Archive | Joe Flizzow RSS feed for this section

Penghormatan Besar

29 Apr

BUKAN kemenangan yang dikejar namun penghormatan yang diberikan AIM16 untuk memperkenalkan muzik mereka pada acara kemuncak nanti membuatkan Goldkartz begitu berbangga menjadi sebahagian daripada anugerah muzik berprestij itu.

Penghormatan yang diberikan untuk menjayakan satu segmen khas persembahan pada malam kemuncak AIM16 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2 Mei ini membuatkan mereka terharu.

“Ia permulaan yang baik kerana mencerminkan kepelbagaian budaya serta genre muzik yang melatari industri hiburan di negara ini,” kata Manjit Singh Gill atau M-Ji ketika ditemui, baru-baru ini.

Menubuhkan Goldkartz bersama adiknya, Sukhjit Singh Gill atau Surj, M-Ji berkata, mereka terharu kerana acara berprestij itu turut mengiktiraf muzik yang diperjuangkan iaitu urban banghra apabila ciptaan mereka membolosi Lagu India Tempatan Terbaik.

Tambahnya lagi, pengiktirafan itu secara tidak langsung membayar segala penat lelah mereka selama tiga tahun untuk menyiapkan pembikinan album Loaded.

Kelahiran Loaded, bagi M-Ji cukup unik kerana ia membawakan dimensi baru yang lebih segar dalam muzik Asia. Malah usaha mereka mencipta sejarah tersendiri apabila usaha mereka diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai album bhangra tempatan pertama diterbitkan di negara ini.

“Pengiktirafan AIM16 membuatkan kami terharu kerana ia mengangkat prestij irama urban bhangra dalam satu acara yang gemilang kepada penggiat industri muzik,” katanya.

Loaded yang mempertaruhkan gabungan muzik bhangra dan urban serta mendapat sedikit sentuhan hip hop, R&B, selain elektronik house, trance, dram dan bass juga membuka laluan bermakna buat Goldkartz.

Lagu sentuhan mereka, Tu Khendi Seh yang dihasilkan bersama penulis lirik, Arivinder Raina turut tercalon dalam kategori Lagu India Elemen majmuk yang ditonjolkan menerusi penulisan lirik yang menggabungkan bahasa Inggeris, Melayu, Tamil dan Punjabi menjadikan Loaded begitu istimewa.

“Sambutan diterima cukup positif, bukan saja di negara ini malah di luar negara. Ketika ini kami sedang berbincang untuk memasarkan Loaded di United Kingdom, Amerika Syarikat dan India,” katanya.

Selain Goldkartz, AIM16 juga diserikan dengan persembahan Chakrasonic dan Man Jiang Hong selain penyanyi yang sinonim dengan industri hiburan Melayu seperti Faizal Tahir, Hujan, Joe Flizzow, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, M Nasir, Datuk Sheila Majid dan artis Indonesia, Rossa.

Penantian panjang berakhir

TUJUH tahun melayari bakat dalam industri muzik membuatkan Chakrasonic sentiasa menanti peluang untuk beraksi dalam acara muzik berprestij seperti AIM16.

Penantian panjang trio ini untuk beraksi pada acara hiburan berprestij itu berakhir apabila diberi penghormatan menjayakan segmen persembahan bersama Goldkartz dan Man Jiang Hong nanti.

“Penghormatan yang diberikan membuatkan kami berasa seperti akan mengadakan persembahan untuk Anugerah Grammy,” kata Viveck yang begitu terharu kerana penantian panjang mereka berakhir pada AIM16.

Melihat acara itu sebagai satu pengiktirafan besar terutama untuk pemuzik bukan Melayu seperti mereka, Chakrasonic yang sudah merakamkan empat album juga mencipta sejarah mereka tersendiri.

“Kami ialah kumpulan hip hop pertama yang merakamkan lagu Tamil, malah mempunyai kelompok peminat sendiri termasuk penggemar Melayu membuatkan kami turut merakamkan lagu dalam bahasa itu.

“Antara lagu Melayu yang pernah kami rakamkan adalah Ulik Mayang dan Sang Puteri serta terbaru, Lagu Hebat cuma malangnya ia agak jarang dimainkan berbanding dua lagu terdahulu,” katanya.

AIM16 juga menghadiahkan kejutan kepada Chakrasonic apabila album mereka, Veera Puranam membolosi senarai finalis Album India Tempatan Terbaik.

“Pencalonan ini umpama durian runtuh buat kami kerana daripada lima penyertaan yang dihantar, album itu membolosi kategori Album India Tempatan Terbaik. Ia agak mengejutkan,” katanya.

Menyentuh mengenai persembahan pada malam AIM16, Chakrasonic yang turut dianggotai Jack dan J Brawl cuba menyajikan sesuatu yang menghiburkan dan mampu membuat penonton terpaku dengan kemunculan mereka.

“Kami percaya kepada kualiti persembahan dan untuk tujuan itu, kami akan merombak susunan muzik supaya khalayak dapat berhibur dengan lagu yang dibawakan,” katanya.

Berita Harian

Tiada Pilih Kasih

27 Apr

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

Artis jarang dapat tempat di radio dan TV berpeluang buat persembahan pada AIM16

TIDAK ada pilih kasih diamalkan oleh Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), ketika menentukan siapakah yang paling layak untuk membuat persembahan pada malam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16 (AIM16) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada 2 Mei nanti.

Pengurus Besar PAIMM, Jennifer Thompson berkata, dalam memilih barisan artis yang akan membuat persembahan, kriteria utama yang diperlukan adalah mereka mestilah berbakat tetapi sering terlepas pandang untuk membuat persembahan dalam acara seperti itu.

“Kita sebenarnya ada ramai penyanyi atau kumpulan muzik berbakat besar serta melahirkan produk berkualiti tetapi kurang diberi perhatian oleh stesen radio, televisyen dan peminat.

“Jadi pentas AIM16 menjadi tempat untuk mereka menyerlahkan bakat sekali gus menyinar dalam industri hiburan,” katanya kepada Hip.

Katanya, ramai yang membuat tanggapan salah kepada AIM kerana sering melihat acara itu sebagai tempat untuk mempromosikan produk penyanyi dan kumpulan muzik yang baru dalam dunia muzik tanah air.

“Memang benar kami turut memainkan peranan dalam mempromosikan produk artis tetapi dalam hal membuat persembahan, kami sebenarnya lebih selektif dan beberapa kriteria lain juga diambil kira.

“Sebagai contoh walaupun artis itu popular dan diakui mampu membuat persembahan yang hebat di konsert misalnya, namun itu bukanlah jaminan untuk mereka kelihatan hebat di kaca televisyen.

“Malahan, saya sendiri pernah memuji persembahan sebuah kumpulan yang sewaktu menyaksikan konsertnya secara live namun selepas melihat kembali di kaca televisyen, barulah saya dapat lihat kelemahan mereka di sana sini,” jelasnya.

Ketengahkan single terbaik bukan popular

Jennifer berkata apa yang dikatakannya nanti bukanlah berniat untuk menuding jari pada mana-mana pihak cuma sekadar menyatakan rasa kesal kerana sikap skeptikal sesetengah pihak terhadap dunia hiburan yang sebenarnya memberikan kesan tidak sihat terhadap perkembangan industri itu sendiri.

“Kita sering melihat ada sesetengah tempat yang melarang artis membuat persembahan. Ini berbeza dengan artis atau band dari Indonesia yang sering menjelajah dari satu lokasi ke lokasi untuk buat persembahan.

“Ini secara tidak langsung mereka sebenarnya membuat latihan memperbaiki kelemahan. Disebabkan itulah kita sering mendengar atau melihat persembahan yang sempurna daripada mereka kerana mereka berlatih hari-hari iaitu dengan cara membuat persembahan di konsert.

“Dari segi lagu, saya cuba mengelak untuk penyanyi terbabit menyampaikan lagu popular mereka. Mungkin saya melihat single lain yang berpotensi untuk ketengahkan, seperti yang pernah kami lakukan untuk kumpulan Estranged apabila kami meminta mereka menyanyikan lagu Velocity berbanding lagu Itu Kamu,” jelas Jennifer.

Pada malam itu nanti barisan penyanyi atau kumpulan yang akan membuat persembahan terdiri daripada M Nasir, Datuk Sheila Majid, Chakrasonic, Faizal Tahir, Goldkartz, Hujan, Joe Flizzow, Man Jiang Hong, Meet Uncle Hussain, Misha Omar dan Rossa.

Penyampai anugerah pula terdiri daripada Aizat, Atilia,Camelia, Dafi, Hunny Madu, Jaclyn Victor, Leya, Noryn Aziz, Rahim Maarof, Salamiah Hassan dan Syafinaz. Manakala Afdlin Shauki, Bob Lokman dan Adibah Noor.

Jennifer menjelaskan bahawa ketelitian dalam memilih artis untuk membuat persembahan bukan atas dasar terlalu menjaga prestij acara itu.

“Alasan sebenar adalah saya tidak mahu artis itu nanti yang terpaksa menerima kecaman dan merosakkan karier mereka sekiranya persembahan mereka gagal malam itu,” jelas sekali gus memperbetulkan tanggapan silap pelbagai pihak.

Persembahan barisan artis malam itu nanti akan diiringi kumpulan pemuzik profesional di bawah pimpinan pengarah muzik berpengalaman iaitu Ramli MS.

Berita Harian

Kekangan Bajet Tak Sekat Kreativiti

21 Apr

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

PAIMM lebih selektif dalam pemilihan senarai artis untuk serikan majlis pada 2 Mei

SEMUA pihak bebas memberikan pandangan dan kritikan namun apa yang termampu mereka lakukan adalah merencanakan konsep persembahan terbaik biarpun menghadapi kekangan bajet yang ketat.

Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson, berkata Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 cuma menyediakan lapan slot persembahan sekali gus mendesak mereka supaya lebih selektif dalam pemilihan senarai artis untuk menyerikan acara itu.

Katanya, menyusun senarai persembahan untuk acara besar seperti AIM16 bukan sesuatu yang mudah kerana sulit untuk meramalkan apa yang akan berlaku nanti.

“Ia sama seperti membikin sebuah album yang mengerah kerja keras dan titik peluh serta kreativiti anak seni tetapi apabila menjadi sebaliknya, mereka dihentam dan segala penat lelah yang dicurahkan tidak dihargai.

“Sama seperti AIM16, kami cuba memberikan yang terbaik untuk acara ini atas kapasiti yang ada kerana kami sendiri sukar meramalkan bagaimana hasilnya nanti,” kata Jennifer yang ditemui pada sidang media pengumuman artis yang membuat persembahan dan penyampai trofi untuk malam kemuncak AIM16, baru-baru ini.

Jennifer berkata, industri hiburan negara ketika ini dilambakkan dengan penganjuran pelbagai acara anugerah dan tanpa disengajakan mencetuskan persaingan antara satu sama lain untuk muncul terbaik di penilaian mata khalayak.

Akuinya, dia menyanjung kekuatan produksi Anugerah Juara Lagu Ke-23 yang berjaya menghasilkan sebuah penerbitan terbaik.

“Semua memberikan pandangan dan membuat penilaian, namun kami hanya mampu mencuba sedaya upaya atas segala kemampuan yang ada,” katanya.

Jumlah slot yang kecil tetapi memancing keinginan ramai penggiat muzik untuk turut serta membuatkan Jennifer dan tenaga produksi AIM16 menetapkan kriteria tertentu dalam menentukan barisan artis yang terpilih untuk membuat persembahan.

AIM16 kata Jennifer, mengutamakan artis yang mempunyai produk sebagai kelangsungan untuk mereka meneruskan usaha dalam membina karier dan berdiri matang dalam industri muzik.

“Kita mempunyai ramai artis yang berbakat besar dan melahirkan produk yang baik tetapi kurang diberi perhatian oleh stesen radio dan peminat.

“Justeru, AIM16 memberi peluang ini kepada mereka untuk memperkenalkan bakat seperti mana kesempatan diberikan kepada Dayang Nurfaizah dan Misha Omar yang menyerlah selepas memberikan persembahan terbaik pada malam kemuncak AIM dulu.

“Bagi mereka yang tidak terpilih, AIM tetap menyokong malah apabila tiba masanya mereka juga akan meraih peluang yang sama,” katanya.

Dalam ketelitian itu, Jennifer berkata, pengulangan barisan artis yang menyerikan slot persembahan AIM16 tidak dapat dielakkan kerana mereka impak yang besar kepada dunia hiburan sepanjang tahun lalu.

Faizal Tahir, Meet Uncle Hussain dan Hujan katanya ialah antara barisan artis yang memberi impak besar kepada industri muzik sepanjang tahun lalu.

Tambah Jennifer, meskipun industri hiburan ketika ini dibanjiri ramai kumpulan muzik baru yang mempunyai potensi besar di mata peminat namun mereka terpaksa berhati-hati apabila membabitkan persembahan di kaca televisyen.

Katanya, persembahan secara langsung di depan peminat dan beraksi di kaca televisyen adalah dua perkara berbeza serta menuntut ketelitian yang mendalam.

“Di kaca televisyen, setiap kesilapan dapat dikesan dengan jelas dan kami tidak mahu kerana kegagalan pertama, mereka terus dihukum dan dihentam selama-lamanya.

“Kami pernah melalui situasi ini apabila mengundang kumpulan indie berpengaruh untuk beraksi di AIM tetapi apabila gagal menyerlah di kaca televisyen, mereka teruk dikritik,” katanya.

Jennifer turut memuji artis tempatan berbangsa Cina dan India yang menunggu penuh sabar untuk meraih ruang beraksi pada acara kemuncak tahunan itu.

“Penghargaan mereka terhadap acara ini berbeza. Kesungguhan serta kesabaran mereka cukup kami hargai dan kerana itu, sejak beberapa tahun lalu kami mengundang mereka untuk turut sama,” katanya.

AIM16 yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2 Mei ini kembali menyatukan Afdlin Shauki, Bob Lokman dan Adibah Noor sebagai pengacara.

Pengekalan tiga nama berkenaan sebagai teraju utama AIM16 kata Jennifer adalah kerana keserasian mereka dengan gaya dan perjalanan acara anugerah muzik itu.

“Tidak dinafikan pengacara menjalankan tanggungjawab yang berat kerana imej dan cara pembawaan AIM16 berada di tangan mereka. Ketiga-tiga pengacara ini sudah faham dengan perjalanan AIM yang tidak terlalu serius namun mempunyai imej dan prestijnya yang tersendiri,” katanya.

AIM16 diserikan dengan persembahan daripada Chakrasonic, Faizal Tahir, Goldkartz, Hujan, Joe Flizzow, Man Jiang Hong, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, M Nasir, Datuk Sheila Majid serta penyanyi Indonesia, Rossa.

Sementara itu, penyampai anugerah pula terdiri daripada Aizat, Atilia, Camelia, Dafi, Hunny Madu, Jaclyn Victor, Leya, Noryn Aziz, Rahim Maarof, Salamiah Hassan dan Syafinaz.

“Persembahan barisan artis akan diiringi kumpulan pemuzik profesional di bawah pimpinan pengarah muzik, Ramli MS. Komitmen yang sentiasa diberikan artis bakal menyajikan sebuah lagi persembahan menarik untuk dinikmati semua,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM16, Rosmin Hashim berkata, kemuncak AIM16 menyajikan beberapa kejutan menerusi gandingan persembahan yang mengujakan penonton.

“Apa yang dapat saya katakan, barisan artis yang terpilih itu mencerminkan perjalanan industri muzik sepanjang 2008 apabila kehadiran mereka memberi impak dan warna kepada dunia hiburan negara,” katanya.

AIM16 mempertandingkan 29 kategori, namun hanya 17 kategori disampaikan pada malam kemuncak manakala selebihnya diserahkan kepada pemenang sebelum acara bermula.

Berita Harian

AIM Pilih Bulu?

20 Apr

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my


DARI ATAS: AIZAT, Atilia dan ibunya Salamiah Hassan, serta Camelia.


JENNIFER THOMPSON

WALAUPUN kuantiti lapan slot yang diperuntukkan untuk para artis melakukan persembahan dalam Anugerah Industri Muzik 16 (AIM 16), namun ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk mengelola majlis berprestij itu.

Dilema itu diakui sendiri oleh Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson yang harus membuat keputusan bijak tentang pemilihan artis yang akan mewarnai pentas AIM kali ini.

Hanya artis yang benar-benar berkualiti dan cukup bersesuaian untuk ditampilkan melakukan persembahan di pentas AIM akan terpilih.

“Setiap tahun saya dihujani dengan banyak panggilan telefon daripada artis yang cukup teruja hendak membuat persembahan.

“Saya hanya mampu memberi jawapan agar mereka dapat menunggu giliran untuk tahun-tahun berikutnya ditambah dengan pihak kami yang sekadar meletakkan slot dalam bilangan kecil.

“Tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melibatkan ramai artis membuat persembahan kerana ditakuti penonton jemu dengan hiburan yang dihidangkan sekali gus membuatkan AIM mengambil masa yang panjang untuk disiarkan.

“Saya sendiri akui bahawa AIM menjadi platform anak-anak seni tanah air untuk mengenengahkan bakat yang dimiliki serta survival mereka sebagai penggiat muzik.

“Namun saya juga perlu ikut prosedur dalam menonjolkan artis. Hanya yang diyakini cukup layak untuk berada di pentas AIM bagi membuat persembahan,” katanya ketika ditemui pada sidang media AIM 16 di Hotel Concorde Khamis lalu.

AIM 16 yang akan berlangsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 2 Mei nanti menyaksikan artis-artis seperti M. Nasir, Misha Omar, Faizal Tahir, Datuk Sheila Majid, Meet Uncle Hussain, Joe Flizzow, Hujan, Chakrasonic, Man Jiang Hong dan Goldkartz, membuat persembahan.

Tidak terkecuali, penyanyi dari negara seberang, Rossa akan muncul dalam AIM 16 sekali gus membuat persembahan yang pastinya bakal memberi kejutan kepada penonton.

Persembahan artis pada malam itu pula akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional yang dikepalai pengarah muzik terkenal, Ramli MS.

Bukan bermaksud pilih bulu atau menganak-tirikan mana-mana artis, sebaliknya pemilihan artis-artis ini bersandarkan kepada kredibiliti mereka membuat persembahan dan diri mereka yang mencerminkan industri muzik pada tahun lalu.

“Pemilihan mereka selaras dengan hasrat AIM 16 untuk memberi peluang mereka menonjolkan kebolehan masing-masing.

“Jika bercakap tentang kemampuan mereka menarik perhatian penonton, itu bergantung kepada persembahan mereka.

“Kami membuka jalan dan turut yakin barisan artis ini mampu memperlihatkan warna persembahan yang terbaik pada malam itu,” beritahu Jennifer yang menyatakan tiada sebarang konsep atau tema diwajibkan bagi setiap persembahan.

Dalam pada itu, AIM juga tidak melupakan kehadiran kumpulan indie yang menjadi trend dalam industri muzik di Malaysia.

“Bahkan mereka cukup berbakat dalam menghasilkan produk sendiri sehingga mendapat sambutan di luar dugaan daripada peminat.

“Lantaran itu, saya harus memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka yang berbakat besar ini untuk terlibat dalam AIM.

“Cuma saya harus berhati-hati dalam soal pemilihan kumpulan yang bakal membuat persembahan kerana AIM punya perbezaan ketara berbanding konsert-konsert biasa apatah lagi majlis penganugerahan ini dipancarkan secara langsung menerusi kaca TV,” katanya.

Jennifer sebelum ini pernah memberi peluang kepada sebuah kumpulan indie untuk menyanyi di pentas AIM, namun mereka tidak membuat persembahan seperti yang dijangkakan. Lain yang diharap, lain pula jadinya.

“Secara tidak langsung, ia memburukkan reputasi penganjuran majlis ini,” jelas Jennifer yang menjawat jawatan sebagai Penerbit AIM bermula tahun pertama penganjuran acara itu pada tahun 1993 sehinggalah ke hari ini.

Dalam majlis sama, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 16, Rosmin Hashim turut mengumumkan senarai artis yang bakal menjadi penyampai anugerah serta pengacara.

Masih mempercayai kredibiliti Afdlin Shauki dan Bob Lokman, AIM 16 turut tidak ketinggalan mengundang Adibah Noor, yang menjadi ‘bunga’ untuk mengemudikan acara itu.

Pihak AIM 16 bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang segmen khas. Sebaliknya Rosmin memberitahu: “Kami mahu memberi kejutan kerana tidak menarik jika diberitahu awal-awal.

“Ada kolaborasi yang tidak disangkakan, malah ada nama artis yang kami sedang difikirkan lagi untuk terlibat dalam persembahan AIM 16.”

Selain itu, beberapa nama terkenal dalam industri seni tempatan turut diundang untuk menyampaikan trofi pada malam bersejarah itu.

Antara mereka yang dimaksudkan ialah Aizat, Atilia, Camelia, Dafi, Jaclyn Victor, Leya (Hot FM), Noryn Aziz, Rahim Maarof, Salamiah Hassan dan Syafinaz.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, AIM 16 mewajibkan semua hadirin untuk berpakaian formal atau Black Tie.

Kepada peminat yang ingin menghadiri AIM 16, mereka boleh mendapatkan tiket yang berharga RM50 dengan menghubungi talian 03-40445388.

Kosmo

Kebanggan Estranged

6 Apr

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
MENDAHULUI dengan lapan pencalonan, kumpulan Estranged berasakan satu penghormatan apabila album terbaru dihasilkan Remain Unknown mendapat pengiktirafan juri yang mengadili Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16).

Apatah lagi pencalonan turut diterima dalam kategori utama termasuk dua lagu Melayu iaitu Aurora dan Yang Pernah.

Remain Unknown dicalonkan untuk kategori Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Lagu Rock Terbaik (menerusi lagu Aurora dan Yang Pernah), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (untuk lagu Dances of The Spirit dan In No Time), Album Inggeris Tempatan Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (menerusi lagu Aurora).

Ditemui pada majlis sidang akhbar mengumumkan lima peserta terbaik AIM16 di Hotel Concorde, baru-baru ini, Andy mewakili anggota Estranged bangga apabila album dihasilkan itu memperoleh pencalonan pada majlis anugerah paling prestij di tanah air.

“Apa yang saya katakan ini mungkin dianggap ‘klise’ tetapi dicalonkan dalam lapan kategori sudah dianggap satu kemenangan besar bagi Remain Unknown.

“Begitupun kami tidak menaruh harapan tinggi untuk menang kerana kebanyakan saingan hebat, terutama album hip hop dihasilkan Joe Flizzow.

“Kami turut bangga apabila dua lagu Melayu dimuatkan dalam album Remain Unknown, Aurora dan Yang Pernah turut disenaraikan dalam Lagu Rock Terbaik. Tetapi untuk menang susah kerana dua lagu popular dendangan Hujan, Dugaannya dan Bila Aku Sudah Tiada turut berada dalam kategori sama,” katanya.

Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak berada sebaris dengan Datuk Siti Nurhaliza apabila album solo pertama dihasilkan, President memperoleh tujuh pencalonan.

Lebih menarik apabila dia yang terlebih dulu mencipta nama sebagai penyanyi hip hop berkumpulan Too Phat turut dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik.

Teman kumpulannya Malique, yang turut muncul dengan album solo pertama, Mentera Beradu juga dicalonkan dalam kategori sama.

 

 

Antara pencalonan lain diterima Joe termasuk Kulit Album Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik (untuk tiga lagu, Bergerak, Isabella dan Mengapa Harus Bercinta), Album Inggeris Tempatan Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

Walaupun ada yang cuba mempertikaikan pencalonannya dalam kategori Artis Baru Terbaik, namun Joe menerima dengan positif.

“Prinsip saya dalam hal ini, rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Susah sebenarnya untuk kita mempertikaikan kerana sebelum ini kalau kita perhatikan Faizal Tahir turut memenangi kategori sama tahun lalu menerusi album Aku.Muzik.Kamu.

“Sedangkan semua orang tahu dia pernah menganggotai kumpulan nasyid dan pernah menghasilkan album. Malah ada beberapa kemenangan artis dalam kategori itu turut dipertikaikan kerana ada antaranya pernah menghasilkan album solo sewaktu muda,” katanya.

Joe turut meluahkan kegembiraannya apabila pihak penganjur AIM16 mewujudkan kategori hip hop tahun ini sekali gus mengiktiraf dan membuka ruang kepada penggiat muzik itu.

Menyentuh mengenai persaingan dengan rakan kumpulannya sendiri Malique dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik jelas Joe perkara itu turut membuatkan dirinya teruja.

“Bayangkan sebelum ini kami dicalonkan sebagai satu kumpulan tetapi sekarang bersaing sesama sendiri. Pada saya tidak kira sama ada saya mahupun Malique menang pada malam itu nanti kami tetap saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu Reshmonu yang kali pertama menghasilkan album Melayu sepenuhnya, Harapan, gembira apabila ia menerima lima pencalonan termasuk beberapa kategori utama.

“Saya tahu ramai tidak tahu mengenai kewujudan album ini, kerana ia belum dipromosikan sepenuhnya. Saya hanya sempat mengedarkannya akhir tahun lalu.

“Pencalonan album ini dalam beberapa kategori utama di AIM16 diharapkan dapat membuka ruang buat saya mempromosikannya. Kini saya dan pasukan promosi ditubuhkan akan bekerja keras untuk mempromosikan kepada umum,” katanya.

Reshmonu menerima dua pencalonan dalam Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki) menerusi dua lagu iaitu Doa Untuk Dia dan Sayu, Rakaman Album Terbaik, Video Muzik Terbaik dan Album Pop Terbaik.

AIM16 dijadualkan berlangsung pada 2 Mei ini di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra, jam 8.30 malam. Ia turut disiarkan secara langsung menerusi ntv7 selaku penyiar rasmi dan FlyFM serta HotFM sebagai radio rasmi.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Bath Tarikan Baru England

4 Apr

Oleh MANAN SAMAD
manansamad@hmetro.com.my

KATA orang tua-tua, ‘tak kenal, maka tak cinta’. Itu yang dialami penulis ketika berpeluang mengikuti rombongan AirAsia bersama media sempena majlis menyambut ketibaan pesawat sulung AirAsia X dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Stansted, London, baru-baru ini.

Diketuai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia, Edd Radzie, kami berkesempatan ke beberapa tempat menarik di sekitar London, Bath, Oxford dan Bristol selama beberapa hari selepas majlis bersejarah pada 11 Mac lalu.

Jauh perjalanan banyak pengalaman, justeru sedikit sebanyak penulis dapat menyelami kepelbagaian tarikan kota London dan beberapa bandar berhampirannya.

Kunjungan kali ini juga mengimbau kenangan penulis ketika masih bertugas sebagai wartawan sukan dan diberi tugasan membuat liputan Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham pada 2003.

 

 

Cuma manisnya berbeza. Dulu penulis dan rasanya seluruh rakyat Malaysia tumpang gembira dengan kejayaan Hafiz Hashim muncul juara perseorangan lelaki menewaskan jaguh China, Chen Hong, sekali gus menamatkan penantian 37 tahun selepas Tan Aik Huang kali terakhir melakukannya pada 1966.

Dek kesuntukan masa selepas menamatkan tugasan, penulis ketika itu tidak berkesempatan meninjau lokasi pelancongan menarik, sebaliknya memberi tumpuan untuk melawat beberapa stadium kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menjadi kemestian buat ‘kaki bola’.

Antaranya Stadium St Andrew (Birmingham City), Villa Park (Aston Villa), Goodison Park (Everton), Anfield (Liverpool), dan sebelum menaiki pesawat di Lapangan Terbang Heathrow, penulis sempat ke Highbury (stadium lama Arsenal) dan White Hart Lane (Tottenham Hotspur).

Dalam kata lain, sebagai ‘kaki bola’ penulis mendapat kepuasan kerana ia satu kemestian, tetapi sebagai pelancong penulis sebenarnya masih ‘buta’ mengenai London.

Justeru, peluang kedua ini ibarat ‘pucuk dicita, ulam mendatang’. Selepas penerbangan meletihkan selama 13 jam, hari pertama dihabiskan dengan program menyambut ketibaan pesawat sulung AirAsia X ke London, termasuk persembahan dua artis negara, Noryn Aziz dan Joe Flizzow, pada sebelah malamnya.

Selepas bermalam di Hotel Corus, hari kedua baru program pelancongan bermula, kebanyakannya membabitkan lokasi popular yang dicadangkan dalam laman web rasmi AirAsia.

Lokasi paling menarik dan pastinya dilawati pelancong adalah London Eye – roda Ferris paling tinggi di dunia terletak bersebelahan Sungai Thames yang membolehkan pelancong menyaksikan 55 lokasi paling terkenal di London dalam tempoh kira-kira 30 minit.

Dari situ, rombongan penulis ke National Gallery yang menyimpan pelbagai karya lukisan agung Eropah dari 1250 ke 1900, termasuk karya pelukis terkenal seperti Botticelli, Leonardo da Vinci, Rembrandt, Gainsborough, Turner, Cezanne dan Van Gogh.

Bagi yang meminati sejarah, Muzium British wajar dikunjungi kerana menyimpan pelbagai artifak prasejarah hingga ke zaman moden dari seluruh dunia, termasuk batu Rosetta, patung Parthenon dan pasu Portland.

Penggemar seni moden pula boleh mengunjungi Tate Modern iaitu muzium seni moden kebangsaan Britain. Terletak di tepi Sungai Thames, galeri itu mempamerkan hasil kreatif pereka tersohor seperti Matisse dan Picasso selain pameran moden dari semasa ke semasa.

Selepas mengunjungi Covent Garden Market, rombongan penulis mengakhiri hari kedua di kota London dengan bersiar-siar di sekitar Jalan Oxford – kawasan membeli-belah terkemuka dunia.

Premis beli-belah di kawasan itu ibarat ‘syurga’ bagi golongan berada dengan pelbagai barangan cenderahati, pakaian, perhiasan, kasut, beg tangan, peralatan rumah dan sebagainya.

Namun bagi golongan berpendapatan sederhana seperti penulis, satu-satunya premis di jalan itu yang menarik perhatian ialah Pusat Beli-Belah Primark, premis menjual pakaian pada harga serendah 1.99 pound (RM10.35).

Primark tidak menjual pakaian berjenama, tetapi barangannya berkualiti dan selesa dipakai jika dibandingkan pakaian pada harga sama di Malaysia. Justeru, tidak mengejutkan pusat beli-belah itu sentiasa dikunjungi pengunjung, terutama rakyat tempatan berpendapatan rendah dan sederhana.

Hari ketiga, rombongan penulis ke bandar Bath, kira-kira dua jam setengah perjalanan bas dari tengah London. Nama Bath mungkin asing bagi sebahagian besar rakyat Malaysia, tetapi kota itu mempunyai pelbagai tarikan yang diidamkan pelancong, terutama dari Eropah.

Bath sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan Melaka dan Pulau Pinang, iaitu lokasi Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Dalam bahasa lain, kota Bath masih ‘dara’ berbanding bandar lain di England. Bandar itu dipenuhi bangunan dengan seni bina lama dipengaruhi Roman dan Georgian berbanding bangunan moden dan pencakar langit di kota besar lain.

Tarikan utama Bath pastinya kolam air panas yang sukar didapati di negara bercuaca sejuk, sekali gus menjadikan kota itu tumpuan pelancongan Eropah. Antara premis yang kerap dikunjungi pengunjung ialah Thermae Bath Spa, yang menawarkan kira-kira 50 rawatan kesihatan.

Melepaskan lelah seketika di hotel penginapan Mercure Francais, rombongan kami kemudian meneruskan kembara dengan melawat sekitar bandar Bath yang tenang sambil berjalan di celah-celah bangunan lama.

Antara bangunan yang menarik perhatian penulis ialah kedai roti Sally Lunn’s, iaitu bangunan tertua di Bath dibina pada 1482, manakala premis itu mula beroperasi sejak 1680.

Selepas mendaftar keluar dari hotel untuk meneruskan perjalanan ke bandar Oxford, rombongan kami singgah sekejap di Bathaquaglass, iaitu kedai membuat barangan berasaskan kaca menggunakan kaedah lama.

Sejam kemudian, kami tiba di Oxford yang terkenal dengan Universiti Oxfordnya – tempat ramai cendekiawan dan pemimpin dunia menuntut ilmu. Uniknya, universiti itu tidak mempunyai kampus utama, sebaliknya merangkumi 38 kolej yang berselerak di sekitar bandar itu.

Berhampiran perpustakaan utama dan dewan graduasi universiti itu, penulis tertarik dengan sebuah kedai buku tiga tingkat bernama Blackwell yang dikatakan menjadi premis utama pelajar Oxford membeli bahan bacaan.

Difahamkan, premis itu mempunyai kedai buku bawah tanah terbesar di dunia, sekali gus memudahkan pemilik menyimpan pelbagai stok buku pelbagai topik untuk pelajar dari seluruh dunia.

Jika anda mahu mencari cenderahati murah seperti baju, pen dan topi, gerai bergerak di sekitar bandar itu jauh lebih murah berbanding di London.

Sebagai contoh, topi tiruan kelab bola sepak Manchester United hanya berharga 5.99 pound (RM31.15) di Oxford berbanding 9.99 pound (RM51.95) di London.

Pada hari terakhir, kami sempat singgah ke deretan kedai menjual barangan berjenama terkenal di Bristol City, ibarat Nilai di Negeri Sembilan. Berikutan kesuntukan masa, kami pada awalnya hanya diberi masa setengah jam di situ, namun disebabkan tarikan terlalu hebat dengan produk terkenal seperti Polo Ralph Lauren, Clarks, Guess, Jimmy Choo, Calvin Klien dan pelbagai lagi pada harga murah, masing-masing terlewat hampir setengah jam.

Umpamanya, kasut terkenal jenama Clarks yang berharga mencecah RM400 di Malaysia boleh dibeli pada harga serendah 30 pound (RM156) dengan stok terhad.

Dalam kata lain, kota London dan bandar sekitarnya adalah lokasi berbaloi untuk dilawati. Jika sebelum ini London hanya untuk golongan berada, tetapi kini dengan AirAsia X menawarkan tiket ke situ pada harga serendah RM490, mimpi boleh menjadi realiti bagi golongan sederhana sekalipun, jika andai bijak merancang masa perjalanan.

Bagi penulis, cinta pandang pertama pada kota London sudah menjadi cinta sejati selepas kunjungan kali kedua – perasaan yang mungkin dikongsi sebahagian besar rakyat Malaysia yang pernah berkunjung ke bandar raya milik bekas penjajah itu.

Harian Metro

Industri Muzik Boleh Mati

2 Apr

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

BARISAN artis yang akan memeriahkan AIM16.

Pendapatan tahunan pada 2008 hanya RM70 juta berbanding RM200 juta 15 tahun lalu

SEPANJANG 16 tahun penganjuran, Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-16 mencatat penurunan jumlah penyertaan yang ketara apabila hanya menerima 54 album, merosot 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Biarpun jumlah pencalonan keseluruhan meningkat kepada 707 namun ia belum cukup untuk meredakan keresahan.

Angka penurunan itu juga turut membingungkan Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Datuk Aziz Bakar yang menyuarakan keresahan industri hiburan tempatan akan mati jika tiada langkah terbaik segera diambil.

Katanya, seandainya syarikat rakaman dan label bebas tidak meneruskan pelaburan dalam industri muzik, pencinta seni tempatan tidak mungkin dapat menikmati karya baru sebagai penerus legasi insan kreatif terdahulu.

Aziz yang ditemui pada sidang media AIM16 berkata, industri muzik tempatan sedang berdepan dengan kemelut yang serius apabila kebanyakan label enggan membuat pelaburan kerana berisiko tinggi.

“Apabila pulangan tidak terjamin, kebanyakan syarikat rakaman tidak berani melabur dan akibatnya, stesen radio tempatan kehilangan sumber lagu baru untuk diperkenalkan kepada pendengar,” katanya.

Menurutnya, pakej rangsangan yang diperlukan sekitar RM10 juta itu antara usaha paling cepat dan berkesan untuk menjana semula pertumbuhan industri muzik.

“Perlu ada sebuah pertubuhan khas seperti Majlis Muzik Malaysia yang menaungi pelbagai persatuan hiburan di negara ini untuk menyelia peruntukan yang diberikan supaya dapat dimanfaatkan dengan berkesan,” katanya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM16, Rosmin Hashim berkata, 15 tahun lalu pendapatan industri muzik menjangkau sehingga RM200 juta malangnya jumlah itu semakin menguncup dan tahun lalu, ia hanya mampu mengumpul RM70 juta.

“Masalah ini sangat serius. Kita bimbang negara akan kehilangan sumber untuk meneruskan perkembangan muzik tempatan,” katanya.

AIM16 mempertandingkan 29 kategori untuk muzik Melayu, Inggeris, Cina dan India tempatan selain satu kategori muzik luar negara.

Buat julung kali, AIM16 memperkenalkan 12 kategori khusus untuk mengiktiraf single yang diterbitkan iaitu Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki). Turut diperkenalkan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Album Hip Hop Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Rock Terbaik.

Selain itu, AIM16 juga menyenaraikan Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Cina Terbaik dan Lagu India Terbaik.

“PAIMM juga menggabungkan kategori Susunan Lagu Terbaik yang sebelum ini dipecahkan mengikut kategori bahasa Melayu dan asing.

“Selain itu, kriteria album juga dikecilkan daripada lapan kepada lima lagu untuk diiktiraf sebagai album penuh,” kata Rosmin.

AIM16 akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 2 Mei ini, jam 8.30 malam. Ia turut disiarkan menerusi ntv7.

Dibelenggu kontroversi

SEPERTI tahun terdahulu, senarai Top 5 AIM16 juga tidak lepas daripada pertikaian dan paling ketara apabila penyanyi yang sama disenaraikan untuk dua pencalonan bagi kategori dipertandingkan.

Antara yang dibangkitkan apabila Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Lelaki dan Wanita menyaksikan Reshmonu dan Datuk Siti Nurhaliza masing-masing meraih dua pencalonan menerusi album mereka, Harapan dan Lentera Timur.

Dua pencalonan diterima dilihat menyekat peluang calon lain yang turut berpotensi untuk tersenarai dalam Top5 kerana persembahan vokal kedua-dua penyanyi itu bagi lagu lain dapat dinikmati dalam album yang sama.

Mengulas perkara itu, Pengurus Besar PAIMM, Jennifer Thompson berkata, AIM16 masih dalam proses penyesuaian dengan perubahan yang dilakukan lantas memberi beberapa kelonggaran tanpa menyedari akan timbul isu berbangkit apabila proses penjurian dilakukan.

“Kami akan meneliti semula perkara ini dan memperbaikinya pada AIM akan datang. Kami ada memberi nasihat kepada syarikat rakaman supaya memilih hanya karya terbaik untuk mengelak perkara sebegini berlaku,” katanya.

Turut dipertikaikan apabila lagu Marabahaya nyanyian Pop Shuvit membolosi Top 5 Lagu Inggeris Tempatan Terbaik sedangkan lagu itu adalah terjemahan versi Melayu yang menggunakan judul sama.

Agak mengejutkan apabila kemantapan vokal Misha Omar menerusi album yang mengangkat namanya sebagai judul gagal memikat hati juri untuk membawanya ke dalam Top 5 Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita).

Sebaliknya cabaran itu digalas Siti Nurhaliza yang bertanding untuk Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman menerusi Lentera Timur yang bersaing dengan tiga peserta program realiti, Ayu, Shila dan Dina. Di mana silapnya? Apakah juri terlepas pandang akan keupayaan penyanyi itu yang memberikan persembahan vokal jauh lebih baik menerusi album ketiganya itu?

Senarai Top 5 AIM16:

Artis Baru Terbaik:

Hujan

Joe Flizzow

Malique

Meet Uncle Hussain

Suki

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki):

Aizat – Lagu Kita

Bob – Cinta Terhalang

Reshmonu – Doa Untuk Dia

Reshmonu – Sayu

Rithan (Deja Voodoo Spells) – Rock N Roll

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita):

Ayu – Hanya Di Mercu

Dina – Sejauh Ini

Shila – Memori Tercipta

Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita

Siti Nurhaliza – Di Taman Teman

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album:

Ajai & Marsha – Sayang

All One – Bilal Bin Rabah

Pop Shuvit – Marabahaya (International Version)

Rabbani – Bila Nur Menjelma

Raihan – Assubhu Bada

Album Pop Etnik Terbaik:

Khazanah Pujangga – Syura

Siti Nurhaliza – Lentera Timur

Selagi Ada Rindu – Pak Long

Zapin Suri – Haziq

Lagu Pop Etnik Terbaik

Di Kayangan Kita – Johari Teh/Keon/Siti Nurhaliza

Di Taman Teman – Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun/Siti Nurhaliza

Dirgahayu – Radin Sri/Hairul Anuar Harun/Ramlah Ram

Nafas Cahaya – M Nasir/Loloq/Misha Omar

Zapin Suri – Pak Ngah/Siso Kopratasa/Haziq

Album Nasyid Terbaik:

Allah Habeebi – Mawi

Istimewa Tiada Dua – Nice

Nasyid Nostalgia Memori The Zikir – Nazrey Johani

Nostalgia Nadamurni – Rabbani

Setia – Wildan

Lagu Nasyid Terbaik:

Allah Habeebi – Farihin/Yasin/Mawi

Bila Nur Melimpah Di Hati – Asri Ibrahim/Ito Lara/Rabbani

Kemulian Al-Quran – Amin Inteam/Inteam

Serulah Namanya – M Nasir/Ad Samad/Mawi

Teman Hakiki – Ku Sham/Dr Mohd Asri/Mawi

Album Rock Terbaik:

Bongkar – Kristal

Hujan – Hujan

Keamanan – Nrocinu

Kembali – Butterfingers

Modern Minimals Glamour – The Times

Lagu Rock Terbaik:

1000 Tahun (Mahu Hidup) – Loque/Butterfingers

Aurora – Estranged

Bila Aku Sudah Tiada – Noh/Hujan

Dugaannya – Noh/Hujan

Yang Pernah – Estranged

Album Pop Terbaik

Alyah – Alyah

Arus Qudus – Yasin

Harapan – Reshmonu

Misha Omar – Misha Omar

Percubaan Pertama – Aizat

Lagu Pop Terbaik

Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer/Loloq/Misha Omar

Dingin – Azlan Abu Hassan/Azalea/Ziana Zain

Ketentuan – Azlan Abu Hassan/Ad Samad/Ramlah Ram

Lagu Kita – Aizat/Aizat

Sampai Di Sini – Ajai/Slen/Misha Omar

Lagu Hip Hop Terbaik

Bergerak – Joe Flizzow

Isabella – Joe Flizzow menampilkan Hady Mirza

Mengapa Harus Bercinta – Joe Flizzow

Mentera Beradu – Malique

OK – Malique menampilkan Cat Fabuloso

Berita Harian

Penyertaan Album AIM16 Makin Merosot

30 Mar

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hemtro.com.my

Rap
JUMLAH album yang dipertandingkan untuk Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-16 (AIM16) semakin merosot apabila tahun ini hanya 50 penyertaan diterima.

Walaupun sebelum itu penyertaan dikatakan menggalakkan namun perkara itu hanya berlaku selepas beberapa kategori baru diwujudkan. AIM 16 dijadualkan berlangsung pada 2 Mei, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 8.30 malam.

Penganjur pertandingan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) menerima hampir 700 penyertaan membabitkan kategori baru iaitu Lagu Terbaik dalam setiap genre.

Perkembangan itu benar-benar membimbangkan beberapa pertubuhan yang menjaga kepentingan industri muzik tempatan antaranya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) mahupun Akademi sendiri.

Sewaktu sidang akhbar mengumumkan calon lima terbaik AIM16, berlangsung di Concord Hotel baru-baru ini, Pengerusi PAIMM, Datuk Aziz Bakar menjelaskan, walaupun banyak penyertaan diterima tetapi mutu kebanyakan lagu dihantar berada di tahap rendah. Tambahan pula piawaian ditetapkan Akademi sudah semakin meningkat kerana ia sudah 15 kali diadakan.

“Perkembangan ini amat menakutkan, dan beberapa pertubuhan dan persatuan bimbang sekiranya perkara ini berlanjutan kita sudah tidak akan ada lagi industri dalam bidang muzik.

“Waktu sama kami faham sebagai penggiat kebanyakan syarikat rakaman, pencipta lagu, penulis lirik, pemuzik, jurutera muzik mahupun penyanyi sendiri tidak berani hendak melabur dalam jumlah besar apabila menghasilkan album.

“Sekarang ini proses untuk menghasilkan sebuah album termasuk promosi dan pemasaran memerlukan modal mencecah RM150,000, tetapi pulangan yang diterima hanyalah sekitar RM40,000 hingga RM60,000.

“Penggiat bertuah kerana sekarang mereka masih boleh bergantung kepada pasaran dalam bentuk digital iaitu muat turun muzik ke telefon bimbit memandangkan jualan dalam bentuk fizikal iaitu cakera padat dan album sangat perlahan dan tidak membantu.

“Bagi memastikan kerugian ditanggung tidak besar, kebanyakan penggiat menggunakan kos sangat rendah untuk menghasilkan lagu dan ia secara tidak langsung mempengaruhi mutu album dihasilkan. Sekiranya perkara ini berterusan akhirnya industri muzik tempatan akan mati,” katanya.

 

 

Bagi menangani perkara itu, Aziz secara peribadi berasakan sudah tiba masanya pihak kerajaan membantu industri dengan menyediakan dana khas bagi membantu para penggiat dalam berkarya.

“Seperti juga dalam bidang lain iaitu perdagangan, keusahawanan dan pertanian industri muzik juga perlu modal rangsangan untuk menggerakkannya, oleh itu saya amat mengharapkan apa yang saya ketengahkan ini akan mendapat perhatian.

“Permohonan membabitkan dana ini akan dilaksanakan bersama semua persatuan yang bernaung dibawah industri muzik. Mekanisma belum ditetapkan tetapi andai ia diberikan, dana ini boleh disalurkan kepada Majlis Muzik Malaysia (MMM) sebagai badan induk.

“Dana ini boleh digunakan para penggiat yang mahu menghasilkan album dan kita mungkin tidak memberikan sepenuhnya sebaliknya ia bergantung kepada keperluan penggiat itu sendiri.

“Modal untuk menghasilkan album mungkin harus dikeluarkan sendiri oleh penyanyi ataupun penerbit dan dana pula digunakan untuk memasarkan atau mempromosikan karya dihasilkan,” katanya.

Di majlis pengumuman calon lima terbaik AIM16, kumpulan Estranged yang sebelum ini mengungguli Anugerah Juara Lagu tahun lalu menerusi single mereka Itu Kamu mendominasi pencalonan dalam lapan kategori.

Kumpulan ini menerima pencalonan daripada album Inggeris dihasilkan Remain Unknown. Membanggakan apabila dua lagu Melayu dimuatkan dalam album itu turut dicalonkan dalam Lagu Rock Terbaik.

Datuk Siti Nurhaliza pula yang mempertandingkan album berkonsepkan etnik kreatif dan tradisional Lentera Timur menerima tujuh pencalonan, dan lagu pop dendangannya menjadi runut bunyi drama Spa-Q 2 Pada Cintanya turut dicalonkan dalam kategori Susunan Muzik terbaik.

Timbul kekeliruan dalam kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik apabila lagu dendangan kumpulan Pop Shuvit, Marabahaya dipertandingkan sekali lagi atas alasan dialih bahasa. Begitu juga dengan Vokal Terbaik Lelaki/Wanita apabila ada yang dicalonkan lebih daripada satu lagu.

Menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul Ketua Jawatankuasa Penganjuran AIM16, Jennifer Thomson berkata Marabahaya selain dialih bahasa, rakamannya juga baru terutama membabitkan susunan muziknya.

“Perkara ini sudah saya jelaskan kepada juri sewaktu penilaian dilakukan. Keputusan sama ada ia layak atau tidak mereka sendiri yang harus memutuskannya.

“Walaupun ada yang menolak Marabahaya dipertandingkan tetapi waktu sama masih ada juri memberikan markah kepada lagu itu. Secara tidak langsung apabila diaudit ia memiliki markah tinggi dan dicalonkan.

“Mengenai ada artis mendominasi kategori vokal apabila ia mempertandingkan single, kami akui perkara ini. Ini kali pertama ia dilakukan dan perlaksanaannya sudah tentu akan ada kelemahan. Kami akan memperbaikinya pada tahun akan datang.

“Pihak Akademi sendiri sudah nampak perkara seperti ini akan berlaku apabila single dipertandingkan dalam vokal. Kami sudah nyatakan kepada wakil syarikat rakaman sendiri agar menghantar satu lagu untuk kategori itu tetapi ada antaranya berkeras mahu menghantar sepuluh lagu terdapat dalam album dihasilkan artis mereka,” katanya.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan AIM16.

Artis Baru Terbaik
1) Hujan
2) Joe Flizzow
3) Malique
4) Meet Uncle Hussain
5) Suki

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki)
1) Aizat – Lagu Kita
2) Bob AF2 – Cinta Terhalang
3) Reshmonu – Doa Untuk Dia
4) Reshmonu – Sayu
5) Ritan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Perempuan)
1) Ayu – Hanya Di Mercu2) Dina – Sejauh Ini
3) Shila – Memori Tercipta
4) Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita
5) Siti Nurhaliza – Di Taman Teman

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album
1) AJAI dan Marsha – Sayang
2) ALL One – Bilal bin Rabah
3) Pop Shuvit – Marabahaya
4) Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati
5) Raihan – Assubhu Bada

Kulit Album Terbaik
1) Hawa – Nikki
2) President – Joe Flizzow
3) Transit – Altered Frequency
4) Satu – Ferhad
5) Remain Unknown – Estranged

Rakaman Album Terbaik
1) Remain Unknown – Estranged
2) Finally/Akhirnya – Suki
3) Satu – Ferhad
4) Adam 3 – Adam
5) Harapan – Reshmonu

VIDEO MUZIK TERBAIK
1) Hanya Di Mercu – Ayu
2) Sampai Syurga – Faizal Tahir
3) Mati Hidup Kembali – Butterfingers
4) 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
5) Oh Anok Anok – Reshmonu

Album Pop Etnik Terbaik
1) Khazanah Pujangga – Syura
2) Lentera Timur – Siti Nurhaliza
3) Selagi Ada Rindu – Shafie Ahmad
4) Zapin Suri – Haziq

Lagu Pop Etnik Terbaik
1) Di Kayangan Kita – Siti Nurhaliza
2) Di Taman Teman – Siti Nurhaliza
3) Dirgahayu – Ramlah Ram
4) Nafas Cahaya – Misha Omar
5) Zapin Suri – Haziq

Album Nasyid Terbaik
1) Allah Habeebi – Mawi
2) Istimewa Tiada Dua – Nice
3) Nasyid Nostalgia Memori The Zikir – Nazrey Johani
4) Nostalgia Nadamurni – Rabbani
5) Setia – Wildan

Lagu Nasyid Terbaik
1) Allah Habeebi – Mawi
2) Bila Nur Melimpah Di Hati – Rabbani
3) Kemuliaan Al-Quran – In Team
4) Serulah Namanya – Mawi
5) Teman Hakiki – Mawi

Album Rock Terbaik
1) Bongkar – Kristal
2) Hujan – Hujan
3) Keamanan – Nrocinu
4) Kembali – Butterfingers
5) Modern Minimals Glamour – The Times

Lagu Rock Terbaik
1) 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
2) Aurora – Estranged
3) Bila Aku Sudah Tiada – Hujan
4) Dugaannya – Hujan
5) Yang Pernah – Estranged

Album Pop Terbaik
1) Alyah – Alyah
2) Arus Qudus – Yassin
3) Harapan – Reshmonu
4) Misha Omar – Misha Omar
5) Percubaan Pertama – Aizat

Lagu Pop Terbaik
1) Cinta Adam dan Hawa – Misha Omar
2) Dingin – Ziana Zain
3) Ketentuan – Ramlah Ram
4) Lagu Kita – Aizat
5) Sampai Di Sini – Misha Omar

Lagu Hip Hop Terbaik
1) Bergerak – Joe Flizzow
2) Isabella – Joe Flizzow
3) Mengapa Harus Bercinta – Jow Flizzow
4) Mentera Beradu – Malique feat. M.Nasir
5) Ok – Malique feat. Cat Farish

Album Inggeris Terbaik
1) Dark Sun Big Rain – Karen Nunis Blackstone
2) President – Joe Flizzow
3) Remain Unknown – Estranged
4) Take Five With Juwita Suwito at Avanti – Juwita Suwito
5) Tapestry Of Life – Shal Sagan

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1) All Around My World – Joe Flizzow
2) Dances Of The Spirit – Estranged
3) In No Time – Estranged
4) KL Streets – Malique Feat. Lah
5) Marabahaya – Pop Shuvit

SUSUNAN MUZIK DALAM LAGU
1) Pada Cintanya – Siti Nurhaliza
2) Tiada Maaf – Daniel Lee
3) Aurora – Estranged
4) Di Taman Teman – Siti Nurhaliza
5) Bukan Mimpi – Farhan.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Respirasi Muzik: Cita Rasa Berbeza

24 Mar

Rap
Album: President
Artis: Joe Flizzow

CUBA memberikan sesuatu berbeza kepada peminat setia kumpulan Too Phat, kedua-dua anggota kumpulan rap popular tempatan ini, Malique dan Joe Flizzow menghasilkan album solo menampil cita rasa sendiri yang sangat berbeza berbanding album pernah dihasilkan.

Jika Malique memilih rap berlatarkan irama Nusantara, berbeza pula Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak, lebih senang dengan jalur rap semasa dan terkini.

Tidak kurang ada antara lagu ditampilkan dalam album solo Joe, President kedengaran seakan pengaruh muzik diketengahkan komposer dan penyanyi rap terkenal dunia, Akon agak kuat.

Namun itulah digemari pendengar dan Joe sebaik mungkin memberikan apa yang mereka mahukan.

Menambahkan lagi warna pada album menampilkan 9 lagu Inggeris dan selebihnya dalam dwibahasa dan bahasa Melayu, Joe turut bekerja sama dengan beberapa komposer, deejay dan penyanyi dari rantau nusantara.

Antara terbabit, Terry Ty Lee penerbit lagu kelahiran Singapura dan kini menetap di Taiwan, Khan (Thailand), anggota kumpulan Ahli Fikir, DJ Cza (Indonesia) dan Koko seorang penerbit yang menetap di San Francisco, Amerika Syarikat.

Dalam album ini juara Asian Idol, Hardy Mirza turut menyumbangkan suara menerusi lagu Mengapa Harus Kita Bercinta dan Complicated.

Menarik apabila Joe menggunakan ‘interpolasi’ lagu daripada muzik Isabella, nyanyian asal kumpulan Search dan amat diminati Joe untuk dijadikan latar dalam lagu yang turut menggunakan judul sama.

Lagu lain yang tidak kurang menariknya dalam President, Do It Duit, Get It Done, Bergerak dan Do It Big.

 

 

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Pharrel Ugut Henti Konsert

23 Mar

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

KESERONOKAN ribuan penonton menyaksikan persembahan N.E.R.D bertukar resah apabila ‘rapper’ utama kumpulan hip hop itu Pharrell Williams secara tiba-tiba ‘mengamuk’ dan mengugut meninggalkan pentas.

Separuh jalan menyampaikan lagu Bad Girls, Pharrell meminta muzik dihentikan sebelum menegur seorang jurugambar dan pengawal keselamatan yang mengundang rasa kurang selesa peminatnya.

“Kamu hanyalah seorang jurugambar dan jangan fikir kamu hebat. Kamu boleh naik ke pentas untuk mengambil gambar jika kamu mahu, tetapi di bawah sana kamu mengganggu penonton.

“Dan kamu pula hanya pengawal keselamatan dan jangan menolak atau menghalang penonton kerana mereka membayar wang untuk menyaksikan konsert ini dan saya mahu peminat berada dekat dengan pentas.

“Seperkara yang perlu anda tahu persembahan N.E.R.D adalah untuk peminat berhibur dan kami tidak melayan mereka sebagai peminat sebaliknya keluarga.

“Tindakan kamu membuatkan penonton tidak selesa dan saya ingatkan jika anda melakukannya sekali lagi saya tidak teragak-agak meninggalkan pentas,” katanya lalu sambut jeritan peminat yang menyokong tindakannya itu.

Pharrell yang kelihatan berang di pentas dan seolah mahu meninggalkan pentas sesudah memberi amaran itu akhirnya tewas dengan tindakan ribuan peminat yang melaungkan nama N.E.R.D berulang kali dengan harapan persembahan tidak dihentikan begitu saja.

Dia meneruskan nyanyian dan kembali menghangatkan suasana sebelum memberi amaran terakhir akan meninggalkan pentas jika tolak-menolak masih berlaku.

“Di sini bukan Tokyo, di sini bukan Paris, di sini bukan London, di sini bukan Australia, di sini bukan Virginia tetapi ini adalah Malaysia. Ini adalah kunjungan pertama kali N.E.R.D ke Kuala lumpur dan kami mahu peminat berseronok. Usah pedulikan sesiapapun di sekeliling anda,” katanya.

N.E.R.D turut dianggotai Chad Hugo muncul di pentas utama Sky sekitar jam 10.15 malam kelmarin melakukan persembahan lebih daripada masa yang ditetapkan satu jam dengan menyampaikan lebih 12 lagu.

 

 

Sepanjang persembahan mereka, N.E.R.D yang membawakan lagu antaranya She Wants to Move, Maybe, Lapdance dan Rockstars turut mengundang peminat lelaki dan wanita menari bersama di pentas.

Acara diteruskan lagi dengan kumpulan Korn yang memperkenalkan konsep ‘new age’ membawakan rangkaian lagu daripada album Follow The Leader antaranya Live Is Pitchy.

Korn menanti peluang selama 15 tahun untuk melakukan persembahan di Malaysia menampilkan persembahan bertenaga sekalipun nama mereka disenaraikan saat-saat akhir oleh penganjur sekali gus menggantikan kumpulan Cold Play yang baru saja memenangi Anugerah Grammy, baru-baru ini.

Jika tahun lalu, hanya empat pentas disediakan kali ini pihak penganjur menyediakan enam pentas iaitu Sky, Sun, Loud & Clear dan Livesounds termasuk 2 marquee besar yang tertutup iaitu Livesounds Stage dan Tuborg Loud & Clear Stage dikhususkan untuk persembahan artis dalam suasana yang lebih mesra penonton.

Sun & Sky Stage masih lagi dikekalkan sebagai pentas utama kepada penyanyi serta pemuzik antarabangsa yang terkenal serta artis tempatan yang telah established.

The Speedzone Interactive Tour pula menampilkan stimulator Formula 1 serta Motor GP menerusi suasana di kelab yang berbentuk futuristik bersama deejay yang handal memutarkan tune kegemaran.

Tidak terkecuali Silent Disco Arena yang memberikan satu pengalaman terbaru kepada pengunjung apabila tidak ada satu pun speaker diletakkan di kawasan tersebut.

Sebaliknya, pengunjung berpeluang mendengar pelbagai jenis genre lagu yang diputarkan oleh deejay menerusi 300 pasang headphones secara wireless.

Secara keseluruhan penganjuran festival muzik antarabangsa Sunburst KL 2009 anjuran Pineapple Concerts yang berlangsung di Polo Pavillion, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, berlangsung dengan jayakan.

Bahkan tidak keterlaluan dikatakan, konsert anjuran Celcom ini menampilkan persembahan lebih variasi dan terbaik berbanding tahun lalu.

Pentas Sky dikuasai persembahan kumpulan They Will Kill Us All yang bermula jam 2.45 petang, Dead Mushroom (3.45 petang), Russian Winters (4.45 petang), Nao (5.45 petang), Estranged (7 malam), Butterfingers (8.30 malam), N.E.R.D (10.15 malam) dan Twilight Action Girl (12.30 malam).

Manakala pentas Sun, menampilkan Projek Pistol yang membuat persembahan jam 3.15 petang, Meet Uncle Hussain (4.15 petang), Gerhana Ska Cinta (5.15 petang), Cosmic Kitchen (6.15 petang), Nidji (7.45 malam), Agrikulture (9.15 malam) dan Korn (11.30 malam).

Pentas Loud & Clear pula, menyaksikan persembahan dari Reza Salleh (2.30 petang), Juwita Suwito (3.30 petang), kumpulan Bunkface (4.30 petang), Sixx (5.30 petang), Green Love Muck Trendkill Oracle (6.45 petang), Arabyrd (8.45 malam), 39 Touch (8 malam), Naturally 7 (8.15 malam), Vandal (11.45 malam) dan Tubby (1.30 pagi).

Sementara Livesound dikuasai Aseana Percussion Unit yang melakukan persembahan pembukaan untuk keseluruhan majlis sekitar jam 2 petang, 21st Night (3 petang), Hujan (4 petang), Estrella (5 petang), The Otherside Orchestra (6.15 petang), Joe Flizzow (8.15 malam), Skye (9.15), Maliq And D’Essentials (11 malam) diikuti Anowl (12.30 malam) selaku penutup persembahan bagi pentas berkenaan.

Kehadiran, Maliq And D’Essentials dari Indonesia antara yang menjadi perhatian malam itu ekoran kehebatan muzik mereka yang menjadi buah mulut masyarakat Indonesia sehingga menular ke negara ini.

Satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi kumpulan indie yang memperkenalkan konsep organik yang menampilkan pelbagai genre muzik yang diperkemas kini menjadi muzik mereka.

Maliq And D’Essentials, yang hadir tanpa penyanyi wanitanya, Linda yang hamil lapan bulan, menyampaikan lapan lagu iaitu Kangan, Terdiam , Harus Bagaimana, Heaven, Free Ur Mine, Funk Flow dan Blow My Mind termasuk Dia duet bersama penyanyi genit dari Malaysia, Atilia.

Walau bagaimanapun, penganjuran Sunburst tidak pernah lekang dari kontroversi apabila persembahan kumpulan indie, Pesawat, yang sepatutnya beraksi di pentas Sun jam 2.15 petang dibatalkan tanpa sebab yang pasti.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro