Presiden Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus), Moliano Rasmadi, ketika ditemui di akhir majlis, seharusnya majlis seperti itu sudah lama dianjurkan di sini, bahkan ketika Singapura mempengaruhi pasaran dalam era ’70-an dan ’80-an dulu.

Biarpun pengiktifafan serupa cuba disertakan dalam APM sebelum ini, tumpuan tersasar kerana kepentingan lebih diberi kepada anugerah peringkat serantau.

Menerusi AnugeraHitz.sg, biar lambat, biar masih banyak kekurangan, yang penting langkah permulaan sudah dilancar.

Dari segi keputusan 10 anugerah yang dipertandingkan, memang tiada kejutan memandangkan kesemua pemenang memang merupakan artis-artis yang menguasai carta radio ketika ini.

Taufik Batisah menang besar dengan enam anugerah: Komposer Terbaik, Artis Terbaik, Album Terbaik (Suara Hatiku), Lagu Paling Popular (Nafasku dan Kepadanya bersama Hady Mirza menerusi lagu Kepadanya) dan Artis Paling Popular.

Namun kemenangan ini juga secara tidak langsung menggambarkan trend muzik yang menguasai udara dan kaca televisyen ketika ini, yang lebih tertumpu kepada genre R&B dan pop balada.

Lihat saja senarai pemenang lain. Ia tidak banyak berbeza daripada senarai pemenang dalam APM kategori Singapura sepanjang dua atau tiga tahun lalu.

Antara mereka termasuklah kumpulan Sleeq yang memenangi kategori Duo/Kumpulan Terbaik, Hady Mirza yang memenangi Anugerah Lagu Terbaik (Angkasa) dan Didicazli (Artis Paling Popular/ Lagu Paling Popular).

Justeru dapat difahami jika trend sebegini sedikit sebanyak membuat sebilangan artis yang selama ini berusaha gigih menghidangkan kelainan berasakan kehadiran mereka bagai ‘melukut di tepi gantang’.

Seperti kata pejuang irama muzik Melayu, Zubir Abdullah, ketika ditemui di majlis resepsi selepas acara berakhir: ‘Saya hanya mengharapkan keseimbangan dalam muzik kita. Kalau yang didedahkan hanya tertumpu kepada satu genre muzik, secara tidak langsung itulah muzik yang mempengaruhi pendengar. Muzik yang tak sedap, kalau setiap hari diputarkan di udara pun, akhirnya jadi sedap dan dapat diterima.’

Benar kata Zubir. Bahkan, jika trend itu berterusan, tidak mengejutkan jika majlis penganugerahan tahun depan pun kita akan melihat wajah-wajah yang sama saja sebagai pemenang.

Persada muzik tempatan mungkin masih terlalu kecil untuk dipecahkan kepada kategori mengikut genre muzik tertentu seperti irama Melayu atau kerohanian.

Apa pun, tentu penganjur boleh memikirkan kategori seperti ‘muzik baru’ atau ‘muzik kreatif’ bukan setakat untuk menampung karyawan yang kuat jati diri dalam genre tertentu, tetapi lebih penting menggalakkan muzik tempatan terus berkembang.

Dari segi persembahan, acara-acara malam itu boleh dianggap ‘menjadi’ kerana pemilihan penyanyi yang cukup bertenaga.

Lagu pembukaan Berpinda-Minda diberi sentuhan segar dan menjadi slogan tepat bagi pembukaan acara AnugeraHitz.sg.

Biarpun tidak dicalonkan, penyanyi Nana membuat penonton meremang bulu roma dengan lontaran suara yang cukup mantap membawakan lagu Lafaz. Begitu juga dengan penyanyi Salma yang sudah lama menyepi. Konsep nyanyiannya yang santai dan gemersik mengingatkan Singapura bahawa kita ada suara yang unik seperti Yuna dari Malaysia.

Penyertaan hos cilik, Mujahid Mahamood, sebagai MJ dari siri Almari Ajaib juga menambah rencah menarik kepada pengacaraan Fauzie Laily dan Fiza O.

Persembahan bintang-bintang rok yang menampilkan bakat-bakat daripada Anugerah Band, mengiringi Yantzen dan Hanafie Warren, tampak hebat bergaya, tetapi sebenarnya lebih menyakitkan mata (kerana masing-masing berebut perhatian kamera, menunjukkan kehandalan bermain muzik) dan membingitkan.

Saya amat menghargai segmen Dalam Kenangan yang menjunjung ingatan terhadap penulis lirik Allahyarham Haron Abdulmajid. Sekurang-kurangnya perjuangan insan seni di belakang tabir tetap mendapat tempat dalam persada muzik.

Sayang sekali penyanyi Elfee Ismail banyak terlupa lirik bagi lagu Dulu dan Sekarang, sedangkan ia seharusnya menjadi persembahan penghormatan untuk penulis liriknya yang dimaksudkan.

Penghormatan yang diberikan kepada penyanyi Rahimah Rahim bagi Anugerah Primera (anugerah perdana) yang pertama memang tidak perlu dipersoalkan kerana tidak ramai penyanyi seangkatannya yang berpengaruh besar dan masih meneruskan perjuangan sehingga sekarang.

AnugeraHitz.sg dianjurkan dengan kerjasama Mediacorp Suria, Warna 94.2 FM, Ria 89.7 FM dan Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass).

SENARAI PENUH PEMENANG

1) Duo/Kumpulan Baru Terbaik: Revalina.

2) Artis Baru Terbaik: Sarah Aqilah.

3) Penulis Lirik Terbaik: Erza daripada Kumpulan Diorama (Anti-Romantis).

4) Komposer Terbaik: Taufik Batisah (Nafasku).

5) Duo/Kumpulan Terbaik: Sleeq.

6) Artis Terbaik: Taufik Batisah.

7) Lagu Terbaik: Angkasa (Hady Mirza).

8) Tiga Lagu Paling Popular: Nafasku (Taufik Batisah), Impianku (Didicazli dan Sleeq), Kepadanya (Taufik Batisah dan Hady Mirza).

9) Tiga Artis Paling Popular: Didicazli, Taufik Batisah dan Hady Mirza.

10) Album Terbaik: Taufik Batisah.

11) Anugerah Primera: Rahimah Rahim.

Sarah Aqilah

Penyakit 'Misteri' Dengan Sekelip Mata Ragut Nyawa Ibu Muda

31 Jul

Oleh
Farid Hamzah

ENCIK Mohd Faidsal Abdul Hadi tidak menduga langkah beliau membawa isterinya, Cik Shaffadina Jamil, ke klinik selepas beliau mengadu batuk dan demam, adalah antara detik-detik akhirnya bersama isterinya itu.

Sangkanya, selepas makan ubat ‘sakit-sakit biasa’ suri rumah itu akan pulih dalam sehari dua. Malangnya, batuk dan demam itu rupa-rupanya menyembunyikan penyakit ‘misteri’ yang amat berat sehingga meragut nyawa ibu muda berusia 20 tahun itu ‘sekelip mata’.

Lebih menyedihkan lagi, Allahyarhamha yang mendirikan rumah tangga dengannya tiga tahun lalu, turut meninggalkan seorang anak lelaki yang baru berusia dua tahun.

Menurut sijil kematian Allahyarhamha Shaffadina, beliau meninggal dunia disebabkan sejenis penyakit yang diberi nama Group A Streptococcus Pneumonia With Toxic Shock, tujuh hari selepas dimasukkan ke hospital.

Menceritakan tentang penyakit yang dialami arwah isterinya itu, pengendali projektor di pawagam itu berkata, Allahyarhamha mula mengadu dirinya berasa tidak sihat pada 4 Oktober lalu. Beliau kemudian dibawa berjumpa doktor di sebuah klinik di kawasan Bukit Merah.

‘Macam biasa, sekitar dua hari kemudian, beliau rasa sihat selepas makan ubat dan berehat. Tapi, pada 7 Oktober, arwahnya telefon saya di pejabat dan beritahu yang beliau mula muntah-muntah lagi.

‘Kerana khuatir beliau menghidap penyakit H1N1, saya nasihatkannya agar ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) untuk mendapatkan rawatan.

‘Tapi, tak lama kemudian, saya terima panggilan daripada TTSH yang menyatakan isteri saya telah ditahan di sana. Saya pun bergegas ke sana,’ kata Encik Mohd Faidsal.

Tanpa diduga, isterinya yang tidak mempunyai sebarang penyakit kronik itu telah dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU).

Menurut Encik Mohd Faidsal lagi, doktor memberitahunya bahawa isterinya menghidap pneumonia atau radang paru-paru.

‘Pada ketika itu, beliau masih lagi boleh berbual dan bergurau seperti biasa, meskipun terpaksa bergantung pada alat pernafasan. Tapi, mulai 9 Oktober, keadaan kesihatannya mula merosot. Kadar oksigen dalam darah, tekanan darah serta kadar tekanan jantungnya juga menurun,’ katanya.

Doktor yang menjalankan X-ray mendapati peparu isterinya terjejas teruk akibat serangan sejenis bakteria.

‘Dua hari kemudian, kedua belah ginjalnya pula didapati rosak akibat penyakit yang dialaminya itu. Beliau kemudian terpaksa menjalani dialisis serta-merta,’ ujar Encik Mohd Faidsal.

Seorang doktor kemudian menyarankan kepadanya agar isterinya diberikan sejenis ubat mahal yang diberi nama Xigris, secara intravenous atau langsung ke pembuluh darahnya, untuk membunuh bakteria yang menyerang organ-organ isterinya itu.

Malangnya, keadaan Allahyarham masih tidak berubah, malah doktor memberitahu bahawa isterinya mempunyai harapan tipis untuk hidup.

‘Saya diberitahu penyakitnya itu disebabkan oleh bakteria yang masuk ke tubuhnya menerusi kulit. Tak pasti pula bagaimana itu boleh berlaku,’ ujar Encik Mohd Faidsal.

Akhirnya pada 14 Oktober, isterinya menghembuskan nafas terakhir sekitar 4.40 petang.

‘Sebelum ini arwahnya merupakan seorang ibu yang sihat tanpa sebarang penyakit. Ini membuat saya begitu terasa kehilangan kerana beliau terlalu muda untuk meninggalkan saya dan anak kami yang masih kecil.

‘Kini, saya akan hantar anak saya untuk dijaga oleh ibu kandung dan ibu mentua saya secara berganti-ganti,’ tambah Encik Mohd Faidsal.

Ibu Allahyarhamha, Cik Yusriati Yusoff, 43 tahun, berkata semasa di ICU anaknya sering berbual seperti biasa.

‘Seperti biasa arwahnya seorang yang ceria sekali. Tapi, semasa di ICU beliau cuba lebih berbual, meskipun sedang menggunakan alat pernafasan. Barangkali arwahnya cuba melawan penyakitnya itu,’ kata pegawai perkhidmatan pelanggan itu lagi.

Allahyarhamha Shaffadina adalah anak keempat daripada lima beradik dan merupakan adik tiri kepada juara Anugerah 2009, Nur Sarah Aqilah.

Ada duka di sebalik wajah ceria Nur Sarah Aqilah: Muka 24.

Sarah Aqilah

Konsert Buka Tirai Kempen Kumpul $1j Tahun Ini

31 Jul

TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) mahu mengumpul $1 juta dalam kempen sepanjang tahun ini. Demikian menurut pengerusinya, Encik Mohd Anuar Yusup.

‘TAA sudah menjadi ikon bagi masyarakat Melayu/Islam dan mereka menghargai usaha murni TAA memberi bantuan kepada keluarga susah,’ ujar Encik Anuar, sambil berkata TAA telah mengagihkan lebih $2 juta kepada hampir 17,000 penerima sejak 2006.

Antara usaha TAA bagi kempen tahun ini ialah konsert Sinaran Hati Gemilang, yang diadakan di panggung MediaCorp TV malam ini. Saluran Suria akan menyiarkan secara langsung konsert yang bermula pada 8.30 malam itu.

Naib Presiden Kanan Suria, Encik Suhaimi Jais, berkata: ‘Kami berharap dengan berakhirnya kemelesetan ekonomi, rakyat Singapura, individu dan pertubuhan, akan tampil menyokong usaha murni ini.’

Konsert itu menampilkan pengacara Khairudin Saharom, pemenang Anugerah Skrin 2006, Huda Ali, dan empat individu yang telah mengukir nama dalam bidang budaya dan seni – Encik Iskandar Mirza Ismail, Cik Som Said, Encik Isa Kamari dan Encik Almahdi AlHaj.

Penonton akan dihiburkan dengan persembahan oleh Hady Mirza, Sarah Aqilah, Kunjung Whitaker dan Didicazli serta penyanyi Indonesia, Rossa.

Tiket berharga $19 dan $49 boleh diberi di kedai Home-Fix DIY di IMM, Causeway Point dan Tampines One. Semua hasil penjualan tiket akan disalurkan kepada TAA.

Sementara itu, orang ramai boleh juga menderma kepada TAA melalui talian TAA berikut:

1900-112-9010 bagi derma $10

1900-112-9050 bagi derma $50

Sarah Aqilah

AKHIRNYA HYRUL BAWA PERUBAHAN

31 Jul

‘Juara Anugerah 2005’ lahirkan album pertama hasil ganding tenaga bersama Imran Ajmain selepas ambil keputusan tidak perbaharui kontrak bersama Mediacorp TV12

ORANG yang mendapat kunci kebebasan, biasanya lebih yakin diri dan berani apabila bercakap. Tetapi apabila yang tiba-tiba berani bercakap itu merupakan penyanyi yang selama ini wartawan anggap ‘teramat bersopan santun’ dan amat berhati-hati memberikan pandangan, terdetik juga di dalam hati… hmmm… boleh tahan juga budak ini!

Orang yang dimaksudkan ialah penyanyi Hyrul Anuar, yang semua orang Singapura kenali sebagai Juara Anugerah 2005. Berbanding dengan juara-juara anugerah lain, Hyrul istimewa kerana merupakan pelopor artis pertama yang diikat kontrak dengan Unit Pengurusan Artis (AMU) Mediacorp TV12. Bukan setahun dua beliau setia dengan stesen tersebut, bahkan sehingga empat tahun.

Tetapi, berbanding dengan juara anugerah yang muncul selepasnya, Hyrul tidak ditawarkan sebarang kontrak rakaman. Beliau tidak seperti juara-juara Aliff Aziz, band Rancour dan Sarah Aqilah, yang masing-masing sudah pun mempunyai album sendiri.

Bukan tidak ada usaha pihak pengurusan untuk menghasilkan album Hyrul, tetapi terlalu banyak sangkaknya sehingga beliau sendiri tidak tahu ke mana arah tujuannya.

Akhirnya, Hyrul dipertemukan dengan penyanyi dan penggubah lagu yang kini sudah agak berjaya di Malaysia, Imran Ajmain. Mereka berhasil mencapai kata sepakat untuk merealisasikan album impian, dengan Imran bertindak sebagai penerbit eksekutifnya.

Walaupun selama ini beliau dilihat sebagai ‘penyanyi anak emas’ Suria, Hyrul memberanikan diri mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya apabila ia tamat pada Disember tahun lalu.

‘Memang ini keputusan berani mati sebab selama lima tahun bergerak sebagai penyanyi, semua pergerakan saya diuruskan pihak AMU. Soal peluang menyanyi pun saya tak bimbang, sebab saya tahu banyak peluang akan diberikan kepada saya. Tetapi dengan mengambil keputusan untuk berdikari, semua saya kena buat sendiri.

‘Memang ada kebimbangan kalau-kalau keputusan saya itu menjejas peluang saya seterusnya. Saya minta sokongan berterusan daripada pihak stesen TV. Saya hanya mahu mencuba buat sendiri setelah empat tahun bergantung pada orang lain,’ ujarnya.

Walaupun menyedari penjualan album di pasaran tidak serancak dulu memandangkan trend sekarang orang memilih untuk memuat turun lagu, Hyrul berkata, baginya album tetap penting untuk repertoire seorang penyanyi.

‘Saya bukan fikirkan soal keuntungan, tetapi ini adalah pelaburan jangka masa panjang. Nak jadi penyanyi serius, harus ada koleksi lagu-lagu sendiri,’ ujarnya. Hasil penat lelah selama setahun itu, album Hyrul yang berjudul Sesebuah Perubahan itu dilancarkan di Hotel Re! pada Jun lalu, dihadiri ramai peminat setianya.

Apa yang membanggakan, sementara Hyrul bersungguh-sungguh naik turun Kuala Lumpur untuk menyiapkan album, beliau tidak pula mengabaikan kuliahnya di Universiti Institut Pengurusan Singapura (UniSIM). Hyrul kini sedang mengkuti pengajian peringkat Sarjana Muda dalam Perhubungan Media.

‘Menyanyi, menyanyi juga. Tetapi saya tetap perlukan sandaran ijazah untuk jangka masa panjang. Siapa tahu, kalau dah malas menyanyi, saya nak jadi wartawan macam kakak,’ seloroh Hyrul sambil tersengih panjang.

Bahkan beliau juga sempat meluangkan masa menjadi antara tenaga pendidik program Mini Monsters bersama syarikat Dua M, mengajar bahasa Melayu kepada pelajar bukan Melayu di sekolah rendah.

‘Ini untuk pendapatan tambahan buat bayar yuran sekolah,’ kata Hyrul.

Setelah menghayati lapan trek yang terdapat dalam album yang dihasilkan di bawah label Gumbira itu, jelas Imran cukup faham dan bijak menggunakan kekuatan vokal Hyrul dengan menghasilkan lagu-lagu yang cukup cocok dengan gaya dan personalitinya. Saya sendiri cukup terhibur mendengarkan lagu Cemburu, Mata (yang ada unsur lagu nyanyian asal Noorkumalasari, ciptaan Aman Shah) dan Salahkan, yang iramanya mudah diterima telinga, sementara liriknya mencuit jiwa.

Dengan kekuatan lagu yang ada, tidak mustahil jika Hyrul juga diterima di negara jiran, apatah lagi beliau mendapat sokongan kuat penerbitnya. Wajar kita menjadikan album itu sebagai antara koleksi terbaik penyanyi tempatan. Ada kelas! Tahniah Hyrul!

Sarah Aqilah

TOUCHED BY GREAT WALL.

31 Jul

Star Treks
TOUCHED BY GREAT WALL.
Globe-trotting celebs share their holiday snaps and stories
By Tan Kee Yun
July 31, 2010
 
 

SINGER Darren Chiu of Taiwanese Mandopop duo The Drifters had no idea that his maiden trip to the Great Wall of China in Beijing would turn out to be such an emotional affair.

PICTURE: SONY MUSIC

Witnessing first-hand the grandeur of the historical stonefortifications almost reduced the tanned, muscled dude to tears.

“I was so touched looking at the awe-inspiring, intricate structures before me that I nearly cried,” Chiu, who is in his late 20s, told The New Paper.

“It was kind of surreal, like we were suddenly transported backin time to the Warring States Period (475 to 221BC).”

The period was a time of small feuding Chinese kingdoms butalso rise of great philosophers such as Confucian thinker Mencius.

“Back then, the poor common folk were ordered to manuallycarry bricks and stones up the mountains in order to build theGreat Wall. Somehow, all these images started appearing in mymind.”

The Drifters

I'Ve Never Done SOMETHING LIKE THIS BEFORE

31 Jul

I’ve never done SOMETHING LIKE THIS BEFORE
Poster for actress Zoe Tay’s latest movie appears to have co-star cupping her breast
By Kwok Kar Peng
July 31, 2010
 
 

IT WAS the most suggestive photo shoot Zoe Tay has ever done.

TNP DESIGN: PRADIP KUMAR SIKDAR
TNP PICTURE: CHOO CHWEE HUA

For someone who has done countless photo shoots in her more than 20 years as a model and actress, that’s saying a lot.

But this revealing session wasn’t like the previous ones, where she posed in skimpy bikinis.

Or even the one she posed for a women’s magazine more than 10 years ago where she appeared to be nude, with her arms and legs covering herself. (She was actually wearing a tube top that was later digitally removed.)

In the shoot for the poster of her new movie, Love Cuts, Tay, 42, appeared to be nude with just a man’s arm covering her chest, even cupping her breast in his hand.

The Queen of Caldecott told The New Paper: ‘I was hesitant because I’ve never taken photos like this (which gives the illusion that a man is touching her breast) before.

‘The poster also gives an intimate feel but the movie doesn’t have any intimate scenes. I didn’t want the audience to have the wrong idea.’

Nevertheless, she went ahead with the proposed idea because ‘breast cancer is an illness very close to a woman’s heart and the poster sends that message across’.

She was quick to stress that the man in the poster, veteran Hong Kong actor Kenny Ho, didn’t touch her at all during the photo shoot.

She also wore a tube top that was later digitally removed.

In Love Cuts, she plays a mother whose life goes on a downward spiral when she discovers she has breast cancer.

The movie, to be released here on Sept 9, also stars Malaysian actress Christy Yow as an up-and-coming model with breast cancer.

Tay told The New Paper that she had only one day to decide whether or not to go ahead with the photo shoot.

This was because co-star Ho was scheduled to leave town in a few days’ time, so the shoot had to be done before then.

The actress was at the launch of the movie’s trailer and theme song wearing three-inch heels despite being 61/2 months pregnant.

When The New Paper photographer Choo Chwee Hua asked Tay to be careful, she casually waved our worries aside and assured us she was okay.

MediaCorp’s Ah Jie (Mandarin for older sister) said of the photo shoot: ‘I wasn’t worried because Kenny and I had a mutual understanding. I told my manager my boundaries and she told him.

‘He’s very professional. After all, he has been in showbiz for so long and knows what he’s doing.’

Bath scene

Tay clocked another first in the movie.

She had her first bath scene, and with a man.

In it, Ho scrubbed her back, which is probably all the audience will get to see.

But she went to great lengths to cover up anyway.

‘I wore a tube dress and I took sticky tape and just stick, stick, stick everywhere,’ she told us animatedly, her hands pointing to different parts of her body.

It was during the filming of Love Cuts that she also found out that she’s pregnant with her third boy.

She has two sons – Brayden, 5, and Ashton, 3.

She tried to keep her pregnancy under wraps so filming wouldn’t be affected.

Mr Lim Teck, 35, the executive producer of the movie and managing director of Clover Films, told The New Paper that Tay never once complained, though the bath scene was shot late at night.

It was scheduled for earlier in the day, but by the time they got it right, it was almost midnight.

‘Love Cuts may not be an action movie where she’ll need to run or jump, but there are (pregnant) women who won’t accept taking baths at midnight. I’m very proud of her,’ he said.

With the movie and her pregnancy, all eyes are now again on Tay’s famous assets.

Her twin peaks were the talk of the town in 2005 when they jumped two sizes to a D-cup due to Tay’s first pregnancy and threatened to spill out of her designer togs even after she gave birth.

Last year, her chest had to be digitally reduced for the poster of her Channel 8 drama The Ultimatum after concerns were raised that it might distract from the other stars – Fann Wong, Li Nanxing and Tay Ping Hui – on the poster.

Is Tay worried that her bosom will be grabbing headlines again?

Thinking briefly, she replied: ‘No, because it’s natural for a woman’s breasts to be bigger and her body to change during pregnancy. It’s a package.’

The yummy mummy also admitted that her chest is now, once again, bigger than before her pregnancy.

This reporter couldn’t spot the difference under her black flowing dress, but Tay laughed and replied it was because she could conceal it well.

Despite looking every bit her svelte self, she told us that she has put on an extra 2kg over her recommended pregnancy weight because she has been stuffing herself with durians and bak kwa (barbecued meat).

‘I can’t resist food,’ said the star excitedly.

‘I still have the Love Cuts press conference to attend next month, so I have to preserve and maintain my looks. I don’t want to scare the media away.’

Baby brother

Her sons are also divided on the impending arrival of their new brother.

She rattled on like a proud mother: ‘A friend asked Brayden how he feels and he said he’ll be very tired looking after the baby. That’s because I’ve always told him to help take care of and be responsible for his younger siblings.

‘He asked if we could exchange the newborn with my sister’s daughter, who was born last year. Brayden probably thought there would be less hassle if we did.’

Ashton, on the other hand, isn’t fully aware of what it means to have a younger brother and knows only that the baby will arrive after his birthday.

‘I told him that mummy wouldn’t be able to sleep with him for the first month because I’ll be in a non-air-conditioned room alone.

‘He told me he would come to sleep with me. I tell you, he wouldn’t last one night without the air-con,’ she said with a laugh.

 

The NewPaper

OMG, It's The Same Faces.

31 Jul

OMG, it’s the same faces.
New reality TV show discovers new S’porean talent, yet revisits usual stars for hosts, judges
By Germaine Lim
July 31, 2010
 
 

EXPECT the unexpected, so One Moment Of Glory (OMG)claims.

TNP PICTURE: KELVIN CHNG

The new local reality talent TV show