Archive | Sleeq RSS feed for this section

Sleeq Di Kampung Bahasa Nus

26 May

OlehMunirah Saini

SEKUMPULAN mahasiswa dari Universiti Nasional Singapura (NUS) bakal menganjurkan kem bahasa, Perkampungan Bahasa 2008, bulan depan bagi pelajar memanfaatkan percutian sekolah mereka.

Bertemakan Lensa dari Penjuru Melayu: Membongkar Akar, Menjunjung Budaya, Melestarikan Bahasa, kem ini bertujuan menyediakan wadah untuk para peserta memperkaya dan memperteguh penguasaan bahasa Melayu di samping menonjolkan daya kreativiti tersendiri.

Buat julung-julung kalinya, Perkampungan Bahasa 2008 bakal menerapkan kaedah pembelajaran melalui penggunaan peralatan digital.

Para peserta dapat mengasah bahasa Melayu mereka dan menunjukkan bakat serta daya kreativiti mereka melalui perancangan dan rakaman temu bual.

Peserta juga berpeluang untuk berinteraksi bersama salah sebuah kumpulan setempat yang memenangi Anugerah Planet Muzik (APM), Sleeq.

Bagi memastikan peserta meraih manfaat daripada perkhemahan ini, bengkel-bengkel interaktif akan diadakan.

Para peserta diberi peluang untuk melengkapi diri dengan kemahiran penyampaian berkesan dan penggunaan bahasa yang tepat.

Tetamu terhormat bagi hari terakhir kem ini ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Encik Hawazi Daipi.

Justeru kami ingin mengundang pelajar menengah satu, dua dan tiga untuk turut serta dalam kem ini.

Butiran lanjut mengenainya ialah seperti berikut:

Tempat: Universiti Nasional Singapura

Bila: 9 hingga 11 Jun 2008

Peserta: Pelajar menengah 1, 2 atau 3

Bayaran: $30 setiap peserta

Sekiranya anda berminat, sila daftarkan diri dengan menghantar butiran lanjut menerusi perkampunganbahasa2008@yahoo.com.sg atau telefon Munirah di talian 9734-4287.

Untuk keterangan lanjut, lungsuri laman www. akudeta.com

Powered by Cyberita

Singapore Idols Score Trophies At Anugerah Planet Musik Awards

22 Apr

Taufik Batisah and Hady Mirza continued their reign as two of the country’s biggest stars.

Both Singapore Idol winners scored trophies for the Most Popular Act in Singapore category at the Anugerah Planet Muzik (APM) awards in Kuala Lumpur on Sunday.

Organised by MediaCorp radio stations Ria 89.7FM and Warna 94.2FM, the awards ceremony – now in its eighth year – saw some of the biggest stars in the Malay music scene from Malaysia, Indonesia and Singapore battle it out at the Kuala Lumpur Convention Centre.

Though none of the Singaporean acts won regional awards, they were grateful to showcase their talent at the show, which was expected to draw some 160 million television viewers across the region.

Said Taufik: “APM allows us to show that despite being a small market, Singapore has got a lot of talent.”

The 26-year-old winner of the inaugural Singapore Idol in 2004 scored eight nominations the most this year including regional categories such as Most Popular Song, Best Male Artiste and Most Popular Male Artiste.

He ended the night with three awards: Most Popular Act in Singapore, Most Popular Song (Singapore), and Best Act (Singapore). The award for Most Popular Act in Singapore was also shared with his Idol successor Hady and hip-hop act Sleeq.

Local band Cradle’s track Ayu won the Best Song (Singapore) award. The top regional awards were won by Malaysians Siti Nurhaliza (Most Popular Female Artiste), Faizal Tahir (Most Popular Male Artiste), Anuar Zain (Best Male Artiste) and Indonesia’s Kris Dayanti (Best Female Artiste).

A delayed telecast of the show will be broadcast on MediaCorp TV’s Suria channel this Saturday at 9pm. –

Powered by Channel News Asia

APM 2007 Didominasi Artis Malaysia

11 Jun

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

MESKIPUN pada tahun ini Malaysia hanya menghantar 66 pencalonan untuk Anugerah Planet Muzik 2007 (APM 2007) berbanding 274 penyertaan daripada Indonesia, namun angka yang sedikit itu tidak mengecewakan.

Sebaliknya, negara yang sebelum ini sering “kemarau” trofi kerana dibolot oleh artis dari Indonesia, pada APM 2007 yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, Jumaat lalu membuktikan bahawa artis Malaysia masih berkualiti.

Sebelum ini artis tempatan yang sering digelar jaguh kampung kerap kali tewas kepada artis dari negara seberang terutamanya dalam kategori yang menyentuh soal kualiti berbanding populariti.

Bagaimanapun APM 2007, negara memperoleh lapan anugerah termasuk empat kategori terbaik dan empat lagi bagi kategori popular daripada 12 kategori yang dicalonkan.

Sementara artis Indonesia hanya memperolehi tiga anugerah daripada kategori terbaik iaitu menerusi Letto untuk Duo/Kumpulan Baru Terbaik), Dewa 19 (Duo/Kumpulan Terbaik) dan Samsons (Album Terbaik) daripada album Naluri Lelaki.

Kejayaan

Manakala pihak tuan rumah pula memperoleh satu anugerah menerusi kejayaan tunggal Imran Ajmain bagi kategori Artis Lelaki Baru Terbaik.

Boleh dikatakan APM 2007 adalah milik Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 28, kerana dia berjaya memperoleh tiga anugerah berbanding rakan artis lain.

Siti yang ditemani suami, Datuk Khalid Muhd. Jiwa pada majlis APM berjaya meraih kemenangan menerusi kategori Artis Wanita Terbaik, Lagu Terbaik (Biarlah Rahsia) dan Artis Wanita Paling Popular yang dipegangnya sejak tujuh tahun berturut-turut.

Kemenangan Siti untuk Artis Wanita Paling Popular yang dipilih berdasarkan pilihan peminat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia itu membuktikan bahawa status isteri bukan penghalang untuknya terus diminati.

Untuk kategori ini, Siti berjaya mengatasi Ella, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Rossa, Kris Dayanti dan Acha Septriasa.

“Kejayaan ini (Artis Wanita Paling Popular) kerana peminat-peminat tidak pernah berhenti menyokong Siti. Begitu juga dengan kejayaan lagu Biarlah Rahsia yang dicipta oleh Melly Goeslaw.

“Kejayaan ini terus memberi semangat pada Siti untuk menghasilkan produk yang lebih baik di bawah produksi Siti Nurhaliza Production (SNP). Semoga kita akan terus bekerjasama dengan negara luar untuk memperkayakan seni tanah air,” katanya yang turut mengadakan persembahan bersama Gita Gunawan dan Taufik Batisah.

Sementara Mawi yang baru kali kedua menyertai APM turut membawa pulang trofi untuk kategori Artis Lelaki Paling Popular dan Lagu Paling Popular (Kian).

Mawi yang menganggap kemenangannya itu ibarat mimpi akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada peminat-peminat yang banyak menyokongnya selama ini.

“Lagu Kian amat bermakna kepada saya dan kerana pilihan peminat maka lagu itu berjaya. Demi peminat-peminat yang tidak jemu-jemu menyokong saya akan berusaha menjadi lebih baik lagi,” katanya terus terang.

Bagi komposer dan penyanyi M.Nasir yang meraih kejayaan menerusi kategori Artis Lelaki Terbaik berkata, dia tidak pernah menganggap dirinya yang terbaik. Lagipun pembabitannya dalam bidang seni adalah untuk berkarya.

Begitu juga dengan Noryn Aziz yang memenangi kategori Artis Wanita Baru Terbaik menerusi album Alam Maya.

Noryn yang turut mengadakan persembahan menerusi lagu Lara menganggap kemenangannya itu sebagai pendorong untuknya terus berkarya dalam bidang seni suara.

Sementara kumpulan Sofaz yang tidak hadir pada acara yang bertujuan memberi penghargaan kepada penggiat seni Malaysia, Indonesia dan Singapura itu turut dipilih memenangi anugerah kategori Duo/Kumpulan Paling Popular.

Pada majlis itu juga buat julung kalinya, APM memperkenalkan Anugerah Cinta Planet Muzik yang diberikan kepada Zainal Abidin kerana sumbangannya kepada masyarakat menerusi seni dan Anugerah Khas Planet Muzik untuk Kris Dayanti.

Bagaimanapun, APM yang dikendalikan oleh Aznil Nawawi (Malaysia), Fiqa (Indonesia), Suhaimi dan Fiza O (Singapura) ternyata belum mampu membuat penonton terpaku di kaca TV untuk menonton acara yang disiarkan secara langsung itu hingga tamat.

Meskipun kali ini pengacara kurang berceloteh berbanding tahun-tahun sebelum ini namun gabungan artis yang mengadakan persembahan kurang menarik.

Memang bagus penganjur menyatukan penyanyi ternama dengan baru tapi biarlah kena dengan konsepnya.

Pemenang-pemenang Anugerah Planet Muzik 2007

– Album Terbaik – Naluri Lelaki (Samsons)

– Lagu Terbaik – Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza)

– Artis Lelaki Terbaik – M.Nasir

– Artis Wanita Terbaik – Siti Nurhaliza

– Duo/Kumpulan Terbaik – Dewa 19

– Duo/Kumpulan Baru Terbaik – Letto

– Artis Baru Lelaki Terbaik – Imran Ajmain

– Artis Baru Wanita Terbaik – Noryn Aziz

– Artis Lelaki Paling Popular – Mawi

– Artis Wanita Paling Popular – Siti Nurhaliza

– Duo/Kumpulan Paling Popular – Sofaz

– Lagu Paling Popular – Kian (Mawi)

– Anugerah Cinta Planet Muzik – Zainal Abidin

– Anugerah Khas Planet Muzik – Kris Dayanti

Kategori Artis Singapura

– Lagu Singapura Paling Popular – Dambaan (Didicazli), Usah Lepaskan (Taufik Batisah) dan Merpati – (Hady Mirza)

– Artis Singapura Paling Popular – Taufik Batisah, Hady Mirza dan Kumpulan

Sleeq

– Lagu Terbaik Singapura – Usah Lepaskan (Taufik Batisah)

– Artis Terbaik Singapura – Imran Ajmain

– Album Terbaik Singapura – Konspirasi Dunia (Bhumiband)

Powered by Utusan Malaysia