Archive | Mangga Online RSS feed for this section

Al Fatihah : Faizal Yusof Meninggal Dunia

1 Jan

Ditulis oleh Nonie
  
Tatkala kita bergema melaung kegembiraan menyambut tahun baru yang tiba, ada yang meratapi kehilangan insan tersayang.

Pelakon Faizal Yusop meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Islam pada pukul 1.45 tengah hari ini kerana serangan jantung.

Faizal, 33, meninggalkan seorang balu, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang hamil lima bulan dan anak sulung Mohd. Rayyan Nakhaie, 3, hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Nordiana.

Menurut abang arwah, Shaipul Yusop, Faizal jatuh di bilik air sekitar pukul 9.00 pagi ini dan mula tidak sedarkan diri.

Mereka kemudian membawanya ke Pusrawi dan terus ke Unit Rawatan Rapi.

“Arwah sempat menatap wajah anak sulungnya yang dibawa oleh bekas isteri, Siti Nurdiana pagi tadi,” kata Shaipul.

Janazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves pada pukul 10.00 pagi esok.

Juadah akhir

Malam tadi arwah sempat menjamu keluarganya makan malam di Restoran Sekincan Ikan Bakar, Taman Setiawangsa. Jamuan itu sebagai meraikan kedatangan tahun baru.

Sementara itu Siti Nordiana atau Nana mula berasa kelainan pada bekas suaminya itu yang mula bercakap perkara yang pelik.

“Dua minggu lalu arwah menelefon saya untuk bercakap dengan anak kami. Saya membuat aplikasi pembesar suara.

“Dia pesan kepada anak kami supaya menjaga saya dengan baik.

“Saya rasa lain macam bila dia berpesan kepada anak saya macam itu. Rupa-rupanya dia nak menginggalkan kami,” kata Nana ketika ditemui di Pusrawi petang ini.

Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dirahmati Allah SWT. Al Fatihah.

Mangga Online

GEMURUH DT Gempak Tapi …

29 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
Tak dapat dinafikan, kumpulan rock lagenda ini sememangnya menakjubkan. Walau usia semakin dimamah masa, namun semangat perjuangan mereka masih padu dan utuh. Surf Beach Sunway Lagoon menjadi saksi kehebatan Search dan Wings beraksi.

Segalanya sempurna melihat persembahan di atas pentas. Ribuan peminat memenuhi tapak konsert bersatu menyanyikan lagu-lagu popular seperti Fantasia Bulan madu, Isi Atau Kuku, Sejati dan Gemuruh. Lagu medley seperti Rozana, Semalam Yang Hangat, Gadisku, Taman Rashidah Utama, Misteri Mimpi Syakila dan Meniti Titian Usang turut disampaikan.

Bangga ManggaOnline (MO) nyatakan konsert artis antarabangsa seperti Ne-Yo dan Akon juga tidak seramai ribuan peminat yang memenuhi Konsert Gemuruh Double Trouble (DT) di Sunway Lagoon.

Namun dalam ketakjuban ini terselit rasa kesal dengan pihak penganjur yang begitu bangga menguar-uarkan penglibatan mereka dalam konsert rock lagenda ini. Masakan tidak, konsert yang sepatutnya menjadi penutup GEMURUH DT tidak dilengkapi dengan sistem penataan bunyi yang baik. Malah pentas dibina pada ketinggian sekadar tiga kaki menyukarkan penonton di bahagian belakang menyaksikan persembahan idola mereka secara langsung.

Konsert sebegini tidak sepatutnya diberikan kepada Search dan Wings yang merupakan lagenda rock tanah air. Namun Search dan Wings tetap memberikan kerjasama dan persembahan terbaik buat peminat. GEMURUH DT di Sunway Lagoon hanyalah penutup tirai untuk tahun ini dan akan diteruskan pada tahun hadapan di Singapura dan Sarawak.

Bagi Awie, kebangkitan semula Wings dan Search bermula pada Konsert Double Trouble di Mont Kiara, Kuala Lumpur dan berterusan seiring dengan jelajah Konsert DT.

“Kenangan paling indah adalah sewaktu pembukaan konsert dan hari ini di Sunway Lagoon. Dan bagi saya crowd di Kuala Lumpur yang terbaik dan paling sporting. Tahun depan kami akan teruskan lagi dengan Konsert Red On Black dan Wings akan beraksi di Istana Budaya tahun depan,” katanya.

MO kongsikan bersama foto-foto Konsert GEMURUH DT bagi yang tidak berpeluang menontonnya.

FOTO oleh AMIN FARIJ HASAN

Mangga Online

Apabila DAMPING MALAM Sentiasa Menghantui

29 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
Berhati-hati kerana manusia tidak mampu mengambil alih tugas tuhan. Itulah mesej yang cuba disampaikan pengarah Ahmad Idham dalam filem terbaru arahannya, Damping Malam. Turut sama terlibat sebagai barisan pelakon utama, Idham cuba menerapkan elemen seram dalam drama keluarga ini.

“Banyak sangat filem remaja yang saya arahkan dan saya tak nampak di mana watak yang boleh saya pegang di dalamnya. Damping Malam menampilkan filem keluarga dengan elemen seram dan watak Wadi menarik perhatian saya untuk muncul semula dalam layar,” ujarnya.

Filem yang menelan kos RM1.8 juta ini membariskan Amy Mastura, Erynne Erynna, Azizah Mahzan dan Eizlan Yusof.

Damping Malam mengisahkan Wadi (Ahmad Idham) dan isterinya, Ku Khalira (Amy Mastura) dengan kehidupan serba moden dan terbuka. Mereka dikurniakan seorang anak yang kini berusia 13 tahun, Nuraiza (Erynne Erynna) yang terpaksa tinggal berjauhan setelah diterima masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan Wadi tetapi mendatangkan kebimbangan buat Ku Khalira kerana tidak pernah berpisah dengan anak kesayangannya.

Kehidupan Nuraiza di asrama sering diganggu makhluk halus dan mendatangkan trauma kepada dirinya. Dia tidak pernah diajar doa atau ayat melindungi diri maka Nuraiza jadi tidak menentu dan gangguan itu berterusan. Ku Khalira mengesyaki Umi Siah (Azizah Mahzan) ada muslihat dan gangguan yang datang kepada anak dan rumahnya disebabkan niat jahat Umi Siah.

Keanehan di rumahnya mula dirasai Wadi apabila Ustaz Bakri (Eizlan Yusof) terasa unsur negatif di dalamnya dan menasihatkan Wadi membanyakkan solat dan amalan agama. Wadi mula menyedari apa yang selama ini tersembunyi daripada penglihatannya. Saksikan kesudahannya bermula 30 Disember ini di pawagam seluruh negara.

FOTO IHSAN MIG

Sein Nafi Pihak Ketiga Punca Perceraian

28 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
Punca perceraian dengan bekas isterinya masih diperkata sehingga kini. Ada pihak mendakwa orang ketiga menyebabkan juara Sehati Berdansa musim ketiga ini berpisah. Namun tidak adil sekiranya membuat andaian berdasarkan kata-kata kosong.

ManggaOnline (MO) cuba mendapatkan penjelasan Sein berhubung masalah yang menimpa kehidupannya kini sewaktu ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2010.

Jelas Sein, hubungannya dengan Nana masih berjalan lancar walau selepas bercerai. Mengakui kehidupannya kini sunyi tanpa anak dan isteri disisi, namun itulah jalan yang dipilih selepas kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk keluar daripada kediaman mereka dan duduk berasingan.

“Memang sunyi sekarang ini tapi saya sibukkan diri dengan bekerja. Buat masa sekarang saya sedang usahakan skrip untuk filem pertama syarikat produksi saya.

“Kalau ada masa terluang, saya akan berjumpa anak-anak dan syukur hubungan dengan Nana masih lagi baik. Kami berpisah atas sebab tiada persefahaman. Tiada sebab lain. Pakaian saya hari ini pun Nana yang pilihkan.

“Saya hairan bagaimana orang boleh berkata ada pihak ketiga. Kalaulah betul saya ada kekasih lain, pasti perceraian kami akan berlaku dengan teruk sekali. So tak logiklah kalau ada orang ketiga.

“Memang kasihan dengan anak-anak, namun mungkin sampai sini jodoh kami. Dan bagi saya perceraian ini tak ada kena mengena langsung dengan badi Sehati Berdansa,” ujarnya yang baru menamatkan pengajian di London School Film.

Sein dan Nana mendirikan rumah tanggan pada Julai 2006 dan dikurniakan dua cahayamata iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

FOTO oleh NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Mangga Online

Kami Rapat Tapi Tak Bercinta

26 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
Pasangan sejoli ini seperti belangkas. Jika ada majlis keraian, ManggaOnline (MO) lihat pasti kelibat keduanya akan bersama. Bunga-bunga kemesraan terpancar dalam hubungan mereka. Zizan Raja Lawak sering ditemani si jelitawan Juliana Evans, namun status mereka masih belum pasti. Sudahkah Zizan berjaya menawan sang bunga?

Mengakui hatinya cair dengan kejelitaan sang gadis yang lebih selesa di sapa Jue, namun katanya hubungan mereka masih lagi dalam peringkat perkenalan.

“Kami mula rapat waktu berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng. Memang senang ngam dengan Jue sebab dia chill dan tak hipokrit. Siapa tak cair tengok Jue, dia seorang yang sangat cantik dan terbuka berbincang apa sahaja.

“Kalau betul saya ada girlfriend, saya tak akan keluar terang-terangan begini. Saya lebih suka hal peribadi dirahsiakan.

“Buat masa sekarang kami masih kekal sebagai kawan dan saya belum bersedia untuk ada teman buat masa ini,” kata Zizan yang tidak menolak jika ditakdirkan bercinta dengan Jue.

Tidak adil sekiranya MO hanya meminta pandangan jejaka akan hubungan rapat ini. Jue tersenyum lebar ketika diminta pandangan mengenai Zizan. Mengakui sedang berkawan rapat, namun katanya tidak mungkin mereka akan bercinta.

“Kami memang rapat dan selalu keluar lepak bersama. Jue suka berkawan dengan Zizan sebab dia memang seorang yang semulajadi kelakar, bukan hanya di dalam televisyen.

“Kami selalu kongsi masalah dan dia akan beri nasihat. Waktu itu dia akan serius tapi selalunya dia akan hiburkan Jue dengan lawaknya.

“Tapi Jue tak boleh melihat Zizan lebih daripada kawan. Tak tahulah akan datang nanti macam mana,” ujar bekas kekasih Sam Bunkface ini.

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2010

25 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
Anugerah Skrin 2010 telahpun melabuhkan tirainya sebentar tadi. Bagi yang tidak sempat menyaksikan siaran langsung, ManggaOnline (MO) senaraikan barisan pemenang anugerah tersohor ini.

Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2010 Episod 10

Lakon Layar Terbaik Filem – Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Drama Komedi Terbaik – Simpang 3

Lakon TV Terbaik – Antara Garisan (Shahrul Ezad Abidin)

Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Isma Yusoof (Antara Garisan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Fazura (Pisau Cukur)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)

Rancangan Bual Bicara Terbaik – RTM Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu

Laporan Khas / Berita Terbaik – Aduan Rakyat Berbumbung Langit

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Astro Prima : Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi)

Videografi Terbaik – Datang Bulan

Pelakon Wanita Terbaik Filem – Sharifah Amani (Muallaf)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Bront Palare (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik Drama – Noorkhiriah (Antara Garisan)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pengarah Terbaik Filem – Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pengarah Terbaik Drama – Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 24

Anugerah Yasmin Ahmad – Shaheizy Sam

Drama Rantaian Terbaik – Nur Kasih

Filem Terbaik – Muallaf

Drama Terbaik – Antara Garisan

Mangga Online