Archive | Asmawi Ani RSS feed for this section

Rezeki Mawi Selepas Kahwin

28 Apr

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

SEKELUMIT pun tiada perasaan cemburu atau dendam apabila terpaksa merelakan gelaran Bintang Paling Popular yang disandangnya selama tiga tahun berturut-turut beralih tangan kepada pendatang baru, Ahmad Nabil Ahmad.

Bahkan, kekalahannya itu diterima dengan hati terbuka serta penuh sedia oleh pemenang anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH), Asmawi Ani (Mawi), 28, 12 April lalu.

Biarpun, masih ada suara nakal cuba menduga perasaannya lantas memecahkan tembok egois Mawi sebagai lelaki, nyata tidak seperti mula-mula dulu, Mawi sekarang lebih matang dan tenang dalam menghadapi setiap keadaan.

Malah Mawi akui ada mengatakan popularitinya jatuh selepas berkahwin dan kegagalannya mempertahankan gelaran itu dijadikan bukti.

Siapa kata bintang juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu sudah pudar meskipun bukan lagi artis paling popular? Buktinya, Mawi masih menjadi pilihan untuk menjadi duta produk mereka.

Baru-baru ini berlangsung majlis pelantikannya selaku duta makanan segera Marybrown selepas dilamar penghujung tahun lalu.

Kata Mawi, tawaran itu dianggap rezeki kahwin. Akui Mawi, rezekinya makin bertambah sejak berkahwin dan mungkin inilah dikatakan rezeki berkahwin.

“Biarpun ada pihak mendakwa populariti akan jatuh selepas mendirikan rumah tangga, saya reda dan terima dengan hati terbuka.

“Pelantikan sebagai duta Marrybrown ini barangkali menjawab segala persoalan yang pernah diajukan sebelum ini. Seperkara yang jelas, saya cukup berpuas hati dengan anugerah yang pernah dimenangi tiga tahun berturut-turut itu.

“Saya tidak terkilan tak dapat mempertahankan kedudukan bahkan berasakan biarlah orang baru pula merasai kejayaan itu kerana saya sudah rasa semua itu,” katanya.

 

 

Jenama makanan segera itu bukanlah asing kepada Mawi bahkan ketika zaman remajanya, Marrybrown di Kulai, Johor sering menjadi lokasi dia dan teman beriadah.

“Saya masih ingat masa budak-budak dulu. Kalau hendak melepak dengan kawan-kawan, mesti ajak pergi MB (singkatan Marrybrown) di Kulai (Johor).

“Maklumkan, pekan kecil belum begitu membangun ketika itu, dapat lepak di MB sudah kira gempak dan ‘standard’. Menu pilihan saya set ayam dua ketul (ketawa).

“Tapi waktu itu mati-mati saya ingat MB produk luar negara. Jujur saya katakan, sebenarnya saya sendiri baru tahu Marrybrown ini produk tempatan yang diusahakan orang Johor. Difahamkan, di China ia mempunyai 250 rangkaian restoran.

“Terkejut berbaur bangga kerana siapa sangka produk Malaysia mampu jadi pengusaha makanan segera di peringkat antarabangsa. Saya kira ini satu pencapaian yang hebat,” katanya.

Bukan sekadar menjadi duta, Mawi juga mempunyai perancangan untuk membuka francais Marrybrown sebagai persediaan masa depan.

“Hasrat dan keinginan ini timbul ketika menjayakan penggambaran iklan Marrybrown bulan lalu. Saya terfikir untuk buka francais produk ini sebagai persediaan masa depan.

“Lagipun sampai bila hendak duduk selesa di tahap ini saja, esok lusa kalau sudah tidak laku lagi waktu itu tiada siapa mahu ambil peduli dan mengaku kawan.

“Dengan adanya kedai sendiri pelbagai aktiviti serta majlis dapat dianjurkan seperti pelancaran album selain, menjadikannya sebagai lokasi orang luar menganjurkan majlis.

“Mereka akan tunjukkan kepada saya kertas cadangan mengenai kos, pembahagian persen dan pelbagai lagi syarat. Kalau semuanya berjalan lancar, insya-Allah lokasinya akan dibuka sekitar Kuala Lumpur.

“Bukan tidak mahu mengusahakannya di Johor, tetapi di sana sendiri sudah ada banyak rangkaian Marrybrown,” katanya.

Ditanya kenapa tidak memilih francais makanan segera yang lebih popular seperti KFC atau MCDonals, Mawi berkata, sebagai rakyat Malaysia dia berbangga dengan produk tempatan dan sama-sama mahu membantu Marrybrown menembusi pasaran yang lebih besar sekali gus menjadikannya sepopular makanan segera yang lain.

Diikat selama dua tahun, difahamkan Mawi dan Marrybrown mempunyai perancangan memperkenalkan set makanan yang digubah mengikut cita rasanya.

Pada majlis sama, Marrybrown turut melancarkan kempen produk terbarunya, Sedapnya Sate yang menelan pelaburan RM500,000 yang meliputi kos pemasaran dan pengiklanan.

Selain Marrybrown, beberapa lagi produk yang memilih Mawi sebagai duta produk adalah DCL, Silky dan Aeras serta beberapa lagi produk yang masih dalam peringkat perbincangan. Antara yang menunjukkan kerjasama positif ialah EON.

Bulan depan, penyanyi yang popular dengan lagu Sujud hasil kerjasama dengana KRU akan terbang ke Melbourne, Australia, diikuti Jun ke Itali dan Hong Kong (Julai) untuk meninjau dan menjayakan lokasi musim terbaru Langkah Mawi.

Apa yang menarik, berbanding musim sebelumnya, Langkah Mawi yang diterbitkan Astro sebelum ini diuruskan sepenuhnya syarikat MW Entertainment Sdn Bhd.

“Sudah sampai masanya saya buat sendiri. Sekurang-kurangnya dapat belajar selok-belok penerbitan apatah lagi saya mempunyai perancangan untuk serius dalam kerja produksi.

“Soal wang bukan masalah besar. Apa yang paling penting, saya dapat meraih seberapa banyak pengalaman. Setakat buka syarikat kemudian tidak tahu apa-apa, lebih baik jangan membazir,” katanya.

Keseriusan Mawi itu jelas terbukti apabila dia mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip dan kini dalam proses menyiapkan skrip telefilem pertama.

“Ia langkah baru saya selain menyanyi. Bagaimanapun, saya cuba elak daripada berlakon begitu juga Ekin kerana saya tidak mahu dilabel syok sendiri.

“Insya-Allah, banyak lagi perancangan sedang diusaha dan diaturkan syarikat saya, MW Entertainment Sdn Bhd,” katanya.

Dalam pada popularitinya dikatakan merudum sebagaimana kemerosotan penjualan album, Mawi tetap gembira

apabila album terbarunya, Allah Habeebi berjaya membolosi pencalonan lima terbaik Anugerah Industri Muzik ke-16 dengan menerima empat pencalonan bagi dua kategori.

Ia merangkumi tiga pencalonan untuk Lagu Nasyid Terbaik bagi lagu Allah Habeebi, Serulah Namanya dan Teman Hakiki selain kategori Album Nasyid Terbaik.

“Syukur penat lelah menyiapkan pembikinan album ini semuanya berbalas. Saya sendiri berasakan pembikinan album ini adalah yang terbaik daripada susunan muziknya dan pilihan lagu,” katanya.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Eraman Sasar RM400j

25 Apr

Oleh Hayati Ibrahim

MALAYSIA Airports (Niaga) Sdn Bhd (Eraman), syarikat milik penuh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) mensasarkan memperoleh jualan runcit RM400 juta tahun ini berbanding RM306 juta tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Umar Bustaman berkata sasaran itu diperoleh hasil jualan produk makanan dan minuman (F&B), cenderamata serta kosmetik di 40 cawangan runcitnya di semua lapangan terbang kendalian syarikat itu seluruh negara kecuali Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSI), Senai, Johor.

“Sebanyak 80 peratus daripada sasaran berkenaan disumbang daripada cawangan runcit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

“Bagaimanapun, jika ekonomi kurang stabil dan masih dalam keadaan lembab, sasaran itu mungkin tidak dapat dicapai, tetapi kami yakin mampu memperoleh jualan runcit sekurang-kurangnya RM360 juta,” katanya pada sidang media selepas pelancaran cawangan restoran makanan segera tempatan Marrybrown di LCCT, Sepang, semalam.

 

 

Majlis disempurnakan Pengerusi MAHB, Tan Sri Dr Aris Othman dan Pengurus Besar Kumpulan Marrybrown Fried Chicken Sdn Bhd, Nancy Liew.

Hadir sama, Duta Marrybrown, Asmawi Ani atau Mawi.

Beliau berkata, pembukaan Marrybrown di LCCT membabitkan kos RM1.6 juta hasil program francais antara Eraman dan Marrybrown dan dijangka memberi tambah nilai kepada kepada pengguna di LCCT terutama penggemar makanan segera.

Menurutnya, pelaburan di LCCT membabitkan kos tinggi kerana ia kawasan bangunan dan peralatan baru.

Sementara itu, Nancy berkata ketika ini, Marrybrown mempunyai tiga cawangan di lapangan terbang termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, LTSI dan terbaru LCCT.

“Kami sedang menimbangkan membuka beberapa cawangan Marrybrown di beberapa lapangan terbang lain memandangkan ia lokasi strategik kerana mempunyai aliran trafik yang tinggi.

“Kami sedang mengadakan perbincangan dengan pihak yang berminat menjalankan kerjasama,” katanya.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Mengeluh Tak Datang Awal

22 Apr

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


MINGGU Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 yang berlangsung di Padang B, Plaza Angsana, Johor Bahru di sini terus mendapat sambutan menggalakkan daripada lapisan masyarakat yang berminat untuk meneroka lebih banyak perkara menarik di 206 gerai pameran disediakan.

Jumlah pengunjung turut berganda berbanding hari sebelumnya dengan kehadiran Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustafa dan dua anak Johor yang menempa nama di bidang hiburan iaitu Asmawi Ani (Mawi) dan Mohd Faizal Maas (Ajai).

Lebih menarik, pemandangan di sekitar tapak pameran dan kaunter pelaburan tidak hanya menampakkan wajah golongan dewasa dan berumur saja, tetapi turut dipenuhi pelajar sekolah berpakaian biru putih serta berseluar hijau dengan kemeja kemas.

Ini menunjukkan jumlah orang awam ke tapak MSAM semakin meningkat dan berkembang dari satu lapisan ke lapisan masyarakat yang lain.

 

 

Jika sebelum ini petugas di setiap gerai MSAM tidak menang tangan menerima sambutan luar jangkaan pengunjung, situasi semalam pula bertambah rancak dengan pelbagai aktiviti dan lawatan ke ruang pameran.

Ramai pengunjung bukan saja memuji kelengkapan visual dan penerangan telus daripada pegawai serta kakitangan bertugas, malah ada yang mengeluh berikutan tidak datang awal ke gerai MSAM sejak ia mula dibuka Sabtu lalu.

Secara amnya, seminar khas kewangan dan MSAM adalah antara program pendidikan bersepadu yang dijayakan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi manfaat masyarakat dan pelabur.

Matlamat utamanya ialah pelabur dan masyarakat keseluruhan akan lebih faham mengenai aspek pelaburan dan perancangan kewangan selain lebih peka dengan konsep pelaburan sebenar.

Aktiviti semalam lebih tertumpu kepada agenda bersama Dr Sheikh Muszaphar yang berkongsi pengalaman manis sebagai angkasawan pertama negara.

Kebanyakan pengunjung selesa melepaskan penat di Sudut Pelancaran Produk sambil mendengar celoteh Dr Sheikh Muszaphar serta mengikuti program Potret Kejayaan Anak Johor yang menampilkan Mawi dan Ajai selepas berkunjung ke ruang tapak pameran, kaunter dan gerai.

Golongan belia pula lebih tertumpu kepada ceramah mengenai kerjaya sambil bersantai dengan mengikuti permainan menguji minda yang disediakan di Studio Kerjaya.

Bagi pengunjung yang ingin merebut hadiah lumayan berbentuk motosikal, komputer riba dan basikal, mereka tidak melepaskan peluang meneliti maklumat yang disediakan di sepanjang ruang pameran sambil mencari jawapan bagi soalan kuiz yang disediakan penganjur.

Pengunjung, Abd Rahman Mustapha, 61, berkata daya tarikan MSAM cukup bagus sehingga mampu menarik kunjungan ramai masyarakat sekitar.

“Saya kagum dengan sambutan yang diberikan masyarakat sekitar apalagi remaja yang dilihat semakin kurang berminat mengikuti pameran sebegini.

“Ini masa paling sesuai untuk generasi muda mendalami pelbagai ilmu dan asas pelaburan untuk masa depan,” katanya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Faridah Dalail, 30, berkata MSAM pentas terbaik untuk warga negara ini menambah pengetahuan dalam bidang pelaburan.

“Jika diperhatikan, banyak perkara berkaitan pelaburan yang nampak mudah, tetapi kita tidak faham dan sering membuat tanggapan salah.

“Kunjungan ke MSAM pasti banyak membantu masyarakat khususnya untuk golongan muda merancang masa depan keluarga dan pendidikan anak-anak mereka,” katanya.

Menurut Faridah, pendekatan kuiz juga bagus berikutan ia mampu menarik minat pengunjung untuk membaca dan mengetahui latar belakang serta asas pelaburan.

“Secara tidak langsung, pengunjung yang menyertai kuiz berkenaan menambah pengetahuan mereka mengenai pelaburan,” katanya.

Harian Metro

BORAK LOKASI: Sudut Berbeza Selebriti Tempatan

16 Apr

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap
MASIH terngiang-ngiang adegan usik-mengusik antara pengacara berpengalaman, Raja Azura (Kak Engku) dan juara Raja Lawak musim 2, Ahmad Nabil Ahmad (Nabil) ketika menghadiri rakaman blok kedua Ewah Ewah di Capital Studio, Bandar Sri Damansara, 19 Mac lalu.

Kata Raja Azura, “Engkau ini popularlah Nabil, mesti boleh menang Bintang Paling Popular (merujuk kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008).”

Kenyataan itu disambut spontan oleh Nabil, “Kalau saya menang kak, saya bawa akak pusing-pusing naik kereta satu bulan.”

Siapa sangka, gurauan Raja Azura itu menjadi kenyataan apabila Nabil diumumkan pemenang anugerah tertinggi ABPBH2008 yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu, Bintang Paling Popular dengan memenangi kereta Nissan Sylphy? Tidak sekadar mengetepikan Raja SMS, Asmawi Ani yang menyandang gelaran itu tiga kali berturut-turut, Nabil juga menang dua lagi kategori, Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular.

Penerbit program Ewah Ewah, Leo Rauf Makmur, 39, berpendapat, sama ada Nabil mahupun Raja Azura, kedua-duanya adalah pengacara yang cukup hebat.

“Saya sudah bekerja dengan banyak produksi dan program ‘game show’ seumpama ini termasuk di Indonesia, tetapi inilah pertama kali bertemu dua pengacara yang cukup serasi, berbakat, spontan, lucu dan profesional.

“Mereka mengacara tanpa sebarang skrip sebaliknya hanya diberikan sedikit garis panduan mengenai setiap permainan dalam segmen tertentu,” kata Leo yang diberi kepercayaan menerbitkan tujuh episod blok kedua ‘game show Ewah Ewah.

Selain Leo, dua lagi produser, Saifullizzam Mohd Lizah (7 episod) dan Nurhul Huda Khalid (enam) turut dilantik sebagai penerbit. Berbeza dengan blok pertama, blok kedua menampilkan setiap peserta terdiri daripada selebriti tempatan.

“Blok pertama dulu, kami gabungkan artis dengan peminat, peminat dengan peminat, tetapi untuk blok kedua ini semua peserta adalah selebriti tempatan sama ada veteran, artis baru mahupun yang popular.

“Perubahan ini dilakukan atas permintaan penonton yang mahu melihat artis kesayangan mereka dalam satu program yang memaparkan sudut berbeza dari kehidupan glamor mereka. Selain itu, permainan yang ditampilkan adalah hasil perbincangan semua pihak,” katanya.

 

 

Menyertai TV3 kira-kira setahun enam bulan lalu, bekas graduan Penyiaran Televisyen dari Universiti California State Of Los Angeles ini berasal dari Jakarta, Indonesia.

Sebelum berhijrah ke negara ini, Leo pernah bertugas dengan stesen televisyen gergasi di Indonesia, Indosiar dari 1994 hingga 1998, syarikat produksi Triwarsana selain pernah menerbitkan program TV3, Siapa Boleh pada 2003 hingga 2004.

Dia mendapat peluang bertugas di negara ini ketika Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima TV Network, Datuk Seri Farid Ridzuan, memenuhi kunjungan ke beberapa stesen televisyen terbesar di Indonesia sekitar 2007.

“Saya dimaklumkan seorang teman Datuk Farid sedang mencari produser berbakat Indonesia untuk bekerja di TV3. Atas desakan teman, saya menghantar ‘resume’ dan tidak sangka dipilih.

“Sememangnya menjadi impian saya untuk bekerja di luar Indonesia untuk menimba pengalaman di negara orang dan tidak sangka impian saya sudah tercapai sekarang.

“Bukan soal bayaran yang saya kejar kerana di Indonesia bayarannya juga mahal, tetapi kerjanya tidak setimpal,” katanya.

RANCANGAN: Ewah Ewah

PENERBIT: Leo Rauf Makmur, Saifullizzam Mohd Lizah, Nurhul Huda Khalid

PENERBIT EKSEKUTIF: Fadzliniza Zakaria, Khalijah Mohamed

PENOLONG PENERBIT: Rozilawati Mohd Zainordin, Adanan Azam, Mohd Syukri Idrus, Nurul Nisha Mohd Nasir, Hakimy Mohd Rudi, Mohd Sharul Naim Suar, Nur Athira Kamal Hisham

PENERBIT TEKNIKAL: Wan Anuar Wan Ali

PENGACARA: Raja Azura dan Ahmad Nabil Ahmad.

PENJAGA MARKAH: Nina Nichol

AKAUNTAN: Mohd Afiq Aizuddin Ramli

PEREKA SET: Ishak Ismail

JURUSOLEK: Alias Mohd Zain, Suriati Sham, Teresa Goh

PENATA GAYA: Aizurawaty Mohd Nawi dan Rohaidi Hashim

PENYELENGGARAAN MONITOR: Mohd Zainuri Ismail

OB/UNIT SIARAN LUAR: Mohd Basri Othman, Khairul Anuar Ahmad, Zakaria Ali

JURU LAMPU: Muliadi Abas, Rosdi Ishak

JURU AUDIO: Mohd Khalid Omar, Kenneth Michael

JURUKAMERA: Mohd Faizu Husin, G Ghanamoorthy, Samsol Bakar, Mohd Effendi Dzulkifli, Rudiahdi Nurdin, Adham Mutahir

KOORDINATOR PENONTON: Siti Atikhah Mohd Zubir

SIARAN: Setiap Isnin, Selasa dan Rabu, jam 11 pagi

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Nabil Menyinar, Siti Bertahan

14 Apr

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

BARU setahun jagung dalam industri, tetapi Ahmad Nabil Ahmad, 26, yang dicungkil bakatnya menerusi program Raja Lawak musim kedua mencatat kejayaan besar pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang berlangsung gilang-gemilang di Arena of Stars, Genting Highlands malam kelmarin.

Nabil bukan saja menang Artis Baru Lelaki Popular dan juga Pelakon Komedi Lelaki Popular malah anak muda dari Mambau, Negeri Sembilan ini mengalahkan nama besar dalam industri untuk Bintang Paling Popular sekali gus mengetepikan Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi yang mengunggulinya tiga tahun berturut-turut sejak 2005 dan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bagi Nabil, anugerah itu cukup bermakna kerana ia pengitirafan paling besar dalam kerjayanya sebagai anak seni. Sepanjang pembabitannya, Nabil membintangi tujuh filem iaitu Sifu dan Tongga, Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Notti, Pisau Cukur, Momok The Movie dan Eee…Hantu.

Selain itu, dia juga menjadi pengacara dalam program Lu Pikirlah Sendiri dan gandingannya dengan Raja Azura dalam Ewah-Ewah.

“Saya sedar kejayaan ini mendadak sekali kerana dalam tempoh setahun saya dapat tiga trofi sekali gus.

Justeru, sama ada saya mampu mempertahankan trofi Bintang Paling Popular ini pada penganjuran akan datang, semuanya saya serahkan 100 peratus kepada peminat.

“Sebagai artis, saya hanya pastikan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa saya lakukan,” katanya.

Katanya, kejayaan itu khusus buat keluarga, teman istimewa, Irma Hasmie dan peminat yang menyokongnya.

“Ia menyuntik semangat kepada saya untuk bekerja lebih keras dalam memantapkan prestasi lakonan dan pengacaraan dari semasa ke semasa.

“Kejayaan itu tidak sekali-kali menjadikan saya lupa diri dengan populariti dikecapinya. Saya masih Nabil yang dulu. Saya juga tidak akan ‘demand’ atau menaikkan harga untuk tawaran mengacara atau berlakon semata-mata sebab sudah menang anugerah.

 

 

“Dalam krisis ekonomi sekarang, sebenarnya, saya masih boleh pertimbangkan dengan bayaran mengacara serendah RM1,000 atau RM2,000 dalam satu persembahan,” katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Nabil yang mengagumi pelawak ‘stand up comedian’ seperti Harith Iskander dan Afdlin Shauki berkata, dia bercita-cita menempa nama sebagai pelawak di peringkat antarabangsa.

“Jika Datuk Siti berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang nyanyian di Royal Albert Hall, London pada 2005, saya juga bercita-cita mengharumkan nama negara sepertinya tetapi sebagai pelawak. Cuba bayangkan, orang asing yang tidak tahu bahasa dan budaya kita mendengar lawak jenaka saya.

“Selain itu, saya juga ingin mengembangkan cabang lakonan sedia dalam misi menjadi pelakon versatil pada masa depan. Malah, saya bercadang mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan tahap penguasaan sedia ada,” katanya.

Jika Nabil menyinar dalam tempoh setahun jagung, Siti yang meraikan ulang tahun ke-14 dalam dunia seni April ini, belum mampu digugat sesiapa untuk Penyanyi Wanita Popular.

Dalam majlis yang disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam itu, penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang pada 11 Januari 1979 ini mempertahankan gelaran buat kali ke-12 sejak 1996.

Ternyata kontroversi dikaitkan dengan Siti dan status isteri tidak menggugat populariti pasangan kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini sampai sekarang.

Bagi Siti yang anggun dengan busana dari pereka terkenal, Iszal Ismail dan Rizman Ruzaini pada malam itu, dia mampu mempertahankan trofi itu sekian lama kerana kepercayaan peminat.

“Kejayaan ini kerana kerja keras peminat setia yang tidak pernah berbelah bagi menyokong kerjaya seni dari belakang. Sekalipun format pengundian ABPBH sudah berubah tahun ini, nampaknya peminat terutama ahli kelab peminat, CT Zone tetap setia mengundi saban tahun.

“Sebagai penyanyi, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membaiki aspek persembahan dari semasa ke semasa untuk kepuasan diri dan peminat. Pada masa sama, saya pastikan peningkatan dari segi kualiti album yang dihasilkan saban tahun.

“Contohnya, bingkisan album terbaru, Lentera Timur mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sejak menjengah pasaran dan fokus saya untuk mempromosikan album ini dengan lebih giat lagi dengan teknologi terkini sedia ada menerusi syarikat sendiri,” katanya.

Siti juga sebak ketika menerima anugerah pada malam itu mengenangkan arwah bapanya, Tarudin Ismail yang meninggal dunia pada usia 67 tahun pada 15 Februari lalu.

Mengenai kejayaan Nabil yang mengungguli trofi Bintang Paling Popular ABPBH08, Siti berkata, Nabil berhak mendapat anugerah itu kerana kerja kerasnya sejak setahun lalu.

“Nabil banyak berlakon filem dan banyak buat program sejak tahun lalu. Saya juga menonton program lawak yang dikendalikannya dan menyukai lawak jenakanya,” katanya.

Pada malam anugerah itu menyaksikan kejutan bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular kerana menyaksikan kemenangan berpihak pada pelakon Que Haidar apabila menewaskan sifunya dalam bidang lakonan, Rosyam Nor yang mengungguli gelaran itu selama tujuh kali sejak 1997. Mungkin tuah pengantin baru dan bakal bergelar ayah.

Bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, pelakon Norkhiriah berjaya mengambil alih trofi yang dipertahankan pelakon Sheila Rusly sejak 2003, tetapi tahun ini Sheila tidak masuk dalam senarai Top 5 sebaliknya menyaksikan saingan dengan Amyza Adnan, Sheila Mambo, Ruminah Sidek dan Kencaha Dewi.

Bagaimanapun, Norkhiriah yang memikat peminat melalui siri Pepaya, tidak hadir untuk menerima trofi dimenangi begitu juga Dynas yang menang Pelakon TV Wanita Popular untuk dua tahun berturut-turut.

Kategori lain tidak banyak berubah iaitu Mawi mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular buat kali keempat sejak 2005, Rosyam (Pelakon TV Lelaki Popular) sejak 2004, Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular) buat kali keenam sejak 2003 dan Fara Fauzana (Penyampai Radio Wanita Popular), (Pengacara TV Wanita Popular) dan Rabbani (Penyanyi Nasyid Popular) tujuh kali sejak 2001.

Kategori Pelakon Filem Wanita Popular pula menyaksikan kemenangan berpihak kepada Maya Karin yang pernah memenanginya pada 2005 manakala Faizal Ismail dua kali berturut-turut menang Penyampai Radio Lelaki Popular. Kategori lain, Artis Baru Wanita Popular (Stacy) dan Penyanyi Duo/Berkumpulan Popular (Meet Uncle Hussain).

Penyanyi Jamal Abdilah menerima anugerah khas, Anugerah Sepanjang Hayat kerana kecemerlangannya sebagai penyanyi sejak menjuarai Bintang RTM 1979.

Secara keseluruhannya, majlis dikendalikan dua pengacara popular, Sharifah Shahirah dan Adlin Aman Ramlie dengan tema Sentuhan Tenun itu menghiburkan. Antara yang menarik ialah persembahan Siti dengan lagu dari album Lentera Timur, Di Taman Teman.

Kumpulan Kristal berkolaborasi dengan artis Pop Yeh Yeh, Datuk A Rahman Hassan dengan lagu Tak mengapa, L Ramlie (Ayahku Kahwin Lagi) dan Datuk Jeffrydin (Kenanganku).

Selain itu, persembahan segmen khas untuk Jamal melalui Siti Sarah (Kekasih Awal dan Akhir), Diddy (Azura) dan Ayu OIAM (Perjalananku). Sarah dan Ayu juga berduet dengan Jamal menerusi Sandarkan Pada Kenangan (Sarah) dan Kehebatan Cinta (Ayu). Tidak ketinggalan, persembahan penutup Faizal Tahir dengan lagu Bencinta. Persembahan lain, Diva Anita Sarawak dengan lagu Akhirnya Kini Pasti, Stacy (Gagap), Aizat (Hanya Kau Yang Mampu), Farah Asykin (Hello) dan Hujan (Dugaanku).

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Nabil Mampu Gugat Mawi, Siti?

11 Apr

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap
SIAPAKAH yang bakal mengungguli trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 bagi edisi ke-22 malam esok? Semua persoalan itu bakal terjawab pada malam kemuncak majlis gilang-gemilang ABPBH08 yang akan disiarkan secara langsung dari Arena of Stars, Genting Highlands di TV3, jam 9 malam.

Senarai penuh pencalonan akhir ABPBH08 juga menyaksikan bintang realiti TV dan band indie tempatan antara 28 muka baru yang mendominasi beberapa kategori tertentu daripada seramai 80 penyanyi, pelakon dan personaliti disenaraikan sekali gus bersaing dengan nama popular.

Kategori paling mencuri tumpuan sudah pasti gelaran Bintang Paling Popular yang bakal membawa pulang pelbagai hadiah lumayan termasuk kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Ramai menjangkakan malam kemuncak acara berprestij ini bakal menyaksikan kejutan kerana ada nama baru yang akan menang beberapa kategori utama dari 16 kategori dipertandingkan.

Calon kegemaran yang disebut-sebut memberi saingan sengit kepada Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza untuk membawa pulang trofi Bintang Paling Popular ialah bintang yang digilap daripada program realiti Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 26 atau nama komersialnya, Nabil Raja Lawak.

Nama dan populariti Nabil meningkat dengan mendadak dalam tempoh setahun berkecimpung sebagai anak seni. Setakat ini tujuh filem dilakonkan iaitu Sifu dan Tongga, Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Notti, Pisau Cukur, Momok The Movie dan Eee…hantu.

Selain berlakon filem, Nabil yang hangat bercinta dengan pelakon Irma Hasmie ini juga melebarkan sayapnya sebagai pengacara dan terbaru gandingannya dengan Raja Azura dalam Ewah-Ewah.

Difahamkan, undian awal ABPBH08 membuktikan, Nabil menerima jumlah undian melebihi jumlah undi diterima Mawi bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular. Jika jangkaan itu tepat, gelaran yang dipertahankan Mawi sejak tiga tahun lalu akan beralih kepada Nabil, sekali gus melakar sejarah baru dalam anugerah berpestij ini.

Kejayaan ini sekali gus menjadikan Nabil artis komedi kedua berjaya selepas Saiful Apek bergelar Bintang Paling Popular.

Anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini juga berhadapan laluan mudah untuk mengetepikan artis kelahiran AF seperti Nubhan dan Riz. Begitu juga dua lagi calon, Aiman dan Fizo dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular.

 

 

Kemungkinan besar, Nabil juga bakal mengetepikan nama besar seperti AC Mizal, Afdlin Shauki, Saiful Apek dan Zizan Raja Lawak untuk Artis Komedi Popular.

Betapa hebat pun pengaruh besar Nabil dalam industri seni tanah air, dia lebih suka merendah diri dalam segala hal menyedari baru setahun jagung bergelar anak seni. Malah kata Nabil, dia juga tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

“Saya tidak terfikir pun untuk menjadi finalis pada acara berprestij itu. Sebenarnya, saya cuma jangka untuk tampil menjadi penyampai anugerah, tetapi sebaliknya nama saya dicalonkan dalam dua kategori sekali gus.

“Tapi jika menang nanti, saya tetap bersyukur dan menganggap ia bonus sekali gus menyuntik semangat untuk bekerja lebih keras lagi,” katanya.

Antara artis muda yang menyerlah dan memberi saingan sengit bagi kategori Artis Baru Wanita Popular

ialah bintang yang digilap dari AF, Stacy. Dia juga bersaing dengan empat lagi calon iaitu Ayu (OIAM), Lisa Surihani, Sari Yanti dan Scha.

Namun, dia berhadapan cabaran sengit kategori Penyanyi Wanita Popular kerana berhadapan dengan Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Mila dan Elyana. Bagi Stacy, sekadar dicalonkan dalam senarai Top 5 dalam ABPBH 2008, sudah cukup bermakna buatnya.

“Saya tidak mengharap kemenangan untuk Penyanyi Wanita Popular kerana semua sedia maklum, Siti sukar digugat artis lain.

“Saya juga bersaing dengan ramai bakat baru yang tidak kurang hebatnya untuk Artis Baru Wanita Popular. Kalau menang, ia rezeki tapi kalau kalah, saya akan bekerja lebih keras lagi untuk pencalonan tahun depan,” katanya.

Seorang lagi calon yang tidak boleh dipandang ringan untuk Artis Baru Wanita Popular ialah pelakon yang popular menerusi drama Kaisara, Sari Yanti.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana saingan kategori ini hebat belaka,” katanya.

Kategori penyanyi Duo/Berkumpulan Popular menyaksikan penguasaan band indie tempatan seperti Estranged, Hujan dan Meet Uncle Hussain. Ketiga-tiga band ini mempunyai kekuatan dan pengikut tersendiri.

Kemunculan pelakon kacak kelahiran Singapura, Aaron Aziz untuk Pelakon TV Lelaki Popular juga tidak boleh diperlekehkan. Aaron berhadapan calon berpengalaman Rosyam Nor dan pelakon popular lain, Que Haidar, Aqasha, Ashraf Muslim dan Fahrin Ahmad.

Ashraf yang popular dalam Puaka Ning Rapik dan drama bersiri Yusuff juga tidak boleh dipandang ringan dan mampu menggugat Rosyam yang menggungguli kategori ini sejak 2004. Manakala untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Rosyam mengungguli kategori itu selama tujuh kali sejak 1997.

Sementara itu Siti yang kini mempertaruhkan bingkisan album terbarunya Lantera Timur, dijangka terus mempertahankan trofi Penyanyi Wanita Popular yang sudah sedekad dalam gengamannya.

Apapun kontroversi yang pernah dikaitkan dengan Siti ternyata tidak menggugat populariti isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini sekali gus mengetepikan dengan mudah semua calon lain.

Kategori Pelakon Filem Wanita Popular pula menyaksikan persaingan tiga nama besar dalam industri lakonan, Erra Fazira, Vanidah Imran dan Maya Karin berbanding dua calon baru, Liyana Jasmay dan Sharifah Amani.

Laluan artis kontroversi, Fasha Sandha untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular nampaknya tidak mudah kerana kemunculan artis yang lebih segar dan laris ketika ini seperti Diana Danielle.

Manakala kehadiran Saiful Apek sekali lagi dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dikatakan boleh menggugat peluang Rosyam Nor untuk mengungguli kategori berkenaan ini.

Untuk Artis Komedi Wanita Popular, kehadiran muka baru, Amyza Aznan, Norkhiriah, Ruminah Sidek dan Sheila Mambo sukar menggugat penguasaan Sheila Rusly yang mengunggulinya sejak 2003. Hanya Kenchana Dewi dicalonkan kali kedua.

Rasanya sukar bagi peminat mengundi pemenang baru kerana memikirkan hadiah lumayan menanti mereka sebaliknya lebih selamat memilih pemenang tahun lalu. Saban tahun ABPBH menyaksikan keputusan sama mungkin kerana sikap berhati-hati pembaca.

Aznil Nawawi juga mengungguli kategori Pengacara TV Lelaki Popular sebanyak lima kali. Tahun ini Aznil bersaing dengan senarai tradisi, AC Mizal, Faizal Ismail dan Ally Iskandar. Aznil juga dicalonkan untuk Penyampai Radio Lelaki Popular.

Fara Fauzana pula dijangka berhadapan laluan mudah untuk mengungguli Pengacara TV Wanita Popular dan bakal mengulangi kejayaan tahun lalu untuk Penyampai Radio Wanita Popular yang dirampasnya dari Linda Onn yang mengungguli kategori itu enam tahun berturut-turut sejak 2001.

Kategori Penyanyi/Artis Nasyid Popular pula menyaksikan nama besar dalam industri nasyid, Rabbani, Hijjaz dan Raihan berhadapan saingan muka baru, Akhil Hayy dan Aiman.

SENARAI FINALIS ABPBH08

1. Pengacara TV Lelaki Popular
* AC Mizal
* Ally Iskandar
* Aznil Hj Nawawi
* Faizal Ismail
* Faizal Tahir

2. Pengacara TV Wanita Popular
* Abby Fana
* Cheryl Samad
* Fara Fauzana
* Juliana Evans
* Nurul Alis

3. Pengacara Radio Lelaki Popular
* AG
* Aznil Hj Nawawi
* Faizal Ismail
* Khairil Rashid
* Kieran

4. Penyampai Radio Wanita Popular
* Abby Fana
* Fara Fauzana
* Leya
* Linda Onn
* Nana

5. Artis Komedi Lelaki Popular
* AC Mizal
* Afdlin Shauki
* Nabil
* Zizan
* Saiful Apek

6. Artis Komedi Wanita Popular
* Amyza Aznan
* Kenchana Dewi
* Noorkhiriah
* Ruminah Sidek
* Sheila Mambo

7. Artis Baru Lelaki Popular
* Aiman
* Fizo
* Nabil
* Nubhan
* Riz Artis

8. Baru Wanita Popular
* Ayu OIAM
* Lisa Surihani
* Sari Yanti
* Scha
* Stacy

9. Penyanyi/Artis Nasyid Popular
* Akhil Hayy
* Aiman
* Hijjaz
* Raihan
* Rabbani

10. Penyanyi Berkumpulan/ Duo Popular
* Estranged
* Fabulous Cats
* Hujan
* Meet Uncle Hussain
* M Nasir & Malique

11. Penyanyi Lelaki Popular
* Adam
* Aizat
* Amy Search
* Mawi
* Nubhan

12. Penyanyi Wanita Popular
* Elyana
* Jaclyn Victor
* Mila
* Siti Nurhaliza
* Stacy

13. Pelakon Filem Lelaki Popular
* Farid Kamil
* Que Haidar
* Rosyam Nor
* Rusdi Ramli
* Saiful Apek

14. Pelakon Filem Wanita Popular
* Erra Fazira
* Liyana Jasmay
* Maya Karin
* Sharifah Amani
* Vanidah Imran

15. Pelakon TV Lelaki Popular
* Aaron Aziz
* Aqasha
* Ashraf Muslim
* Fahrin Ahmad
* Rosyam Nor

16. Pelakon TV Wanita Popular
* Abby Abadi
* Diana Danielle
* Dynas
* Fasha Sandha
* Rita Rudaini

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

'Hidup Saya Lebih Teratur'

6 Apr

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Ekin akui suaminya, Mawi tak banyak kerenah

BINTANG Paling Popular Berita Harian selama tiga tahun berturut-turut, Asmawi Ani, 28, memberitahu kehidupannya kini lebih sempurna dengan kehadiran suri dalam hidupnya sejak tiga bulan lalu.

Makan, pakai tidak lagi perlu dibimbangi sejak Nora’Ashikin Rahmat, 30, menghuni seluruh ruang hati dan mindanya. Jika dulu, makan, pakai dan jadualnya diuruskan pengurus tetapi kini tugas itu lebih banyak ditangani insan bernama isteri.

Bukan saja menguruskan hal berkaitan rumah tangga, malah ada ketikanya Ekin juga mengambil alih tugas pengurus menghantar Mawi ke sana-sini memenuhi urusan kerja.

“Hidup saya kini lebih teratur sejak adanya Ekin. Tiada lagi baju yang kusut kerana Ekin bijak menguruskan rumah tangga. Kini hidup saya lebih sempurna sejak adanya dia,” kata Mawi yang hadir sedondon bersama Ekin dengan pilihan rona kuning terang.

Hal mengenai pakaian memang tidak diambil pusing anak muda berasal dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor kerana perkara itu diserahkan kepada Ekin. Sebaliknya Mawi hanya mengikut apa saja pilihan isteri dan dik kerana itu kebanyakan pakaian mereka sedondon mengikut pilihan Ekin.

Pasangan suami isteri ini hadir di Balai Berita, Berita Harian, baru-baru ini untuk menerima hadiah barang kemas yang dimenanginya sebagai Bintang Paling Popular ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007). Barang kemas tajaan Habib Jewels itu disampaikan oleh Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah sambil disaksikan oleh Pengurus Kanan Pemasaran NSTP, Wan Mohd Rapilin Wan Mohd Nor.

Menurut Ekin, dia gemar memilih warna sedondon kerana terbiasa dengan statusnya sebagai anak kembar. Sejak kecil ibunya membelikan pakaian yang sama dengan kembarnya Ain menyebabkan dia terbawa-bawa sikap itu apabila sudah berumah tangga.

“Ekin memang suka baju yang sedondon kerana sejak kecil sudah terbiasa dengan cara ibu. Apabila sudah berumah tangga sikap itu terbawa-bawa kerana Ekin suka melihat pakaian dari warna yang sama. Tapi bukan bermakna semua baju kami dibeli serentak, ada di antaranya koleksi lama kami yang disuai padan saja,” katanya yang baru saja mengalami keguguran pada Januari lalu.

Biarpun sedikit kecewa dengan dugaan itu, Ekin masih bersyukur sekurang-kurangnya dia masih mampu mengandung. Dia yang tidak sedar sedang hamil, hanya mengesyaki sesuatu yang pelik setelah darah haidnya tidak berhenti-henti selama dua minggu.

Pasangan itu berkata, ketika majlis persandingan di Palace Of The Golden Horses pada 11 Januari yang lalu, mereka berdua mengalami rasa loya dan pening namun tidak mengesyaki sesuatu. Namun setelah pulang berbulan madu dari Korea pada 21 Januari lalu barulah Ekin menyedari dirinya hamil.

“Memang tidak dinafikan kami berdua sedih tetapi dalam masa yang sama kami lebih terkejut kerana saya hamil begitu cepat. Saya tidak tahu yang saya mengandung kerana sebelum ini tarikh datang bulan tidak begitu teratur. Bagaimanapun saya bersyukur sekurang-kurangnya saya mampu mengandung.

“Kami tidak kisah berapa pun rezeki yang diberikan. Tapi kalau ikutkan, Mawi mahukan anak kembar kerana saya sendiri juga kembar. Tapi sebenarnya kami terima rezeki yang diberikan dengan tangan terbuka,” kata Ekin yang gembira dengan hidupnya yang juga bertambah lengkap sejak kehadiran Mawi.

Katanya, dia kini tidak lagi kesunyian kerana mempunyai seseorang untuk dikongsi pelbagai kisah suka dan duka. Mawi juga katanya seorang suami yang tidak banyak kerenah, apa saja yang disediakannya tidak dibantah oleh Mawi.

“Jika Mawi sibuk dengan kerja, saya akan tinggal di rumah sendirian. Tapi kalau bosan, saya akan pastikan semua kerja rumah disiapkan terlebih dulu barulah saya akan keluar bersama kembar ataupun pergi meninjau Mawi di lokasi.

“Kebetulan Mawi bukanlah seorang yang suka menghabiskan masa tidak tentu hala, sebaik habis kerja dia akan terus pulang ke rumah. Di rumah biasanya aktiviti kami diisi dengan bersembang-sembang dan bergurau senda.

“Lagipun kami hanya tinggal berdua saja jadi kami mempunyai lebih privasi,” katanya.

Angin perubahan ABPBH2008

TIGA tahun menggalas gelaran Bintang Paling Popular, Mawi tidak lagi menaruh harapan tinggi untuk merebut gelaran itu buat kali keempat. Raja SMS itu sudah melihat angin perubahan yang berlaku di dalam ABPBH 2008 yang menyaksikan ramai nama baru bangkit memonopoli senarai pencalonan.

“Sudah tiga tahun saya menyandang gelaran Bintang Paling Popular, tapi tahun ini tidak tahu lagi apakah nasib akan menyebelahi diri saya. Jika sekali lagi gelaran itu menjadi milik saya bermakna ia adalah satu sejarah buat diri saya.

“Saya tidak meletakkan sebarang harapan kerana pencalonan tahun ini amat sengit dengan kemunculan banyak artis baru yang sedang panas. Lagipun bukan mudah untuk mengalas gelaran itu kerana tanggungjawabnya berat dan saya perlu menjaga tingkah laku. Bagaimanapun sepanjang tiga tahun itu saya cuba menjadi diri sendiri,” katanya.

Berita Harian

Que, Linda Pilih Ala Kampung

16 Mar

TRADISIONAL...Linda dan Que diarak dengan beca<br> di Felda Taib Andak, semalam.
TRADISIONAL…Linda dan Que diarak dengan beca
di Felda Taib Andak, semalam.

KULAI: Felda Taib Andak sekali lagi mencuri tumpuan masyarakat setempat apabila satu lagi majlis perkahwinan membabitkan pasangan selebriti popular diadakan di penempatan peneroka itu.

Jika 28 Disember lalu, Felda Taib Andak dibanjiri lebih 20,000 penduduk kampung dan peminat penyanyi popular Asmawi Ani (Mawi) dan pasangannya Nora’asikin Rahmat (Ikin), semalam, persandingan pelakon berbakat besar, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar (Que), 29, dan koreografer, Linda Jasmine Hashim, 36, mengulangi sejarah itu.

Bagaimanapun, berbanding majlis perkahwinan Mawi dan Ikin yang tampil dengan pelbagai gimik misalnya ketibaan menaiki helikopter dan kereta mewah, Que dan Linda memilih sentuhan yang lebih ‘tradisional’ dengan menaiki beca ketika berarak ke Dewan Serbaguna Felda Taib Andak, yang turut menjadi lokasi persandingan Mawi.

Pasangan mempelai sama cantik sama padan ini mengenakan persalinan warna emas ditaburi kilauan batu dan manik warna merah delima rekaan Sharifah Kirana tiba di dewan tepat jam 2 petang.

 

 

Sesuai tema ‘tradisional diraja’, majlis yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 5 petang itu dihadiri hampir 5,000 tetamu.

Que berkata, idea menaiki beca itu dibuat kerana dia mahukan sebuah majlis perkahwinan ‘ala kampung’ sekali gus mengembalikan suasana adat perkahwinan penuh tradisi.

“Saya menghadiri mesyuarat dua kali sebelum ini dan memaklumkan kepada ahli jawatan kuasa yang terbabit saya mahukan sebuah perkahwinan ala kampung lalu mereka memberikan idea menaiki beca.

“Idea itu sangat menarik malah Linda turut mempersetujuinya. Justeru, saya serahkan segala kepercayaan kepada keluarga dan orang kampung untuk mengaturkannya,” katanya.

Que yang juga anak watan Felda Taib Andak, lega apabila majlis kedua-dua belah pihak selesai dijalankan seperti dirancang.

Sementara Linda memaklumkan, dia berasa sangat teruja dengan acara yang diaturkan penduduk setempat dan gembira kerana semuanya berjalan lancar.

“Majlis ini cukup istimewa. Bukan saya saja malah seluruh keluarga berasa seronok. Tambah bermakna, kakak saya Susan Mazlin Hashim yang menetap di Amerika sama-sama meraikan majlis ini,” katanya yang memilih Los Angeles sebagai destinasi bulan madu.

Pasangan berbeza usia tujuh tahun ini disatukan sebagai suami isteri pada ‘hari kekasih’ bersamaan 14 Februari lalu itu, menyempurnakan majlis resepsi sebelah pihak pengantin lelaki selepas sebulan satu hari genap tarikh pernikahan mereka yang diadakan di Borak Ombak, Ampang.

Beberapa artis tempatan turut kelihatan antaranya Amy Search yang hadir bersama isterinya, Norhasniza Hassan (Norish) serta Adlin Aman Ramli dan tunangnya, Emilda Rosmila. Hadir sama ibu Linda, Datin Kay Hashim anaknya Qalif Khan, 8, (daripada perkahwinan terdahulu).

Harian Metro

Mahu Buka Restoran Di Korea

19 Feb

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my

BERGURAU senda, saling merenung mata antara satu sama lain dan segala pergerakan badan yang menandakan pasangan itu cukup intim, kelihatan secara semula jadi tanpa dibuat-buat.

Kehadiran pasangan popular Mawi, 28, dan Ekin, 30, pada sesi fotografi di Studio Utusan, Selasa lalu, begitu gamat dengan hilaian tawa mereka.

Bukan main lagi Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani bergaya romantis di samping isterinya yang jelita. Tiada lagi kekok, malah Mawi selamba sahaja mengusik manja si Ekin.

Setelah berada di Korea Selatan selama enam hari bermula 17 hingga 22 Januari lalu, pasangan pengantin baru, Mawi dan Ekin rupa-rupanya membawa pulang cerita baru untuk dikongsi dengan para peminat.

Khabarnya ketika berada di sana, Ekin merasa mual dan loya tekak. Kenapa agaknya? Apakah itu tanda-tanda buah cinta pertama mereka sudah terhasil?

Sebenarnya pemilik nama sebenar Nora’asikin Rahmat merasa mual apabila penduduk di sana menjadikan hidangan khinzir sebagai makanan harian mereka.

“Saya rasa loya tekak apabila melihat penduduk di sana makan daging khinzir pada waktu pagi, petang dan malam.

“Disebabkan susah hendak mencari makanan yang halal, kami terpaksa meredah ke sana ke mari untuk mencari kedai makanan yang halal.

“Sudahlah sejuk dan terpaksa memakai baju sebanyak tiga lapis, maka sudah tentulah perut akan terasa lapar setiap waktu.

“Saya turut mengalami masalah selesema semasa berada di sana. Namun, saya tetap gembira kerana berpeluang bercuti dan berbulan madu di Korea,” akui Ekin.

Mengakui kenyataan Ekin itu, lantas membuatkan Mawi timbul dengan idea untuk membuka sebuah restoran di sana.

Beritahu Mawi, dia dan Ekin menghadapi kesukaran untuk mengisi perut yang lapar, apatah lagi cuaca sejuk sedang melatari negara romantis itu.

“Pernah jugalah saya terfikir untuk mengusahakan restoran masakan Melayu di sana, disebabkan saya sendiri berdepan dengan pengalaman sukar untuk mencari makanan yang halal.

“Saya juga ada menyuarakan idea ini kepada salah seorang wakil Tourism Malaysia.

“Saya agak terkejut jugalah kerana diberitahu oleh Tourism Malaysia bahawa tahun lepas sahaja, seramai 80,000 rakyat Malaysia bercuti ke Korea.

“Mungkin kedatangan rakyat kita ke negara itu akan menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa,” jelasnya.


SEHATI SEJIWA. Mawi dan Ekin bukan sekadar berbulan madu di Korea Selatan baru-baru ini.

Terkenal menerusi lagu, Aduh Saleha, Mawi bagaimanapun berkata, andai benar-benar penubuhan restoran itu dapat direalisasikan kelak, maka dia tidak hanya menjual hidangan yang berkonsepkan Melayu semata-mata.

“Saya rasa tidak boleh terlalu bergantung dengan makanan kita sahaja, sebaliknya saya harus bijak menyusun strategi untuk menjual makanan tradisional mereka yang halal,” ujar Mawi dalam nada cukup bersungguh-sungguh untuk menjadi pengusaha kedai makanan bertaraf antarabangsa.

Minta Mas bersabar

Dalam pada itu Mawi turut prihatin terhadap nasib yang menimpa Mas.

Atmosfera kecoh yang terjadi kepada bekas pelajar Akademi Fantasia 2 (AF2), Mas, 28, yang dibawa ke unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL), 3 Februari lalu, turut mendapat perhatiannya.

Mawi, yang merupakan rakan sebumbung dengan Mas dalam satu syarikat yang sama, Maestro Records, dalam nada sedih mengakui ada terbaca kisah yang dihadapi Mas menerusi media cetak.

Tatkala soalan tentang Mas atau nama sebenarnya Asma Ghani diutarakan, riak wajah Mawi seolah-olah tergamam, malah mula berubah menjadi simpati semasa bibirnya ingin memulakan bicara.

Anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu yang sarat dengan sifat setia kawan serta perikemanusiaan berkata, dia tidak dapat melakukan apa-apa, selain berdoa yang baik-baik tentang kesejahteraan Mas.

“Saya berharap agar Mas banyak bersabar apabila berdepan dengan cubaan ini.

“Saya tahu dia tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan umum, kononnya dia mengalami masalah tekanan perasaan.

“Ini semua ujian daripada Allah Taala untuk dirinya,” ungkap Mawi ringkas sempat memberikan nasihat kepada Mas yang kini berada di kampung halamannya, yang terletak di Tawau, Sabah untuk meneruskan kehidupan.

Puncanya apabila Mas membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, kerana mendakwa syarikat rakamannya tidak menerbitkan albumnya.

Bahkan, ada yang memberitahu bahawa punca amarah Mas turut disebabkan dia tertekan setelah putus cinta dengan kekasihnya, Shahrul Azman Mohd. Shahril, 36, atau Rock.

Mawi yang diumpamakan ‘anak emas’ Maestro menambah, bukan Mas sahaja yang bersendirian menghadapi perkara sama.

“Ada ramai lagi artis AF yang berdepan dengan masalah tidak dapat mengeluarkan album masing-masing sebelum ini.

“Secara peribadi, saya tidak menyalahkan pihak Maestro dan Mas seratus-peratus dalam soal ini.

“Maestro juga kena memikirkan tentang bisnes yang mereka jalankan. Kalau buat album, sudah pastinya syarikat rakaman mahukan keuntungan.

“Saya tidak boleh bercakap lebih tentang soal ini, sebaliknya saya harap Mas dapat bersabar,” jelas Mawi yang mengakui penyanyi yang berstatus ibu tunggal itu, merupakan seorang wanita yang jujur sepanjang perkenalan mereka.

Album baru taruhan Mawi

Setelah mendirikan rumah tangga 20 Disember lepas, Mawi kini tidak hanya muncul dengan isteri, sebaliknya turut hadir sambil membawakan buah tangan terbaru, berbentuk album yang diberi judul, Allah Habeebi.

Bercerita tentang albumnya yang diproses di New York, Amerika Syarikat (AS) dengan kos bernilai RM100,000, Allah Habeebi menjadi rentetan daripada album Qasidah yang pernah dilancarkan lebih dua tahun lepas.

“Saya tidak menggunakan judul yang sama, sebaliknya album terbaru ini diletakkan judulnya, Allah Habeebi.

“Ia mengandungi enam buah lagu baru manakala dua lagu lagi iaitu Seroja dan Tola’al Badru Alaina dirakamkan semula.

“Secara keseluruhan, album ini memuatkan lapan buah lagu dan saya rasa ia mampu menarik perhatian daripada semua, tanpa mengira status dan perbezaan usia.

“Relevan dua lagu lama dirakamkan semula kerana jika saya buat persembahan pentas, peminat tetap mahukan lagu-lagu ini.

“Justeru, saya sekadar mahukan peminat berpuas hati apabila membeli album ini sekali gus dapat memenuhi cita rasa mereka,” jawab Mawi.

Dengan status sebagai suami orang, barangkali peminat Mawi mulai hilang satu persatu. Bukan mudah sebenarnya untuk dia terus mengekalkan kutipan jualan album Qasidah sulung yang mencapai penjualan hingga 118,000 unit.

Tidak menjadikan perkara itu sebagai subjek utama yang menghalang dirinya untuk terlibat dalam dunia seni, Mawi beranggapan status sebagai ‘lelaki berpunya’ tidaklah jadi masalah kepadanya.

“Alhamdulillah, peminat menilai saya melalui bakat yang dimiliki walaupun sudah mendirikan rumah tangga.

“Cukup membanggakan apabila album ini yang dipasarkan awal Februari lalu, ia sudah mencapai jualan 10,000 unit.

“Kali pertama dicetak sebanyak 5,000 unit dan kini cetakan kali kedua pula dilakukan dengan kuantiti sama.

“Dengan situasi industri seni yang suram, saya boleh anggap perkara ini sebagai cukup membanggakan,” luah Mawi telus.

Berganding dengan nama besar

Umum mengetahui, Mawi diibaratkan mendapat laluan mudah apabila kerjaya seninya bermula dengan bantuan seorang penggiat seni yang disanjungi ramai, M. Nasir.


GELAGAT mesra, pasangan suami isteri yang baru mengecapi kemanisan hidup berumah tangga.

Dalam album Allah Habeebi, Mawi masih lagi bekerjasama dengan M. Nasir menerusi lagu Serulah Namanya.

Enggan ‘tunduk’ kepada seorang komposer yang berwibawa semata-mata, sebaliknya Mawi berpeluang untuk mendapat khidmat karyawan seni popular lain, ibarat Farihin menerusi lagu Allah Habeebi dan Sujud (Edry Abdul Halim).

“Pengalaman bekerja dengan Farihin memang cukup menarik walaupun dia agak teliti mencakupi pelbagai aspek.

“Farihin mahukan saya memperlihatkan kepelbagaian semasa menyampaikan lagu Allah Habeebi.

“Pengalaman berduet dengan KRU untuk kali pertama juga tidak mendatangkan masalah kepada saya.

“Senang sekali dapat menjalankan kolaborasi dengan mereka. Sudah tentunya saya gembira kerana lagu Sujud yang sedang diputarkan di stesen-stesen radio swasta merupakan sebuah lagu segar dan bersesuaian dengan golongan muda-mudi,” akhiri Mawi yang sempat menunjukkan kepakarannya menulis lirik untuk lagu Hijab untuk album baru itu.

Kosmo

Gaun Anita Dibida Paling Tinggi

2 Feb

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

PENGANJURAN karnival jualan amal dan lelong, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) Untuk Gaza yang berlangsung di Bazz-R, Tingkat 3, Amcorp Mall, Petaling Jaya, kelmarin, berjaya menghimpunkan lebih 100 selebriti popular tanah air dengan satu misi iaitu untuk kemanusiaan sejagat.

Objektif program ini juga untuk mengumpul dana bagi disalurkan ke Tabung NSTP Untuk Gaza anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang ditubuhkan sejak 6 Januari lalu.

Selain sanggup turun padang seawal jam 10 pagi, rata-rata selebriti popular itu bermurah hati untuk melelong sebahagian barangan koleksi peribadi kesayangan mereka semata-mata menjayakan misi yang cukup mulia ini.

Antara artis yang sanggup membuka gerai sehari suntuk seawal jam 10 pagi lagi ialah superstar terkenal, Anita Sarawak. Anita bukan saja ditemani suaminya, Mahathir Abdullah, malah dibantu pemandu peribadi yang hadir bersama anak perempuannya.

Ketika ditemui, Anita berkata, dia memang tidak asing dengan program amal seperti itu sejak bergelar anak seni.

“Saya dan suami memang teruja untuk jayakan karnival amal ini sejak awal lagi. Inilah masanya artis dan peminat bersatu untuk menjayakan program amal membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel.

“Mungkin baju dan kasut ini koleksi berharga yang disimpan sejak dulu tetapi bagi saya ia sekadar barangan saja. Apa salahnya saya menjual sebahagian koleksi ini untuk membantu golongan yang lebih memerlukan seperti rakyat Palestin?” katanya.

Kata Anita lagi, dia sangat gembira kerana sebahagian besar baju dan kasut yang juga koleksi peribadinya habis dijual pada karnival amal itu.

“Selain menjual barangan, saya sempat bergambar dengan peminat sekali gus ia mendekatkan diri dengan mereka yang sanggup datang dari jauh.

“Pada masa sama, saya cukup bangga melihat pembabitan ramai artis muda yang sama-sama prihatin dengan nasib rakyat Palestin itu. Saya berharap karnival amal seperti ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya. Pada petang itu, Anita berjaya mengumpul jumlah keseluruhan RM8,000. Pada acara lelongan, sepasang gaun labuh miliknya dibida dengan harga paling tinggi dengan harga RM4,000 oleh tukang masak terkenal Chef Wan dan sepasang baju berharga RM800 pula dibeli pengacara Fara Fauzana.

Apapun, kehadiran penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi paling mencuri tumpuan pengunjung di karnival jualan amal itu.

Siti tiba pada acara amal itu kira-kira jam 11 pagi turut membantu artis popular lain menjual kek sumbangan beberapa hotel terkemuka di ibu kota.

Pada lelongan amal pula, Siti berjaya menjual dua jaket koleksi peribadinya iaitu berwarna putih dengan harga RM500 dan jaket jeansnya pula dengan harga RM400 kepada peminat dalam tempoh setengah jam saja.

Ketika ditemui Siti berkata, barangan yang dijual itu adalah antara koleksi baju kesayangannya sepanjang bergelar anak seni.

“Sibuk macam mana sekalipun, artis perlu memainkan peranan masing-masing untuk terbabit dalam program amal seperti ini.

“Selain karnival ini, saya juga terbabit dengan konsert amal untuk membantu penduduk Palestin di Istana Budaya pada malam Sabtu lalu dan jualan lelong amal anjuran pelakon dan pengarah berkaliber, Erma Fatima.

“Sebenarnya, saya bukan terbabit dengan program amal untuk membantu penduduk Palestin saja tetapi program amal lain anjuran pelbagai pihak di negara ini,” katanya.

Pasangan pengantin baru popular, Mawi dan Nora’asikin Rahmat atau Ekin pula tiba pada jam 4 petang.

Mawi dan Ekin yang berpakaian warna sedondon menjual aiskrim Wall’s Fantasia yang laris dibeli peminat yang berpusu-pusu di gerai bintang popular itu termasuk mengambil peluang bergambar dengannya bersama isteri.

Ia penampilan pertama Mawi dan Ekin di khalayak ramai selepas kembali dari percutian bulan madu mereka di Korea, baru-baru ini.

Selain menjual aiskrim, Mawi juga menjual beberapa bingkisan album baru yang dikepilkan bersama kad kahwinnya dengan harga RM26 kepada peminat.

Pada acara lelongan amal pula, Mawi menjual kasutnya jenama Salvatore Ferragamo yang dibeli ketika dia menjayakan program Langkah Mawi di London dengan harga RM280 dan sepasang jeans Guess yang dibeli di Los Angeles, Amerika Syarikat dengan harga RM250.

Kata Mawi, selepas karnival itu, dia terbabit dengan konsert amal kemanusian pada sebelah malam di Istana Budaya pula.

“Agenda seni saya memang padat dan pada masa sama, saya dan isteri baru kembali daripada berbulan madu. Namun, demi kemanusiaan sejagat, kami tetap meluangkan masa berganding bahu bersama artis lain menjayakan program ini.

“Pada masa sama, saya sangat berharap sokongan peminat berterusan sekalipun sudah berkahwin,” katanya.

Pengacara nombor satu tanah air, Aznil Nawawi berjaya menjual jaket yang juga koleksi peribadi yang digayakan ketika Anugerah Skrin 2007 dengan harga RM320.

“Ia antara jaket kesayangan yang saya simpan sebagai kenangan. Maklumlah, saya menampal sendiri batu permata yang kecil di bahagian atas baju untuk disesuaikan dengan tema pada malam itu.

“Jaket itu cukup bermakna kerana saya bukan sekadar menjadi penyampai, malah membawa pulang trofi pada malam acara berprestij itu. Justeru, jaket itu mempunyai nilai sentimental buat saya. Namun, untuk membantu menjayakan karnival amal ini, saya sanggup menjualnya kepada peminat,” katanya.

Selain acara karnival ini, Aznil turut terbabit dalam acara Malam Puisi Palestin yang dianjurkan sebelum ini.

Kata Aznil lagi, sejak kembali dari mengerjakan iabadat haji jiwanya lebih dekat dengan program kebajikan untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

“Mungkin saya wajah eksklusif Astro selama 10 tahun, tapi saya harap tiada sempadan untuk buat program amal anjuran stesen TV lain selepas ini,” katanya.

Pelakon Siti Shahrizah atau Eja berkata, dia juga tidak ingin melepaskan peluang menjayakan acara amal itu.

“Saya tidak berfikir dua kali apabila dihubungi penganjur untuk menyertai acara ini. Bagi saya inilah masa yang tepat untuk artis turun padang memberi sokongan pada acara amal seperti ini.

“Separuh hari menjual kek itu bagaikan tidak terasa apabila melihat ia habis dibeli pengunjung. Jika nak diikutkan harga sepotong kek RM10 ini mahal tetapi ramai yang membelinya tanpa berfikir panjang semata-mata untuk menyumbang kepada penduduk Gaza,” katanya.

Sebelum ini Eja pernah menjayakan program amal anjuran Mount Kinabalu Charity Climb yang meraih kutipan RM1 juta tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun, berkata, acara karnival yang bermula jam 10 pagi hingga 6 petang itu ternyata berjaya mencapai objektif seperti diharapkan.

“Selain menarik lebih 10,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat, karnival jualan amal ini juga berjaya mengumpul lebih RM64,000 sehingga jam 7 malam,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) merangkap Penaung ABPBH2008, Datuk Manja Ismail; Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mustapa Omar, Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi ABPBH2008, Hanizam Abdullah dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh.

Selain gerai artis, lelongan amal dan jualan kek yang ditaja hotel di sekitar Lembah Klang, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti Farawahida, Aizat, Nabil, Atilia, Nita, Zahid, Meet Uncle Hussain, Winnie K, Dafi, Anis Aneesa, Faizal Tahir, Sarah Raisuddin, Saida, Saerah dan Betty Banafe.

Artis lain yang turut hadir menyemarakkan acara ini ialah Rosyam Nor, Erra Fazira, Linda Onn, Sarimah Ibrahim, Fahrin Ahmad, Scha, Farah Diana Annuar, Diddy, Nubhan, Nur Fatima, Chef Wan, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Intan Ladyana, Fizo Omar, Kamal Adli, Iqram Dinzly.

Tidak ketinggalan, pereka fesyen Amir Luqman, personaliti TV3, Ally Iskandar, Maria Tunku Sabri, Azizah Ariffin dan ramai lagi.

Harian Metro