Archive | Beyonce Knowles RSS feed for this section

Beyonce Berazam Beraksi Di Broadway

25 Apr


Beyonce Knowles

Pelakon anggap lakonan pentas kerja idaman

NEW YORK: Pelakon dan pemenang Anugerah Grammy, Beyonce Knowles, 27, merancang memulakan keluarga dan mempunyai beberapa orang anak bersama suaminya penyanyi hip hop Jay-Z beberapa tahun lalu.

Rancangan itu juga bermakna Jay-Z akan mengurangkan konsert jelajah dan memberi peluang kepada Beyonce untuk membuat persembahan pembukaan di pentas Broadway.

“Ia adalah kerjaya yang ideal bagi saya,” kata Knowles kepada wartawan ketika mempromosi watak dalam filem terbarunya Obsessed sebagai seorang isteri yang terpaksa berhadapan dengan pengintip suaminya.

“Kerja di pentas adalah sesuatu yang terbaik kerana membolehkan saya pergi ke teater setiap hari dan meninggalkan anak tanpa kesukaran.

“Mungkin saya juga akan memasak. Barangkali saya akan pandai memasak pada ketika itu. Kemudian saya akan melakukan perkara yang saya gemari dan mempunyai jadual harian tetap serta kehidupan yang sama seperti orang lain,” katanya.

Beyonce berkata, beliau amat menyukai watak Sharon Charles dalam filem Obsessed yang akan mula ditayangkan di pawagam Amerika, semalam.

Filem ini adalah yang terbaru selepas beberapa filem muzikal termasuk Cadillac Records dan Dreamgirls yang membabitkan beliau.

“Saya amat suka peranan saya dalam filem Obsessed kerana di dalam kebanyakan filem sebelum ini, lelaki datang dan menyelamatkan keadaan, tetapi watak Sharon berbeza. Beliau menjadi hero.

“Watak Sharon seorang yang hebat dan tidak mahu dijadikan mangsa. Beliau menghubungi suaminya, polis dan bersembunyi di loteng untuk menyelamatkan diri. Beliau adalah pejuang,” katanya.

Beyonce turut menyifatkan konsert jelajah dunia beliau berjudul “I Am…” yang bermula minggu ini di Croatia sebagai dramatik tetapi berpendapat, sama hebatnya dengan kesan persembahan di Broadway. – Reuters

Berita Harian

Katrina Kaif Miliki Punggung Idaman

15 Apr

MUMBAI: Pelakon jelita Bollywood, Katrina Kaif, mendapat satu lagi pengiktirafan apabila diundi memilik punggung paling seksi, meninggalkan nama besar Hollywood seperti Jennifer Lopez, Jessica Biel, Beyonce Knowles selain selebriti Bollywood sendiri termasuk Malaika Arora dan Yana Gupta.

Malah, pelakon yang tidak kisah menjayakan adegan sensasi, Mallika Sherawat, jelas tidak mampu menyaingi Katrina.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Britain itu terpaksa mengaku kalah kepada aktres Priyanka Chopra yang dipilih memiliki bibir paling memberahikan.

Katrina juga muncul selebriti kegemaran pengundi yang mahu dilihat menjadi duta minuman ringan. Bagaimanapun, dia berdepan saingan sengit daripada pelakon Deepika Padukone, Asin dan Genelia D’Souza, yang mewakili minuman berkarbonat berbeza. – Agensi

Berita Harian

Tomok Enggan Dikaitkan Dengan New Boyz

30 Mar

Rap
TOMOK yang memenangi ‘kekebalan’ buat kali kedua cukup puas apabila usahanya untuk melakukan perubahan terhadap lagu pernah dipopularkan Syafinaz, Ingin Bersamamu diterima baik pengkritik.

Kali pertama Tomok memenangi kekebalan tidak boleh diundi keluar ialah sewaktu persembahan minggu ketiga mendendangkan lagu Crazy In Love nyanyian asal Beyonce Knowles.

“Sewaktu memilih lagu ini saya tidak langsung terlintas mahu menarik perhatian Syafinaz. Rakan mahupun pengarah muzik, Aubrey turut menggalakkan saya memilih lagu Ingin Bersamamu bagi melihat bagaimana bunyinya jika ia digubah dalam irama pop rock.

“Syukur apabila ia dipersembahkan, juri mahupun penonton menggemarinya,” katanya.

Kelebihan Tomok dalam menyusun kebanyakan lagu yang didendangkan dengan menjadikan ia seperti lagu sendiri, turut dikagumi sebahagian penonton setia OIAM3.

Begitupun seperti yang diketahui peminat, Tomok yang juga penyanyi utama kumpulan New Boyz. Tidakkah dengan menyertai pertandingan ini dia mahu mengetengahkan lagu yang pernah dipopularkan kumpulannya seperti Sejarah Tidak Mungkin Berulang?

Kematangan dan kemahiran diperoleh sepanjang menyertai OIAM3 mungkin mampu memberikan Tomok idea untuk melakukan sesuatu sekali gus mempopularkan kembali lagu pernah dinyanyikan.

“Idea itu bagus tetapi buat masa ini saya tidak mahu dikaitkan dengan kumpulan New Boyz.

“Bukan lupa daratan, tetapi kalau boleh saya mahu orang mengenali saya dalam OIAM3 ini sebagai Shah Indrawan, bukan Tomok, penyanyi utama kumpulan New Boyz,” katanya.

 

 

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Monica Belluci Miliki Bibir Terbaik

20 Mar

Aktres seksi Itali kalahkan Angelina Jolie, Scarlett Johansson mengikut analisis saintifik

MELBOURNE: Satu daripada soalan cepumas di kalangan peminat seni ialah siapa yang memiliki bibir paling menawan, Angelina Jolie atau Scarlett Johannson dan ia akhirnya terjawab dengan bantuan analisis saintifik.

Pemenangnya adalah aktres Itali dan model, Monica Belluci (gambar) yang mendapat markah sempurna untuk ‘daya tarikan bibir.’

Seorang pakar biometrik Amerika Syarikat membangunkan perisian membaca bibir yang menggunakan formula saintifik untuk memberi kadar skala sehingga 10 mata terhadap daya tarikan bibir terbaik.

Perisian Daya Tarikan Bibir Baileys adalah hasil ciptaan pakar bibir, Dr Kendra Schmid. Formula ciptaan beliau menganalisis bibir termasuk saiz, kemontokan, tekstur, warna dan bentuk.

Walaupun Jolie dan Johansson mendapat markah tinggi dalam senarai teratas bibir seksi pada peringkat global, Belluci yang menduduki tempat pertama.

Bellucci mendapat markah 10 bagi bibir yang ‘penuh, licin dan mempunyai perkadaran sama rata supaya bukaan bibirnya adalah dua pertiga daripada lebarnya.’

Johannson mendapat markah kedua dengan 9.66; Halle Berry ketiga dengan 9.61; Beyonce Knowles mendapat markah 8.65, manakala Angelina Jolie di tempat kelima dengan 7.89.

Ia adalah yang pertama di dunia menggunakan kaedah biometrik, menggunakan formula yang secara objektifnya memberi markah kepada bibir menurut ciri-ciri seperti saiz, bentuk, tekstur dan warna,” lapor laman web akhbar Australia, The News, memetik Schmid sebagai berkata.

Bellucci yang terkenal dengan gaya seksinya awal bulan ini memenangi trofi ‘Aktres Terbaik Dunia’ pada majlis Anugerah Wanita Dunia 2009 di Vienna. – Agensi

Berita Harian

Bergerak Solo

25 Feb

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Mengikut jejak Malique dengan menerbitkan lagu, album secara bersendirian

JOE Flizzow atau Joe sudah meredah pelbagai kesukaran ketika mengharungi dunia seni selama hampir satu dekad dengan rakan seperjuangannya Malique Ibrahim (Malique) dalam kumpulan Too Phat.

Agak membanggakan juga kerana berkat kegigihan mereka itu, Too Phat pernah menimbulkan fenomena tersendiri suatu ketika dulu.

Malah, duo ini cukup diingati dengan lagu Alhamdulillah menampilkan aktres seberang, Dian Sastrowordoyo dan Dua Dunia bersama Datuk Siti Nurhaliza.

Namun begitu, selepas menghasilkan album Rebirth Into Reality, Joe dan Malique memilih jalan untuk tampil secara solo. Keputusan itu menimbulkan pelbagai spekulasi hingga ada yang menganggap kumpulan hip hop ini sebenarnya sudah berpecah.

Misteri kehilangan Malique juga mengundang pelbagai andaian dan paling mengejutkan tahun lalu apabila dia menamatkan zaman bujang dengan model dan pelakon jelita, Melissa Maureen Rizal di Indonesia.


LANCAR sudah album sulung Joe berjudul The President.

Bagaimanapun, bagi Joe, Too Phat belum berkubur kerana peninggalan seni kumpulan ini tidak akan berakhir dengan begitu saja.

Menurutnya, dia ingin terus melihat kumpulan itu melakukan kemunculan semula atau ‘come back’.

Katanya, apa yang terjadi kepada Malique memang masih meninggalkan tanda tanya biarpun rakannya itu sempat mengeluarkan album solo terbarunya menampilkan lagu hit, Mantera Beradu bersama M Nasir.

Berkat paduan itu juga sudah melayakkan mereka ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 bagi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular.


KELUARGA tersayang tidak jemu memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Joe.

“Sebagai aktivis seni, kami merancang untuk kembali tapi tidaklah secepat mungkin. Perihal kami berpecah sudah lama menjadi buah mulut orang hingga ada cerita yang mengatakan kami bergaduh. Ia hanya khabar angin dan Too Phat belum berkubur, cuma masing-masing memberi tumpuan kepada projek sendiri.

“Saya dan Malique menubuhkan Too Phat sejak usia saya 19 tahun. Kini sudah sedekad kumpulan hip hop ini bertapak dalam dunia muzik. Takkan semudah itu kami mahu membubarkan Too Phat. Kami berusaha keras mengukuhkan genre hip hop di Malaysia.

“Kami menunggu masa sesuai untuk mengembalikan Too Phat. Mungkin juga kami akan menggunakan pendekatan yang selalu menjadi pilihan penggiat seni sekarang iaitu melalui penghasilan lagu single. Lagipun kita semua tahu Malique sudah berkahwin dan dia kini dalam proses untuk menyesuaikan diri untuk menjadi orang sudah berkeluarga atau menjadi ‘family man’,” katanya sewaktu ditemui di Hard Rock Cafe minggu lalu.

Di premis hiburan terkenal itu, Joe mengikuti jejak rakannya Malique dengan melancarkan album solo sulungnya diberi judul The President. Album yang cukup bermakna dalam diari hidupnya ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

Bagi album itu, Joe bekerjasama dengan teman seperjuangannya dari luar negara seperti Hady Mirza & TerryTyeLee (Singapura), Thaitanium (Thailand), Joeniar Arief (Indonesia, Jin (Amerika Syarikat) dan Phlowtron (Malaysia).

Istimewa juga single pertama daripada Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak ialah memuatkan lagu Isabella yang pernah dipopularkan kumpulan Search.

Menurutnya, selepas mendapat keizinan daripada kumpulan Search, dia tidak membuang masa untuk menyanyikan semula lagu itu dan terus memasukkan dalam album The President.

“Dia (Amy Search) memberi sokongan penuh atas apa yang saya usahakan ini terhadap lagu Isabella. Atas keizinannya, saya melakukannya sepenuh hati. Umum juga tahu nama seperti Search, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid mencipta fenomena di negara jiran kita, selain Indonesia. Mereka sentiasa diingati dan atas alasan itu juga saya ingin menembusi pasaran sana.

“Kejayaan Amy memberi inspirasi kepada saya kerana selain dianggap lagenda, dia juga cukup berjaya sebagai usahawan. Selalu kalau berpeluang bertemu dengannya, dia tak lokek memberi nasihat dalam apa yang dilakukan. Saya juga ingin mengikut jejaknya.

“Akhir bulan ini saya akan ke Indonesia kerana terbabit dengan persembahan dan apabila sudah berada di sana, saya akan berbincang mengenai usaha membawa album ini ke pasaran negara itu. Jika dulu, saya di bawah label EMI, sekarang mendapat kerjasama Warner pula untuk edaran. Semuanya belum dapat dipastikan,” katanya yang sudah mempunyai kekasih hati.

Tiada lagi imej budak hip hop

MELIHAT kepada imejnya kini nampak lebih kemas dan tiada lagi imej budak hip hop yang gemar memakai topi, berbaju besar dan seluar pendek yang labuh hingga paras lutut. Malah, ada yang mula melabel dirinya sebagai Jay Z Malaysia.

Katanya, seiring dengan usianya yang bakal menginjak 30 tahun pada Oktober ini, ia dilihat sebagai antara peralihan transformasi dunia barunya.

Sambil berseloroh, Joe berkata, wajahnya mungkin sekali pandang seiras dengan Jay Z tapi seboleh-bolehnya dia enggan dibayangi dengan jolokan itu.

Tambahnya lagi, wajahnya mungkin sedikit kacak daripada penyanyi rap dan usahawan berjaya itu.

“Saya tidak boleh menidakkan suami kepada Beyonce Knowles itu banyak memberi inspirasi dan pengaruh bukan kepada saya saja, malah orang lain.

“Kesannya cukup besar terhadap saya. Memang saya berharap suatu masa nanti dapat berjumpa dengannya. Mana tahu, saya dapat berkongsi muzik dan ideologi dengannya,” katanya yang tidak kisah berimej memakai kot.

Ditanya mengenai kebangkitan band indie yang semakin mendapat perhatian sejak tiga tahun kebelakangan ini, Joe melihat ia sebagai satu perkara yang positif.

Katanya, ia juga menandakan bahawa masyarakat Malaysia sudah mula terbuka menerima pelbagai genre muzik.

“Ia satu impak yang positif dan sebelum kemunculan Estranged, Meet Uncle Hussain, Hujan dan Bunkface lagi, kita sudah ada kumpulan seperti Butterfingers dan OAG yang juga bermula secara underground.

“Perjuangan mereka dalam tempoh yang lama tanpa sebarang perhatian ramai akhirnya berubah serta merta seiring dengan perubahan evolusi muzik di negara kita,” katanya yang masih yakin peminat muzik hip hop masih ada.

INFO: Pemahaman Joe terhadap judul albumnya, The President

Albumnya diterbitkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Kartel Records yang ditubuhkan sejak 2006.

* Dirakamkan ketika negara sedang sibuk menghadapi pilihan raya.

Katanya lagi, kerana Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dia hampir menukar judul album ini.

Ia ibarat luahan hatinya dan tidak bermaksud untuk mengatakan dirinya sebagai raja atau presiden kepada Hip Hop.

Ia merujuk kepada diri, seseorang yang boleh mencipta perubahan, melaksanakan sesuatu dan setiap butir bicaranya sentiasa didengar.

Simbol kepada impian Joe sendiri yang mahu mengukuhkan hasil kerja seninya tidak pudar dalam sanubari hatinya.

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan dan kesempurnaan pasti akan ada halangan yang datang. Sebagai contoh, sewaktu mula menyanyi lagi, isu cetak rompak mula menular. Begitu juga sekarang, dengan kecanggihan teknologi hingga berlaku penyalahgunaan seperti muat turun lagu secara haram.

Album ini melakukan proses mastering secara maya di California membabitkan dua studio di Hollywood dengan kos harga RM10,000.

Lapan lagu dalam album ini menggunakan teknik muzik yang dipanggil 808s yang sering digunakan penyanyi rap, Timberland.

Penerbit yang terbabit untuk album ini tidak pernah langsung terbabit dalam penghasilan album Too Phat sebelum ini.

Lebih 80 ke 100 lagu dipilih sebelum ia dikecilkan menjadi 14 lagu pada akhirnya.

INFO: Joe Flizzow

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 1979.

Menyertai Too Phat pada usia 19 tahun

Album ini diciptanya ketika Joe ‘keseorangan’ dan ketika kisah ‘kehilangan’ Malique mula diperkatakan.

Masih menghubungi dan bertemu dengan Malique. Malah, Malique antara orang pertama ditunjukkan hasil akhir album ini.

Anak kepada bekas pembaca berita TV3, Ishak Nengah dan wartawan, Aishah Ali.

Berita Harian

Lakonan 3 Terbaik

24 Feb

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

BINTANG yang mencipta nama melalui filem Titanic, Kate Winslet, 33, sekali lagi menepati ramalan apabila berjaya meraih anugerah Aktres Terbaik di Anugerah Academy ke-81 yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles, semalam.

Mempertaruhkan lakonan cemerlangnya menerusi filem The Reader, Kate sebelum ini pernah melakar kejayaan dalam kategori sama menerusi filem Revolutionary Road, melalui Anugerah Golden Globe ke-66 dan Bafta yang turut dianjurkan baru-baru ini.

Kejayaan Kate itu sekali gus mengetepikan calon finalis hebat lain iaitu Anne Hathaway (Rachel Getting Married), Angelina Jolie (Changeling) dan Melissa Leo (Frozen River). termasuk Meryl Streep yang mempersembahkan lakonan cukup berkesan menerusi filem Doubt.

Kehadiran Meryl dianggap pencabar terdekat Kate memandangkan keberkesanan pelakon ‘senior’ yang pernah dicalonkan dalam Anugerah Academy sebanyak 15 kali.

Kate menerima trofi kemenangannya yang disampaikan lima daripada 80 pemenang Aktres Terbaik Anugerah Academy antaranya Sophia Loren, Nicole Kidman, Shirley MacKaine, Marion Cotillard dan Halle Berry.

Bagi kategori lelaki, bintang utama filem romantik cinta epik The Curious Case Of Benjamin Button, Brad Pitt yang disebut-sebut mempunyai peluang cerah untuk membawa pulang trofi Aktor Terbaik terpaksa akur dengan keputusan juri yang berpihak kepada aktor versatil, Sean Penn.

Bekas suami kepada penghibur antarabangsa, Madonna, yang dikenali sebagai pelakon berkarakter itu memberi persembahan cemerlang menerusi filem Milk sebagai pejuang politik yang mempunyai kecenderungan dalam hubungan sejenis.

Selain Brad Pitt, Sean Penn berjaya mengetepikan Richard Jenkins yang membintangi The Visitor, Frank Langella (Frost/Nixon) dan Mickey Rourke (The Wrestler).

Anugerah berprestij yang dihoskan buat pertama kali oleh pelakon kelahiran Australia, Hugh Jackman, sudah pasti menjadi malam paling bermakna buat pengarah Slumdog Millionaire iaitu Danny Boyle yang dipilih sebagai Pengarah Terbaik serta seisi pelakon dan tenaga produksi yang terbabit.

Filem bajet rendah yang menerima 10 pencalonan itu merangkul lapan anugerah dan diiktiraf sebagai Filem Terbaik.

Ini termasuk tujuh lagi anugerah iaitu Skor Muzik Terbaik, Lagu Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Sinematografi Terbaik, Skrip Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Adunan Bunyi.

Filem mengisahkan seorang budak lelaki yatim piatu di Mumbai yang membesar dengan penuh kepayahan namun, kehidupannya berubah selepas memenangi program gameshow Who Wants To Be A Millionaire versi India, sebelum ini pernah memenangi 11 anugerah peringkat antarabangsa.

Tujuh daripadanya, termasuk Filem Terbaik digondol menerusi British Academy Film Awards (Bafta). Manakala Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Skor Muzik Terbaik diperoleh ketika menyertai Anugerah Golden Globe ke-66.

Sementara itu, filem The Curious Case Of Benjamin Button arahan David Fincher yang mendapat 13 pencalonan sekadar meraih tiga anugerah, Kesan Visual Terbaik, Pengarah Seni dan Mekap Terbaik.

Majlis dilimpahi kilauan cahaya dan diadakan dalam suasana cukup meriah dan berprestij itu, bagaimanapun bertukar menjadi sayu tatkala ibu, bapa dan adik kepada mendiang, Heath Ledger, naik ke pentas.

Bagi menerima trofi Aktor Pembantu Terbaik yang dimenangi pelakon muda berbakat itu menerusi filem Batman-The Dark Knight.

Kemenangannya itu, memahatkan sejarah menjadi aktor kedua selepas Peter Finch yang menerima Oscar untuk filem Network pada 1976 selepas kematiannya.

Pelakon dan model jelita kelahiran Sepanyol, Penelope Cruz mengungguli kategori Aktres Pembantu Terbaik.

Penghormatan turut diberikan kepada pelakon, pengarah, penulis dan penerbit, Jerry Lewis yang diperkenalkan menerusi siri My Friend Irma pada 1949 apabila menerima anugerah khas ‘The Jean Hersholt Humanitarian’.

Pemberian trofi ini dinilai berdasarkan kejayaan peribadi dan sumbangan pelakon atau penggiat seni kepada masyarakat.

Jerry Lewis yang turut dikenali sebagai pelakon komedi cukup aktif dalam -persatuan kebajikan dan kemanusiaan khususnya membabitkan kanak-kanak.

Atur cara malam itu dihangatkan lagi dengan persembahan Beyonce Knowles, John Legend dan Queen Latifah.

KEPUTUSAN ANUGERAH ACADEMY KE-81

1. Filem Terbaik – Slumdog Millionaire

2. Pengarah Terbaik – Danny Boyle (Slumdog Millionaire)

3. Aktor Terbaik – Sean Penn (Milk)

4. Aktres Terbaik – Kate Winslet (The Reader)

5. Aktor Pembantu – Heath Ledger (The Dark Knight)

6. Aktres Pembantu – Penelope Cruz (Vicky Cristina Barcelona)

7. Filem Luar Terbaik – Departures (Jepun)

8. Filem Animasi Terbaik – WALL-E

9. Lakon Layar Adaptasi – Simon Beaufoy – Slumdog Millionaire

10. Lakon Layar Asal Terbaik – Dustin Lance Black (Milk)

11. Pengarahan Seni – The Curious Case of Benjamin Button

12. Sinematografi – Slumdog Millionaire

14. Suntingan Bunyi – Slumdog Millionaire

15. Suntingan Terbaik – Slumdog Millionaire.”

16. Skor Asal Terbaik – A R Rahman (Slumdog Millionaire)

17. Lagu Asal Terbaik – Jai Ho (A.R. Rahman dan Gulzar/Slumdog Millionaire)

18. Mekap Terbaik – The Curious Case of Benjamin Button

Harian Metro

Terus Unggul

7 Jan

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Dayang Nurfaizah

Berpegang kepada prinsip biar perlahan, asal bertahan, Dayang Nurfaizah terus mengukuhkan cap dagang namanya di persada seni

BERPEGANG kepada prinsip biar perlahan, asal bertahan dan berani untuk kelihatan berbeza (dare to be different), penyanyi yang pernah diberi gelaran Beyonce Knowles Malaysia iaitu Dayang Nurfaizah, 27, terus unggul di dalam liganya yang tersendiri.

Berbekalkan dua prinsip itu, kerjaya artis yang bakatnya dicungkil menerusi program RTM ini dilihat semakin kukuh dan kehadirannya masih dirasai walaupun artis baru datang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Seiring dengan usia pembabitannya dalam seni yang mencecah hampir sedekad, perubahan imejnya juga menunjukkan Dayang semakin peka dan mengikuti peredaran zaman. Dayang tidak lagi ‘segonjeng’ sewaktu mula memperkenalkan dirinya di persada seni. Malah gadis kelahiran Kuching Sarawak ini tanpa disedari terus mengukuhkan cap dagang namanya.

Satu perkara yang boleh dibanggakan, Dayang juga terpilih mewakili Malaysia mencipta sejarah dalam industri muzik seantero negara melalui projek Global One (layari http://www.globalonemusic.com untuk sebarang maklumat lanjut) yang menghimpunkan 20 artis dari seluruh dunia.

Selain Dayang, Ruth Sahanaya, Sonu Niigam, Daniela Mercury dan ramai lagi mewakili negara masing-masing. Projek yang diterbitkan penerbit antarabangsa, Rob Hoffman ini masih ligat berjalan dan album ini dijangka berada di pasaran pada Mac tahun depan.

“Saya selesa mendaki pentas industri perlahan demi perlahan dan tidak tergesa-gesa. Mungkin juga benar cakap-cakap orang yang mengandaikan secara drastik naik, maka akan drastik turunnya. Semuanya bergantung kepada soal rezeki dan nasib. Biarlah saya naik secara lambat kerana peringkat yang paling sukar dalam setiap fasa kehidupan sekalipun adalah untuk mengekalkan kewujudan kita.

“Begitu juga dengan setiap persembahan yang saya bakal pamerkan kepada penonton menuntut saya untuk sentiasa melakukan perubahan. Sama juga halnya dengan imej diri saya sendiri. Sebagai penghibur, saya kena pastikan khalayak penonton sentiasa terhibur. Jika saya diundang membuat persembahan korporat atau tertutup, saya kena mengkaji apa juga yang dapat dihubung kait dengan syarikat terbabit.

“Tak sangka juga dapat terbabit dengan projek besar ini yang membabitkan nama-nama gah di setiap negara. Ia ibarat satu penghormatan dan bermula hanya apabila pihak saya menerima e-mel daripada pihak Rob. Untuk projek ini, Dayang merakamkan lima buah lagu, termasuklah lagu Lately yang turut dirakamkan dalam bahasa Malaysia menjadi Tanpamu,” kata Dayang yang tidak pernah berasa puas dalam apa jua yang sudah dilakukan dalam dunia seni.

Filem sulung lakonannya berjudul Luka belum masih teruji, apatah lagi filem usaha sama Malaysia-Indonesia itu belum memulakan penggambaran dan ditangguh buat sementara waktu. Dayang sendiri memberitahu yang dia belum tahu lagi bilakah penggambaran ini akan dimulakan kembali, namun jelasnya, dia sudah bersedia.

Menariknya untuk prapromosi filem ini, Dayang merakamkan dua buah lagu terbitan komposer Jenny Chin berjudul Luka dan Loosing Me. Dua buah lagu itu bakal dimuatkan sekali sebagai pakej jualan di dalam novel Luka tulisan Tris Zainol Abidin. Projek novel Luka dan dua buah lagu nyanyian Dayang ini menjadi corak pendekatan pemasaran yang pertama di Malaysia sekali gus memberi hebahan awal mengenai filem itu.

“Jujur cakap nyanyian masih menjadi keutamaan saya dan filem Luka ini ibarat menguji pasaran. Baik menyanyi, mahupun berlakon dua kerjaya ini bukan perkara main-main. Buat masa ini, saya menanti bila-bila masa untuk ke lokasi penggambaran itu tapi semuanya bergantung sama ada saya sibuk atau tidak. Hakikatnya, filem ini sudah lama terbantut penggambarannya.

“Novel Luka yang dihasilkan ini sebagai isyarat untuk kita terus memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat di Malaysia. Setahu saya, novel ini dalam peringkat penyuntingan dan akan berada di pasaran tidak lama lagi. Insya-Allah dua buah lagu yang disebut tadi juga akan dimainkan di radio sekitar Disember ini,” ungkap Dayang.

Kebelakangan ini, Dayang dan pengurusnya, Sheliza Abdul Kadir semakin aktif membabitkan diri dalam Biro Karyawan Muda.

Menurut Dayang yang dilantik menjadi ketua biro, apa yang dilakukan atas kesedaran dan keprihatinan untuk terus memperjuangkan nasib artis di Malaysia.

“Apa yang saya lakukan selama ini kerana ikhlas untuk membantu menaikkan industri seni kita yang kian lama kian suram sebenarnya. Tapi yang sedih dan ralat, apabila kita sudah ada saluran untuk bersuara, ada juga sesetengah pihak yang tidak menghargai dan memberi sokongan.

“Tapi apa yang kita boleh lakukan. Persatuan sudah ada untuk kita bergerak, tapi kalau ada yang tidak mahu dibantu atau tampil ke depan, kita tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya dalam nada kecewa.

Dalam perkembangan lain, Dayang juga diundang untuk mengalih suara watak Dorinda di dalam drama Cheetah Girls 3 One World bagi siaran Disney. Selain Dayang, Hunny Madu turut terbabit.

Sepintas Dayang Nurfaizah:

Kak Liza: Pengurus dan juga individu yang selalu percayakan bakat Dayang Nurfaizah terus melangkah jauh di persada seni. Wanita ini juga rujukan terbaik yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan selalu berada dengan Dayang tidak kiralah saat susah atau senang.

Impian: Banyak yang ingin dikecapi dan diimpikannya. Selain merealisasikan percubaan pertamanya sebagai pelakon menerusi filem Luka, Dayang juga berhasrat untuk membikin konsert solo yang besar dan memberi impak untuk dirinya sendiri dan paling penting peminat setianya.

Konsert solo: Akui Dayang pihaknya sedang berusaha ke arah itu namun membikin konsert bukan semudah memetik jari. Kata Dayang lagi, dia tidak boleh terus-terusan berharap kepada pihak penaja, mungkin dengan membikin konsert hasil simpanan duit sendiri mempunyai kepuasan yang berbeza.

Jenama: Tidak terlalu mementingkan jenama, baginya apa yang sesuai dipakai dan boleh disuai padankan dengan cara yang terbaik, mungkin satu tips untuk terus bergaya.

Tas tangan: Jarang menjinjingnya, hanya memakai apabila perlu.

Emosi: Tidak selalu menunjukkan tangisannya ataupun marah di hadapan orang dan menurut pengurusnya, Kak Liza, Dayang memang seorang yang berhati batu dan sepanjang mengenalinya, Dayang hanya menangis tiga kali di depannya. Kali pertama pada 2003, sewaktu Dayang membuat persembahan di Planet Hollywood buat pertama kalinya selepas terpalit dengan kontroversi dengan syarikat rakaman dulu. Kedua, pada 2005, sewaktu membuat persembahan di tempat yang sama ketika Dayang menyanyikan lagu Epilog Cinta Dari Bromley dan lucunya Dayang sendiri tidak pasti kenapa dia menitiskan air mata ketika itu. Kali ketiga pada 2006, ketika tersingkir daripada One In A Million musim pertama. Menurut Dayang, dia menangis ketika itu kerana tinggal lagi seminggu sebelum ke peringkat akhir.

PROFIL: Dayang Nurfaizah Awang Dowty Panggilan: Dayang Tarikh Lahir: 20 Julai 1981 Tempat Lahir: Kuching, Sarawak Status: Bujang Solekan: Khir Khalid Emel: dygnurfaizah@yahoo.com Laman web: http://www.dayangnurfaizah.com (masih dalam persiapan dan boleh dilayari pada Januari 2009) Facebook: Taip saja Dayang Nurfaizah di kotak carian.

Berita Harian

Beyonce Belum Sedia Jadi Ibu

1 Jan


BEYONCE

LOS ANGELES – Penyanyi popular, Beyonce Knowles memberitahu bahawa dia masih belum bersedia untuk bergelar ibu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beyonce, 27, yang berkahwin dengan penyanyi rap terkenal, Jay-Z pada awal tahun lalu berkata, dia masih belum cukup matang untuk membesarkan anak sendiri.

“Saya tahu saya akan mempunyai anak satu hari nanti tetapi kini saya masih belum bersedia untuk bergelar ibu. Saya harap saya akan mempunyai seorang anak yang hebat seperti anak saudara saya, Jules satu hari nanti,” katanya.

“Saya melihat realiti menjadi seorang ibu bukanlah mudah berdasarkan pengalaman yang dilalui kakak saya. Keadaan itu menyebabkan saya belum bersedia untuk semua itu,” ujarnya.

Beyonce yang popular dengan lagu Irreplaceable juga mendedahkan bahawa dia berada di samping kakaknya ketika dia melahirkan Jules.

“Saya berada di bilik bersalin menemani kakak saya dan pengalaman itu sangat menakutkan saya,” ujarnya. – Agensi

Kosmo

Beyonce Ketagih Beli Kasut

2 Dec


BEYONCE mengakui pantang melihat kasut tumit tinggi.

Gila kasut! Itulah yang dapat digambarkan tentang Beyonce Knowles apabila bercerita mengenai benda kegemarannya.

Penyanyi yang popular dengan lagu If I Were A Boy itu mengakui dirinya sanggup menghabiskan sejumlah wang membeli pelbagai jenama kasut setiap kali membeli-belah.

Apalagi bila melihat kasut bertumit tinggi, dia akan terus membelinya. “Saya begitu suka dengan kasut tumit tinggi yang berada di pasaran sekarang. Rasa seperti ketagih dengannya,” ujarnya.

Beyonce yang berkahwin dengan rapper jutawan, Jay-Z, juga mengatakan dirinya begitu teruja jika dipanggil untuk mengadakan sesi fotografi kerana dia pasti akan mendapat hadiah berpasang-pasang kasut.

Tambahnya, “Saya telah melakukan pelbagai jenis sesi fotografi dan biasanya mereka akan memberikan saya beberapa pasang kasut. Sejak kebelakangan ini koleksi kasut tumit tinggi saya begitu banyak.”

Bagaimanapun, penyanyi yang berusia 27 tahun ini bukanlah orang pertama yang pernah mengakui obses dengan kasut.

Pamela Anderson pernah menyatakan dia pernah memakai kasut tinggi ketika tidur. Manakala, Christina Aguilera pula begitu teruja untuk memakai kasut tumit tinggi ketika sedang mengandungkan anak sulungnya, Max.

Kosmo

EDITORIAL: The Show Goes On

25 Aug

SO it appears the Avril Lavigne concert scheduled for Aug 29 will proceed as planned, with the earlier uncertainty now attributed to a procedural snafu and not any prospective capitulation to those who think the pop star is “too sexy” for Malaysian sensibilities, or that such a performance would not be appropriate for the country’s Merdeka Day observances this year.

Not at all, it turns out; it was all merely because the organisers’ application for a permit was submitted too late for consideration by the relevant authorities at their regularly scheduled meetings to consider such applications. It’s unfortunate that this could not have been made clear at least a week ago, or before this snippet of entertainment news made headlines all over the world in further emphasis of Malaysia’s quaint conservatism when it comes to contemporary pop culture. The Western media gleefully lap up stuff like this; it emphasises the great divide between their enlightened liberal civilisations and, well, ours.

Some have called for forestalling such embarrassments in future by issuing guidelines for foreign artistes performing here, but of course, such guidelines have existed for years. Besides, the several similar controversies undergone in the past have seen to it that Malaysia’s code of conduct for such performances (no skimpy attire or sexual allusions; no screaming, running, jumping, etc) is practically common knowledge worldwide. Ever since Cliff Richard, that epitome of wholesomeness, had to overfly Kuala Lumpur in the 1970s because his hair was too long, right up till the more recent instances of Beyonce Knowles and Christina Aguilera opting to perform in neighbouring countries rather than abide by such strictures, Malaysia’s rules have become all too familiar among artistes and concert promoters worldwide. Still, Gwen Stefani had no problem “covering up” for her KL gig last year; her black spandex body suit and elbow-length gloves indeed showed no bare flesh, with no deleterious effect on the quality of her performance.

Really, there’s no reason for these distresses. Let the shows go on; if they are then marred by overspills of unwarranted exuberance, as happened with the Pussycat Dolls’ wardrobe malfunctions at their concert here last March, they (or more precisely, their promoters) literally pay the price in fines, and in so doing further establish awareness of the limits applied in this country. It took a cabinet decision to allow Lavigne to come here to perform as scheduled, when all it should have taken was a bit of common sense and attention to set procedures.

New Straits Times