Archive | Britney Spears RSS feed for this section

Britney Jadikan Berkebun Terapi

28 Apr


Britney Spears

LOS ANGELES: Bintang pop yang sering mencetuskan kontroversi, Britney Spears dilaporkan menjadikan hobi berkebun sebagai satu bentuk terapi baru untuk dirinya.

Britneys, 27, yang mengalami pelbagai masalah pada 2007 sebelum ini dilaporkan mencuba pelbagai cara untuk membantu dirinya termasuk khidmat kaunseling, mengamalkan yoga dan pelbagai perkara mistik.

Bagaimanapun, semua itu dikatakan gagal untuk memberi kesan terhadap dirinya sehingga beliau mendapati aktiviti bercucuk tanam atau ‘terapi bunga’ dilihat sesuai dengan penyanyi yang bermasalah itu.

Britney dikatakan mendapat banyak ‘kelegaan’ daripada buku Chicken Soup for the Gardener’s Soul oleh Jack Canfield.

“Beliau ingin belajar sebanyak mungkin mengenai pertanian dan bagaimana ia memberi kesan kepada sikap anda. Apabila beliau pulang ke kediamannya di California, beliau akan terus melakukan kerja-kerja berkebun,” kata satu sumber kepada akhbar The Sun.

“Beliau amat bangga dan mengetahui apa yang beliau tanam dan apa yang tumbuh di sekitar rumahnya.”

Britney perlu menjalani ujian rambang dadah dan alkohol di bawah perjanjian hak penjagaan anaknya, Sean Preston, tiga tahun dan Jayden James, dua tahun.

Beliau kini dalam siri jelajah Amerika Syarikat dan Kanada bersama kumpulan Pussycat Dolls.

Bagaimanapun penyanyi kumpulan terbabit, Ashley Robert baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa mereka tidak bersosial dengan Spears.

“Kami tidak mempunyai banyak masa untuk keluar bersama. Saya melihatnya melalui kawasan dewan tetapi beliau terus menyendiri dan begitu juga dengan kami,” kata Roberts. – Agensi

Berita Harian

Terapi Bunga Britney

28 Apr

LOS ANGELES: Bintang pop Amerika Syarikat, Britney Spears, kini menjadikan aktiviti berkebun untuk mengekalkan tahap kecergasannya.

Penyanyi yang mempunyai sejarah masalah mental itu semakin aktif menghabiskan masanya menyertai program ‘terapi bunga’ yang diasaskan kepada amalan hortikultur.

Tidak cukup dengan itu, Britney turut meluangkan masa menekuni buku untuk mendalami aspek spiritual bagi amalan berkebun sambil menyempurnakan siri konsertnya di AS.

Sumber berkata, Britney mencuba pelbagai jenis terapi, termasuk yoga dan mendapatkan khidmat kaunseling.

 

 

“Malah dia mencuba kaedah mistik, tetapi tiada yang berkesan,” katanya.

Justeru, katanya, kali ini Britney mencuba kaedah lain.

“Britney komited mempelajari sebanyak mungkin ilmu hortikultur dan bagaimana ia memberi kesan kepada kesihatan,” katanya.

Sumber itu berkata, setiap kali kembali ke rumahnya di California, Britney terus ke kebunnya.

Katanya, penyanyi itu bangga dan banyak mengetahui selok-belok ilmu pertanian diceburinya itu.

“Dia tahu setiap pokok yang ditanam dan tumbuh di sekeliling rumahnya,” katanya.

Kaedah terapi bunga menggunakan bau-bauan sebagai sumber memberi keseimbangan fizikal dan mental seseorang.

Ia dianggap sesuai dengan Britney yang melalui banyak pengalaman getir dalam hidupnya, termasuk perceraian dengan suaminya.

Dia kini menjalani ujian dadah dan alkohol secara rawak sebagai syarat mendapatkan hak penjagaan dua anaknya, Sean Preston, tiga, dan Jayden James, dua tahun. – Agensi

Harian Metro

Britney Tak Dialu-Alukan

27 Apr

LOS ANGELES: Ibu Chase Benz, penari latar Britney Spears yang dikatakan menjadi kekasih baru penyanyi berkenaan, kecewa dengan laporan itu kerana Benz sudah mempunyai teman wanita.

Ibu Benz, Diane, berang dan memberitahu anaknya, Britney tidak akan dialu-alukan di rumah keluarganya di Tennesse.

“Benz sudah mempunyai teman wanita. Namanya ialah Tessa Campbell. Mereka bercinta sejak tiga tahun lalu dan sebaya. Mereka pasti menjadi pasangan bahagia,” kata Diane.

Britney dilapor menjalinkan hubungan dengan penari berusia 21 tahun itu sejak beberapa minggu lalu dan mereka didakwa melakukan beberapa babak berahi ketika persembahan penyanyi itu dalam konsert jelajahnya, ‘Circus.’

 

 

“Britney cuba memikat Benz sejak mula lagi. Benz cuba mengekalkan profesionalismnya tetapi Britney merumitkan keadaan dengan bertindak keterlaluan. Benz sudah sekian lama bercinta dengan Tessa, rakannya ketika kecil. Seperti ibu Benz, Tessa juga berang dengan laporan mengenai sikap keterlaluan Britney. Diane mengarahkan anaknya menjauhi Britney dan menjelaskan kepada pemyanyi itu bahawa dia tidak dialu-alukan untuk datang ke sini,” kata sumber yang rapat dengan Benz.

Britney mempunyai sejarah bercinta dengan penari. Bekas suaminya, Kevin Federline, juga penari. Britney merampas Federline yang ketika itu tinggal bersama ibu dua anaknya.

uah bar.

Sementara itu, penyanyi itu dilapor berang terhadap bekas suaminya itu selepas Federline mengaku melamar teman wanitanya sekarang, Victoria Prince kerana Britney masih mencintainya.

Britney dan Federline dikurnia dua anak, Sean Preston, tiga, dan Jayden James, dua.

Sumber yang rapat dengan Britney berkata: “Wajah Britney saya apabila Federline memberitahunya dia melamar Victoria. Walaupun Britney bercumbu dengan penarinya, Chase Benz, tetapi dia masih mencintai Federline dan sentiasa berharap mereka dapat hidup bersama sekali lagi.

“Saya tidak terkejut jika Britney sengaja bercumbuan dengan lelaki lain semata-mata kerana mahu membuat Federline cemburu,” kata sumber itu.

Britney yang menceraikan Federline pada 2007 dikatakan begitu bimbang mengenai masa yang akan dihabiskan oleh Victoria dengan dua anaknya.

Sumber itu berkata: “Britney mencemburui Victgoria. Hubungan Victoria dengan anak Britney, Sean dan Jayden begitu akrab dan kanak-kanak itu lebih banyak berdamping dengan Victoria berbanding Britney kerana mereka tinggal dengan Federline. Saya yakin Britney melihat Victoria menjadi ancamannya sejak Federline melamar kekasih barunya itu. Kini, Victoria akan menjadi ibu tiri anaknya dan Britney tidak gembira dengan perkembangan itu.”

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi pop berusia 27 tahun itu kini berdepan dengan masalah tarian untuk persembahan konsert jelajahnya, ”The Circus Starring Britney Spears.”.

Latihan tarian itu begitu teruk hingga membuatnya muntah.

Satu sumber berkata: “Dalam satu babak, ketika lagu ‘Touch Of My Hand,’ dua penari lelaki bebuai dari siling dan menarik Britney naik dalam keadaan kaki dulu. Itu yang membuat dia tidak tahan. “Dia berputar selama hampir lima minit beberapa malam. Apabila diturunkan, Britney mengadu loya dan pening. Ada beberapa kali dia muntah,.”

Harian Metro

Knightley Suka Lelaki Menangis

21 Apr


Keira Knightley

LONDON: Bertentangan dengan ramai wanita lain yang cenderung memilih lelaki gagah, pelakon kelahiran Britain, Keira Knightley, sebaliknya tertarik dengan lelaki yang tidak segan menunjukkan emosi mereka dan menangis.

“Dalam skrin hari ini, jarang dapat menyaksikan lelaki yang gagah dan kuat. Anda dapat melihat lelaki kurus dengan wajah lembut. Bagi saya, perkara paling menonjolkan kelelakian yang boleh dibuat mereka ialah menangis kerana dia satu-satunya yang faham dirinya,” kata aktres itu.

Knightley, 24, yang kini asyik dilamun cinta dengan Rupert Friend, turut menegaskan dia tidak boleh menjalin hubungan dengan mana-mana pasangannya dalam filem kerana mereka tidak melihatnya sebagai bakal kekasih.

“Saya tidak boleh bercinta dengan mana-mana pelakon utama yang menjadi pasangan saya dalam filem. Mereka selalunya bertukar menjadi abang,” katanya.

Bintang Pirates Of The Caribbean itu juga tidak sehaluan dengan ramai selebriti Hollywood lain kerana benci menggunakan internet untuk menghasilkan blog sendiri – kegemaran bintang di pusat pengeluaran filem terbesar dunia itu.

“Saya bencikan internet. Saya mendapati ia tidak bersifat kemanusiaan untuk selalu memeriksa e-mel atau laman web sosial yang semakin menjadi aliran terkini,” katanya.

Bintang Hollywood seperti Demi Moore, Ashton Kutcher, Britney Spears dan Hugh Jackman tidak menyembunyikan kegemaran mereka menulis blog, lapor akhbar The Sun.

Knightley turut tidak mengendahkan status bintangnya dengan berkata: “Saya bukan selebriti. Saya tidak keluar dengan rakan sambil menekankan saya ini selebriti dan saya tidak minta dilayan seperti ratu.” – Agensi

Berita Harian

Wanita Intip Britney Ditahan

20 Apr

LOS ANGELES: Seorang wanita yang ditahan di luar kediaman penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Britney Spears, adalah seorang bekas peserta rancangan realiti American Idol yang menjelaskan dia membuat rakaman ala-paparazi.

Miranda Tozier-Robbins berkata, dia mahu menunjukkan betapa teruknya kerja paparazi dan memilih Britney kerana ‘adalah lebih mudah jika rakaman itu membabitkan orang diminati.’

Anggota polis menahan Miranda, 26, selepas pengawal keselamatan ternampak wanita itu meninjau dari luar tingkap kediaman penyanyi itu dengan membawa peralatan kamera.

Miranda berasal dari daerah Fitchburg, Massachusetts, memberi jawapan kepada beberapa soalan wartawan dan mengesahkan identitinya sebagai orang ditahan. Dia tidak menjangka Britney berada di rumah ketika itu, tetapi sedia menjual gambar diambilnya. – AP

Berita Harian

'Mel-Britney Pernah Jalin Hubungan Intim'

17 Apr

Aktor dikait dengan beberapa wanita cantik

LONDON: Pelakon Mel Gibson yang dalam proses perceraian, kini dikatakan mempunyai hubungan romantis dengan sekurang-kurangnya enam wanita termasuk Britney Spears.

Bintang Lethal Weapon itu di mana isterinya, Robyn Gibson memfailkan perceraian untuk mengakhiri perkahwinan mereka selama 28 tahun dilihat bersama beberapa wanita sejak beberapa bulan lalu termasuk penyanyi Womanizer berusia 27 tahun itu.

Masalah perkahwinan mereka dilaporkan semakin buruk apabila aktor berusia 53 tahun itu membenarkan Britney menggunakan kediaman mereka di Costa Rica tahun lalu.

“Mel mengundang Britney ke kediamannya dan menawarkan tempat untuk berehat. Dia juga membawa penyanyi itu untuk makan malam di Los Angeles. Bagaimanapun perkara itu diketahui Robyn,” kata sumber.

Malah bintang filem Hollywood itu juga dikaitkan dengan beberapa wanita cantik lain termasuk dua ahli muzik Russia, Oksana dan dua lagi wanita misteri.

Malah ketika perceraiannya difailkan di mahkamah semalam, Mel dirakamkan dalam satu gambar bersama seorang wanita berambut perang yang tidak dikenali di Costa Rica.

“Mel kelihatan ketawa dan berjenaka. Dia langsung tidak kelihatan bimbang atau risau. Anda mungkin tidak menyangka dia melalui apa yang disifatkan sebagai perceraian paling mahal,” kata sumber terbabit.

Ia berlaku beberapa hari selepas bintang pop Russia, Oksana Pochepa mendakwa mempunyai hubungan serius dengan Mel.

“Saya harap hubungan kami akan nyata dan berkekalan,” kata wanita cantik berusia 24 tahun itu.

“Kami berbeza tetapi Mel lelaki matang dan tahu apa yang dikehendakinya dan saya juga tahu apa yang saya mahukan.”

Pemain piano klasik, Oksana Kolesnikova pula mengaku menghabiskan malam dengan menghiburkan Gibson bersama muzik piano tapi tidak lebih daripada itu.

Sebaliknya wanita berambut perang itu mengaku sudah berkahwin dan kini hamil empat bulan. – Agensi

Berita Harian

Jessica Cabar Nicole

4 Apr

JENSON Button akhirnya mempunyai kereta yang mampu bersaing dengan Lewis Hamilton dan dia kini seolah-olah bertekad mahu memberikan pesaingnya itu pertandingan serius dalam aspek isteri dan teman wanita (WAG) pelumba F1.

Jurugambar yang membuat liputan perlumbaan kerap menghabiskan kebanyakan masa mereka sejak dua musim lalu dengan merakam gambar Nicole Scherzinger, penyanyi Pussycat Doll yang menjadi teman wanita Hamilton.

Namun, model pakaian dalam Jepun, Jessica Michibata (gambar) yang kini teman wanita Button, mempunyai potensi untuk mencabar Nicole dalam perebutan kedudukan pertama WAG F1.

Jessica wanita terbaru dalam hidup Button, lelaki yang disifatkan beberapa bekas kekasihnya sebagai sukar dijinakkan.

 

 

Begitupun, Jessica bukan sekadar memiliki wajah jelita. Dia wanita bijak dan penulis kolum dalam satu majalah Jepun.

Kata rakan pasangan itu yang enggan dikenali: “Masih terlalu awal, tapi dia dan Button tampak serasi.

“Mereka sentiasa gembira bersama dan cuba mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam, tapi yang penting mereka saling menyayangi.”

Jessica hadir tepat pada masanya dalam hidup Button, ketika dia bangkit daripada pelumba yang kadangkala sekadar pelengkap perlumbaan kepada mempunyai potensi untuk muncul juara.

“Button pelumba hebat. Saya fikir dia akan memenangi kejuaraan dunia,” kata Jessica selepas kemenangan Button di Melbourne, minggu lalu.

Gadis berusia 24 tahun itu yang lahir di Fukui, berdarah campuran dengan ibunya berbangsa Jepun manakala bapanya berketurunan Sepanyol dan Itali.

Dia mempunyai seorang adik perempuan, Angelica, juga model pakaian dalam untuk jenama Peach John.

Sementara itu, ketiadaan Nicole di Melbourne menimbulkan persoalan sama ada hubungan cintanya dengan Hamilton yang berusia dua tahun semakin luntur.

Penyanyi itu sibuk mengikuti program konsert bersama Britney Spears dan dia dijangka membuat persembahan di WrestleMania, hari ini.

Hamilton juga tidak kurang sibuk untuk menjadikan jentera McLaren kembali kompetitif. Keadaan itu menyebabkan mereka kurang masa untuk bersama sekali gus mengundang pelbagai spekulasi.

Harian Metro

Jamie Lynn Spears Calls Off Wedding

27 Mar

LOS ANGELES : It looks like wedding bells will not be ringing for Britney Spears’ little sister after all.

Jamie Lynn Spears called off the wedding to the father of her daughter, boyfriend Casey Aldridge, just months after she denied rumours of a split.

The “Zoe 101” star made headlines when she announced that she was expecting a child with her boyfriend and that they plan to walk down the aisle together. She was just 16.

The teen couple grabbed the attention of tabloids again shortly after the birth of their daughter, Maddie Briann, in June, when it was rumoured that the couple were living separately after Aldrige cheated on Spears.

In October, Spears vehemently denied infidelity rumours and insisted that they were going ahead with the wedding.

But now those plans are scrapped as she does not need an official ceremony to validate their love.

A source told OK! magazine, “The wedding’s off. They are still in love, living together and very happy, but they have no plans to get married. Jamie Lynn has everything she wants and feels no need for a ring and piece of paper.”

“She and Casey have weathered a lot in their young relationship already and don’t need the pressure of making wedding plans,” another source was quoted as saying.

The young mum also appears to be enjoying motherhood and is ready to put aside her career in order to raise her daughter.

According to an insider, “She has told friends and family she’s never coming back to Hollywood. She feels that part of her life is over. Jamie Lynn enjoyed every minute of doing ‘Zoey’, but since she’s had Maddie, her life has changed completely.

“She’s happy being a real hands-on Southern mother and hopes to continue that for years to come with Casey right by her side. Jamie Lynn knows she needs to make a living when she grows older, so she’s already discussing her career options with advisers. She wants Maddie to grow up in comfort.”

– CNA/ap

Channel News Asia

Luasnya Alam Muzik M Nasir

3 Mar

Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my

PEMUZIK iringan yang diketuai Nan membantu menghangatkan lagi konsert Alam Muzik M Nasir di Istana Budaya.

Tiga jam beraksi dalam konsert tanpa henti membuktikan tenaganya masih belum berkurangan

DALAM usia 52 tahun, menyanyikan 30 lagu dalam masa tiga jam untuk tiga malam berturut-turut tetapi aksi dan tenaga yang dipaparkan M Nasir bagaikan anak muda berusia 25 tahun. Tiada tanda kepenatan biarpun peluh sudah membasahi bajunya.

Dia terus berdiri tatkala bermain gitar secara solo sedangkan pemuzik yang mengiringinya masih ada kesempatan untuk berehat seketika.

Pentas Panggung Sari di Istana Budaya memang cukup luas dan jelas sekali Nasir tidak menggunakan sepenuhnya ruang yang ada tetapi itu bukanlah satu kekurangan pada dirinya.

Alam muzik M Nasir memang cukup luas. Daripada pop rock kepada inang dan joget, Daripada keroncong, jaipong dan irama padang pasir hinggalah kepada muzik funky. Segala-galanya dikeluarkan sepanjang tiga jam beraksi dalam persembahan yang dinamakan Konsert Alam Muzik M Nasir.

Biar dalam genre muzik apa sekalipun, yang ketara ialah jiwa dan jati diri semangat Melayu kukuh dalam diri penyanyi dan komposer ini. Terbukti apabila setiap lagu yang dinyanyikannya sepanjang konsert itu, mesti terdapat elemen keMelayuan atau paling tidak ada unsur Nusantaranya.


GAYA seorang penghibur.

Dimulakan menerusi lagu Cermin Mimpi diikuti dengan Bukalah Hatimu dan diakhiri pula dengan Juwitaku…Citra Terindah, segala-galanya memang tidak menghampakan penonton yang memenuhi tempat duduk tiga tingkat Istana Budaya.

Tidak dinafikan barisan pemuzik yang diketuai oleh Aznan Alias turut membantu memantapkan lagi persembahan M Nasir. Alunan gitar bass daripada Jay Jay cukup jelas dan menghiburkan, satu bukti betapa pengalamannya sebagai orang lama memang tidak pernah berkarat.

M Nasir juga tidak perlu bercakap banyak. Itu mungkin satu kebetulan dengan karektornya yang serius dan pendiam. Dalam konsert sepertinya, memang Nasir tidak perlu berkomunikasi secara dua hala dengan penonton kerana jika dilakukan ia adalah suatu aksi yang klise.

Lagipun beliau bukan orang baru dalam alam muzik ini untuk berbuat demikian. Dan, penonton bukan hendak mendengar dia berceloteh.


KUDRATNYA tidak berkurangan walaupun beraksi tanpa henti hampir tiga jam.

Namun sesekali bercakap, penuh dengan sindiran. Walaupun bersahaja, tetapi kayanya sinis.

“Ada syarikat yang berasakan apa kelas kalau mereka menaja (konsert) penyanyi tempatan,” katanya dalam senyum tetapi maksudnya cukup mendalam. Atas sebab itulah, katanya, dia juga tidak ketinggalan untuk penyanyi yang dibawa khas dari Los Angeles iaitu ‘Beyonce’, ‘Rihanna’ dan ‘Britney Spears’.

Hakikatnya, ketiga-tiga nama penyanyi yang disebutkan tadi ialah penari perempan berbadan besar untuk menari mengiringi Nasir menyanyikan lagu Sahabat Gua dalam irama jaipong.

Lagu Mentera Semerah Padi yang dipetik daripada album Canggung Mendonan ternyata bagaikan menyuntik semangat penonton untuk bangkit menggerakkan badan mengikut alunan irama. Memang tidak sukar untuk mengenali lagu ini apabila seorang peniup serunai muncul beraksi secara solo.

Sekadar mengimbas perjalanan awal seninya, M Nasir menyanyi lagu Hati Emas tetapi ada sedikit gubahan apabila pengenalannya disuntik dengan lagu Ekspres Rakyat. Begitu juga dengan lagu Keroncong Untuk Ana dan Suatu Masa, yang semuanya adalah untuk mengimbas nostalgia Nasir Kedua kumpulan Kembara yang turut disertai A Ali dan S Sahlan sekitar penghujung tahun 80-an.

Bagaikan mengikut urutan, dia kemudian menyanyikan lagu Rajawali Terbang Tinggi dipetik daripada album solo pertamanya diterbitkan pada tahun 1989. Selain Rajawali M Nasir turut menyanyikan lagu Falsafah Cinta yang asalnya berduet dengan Rahim Maarof.

Cerita dan lagu M Nasir

IBARAT sebaris seni kata lagu Ada, iaitu Dalam Aku, ada dia, dan dalam dia ada kita semua – hampir semua lagu yang dinyanyikan oleh M Nasir memang ada kisah dan ceritanya tersendiri sama ada tersirat atau tersurat.

Mentera Semerah Padi yang dimuatkan dari album Canggung Mendonan pada tahun 1993, Loloq bagaikan menjadi teras kepada Konsert Alam Muzik M Nasir. Lagu yang seni katanya ditulis oleh Nurbisa (nama lain yang digunakan oleh Allahyarham Loloq) menghangatkan suasana dalam panggung.

Lagu Apokalis (dari album Saudagar Mimpi, 1992) pula mengenai realiti kehidupan bahawa dalam apa perancangan manusia, yang menentukan ialah kuasa Yang Maha Besar iaitu kalau sesuatu hendak terjadi, ia tetap terjadi juga dengan izinNya.

Ceritanya mengenai kesetiaan dan perjuangan orang Melayu yang tidak berbelah bagi dalam mempertahankan sesuatu yang hak.

Ternyata muzik rentak perlahan atau sentimental seperti bukan jiwa M Nasir. Penyanyi ini hanya berdiri tegak apabila menyampaikan lagu bernada syahdu seperti Keroncong Untuk Ana, Suatu Masa, Hijab Kekasih dan Masirah serta lagu yang dikatakan paling seksi baginya iaitu Sentuhan Listrikmu.

Biarpun diakui lagu balada nyanyiannya tetap indah, tetapi dalam konsert seperti ini, penyanyi itu selesa untuk membawakan lagu rancak biarpun ia bermakna itu akan mengerah banyak kudratnya.

Ketika inilah dapat disaksikan bagaimana M Nasir seperti orang ‘naik hantu’ dengan aksi tari yang cukup spontan saja sehingga tidak dapat dipastikan sama ia silat, tarian atau kungfu. Tetapi itulah gaya Nasir apabila menyanyikan lagu Raikan Cinta, Ada, Phoenix Bangkit Dari Abu dan Andalusia atau Keroncong Nostradamus.

Sambil bermain gitar secara solo pula, Nasir menyanyikan lagu Langgam Pak Dogo dalam loghat Kelantan selain dengan bersahaja mengalunkan lagu klasik daripada Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Getaran Jiwa.

Begitupun tidak dinafikan barisan pemuzik yang mengiringi persembahannya selama tiga jam memang antara terbaik dan menjadi tulang belakang konsert. Diketuai oleh Aznan Alias atau Nan sebagai pemain gitar utama, pemuzik lain ialah Zulkifli Mahat (piano), Jay Jay (bass), Ahmad Firdaus Mahmud (keyboard pertama), Eddie Ahmad@Eddie Sham (keyboard kedua), Mohd Hanafi Hamdan@Napie Spider (gitar kedua), Shaharudin Sariman@Ujang (drama), Muhardiman Ismail@Mohar (seruling), Khairul Izwan Kamrulzaman@Pa’ang (perkusi pertama) dan Hamzah Hashim (perkusi kedua).

Turut membantu persembahan vokal M Nasir ialah empat penyanyi latar iaitu Tijah Muhamad Nor, Yuaz Bahtiar Kasim, Juwanita Ismail dan wan Mohd Azran Wan Hamzah.

Tiga jam memang tidak cukup untuk menyanyikan semua lagu-lagu terbaiknya. Banyak lagu popular tidak disampaikan oleh M Nasir seperti Tanya Sama Itu Hud Hud, Anak Anak Kita, Bonda, Mustika, Biarkan Luncai Terjun dan banyak lagi.

Seperti kata-kata Nasir dalam kulit album Phoenix Bangkit; “Selagi mentari harapan memancarkan sinarnya, akan tetap ada lagu untuk dinyanyikan. Syukur pada illahi atas segala-galanya.”

Berita Harian

Spears Sekat Bekas Pengurus, Kekasih

1 Feb

LOS ANGELES: Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Britney Spears, dilaporkan mendapat perintah mahkamah menyekat bekas rakannya, Osama ‘Sam’ Lutfi dan bekas teman lelakinya, Adnan Ghalib, menemuinya.

Peguam Spears dan bapanya yang juga penjaga perundangan beliau menerima perintah itu kelmarin. Dokumen mahkamah berkenaan menyebut, Lutfi, Ghalib dan peguam Jon Eardley cuba mengawal hal ehwal Spears.

“Ketika ulang tahun pertama penubuhan penjaga berkenaan, penjaga bersama terbabit dimaklumkan dan percaya bahawa tiga orang berkenaan cuba menjejaskan hak penjagaan dengan tidak menjaga kesihatan Spears,” kata dokument terbabit.

Lutfi adalah pengurus serta rakan Spears dan ibunya pernah mendakwa beliau memasukkan pil dalam makanan untuk mengawal penyanyi terbabit. Ghalib pula seorang paparazi pernah berpacaran dengan penyanyi terbabit. – AP

Berita Harian