Archive | Saif Ali Khan RSS feed for this section

Kareena Janji Ibu Berpakaian Sopan

17 Apr

MUMBAI: Pelakon popular Bollywood, Kareena Kapoor, mengecewakan ramai peminat lelaki apabila memutuskan untuk berpakaian lebih konservatif dalam filemnya, selepas mempamerkan susuk tubuhnya dengan memakai bikini dalam filem Taashan dan Kambhakt Ishq.

Keputusan itu dibuat selepas aktres berkenaan berjanji dengan ibunya, Babita, tidak akan melakonkan watak yang memerlukannya memakai bikini dan menampilkan diri dengan pakaian lebih sopan, terutama dengan statusnya sebagai bakal menantu keluarga Saif Ali Khan yang dihormati ramai.

Berikutan itu, cucu Raj Kapoor itu kebelakangan ini dilihat sering memakai sari pada banyak majlis berbanding pakaian Barat yang selalu menjadi pilihan sebelum ini.

Ditanya mengenai perubahan itu, dia cuma menjawab: “Cukuplah dengan semua gaun itu. Mengapa tidak boleh saya memakai pakaian India saja?”

“Kareena begitu selesa dengan ibu bapa Saif. Dia tidak berasa begitu dengan orang lain selain keluarganya. Walaupun ibu Saif, Sharmila Tagore, pernah memakai bikini ketika zaman kegemilangannya sebagai pelakon, dia menukar almari pakaiannya sepenuhnya sebaik bapa Saif, Pataudi Khan, muncul dalam hidupnya.

“Kini Kareena akan menjadi sebahagian daripada legasi keluarga Khan. Dia tidak akan membuat sesuatu yang menjejaskan kedudukannya dalam kehidupan Saif,” kata rakan pelakon itu.

Sementara itu, Saif mengejutkan kekasihnya itu dengan membawanya bercuti selama sebulan sebaik filem arahan Rensil D’Silva tamat ke destinasi yang dirahsiakan.

“Ada sebab Saif tidak mahu mendedahkan lokasi percutian kami kepada saya. Dia berasa saya tidak boleh menyimpan rahsia dan akan mendedahkannya ke seluruh dunia. Ini akan menimbulkan masalah keselamatan kepada kami.

“Saya tidak tahu apa pakaian yang hendak dibawa. Saya tidak tahu cuaca di lokasi percutian kami,” katanya.

Berikutan itu, kata Kareena, dia akan meminta Saif membeli pakaian yang sesuai dengan destinasi percutian mereka. – Agensi

Berita Harian

Kareena Tayang Badan Lagi

7 Apr


KAREENA muncul sebagai supermodel menerusi filem Kambakkht Ishq.

SELEPAS muncul dengan badan yang kurus mirip supermodel menerusi filem Tashan, bagaimana agaknya bentuk badan Kareena Kapoor dalam merealisasikan watak seorang supermodel menerusi filem Kambakkht Ishq?

Filem yang telah siap menjalani penggambaran itu menggandingkan Kareena dan Akshay Kumar yang menghidupkan watak seorang pelakon lagak ngeri yang bekerja dalam industri filem di Hollywood.


KAREENA, Akshay Kumar dan Saif Ali Khan dalam satu babak filem, Tashan.

Menurut satu sumber: “Kareena pasti akan muncul seksi dalam Kambakkht Ishq sebagaimana penampilannya menerusi Tashan yang menyaksikan dia memakai bikini. Khabarnya kali ini dia muncul dengan memakai bikini berwarna hitam.”

Kambakkhat Ishq yang turut menampilkan kemunculan khas beberapa bintang Hollywood tersohor seperti Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger dan Denise Richards itu dijadualkan mula ditayangkan menjelang 29 Mei ini.

Kosmo

Deepika Hampir Dipatuk Ular

4 Apr


Deepika Padukone

Kejadian berlaku di Thailand berehat selepas penggambaran

MUMBAI: Aktres baru sensasi Bollywood, Deepika Padukone, berdepan pengalaman menakutkan apabila hampir dipatuk ular ketika rakaman gambar untuk majalah fesyen Harper’s Bazaar di Thailand.

Pelakon itu menginap di Resort The Banyan Tree dengan ibunya yang terletak di tengah hutan.

Pada satu malam selepas sesi penggambaran, Deepika yang berehat di luar villa ternampak ular yang cuma beberapa meter darinya.

“Saya melihatnya sedia mematuk. Itu saat paling menakutkan, saya melompat dan menjerit sekuat hati,” katanya.

Walaupun takut melihat ular, beliau tetap menyifatkan kejadian itu petanda baik kerana ular dipuja di India.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang membuat penampilan pertama di layar perak menerusi filem Om Shanti Om berpasangan dengan Shah Rukh Khan itu berkata, beliau teringin berlakon sebagai ikonnya, Audrey Hepburn dalam filem seperti Breakfast At Tiffany’s atau Roman Holiday.

Bekas model itu juga tidak sabar menantikan reaksi kepada filem terbarunya, Love Aaj Kal, di samping Saif Ali Khan yang diarahkan Imtiaz Ali.

Aktres yang baru berlakon dua filem itu turut mengaku lebih berminat melakonkan watak aksi, walaupun mahu menjayakan semua genre. “Saya seronok bekerja dengan Imtiaz dalam filem ini. Umpama mimpi dapat bekerja dengan pengarah sensitif sepertinya. Dia memandu arah kami sepanjang filem itu,” katanya.

Pelakon yang baru berusia dua filem itu turut mengaku lebih berminat melakonkan watak aksi, walaupun mahu menjayakan semua genre.

“Filem aksi adalah sesuatu yang saya selalu mahu lakukan tetapi tidak dapat menyatakan genre mana yang menarik minat saya. Wayang sudah berubah dan sebagai pelakon, saya tidak boleh mengangkat tangan, tidak gembira berkata ini karektor terbaik pernah saya lakonkan,” katanya.

Berita Harian

Saif Minta Saya Bersabar: Kareena

19 Mar

MUMBAI: Di sebalik sangkaan ramai Kareena Kapoor lebih mementingkan kerjaya kerana enggan mengahwini kekasihnya, Saif Ali Khan, pelakon itu mendedahkan dia sebenarnya yang tidak sabar untuk berumah tangga.

Dalam temu bual disiarkan akhbar Times of India, Kareena berkata, Saif tidak pernah menekannya untuk cepat berkahwin seperti yang difikirkan peminat.

“Sebaliknya saya yang selalu mahu segera berkahwin dan Saif pula selalu berkata kepada saya, ‘dengar sini, beri masa kepada hubungan kita, tunggu, awak berada di kemuncak kerjaya yang diimpikan ramai orang. Bertenang dan nikmati pahit manis kerjaya ini untuk seketika lagi.’

“Itu yang menjadikan saya lebih mencintainya. Saya tidak berasa ada lelaki lain dalam industri ini memberitahu perkara sama kepada seseorang aktres. Dia begitu menyokong dan menghormati kerjaya saya,” katanya.

Kareena juga mendedahkan dia tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon kerana bercita-cita menjadi pramugari, tetapi ditentang keras oleh bapanya, pelakon Randhir Kapoor.

Pernah menghadiri Kolej Undang-Undang kerajaan selama enam bulan, Kareena akhirnya terpaksa mengalah hakikat dia perlu mengadap buku untuk menjadi peguam.

“Saya tinggalkan kolej kerana tidak tahan dengan buku. Ia menakutkan saya,” kata bintang Jab We Met itu.

Dia juga tidak pernah menyesal menarik diri daripada menjayakan filem Kaho Na Pyar Hai yang mendapat sambutan hangat sebaliknya memilih filem Refugee untuk memperkenalkan sebagai pelakon. – Agensi

Berita Harian

John, Malaika No. 1

17 Mar


MALAIKA ARORA-KHAN

BOLLYWOOD dipenuhi aktor dan aktres kacak yang sekali gus memiliki bentuk tubuh yang seksi. Namun, dalam ramai pelakon yang seksi itu, siapakah agaknya yang memiliki punggung paling seksi?

Menerusi satu undian membabitkan 1,000 responden wanita baru-baru ini, bintang Bollywood yang mengepalai gelaran tersebut ialah John Abraham dan Malaika Arora-Khan. John yang muncul memakai seluar mandi berwarna kuning menerusi filem Dostana meraih undian sebanyak 55 peratus mengalahkan saingan terdekatnya, Ranbir Kapoor yang hanya meraih undian 17 peratus untuk berada di tempat kedua. Tempat ketiga disandang Hrithik Roshan dengan 13 peratus undian, sementara tempat kelima hingga keenam masing-masing diraih Saif Ali Khan (7 peratus), Akshay Kumar (6 peratus) dan Salman Khan (2 peratus). Undian paling rendah yang diraih Salman mungkin sebagai isyarat kepada aktor yang sering menanggalkan baju itu supaya dia mengubah strategi dengan lebih kerap muncul dengan menanggalkan seluar pula.

Persaingan di kalangan aktres Bollywood pula lebih sengit, namun menduduki takhta pertama ialah Malaika Arora-Khan yang berjaya mengumpul 25 peratus undian, mengalahkan Shilpa yang meraih 23 peratus undian. Lara Dutta dan Bipasha Basu pula berkongsi kedudukan tempat ketiga dengan masing-masing meraih 19 peratus undian. Katrina Kaif pula di tempat keempat dengan 12.5 peratus, sementara Deepika Padukone di tempat keenam dengan hanya 1.5 peratus undian.

Mengulas ‘kemenangan’nya itu, Malaika yang penuh teruja berkata: “Wow! Apa yang boleh saya cakap. Terima kasih kerana mengundi saya.” Dalam pada itu, ketika ditanya siapakah selebriti yang pada pandangannya memiliki punggung tercantik di dunia, Malaika menegaskan: “Sudah tentulah Jennifer Lopez dan Kylie Minogue!”

John Abraham turut berterima kasih dengan pengundi yang memilihnya. “Terima kasih kepada semua wanita yang mengundi saya. Saya mencintai kamu semua,” ujarnya.

Kosmo

Kareena Puji Aishwarya

8 Jan


Kareena Kapoor

Aktres kagum bekas Ratu Dunia berjaya urus kerjaya selepas kahwin

MUMBAI: Aktres Kareena Kapoor yang tidak mempunyai hubungan baik dengan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai, dan keluarga Bachchan, kini dilaporkan berusaha memulihkan keadaan dan menegaskan beliau tidak mahu lagi mengingati perkara yang sudah berlalu.

Malah pelakon itu menjadikan Aishwarya sebagai contoh dan mengakui tertarik dengan keupayaan Aishwarya menguruskan dirinya selepas berkahwin.

“Aishwarya nampaknya menjadi begitu teliti selepas berkahwin dengan Abhishek Bachchan. Beliau menguruskan kehidupan peribadi dan profesionalnya dengan baik. Beliau juga amat teliti mengenai filem dan pengarah,” katanya.

Dalam laman web OneIndia, Kareena dilaporkan mengikuti perkembangan karier jejak langkah menantu Amitabh dan Jaya Bachchan itu dan berkata ia adalah jalan yang akan diikutinya selepas berkahwin.

Sumber berkata, ia menunjukkan Kareena begitu serius untuk berkahwin dengan kekasihnya, Saif Ali Khan tetapi menegaskan ia cuma tidak akan berlangsung dalam masa terdekat kerana jadualnya ketat sehingga 2010.

“Saif pula sedang dalam menyiapkan sebuah pangsapuri istimewa dan cuma akan lengkap menjelang tahun 2010,” katanya.

Hubungan Kareena dan keluarga Bachchan mula keruh berikutan perpisahan Abhishek dan kakaknya, Karisma, empat bulan selepas mengumumkan pertunangan mereka. Walaupun Kareena menafikan perkara itu, media terus menyiarkan laporan keengganan Abhishek berlakon bersamanya. – Agensi

Berita Harian

Kareena Selebriti Paling Popular 2008

30 Dec


KAREENA meraih 40 peratus sokongan dalam tinjauan selebriti paling popular di India.

Ungguli senarai aktres pujaan Bollywood

MUMBAI: Aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor, menduduki senarai teratas tinjauan selebriti paling popular di India diikuti Katrina Kaif, Priyanka Chopra, Deepike Padukone dan Bipasha Basu, menurut laporan, kelmarin.

Dalam tinjauan itu, Kareena meraih 40 peratus sokongan diikuti Katrina (38 peratus), Priyanka (10 peratus), Deepike (tujuh peratus) dan Bipasha (lima peratus), lapor akhbar.

Kareena yang mendapat tumpuan ketika ini kerana tinggal sebumbung dengan aktor Saif Ali Khan, dianggap layak berada di singgahsana paling popular selepas filemnya Jab We Met bersama Shahid Kapoor dan arahan Imtiaz Ali mendapat sambutan hangat.

Popularitinya dijangka meningkat apabila filem Kambakkht Ishq disiarkan turut dibintangi Akshay Kumar serta aktor terkenal Hollywood, Sylvester Stallone, Brandon Routh dan Denise Richards.

Katrina Kaif pula mencuri tumpuan menerusi filem Yuvvraaj, walaupun ia tidak meletup dari segi kutipan tiket. Sekurang-kurangnya, beliau berganding dengan teman lelakinya, Salman Khan buat kali pertama.

Katrina juga diundi sebagai wanita Asia paling seksi pada 2008 serta nama paling kerap dicari dalam senarai Zeitgeist oleh Google.

Priyanka pula tidak memulakan 2008 dengan baik apabila filem lakonannya, Love Story 2050, Chamku, God Tussi Great Ho dan Drona mendapat sambutan dingin.

Tetapi, beliau kembali menyinar dalam filem Fashion arahan Madhur Bhandarkar dan semakin hangat menerusi filem arahan Karan Johar, Dostana selepas beraksi seksi memakai bikini.

Sementara itu, Deepike menyaksikan reputasinya melonjak selepas filem kedua, Bachna Ae Haseeno mendapat sambutan. – Agensi

Berita Harian

Bollywood's Boys Bulk Up

17 Dec

MUMBAI – Bollywood’s leading actors are hitting the gym as never before, adding brawn and biceps to their on-screen repertoires and winning a legion of new fans in the process — including other men.

The latest weight-training convert is Aamir Khan, who enlisted the help of physical trainer Satyajit Chourasia two years ago to get in shape for the film “Ghajini”, which is released on December 25.

His daily four-hour regime appears to have paid off.

Giant advertising hoardings show a shaven-headed Khan, who plays a man with memory loss who tattoos himself and takes Polaroid pictures to remember people and places, stripped to the waist, exposing a finely-ripped torso.

The 43-year-old said the film’s director A. Murgadoss told him to bulk up because it was essential for the character.

“I too felt that I will not be able to do justice to my role if I am not in this shape,” he said this week.

Asked whether his new look could help boost box office takings, he said it was creating “a lot of buzz among viewers, which is good for the film.”

Historically, the muscle-bound macho hero has never been in vogue in Bollywood.

Instead, leading men were as likely to be measured by the manly thickness of their chest hair or how they carried a tune or moved in the set-piece song and dance routines.

Eyeing the success of Hollywood’s Sylvester Stallone and Arnold Schwarzenegger in the 1980s, Bollywood’s Salman Khan and Sanjay Dutt began working out, winning accolades and a dedicated fanbase.

But it was not until megastar Shah Rukh Khan got a “six pack” for his 2007 blockbuster “Om Shanti Om” that muscle tone became a must for aspiring Bollywood actors.

Actor John Abraham enlisted the help of Hollywood personal trainer Mike Ryan to prepare for appearing on camera in only a pair of swimming trunks on Miami beach in the film “Dostana”, which was released in October.

“I went on high protein and vigorous training to get that kind of look,” he said.

“It was essential to work out more because I had little time on my hands and had to get that kind of muscular look to complete the film on time.”

His new look has won him a legion of new fans, including in the gay community, he added.

“Earlier some women used to make a pass on me but now even men make passes at me,” said Abraham, who has been nicknamed “The Hunk.”

Satyajit Chourasia is full of praise for actors he has worked with, from Aamir Khan to Saif Ali Khan and Zayed Khan, as well as Hrithik Roshan and Ajay Devgan.

“All the actors are very dedicated. They don’t skip their exercises and maintain themselves which you can see with their looks on the big screen,” he said.

Demand is now so high that Chourasia said he has had to open a second gym in Mumbai, two in his home town of Nagpur, some 900 kilometres (560 miles) east of Mumbai, and two in the Indian capital New Delhi.

But having a perfect physique can have its disadvantages.

British director Danny Boyle has said that casting a Bollywood beefcake as the lead in his hit film “Slumdog Millionaire” would not have worked, even though Indian actors had the talent.

Instead he cast a skinny British Asian actor, Dev Patel. The film is now a hot favourite at next year’s Oscars.

“You know when guys can’t put their arms down cause they have all this muscle mass? They’re 18; they’re only just beyond kids — and their heads are really small,” Boyle told The Huffington Post on November 25.

“They haven’t put any weight on their heads. So you’ve got these tiny little heads and big bodies; that was just wrong for the film.” – CNA/vm

Channel News Asia

Disney Releases First Indian-Made Animation Feature

23 Oct

MUMBAI : Disney makes a major foray into the Indian film market Friday with the release of its first full-length animation feature using home-grown Bollywood talent.

“Roadside Romeo”, a joint venture between Walt Disney Pictures and leading Indian studio Yash Raj Films, has been two years in the making and tells the story of pampered pet dog Romeo after he is abandoned on the streets of Mumbai.

Characters in the 90-minute film, which producers hope will be a hit over the coming Diwali festive period, are voiced by popular Bollywood actors Saif Ali Khan, Kareena Kapoor and Jaaved Jaaferi.

It also features trademark Bollywood song and dance routines as Romeo encounters fellow strays and falls in love.

Disney, responsible for hits like “WALL-E”, “Ratatouille”, “The Incredibles” and “Finding Nemo” through its Pixar Animations Studios arm, first began operations in India in July 2004.

It has since secured a foothold in the cable television sector, mainly through its children’s outlets the Disney Channel, Hungama TV and Jetix.

Walt Disney Company India’s managing director Mahesh Samat said the expansion into Indian-made animation films was a logical step.

“(Yash Raj Films) are experts in the Bollywood idioms and the local style of story-telling and we are happy to work with them in producing our first local full-length animation feature,” he said in emailed comments to AFP.

“While we understand that this is a relatively nascent market for animation films, we are confident that there’s a large market for decent family entertainment here.

“Animation films work equally well as live action films the world over and there is no reason why they would not work here as well.”

“Roadside Romeo” was inspired by Mumbai’s legions of stray dogs and written by the Bollywood actor Jugal Hansraj, who is making his debut as a director. The animation itself is entirely the work of the Mumbai-based Tata Elxsi outfit.

“I have always loved animation films since my childhood. I have grown up on them and to work with Disney was a fantastic experience,” said Hansraj, citing Disney’s adaptation of Rudyard Kipling’s “Jungle Book” as among his favourites.

Disney’s tie-up comes at a time when other major Hollywood studios are taking an increasing interest in India’s 2.1-billion-dollar-a-year film industry.

Sony Pictures made the first move, co-producing the love story “Saawariya” (Beloved) with acclaimed producer-director Sanjay Leela Bhansali in November 2007.

Warner Brothers is scheduled to release “Chandni Chowk to China”, starring prominent actor Akshay Kumar, in January next year.

Walt Disney India’s Samat told AFP he could not divulge how much Disney was spending in India but said they would fork out “whatever is required to execute these projects to world-class standards”.

“We have currently four live action films in the pipeline, which we are producing ourselves. “Zokkomon” is a film which will star Darsheel Safari and the second is “19th Step”, starring Kamal Hassan,” he said.

“We have also started working on our second animation script with Yash Raj Films.”

– AFP/il

Channel News Asia

Sambutan Hari Jadi Kareena Tanpa Saif

28 Sep


KAREENA

SEPERTI biasa, setiap pasangan yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya akan merayakannya bersama orang yang tersayang. Namun kali ini berbeza pula halnya dengan pasangan Bollywood terkenal Saif Ali Khan kerana dia bakal tidak di samping kekasihnya sempena hari jadi ke-27 Kareena Kapoor. Ini kerana kesibukan masa menyebabkan mereka tidak mungkin akan menyambutnya.

Saif Ali Khan berada di Delhi bagi menjalani penggambaran filem terbarunya. Manakala Kareena Kapoor pula di wilayah lain di India iaitu di Ladakh bagi filemnya iaitu 3 Idiots.

Khabarnya Kareena semasa menjalani penggambaran filem tersebut tidak akan membuat sebarang perayaan bagi meraikan ulang tahunnya. Tetapi seperti selebriti lain yang terpaksa menjalani penggambaran ketika ulang tahun kelahiran mereka, kumpulan produksi filem akan meraikan saat tersebut bersama-sama Kareena.

Utusan Malaysia