Archive | Salma Hayek RSS feed for this section

Michelle Puas Lakon Lasak

1 Apr

Susunan Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap
WATAK Letty menerusi filem aksi, The Fast And The Furious pada 2001 antara lakonan yang berjaya melonjak nama aktres jelita Michelle Rodriguez sebagai pelakon berbakat besar.

Menerusi filem itu, dia mencabar diri membawa karakter wanita lasak yang sanggup membahayakan nyawa demi membantu kekasihnya, Dominic Toretto lakonan Vin Diesel.

Namun, di sebalik keberanian Michelle melakonkan aksi itu dia mengakui keserasian yang wujud dengan Diesel sebagai pasangan kekasih menjadi faktor untuk dia memberikan lakonan berkesan.

Kini selepas lapan tahun filem itu berlalu, dia kembali ke layar perak membintangi filem sama di samping kekasih lama. Sekuel terbaru Fast & Furious 4 yang ditayangkan di pawagam tempatan mulai esok (Khamis) bukan hanya menyaksikan Michelle dan Diesel kembali bersama, tetapi dia dianggap kembali bersama pelakon utamanya, Paul Walker sebagai Brian O’Conner dan Jordana Brewster (Mia Toretto).

Filem ini diarahkan Justin Lin dan dijangka menarik perhatian ramai terutama penggemar setia filem aksi lumba kereta jalanan.

Kata Michelle, Diesel menyatakan hasrat mahu berlakon bersamanya untuk sekuel baru kali ini. Sebelum terbabit dengan filem ini, Diesel melihat lakonan Michelle menerusi filem Girlfight dan menyatakan selesa berlakon bersama Michelle.

“Kesinambungan pelakon dulu untuk sekuel memang penting bagi menghubungkan plot cerita yang ingin ditampilkan menarik perhatian penonton. Malah, kemunculan semula pelakon asal seperti Diesel dan Walker mempunyai interaksi kuat pada watak yang dibawa.

“Walaupun peranan pelakon wanita dalam filem lebih pada aspek membantu merapatkan hubungan antara pelakon utama, ia juga diperlukan untuk melengkapkan keseluruhan filem sebagai satu keluarga. Untuk filem ini, saya berusaha memberikan pelbagai idea untuk menghidupkan watak saya dengan lebih baik.

“Biarpun saya ingin menampilkan watak saya sama hebat dengan watak lelaki, tetapi legasi Hollywood tetap menggunakan watak wanita untuk aspek cinta yang membuatkan seseorang untuk membalas dendam.

“Bagaimanapun, pengalaman ketika membintangi filem ini cukup menyeronokkan apatah lagi aksi kereta terbalik dan kereta yang mempunyai aksesori canggih dijangka menarik perhatian ramai berbanding aksi pelakon wanita semata-mata.

 

 

“Berlakon bersama Diesel, saya berasa selesa untuk kami bekerjasama semula. Ada ketika saya mendapatkan nasihat daripada dia dan sejak beberapa tahun kami berkawan, kami mempunyai hubungan rapat. Boleh dikatakan dia mencintai saya dan begitu juga saya,” katanya.

Melakonkan karakter wanita lasak, dia tidak mempunyai masalah kerana berani mencuba dan menimba pengalaman baru. Katanya, pengalaman ketika mula berkecimpung sebagai pelakon pada usia 20 tahun suatu yang berbeza dengan apa yang diraihnya hingga kini.

Selepas 10 tahun aktif dalam bidang lakon, dia makin matang dalam membuat keputusan dan menjiwai watak dengan lebih baik. Biarpun sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, dia menyimpan hasrat untuk bekerja di belakang tabir.

Kata Michelle, dia berminat menulis skrip dan menerbitkan filem suatu hari nanti. Dia kini menyiapkan projek filem Tropic Of Cancer mengisahkan kehidupan wanita bersama tiga beradik hidup dalam pemerintahan diktator yang diketuai Trujillo.

“Wanita itu mahu berjuang untuk mendapatkan kehidupan lebih tenteram. Watak utama wanita ini dijayakan Salma Hayek dan penggambaran dilakukan di Republik Dominican. Penggambaran yang dilakukan di sana sebelum ini berlangsung dengan baik.

“Walaupun bekerjasama dengan pengarah baru yang tiada pengalaman, saya bertanggungjawab dalam meninjau lokasi penggambaran. Kini, saya terbabit dengan proses suntingan filem ini,” katanya.

Michelle, 30, atau nama sebenar, Mayte Michelle Rodriguez berasal dari Bexar County, Texas, Amerika Syarikat. Dia mula menunjukkan minat pada bidang lakon pada 1999 dan mengambil peluang menjadi pelakon pembantu menerusi beberapa filem seperti Summer Of Sam dan Cradle With Rock.

Filem Girlfight (2000) berjaya melonjak namanya apabila dipilih sesuai untuk melakonkan watak Diana Guzman. Menariknya, untuk watak itu dia bersaing dengan 350 wanita lain. Biarpun tanpa pengalaman bertinju, dia akhirnya layak berlakon filem itu selepas mendapat latihan di Brooklyn Gleason’s Gim.

Selain Fast & Furious 4, dia juga terbabit dengan drama bersiri popular Lost dan dua filem baru, Tropic Of Cancer dan Avatar tahun ini.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Mengelak Jumpa Jessica

3 Dec


CAMERON DIAZ

ENTAH mengapa, aktres Cameron Diaz cuba mengelakkan diri daripada bertemu Jessica Biel ketika kedua-dua bintang terkenal ini menghadiri majlis CNN Heroes: An All-Star Tribute baru-baru ini.

Mungkinkah kerana Jessica kini menjadi teman wanita baru kepada Justin Timberlake? Semua orang tahu sebelum ini Cameron dan Justin pernah berkasih.

Cameron dilaporkan bergegas keluar melalui pintu belakang lokasi majlis yang berlangsung di Kodak Theatre itu untuk mengelak dari bersua muka dengan Jessica.

Satu sumber memberitahu Contactmusic, Cameron mungkin mengelakkan diri untuk bertemu Jessica agar mereka tidak bercakaran. Pada majlis itu, Jessica ditemani bapanya, Jonathan untuk menjadi penyampai anugerah majlis itu.

Cameron pula telah menyampaikan anugerah kepada Marie Da Silva, yang menerima sumbangan untuk membangunkan sekolah kelolaannya di Malawi.

Antara selebriti lain yang turut menyerikan majlis tersebut termasuklah Christina Aguilera, Salma Hayek, Forrest Whitaker, Meg Ryan, Terrence Howard, Lucy Liu dan Kate Beckinsale.

Kosmo

Disney Gamatkan Panggung Pada 2009

17 Oct

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

BOLT, sebuah kisah pengembaraan seekor anjing, kucing dan hamster
dalam mencari erti sebenar keperkasaan.

High School Musical 3, Bolt temui penonton sebelum tahun 2008 berakhir

MENGAKHIRI jadual tayangan 2008 dengan dua filem menghiburkan, High School Musical 3: Senior Year (tayangan mulai 24 Oktober) dan animasi Bolt (27 November) yang meminjam suara pelakon John Travolta dan Susie Essman, Buena Vista nampaknya menyambung tayangan filem edaran mereka pada 2009 dengan beberapa lagi judul terbitan Walt Disney.

Membuka tirai pada 1 Januari ialah filem lakonan bintang komedi terkemuka dunia, Adam Sandler bersama Keri Russell, Guy Pearce, Courteney Cox dan Russell Brand, berjudul Bedtime Stories. Filem itu menyaksikan Sandler memegang watak pekerja hotel, Skeeter Bronson, yang menyimpan impian menjadi pengurus.

Skeeter bersetuju untuk menjaga dua anak saudaranya dengan tujuan membantu kakaknya. Bagi membuatkan mereka duduk diam, dia bercerita pada dua kanak-kanak itu. Tanpa diketahui, dengan berbuat demikian dia sebenarnya membuka pintu kepada sebuah dunia fantasi yang seakan sama dengan kehidupannya. Kanak-kanak itu pula cukup teruja dengan kisah fantasi itu yang kini menjadi nyata.

Kemudian, sebuah kisah komedi pengembaraan akan menemui penonton pada 19 Februari, berjudul Beverly Hills Chihuahua. Ia membariskan pelakon Jamie Lee Curtis dan Piper Perabo, berserta suara Salma Hayek, Andy Garcia, Drew Barrymore, Cheech Marin dan Paul Rodriguez.

Dalam filem ini, penonton dapat mengikuti kisah seekor anjing chihuahua bernama Chloe (suara Barrymore) yang mendapati dirinya tiba-tiba tersesat di sebuah kawasan sibuk di Mexico. Bersendirian buat julung kali, dia kini mengharapkan bantuan rakan baru seperti seekor anjing German Shepherd, Delgado (Garcia) dan anak anjing bernama Papi (George Lopez) untuk mendapatkan kekuatan pulang ke tempat asal.

Pada 12 Mac pula, Disney menghidangkan filem aksi lakonan Dwayne Johnson, AnaSophia Robb, Carla Cugino dan Ciaran Hinds, Race to the Witch Mountain. Sebuah lagi filem untuk tayangan Mac ialah Shopaholic, yang dibuat berdasarkan novel kelakar popular tulisan Sophie Kinsella. Filem yang ditayangkan pada 27 Mac itu dilakonkan Isla Fisher, Hugh Dancy, John Goodman, Joan Cusack, Kristin Scott Thomas, Kyrsten Ritter dan John Lithgow.

Bintang ternama, John Travolta, Robin Williams, Kelly Preston dan Seth Green pula bergabung tenaga menjayakan filem komedi Old Dogs yang akan ditayangkan mulai 16 April.

Antara lain, filem ini bercerita mengenai dua sahabat baik (Travolta, Williams) yang hidup tunggang langgang apabila mereka ditugaskan menjaga sepasang kembar berusia 6 tahun, pada ketika kedua-duanya berdepan urusan perniagaan terpenting dalam karier. Berlakon buat kali pertama dalam filem ini ialah Ella Bleu Travolta (anak John Travolta bersama Kelly Preston) dan Conner Rayburn yang menjadi pasangan kembar.

Bintang remaja kesayangan ramai, Miley Cyrus pula berganding dengan Emily Osment, Mitchel Musso dan Jason Earles dalam filem Hannah Montana: The Movie yang dijadual menemui peminat pada 1 Jun. Ia dibuat berdasarkan siri televisyen menggunakan judul serupa.

Sebuah lagi filem animasi komedi pengembaraan, G-Force yang menggunakan suara pelakon Nicolas Cage, Penelope Cruz dan Bill Nighy bakal menemui penonton pada 23 Julai tahun depan. Filem mengenai sekumpulan haiwan kecil yang cuba membongkar rancangan seorang hartawan untuk memusnahkan dunia itu diterbitkan oleh produser masyhur, Jerry Bruckheimer.

Pada 13 Ogos, sebuah lagi filem animasi, kali ini hasil kerjasama Disney dan Pixar berjudul Up akan ditayangkan. Ia mengisahkan seorang lelaki berusia 70 tahun yang berpadu tenaga bersama seorang kanak-kanak 10 tahun dalam usaha menyelamatkan dunia daripada kejahatan seorang saintis.

Aktor Bruce Willis, Radha Mitchell, Rosamund Pike dan James Francis pula disatukan dalam filem bercorak thriller, Surrogates, arahan Jonathan Mostow. Filem tayangan 20 November ini mengetengahkan kisah apa terjadi jika seorang manusia itu mampu mempunyai robot yang kelihatan sama dengan dirinya?

Disember pula menyaksikan dua lagi judul daripada Disney ditayangkan, iaitu bermula dengan A Christmas Carol (3-D) lakonan pelawak tersohor, Jim Carrey, pada 3 Disember. Kali ini Carrey memegang empat watak berbeza. Turut beraksi ialah Collin Firth, Gary Oldman dan Bob Hiskins.

Pada 24 Disember pula, filem kartun The Princess and the Frog bakal menghiburkan penonton dengan kisah cinta disampaikan dalam bentuk muzikal. Filem ini menggunakan suara Anika Noni Rose, Keith David, Jennifer Lewis dan John Goodman.

Berita Harian

Hijau Hidup Norton

15 Jun

Edward Norton masih turun naik tren untuk bertukar destinasi dan memberi gambaran bahawa dia akan mengalami sakit jantung jika tidak berbuat demikian.

Ia satu pernyataan merendah diri dan selesa dengan rutin kehidupan lampaunya. Anak kepada guru bahasa Inggeris dan peguam alam sekitar ini masih berpijak di bumi nyata walau mungkin wangnya sudah mampu membuatkan dia lupa akan dunia.

Dia digambarkan memiliki bakat yang unik yakni mampu berubah kepada sesuatu yang luar biasa.

Itulah kriteria yang menjadikan seorang Edward Norton berubah menjadi Bruce Banner dan kemudian bertukar hijau menjadi seorang Hulk! Dialah hero yang memiliki kualiti pemikiran dan kejujuran emosi yang tinggi.

Edward Norton, 39, yang mesra dikenali sebagai Ed memiliki segalanya untuk bergelar hero dan dia kekal menjaga imejnya dengan bersih dan dikenali melalui kerjayanya yang mengagumkan.

Cuma kebelakangan ini portfolionya tercemar akibat filem yang menggambarkan dia sebagai hero berwarna hijau, The Incredible Hulk.

Bertukar besar bila marah

Ed sememangnya peminat komik The Incredible Hulk dan merupakan pengikut setia perkembangan hero bertubuh besar dan hijau tersebut.

Jadi pastinya dia tergamam tatkala diserahkan watak Bruce Banner, lelaki yang bertukar menjadi besar apabila marah.

Ed menerima karakter besar ini dan membuatkan dirinya berada dalam kajian Hulk selama tiga bulan. Bukan itu sahaja, Ed turut bertindak sebagai salah seorang penulis skrip yang membayangkan Hulk dalam versi visual baru.

Karakter hero sudah di tangan dan itu pasti, tetapi dia terlepas satu status lagi apabila berbalah dan berbeza idea dengan pihak penerbit komik Marvel.

Nama Ed nyata dibuang sebagai penulis skrip filem tersebut. Yang tinggal nama tunggal – Zak Penn yang pada awalnya mengalami stres untuk menyiapkan skrip filem yang ditunggu-tunggu ini.

Sekadar menunjukkan rasa marahnya, dia sengaja tidak menghadiri promosi awal filem terbarunya ini. Bak kata penulis komik siri The Incredible Hulk sebelum ini: “Bruce Banner adalah lelaki yang dalam pelarian dan berubah menjadi Hulk kerana marah.

“Ia seakan satu metafora bagi satu kehidupan nyata. Bagi yang mengalami ‘kesakitan’ dalaman yang anda simpan di dalam dan kemudiannya meletup keluar dari diri anda.”

Dan nampaknya badi Hulk melekat dengan peribadi Ed. Dia ‘meletup’ apabila kredibiliti dan percubaannya memberi idea tentang Hulk ditentang.

Namun pengarah filem ini, Louis Letterier menyifatkan bahawa peranan wartawanlah yang menyebabkan masalah Ed dan Marvel menjadi besar.

Dan Liv Tyler yang menjadi kekasih Ed dalam filem bajet besar ini bersetuju untuk bercakap bagi pihak ‘kekasihnya’.

Katanya, puncanya ialah apabila Ed tidak bersetuju dengan cara edit Marvel mahu memaparkan teaser awal filem ini. Ed kemudian muncul dengan satu kenyataan bahawa setiap promosi filem tidak perlu ditonjolkan pendedahan yang terlalu banyak kerana ia akan menghilangkan magis filem itu.

Namun segalanya sudah terurai apabila Ed muncul pada tayangan premier filem ini di Universal Studio, Hollywood. Nampaknya, ‘Hulk’ boleh sejuk hatinya.

Cinta dalam hati

Dia digambarkan sebagai seorang yang pemalu media. Perasaan cintanya hanya dua kali digembar-gemburkan secara besar-besaran. Terhadap penyanyi yang pernah mengahwini Kurt Cobain, si Courtney Love dan pelakon berbadan seksi dan menggiurkan, Salma Hayek.

Selepas itu, cinta dan ceritanya senyap kerana dia lebih selesa mengetengahkan apa yang sedang dilakonkan.

Siapalah agaknya yang tidak jatuh hati tatkala melihat gagahnya Ed melakonkan watak Derek Vinyard dalam American History X dan setianya sang pria ini terhadap kekasihnya dalam The Incredible Hulk.

Malah Love pernah berkata dia agak menyesal kerana tidak mengahwini Ed. “Meninggalkan Ed yang merupakan seorang lelaki yang baik dan menawan adalah sesuatu yang merugikan,” jelas Love yang pernah dirayu Ed untuk memasuki pusat pemulihan.

Namun ceritera cintanya terus disimpan hingga akhirnya dia selesa memilih seorang yang berada di balik layar. Gadis yang bernama Shauna Robertson yang merupakan produser filem adalah anak kelahiran Kanada.

Pasangan ini bertemu dan bercinta sejak tahun 1996 hingga kini. Mereka bercinta dengan tenang dan mempunyai pemahaman yang sama tentang dunia mereka – dunia cinta dan filem.

Aktivis alam sekitar

Hijau membawa makna besar dalam kehidupan lelaki ini. Yang dilihat dunia adalah pertukaran fizikal hijau ketika berubah menjadi Hulk dan yang dibuatnya untuk dunia adalah menjaga kehijauan alam ini.

Ed adalah penyokong kuat untuk penjagaan alam sekitar serta menyertai projek solar. Dia mengeluarkan banyak tenaga dan wang untuk aktiviti sosial yang termasuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti berpendapatan rendah.

Bagi menunjukkan kesungguhannya memulihara alam serta mewarisi kesedaran yang ada dalam diri bapanya, Ed muncul dalam rancangan Strange Days on Planet Earth, sebuah rancangan oleh National Geographic.

Ed malah menjadi narator rancangan tersebut yang menyentuh perihal penangkapan ikan yang mampu memberi kesan kepada pemanasan global dan pupusnya kehidupan di rimba.

Pesannya dalam nada yang tegas: “Orang sentiasa bertanya apakah yang dapat mereka buat untuk membantu. Saya katakan mulakan dengan menghentikan pengunaan beg plastik.

“Beg plastik merupakan benda paling bodoh yang wujud dan mengganggu kehidupan alam.”

Kosmo

Nama Unik Anak Hollywood

10 Apr


GWYNETH dan anak kesayangannya, Apple.

Nama seseorang individu dikatakan akan mempengaruhi hidupnya dan membentuk perwatakan seseorang berdasarkan nama yang diberikan. Namun, nama kini lebih diangkat sebagai sesuatu yang glamor terutamanya dalam dunia hiburan Hollywood.

Mengeksperimen nama anak dengan meletak nama pelik daripada nama tempat, makanan, bunga, filem, majalah, dan terbalikkan nama lebih ketara akhir-akhir ini.

Fenomena meletakkan nama pelik ini mengundang perhatian ramai terutamanya pihak media yang memburu nama anak selepas seseorang artis itu melahirkan anak. Ramai pihak juga yang menyibuk mencari maksud di sebalik nama unik mereka ini.

Penyanyi lagu Dirty, Christina Aguilera dan suaminya Jordan Bratman menyambut kehadiran buah hati mereka pada 12 Januari 2008. Bayi lelaki itu diberi nama Max Liron Bratman. Manakala bintang Muriel’s Wedding, Toni Collete melahirkan anak perempuannya bersama Dave Galafassi. Bayi itu bernama Sage Florence Galafassi.

Pereka busana terkenal, Stella McCartney juga baru selamat ini melahirkan anak ketiganya dengan suaminya Alasdhair Willis pada 9 Januari lalu. Bayi lelaki ini bernama Beckett Robert Lee. Mereka sudah mempunyai seorang anak lelaki, Miller Alasdhair James dan anak perempuan, Bailey Linda Olwyn.

Milla Jovovich yang selamat melahirkan anak perempuannya, Ever Gabo Anderson pada 3 November lalu menggunakan nama ibu bapanya, Galina dan Bogie untuk mendapatkan nama Gabo. Aktres seksi, Salma Hayek pula memilih nama Valentina Paloma Pinault untuk puteri sulungnya yang dilahirkan pada 21 September lalu bersama pasangannya, Francois-Henri Pinault.


SHILOH comel sungguh dalam pangkuan Angelina.

Bekas anggota Spice Girls, Emma Bunton pula menamakan anak lelakinya, Beau. Dia dan pasangannya, Jade Jones menerima keluarga baru mereka pada 10 Ogos 2007. Manakala Geri Halliwell yang melahirkan anak pertamanya pada 14 Mei 2006, memberikan nama anaknya, Bluebell Madonna.

Aktres Julia Roberts menamakan anak ketiganya, Henry Daniel Moder yang dilahirkan pada 18 Jun 2007. Dia bersama pasangannya, Danny Moder sudah mempunyai anak kembar, Phinnaeus dan Hazel.

Pasangan Heidi Klum dan Seal juga memberikan nama unik kepada dua anak lelaki mereka, Henry Gunther Ademola Dashtu Samuel, dan Johan Riley Fyodor Taiwo Samuel. Heidi juga mempunyai seorang anak perempuan, Leni hasil hubungannya dengan Flavio Briatore.

Pada 12 Januari lalu, Nicole Richie selamat melahirkan anak perempuannya bersama teman lelakinya, Joel Madden. Bayi itu diberi nama Harlow Winter Kate Madden. Dan pasangan Gwyneth Paltrow dan Chris Martin memiliki dua anak, Apple dan Moses.

Itu adalah antara senarai nama pelik yang diberikan oleh selebriti Hollywood. Mahu ketahui beberapa lagi kisah menarik di sebalik pemberian nama anak artis, ikuti petikan di bawah ini.


WAJAH Katie dan Suri yang seiras. Eh! Mana Tom?

Angelina Jolie berang Itulah padahnya meletakkan nama pelik kepada anak sehingga orang ramai tersalah sebut. Bila tersalah sebut, ibunya pula berang.

Dan insiden ini berlaku kepada aktres seksi, Angelina Jolie apabila tukang masak popular, Jamie Oliver tersalah sebut nama anak perempuannya, Shiloh Pitt.

Menurut sebuah tabloid, chef selebriti ini melakukan kesilapan ketika berbual menerusi telefon dengan Angelina mengenai filem terbarunya, Beowulf.

Jamie yang mengendalikan program memasak The Naked Chef dikatakan tersalah menyebut Shiloh dengan panggilan, Piloh S***.

“Jamie memang mempunyai masalah sebutan dan itu semua hanya kerana masalah sebutan Jamie yang tidak jelas. Namun, sebutan itu kedengaran seperti menghina anak Angelina,” kata satu sumber.

Jamie kemudian mengirimkan puding sebagai tanda meminta maaf. Ibu bapa Brad Pitt juga pernah memberi pandangan kepada pasangan ini kerana khuatir mereka akan memberikan nama terlalu pelik kepada anak angkat ketiga mereka dari Vietnam, Pax Thien Jolie-Pitt.


MILLA saat mengandungkan Ever Gabo.

Charlotte bertukar DaisyDi kalangan masyarakat Cina, menukar nama adalah satu perkara yang biasa terutamanya apabila anak kecil itu sentiasa sakit dan ditimpa pelbagai insiden malang. Maka dipercayai dengan menukar nama, ia akan mengubah nasib seseorang.

Aktres Meg Ryan juga dilaporkan telah menukar nama anak angkatnya pada tahun 2006. Meg, 44, mengambil anak angkat dari keturunan Cina pada Januari 2006 dan menamakan dia Charlotte.

Namun, Meg kemudian mengubah fikirannya kerana merasakan nama itu kurang bersesuaian.

“Saya ingat dia sesuai dengan nama Charlotte tetapi rupa-rupanya tidak sesuai. Nama yang lebih sesuai untuknya ialah Daisy,” katanya kepada hos program bual bicara Oprah Winfrey.

Meg sudah mempunyai seorang anak lelaki, Jack Henry, 16, hasil perkahwinannya dengan bekas suaminya, aktor Dennis Quaid. Dia mengambil anak angkatnya itu selepas melawat China selama lapan hari.


PASANGAN bahagia Seal dan Heidi bersama anak-anak mereka.

Inspirasi karakter Walt Disney Kita semua mungkin pernah terfikir untuk menukar nama berdasarkan karakter kartun kegemaran semasa kecil. Apabila hasrat ini tidak tercapai, ramai yang memilih untuk menamakan anak mereka berdasarkan nama-nama tersebut.

Halle Berry juga menggunakan inspirasi yang sama apabila menamakan anak perempuannya, Nahla Ariela Aubry. Nahla jika diterjemah dalam bahasa Arab bermaksud madu lebah. Manakala Ariela pula bermaksud singa.

Bagaimanapun, nama itu boleh dikaitkan dengan dua filem Walt Disney, The Lion King dan The Little Mermaid.

Dalam The Lion King, salah seekor singa bernama Nala dan Ariel pula adalah watak utama dalam The Little Mermaid.

“Halle merupakan peminat setia animasi Walt Disney. Dia mengambil nama watak kegemarannya dan menambahkan huruf yang disukai,” kata satu sumber.

Aktres berusia 41 ini yang melahirkan anak pertamanya dengan Gabriel Aubry di Los Angeles 16 Mac lalu memberitahu dia dan Gabriel sebenarnya menghadapi kesukaran untuk bersetuju atas pilihan nama anak mereka itu.

“Pemilihan nama adalah sukar sebelum kami bertemu dengan dia (Nahla). Jadi kami hanya membuat keputusan mengenai nama sebelum meninggalkan hospital,” ujar Halle.


MEG RYAN bersama Daisy.

Nama Suri dipertikaikanApabila memikirkan nama-nama pelik, ramai yang akan tertanya-tanya dengan maksud kepada nama yang diberikan. Dan semasa Tom Cruise dan Katie Holmes menyambut kedatangan anak pertama mereka, Suri, pelbagai spekulasi timbul.

Suri, dalam bahasa Yahudi kuno bermaksud ‘puteri’ sementara dalam bahasa Parsi ialah ‘mawar merah’. Namun, menurut pengamal bahasa Yahudi, nama Suri adalah satu perkataan asing.

Sejak nama itu diberikan, pengacara radio dan televisten Israel berdebat mengenai kewujudan perkataan itu.

“Tiada orang di sini yang pernah mendengar perkataan itu,” kata seorang pengacara Radio Tentera Israel mengenai perbincangan nama itu.

Suri yang dilahirkan di Los Angeles merupakan anak pertama bagi Holmes. Cruise mempunyai dua anak angkat, Isabella dan Connor hasil daripada perkahwinannya dengan aktres Nicole Kidman.

Kosmo

Mawi Pilih Siti Haida

2 Oct

Oleh WANDA IDRIS dan MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

SETELAH putus tunang Julai lalu, penyanyi popular tanah air Mawi sudah menemui pengganti bekas tunangnya, Nordiana Mohd. Naim.

Nampaknya hati Mawi yang genap usianya 25 tahun pada Ogos lalu telah dicuri oleh gadis bernama Siti Haida.

Malam Selasa lalu, Mawi secara terus terang meluahkan perasaannya kepada Siti Haida. Bukan main syahdu apabila Mawi merayu-rayu nama gadis itu.

Cepat benar jejaka Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini kembali bercinta. Tetapi masalahnya siapakah Siti Haida itu? Cantik dan bertudungkah? Apakah dia seorang pelakon popular dan kontroversi atau hanya gadis kilang seperti Nordiana?

Buat peminat fanatik Raja SMS itu, jangan cepat menggelabah pada bulan Ramadan ini. Penyanyi kesayangan anda itu hanyalah bercinta dalam lagu yang bertajuk Siti Haida.

Siti Haida merupakan lagu nyanyian Jeffrydin yang popular sekitar era 60-an. Lagu itu terkandung dalam album terbaru Mawi yang berjudul Idolaku Yang Tercinta.

Mawi baru sahaja memulakan rakaman album tersebut malam Selasa lalu. Melalui lagu Siti Haida, Mawi berduet bersama Jeffrydin. Pasti ramai yang menantikan gaya twist 60-an Mawi.

Selain penyanyi ikon 60an itu, Mawi juga bakal berduet dengan ramai penyanyi popular tanah air, antaranya M. Nasir, Ramli Sarip, Hattan, Jay Jay dan Ogy Ahmad Daud.

Album Idolaku Yang Tercinta bakal menemui peminat industri muzik tanah air pada November ini.

“Seronok dapat bekerjasama dengan mereka. Ada lagu baru dan lama yang kami rakamkan,” cerita Mawi. Mawi ditemui ketika bersahur di Restoran Rebung, Bangsar baru-baru ini.

Dengan kemunculan Mawi bersama nama-nama besar tersebut, populariti juara AF3 itu dijangka berterusan walaupun dia dihimpit kisah kontroversi.

Filem Aduh Saliha

Baru-baru ini heboh cerita komposer tersohor tanah air M. Nasir ingin membawa lagu berhantu Mawi, Aduh Saliha, ke layar perak.

Bekas pengetua AF3 itu dikatakan ingin menawarkan watak hero untuk filem komedi dan seram itu kepada Mawi.

Peluang berjumpa Mawi pada acara makan sahur itu memberi ruang untuk bertanyakan Mawi lebih lanjut tentang cerita yang akan membawanya ke layar besar.

Mawi tidak menafikan dia pernah diusulkan cadangan untuk terlibat sama dalam filem itu oleh M. Nasir.

“Namun segala-galanya bergantung kepada jadual saya. Saya difahamkan hanya pada bulan April tahun depan baru saya ada kelapangan masa,” kata Mawi.

Namun Mawi memberitahu dia mempunyai prinsip apabila berlakon kelak.

Jejaka berkulit sawo matang itu menegaskan dia tidak mahu melakonkan adegan romantis dan berpegangan tangan dengan pelakon wanita.

“Kenapa saya tidak mahu? Kerana saya tidak suka. Itu sahaja,” jawab Mawi ringkas yang teringin berlakon dengan heroin pujaannya, Salma Hayek.

Sibuk sepanjang Ramadan

Di celah-celah kesibukan sepanjang bulan Ramadan ini, penyanyi popular Mawi ingin mengajak semua peminat fanatiknya berbuka puasa dan berterawih beramai-ramai pada 15 Oktober ini di Hotel Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur.

Menariknya, majlis yang akan bermula pada pukul enam petang itu terlebih dahulu bakal dihiburkan oleh Mawi bersama artis-artis undangan seperti Zila dan Diddy dari Akademi Fantasia 4 (AF4).

Seterusnya, majlis akan dihentikan apabila tiba waktu berbuka sebelum persembahan nyanyian diteruskan sehingga solat Isyak.

Hotlink, Maestro Talent & Management, Mawi World Sdn. Bhd., (WWSB) dan Kelab Sahabat Mawi (MawiFC) bergabung menganjurkan majlis yang julung-julung kali itu.

Keistimewaan kemunculan Mawi nanti ialah persembahannya bersama kumpulan Wariqisalam.

Wariqissalam merupakan kumpulan nasyid yang dianggotai oleh Mawi dan enam rakan-rakannya di Felda Taib Andak, Kulai, Johor sebelum dia menjadi bintang popular.

Mawi dijangka mendendangkan dua buah lagu baru yang terkandung dalam album pertama kumpulan tersebut yang bakal berada di pasaran Disember ini.

Sementara itu, pihak yang berhajat membuat tempahan meja pada majlis itu boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi MawiFC di talian 017-3139963 atau 012-2849604 dan MWSB di talian 017-2987964.

Sebahagian daripada wang tempahan meja itu akan didermakan kepada rumah-rumah anak yatim dan warga tua.

Bersempena majlis itu juga, MawiFC bersama penaja dan penganjur utama UdaDayaurus Sdn. Bhd., anak syarikat UDA Holdings Berhad, akan mengadakan satu pertandingan azan.

Pertandingan itu terbuka kepada ahli-ahli MawiFC dan orang ramai. Pakej umrah bakal menanti pemenang utama pertandingan melaungkan azan berbuka pada majlis itu.

Mereka yang berminat boleh menghubungi urusetia pertandingan di talian 017-8793790 (Ita) dan 017-2384475 (Awie).

Pejabat Mawi World

Biarpun baru setahun jagung bergelumang dalam bidang seni namun Mawi sudah melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan.

Sejak awal tahun ini, Mawi telah menubuhkan syarikat Mawi World. Minggu lalu, syarikatnya telah mempunyai ruang pejabatnya sendiri iaitu sebuah rumah kedai yang disewanya di Taman Desa, Kepong, Kuala Lumpur.

“Bisnes ini adalah sebagai persediaan saya. Arwah bapa juga menasihati saya supaya beringat-ingat,” kata Mawi.

Selain mengedarkan barangan berupa kemeja-T, topi dan kopiah, Mawi World turut melibatkan diri dalam penerbitan album.

Album sulung terbitannya yang akan dimulakan rakamannya tidak lama lagi ialah album kumpulan Wariqisalam. Mawi sendiri terlibat dalam album itu yang akan dipasarkan Disember ini.

Berkonsepkan lagu nasyid berirama 70-an dan 80-an, album itu akan dipromosikan oleh Maestro Talent and Management.

Sempena bulan Ramadan ini, Mawi World memperluaskan perniagaannya dengan menjual kad raya dan sampul duit raya selain melancarkan air mineral jenamanya.

“Pelan-pelan kayuh,” kata Mawi berjenaka ketika diusik tentang perniagaannya itu.

Tiga album MTV

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani baru saja menghasilkan tiga album MTV iaitu MTV Karaoke Yang Tercinta, Selingkar Kisah Mawi dan Konsert Fantasia Mawi.

Pelancaran tiga album MTV itu telah disempurnakan oleh Pemangku Presiden Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia, Ruhani Abdul Rahman baru-baru ini.

Menurut Mawi, terdapat dua versi bagi MTV album Yang Tercinta iaitu versi nyanyian bersama karaoke dan versi video yang diselang selikan dengan interviu khas.

Turut diselitkan dalam versi video ialah klip video animasi CG yang dicipta oleh Siew Wai Hor.

Album Selingkar Kisah Mawi memuatkan kisah perjalanan hidupnya sejak pertama kali menyertai AF hingga bergelar artis rakaman.

Turut dimuatkan dalam VCD itu ialah klip video lagu tema filem Pesona Non Grata berjudul Hanya Untukmu dendangan Mawi.

VCD Konsert Fantasi Mawi merakamkan suasana konsert itu yang berlangsung pada awal bulan lalu tanpa sebarang suntingan.

Utusan Malaysia

Romance In The Air

7 Feb


Romance in the air

FALL IN love this Valentine’s Day (February 14) as HBO sweeps you off your feet with 11 hauntingly beautiful romantic tales that will move you.

The marathon begins at 6 a.m. with a romantic drama “Mr. Jones” starring Richard Gere. Can a one-night stand have a happy ending? Find out for yourself in an unforgettable romantic hit “Fools Rush In”, which will be aired at 8.15 a.m. starring Mathwe Perry and Salma Hayek. This will be followed at 10.30 a.m. by the tear-jerker “Always” starring Richard Dreyfuss and Holly Hunter.

Does life come to a standstill when you suddenly lose you soul mate? Claire Danes, Peter Gallagher and Michelle Pfeiffer star in the romantic emotion drama “To Gillian On Her 37th Birthday”, which will be telecast at 1.00 p.m.

Commitment is not an easy task and surely not Mike Myer’s cup of tea. Watch the comic extraordinaire, Mike Myers in “So I Married An Axe Murderer” at 3.00 p.m.

It might be easy to adore and love someone but it is exceedingly difficult to convey your emotions. Watch “Roxanne” at 5.00 p.m. featuring Steve Martin and Daryl Hannah. “That Old Feeling” will be on air at 7.15 p.m.

He fell in love for the first time… she fell in love forever. And this is the theme of a romantic drama about an aging playboy who falls for a sweet, but terminally ill, young woman. Starring Richard Gere and Charlotte, “Autumn in New York” will be telecast at 9.30 p.m.

Nominated for three Oscars, “Ghost” (11.45 p.m.) is a touching love story that bagged the Best Original Screenplay Trophy.

Fresh-out-of-jail, short order cook Al Pacino meets waitress Michelle Pfeiffer in “Frankie and Johnny”, a culinary romance at 2.15 a.m.

Opposites do attract! “White Palace” (4.30 a.m.) is a sophisticated love story and tells us about how true love can blossom in the most unexpected of places. So get set to enjoy a marathon session of movie-watching on Valentine’s Day.


Hindu On Net