Archive | Jackie Chan RSS feed for this section

Fragmen: Memasarkan Produk TV Tempatan Ke Luar Negara

22 Apr

zainuri@bharian.com.my

FILEM Shinjuku Incident lakonan Jackie Chan dan diarahkan oleh Derek Yong bukanlah sekadar filem kalau diamati apa yang tersirat dalam ceritanya. Filem yang berlatarkan bandar Shinjuku, Jepun ini adalah memaparkan kehidupan sekumpulan pendatang tanpa izin dari China. Terdapat beberapa nilai positif yang boleh dipelajari dari filem ini. Antaranya, betapa pentingnya bersatu padu untuk menjadi kukuh dalam menghadapi cabaran.

Paling penting, harus ada kesedaran iaitu masuk kandang harimau mengaum, di kandang kambing mengembek. Filem ini juga mendedahkan petualang kehancuran sesebuah masyarakat (mungkin negara atau bangsa) datangnya dari dalam, dari bangsanya sendiri.

Selain filem Shinjuku Incident ini, pada hujung minggu yang lalu kita menonton beberapa dokumentari yang di saluran Discovery (Astro 551) dan History (Astro555) yang hampir semuanya memaparkan budaya dan sejarah negara Timur.

Pada Sabtu lalu, saluran History memaparkan dokumentari bertajuk End Empired yang memaparkan kejatuhan Empayar British apabila seluruh Malaya dan Singapura berjaya di tawan oleh Jepun.

Dan, pada Isnin lepas saluran yang sama juga menyiarkan dokumentari yang tidak kurang menariknya bertajuk Declassified yang memaparkan China di bawah dasar Revolusi Budaya pimpinan Mao Zedong. Apa yang menarik menerusi dokumentari ini ialah betapa Mao menggunakan elemen budaya untuk sebagai alat propaganda. Ini termasuklah menerusi menerusi filem dan pentas apabila setiap babak digambarkan dengan kesediaan rakyatnya untuk mengangkat senjata.

Namun, begitu dua dokumentari yang agak menarik disiarkan menerusi saluran Discovery ialah mengenai perkembangan industri perfileman di Korea Selatan. Satu lagi ialah mengenai pelakon dan penyanyi antarabangsa Korea iaitu Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-hun. Kita selalu digembar-gemburkan dengan kehebatan industri perfileman atau pelakon Bollywood tetapi tanpa disedari, karyawan filem dan ahli akademi Barat lebih berminat untuk mengkaji perkembangan filem di Asia Timur, terutama Korea.

Selama satu jam, dokumentari dalam saluran Discovery ini khusus memaparkan kehebatan Rain, bukan saja menjadi idola pop terkenal di Korea tetapi popularitinya menjangkau hingga ke Hollywood. Bayangkan pada usia 24 tahun, anak muda ini pernah diundang menjadi tetamu untuk CNN dan menghiasi kulit majalah Times.

Dokumentari Gateaway Asia – Korea pula secara khusus memaparkan kebangkitan Gelombang Korea dalam industri perfileman dan penerbitan program TV. Apa yang menarik Gelombang Korea ini bermula ketika rakyat Korea menghadapi krisis ekonomi pada tahun 90-an.

Rakyat Korea melihat erti patriotik dalam sudut yang lebih luas. Patriotik terhadap negara bagi mereka bukan sekadar mengangkat senjata di medan perang.

Bersatu padu menghadapi krisis ekonomi juga dianggap sebagai sifat patriotik bagi rakyat Korea. Kini selepas 20 tahun, Gelombang Korea membuatkan industri perfilemannya menjana pendapatan kepada negara Korea bernilai RM1.8 bilion setahun.

Ia cukup mengagumkan pemerhati dan pengkritik filem Barat. Pengkritik filem terkenal dari India, Aruna Vasudev yang ditemubual dalam dokumentari ini turut mengakui industri filem Korea lebih baik dan sebenarnya lebih besar serta sangat berpengaruh bukan saja di Asia Timur dan Asia Tenggara tetapi juga di Eropah dan Amerika.

Ahli akademi dari Goldsmith University of England, Profesor Chris Berry yang mengkaji dan meneliti perkembangan industri perfileman Korea mengakui Gelombang Korea adalah hasil keazaman rakyat dan kerajaan negara itu untuk mengeksploitasi seni dan budaya sebagai komoditi.

Katanya, walaupun industri filem dan program TV di Korea sudah diterima oleh banyak negara di dunia, tetapi nilai budayanya tetap terpelihara. Mereka tidak perlu mengubah bahasa dan beberapa cara hidup yang menjadi amalan seharian bangsa Korea.

Dalam hal seperti ini, bagaimana pula dengan industri perfileman dan TV di Malaysia? Tidak seperti di Korea yang mendapat sokongan padu dan tanpa berbelah bagi dari kerajaan, lain pula di tempat kita.

Memanglah sejak akhir-akhir ini kerajaan sudah mula menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengkarya tempatan. Namun, semua kemudahan yang ada seolah-olah masih tidak cukup. Akhirnya pengkarya dalam penerbitan filem atau TV terus minta dan meminta-minta.

Stesen TV kita juga kebanyakannya menghasilkan drama bersiri atau telenovela yang berbentuk jangka pendek iaitu sekitar 16 hingga 23 episod. Bilangan episod yang pendek ini pula kurang sesuai untuk dieksport.

Ini kerana bagi pasaran eksport, syarikat pengimport kebiasaannya memerlukan drama bersiri sekurang-kurangnya 50 hingga 60 episod. Lihatlah saja bagaimana drama dari Indonesia seperti Bawang Putih Bawang Merah yang jumlahnya lebih 100 episod.

Mengambil pengalaman program TV dari Jepun, Korea, Thailand dan Indonesia, apa yang jelas penggunaan bahasa ibunda bukanlah masalah besar untuk mengeksport karya mereka. Apa yang diperlukan ialah cerita menarik dan mempunyai jaringan pemasaran yang baik.

Penggabungan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan Kementerian Penerangan yang kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan diharap dapat membantu menyerlahkan lagi drama dan program TV tempatan ke pasaran antarabangsa. Di Korea, kementerian ini juga yang berusaha keras untuk mengangkat dan memartabatkan bukan saja filem tetapi juga budaya Korea sama ada untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Berita Harian

Guna Disco Worms Kukuhkan Nama

21 Apr

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

Norman tetapkan tiga tahun sebagai sasaran untuk edar lebih banyak filem antarabangsa

BARANGKALI jumlah cetakan agak kecil – 19 cetakan di seluruh Malaysia ditambah dua lagi di Brunei, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim yakin pengedaran Sunshine Barry & The Disco Worms atau Disco Worms menjadi perintis untuk memperkukuhkan nama mereka di peringkat antarabangsa.

Percaya dengan potensi besar yang dimiliki filem animasi dari Denmark arahan Thomas Borch-Nielsen itu, Norman menetapkan tiga tahun sebagai sasaran untuk mengedarkan lebih banyak filem antarabangsa sebelum menerbitkan sendiri produksi bahasa asing.

Norman turut melihat pengedaran filem daripada pengarah yang pernah memenangi antaranya Anugerah Filem Fantasi di Festival Antarabangsa Brussels, Festival Robert dan beberapa pengiktirafan lain sekitar Eropah sebagai batu loncatan untuk mengukir langkah lebih serius di peringkat dunia.

“Usaha ini antara proses untuk memperkenal dan mengukuhkan jenama KRU di negara luar kerana kami terpaksa bersaing dengan pelbagai syarikat lain sebelum memperoleh kepercayaan untuk mengedarkan filem ini.

“Ia tidak mudah dilakukan kerana banyak risiko lain yang perlu kami hadapi. Tambahan pula penayangan Disco Worms tidak tertakluk di bawah Skim Wajib Tayang selain terpaksa bersaing dengan judul besar lain seperti Fast & Furious 4 dan pelbagai lagi.

“Percubaan ini agak mencabar dan kerana itu kami tidak mahu meletakkan sasaran yang terlalu tinggi. Apa yang penting kami berusaha menawarkan lebih banyak pilihan judul kepada penonton dan pada masa sama, memperluaskan genre animasi kepada khalayak tempatan.

“Ia bertepatan dengan hasrat KRU Studios untuk menerbitkan lebih banyak filem animasi, terutama dalam bahasa Inggeris untuk memperluaskan skop penonton kami,” katanya.

Norman juga positif pengedaran filem berbahasa Inggeris dapat membantu memperkemaskan langkah mereka dalam menggapai sasaran jangka masa panjang.

Kesungguhan itu katanya, turut membawa tenaga produksi KRU Studios ke India bagi mempelajari karya animasi di negara itu dalam usaha mereka untuk menerbitkan animasi terbaru yang dijangka ditayangkan tahun depan.

Usaha itu secara tidak langsung membantu meletakkan nama KRU Studios pada kedudukan selesa. Di samping itu, kata Norman, kerjasama antara dua negara ini turut membantu memperkayakan kemahiran tenaga kerja tempatan.

Ini kerana KRU Studios bercita-cita untuk menghasilkan lebih banyak filem animasi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Untuk mencapai sasaran itu, mereka tidak boleh terus mengharap kepada tenaga kerja tempatan lalu terpaksa mempelajarinya daripada produksi luar untuk mempercepatkan proses pembikinan.

“India terutama di Hyderabad dan Mumbai memiliki ramai tenaga pakar yang mahir dalam penghasilan filem animasi malah khidmat mereka pernah disalurkan dalam produksi terbitan nama besar pembikin filem dunia.

“Daripada kerjasama ini, kami berharap dapat melatih tenaga kerja tempatan di samping menambah kepakaran jika ingin menjadi pemain yang dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya.

Norman berkata, KRU Studios juga semakin serius dalam memperkayakan katalog mereka apabila bakal tampil dengan sebuah filem epik aksi diadaptasi dari Hikayat Merong Mahawangsa.

Bakal memulakan penggambaran sekitar Jun ini dengan pelakon utama, Stephen Rahman-Hughes, filem itu katanya, akan membabitkan tenaga kerja dari pelbagai negara termasuk United Kingdom, Sweden dan Hong Kong.

Apa yang istimewa kata Norman, filem itu juga bakal mendapat khidmat pengarah seni mempertahankan diri yang pernah menyumbang keringatnya dalam produksi Jackie Chan.

“Mahu atau tidak kita perlu akur akan hakikat pembabitan komponen luar sangat penting untuk meletakkan diri dalam posisi sebagai pemain utama filem di rantau ini,” katanya.

Norman berkata, KRU Studios mampu menarik nafas lega apabila filem terbitan mereka, Cicak-Man diterima meluas malah akan dipasarkan dalam bentuk video di Perancis dan Thailand.

Penerimaan itu, katanya, memberi keyakinan kepada mereka untuk terus melangkah dan semakin kreatif mencipta elemen filem bernuansa universal supaya lebih mudah diterima.

“Usaha itu akan lebih mudah jika diterbitkan dalam bahasa Inggeris, berbanding mempromosikan filem yang berwajah Asia.

“Bukan merendahkan produksi di rantau ini tetapi itu antara cabaran yang terpaksa kita hadapi. Apatah lagi, nama Malaysia agak asing di dunia apabila menyentuh soal pembikinan filem.

“Kami serius untuk memajukan industri filem tempatan, malah berusaha memperbanyakkan penerbitan hingga mampu menjangkau sehingga 12 produksi setahun. Ia tidak mudah terutama bagi kami yang bergerak sebagai penerbit bebas,” katanya.

Sinopsis Sunshine Barry & The Disco Worms

FILEM Disco Worms menceritakan mengenai seekor cacing tanah muda bernama Barry yang bosan dengan kehidupannya sebagai serangga. Di dalam sarang penempatan serangga, cacing adalah golongan yang ditindas dan dipandang rendah oleh spesies serangga lain dan satu-satunya harapan dalam kerjaya mereka hanya menjadi pengurus kelas tengah dalam industri penghasilan baja yang dianggap sebagai kerjaya yang membosankan.

Pada suatu hari, Barry terlanggar sekeping piring hitam yang memuatkan lagu disko lama. Sebaik saja terdengar muzik itu seperti mengalir ke dalam susuk badannya. Tanpa disedari, Barry mula menggoyangkan badannya mengikut aliran rentak muzik tanpa dikawal dan terus menari.

Sejak itu, muncul semangat baru kepada Barry untuk menubuhkan sebuah kumpulan Boogie yang diiringi Donna – pemain drum, Jimmy – pemain gitar, Gloria – vokalis, Tito – pemain bass dan Barry – pemain keyboard dan juga penyanyi utama. Mereka menggelarkan kumpulan ini sebagai Sunshine Barry And The Disco Worms.

Barry mengambil bahagian dalam pertandingan lagu yang ditayangkan secara langsung di seluruh penempatan serangga. Pelbagai halangan terpaksa diharungi Barry dan kumpulannya sehingga mereka tertangkap untuk dijadikan umpan pemancing.

Berita Harian

Jackie Chan Risau Kebebasan Melampau

20 Apr

HONG KONG: Kebebasan politik keterlaluan boleh menyebabkan kekacauan ‘seperti di Taiwan,’ kata legenda filem aksi Hong Kong, Jackie Chan, kepada penonton China, menyebabkan pihak tertentu mengkritik balas ulasan aktor itu, semalam.

Chan yang dikenali kerana filem seni mempertahankan diri komedi, memberitahu pertemuan tahunan pemimpin kerajaan dan ahli perniagaan bahawa China perlu berhati-hati untuk memberi terlalu banyak kebebasan, lapor Sunday Morning Post.

“Saya tidak tahu sama ada lebih baik memiliki kebebasan atau tidak bebas. Dengan kebebasan keterlaluan, ia boleh menyebabkan kekacauan, boleh menjadi seperti Taiwan.

“Saya semakin berasa kita rakyat China perlu dikawal. Jika tidak, kita akan lakukan apa saja yang kita mahu,” katanya pada Forum Boao bagi Asia. – AFP/AP

Berita Harian

Babak Ranjang Pertama Jackie Chan

14 Apr

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my

JACKIE CHAN dan Daniel Wu berbogel bersama? Membaca kenyataan tersebut, mungkin peminat Jackie Chan gusar apakah pelakon aksi Hong Kong pujaan mereka itu sudah beralih selera seksnya?

Jangan gusar, Jackie sememangnya seorang heteroseksual. Dia dan Daniel berbogel cuma dalam satu babak filem terbaru mereka, Shinjuku Incident.

Namun, mungkin pula ada peminat kedua-dua pelakon popular Hong Kong itu cuak adakah filem itu berkisar mengenai golongan gay, sementelah Daniel sendiri pernah melakonkan watak gay menerusi filem Bishonen (1998)?

Sebenarnya Shinjuku Incident mencatatkan banyak sejarah tersendiri buat Jackie. Jika selama ini, dia sentiasa tampil dengan aksi-aksi lasak sebagai hero yang membanteras jenayah dengan gabungan elemen komedi, namun menerusi Shinjuku Incident, Jackie tampil sangat berbeza.

Dalam filem genre drama berat itu, Jackie menampilkan sisi lakonannya yang berbeza, yang mungkin bakal membuatkan segelintir peminatnya memberikan respons negatif. Kali ini, dia melakonkan watak lelaki dari kampung yang tidak mahir dengan seni kung fu.

Mengunjungi Malaysia untuk mempromosikan filem itu bersama Daniel baru-baru ini, Jackie bagaimanapun mahu audiens terutama peminat fanatiknya menerima perubahan itu.

Jackie mengakui semasa dia di Jepun baru-baru ini, ada kalangan peminat yang berjumpa dengannya sambil menangis. Kenapa agaknya?

“Sudah lama saya ingin berubah (dalam filem lakonan saya). Pertama kali menjadi orang jahat dari kampung, saya kena pukul sehingga mati. Memang ramai boleh menerima perubahan itu tetapi semasa di Jepun ada segelintir peminat yang sedih melihat saya dipukul dan mati,” ujarnya.

Sering mengunjungi Malaysia, Jackie sebenarnya bergegas dari Singapura pada awal pagi untuk ke Kuala Lumpur sebelum terbang ke Beijing, China bagi meneruskan rakaman filem terbarunya, Junior Soldiers. Filem itu kembali menampilkan diri Jackie Chan yang ‘lama’.

Meneruskan bicara mengenai Shinjuku Incident, tambah Jackie, dia bukan sahaja mencuba pembaharuan dari segi watak, malah menerusi filem itu dia buat pertama kalinya muncul dalam babak ranjang di atas katil.

Babak itu bagaimanapun tidak akan dapat ditonton oleh penonton Malaysia. Namun, Jackie sedikit pun tidak berasa kecewa.

“Setiap negara ada peraturannya sendiri. Bagi penonton Amerika Syarikat pula, filem seperti ini adalah biasa kepada mereka. Babak saya berbogel dengan Daniel di bilik mandi awam juga tidak dapat ditonton di pawagam-pawagam Malaysia.

“Saya percaya pengarah memasukkan babak sebegitu bukannya disebabkan unsur lucah tetapi atas keperluan skrip. Maka, saya tidak kecewa apabila babak itu disunting,” jawabnya sambil diperhatikan Daniel.

Tidak ditayangkan di China

Menelan kos AS$25 juta (RM87 juta), pengarah Shinjuku Incident, Derek Yee telah mengambil keputusan untuk melepaskan pasaran China kerana tidak mahu ‘memusnahkan’ filem itu dengan menyunting semua babak-babak aksi kejam. Malah, keputusan itu disambut baik pelakonnya termasuk Jackie.

“Selepas berbincang dengan Derek, kami membuat keputusan untuk melepaskan pasaran China.

“Apabila semua babak aksi, seks dan dadah disunting, ia tidak kelihatan seperti sebuah filem lagi. Ini akan membuat penonton lain berfikir ia sebuah filem yang teruk. Jadi kami mengekalkan versi asal sebagai satu penghormatan kepada pengarah,” jelasnya.


SELAIN berbogel, Jackie dan Daniel turut sama-sama menangis dalam filem Shinjuku Incident.

Menggabungkan bakat dari Hong Kong, China dan Jepun, filem itu dirakamkan di Jepun, Suzhou dan Changchun, China. Jackie yang sudah biasa bertindak sebagai pelakon, pengarah, penerbit, penulis serta penyelaras aksi lagak ngeri dalam satu filem juga ‘dipaksa’ untuk memberi fokus sebagai aktor sahaja dalam Shinjuku Incident.

“Sebelum penggambaran bermula, saya sudah berjanji dengan pengarah bahawa saya tidak akan tukar dialog atau terlibat dalam penyelarasan aksi.

“Saya tidak boleh memberi sebarang komen atau menyunting. Ia sebenarnya amat sukar bagi saya tetapi saya menghormati kehendak pengarah,” jelasnya.

Derek sudah membuat penyelidikan selama 10 tahun dan filem itu sepatutnya memulakan penggambaran pada Mei 2006. Namun, disebabkan Jackie yang sibuk dengan penggambaran filem Rush Hour 3, penggambaran ditangguhkan sehingga September 2007.

“Sebenarnya 15 tahun lalu, Derek sudah menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan saya. Tetapi ketika itu dia mahu saya berlakon dalam filem yang tidak mengandungi lagak ngeri.

“Maka, saya tidak bersetuju. Kini disebabkan mahu perubahan, saya terus bersetuju. Lagipun saya mempercayai Derek sehingga sanggup melakukan perubahan besar,” tegasnya.


DANIEL turut meraikan hari jadi ke-56 Jackie.

Menyukai babak dia memotong tangan seorang ahli kongsi gelap dan saat dia menangis ketika berkongsi kesakitan yang dialami watak lakonan Daniel,Jie, Jackie memberitahu hanya untuk babak itu sahaja dia telah menangis lebih setengah jam. Namun, disebabkan faktor masa, banyak babak yang menarik terpaksa dipendekkan.

Penonton di Malaysia juga tidak berpeluang menyaksikan babak terakhir apabila Xu Jinglei (lakonan Xiu Xiu) dan Fan Bingbing (Lily) pulang ke China. “Sebelum memulakan rakaman, saya membuatkan diri saya berada dalam keadaan tertekan.

“Apabila saya duduk di sisi Daniel yang sedang berbaring, saya terus menangis apabila melihat dia menangis. Malah sehingga pengarah menghentikan penggambaran, saya dan Daniel masih lagi menangis. Selain daripada menangis, ada beberapa babak yang menarik juga terpaksa dipendekkan kerana faktor masa,” jelas Jackie.

Tidak mahu terus terkongkong dalam filem-filem popularnya seperti siri Rush Hour dan Police Story, Jackie menyatakan filem-filem begini tidak lagi memberikan perasaan teruja kepadanya walaupun masih diminati penonton. Maka cerita mengenai pendatang haram itu sendiri telah menarik perhatian Jackie.

“Di Shijuku itu sendiri ada pendatang dari China, Taiwan, Vietnam, Kemboja dan beberapa negara Asia. Tapi kami cuma bercerita dari segi orang Cina. Ramai di antara mereka ditipu bahawa bekerja di negara luar bakal menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Mesej yang kami ingin sampaikan adalah tiada negara yang lebih baik daripada negara sendiri,” katanya yang turut diberi sambutan hari jadi ke-54 secara kejutan pada majlis sidang media itu.

Daniel matang di sisi Jackie

Sudah lama tidak melawat Malaysia, Daniel memberitahu penggambaran kali ini tidak mudah baginya. Kali ketiga bekerjasama dengan Jackie, lakonan Daniel dilihat lebih matang dan mengejutkan ramai pihak.


JACKIE dan Daniel sudah tiga kali bergandingan di layar perak, tetapi menerusi Shinjuku Incident hubungan antara watak lakonan mereka lebih intim.

Melakonkan watak sebagai seorang pengecut dia kemudian menjadi lelaki psiko.

Peralihan watak yang drastik itu dilihat sebagai satu pengembaraan kepada Daniel. Merupakan pendatang haram dari China ke Jepun, Daniel telah menggunakan masa lebih empat bulan untuk menjiwai watak Jie.

Malah, pihak krew juga telah menggunakan masa yang agak lama bagi mencipta imej yang bersesuaian bagi dirinya sebagai lelaki psiko. Mula mencari identiti di Hong Kong, pereka kostum dan solekan kemudian mendapati apa yang mereka cipta sebelum itu tidak menepati budaya Jepun.

“Setibanya di Jepun, kami terkejut melihat perkembangan budaya Jepun. Apa yang dipakai adalah ekstrem dan tidak dapat dilihat di negara lain. Maka, imej saya diubah sama sekali. Imej Harajuku itu adalah simbolik sebagai topeng untuk saya melindungi perasaan takut saya,” ujarnya.

Pertama kali bekerjasama dengan krew Jepun, Daniel pernah belajar di Jepun pada usia 16 tahun. Namun, ketika itu dia tidak mengetahui begitu banyak mengenai pendatang asing terutama masyarakat China di Jepun.

“Rupa-rupanya ramai orang China di Jepun. Mereka kelihatan seperti orang Jepun tetapi berkomunikasi dalam Mandarin. Saya terkejut apabila melihat komuniti itu di sana,” kata Daniel, 34.

Meminati Jackie sejak kecil, Daniel menjadi artis di bawah syarikat Jackie, JC Group sekitar tahun 1998. Hubungan rapat mereka terjalin sehingga kini dan Jackie menganggap Daniel sebagai anaknya.


PERUBAHAN. Shinjuku Incident menampilkan sisi lain lakonan Jackie Chan.

Perubahan yang dilakukan oleh Jackie dalam filem ini sendiri telah menarik perhatian Daniel.

“Secara jujur, ini adalah kali pertama saya melihat dia begitu menjiwai watak yang dipegang. Jika Jackie memberitahu dia menangis selepas melihat saya menangis, saya sebenarnya tersentuh dengan lakonannya.

“Itu yang membuatkan saya menangis. Babak itu berlaku dengan natural walaupun tidak ada dalam skrip,” jelasnya.

Kosmo

Jackie Chan Says HK Govt Ignored Museum Plea

27 Feb

HONG KONG : Action hero Jackie Chan said Thursday a museum dedicated to his career would have been built in Hong Kong rather than Singapore if the government had not ignored his repeated requests for land.

The Hong Kong-born “Rush Hour” star said he had decided to donate his costumes, awards and a collection of antique Chinese houses to Singapore after 10 fruitless years trying to convince the Hong Kong government to host the attraction.

“I finally decided last week to give (the collection) to them,” he told AFP.

“I will build everything in Singapore. All my costumes will be moved there. The Jackie Chan Museum will be in Singapore,” he said.

His collection included seven wooden houses, currently stored in a Hong Kong warehouse, which date back to the Ming (1368-1644) and Qing (1644-1911) dynasties and are worth more than 67 million US dollars.

He said he would not change his mind unless the Hong Kong government got back to him over the next few days with a concrete offer.

“But I doubt if they will come back to me, not even if they are given another year,” he said. “I was very disappointed. It was a shame.”

“I feel Hong Kong is now too politicised,” he said, adding that Chief Executive Donald Tsang and other government officials were often afraid to take actions for fear of being criticised.

Chan said although he had offered to pay for the land and the cost of the project, the government had not responded.

In contrast, he said that the Singapore government replied a week after it learnt about his idea. He was offered land and costs for transporting the exhibits.

“I was really touched,” he said.

A government spokeswoman said the Hong Kong Tourism Board was discussing the issue with Chan.

“We are trying to learn more about his plan before we consider how to take it forward,” she told AFP.

– AFP/il

Channel News Asia

Kata XX: Pesona Pak Lawak

31 Jan

Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my

Diana Danielle

Lima jejaka kaya sense of humour pilihan pelakon, Diana Danielle

1. Johnny Depp.

Watak Captain Jack Sparrow yang dilakonkannya dalam filem Pirates of The Carribean paling berkesan. Depp tidak perlu bercakap banyak, bahasa badannya saja membuatkan kita ketawa. Sifat kelakar pelakon kacak ini memang unik!

2. Nabil Raja Lawak.

Sebelum berlakon bersama Nabil, saya memang penonton setia program Lu Pikirlah Sendiri. Jenaka spontan Nabil menggelikan hati sesiapa saja. Bagi saya, lawak Nabil boleh dikatakan bijak. Ketika menjalani sesi penggambaran filem komedi Kecoh Betul bersama Nabil, saya tak kering gusi melayan lawaknya sepanjang hari!

3. Saiful Apek.

Tengok muka saja boleh membuatkan kita tergelak! Apek sering menampilkan jenaka spontan dan berbeza. Tidak hairanlah jika beliau digelar pelawak nombor 1!

4. Vince Vaughn.

Vaughn tidak kacak tapi karakter lucunya mudah membuatkan orang tertarik. Saya suka lakonannya dalam filem Wedding Crasher dan The Breakup. Lawak Vaughn nampak macho!

5. Jackie Chan.

Aksi kung fu Chan boleh jadi kelakar apatah lagi jika beliau bertutur dalam bahasa Inggeris. Chan sering menampakkan dirinya seolah-olah bodoh tapi sebenarnya pandai. Gaya lakonan komedi Chan memberi warna dalam industri perfileman antarabangsa.

Berita Harian

Demam Obama Landa Dunia

27 Jan

Ramai taruh harapan presiden Amerika yang baru bawa era bebas krisis

PARIS: Demam Obama melanda seluruh dunia menjelang upacara beliau mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 semalam.

Ramai berharap pentadbiran Encik Obama akan membawa dunia ke satu era baru bebas daripada krisis.

Namun, segelintir pemimpin dunia menyuarakan keraguan sama ada Encik Obama dapat membawa perubahan yang diharapkan.

Semalam, gambar Encik Obama terpampang di muka depan akhbar dan kaca televisyen di seluruh dunia.

‘Saya tidak pernah menyaksikan masyarakat dunia begitu ghairah dengan pemilihan seorang presiden Amerika (seperti saat ini),’ kata Cik Madeleine Albright, mantan setiausaha negara Amerika dalam pentadbiran presiden Bill Clinton, kepada Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Di Sepanyol, akhbar El Pais menyiarkan gambar Encik Obama dan isterinya, Cik Michelle, dengan tajuk berita ‘Impian Amerika Menerajui Kuasa’.

Perdana Menteri Sepanyol, Encik Jose Luis Zapatero, berkata ‘kesan Obama’ boleh memendekkan kemelesetan sejagat.

‘Pada pendapat saya, krisis ekonomi mungkin lebih singkat daripada yang dijangka jika pentadbiran baru Barack Obama dapat menjana keyakinan,’ tegas Encik Zapatero.

Canselor Jerman, Cik Angela Merkel, berharap beliau dapat bekerjasama dengan Encik Obama.

Perdana Menteri Britain, Encik Gordon Brown, berkata Timur Tengah harus menjadi keutamaan dasar luar Encik Obama.

Russia pula berharap Encik Obama akan bertolak ansur mengenai rancangan Amerika membangun sistem penangkis peluru berpandu di Eropah Tengah dan isu keanggotaan Georgia dan Ukraine dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Namun, Perdana Menteri Russia, Encik Vladimir Putin, semasa melawat Berlin Sabtu lalu berkata:

‘Saya yakin kekecewaan besar selalunya lahir daripada jangkaan yang keterlaluan.’

Walau bagaimanapun, tinjauan pendapat yang dibuat oleh BBC ke atas penduduk 17 negara mendapati dua pertiga responden yakin Encik Obama boleh memperbaiki hubungan antara Amerika Syarikat dengan negara lain di seluruh dunia.

Secara purata, 67 peratus responden berpendapat Encik Obama dapat mengukuhkan hubungan Amerika di seberang laut.

Tinjauan juga mendapati responden mahu Encik Obama memberi keutamaan terhadap krisis kewangan sejagat, disusuli pengunduran tentera Amerika dari Iraq, menangani masalah perubahan iklim dan memastikan proses damai di Timur Tengah berjalan lancar.

Tinjauan mendapati rakyat Ghana paling positif mengenai Encik Obama, dengan sokongan sebanyak 87 peratus, Italy (79 peratus), Jerman dan Sepanyol (masing-masing 78 peratus) dan Perancis (76 peratus), diikuti oleh Mexico dan Nigeria (masing-masing 74 peratus).

Semalam penduduk di seluruh dunia mengikuti siaran langsung menerusi televisyen upacara Encik Obama mengangkat sumpah jawatan presiden baru Amerika.

Di bandar Obama, Jepun, penduduknya mengadakan sambutan di luar sebuah kuil Buddha dengan tema ‘Obama for Obama’ dengan menampilkan tarian hula berasal dari Hawaii, pulau kelahiran Encik Obama.

Datuk bandar Obama, Encik Koji Matsuzaki, berkata: ‘Kami sudah lama menunggu saat paling gembira ini.’

Di Indonesia, tempat Encik Obama menghabiskan empat tahun zaman kanak-kanaknya, pelajar bekas sekolahnya mengadakan sambutan dan nyanyian di pusat bandar Jakarta selain menonton ucapan Encik Obama menerusi televisyen.

Di Hongkong, Muzium Madame Tussauds di Victoria Peak pula mempamerkan buat pertama kali patung lilin Encik Obama, sekali gus menambah koleksi selebriti dunia termasuk Jackie Chan, bekas pemimpin China, Encik Mao Zedong dan Encik Jiang Zemin, selain angkasawan pertama China, Encik Yang Liwei. — AP, AFP.

Cyberita

'Terbang' Ke China

20 Jan

Filem komedi Bollywood ‘bertukar angin’

Oleh
Haryani Ismail

LEBIH 25 tahun lalu, mata ini menatap James Bond ‘kaki goda’, iaitu Roger Moore, bergelut dengan musuh-musuhnya di kota indah Udaipur di India.

Octopussy adalah antara banyak filem Barat yang menjalani penggambarannya di negara yang kaya dengan ‘rempah-ratus’ eksotiknya seperti lorong-lorong sempit dengan peminta sedekah dan pegerai jalanan.

Namun, setelah kerap kali menjadikan gunung-ganang bersalji Switzerland dan juga semarak kota London sebagai latar filem-filem mereka, akhirnya, sebuah filem Bollywood menjelajah negara China dengan permai desanya dan Tembok Besarnya yang gah menjadi lokasi perfileman.

Beberapa bulan sebelum ditayangkan di layar perak, Chandni Chowk To China, filem komedi Bollywood pertama yang memanfaatkan seni mempertahankan diri kung fu telah pun menjadi ‘buah mulut’ ramai pengamat filem.

Dari melintasi lorong-lorong berliku Chandni Chowk di Delhi, filem dengan bintang komedi lagi lasak ‘Nombor 1’ di Bollywood, Akshay Kumar, turut ‘terbang’ mendekatkan anda dengan keindahan alam di China.

Filem ini juga dibintangi jelitawan muda yang namanya meningkat naik selepas dipasangkan dengan Shah Rukh Khan dalam Om Shanti Om, Deepika Padukone. ‘Pembunuh kejam’ atau Master Killer dalam siri filem Kill Bill, Gordon Liu, dengan wajah bengisnya juga ‘dilamar’ menjadi penjahat dalam filem yang kaya dengan sentuhan emosi dan juga babak-babak mencuit hati.

Anda dikenalkan dengan watak Sidhu (Akshay), seorang tukang masak yang bersedih hati dan merasakan hidupnya tiada erti dengan hanya memotong sayur-sayuran saban hari di gerai tepi jalan di Chandni Chowk. Dia ingin membebaskan dirinya daripada kehidupan miskin lagi melarat ini. Untuk mencari jalan mudah, dia mencari beberapa tukang tilik dan peramal nasib untuk membantunya.

Setelah hampir berputus asa dengan nasib ‘kentangnya’ itu, Sidhu dipertemukan dengan dua orang yang tidak dikenali dari China. Mereka yakin Sidhu adalah jelmaan seorang wira perang zaman dahulu dan bertekad membawa dirinya ke China.

Sidhu mula mengimpikan arak, wanita dan juga tuah tinggal di negara asing. Soalnya kini, bagaimana dia mampu berkomunikasi dengan orang-orang China ini, sedangkan dirinya langsung tidak tahu berbahasa Mandarin. Sidhu, justeru, ditemani penterjemahnya yang licik, Chopstick (Ranvir Shorey).

Jalan cerita filem ini boleh dikatakan persis filem-filem kung fu Bruce Lee atau Jackie Chan. Ia mengisahkan tentang si miskin yang berusaha menentang si jahat lagi kaya-raya, hanya berbekalkan kemahiran ‘bergasak’.

Dan, apalah erti kehidupan tanpa cinta. Dalam perjalanan Sidhu ke China, dia temui Sakhi (Deepika) atau Ms TSN yang sedang dalam perjalanannya mencari identitinya sebagai orang India yang dilahirkan di China. Sakhi juga bertekad membalas dendam atas kematian bapa dan kembarnya.

Seperti yang sering menjadi pesanan dalam filem-filem tentang ‘si baik menentang si jahat’, orang jujur selalu berjaya mengatasi orang yang berniat tidak baik, maka Sidhu berjaya meloloskan dirinya daripada dipukul konco-konco Hojo.

Namun, Sidhu mempelajari teknik kung fu daripada gurunya, Master (Roger Yuan). Berbekalkan misi menjatuhkan Hojo dan matlamat mendekatkan dirinya dengan Sakhi, Sidhu berjaya mengatasi lawannya dengan gelagatnya yang melucukan.

Filem arahan Nikhil Advani dan tulisan Sridhar Raghavan dan Rajat Aroraa ini memang padat dengan babak-babak sepak terajang.

Tidak hairanlah, dengan aksi-aksi lasak dan mendebarkan persis filem The Matrix atau The Crouching Tiger, Hidden Dragon, filem ini menjadi antara ‘pembuka tirai’ senarai filem hidangan Warner Bros untuk 2009.

KUIZ

Adakah anda kepingin memenangi sepasang pas untuk menonton Chandni Chowk To China di pawagam? Jawab soalan berikut dan hantarkan kepada haryani.ismail@gmail.com selewat-lewatnya Sabtu ini. Sertakan nama, alamat, usia, nombor telefon dan nama sekolah anda.

Soalan: Nyatakan tugas Sidhu yang membosankannya di Chandni Chowk.

Cyberita

Jackie Chan Lining Up For 'Karate Kid' Remake

15 Jan

LOS ANGELES: Kung Fu movie legend Jackie Chan is being lined up for a role in a remake of the hit 1984 film “The Karate Kid,” entertainment industry press reported on Wednesday.

Daily Variety reported that Hong Kong star Chan, 54, was in final negotiations for the part of the elderly guru who teaches karate to a young boy, played by Jaden Smith, the son of Hollywood icon Will Smith.

The original “Karate Kid” starred Ralph Macchio as a youngster who learns to defend himself from bullies by learning martial arts from an eccentric mentor, played by the late American-Japanese actor Pat Morita.

Morita, who earned a best supporting actor Oscar nomination for his performance Mr Miyagi, died in 2005 aged 73.

The film spawned two sequels starring Macchio and Morita, as well as a fourth instalment in 1994 “The Next Karate Kid,” starring future best actress Oscar-winner Hilary Swank. – AFP/de

Channel News Asia

Pasangan Komedi Paling Kelakar

23 Dec

PASANGAN Zack dan Miri (Seth Rogen dan Elizabeth Banks) membuat anda terhilai ketawa dalam filem Zack And Miri Make A Porno di pawagam baru-baru ini.

Namun mereka tidak layak bertakhta di senarai 10 pasangan komedi paling hebat kami minggu ini.

1. Jackie Chan & Chris Tucker

Jenaka mereka mudah, malahan komedi mereka lebih mudah lagi. Namun gabungan ‘Michael Jackson’ – Jackie dan Chris – ini berkesan dalam filem Rush Hour.

2. Ben Stiller & Owen Wilson

Filem Royal Tenenbaums pastinya antara filem komedi terbaik yang pernah dijayakan duo ini.

3. Bill Cosby & Sidney Poitier

Bill dan Sydney adalah ukuran rasmi untuk mutu komedi ‘pasangan’ dan kebanyakan komedi dalam senarai ini ‘mencuri’ idea daripada filem Uptown Saturday Night, Let’s Do It Again dan A Piece Of The Action.

4. Gene Wilder & Richard Pryor

Pembaca lebih matang mungkin mengingati filem Stir Crazy dan Silver Streak sebagai antara komedi terbaik dalam sejarah.

5. Adam Sandler & Kevin James

Siapa yang ketawa terbahak-bahak semasa menonton I Now Pronouce You Chuck & Larry, angkat tangan!

6. Jim Carrey & Jeff Daniels

Filem ini melontarkan Jim Carrey dari pentas emas The Saturday Night Live Show ke pentas platinum Hollywood.

7. John Cho & Kal Penn

Pengembaraan lucu mereka bermula apabila mereka mencari burger dalam komedi Harrold & Kumar Go To White Castle. Nantikan filem Harrold & Kumar Escape From Guantanamo Bay.

8. Will Smith & Martin Lawrence

Filem mereka bercorak aksi namun bakat komedi duo ini tidak dapat dibendung dalam siri Bad Boys.

9. Mike Epps & Ice Cube

Duo ini mendapat tempat dalam senarai ini kerana mereka mengejutkan penonton dengan komedi spontan yang dinamik.

10. Laurel & Hardy

Sejarah mereka bermula dari saat terciptanya televisyen. Komedi mereka malar segar dan melanjuti usia dan era ia diterbitkan.

Cyberita