Archive | Harian Metro RSS feed for this section

Jessica Geruni De Niro

1 Jan

WATAK sebagai Max Guevera menerusi drama bersiri, Dark Angel yang ditayang

SOSEH SOSEH: Sogok Duit Beli Wartawan

1 Jan

SEGELINTIR daripada artis baru mahupun yang berstatus ‘suam-suam kuku’ boleh dikatakan beruntung kerana ada di kalangan rakan media yang senang melayan gelagat mereka ini.

Melayan yang SS maksudkan memberi peluang dari segi publisiti di ruang media cetak dan elektronik walaupun sumbangan yang diberikan dalam dunia seni tidak seberapa.

Ada juga di kalangan mereka langsung tidak ada lagu atau album solo, tapi memukul canang merata tempat sebagai penyanyi. Malah, kerap menjayakan persembahan dengan menyanyi lagu artis lain.

Dalam hal promosi ini, SS mendapat tahu seorang artis suam-suam kuku sanggup melakukan apa saja untuk memastikan beritanya terpampang di media termasuk mengada-adakan gosip membabitkan dirinya hanya kerana mahu mengejar populariti.


Tidak cukup dengan itu insan berkenaan mahu menyogok rakan SS dengan wang ringgit jika berita membabitkan dirinya dikeluarkan, siap meminta nombor akaun lagi.


Hairan SS, macam terdesak sangat.

Sudah banyak sangat duitkah sampai hendak ditawarkan kepada rakan SS sedangkan tawaran menjayakan persembahan hiburan masih tidak menentu?

Kalau ada pun takkan banyak sebagai muka baru yang belum dikenali, silap-silap sekadar token. Tapi pandai pula tawar hadiah berupa wang ringgit kepada orang lain.

SS rasa tersinggung kalau ada pihak berbuat begitu apatah lagi mereka yang baru ditemui kali pertama, seolah-olah wartawan ini tidak ada gaji dan dapat bayaran dari artis untuk keluarkan cerita mereka.

SS tidak menafikan ada antara artis yang sudah seabad berada dalam dunia seni masih terkapai-kapai dalam menentukan arah tuju dalam dunia seni. Ada pula yang mungkin rezeki berpihak kepada mereka apabila baru beberapa bulan membabitkan diri dalam seni, mereka sudah mengecapi populariti.

Memang SS akui publisiti dan promosi itu sangat diperlukan artis supaya masyarakat tahu kehadiran mereka. Nasihat SS, hubungan baik itu lebih penting, bukan tabur wang ringgit. Nanti silap-silap kena tangkap kerana memberi wang sogokan.

Tapi ada juga segelintir artis beranggapan sebaliknya apabila berpendapat tidak memerlukan pub

SOSEH SOSEH: Artis ‘gigit’ Tangan Pernah Membantu

1 Jan

HARI ini bermulanya episod baru bagi tahun baru 2011. SS harap industri seni kita terus berkembang dan peng

Padah Tak Berdisiplin

1 Jan

MINGGU lepas dua peserta tersingkir atas alasan tidak berdisiplin dan mutu lakonan tiada peningkatan. Afiq Meadin dan Leyla Krisya terpaksa akur itulah takdir mereka dalam program realiti TV pencarian bakat lakonan, Pilih Kasih musim kedua.

Tindakan Rosyam menge

Tomok Lepas Tekanan Di Spa

1 Jan

TIADA peliknya lelaki berkunjung ke spa untuk mendapatkan rawatan. Tidak perlu salah faham menganggap spa hanya untuk wanita kerana rawatan tertentu buat golongan adam juga disediakan.

Begitulah penjelasan Tomok mengenai kunjungannya ke D’Lugano Spa sebagai mengisi masa santainya bagi melepaskan tekanan kerja.

Spa cantik milik pelakon Diana Rafar dan beroperasi di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor sejak tiga tahun lalu menjadi pilihannya.

Selain Tomok, spa ini turut menjadi tumpuan ramai selebriti yang sudah merasai keberkesanan rawatan herba yang disediakan pekerja mahir.


Antara selebriti itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Fazura, Farah Fauzana dan Raja Azura.


Bercerita lanjut mengenai rawatan yang terdapat di situ, Tomok yang berkunjung ketika tidak terikat dengan aktiviti nyanyian baru-baru ini, disambut mesra tiga staf D’ Lugano Spa termasuk pengurusnya, Rina Amir.

Konsep Bali yang ditampilkan turut menimbulkan perasaan tenang di kalangan pelanggan. Spa ini hanya beroperasi dari Isnin hingga Sabtu dan ditutup pada hari minggu.

Sebaik sampai, Tomok diberi minum air serai bertujuan menyegarkan tubuh badan. Selepas itu, barulah dia menjalani rawatan kuku kaki atau pedicure.

Ratawan ini bertujuan membuang kulit di sekitar jari yang sudah mati. Ia cukup disenangi pelanggan lelaki kerana spa ini menyediakan pekerja lelaki atas permintaan.

Antara pelanggan selebriti lelaki yang rajin berkunjung ialah Zizan Nin dan Kifli. Rawatan yang biasanya dilakukan untuk lelaki ialah refleksologi, urutan badan, ‘cream bath’, bekam dan rawatan muka.

Untuk pelanggan lelaki, jika rawatan membabitkan bahagian luaran, ia akan dibuat pekerja wanita, tetapi jika membabitkan urutan dan bekam, ia dilakukan pekerja lelaki.

Pelanggan perlu buat temujanji sebelum datang kerana pekerja mahir berkenaan perlu dihubungi terlebih dahulu. Difahamkan, kaum lelaki memang menggemari rawatan bekam kerana ia membuang darah kotor yang terdapat dalam badan.

Nampak mudah, tapi sebenarnya rumit kerana rawatan kuku yang dilakukan terhadap Tomok mengambil masa lebih 30 minit untuk selesai.

Kata Rina, rawatan uniseks yang disediakan mengambil masa dua jam mengikut pakej disediakan.

Tomok yang ditemui sebaik selesai menjalani pakej rawatan berkata, selalunya dia akan menghabiskan masa santai dengan bermain bola sepak dan futsal.

Bagaimanapun, apabila mencuba rawatan di spa, dia terus tertarik dan menjadikannya rutin apabila ada kelapangan.

“Walaupun jarang, sesekali saya tetap ke spa untuk buat urutan kaki, rawatan kuku dan urutan badan. Apabila sudah penat bekerja, badan juga perlukan rawatan dan spa adalah cara terbaik untuk melegakan tubuh badan serta menenang

Semangat Angka Satu

1 Jan

SAMBUTAN tahun baru yang dirai hari ini dianggap istimewa kerana membawa angka satu. Memasuki tahun baru, sudah tentu masing-masing sibuk membuat azam yang ingin dicapai dalam tempoh setahun.

Di kalangan artis, mereka juga mempunyai azam yang ingin digapai. Rap berkesempatan mendapatkan azam beberapa selebriti popular tanah air untuk tatapan peminat.


Aizat

(Penyanyi/komposer)


“Azam saya masih mahu memberi fokus pada kerja. Saya akan mengadakan persembahan berbentuk showcase pada 29 Januari ini diikuti persembahan jelajah secara solo selama tiga bulan.


“Saya berasakan persembahan solo sebegini penting pada karier penyanyi. Ini sebagai permulaan sebelum saya bercita-cita menjelajah seluruh dunia suatu hari nanti.

“Sambil itu, saya dalam proses menyiapkan album ketiga yang akan menampilkan hampir semua lagu dalam bahasa Inggeris dan mungkin hanya dua lagu bahasa Malaysia.

“Ini satu percubaan baru pada saya dan berharap 2011 memberi banyak peluang dan rezeki pada semua artis. Malah, industri muzik tempatan diharap terus berkembang ke peringkat antarabangsa.”

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

(Penyanyi)

“Saya mahu terus menjadi insan berjaya sama ada dalam kehidupan, karier dan perniagaan. Bermula lembaran baru, saya berhasrat mencapai impian yang belum dilaksanakan seperti konsert, album baru dan sebagainya.

“Tahun 2011 juga diharap membuka lebih luas dalam perkembangan karier dan membawa rezeki untuk dikongsi bersama.”

Remy Ishak

(Pelakon)

“Tahun lalu, saya berasakan masih ada impian yang tidak tercapai. Seharusnya, apabila tahun baru menjelang tiba, impian ini dibawa ke depan dan saya berharap ia menjadi kenyataan.

“Impian ini lebih kepada pencapaian peribadi saya sebagai pelakon. Mungkin peminat melihat saya sudah berjaya dan mencapai satu tahap tetapi saya tidak berasa sebegitu.

“Saya belum puas dengan karier dan mahu menggandakan usaha. Begitu juga, saya mengharapkan dapat memberi hasil kerja terbaik pada 2011.”

Aznil Nawawi

(Pengacara/pelakon/penyanyi/penyampai radio)

“Sempena tahun baru, saya berazam mahu membabitkan diri dengan lebih banyak kerja masyarakat. Sebelum ini, saya pernah melaluinya menerusi program Merisik Khabar dan Kempen Denggi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya mahu mengambil peluang melakukan pelbagai aktiviti dengan kanak-kanak dan warga emas. Ini sebenarnya memberikan pengalaman menyeronokkan dan kepuasan pada diri saya.

“Menerusi kerja amal secara sukarela ini, saya juga mahu mengajak rakan artis turut serta. Begitu juga, saya akan meraikan sambutan ulang tahun 20 tahun pembabitan saya dalam bidang seni pada Mac nanti.”

Norman Abdul Halim

(Produser/penyanyi/pelakon)

“Secara profesional, saya ingin meningkatkan lagi prestasi syarikat bagi pasaran tempatan dan antarabangsa. Sudah tentu, saya berharap filem baru KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa bukan saja berjaya dari sudut komersial di peringkat tempatan dan antarabangsa, tetapi memperkenalkan warisan sastera kita kepada masyarakat dunia.

“Untuk soal peribadi, saya mahu lebih banyak bersenam dan berhasrat mempelajari bahasa Mandarin untuk mening

‘Tak Perlu Ubah Nama’

1 Jan

BERCERITA mengenai Anugerah Oskar anjuran Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM), karyawan seni tentu masih ingat bagaimana bekas presidennya, Syed Mohamed Hassan Benyahyah memperjuangkannya.

Sepatutnya, acara tahunan ini dilangsungkan buat kali kesembilan di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada 23 Disember lalu.

Namun, di bawah kepemimpinan Khir Mohd Noor yang memberi pembaharuan kepada nama PPFM untuk dikenali sebagai Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Anugerah Oskar diubah menjadi majlis Anugerah Profima 2010 (MAP2010).

Khabarnya, acara ini ditangguhkan ke pertengahan Januari ini. Apapun, Syed Mohamed yang ditemui di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur baru-baru ini tidak mahu memberi komen mengenai penangguhan acara itu.


Beliau mengaku kecewa dengan perubahan nama majlis anugerah yang disifatkan perlu dikekalkan sebagai satu jenama berprestij.


Sejak lapan tahun penganjuran sebelum ini, Anugerah Oskar dikenali karyawan seni sebagai acara mengiktiraf hasil kerja belakang tabir.

“Mengapa sesuatu yang baik perlu diubah, sepatutnya kita kukuhkan jenama itu. Saya rasa tidak perlu beri komen mengenai kepemimpinan baru kerana saya percaya setiap presiden mempunyai panda

Ada Apa Dengan Syamsul-Liyana?

1 Jan

MANJA...Liyana dan Syamsul bukan sekadar teman biasa.

MANJA…Liyana dan Syamsul bukan sekadar teman biasa.

DALAM diam ada cinta? Begitulah gerak tubuh dua pelakon utama filem Khurafat, Syamsul Yusof atau Syamsul, 26, dan Liyana Jasmay, atau Liyana, 22, sewaktu hadir pada sesi fotografi khas bagi mempromosikan filem seram itu.

Tidak mahu hubungan mereka dihidu media, kedua-dua pelakon muda ini cuba menyembunyikan perasaan cinta yang sedang berbunga di hati masing-masing.

Apabila ditanya, masing-masing lebih selesa menyatakan mereka berkawan rapat dan terlalu awal untuk mengakui sedang hangat dilamun cinta.

Begitupun cubaan mereka menyembunyikan hubungan cinta gagal apabila jelas kelihatan mesra sewaktu beraksi di hadapan lensa kamera.

“Tidak! Bukan bercinta! Kami cuma kawan rapat. Saya tak nafi saya sangat selesa berkawan dengan Syamsul,” ujar Liyana sewaktu didesak mengenai hubungannya dengan pengarah muda itu.

Pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Castello itu tidak menafikan selesa berkawan dengan Syamsul kerana dia bersikap matang dan amat komited dengan apa yang dilakukan.

“Saya tak pernah kenal Syamsul sebelum ini dan hanya memandang dari jauh apabila sesekali kami pergi menghadiri majlis anugerah.

“Apabila ditawarkan membintangi Khurafat, saya terus terima kerana ingin menimba pengalaman dan bekerja bersama Syamsul. Lagipun ini adalah filem pertama saya bersama Skop Productions,” katanya.

Sepanjang sesi fotografi mereka langsung tidak kekok dan ada ketika kelihatan Syamsul menggenggam tangan erat tangan Liyana.

Bercerita lanjut mengenai filem Khurafat, kata Liyana kerana tidak pernah mengenali Syamsul, dia meminta pemenang anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM-23) itu menghabiskan masa lebih banyak bersama bagi mencari keserasian.

“Sewaktu menjayakan Khurafat, hubungan kami biasa saja. Bagaimanapun selepas Khurafat barulah kami lebih rapat. Nak kata cinta rasanya terlalu awal. Hanya baru-baru ini saja kami jadi rapat. Saya tak berani hendak mengatakan kami bercinta. Biarlah orang tahu kami sedang berkawan rapat,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjaya seninya sepanjang 2010 yang baru berlalu, jelas Liyana, dia bersyukur kerana segala berjalan seperti dirancang. Paling menarik, impiannya untuk bergelar penyanyi dapat direalisasikan dengan munculnya album dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta.

Dia juga gembira apabila cita-citanya hendak berlakon teater juga terlaksana dengan pembabitannya dalam Natrah 2 dan Siti Di Alam Fantasi sebagai menutup tirai 2010.

“Saya bersyukur dengan apa yang saya peroleh sepanjang 2010. Alhamdulillah, apa yang dirancang nampaknya terlaksana dan untuk 2011 kerjaya saya dimulakan dengan filem Khurafat yang bakal ditayangkan pada 13 Januari 2011. Pada 2011, saya bercadang untuk tidak terlalu aktif dalam dunia lakonan dan mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya nyanyian pula.

“Selain itu, saya akan kembali menyudahkan pengajian yang tertangguh selama setahun

di Sunway College dalam bidang seni persembahan. Bermula Januari ini, saya akan memasuki semester akhir, jadi penting untuk saya memberikan tumpuan penuh. Di samping itu dapatlah saya mencari lagu yang bagus dan menghasilkan single terbaru terlebih dulu,” katanya.

Sementara itu, Syamsul apabila diminta menjelaskan me

Adilla Sifu Senamrobik

31 Dec

BERMULA dengan usaha untuk menguruskan badan selepas mela

Penternakan Burung Walet

31 Dec

MASALAH tiada modal membataskan usaha memulakan penternakan burung walet?
Bukan itu saja, kesukaran mendapatkan pinjaman membuatkan seseorang dalam dilema memulakan usaha menternak burung walet.

Untuk minggu ini, Talian Hayat sekali lagi mendekati pelbagai isu.

Antaranya membuat tinjauan serta mendekati penduduk di kawasan berpotensi bagi mencari jalan terbaik membantu mengusahakan penternakan burung itu.

Kali ini, penonton diberikan penerangan dalam perspektif berbeza bagi memberi gambaran lebih jelas sebelum memulakannya.


Ramai berminat mengusahakan burung walet sukar mendapatkan pinjaman menerusi Agro Bank.


Paparan Talian Hayat mengenai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha 2010) dalam beberapa episod sebelum ini memaparkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Datuk Dr Aziz Jamaluddin mendedahkan potensi besar penternakan burung walet.

Sejak itu, isu memulakan usahawan burung walet me