Archive | Hannah Tan RSS feed for this section

Cari Nama Di Tokyo

2 Feb

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

DIA dianugerahkan dengan bakat, semangat dan wawasan yang seimbang dengan kecantikan diri. Dan, kerana wawasan yang ada pada dirinya juga, dia melangkah lebih jauh ke Tokyo Jepun, bagi mencari tapak di negara mata hari terbit pula.

Bukan untuk membina nama sebagai penyanyi, pelakon mahupun pengacara – tiga bidang yang memperkenalkan dirinya di kalangan peminat di negara sendiri. Sebaliknya Hannah Tan terbang ke Jepun untuk mencari pelantar melancarkan karier sebagai seorang usahawan.

Menyedari negara itu kini boleh dianggap pusat perkembangan teknologi digital, Hannah berhasrat melebarkan sayapnya dalam bidang pembekalan kandungan rancangan berkaitan teknologi terbabit. Begitu juga dia mahu mendedahkan bakat muda negara ini di negara itu, bagi menghebahkan dunia, Malaysia juga mampu melahirkan pakar dalam sesuatu bidang termasuk teknologi digital.

“Berilah saya tempoh lebih kurang setahun setengah untuk membina tapak di negara itu. Dalam tempoh berkenaan, saya harus menjelajah ke seluruh pelusuk Jepun bagi mengukuhkan perhubungan. Mungkin selepas lima tahun, barulah hasilnya kelihatan,” kata Hannah yang kembali ke tanah air kira-kira seminggu pertengahan Januari lalu bagi membantu adik perempuannya yang mula bekerja di ibu kota.

Kembali semula ke Jepun pada 21 Januari lalu, Hannah sempat berkongsi sedikit pengalaman yang dikutip sepanjang beberapa minggu menjejakkan kaki di situ.

“Tokyo kota yang bersih, selamat, mempunyai sistem pengangkutan yang cekap dan udaranya pula sungguh menyenangkan. Ia sebuah tempat yang memang sesuai untuk dihuni. Begitupun, masalahnya kini bagi saya ialah daripada segi bahasa. Kebanyakan penduduknya berkomunikasi dalam bahasa Jepun.

“Jadi, mahu tak mahu, kita kena faham bahasa mereka. Justeru, saya mendaftar di sebuah pusat pengajian bahasa berkenaan. Walaupun sukar, namun saya kena teruskan demi kemudahan pada masa depan.

“Sebenarnya, saya berasa seronok sangat pabila dapat pulang ke sini kerana kini bolehlah saya berkomunikasi dalam bahasa Melayu atau Inggeris seperti biasa,”ῠujar Hannah yang menyewa sebuah kediaman jenis studio di tengah-tengah kota berkenaan.

Pada umumnya, dia menyukai kota raya itu dek penduduknya yang dikatakan ramah serta budaya yang agak berbeza.

“Saya kagum dengan cara mereka bekerja. Seolah-olah, mereka melakukannya lima kali lebih pantas daripada apa yang dapat kita lakukan. Semuanya sungguh cekap sekali. Apabila menaiki bas pula, kita dilarang menggunakan telefon bimbit. Ia dibimbangi mengganggu ketenteraman penumpang lain,” katanya.

Menurutnya, Tokyo turut dipilih sebagai pangkalan kerana dia sendiri akan melancarkan jenama pakaiannya dalam masa lima atau 10 tahun dari sekarang. Ketika ini, Hannah sudah berjinak-jinak dalam bidang rekaan fesyen serta barangan perhiasan.

“Memanglah kota fesyen ketika ini ialah London, Milan dan New York, selain daripada Paris. Namun, Tokyo juga laju mencipta nama sebagai satu daripada lokasi fesyen terkemuka dunia. Justeru, sebagai pereka baru, baiklah saya bermula di Jepun sebelum melebarkan sayap ke kota lain pula,”ῠujarnya.

Tegas wanita ini, menyanyi memang menyeronokkan, tetapi dia lebih gemar mengembangkan bakatnya dalam beberapa bidang lain lagi. Dengan cara membina tapak di Jepun, dia bukan hanya mencabar dirinya untuk lebih berjaya sebagai usahawan, malah dia teringin memecahkan tembok budaya yang wujud di antara kedua-duanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Hannah berkata, sesuatu yang amat dikaguminya apabila berada di negara itu ialah sikap penduduknya yang mengagungkan barangan buatan sendiri.

“Seandainya orang Jepun menyukai produk keluaran sendiri, mengapa tidak suatu hari nanti kita rakyat Malaysia juga berbangga dengan produk tempatan? Itulah harapan saya, agar rakyat Malaysia dapat mengubah cara pemikiran mereka. Sebelum itu, kita sendiri haruslah melahirkan produk yang baik untuk kegunaan mereka.

“Saya sebagai anak Malaysia, sekadar ingin membantu mengembangkan lagi bakat yang dimiliki anak bangsa kita dengan mendedahkan mereka kepada cara bekerja di sana. Kita mempunyai ramai sekali bakat yang baik. Dengan adanya pertukaran kemahiran begini, satu hari nanti kita juga mampu melangkah maju dalam bidang teknologi,” katanya.

Menjadi impian Hannah sendiri untuk melihat generasi hari ini menjana bakat dan keupayaan yang ada pada mereka, demi kebaikan diri dan negara. Cuma, pelantarnya saja yang diperlukan mereka dan dia, sebagai sebahagian daripada generasi berkenaan sedaya mungkin membantu dengan menyediakan ruang itu apabila tiba masanya nanti.

Masih aktif bidang seni

MENYENTUH mengenai kerjaya seninya, penyanyi yang pernah tampil bersama album Crossing Bridges ini sebenarnya belum meletakkan titik noktah pada karier muzik, pengacaraan dan lakonan yang diceburi. Bahkan, usaha melahirkan album kedua sudah dimulakan wanita kacukan Cina-Kelabit kelahiran Pulau Pinang ini.

Ingin menerbitkannya dalam konsep yang lebih indie, album berkenaan bakal dihasilkan menerusi labelnya sendiri. Sebanyak lima lagu sudah pun dirakam Hannah, selain menyanyikan semula lagu Angel, petikan album sulung, yang kini dirakam dalam bahasa Melayu. Lagu yang diberi nama Indah itu dipromosikan Hannah di laman sesawangnya terlebih dulu, sebelum mengetengahkannya ke stesen radio.

Awal tahun ini, dia muncul dalam telefilem Melayu pertamanya sebagai teraju berjudul Bezanya Cinta, arahan Aziz M Osman. Kemudian, dia berlakon pula di sisi AC Mizal dan Harun Salim Bachik dalam filem terbitan KRU, My Spy. Filem yang diarahkan Afdlin Shauki itu turut dibintangi filem bercorak penyiasatan itu ialah Daphne Iking dan Carmen Soo.

“Dalam My Spy, saya berlakon sebagai ejen polis antarabangsa yang menyamar untuk menembusi sebuah kumpulan jahat,”ῠkata Hannah yang melakonkan sendiri babak pergaduhan membabitkan wataknya, berikutan aksinya yang tidak terlalu membahayakan.

INFO: Hannah Tan

HANNAH yang dilahirkan pada 25 Oktober 1981 mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Perkomputeran dan Sistem Maklumat daripada Universiti Lincolnshire & Humberside, United Kingdom / Kolej KDU Pulau Pinang.

DIA pernah dinobat sebagai wanita paling seksi FHM pada 2006, selain mewakili Malaysia pada Miss Global Petite World 2002. Pada pertandingan di Montreal itu, dia mendapat tempat ketiga.

SELAIN muncul sebagai penghias muka depan banyak majalah Inggeris tempatan, Hannah turut mengacarakan beberapa program televisyen termasuk What Women Want (8TV), Motorsports@Petronas (Astro Super Sports), Ringgit Sense (TV3), Girls’ Club (ntv7), dan Looking Good Feeling Good (ntv7).

ALBUM kedua artis ini dijangka menemui peminat sebelum berakhirnya 2009.

HANNAH mencatat perjalanannya ke Jepun untuk panduan mereka yang ingin mengembara ke negara mata hari terbit. Catatannya boleh diikuti menerusi laman web http://www.hannahtan.com.

Berita Harian

Hannah Bawa Diri Ke Jepun

17 Dec

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

HannaH bersama ibu bapanya, Daniel tan dan aran Ibuh.

Duta Animax Asia mahu mendalami kecanggihan teknologi hiburan di negara matahari terbit

SELAMAT tinggal Malaysia, selamat datang Jepun! Gambaran ini sesuai ditujukan kepada selebriti berdarah kacukan, Hannah Tan, 27, yang akan melebarkan sayapnya ke negara matahari terbit itu.

Bukan merajuk, jauh sekali membawa diri, namun secara rasminya, gadis kelahiran Georgetown, Pulau Pinang ini akan memulakan misinya bermula 10 Januari depan. Dia akan berada di sana kira-kira dua tahun.

Atas alasan mencabar diri, Tokyo dipilih sebagai destinasi ulungnya untuk mengembangkan kerjaya, meluaskan perniagaan dan pembangunan yang boleh dimanfaatkan sekembalinya ke Malaysia serta menjual koleksi pakaian dan aksesori miliknya.

Walaupun orangnya kecil molek dan pernah merangkul tempat ketiga Miss Global Petite World 2002 serta gelaran Miss Congeniality, cita-citanya bagaikan setinggi langit. Memberanikan diri ke sana dan dibantu rakan kongsi di Jepun yang diyakini keberkesanannya, hasrat Hannah ke sana mengejutkan ramai pihak, termasuk ahli keluarganya.

Pemergiannya ke sana untuk menimba dan berkongsi teknologi berdaya maju yang sering dipuji, Hannah ingin menjana kembali teknologi itu untuk kepentingan bersama di Malaysia terutamanya di dalam bidang hiburan contohnya seperti hiburan digital.


Hannah Tan

Selain itu, duta Animax Asia pilihan Sony Pictures ini ingin mencari kandungan baru di dalam bidang muzik, skrip filem yang mungkin boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun dan mencari pasaran baru di sana.

“Saya harus berkorban demi menggapai impian yang ingin dikecapi. Mungkin ada yang beranggapan kenapa saya perlu ke negara orang, sedangkan saya sudah selesa dengan persekitaran di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, dia juga sedang berusaha mempertajamkan sebutan bahasa Jepun. Ia mengambil masa enam bulan untuk saya menguasainya. Perasan teruja dan takut masih ada, tapi mahu atau tidak, saya kena memahami budaya dan bahasa orang Jepun, termasuk cara perniagaan mereka dijalankan dengan begitu pantas dan sistematik.

“Bukan mudah untuk menembusi pasaran di sana. Namun begitu, peluang di depan mata harus dimanfaatkan dan menjadi cabaran untuk saya memotivasikan diri. Keputusan saya untuk ke Jepun dilakukan sejak awal tahun ini ketika saya terbabit mengacarakan pertandingan Tokyo Drift.

“Saya akan lakukan sebaik mungkin untuk berjaya di sana. Ia bukan soal jaminan, sebaliknya saya betul-betul ingin melaksanakan apa yang dicita-cita ini,” katanya yang ditemui di restoran makanan Jepun, Somo di Mont Kiara, Kuala Lumpur sebagai simbolik mengenai hasratnya ke Jepun.

Ketika usia 16 tahun, Hannah mengakui yang dia sudah mula hidup berdikari. Kesusahan hidup keluarganya menyedarkan dirinya untuk berusaha keras memperbaiki kehidupan. Dia tidak sesekali menyalahkan takdir kerana berkat dorongan usaha, Hannah mula meniti kejayaan demi kejayaan.

Hasilnya ternyata sudah dapat dilihat apabila kesenangan yang diperolehinya kini turut dirasai kedua orang tuanya dan dua adik perempuannya, Gloria, 21 dan Victoria Joy Tan, 19.

Tahun ini juga memberi cabaran terbesar buat dirinya kerana duit simpanan pernah hampir kosong. Berbekalkan hanya RM3,000 dia mula mengorak langkah menubuhkan syarikat sendiri. Situasi ini cukup mengajarnya erti kehidupan sekali gus mematangkan dirinya.

“Situasi adik saya yang cemerlang di dalam peperiksaan, namun gagal mendapatkan biasiswa untuk menyambung belajar, menguatkan semangat saya untuk membantu mereka selagi termampu. Saya pernah susah, tapi tidak sanggup melihat adik saya mengalami nasib yang sama. Lalu, tidak salah saya bekerja keras demi sebuah kesempurnaan dan kebahagiaan diri orang tersayang.

“Apabila dikenang kembali saya hampir berputus asa dengan kehidupan ini apabila melalui pelbagai dugaan yang cukup memeritkan hinggakan baki simpanan di dalam bank mula berkurangan. Namun, dengan tekad dan bantuan orang terdekat sewaktu saya susah, saya bangun kembali demi meneruskan kehidupan mendatang,” katanya.

INFO: Hannah Tan

Mempunyai syarikat sendiri, Making The Different Sdn Bhd.

Sedang dalam proses menghasilkan album kedua yang dijangka di pasarkan tahun depan.

Menjadikan Zang Toi, Datuk Jimmy Choo, Datuk Michelle Yeoh dan Nicole David sebagai inspirasi yang membuktikan bakat Malaysia boleh menempa nama di negara orang.

Memanggil peminatnya sebagai keluarga online dan menurut Hannah mereka boleh berkomunikasi dengannya di http://www.hannahtan.com. Dia juga akan memperkemaskan segala aktiviti dan muat turun gambar dan fesyennya ketika berada di Jepun untuk tatapan pengunjung laman webnya.

Sudah merakamkan lagu pertama yang dinyanyikan di dalam bahasa Melayu diberi judul Indah dan diterbitkan Reymee Innuendo. Lagu itu dicipta sendiri oleh Hannah dalam lirik asal bahasa Inggeris menggunakan judul Angel. Lagu ini boleh dimuat turun secara percuma di laman web yang sama.

Pernah menganjurkan bengkel H-Factor Nationwide Creative Youth 2008 pada Oktober hingga November lalu di empat buah negeri, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Bengkel ini turut menampilkan personaliti dan selebriti seperti Hans Isaac, Harith Iskander, Serena C, Reymee dan ramai lagi berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka masing-masing kepada golongan remaja. Menurut Hannah, besar kemungkinan bengkel khidmat masyarakat yang sama akan dipanjangkan pada 2009. Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web: http://www.h-factor.info.

Pernah dilantik Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) menjadi duta untuk Kongres Teknologi Maklumat Dunia (WCIT) 2008 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Mei lalu.

PROFIL: Hannah Tan

Nama Penuh: Hannah Tan

Umur: 27 tahun

Tarikh Lahir: 25 Oktober 1981

Asal: Georgetown, Pulau Pinang

Kerjaya: Pelakon, Model, Penyanyi, Komposer dan Pengacara

Keturunan: Cina – Kelabit

Taraf Pendidikan: BSc (Hons) Sains Perkomputeran dan Sistem Maklumat (University Of Lincolnshire & Humberside UK) Diploma Lanjutan Pengajian Komputer (Kolej KDU Pulau Pinang/NCC UK) Diploma Teacher’s Level Grade 5 dari Yamaha Music Japan (Piano)

Drama: Sketches, Gol & Gincu dan Bezanya Cinta

Iklan Komersial: Maybelline, Nescafe, McDonalds, Lux, Panasonic, Digi dan Maxis

Program TV: Ringgit Sense (TV3), Girls Club (ntv7) Looking Good Feeling Good (ntv7), What Women Want (8TV) dan Motorsports@ Petronas (Astro Super Sports)

Album: Crossing Bridges (album pertama)

Pencapaian Terbaik: Tempat ketiga Miss Global Petite World 2002 (memenangi gelaran Miss Congeniality).

Berita Harian

Ratu Tarian Pole

20 Nov


PARA peserta pertandingan tarian pole bergambar dengan panel hakim.

INTERPRETASI nafas segar selepas menikmati Clorets New Dark Secret mini pudina yang diterjemahkan ke dalam pertandingan tarian Pole Amatur Clorets, berakhir apabila 15 peserta bertarung dalam pusingan akhir di ZOUK Club, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memperoleh tuah pusingan akhir, Lili Ussaraporn Kosin telah dinobatkan sebagai ratu tarian pole selepas menjuarai pertandingan sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan keahlian Celebrity Fitness selama setahun bernilai RM3,000.

Tempat kedua diraih oleh Sam @ Yee Mei Er yang menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan keahlian Celebrity Fitness untuk sembilan bulan bernilai RM2,500. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Auto @ Andrew Tan yang menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan keahlian Celebrity Fitness selama enam bulan bernilai RM1,500.

Menurut kenyataan Clorets, Lili berjaya mencuri perhatian hakim dengan persembahan hebat yang melayakkannya mendapat markah paling tinggi, manakala Sam menyusul di tempat kedua dengan persembahan yang diiringi muzik pink panther, diikuti Auto yang mengejutkan semua orang dengan persembahan tarian pole bertema wushu untuk merebut tempat ketiga. Markah diberi berasaskan keupayaan teknikal dan interpretasi seni setiap peserta.


LILI USSARAPORN KOSIN

Antara anggota panel hakim ialah Pengarah Urusan, Cadbury Confectionery Malaysia, Blair Sailes; Pengurus Besar, Carat Interactive, David Ho; Ketua Pegawai Eksekutif Salina & Associates PR, Selina Yeop Junior; Pengarah Kreatif Eksekutif, McCann-Erickson (Malaysia) Sdn. Bhd., Lee Szu Hung dan Perunding & Jurulatih, Viva Vertical, Vivian Lea.

Peminat dan pengikut setia tarian pole juga dihiburkan dengan persembahan tarian pole yang dinanti-nantikan oleh penyanyi dan penulis lagu Hannah Tan, deejay Mix FM Pietro Felix dan pasukan jurulatih dan para pelajar Viva Vertical. Selebriti undangan Harith Iskandar, Sasi the Don dan Ben Ibrahim turut menghangatkan suasana dengan gaya tarian pole masing-masing apabila mereka naik ke pentas untuk sesi permainan.

“Clorets berbangga menganjurkan acara menarik seperti ini. Persembahan mereka pasti hebat kerana kesemua 15 peserta ini mempunyai latar belakang yang berlainan. Mereka membawa sentuhan keunikan masing-masing ke dalam pertandingan. Setiap seorang daripada mereka memperlihatkan gaya keanggunan dan kesenian, kreativiti, dan keupayaan teknikal. Mereka sudah menetapkan tanda aras yang tinggi untuk pertandingan akan datang,” jelas Pengurus Kanan Jenama Cadbury, Claire Dominic.

Pusingan akhir pertandingan ini diilhamkan daripada idea bagaimana kesegaran nafas mencetuskan keinginan orang lain untuk melakukan perkara ‘nakal’ untuk anda. Ia juga menandakan penghujung perjalanan yang menarik bagi 15 peserta tersebut.

Penaja acara adalah Celebrity Fitness, Viva Vertical dan Snips.

Clorets Dark Secret adalah tambahan terbaru kepada rangkaian Clorets. Ia adalah gula-gula yang memberi kesegaran nafas dan asalnya dilancarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1951 sebagai gula-gula getah penyegar nafas. Dirumus dengan klorofil, ia direka untuk meneutralkan bau makanan, minuman dan rokok. Jenis gula-gula Clorets termasuk Clorets Orange Mints, Clorets Ocean Mints, dan Clorets Cool Mints.

Kosmo

Atiqa's Talent Spotted At Workshop

3 Nov

Tan Pei Jian (left) from Help College University taking part in the workshop yesterday

KUALA LUMPUR: Film producer and actor Hans Isaac found a gem during the “H” Factor Nationwide Creative Youth Workshop.

The gem is 14-year-old Atiqa Ashiqin. Hans was impressed with her talent and spirit.

He offered her a role in his new TV series, Klon Teja.

Atiqah was discovered at the workshop held in Penang on Oct 13.

“She impressed me when she did some impromptu acting with me.”
Hans revealed Atiqah’s discovery to 500 participants at the Kuala Lumpur workshop yesterday.

The workshop, held nationwide, is the brainchild of singer and television host Hannah Tan. Its other venues were Johor Baru and Kota Kinabalu.

Hannah came up with the workshop because she noticed, from her own experience, that there was no avenue for locals to learn about creative content in Malaysia.

Besides Hans, the other facilitators were comedian Harith Iskandar, MixFM’s Serena C and Pietro Felix, Reymee of Innuendo, Fellast Yan of Wild Stream Productions, which is a Kuala Lumpur-based dance company, Joey Khor from Hue Visualab and magician David Lai.

New Straits Times

People: Magic Of Living Your Dreams

22 Oct

Young magician DAVID LAI KEAT CHIANG intends to tell the world magic has far more to offer than outdated tricks and a hard living.

“I WAS first intrigued by magic as a child. But then again, which child hasn’t been fascinated by a floating bill or the sight of a woman being sawn in half?

But magic, to me, was more than just a curiosity. It stimulated my mind… and frustrated me at times. Most importantly, magic entertained me.

So I decided to learn the trade.

I started with children’s tricks, which you can find at toy shops, but lost interest after a while. At 15, though, I suddenly realised that magic could give me an advantage over the handsome hunks in getting the girls. So I took it up again.
I brushed up on my sleight of hand and soon progressed to mentalism, a subdivision of magic using the human mind. In lay people’s terms, I’m called a mind magician. I deal with subliminal messages, suggestions, persuasion and memory, and script it all to put together an entertaining show.

These days, I perform mostly at corporate events, hitting the five-figure target monthly. My clients now range from politicians (including the current

Magic of living your

Young magician DAVID LAI KEAT CHIANG intends to tell the world magic has far more to offer than outdated tricks and a hard living.

dreamsand former Prime Ministers) to local and international celebrities, and even royalty.

Two years ago, I met Hannah Tan at an event in Malacca. It was a college prom event that she was hosting and we were both seated at the main table. I introduced myself and gave her my card and she asked, “What on earth is a mentalist?”

The next thing we knew, we were hanging out at a mamak shop. Hannah strikes me as a pretty down-to-earth person. I’d say Hannah is the most down-to-earth celebrity I have met.

We became friends and met on numerous projects. Hannah has been helping me in my career by getting me corporate shows from her contacts.

A few months ago, she shared with me an idea called the “H” Factor, a nationwide youth creative workshop for Malaysian youths (16 to 25 years of age) which will aim to discover their creative inclinations in fields such as comedy, TV hosting and dancing.

I liked the idea very much. I’m the most junior of the “H” Factor bunch which includes celebrities such as Harith Iskander, Hans Isaac, Fellest Yan and Serena C.

In Malaysia, if any child goes up to his parents and says that he wants to become an artiste, his parents will try to knock some sense into him. The child will be told to study hard, get a good job and live a good life.

What happened to passion? What happened to living a happy life? What happened to chasing your dreams?

Some people think that you can’t survive on the income of a local entertainer. Not true. I make a good living from performing corporate shows.

Another stigma has to do with drugs, excessive drinking and partying, and sex scandals. This is an exaggerated generalisation. Although there are some who indulge in vice, many celebrities set good examples, such as Hannah.

So what can I bring to “H” Factor?

Hannah has asked me to perform during a tour. I’ll be presenting a short stage show and giving memory demonstrations, like how to improve the memory.

Besides entertaining participants with mentalism, I also want to tell them how important it is to follow their dreams. Education is important. If you like math, by all means, do something related to it.

I suffered for five years trying to obtain a civil engineering degree. I survived but I wasn’t happy. Those years were some of the worst years of my life.

I also want to teach teenagers how to expand a unique skill. You can’t learn mentalism from a book. That’s like learning how to act or sing by reading a book. I want to share my experience: how I started from scratch to get to where I am today.

Lastly, I want to change the perception people have about local magicians.

When you say “magician”, the first image people have is of a guy in a cheap tuxedo pulling a rabbit from a hat. I want to bring a sense of class to the art so magicians and mentalists get the respect they deserve.

I enjoy what I do and am making a good living. Life can get better, not just for me but for other young people as well.

The next round of the “H” Factor workshop will be this Sunday in Kota Kinabalu. For details, call Jessica at 019-356-1111 or log on to http://www.h-factor.info.”

New Straits Times

Pertandingan Tarian Tiang

23 Aug

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

BAGI yang pertama kali melihat tarian tiang, mungkin berpendapat bahawa ia adalah satu tarian erotik serta lucah dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Namun, jika diteliti, ia bukan saja termasuk dalam jenis tarian malah dianggap senaman mudah untuk kesihatan badan.

Menyedari hakikat itu, jenama pembersih nafas, Clorets, mengadakan pertandingan Tarian Tiang Amatur Clorets Dark Secret, terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas, baru-baru ini.

Pertandingan berkenaan diadakan bagi menobatkan juara yang menepati ciri diperlukan iaitu penuh keyakinan, dinamik, kreatif dan tahan lasak.

Pengurus Kanan Jenama Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, Claire Dominic, berkata daripada 75 penyertaan diterima, pihaknya menyenarai pendek 15 peserta untuk ke tahap pertama berdasarkan kriteria tertentu seperti rutin tarian, kejelasan gerakan badan, aspek teknikal koreografi, keyakinan serta ciri artistik untuk ke peringkat akhir pada 5 September depan.

“Daripada 15 peserta ini, lapan peserta akan dipilih ke peringkat kedua. Kami akan memilih juara berdasarkan aspek teknikal, artistik dan persembahan,” katanya pada majlis pengenalan peserta akhir pertandingan berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan keahlian Celebrity Fitness selama setahun bernilai RM3,000 manakala naib juara akan menerima wang tunai RM3,000 berserta keahlian Celebrity Fitness selama sembilan bulan bernilai RM2,500.

Tempat ketiga mendapat hadiah wang tunai RM2,000 serta keahlian Celebrity Fitness selama enam bulan bernilai RM1,500.

Hadir sama pada majlis berkenaan, penyanyi dan penulis lirik, Hannah Tan serta Deejay Mix FM, Pietro Felix.

Peserta, Isaac Wong Zing Loong, 19, berkata dirinya sudah sebati dengan tarian manakala minatnya lebih cenderung kepada tarian hip hop.

Dia begitu teruja untuk beraksi di pertandingan akhir yang akan diadakan di kelab Zouk, Kuala Lumpur, dan giat menjalani latihan bagi memantapkan lagi persembahannya.

Katanya, tarian berkenaan sesuai untuk lelaki dan wanita kerana ia adalah sebahagian daripada senaman menyihatkan.

“Saya sedar, ramai yang berpendapat tarian ini agak lucah tetapi jika diteliti, ia seperti senaman untuk kecergasan badan yang lain,” katanya.

Harian Metro

Suki Klon Miley Cyrus?

9 Jul

Oleh FERIDE HIKMET ATAK


SAYA tak tiru Hannah Tan tau.

SEKALI pandang wajahnya persis Hannah Tan. Dengan rambut panjang mengurai berwarna perang, imejnya jauh berbeza berbanding di awal kemunculan menjadi juara One In A Million (OIAM).

Low Sook Yee atau Suki kini tampak lebih matang dan yakin. Seolah-olah dia menunjukkan dirinya tahu dengan apa yang diinginkan dalam karier seninya.

Bimbang disalah tafsir mengenai imej barunya itu, seperti tahu dengan apa yang ingin ditanya, pantas sahaja Suki berkata: “Saya tak tiru Hannah Tan tau. Ini semua secara kebetulan.

“Monkey Bone (syarikat rakaman) menyediakan seorang perunding imej yang bertauliah untuk memberikan tunjuk ajar dan latihan penjagaan serta gaya bagi imej terbaru saya.

“Lagipun saya mahu tonjolkan diri saya yang sebenar. Inilah saya, gadis berambut perang yang ‘sporty’. Saya rasa saya telah mencapai satu peringkat lain sebagai seorang artis. “

Personalitinya ternyata berbeza. Bukan ke arah keburukan, tetapi lihatlah, penyanyi ini petah berbicara ketika ditemubual selepas pelancaran album, pertamanya, Finally/Akhirnya dan langsung tidak menunjukkan seperti ‘budak lepas sekolah’.


BERDUET dengan orang kuat Monkey Bone, Ahmad Izham.

Namun selepas mendengar beberapa lagu-lagu barunya seperti Don’t, Ku Teruskan, Rock With Me dan Tak Pernah Berubah, sekali lagi Suki disamakan pula dengan penyanyi popular Miley Cyrus.

Rentak melodinya persis penyanyi remaja popular itu. Mungkin kerana genre yang dibawakan Suki, lagu mereka kelihatan lebih kurang sama.

Ditanya mengenai lagu-lagunya yang banyak persamaan antaranya dan Miley, gadis kelahiran Negeri Sembilan ini tidak melatah. Malah dia bangga disamakan dengan selebriti popular itu.

“Album saya bergenre pop rock dan sama juga dengan Miley. Mungkin sebab kami membawa muzik yang sama dan lebih kepada muzik dance, menyebabkan saya disamakan dengannya.

“Apa pun, saya suka kalau disamakan dengan Miley. Bukan senang untuk disamakan dengan artis-artis hebat Hollywood,” tuturnya berterus terang.

Cipta lagu sendiri

Penantian selama 18 bulan untuk menyiapkan album bukanlah satu jangka masa yang pendek. Dan kerana itu, albumnya diberi nama Finally/Akhirnya.


SUKI mahu berjaya dalam seni dan pelajaran.

Jangka masa itu digunakan sebaik yang mungkin. Bukan sekadar rakaman studio semata-mata, Suki juga diaturkan untuk menghadiri pelbagai kelas seperti vokal, komunikasi dan tarian.

“Memang jangka masa untuk menyiapkan album ini sangat panjang. Bukannya apa, cuma saya mahu ‘produk’ ini yang terbaik dan berkualiti tinggi. Biarlah lambat, asalkan hasilnya puas.

“Selain itu juga, pelbagai kelas intensif yang harus saya ikuti. Lebih-lebih lagi, lagu-lagu saya banyak memerlukan tarian dan sebab itulah saya perlu membuat latihan dan juga latihan kecerdasan di gim agar tidak penat ketika menyanyi,” ujarnya.

Uniknya dalam album ini, Suki menggunakan khidmat penerbit yang masing-masing mempunyai sentuhan tersendiri seperti Anton Morgan, Audi Mok, Greg Henderson, Kieren Kuek, Luke Mason, Nine Ruffedge, Paul Moss dan Zaf VE.

Menarik lagi, Suki tidak melepaskan pembikinan album 100 peratus kepada penerbitnya sahaja. Malah dia diberi peluang untuk mencipta lagunya sendiri iaitu Hidup Ini.

“Pada mulanya saya mahu jadikan ia sebuah lagu Inggeris tetapi Ahmad Izham (Pengarah Urusan Monkey Bone) mencadangkan agar ia dikekalkan sebagai lagu Bahasa Melayu.

“Selain itu saya juga merupakan penulis lirik bersama untuk lagu Tak Sama dan Ku Teruskan.

“Semua ini kerana Ahmad Izham, yang memberi kebenaran kepada saya untuk melibatkan diri dalam pembikinan keseluruhan album pertama saya,” tuturnya.

Tetap akan sambung belajar

Biarpun giat menyusun masa depannya dalam bidang seni, gadis ini tidak pernah pun lupa tentang perancangan membina kehidupan peribadinya dengan sempurna.


TURUT berbakat sebagai penulis lirik.

Setelah tamat sekolah menengah, Suki terpaksa menumpukan perhatian untuk kerjaya seninya yang masih lagi mentah. Namun, perkataan pelajaran, tidak pernah dilupakan langsung.

“Saya memang mempunyai keinginan ini, tetapi sentiasa sibuk dengan karier seni saya.

“Lagipun, takkan saya nak biarkan peluang terlepas dengan begitu sahaja. Ditambah pula pihak Monkey Bone telah mengaturkan segala perjalanan seni saya. Sudah tentu saya tidak akan mengecilkan hati mereka.

“Saya suka belajar dan juga sayangkan kerjaya saya. Jadi buat masa ini biarlah saya fokus pada kerjaya saya dulu dan akan meneruskan pengajian bila berpeluang berbuat demikian.” kata Suki bersungguh-sungguh.

Teringin ke dunia lakonan

Selepas menempa kejayaan dalam sesuatu bidang, biasanya seseorang artis pasti akan terjun ke bidang lain pula untuk mengembangkan sayap bakatnya.

Sama juga dengan Suki. Dia sebenarnya mempunyai impian untuk bergelar pelakon suatu hari ini.

“Saya bukannya tamak. Cuma gemar mencuba benda yang baru. Tetapi buat sementara ini, saya mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam nyanyian dahulu.

“Kemudian, saya harap akan mendapat peluang untuk cuba ke bidang lakonan pula. Dan juga diberi peluang oleh Monkey Bone untuk saya menghadiri kelas-kelas lakonan tidak lama lagi,” jelasnya.

Kosmo

Hip Trendy Untuk Gadis Maybelline

21 Aug

SATU kemestian untuk wanita berias ke mana saja baik ke pejabat, bersantai mahupun berpesta. Tidak kira apa usianya daripada muda hingga ke berumur, semua ingin kelihatan cantik dan berseri-seri.

Bukan sekadar mitos, solekan sememangnya mampu memperbaiki penampilan diri dan pada masa yang sama memberi keyakinan untuk diri sendiri.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan gaya solekan yang terbaik bagi wajah anda tentu memerlukan teknik bersolek yang betul.

Nah, bagi anda yang muda dan lincah, produk Maybelline New York ingin berkongsi gaya terkini mereka dengan anda.

Jurusolek Celebrity, Stevensunny mencipta gaya hip dan trendy untuk celebrity Hannah Tan yang sesuai dengan gayanya yang muda dan lincah.

Bagi melahirkan gaya itu Stevensunny menggunakan produk terbaru Maybelline yang terdiri daripada penggaris bibir hingga ke pengilat bibir yang tampil dengan warna yang menawan.

Sambil menunjukkan cara Stevensunny turut menyediakan beberapa tips untuk menjadikan solekan itu lebih senang dan cantik.

Muka

Tentu saja cara terbaik untuk bersolek adalah memastikan wajah anda bersih. Terlebih dahulu anda disyorkan membersih, menyegarkan dan melembap wajah. Ia akan menjadikan solekan lebih sempurna.

Kemudian mulakan solekan dengan menggunakan bedak asas atau bedak asas kompak. Penggunaan bedak asas tersebut sememangnya menjadikan wajah kelihatan segar dan rata kerana celaan seperti bintik-bintik hitam dapat disembunyikan.

Untuk gaya terbaru itu, Stevensunny menggunakan bedak Clear Smooth Two Way Foundation yang mudah disapukan pada kulit.

Pemilihan bedak asas juga memainkan peranan, gunakan warna yang sedikit cerah daripada kulit wajah. Untuk Hannah, Stevensunny menggunakan kod warna 25.

Terlebih dahulu jika anda mempunyai masalah celaan yang terus seperti lingkaran bawah mata yang buruk, penggunaan concealer adalah perlu.

Mata

Untuk gaya hip dan trendy itu Stevensunny memilih warna hangat yang garang dan senada bagi menyerlahkan wajah Hannah.

Pewarna mata Colorwear Trio daripada kod warna Sweet Pink Candy menjadi pilihan.

Pilihan warna merah jambu dengan warna beige yang berkilau dapat dijadikan highlight membesarkan mata dan menjadikan ia galak.

Warna yang cerah sesuai disapukan pada bahagian luar mata. Sementara yang gelap pula pada bahagian kelopak mata.

Selain itu buatlah highlight pada bawah kening mata untuk menjadikan ia galak. Menggaris mata dengan celak atau pensil warna mampu menjadikan mata kelihatan lebih tajam dan galak.

Untuk gaya Maybelline, Stevensunny menggunakan Auto Eye Liner daripada kod warna beige brown yang mudah digunakan. Langkah terakhir tentulah menggunakan maskara dan Mascara XXL Volume & Lenght dengan kod Very Black menjadikan mata Hannah lebih tajam dan galak.

Gunakan pelentik mata untuk menjadikan bulu mata lebih melentik. Sementara itu butiran pewarna mata yang berjatuhan di kelopak bawah mata dan pipi.

Cara terbaik untuk mengatasinya adalah sapukan terlebih dahulu bawah mata dengan bedak serbuk ataupun gunakan concealer untuk menghilangkan celaan tersebut.

Pipi

Pemakaian pemerah pipi dapat diandaikan sebagai penting dalam solekan kerana ia dapat memberi kesegaran pada wajah.

Pemerah pipi berwarna merah jambu paling sesuai digunakan untuk apa saja suasana. Untuk Hannah, Stevensunny memilih pemerah pipi terbaru Maybelline, Brush Blush daripada kod warna Rose yang dapat menyerikan wajah.

Setiap sapuan dilakukan daripada tulang pipi hingga ke telinga.

Bibir

Tentu saja proses yang akhir adalah bibir.

Untuk melengkapkan gaya Hannah yang ceria dan menggoda itu Stevensunny memilih gincu bibir Forever Starlite dan Auto Lipliner, Rose Pink.

Sementara sapuan Watershine Gloss, Berry Shiny menjadikan bibir Hannah kelihatan lebih mungil dan seksi. Cara aplikasi gincu bibir juga memainkan peranan dalam mencipta bibir yang seksi dan penuh seperti idaman ramai.

Aplikasi yang sempurna dan ditambah pula dengan produk yang tepat tentu mampu menjadikan bibir kelihatan menarik.

Walau bagaimanapun setiap kali mengaplikasikan gincu bibir kesan terlebih yang mencomotkan akan mudah terjadi. Cara terbaik untuk mengatasi perkara itu adalah menggunakan penggaris bibir atau lipliner.

Fungsi lipliner bukan hanya menggaris bibir namun memastikan warna lipstik di bibir tahan lama. Jika anda memilih warna nude yang sesuai dengan warna lipstik garis bibir itu tidak akan terlalu nyata.

Untuk bibir yang tipis garislah tepat di garis bibir agar ia kelihatan lebih penuh. Untuk pelembapan tambahan gunakan pengilat bibir untuk kesan bibir lebih seksi.

Agar lipstik dapat tahan lebih lama, aplikasikan sedikit bedak pada bibir.

Powered by Utusan Malaysia