Archive | March, 2007

Cukupkah Anjur Konsert Untuk Memperingati Sudirman?

30 Mar

Oleh ABD. AZIZ ITAR

NORIAH KASNON (depan tiga dari kiri) dan Habsah Hassan (depan tiga dari kanan) bersama para artis dan tenaga kerja konsert itu selepas sidang akhbar di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

LANGKAH RTM menganjurkan Konsert Suara Hati Sudirman pada 1 April ini di Stadium Malawati, Shah Alam patut dipuji kerana ia boleh mengimbau nostalgia dan sumbangan penyanyi itu dalam dunia hiburan tempatan.

Selain konsert, banyak juga aktiviti dan program berbentuk hiburan yang dianjurkan setiap kali tibanya tarikh memperingati Sudirman yang kembali ke rahmatullah sejak 15 tahun lalu.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah Konsert Suara Hati Sudirman mampu memperingati dan mengenang jasa penyanyi itu dalam erti kata yang sebenar?

Konsert seperti itu dikatakan kurang berkesan bagi mencapai objektif tersebut kerana para penonton mungkin akan melupakan begitu sahaja jasa Allahyarham selepas acara itu berakhir.

Bagaimanapun Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Malaysia, Noriah Kasnon berkata, beliau yakin Konsert Suara Hati Sudirman yang diadakan secara percuma itu mampu untuk mencapai matlamat tersebut.

Menurutnya konsert tersebut bukan sahaja dijayakan oleh ramai artis generasi baru tetapi ia juga bakal ditonton oleh penonton muda.

“Saya yakin Sudirman akan terus diingati walaupun selepas konsert itu berakhir. Ramai penonton termasuk golongan muda akan menyaksikan konsert itu di Stadium Malawati ataupun menontonnya secara langsung menerusi TV.

“Lagu-lagu nyanyian Sudirman bukan sahaja disiarkan menerusi radio-radio RTM tetapi stesen radio swasta juga masih menyiarkan lagu-lagu beliau,” katanya pada sidang akhbar konsert itu di Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas Noriah, konsert itu juga dianjurkan sempena ulang tahun RTM yang ke-61 dan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-50 tahun.

Selain konsert, banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya jasa dan bakat Allahyarham tidak hanya sekadar diingati ketika ulang tahun pemergiannya diadakan pada setiap tahun.

Antaranya pihak kerajaan seperti Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia boleh menganjurkan satu pameran bagi mempamerkan sumbangan Allahyarham dalam bidang seni suara tempatan.

Khazanah

Banyak khazanah bekas juara pertandingan Bintang RTM tahun 1976 itu seperti piala Anugerah Penghibur Terbaik Asia yang dimenanginya di Royal Albert Hall, London pada 1989 misalnya juga boleh dipamerkan kepada orang ramai.

Itu belum termasuk pelbagai koleksi pakaian beraneka fesyen yang pernah Allahyarham gunakan sewaktu mengadakan persembahan yang tentunya mahu dilihat secara lebih dekat lagi oleh para peminat beliau.

Pada konsert itu, Habsah Hassan yang sebelum ini banyak menulis lirik lagu-lagu popular dendangan Sudirman diberi kepercayaan sebagai penulis skrip dan penyelidik bagi menjayakan konsert itu.

Banyak ungkapan-ungkapan menarik berbentuk suara hati Sudirman yang pernah diucapkan oleh Allahyarham sewaktu hayatnya akan dibacakan pada konsert itu kelak.

“Skrip yang saya tulis itu berdasarkan dua buah buku berjudul Dari Dalam Sudirman dan Sejarah Awal Sudirman yang pernah diterbitkan ketika Sudirman masih hidup.

“Dua buah buku itu juga akan dijual pada konsert itu nanti bagi sesiapa yang mahu mengenali Sudirman zahir dan batin,” ujar Habsah.

Antara ungkapan menarik yang pernah diucapkan oleh Allahyarham berbunyi, “Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati saya buat selama-lamanya.”

Bagi memeriahkan konsert itu, seramai 18 artis akan terbabit antaranya Mawi, Datuk Siti Nurhaliza, Ramli Sarip, Misha Omar, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura dan Liza Hanim.

Konsert Suara Hati Sudirman yang bakal diterbitkan dalam bentuk cakera padat video (VCD) itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan radio Klasik Nasional dari pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam pada 1 April ini.

Powered by Utusan Malaysia

The Meaning Of 251

29 Mar

Believe it or not, Singapore is known internationally for things other than its ban on chewing gum and its passion for rules.

Theatre director Loretta Chen recalled that while studying abroad in the United States and Britain, the inevitable reaction of her fellow students when she revealed her home country was: “Oh, that’s where that woman Annabel Chong comes from!”

“In that sense, she has become something like the Merlion in her association with Singapore,” said Chen, the director of Toy Factory’s latest offering, 251 – a look at the infamous porn star’s life.

The play will be staged at the Esplanade Theatre Studio starting next Thursday.

It was in 1995 that the then-22-year-old former Raffles Girls School and Hwa Chong Junior College student made headlines for having sex 251 times with 70 men over a period of about 10 hours.

In doing so, Chong set a dubious world record (which has since been topped), became the star of a landmark adult movie titled The World’s Biggest Gangbang that is one of the industry’s highest grossing titles and even appeared on tabloid-style US TV programmes such as The Jerry Springer Show.

Still, despite the publicity, mystery still shrouded Singapore’s most notorious citizen.

“Nobody,” Chen said wistfully, “really knew the girl behind the persona of Annabel Chong, and why she did what she did.”

Channel News Asia

Terima Kasih, 3 Diva!

29 Mar

Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

MALAYSIA Boleh… Terima kasih Dayang, Nurul dan Noryn yang turut menampilkan persembahan membanggakan penonton.

JARANG benar penonton mengucapkan terima kasih apabila selesai menonton sebuah konsert. Paling tidak, sekadar memberi tepukan sambil berdiri sahaja.

Namun, jika kita berasa puas hati dan terhutang budi dengan Konsert 3 Diva yang berlangsung di Stadium Putra, Kuala Lumpur hujung minggu lalu, ucapkanlah terima kasih dengan penuh jujur.

Ini kerana semua aspek berkaitan konsert anjuran Pineapple Concert Sdn. Bhd., itu ‘memang menjadi’ dan segalanya bersatu hingga menghasilkan kepuasan tahap maksimum.

Paling ketara, persembahan muziknya yang begitu menakjubkan. Ditambah pula dengan vokal konsisten tiga diva iaitu Kris Dayanti , Ruth Sahanaya dan Titi DJ, penonton dihidangkan dengan persembahan yang penuh tenaga dan mempesona.

Selama dua jam setengah, lebih 5,000 penonton yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat terpukau dalam sebuah persembahan yang terlalu sukar untuk dijelaskan dengan perkataan.

Ternyata, tiga jelitawan yang sudah bergelar ibu itu mengotakan janji yang mereka sememangnya layak menggalas gelaran diva.

Pada mata kasar, sebenarnya konsert itu tiada apa yang luar biasa selain kontroversi definasi diva dan peranan artis tempatan yang dianggap sebagai tempelan.

Malah suasana stadium pada awalnya, tidaklah terlalu hangat dan ghairah dengan sorakan penonton. Setengah jam sebelum bermula, stadium masih lagi lengang dan terlihat ruang tempat duduk yang masih kosong.

Namun sebaik tirai putih dilabuhkan, set pentas seolah memberi isyarat malam gemilang akan bermula. Lebih dramatik, Orkestra Pesona Malaysia seramai 65 pemuzik pimpinan konduktor muzik tersohor Indonesia Erwin Gutawa beraksi di tengah pentas.

Sebaik tiga diva itu muncul di pentas bagaikan gaya Dreamgirls, ibarat satu keajaiban, suasana malam berubah menjadi begitu luar biasa.

Tampil dengan pakaian yang melambangkan status diva, tanpa berlengah, Kris, Ruth dan Titi DJ pantas menghidupkan klimaks konsert.

Lagu-lagu medley seperti Rembulan, Ekspresi, Maha Daya Cinta dan Astaga menjadi pilihan dengan diiringi alunan muzik susunan Erwin yang fantastik.

Sejurus, tanda kasih persaudaraan antara artis tempatan, tiga diva ini menghadiahkan sesuatu yang istimewa melalui lagu-lagu medley penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan Sheila Majid.

Dalam bunyi muzik yang hebat, Siti dan Sheila yang hadir turut menyanyi bersama tiga diva itu. Apa yang menarik perhatian, ialah muzik lagu yang disusunkan penuh kreatif untuk menzahirkan irama yang segar dan baru di halwa telinga penonton.

Bagi peminat Siti dan Sheila, lagu-lagu yang didendangkan antaranya Legenda, Bukan Cinta Biasa, Warna, Cindai, Percayalah, Antara Anyir Dan Jakarta dan Aku Cinta Padamu amat memegunkan walaupun dengan gaya persembahan bersahaja.

Apabila Kris kembali ke belakang pentas, vokal lantang Ruth dan Titi DJ membuai perasaan dengan penyampaian lagu Cinta yang begitu menyentuh jiwa.

Malam gemilang yang tidak pernah sepi dengan instrumen muzik itu turut menampilkan segmen duet bersama artis tempatan. Paling berani, penyanyi sensasi Nurul yang bergoyang sakan dengan Kris melalui lagu Panasaran. Dengan gelekan seksi yang sangat energi, Nurul berjaya membuat nafas penonton lelaki menjadi sesak dek kerana ekspresi wajahnya yang menggoda.

Muncul pula Dayang Nurfaizah berpadu suara dengan Titi DJ melalui lagu Kau Selalu Ada dengan penampilan ‘Beyonce’nya. Ratu jazz dalam pembikinan, Noryn Aziz turut tidak mengaku kalah apabila lontaran vokal besarnya berjaya menyaingi vokal Ruth apabila mereka berduet melalui lagu Bawa Daku Pergi.

Bijak mengawal mood penonton, Kris dan Ruth menghangatkan malam dengan lagu-lagu popular mereka di Malaysia seperti Menghitung Hari, Cobalah Untuk Setia dan Kaulah Segalanya.

Titi DJ pula wajar diberi pujian apabila menyampaikan lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Engkau Laksana Bulan yang bakal dimuatkan dalam album kompilasi terbarunya kelak.

Seterusnya lagu tema tiga diva ini, Semua Jadi Satu mengucap selamat tinggal buat penonton untuk dikenang sebagai memori paling indah malam itu.

Keseluruhannya, menyaksikan konsert Kris, Ruth dan Titi DJ yang sememangnya popular di negara kelahiran mereka, vokal mantap mereka tidak perlu dipertikaikan lagi.

Dengan sokongan sistem bunyi bertaraf lima bintang dan pencahayaan yang baik, Konsert 3 Diva menjadi paling sempurna untuk tahun ini.

Powered by Utusan Malaysia

Suara Emas Bintang RTM 2007 – Mampukah Menyengat?

29 Mar

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

TIDAK dapat dinafikan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah banyak melahirkan bintang-bintang ternama negara menerusi pertandingan yang dianjurkan oleh badan penyiaran itu.

Misalnya, Datuk Siti Nurhaliza mula meniti populariti dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang HMI pada 1995. Begitu juga dengan penyanyi bersuara lantang, Adibah Noor yang pernah menjuarai pertandingan Suara 90an. Semuanya mencipta nama bermula di RTM.

Sudah tentu, pertandingan nyanyian yang cukup sinonim dengan RTM adalah Bintang RTM yang telah banyak melahirkan nama-nama besar antaranya Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Rohana Jalil dan Azharina Azhar.

Mencungkil

Kini, pertandingan mencungkil bakat baru itu muncul kembali dengan nama baru iaitu Suara Emas Bintang RTM 2007 selaras dengan sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.

Bukan dengan penjenamaan baru itu sahaja, malah formatnya juga turut diubah selaras dengan matlamat RTM yang mahu melahirkan penghibur yang berbakat dan berilmu.

Perubahannya ialah 14 peserta yang layak ke peringkat separuh akhir dan lapan orang yang ke peringkat akhir akan diuji minda mereka dengan soalan pengetahuan umum yang merangkumi 20 peratus daripada jumlah pemarkahan.

Apa yang pasti, untuk pertandingan akhir yang dijangka akan berlangsung pada 1 Julai depan tidak akan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi akan menggunakan kuasa mutlak juri yang terdiri daripada pegawai RTM sendiri dan mereka yang arif lagi bijaksana dalam industri hiburan.

Kuasa SMS hanya akan menjelma apabila penonton diberi peluang memilih peserta kegemaran mereka yang gagal di peringkat suku dan separuh akhir. Malah, penglibatan SMS juga akan digunakan bagi menobatkan seorang peserta bagi merangkul kategori Bintang Paling Popular Suara Emas Bintang RTM 2007.

Untuk mencari 30 peserta berbakat yang layak ke peringkat suku akhir pertandingan, RTM telah menjalankan sesi uji bakat di enam zon yang berbeza iaitu zon timur, zon utara, zon selatan, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur yang bermula pada 12 Januari lalu dengan jumlah penyertaan sebanyak 1,255 orang.

Pada sidang media yang diadakan di RTM baru-baru ini, 30 orang yang terpilih itu berpeluang menunjukkan bakat mereka kepada hadirin dan tidak dinafikan mereka sememangnya berbakat besar dan berpotensi untuk menjadi seorang bintang jika digilap sebaiknya.

Kehangatan Suara Emas Bintang RTM 2007 akan bermula apabila peringkat suku akhir pertama berlangsung pada 14 April depan bermula 10.30 malam di RTM 2. Pelakon baru, Raja Farah Raja Aziz dan Sheikh Bolkiah Sheikh Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abol telah diberi mandat sebagai pengacara kali ini.

Powered by Utusan Malaysia

Regular Ultrasound Sessions For Pregnant Tapir At Singapore Zoo

24 Mar

SINGAPORE : The Singapore Zoo will be welcoming a new addition soon.

A tapir is pregnant at the Zoo.

And to make sure that all goes well, the mother-to-be has been going for regular ultrasound sessions.

Malayan tapir Kharti is a mum-to be, and her newborn is expected to arrive in June.

The three-year-old is pregnant for the first time.

For vets at the Zoo, the close monitoring is unprecedented.

Dr Sonja Luz, Veterinarian, Singapore Zoological Gardens, said, “Monitoring it for that intensively yes, this is the first time. We’ve done several ultrasounds before on the Night Safari tapirs, but we never followed the pregnancy such as every two weeks, like what we’d do now.”

It is all to make sure that Kharti’s journey into motherhood proceeds as naturally as possible.

Since tapirs can be aggressive, Kharti had to be distracted with snacks before vets could lure her into the area where her ultrasound was conducted.

The process also went on smoothly because the zookeepers have built a good relationship with the animal.

Dr Sonja Luz said, “I think she’s a bit more wary, and she obviously does not allow the male to come close to her as much as she would have before, and I think overall she’s still the same…she was very calm when we just did the ultrasound but yes, maybe a bit more wary of the whole situation.”

The tapir is an endangered species, as much of its habitat in Southeast Asia has been wiped out. – CNA/ms

Channel News Asia

Pembaharuan Dalam Chermin

23 Mar

TAHUN ini merupakan tahun yang agak ‘menyeramkan’ bagi industri perfileman tanah air. Mana tidaknya, bermula awal tahun ini dan sehingga akhir tahun, dikatakan hampir 15 judul filem dari genre seram dan thriller akan menemui penonton di pawagam.

Bermula dengan filem Syaitan dan diikuti pula dengan Puaka Tebing Biru, kini sebuah lagi filem thriller dan seram iaitu Chermin, yang sudah pun berputar di pawagam sejak semalam (22 Mac).

Setelah menyaksikan filem ini pada majlis tayangan untuk media baru-baru ini, ternyata kepuasan lahir dari setiap mereka yang hadir menontonnya. Kata mereka, Chermin membawa satu pembaharuan di dalam penerbitan filem tempatan.

Apatah lagi, hasil garapan pengarah muda kelahiran Kuching, Sarawak, Zarina Abdullah cukup meyakinkan. Zarina bukan sahaja mengarahkan filem ini malah dia juga menghasilkan skrip, menyunting dan menerbitkan filem ini.

Saat bertemu dengan pengarah berusia 27 tahun ini, ternyata peminat filem seram dan thriller ini berdebar menunggu reaksi penonton tempatan terhadap ‘bayi sulungnya’ itu.

“Sudah pasti, siapa sahaja yang baru pertama kali mengarah filem, akan merasakan debarannya. Begitu juga dengan saya dan apa yang boleh saya katakan, setakat ini saya amat berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan,” kata wanita lulusan New York Film Academy kampus London, United Kingdom ini lagi.

Katanya, ilham untuk menerbitkan dan menghasilkan filem Chermin bermula selepas dia menamatkan pengajiannya pada tahun 2003.

Penggambaran filem Chermin mengambil masa hampir sebulan bermula Ogos 2005. Namun, proses pos produksinya mengambil masa yang lama iaitu satu setengah tahun semata-mata untuk melahirkan kesan khas yang terbaik.

“Kalau ditanya kekuatan filem ini, saya boleh mengatakan, ia terletak pada barisan pelakon dan jalan cerita yang menarik. Apatah lagi filem ini menggabungkan pelakon lama dan baru. Mengarahkan filem ini memberikan satu pendedahan dan kepuasan bagi saya,” jelasnya.

Meskipun baru pertama kali berlakon dan memegang watak utama, ternyata Natasha Hudson mampu menghidupkan watak Nasrin dengan baik sekali hanya melalui ekspresi muka dan permainan matanya sahaja.

Jika dia diberi peluang mengasah bakatnya, tidak mustahil dia mampu meletakkan dirinya sebaris dengan pelakon wanita Pan Asia yang lain seperti Deanna Yusoff, Karen Iskandar, Julia Rais, Sofia Jane dan Maya Karin.

Kata janda muda ini mengenai pengalaman berlakon dalam Chermin, dia menjelaskan: “Ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga apatah lagi apabila berlakon di samping pelakon-pelakon handalan. Saya berpuas hati dengan apa yang saya persembahkan dalam Chermin.

“Saya ingin sentiasa mencuba watak yang baru dan tidak mahu menjadi stereotaip,” katanya yang kini dalam proses akhir penggambaran filem keduanya iaitu Tipu Kanan Tipu Kiri.

Selain Natasha Hudson, Chermin yang menelan kos sebanyak RM 2.2 juta itu juga dibintangi oleh Deanna Yusoff, Khatijah Tan, Farid Kamil, Sheila Mambo, Datuk Mustafa Maarof, Catriona Ross dan Maimon Mutalib.

Powered by Utusan Malaysia

Malaysia Seizes Fake Sex Drug "Miagra"

22 Mar

KUALA LUMPUR: Malaysia made its largest single drug bust ever when it seized 14 million ringgit (US$4m) worth of fake sex pills labelled “Miagra”, reports said Thursday.

Health Minister Chua Soi Lek said his ministry’s enforcement team and customs officials last week detained a container from Singapore loaded with 142 boxes containing 1.4 million Miagra capsules.

“Initially, the owner of the container claimed that they were vitamin pills,” Chua was quoted as saying by state news agency Bernama.

“On inspection they were found to be fake and unregistered drugs which contained Sildenafil of less than 50 milligrams per capsule, the same as in the Viagra brand of drug,” he said.

“It is a fake drug, as it can be said to be similar to the original (Viagra),” he said.

The counterfeit drugs, closely resembling the blue pills of the genuine Viagra brand, were destined for Malaysian and Thai markets, Chua said.

The Star daily reported that the ministry was still conducting investigations to identify the company involved in the scam.

If found guilty, the culprits could face a fine of 50,000 ringgit, a sentence of three years in jail, or both. – AFP/yy

Channel News Asia

Celebrities "Plant" Hope For Charity

17 Mar

SINGAPORE: Celebrities “planted” hope for charity at a Community Chest road show on Saturday.

It was a fun afternoon for many as they cheered on MediaCorp stars Joanne Peh and Bryan Wong who paired up with a member of the public to plant as many flowers as possible in a special planter box dedicated to them.

The idea, said the Community Chest, is that such flowers symbolise the blossoming hope that members of the community can provide for the less-privileged in society.

And the celebrities, who also penned messages of hope, are showing the way.

Such annual road shows at shopping malls have become the Community Chest’s signature annual event, now into its fifth year.

– CNA/so

Channel News Asia

Borat Still Barred

16 Mar

SINGAPORE : Anyone who missed R21 films like Saw III and Borat in the cinemas is unlikely to find the DVDs at their neighbourhood video store anytime soon.

And that’s the official word from the Media Development Authority (MDA).

The regulatory body in charge of film and video classification revealed in a recent email interview with TODAY that it’s taking “a phased approach”.

“One of the major concerns brought up by the community at the point when the Censorship Review Committee proposed a video classification system,” noted Cassandra Tay, the MDA’s director of communications, “was the issue of videos with explicit content being accessed by the young.

“The MDA will consult all its stakeholders, including the public, before taking the next course of action.”

In other words: Hold your horses.

The issue of classification comes under the spotlight again with the release of This Film is Not Yet Rated, which will be screened on March 28 as part of The Picturehouse’s first anniversary festival.

The provocative, R21-rated documentary by American Kirby Dick reopens the debate on whether raters tend to err on the side of caution.

In Singapore, of course, caution has been the watchword since the introduction of film classification in 1991. Since then, the MDA has periodically refined the system to take into account different levels of depiction of sex, violence and coarse language.

The new thinking: Fit the film to the right rating rather than trim the film for a one-size-fits-all rating.

Further liberalisation came with video classification in 2004 that allows titles up to M18 to be imported for sale and rental.

Two and a half years into implementation, film buffs are still unable to get their hands on R21 movies like Kill Bill Vol 1. But the MDA contends that ground sentiment so far has been positive.

“Consumers have expressed appreciation that video classification has allowed for greater choice,” said Tay.

“Submissions of titles by video distributors for classification have increased by an average of 20 per cent since 2003. About 16 per cent were passed NC16 while 12.5 per cent under an M18 rating.”

Generally, video titles follow the ratings used when they were shown theatrically. So, for instance, the Anne Hathaway vehicle, Havoc, is rated M18, as per its cinema release.

To date, according to Tay, there have been 16 breaches relating to conditions of sale. These include the lack of signage indicating age restrictions, not enforcing the age restrictions or inappropriate display of publicity material for such restricted titles.

This small number of errant distributors, however, has not been enough to persuade the MDA to hasten the speed of liberalisation.

It’s probably mindful of the fact that, when R21 movies were first allowed in 1991, cinema operators quickly exploited the loophole to bring in many soft-porn flicks.

For a while, it looked like they had it good, with box office takings shooting through the roof as people flocked to catch what had long been denied them.

But a backlash from conservative members of the public soon put paid to the boom.

“We’ll consider the possibility of allowing R21 titles in due course,” was all Tay would say, declining to disclose a time frame by which this might take place.

Meanwhile, the status quo remains. –

Channel News Asia

XpReS '06 Program Ekspedisi Remaja Soleh

16 Mar

Oleh: MOHD AMIL ABDULLAH SAIBY

USAHA membentuk generasi muda yang bakal memimpin ummah seharusnya bermula sejak usia muda. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Para pelajar pada usia awal remaja adalah amat sesuai untuk dibina fizikal, intelek, roh dan emosinya. Selain mereka sudah mula meninggalkan alam kanak-kanak, ketika ini juga mereka sudah mula melangkah ke alam baligh dan memikul tanggungjawab syarak.

Selain perkara-perkara fardu ain dan ibadah khusus, para remaja perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk membolehkan mereka memikul amanah sebagai pemimpin masa depan. Antara kemahiran penting yang perlu dibangunkan di kalangan remaja ini ialah kepimpinan, kerja berpasukan dan dakwah.

Dalam konteks ini, Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Cheras dan Kelab Remaja JIM (KRJ) Ampang Jaya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan Program Xpdc Remaja Soleh (XpReS), baru-baru ini.

Program ini berjaya mengumpul seramai 180 orang remaja berumur di antara 10 hingga 17 tahun.

Program ini dirangka khusus bagi membantu para remaja memahami kewajipan untuk memperbaiki diri seterusnya berdakwah serta cara-cara melaksanakannya secara berjemaah (berorganisasi).

Melalui program ini para peserta diharapkan akan dapat:

lMeningkatkan kefahaman tentang matlamat hidup serta keperluan untuk sentiasa memperbaiki diri dan masyarakat (islah).

lMeningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang tugas sebagai khalifah dan kewajipan berdakwah serta melaksanakannya secara berjemaah.

lMeningkatkan kemahiran serta ketahanan fizikal dan mental dalam melaksanakan tugas sebagai pendakwah remaja di sekitar Kuala Lumpur.

lMengeratkan persahabatan dan persaudaraan sesama remaja muslim khususnya di Kuala Lumpur.

lMembina agenda tindakan dan pelaksanaan membentuk diri menjadi remaja soleh yang bersedia untuk menjadi agen perubahan (soleh dan musleh)

Para pelajar mengikuti tiga modul utama iaitu Remaja Muslim- Pemimpin Masa Kini dan Masa Depan, Baiki Dirimu dan Serulah Orang Lain dan Ukhwah dan dakwah.

Program XpreS ini dikendalikan sepenuhnya oleh Smart Faci Consulting yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam mengendalikan program-program kepimpinan dan jati diri remaja di seluruh negara.

Menurut Ketua Fasilitator, Mohd Ridzwani Lidam Abdullah, peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil seramai 8 ke 10 orang dalam melaksanakan tugasan mereka.

Setakat ini Smart Faci Consulting mempunyai 60 fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Powered by Utusan Malaysia