Archive | Sharifah Zarina RSS feed for this section

A No-Nonsense Mentor

12 Aug

Azmeer with One Nation Emcees.
Azmeer with One Nation Emcees.

DENNIS CHUA speaks to the ‘Alex Ferguson’ of Gang Starz, Azhar Abu Bakar.

DESCRIBED as Asean talent search Gang Starz’s answer to no-nonsense Manchester United manager Sir Alex Ferguson, Azhar Abu Bakar makes it clear to his students, or the show’s contestants, that he “kicks butt”.

“You have to be cruel to be kind. As a young and aspiring singer and composer in the 1980s and 1990s, my mentors were no different.

“They used to shout at me if my work was not good. And that was why I worked hard to improve my skills and make it in the music industry,” he said.

Recalling his experiences with his no-nonsense mentors back then, the programme adviser of Gang Starz said that when he first became an artiste, acclaimed producer Datuk Aziz Bakar told him point-blank that his performances were lousy.

“He said I was not fit to sit in his place. This really hurt my feelings, but I subsequently strived extra hard to show him I could do it. Seven years down the road, I finally pleased him,” he said.

Another “terrifying” mentor who coached Azmeer was acclaimed composer S. Atan.

“He was the real Sir Alex. He yelled abuses at me if I did not perform well as a singer, and I’m always grateful to him for pushing my limits,” he said.

As the students’ main coach, Azmeer, 42, says he is only “half the terror” that his mentors were, because he “never hurls profanities at them when he is mad”.

“I believe in being ‘brutal’ and honest, ticking them off for lousy performances and making sure they work hard every day for their weekly concerts.

“At times, I even make them sing while carrying chairs. They may feel the pain of such harsh discipline, but at the end of the day, they thank me for it,” he said, adding that it was better to be “abused” by a frank mentor than by fans who see a lousy performance.

“If one is to be a successful entertainer, he or she has to train under harsh discipline. Only then can a star be born.”

However, mentoring students is not all about being nasty.

“You have to give them credit where credit is due too. All good mentors, including the ‘terrors’ who coached me, did the same,” he said.

Azmeer has been programme adviser for two seasons of Gang Starz.

He shares his position with Damian Seet of VE fame and choreographer Sazlan Mat Adnan, handling performances, vocals and choreography.

Azmeer, who hails from Bayan Lepas in Penang, has been an entertainer for 19 years.

The youngest of five children of a police officer, he has two ballad-oriented albums to his credit – Kenangan Lalu in 1989 and Azmeer in 1992.

“My maternal great-grandfather was a back-up singer for the legendary R. Azmi. I guess I inherited his talent,” he said.

Azmeer studied law at a private college in Singapore for a year in 1988 before he chose to pursue a music career.

Besides Atan, he was also trained by Ramli MS and Indonesian composer, Pance Pondaag of Tak Ingin Sendiri fame.

On June 14, 1990, Azmeer was involved in a car accident in Bangsar, Kuala Lumpur, which virtually put a stop to his stage acts.

“I damaged the cornea of my right eye in the car crash and stayed in hospital for a month. After that, I decided to concentrate on composing and songwriting, though I occasionally sing with other artistes,” he said, adding that his trademark dark glasses were equipped with special lenses to aid his right eye.

He is married to fellow songwriter Azira Azid and has three children.

Azmeer’s famous compositions include Purnama Merindu, a hit for Datuk Siti Nurhaliza which helped her win the Asia Music Festival 2002 in Beijing, China, Ziana Zain’s Menadah Gerimis (Best Ballad in Anugerah Juara Lagu 2002) and Liza Hanim’s Andainya Aku Bersuara (Anugerah Juara Lagu 2001 finalist).

Azmeer also composed and wrote Sharifah Zarina’s hit song Langit Ketujuh (he also sang with her) and Mentor Season 2 winner Fiq Abdul Halim’s Tiga Malam Tanpa Bintang.

Misha Omar’s latest single, Cinta Adam Dan Hawa, was also composed by Azmeer, as was Amy Mastura’s 1995 hit Harapan Semalam.

Azmeer has also written the script for Senario’s comedic appearances on the big and small screen besides composing the funnymen’s hit songs such as Cepat Kaya, Cari Tapak and Sebelum Dan Sesudah.

“I also composed songs for Saiful Apek as a soloist after he left the troupe,” he said.

From 2005 to 2006, Azmeer served as programme adviser for Mentor.

“The show, which lasted two seasons, was a very good initiative by TV3. Sadly, there were not many established artistes who were willing to participate as mentors due to their busy schedules,” he said.

“Nevertheless, there came Gang Starz and it’s a far better programme because it unites young and talented new singers in all of Asean’s original member countries.”

Azmeer believes that a regional talent search will push new local artistes, and even some established ones, to “soar higher”.

“It is good, healthy competition, a chance to learn from neighbouring countries and better oneself,” he said.

Azmeer thinks Gang Starz could not have come at a better time because there was hardly any talent search for vocal groups, as opposed to soloists.

“Damian, Sazlan and I auditioned prospective candidates for the show. More than 5,000 Malaysians auditioned, as well as about 500 Indonesians, 200 Thais, 100 Singaporeans and 300 Filipinos,” he said.

Of the top fine groups in this year’s contest – namely, Malaysia’s One Nation Emcees and Akasia, Indonesia’s D’Reborn and the Philippines’ Paragon Child and 3.5 – he said they all deserve to come this far.

“However, I wish Indonesia’s third group, 3 Voices, could have stayed a little longer. They have great potential, despite their lack of confidence at times,” he said.

On ways to improve the show, Azmeer suggests that some contestants be allowed to play musical instruments.

῕ The Gang Starz final will be held on Aug 24 at Stadium Malawati, Shah Alam at 9 pm.

 

New Straits Times

Sharifah Zarina Tunggu Saat Timang Cahaya Mata Kedua

24 Apr

Oleh Zaidi Mohamad

MENGHITUNG hari! Begitulah reaksi penyanyi jelita, Sharifah Zarina, 27, yang menunggu saat menimang cahaya mata kedua. Saat artikel ini ditulis, kandungannya sudah pun berusia lapan bulan lebih. Kalau tiada aral melintang, hujung Mei ini, anak sulungnya yang berusia lima tahun, Elathaliadeena Buswani, dapat adik baru.

“Alhamdulillah sudah lapan bulan lebih usia kandungan saya. Hanya menunggu hari dan detik saya bakal melahirkan anak kedua. Berbeza sedikit pengalaman hamil anak sulung dengan yang ini. Dulu saya lebih kuat muntah dan mabuk dan lebih suka memerap di rumah. Anak kedua ini, saya lebih kuat secara fizikal dan dalaman (hati).

“Saya sudah melakukan proses pengimbasan (scan) dengan dua doktor berbeza. Kedua-duanya meyakinkan yang saya bakal mendapat anak perempuan juga. Insya-Allah. Saya tidaklah mengharap anak lelaki, tetapi kalau ditakdirkan saya mendapat anak lelaki mungkin saya boleh berhenti seketika untuk mengandung lagi. Tapi nampaknya ini petanda saya kena mengandung lagi selepas ini.

“Dulu saya mengimpikan anak yang ramai, tapi melihatkan kepada paras ekonomi kita yang tidak menentu di samping kos hidup yang semakin tinggi, saya mungkin kena mengehadkan soal melahirkan anak. Apa yang pasti saya kena dapatkan perlindungan insurans dan taraf pendidikan yang baik untuk anak-anak saya nanti. Tumpuan saya kini hanya untuk melepaskan fasa ‘mengandung’ terlebih dulu sebelum memikirkan rencana seterusnya mengenai perkembangan kerjaya seninya,” katanya yang pernah meledak dengan lagu Langit Ke-7.

Menyentuh soal kerjaya, peminat sedang menantikan album kedua yang belum pasti bila bakal ‘dilahirkan’. Semuanya masih menjadi tanda tanya. Kontraknya bersama syarikat rakaman Interglobal Music akan berakhir tidak lama lagi. Sharifah menegaskan, dia sebenarnya tidak bermasalah dengan syarikat itu cuma yang menjadi kekeliruan bilakah album keduanya yang sudah siap sepenuhnya bakal berada di pasaran.

“Mengikut perjanjian, kontrak saya bersama syarikat itu akan berakhir pada Ogos ini. Saya sudah berjumpa dan berbincang beberapa hal dengan pihak atas syarikat itu sejak awal tahun. Soal sama ada kontrak saya bakal diperbaharui atau tidak saya tidak mampu memberikan sebarang jawapan. Jujurnya, saya tak berharap sangat untuk terus kekal dengan syarikat itu. “Tetapi kalau mereka masih ingin memperbaharui kontrak, saya memang tiada masalah. Hakikatnya saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan syarikat itu. Yang pasti, saya akan tetap terus menyanyi, takkan berhenti daripada industri ini walau apa jua masalah mendatang. Insya-Allah.

“Daripada apa yang saya sedia maklum, album kedua saya sudah siap sepenuhnya dari segi pembikinan kulit album dan lagu. Cuma semuanya masih menjadi titik persoalan yang sukar dirungkai. Biarpun mendepani masalah itu, saya mampu bernafas dengan duit tawaran persembahan dan saya ada suami yang boleh menanggung saya serta anak. Tawaran persembahan itu masih ada tapi tidaklah sekencang seperti waktu lagu Langit Ke-7 meledak di pasaran. Saya tidak memilih tawaran persembahan, saya pernah menerima sekecil-kecil bayaran berjumlah RM500 hinggalah ke ribuan ringgit,” ungkapnya.

Sharifah Zarina ditemui sewaktu majlis penyerahan cek bernilai RM100,000 hasil jualan album Riuh Selamba Aidilfitri di The Chicken Rice Shop (TCRS), The Gardens, Mid Valley pada 18 April lalu. Album kompilasi terbitan saluran TV9 dan TCRS itu telah dilancarkan sejak Aidilfitri tahun lalu bagi tujuan murni, untuk amal kebajikan.

Hasil jualan album itu diagihkan sama rata kepada dua pertubuhan anak yatim, Pertubuhan Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah dan Rumah Ilham Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail. Acara penyerahan cek kepada dua pertubuhan itu disempurnakan oleh Pengerusi TCSR Restaurant Sdn Bhd, Tunku Datuk Mu’tamir Tunku Sri Mohamed.

Selain Sharifah Zarina, album itu turut menampilkan Ning Baizura, Awie, Raihan, Fabulous Cats dan Ruffedge mendendangkan lagu Aidilfitri.

INFO:

  • Sharifah Zarina Wan Hassan dilahirkan pada 5 Ogos 1981 di Kuching Sarawak. Sudah berumah tangga bersama Buswani Abdullah, 35. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Elathaliadeena, 4.
  • Lagu Langit Ketujuh ciptaan Master G melonjakkan nama Sharifah Zarina. Lagu itu sendiri layak ke Anugerah Juara Lagu 2005 dan final Hits1 2005.
  • Dia juga berjaya muncul calon akhir bagi kategori Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan Artis Baru Wanita Terbaik AIM13.
  • Lagu yang meledakkan namanya, Langit Ke-7, Harapan Berbunga Realiti, Tak Secantik Wajah, Syair Pesona.

    Powered by Berita Harian

  • Kerlipan Bintang-Bintang Di RTM

    13 Feb

    BERGELAR artis popular dan meniti dunia glamor memang menjadi impian semua. Kenyataan ini mendorong penglibatan seseorang itu menyertai pertandingan nyanyian yang boleh membuka laluan untuk mencapai hasrat tersebut.

    Menyingkap kembali sejarah penglibatan artis-artis kelahiran RTM, maka lahirlah rancangan Bintang-Bintang yang bakal bersiaran sebanyak 14 episod ini bermula Mei nanti.

    Dalam setiap episod, ia akan menampilkan dua orang artis yang pernah menyertai pertandingan seperti Bintang RTM, Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI), Golden Teen Search, Bintang Gala 2, Suara 90-an, Idola Patriotik dan pertandingan Klasik Nusantara.

    Antara artis yang akan ditampilkan menerusi rancangan istimewa ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Nora, Liza Hanim, Alya dan Dayang Nurfaizah yang pernah menyertai Bintang HMI.

    Begitu juga artis hebat yang pernah menyertai dan menjuarai Bintang RTM seperti Farawahida, Ramlah Ram, Sarah Raisuddin, Jamal Abdillah, Rey, Rina, Sharifah Zarina, Rohana Jalil, Noraniza Idris, Misha Omar, Izwan Pilus, Azharina Azhar dan Nurhasmida.

    Tidak ketinggalan bintang-bintang kelahiran Suara 90-an, Klasik Nasional, Idola Patriotik, Bintang Gala 2, Bintang Asli Remaja seperti Adibah Noor, Ester Khoo, Anis Salwa, Muhaizam, Rosma Dali, Dia Fadilla, Nurfatima, Sabariah dan Eddie Nazrin yang telah mewarnai industri muzik tanah air dengan bakat mereka.

    Sepanjang satu jam bersiaran, rancangan yang masih lagi menjalani penggambaran ini dilakukan secara santai dan rakaman temu bual artis akan diselang-seli dengan klip video artis yang terlibat untuk tontonan kepada peminat.

    Daya tarikan utama kepada penonton pastinya berlegar sekitar perkongsian cerita sensasi artis yang sememangnya begitu dinanti-nantikan peminat terutama di kalangan peminat fanatik artis terlibat.

    Bukan itu sahaja, turut diselitkan adalah soal kualiti suara mereka yang sebenarnya menjadikan mereka diterima ramai dan mendorong publisiti terhadap kejayaan gemilang dalam kerjaya mereka.

    Malah, artis yang terlibat juga akan berkongsi sama cerita jerih-perih bergelumang dengan realiti sebenar menjadi seorang artis.

    Ini dilihat begitu berguna sebagai panduan kepada pendatang baru ataupun kepada individu yang berminat melebarkan sayap menjadi artis rakaman.

    Meskipun Bintang-Bintang dijangkakan menemui penonton sekitar bulan Mei 2008, namun pastikan tidak melepas peluang keemasan menonton program yang bermanfaat kepada peminat dan penyokong industri muzik tanah air ini.

    Powered by Utusan Malaysia

    Anak Gemilang Malaysia – Hargai Tokoh Pejuang

    5 Sep

    PROGRAM akhir Anak Gemilang Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Ahad lalu yang memilih penentang Malayan Union dan Pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar sebagai Tokoh Anak Gemilang Malaysia harus diteruskan.

    Ini kerana dokumentari yang berkisar tentang pengorbanan dan cabaran yang dihadapi oleh tokoh-tokoh masa lalu perlu didedahkan kepada generasi masa kini.

    Menurut pakar sejarah negara, Datuk Profesor Ramlah Adam, program sebegitu mampu memberi impak positif kepada anak muda untuk mengenali pejuang silam.

    Ramlah yang juga Rektor Kolej Yayasan Melaka menjadi pelobi untuk Onn Jaafar berkata, dengan adanya dokumentari itu, kita bukan sahaja mengimbau kenangan silam malah turut memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh tersebut.

    Selain itu, program yang banyak memberi info tentang tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang itu boleh dijadikan rujukan dan disimpan sebagai khazanah negara.

    “Kalau tidak kerana jasa mereka, mungkin kita tidak dapat merasai kemudahan yang ada hari ini. Bukan sekadar program sebegitu, malah penghargaan lebih perlu diberi kepada tokoh-tokoh nasionalis tersebut. Contohnya, dengan memberi nama jalan atau menubuhkan yayasan berdasarkan nama mereka,” katanya panjang lebar.

    Dia yang begitu lantang bercerita tentang kehebatan Onn Jaafar itu ternyata berjaya menarik perhatian enam juri yang diketuai oleh Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid.

    Ujar Ramlah, Onn Jaafar adalah seorang wira yang kurang ditonjolkan walaupun dia memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan orang Melayu.

    Kemenangan itu membolehkan keluarga Onn Jaafar menerima wang tunai RM30,000 serta plak.

    Anak Gemilang Malaysia merupakan sebuah dokumentari yang diadaptasi dari rancangan The Great Briton, United Kingdom.

    Program yang disiarkan di Astro Prima dan RTM sekitar Ogos 2007 itu telah memilih 50 tokoh yang banyak menyumbang jasa kepada negara.

    Daripada 50 orang finalis, hanya 10 dipilih. Selain Onn Jaafar, tokoh lain yang turut ke peringkat akhir ialah Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn, Pendita Zainal Abidin Ahmad (Za’aba), pengasas MCA Tun Tan Cheng Lock, pakar ekonomi Raja Tun Mohar Raja Badiozaman, Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, legenda bolasepak Mokhtar Dahari, penyanyi Sudirman Haji Arshad dan tokoh kesatuan sekerja, P. P Narayanan.

    Pada majlis tersebut juga penyanyi Sharifah Zarina, Rey dan Farhan turut mendendangkan lagu-lagu bertema patriotik sebagai pembakar semangat.

    Powered by Utusan Malaysia

    Demi Album Baru Sharifah Zarina Tangguh Anak Kedua

    1 Feb

    Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN

    Mempunyai sebuah keluarga yang besar antara impian setiap wanita. Selain menjadi pelengkap kasih sayang pastinya ia mampu memeriahkan suasana sesebuah keluarga.

    Justeru kata Sharifah Zarina, dia sebenarnya merancang untuk menambah bilangan cahaya matanya tahun ini. Namun hasrat hati bersama suaminya itu tidak dapat dilaksanakan lantaran tanggungjawab pada karier seninya.

    “Anak saya, Al Athalia Deena kini sudah berusia empat tahun. Saya merancang mempunyai anak kedua tahun ini. Tapi hasrat tersebut mungkin tidak menjadi, sebab album kedua saya insya-Allah akan berada di pasaran sekitar bulan Mac ini. Ia akan membuatkan saya sibuk sepanjang tahun ini.

    “Saya juga kini menjadi duta kepada produk Jelitayu yang sentiasa mahukan saya kelihatan langsing sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis Prelude AIM 14, di Planet Hollywood, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Kata penyanyi yang semakin jelita ini, sesekali dia merasa cemburu melihat suaminya mempunyai adik beradik yang ramai. Saat itu hatinya selalu terbuka untuk memiliki keluarga besarnya sendiri.

    “Suami saya mempunyai 17 adik beradik. Bila berkumpul seronok sangat. Macam-macam cerita dikongsi bersama. Paling penting bagi saya, bila kita ada anak yang ramai, kalau yang seorang ini tak boleh jaga kita, insya-Allah seorang lagi boleh jaga. Tidaklah mengharapkan anak itu sahaja,” katanya yang mahu memiliki lima orang anak.

    Bagi yang merindui suara lantang Sharifah Zarina, buah tangan terbarunya bakal muncul pada bulan Mac ini.

    Diterbitkan oleh Interglobal, antara komposer terlibat ialah Aidit Alfian, Nitrous dan Azmeer.

    Tanpa berselindung Sharifah Zarina mengakui kekuatan dan populariti lagu Langit Ketujuh (daripada albumnya terdahulu), sedikit sebanyak menjadikannya berasa takut menanti reaksi peminat terhadap album terbarunya itu.

    “Langit Ketujuh bagi saya cukup kuat. Jadi untuk menghasilkan album kedua ini, saya rasa takut memikirkan adakah akan ada lagu dalam album terbaru ini dapat mengatasi Langit Ketujuh,” katanya lagi.

    Apa pun kata Zarina, idea menyelitkan dua lagu lama nyanyian Alleycats dan Juction mungkin sedikit sebanyak akan berjaya menambat hati peminat.

    “Pemilihan lagu Kerana (Alleycats) dibuat oleh abang Azmeer. Tapi lagu Demi Cinta Setia (kumpulan Junction) saya sendiri yang pilih.

    “Lagu itu mempunyai kenangan tersendiri. Semasa saya dating dengan suami saya dulu, setiap hari dia pasang lagu tersebut dalam kereta. Sebab dah dengar tiap-tiap hari, terus jadi suka,” katanya.

    Powered by Utusan Malaysia

    Deejay Klasik Nasional Beraya Di Hulu Langat

    2 Oct

    Dalam keheningan malam yang disulami bunyi cengkerik, tiba-tiba penduduk kampung di Hulu Langat, Selangor dikejutkan dengan irama merdu lagu-lagu hari raya seperti Lambaian Aidil Fitri, Beraya Di Desa dan Suasana Di Hari Raya.

    Nun di celah-celah kawasan hutan Nur Lembah Pangsun, warga kerja stesen radio Klasik Nasional sibuk beraya. Yang lelaki siap berpakaian baju melayu lengkap dengan songkok dan samping, manakala wanita berbaju kebaya atau kurung yang lengkap dengan selendang.

    Adegan itu merupakan rakaman program Rentak Syawal iaitu antara program yang bakal muncul dalam siaran Klasik Nasional pada hari raya pertama, kedua dan ketiga pukul 12.05 tengah hari. Program itu diterbitkan bersama oleh deejay Ewan dan Rosli Derani.

    Ia melibatkan persembahan artis-artis undangan termasuk Hail Amir, Asiah Tuah, Saleem, Siti Nordiana, Sharifah Zarina bersama deejay-deejay Klasik Nasional iaitu Nurul, Sofiah, Risham, Hani, Liza Yeo, Anis, Yusmawati, Zohdi, Zetti, Yom dan Yati. Selain lagu-lagu raya, program tersebut turut disulami dengan lagu-lagu lama seperti Joget Jauh Pandangan, Jangan Main Mata, Percayalah dan Kekasih Pujaan.

    Sesuai dengan format siaran Klasik Nasional, Sharifah Zarina membuat pendekatan baru menyanyikan lagu Langit Ketujuh dalam irama keroncong manakala Saleem mendendangkan lagu popularnya Suci Dalam Debu versi keroncong. Rancangan itu diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Selamat Hari Raya dendangan asal Puan Sri Saloma dan Datuk Ahmad Jais.

    Powered by Utusan Malaysia

    Sharifah Zarina Takut Dibandingkan Dengan Alleycats

    11 Aug

    Oleh Nor Fadzilah Baharudin

    Sharifah Zarina.

    Bukan senang untuk memuaskan hati semua orang. Biarpun begitu, penyanyi yang sedang meningkat naik, Sharifah Zarina masih gigih meneruskan perjuangannya dalam bidang seni walaupun tahu bakal menghadapi pelbagai kritikan.

    Mengambil langkah positif, Sharifah Zarina akhirnya akur pada nasihat penerbit album keduanya iaitu Azmeer untuk merakamkan semula lagu Kerana dendangan Alleycats.

    “Pada mulanya saya tak mahu menyanyikan lagu tersebut sebab Alleycats masih lagi sebuah kumpulan yang aktif. Saya tahu apabila saya mula menyanyikan lagu itu, pasti ramai yang akan membandingkan nyanyian saya dengan mereka.

    “Melihatkan pada susunan lagu tersebut yang tinggi dan rendah pun, buat saya takut. Tapi bila Azmeer mencadangkannya dan percaya kepada bakat dan kebolehan saya, akhirnya saya akur dengan permintaannya,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya yang ke-25 yang diadakan di Planet Hollywood, baru-baru ini.

    Bagaimanapun tegas Sharifah Zarina, dia tetap percaya kepada rezeki Ilahi.

    “Ini satu percubaan dan saya yakin dengan rezeki yang ditentukan oleh Tuhan. Saya tak letak harapan yang tinggi agar semua orang boleh menerimanya tapi saya masih mahu mencuba,” katanya.

    Album keduanya masih mengekalkan konsep terdahulu iaitu pop komersial dan memilih Azmeer selaku penerbit album.

    Rakam semula

    Masih lagi dalam proses rakaman, kata Sharifah Zarina, “Dalam album ini ada dua buah lagu lama dirakam semula. Kerana dan Demi Cinta Setia (kumpulan Junction). Lagu Demi Cinta Setia merupakan lagu kegemaran saya.

    “Antara komposer yang terlibat ialah Ajai, Aidit Alfian, Nitrous dan Azmeer. Album ini diterbitkan oleh Interglobal.”

    Tambah Sharifah Zarina, dalam album kedua ini terdapat tiga buah lagu yang saling mempunyai kesinambungan cerita.

    “Kalau peminat mendengar lagu pertama dalam album itu, Tak Secantik Wajah yang merupakan lagu tema drama Dua Hati, pasti tahu jalan cerita dalam lagu itu seolah-olah tergantung. Jadi mereka kena mendengar lagu kedua dan ketiga. Tapi lagu kedua dan ketiga masih belum mempunyai judul dan masih belum dirakam.

    “Itu merupakan kelainan dan keistimewaan yang saya dan penerbit sediakan untuk album kedua ini,” ujarnya.

    Impian

    Menyentuh mengenai harapannya sempena menyambut hari lahir ke-25 ini, kata Sharifah Zarina, “Impian saya untuk kurus akhirnya menjadi kenyataan. Dulu masa saya berisi susah nak menyanyi. Sebab itu saya sentiasa memakai korset dan itu menyebabkan saya sentiasa semput ketika menyanyi.

    “Tapi sekarang tidak lagi apabila saya mencuba produk Jelitayu. Berat badan saya menurun lapan kilogram. Dari 66kg sekarang ini jadi 58kg.

    “Sekali gus saya terima tawaran menjadi duta produk mereka,” katanya yang telah menggunakan produk tersebut sejak lima bulan lalu,” kata ibu kepada Al Athalia Deena ini.

    Menyentuh mengenai imej pula, kata Sharifah Zarina, “Saya masih lagi mencari imej yang sesuai. Belajar sikit-sikit dari buku dan internet. Tapi saya percaya fesyen akan berkembang dengan sendirinya.

    “Dan saya yakin semua artis baru juga melalui perkara yang sama seperti saya,” katanya.

    Powered by Utusan Malaysia

    Program Avon Khas Untuk Mak Andam

    17 Jul

    Oleh WANDA IDRIS

    KEJAYAAN penganjuran program Selebriti Bersama Avon memberi semangat kepada penganjurnya, syarikat jualan langsung Avon Cosmetics Sdn. Bhd. (Avon), untuk meneruskan program realiti tersebut.

    Bagaimanapun, konsepnya akan diubah dengan membuka penyertaan kepada umum berbanding musim pertamanya yang menumpukan kepada kolaborasi antara artis dengan jurusolek pilihan mereka.

    Menurut Presiden Avon Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia, Mansoor Wan Abdullah, perubahan itu akan memberikan khalayak lebih peluang untuk menyertai program tersebut.

    “Mungkin kita akan buat satu pertandingan bermula daripada peringkat daerah, negeri dan kemudian kebangsaan,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai episod akhir program Selebriti Bersama Avon di ibu kota baru-baru ini.

    Majlis yang merupakan kemuncak program realiti kecantikan itu menyaksikan Raja Farah yang disolek oleh Fifi diumumkan sebagai Selebriti Make-Over Terbaik.

    Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Liza AF1 yang disolek oleh Zakiah Eloma dan Edlin AF2 yang dirias oleh Ismept.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Penyiaran (Rancangan) RTM, Adilah Chek Omar.

    Mansoor berkata, untuk musim kedua program tersebut, pihaknya berhasrat untuk menjemput mak andam dari seluruh negara menyertainya memandangkan kerjaya itu semakin popular sejak kebelakangan ini.

    “Konsepnya masih sama iaitu tentang solekan dan dandanan malah kita juga akan mengajar mereka tentang teknik asas solekan yang betul.

    “Cuma pendekatannya mungkin berbeza. Maksudnya, jika tahun ini tema kita selebriti dengan jurusolek artis pilihan mereka, tahun depan mungkin lain. Kita memikirkan untuk mengadakan pertandingan mak andam pula,” jelasnya.

    Mansoor memberitahu, program seumpama itu memberikan satu wadah dalam membantu memberikan ilmu dan idea kepada wanita untuk meningkatkan kejelitaan dan perapian diri melalui solekan yang betul daripada pakar-pakar.

    “Penglibatan selebriti adalah bonus memandangkan kebanyakan mereka merupakan ikon masyarakat,” tambah Mansoor.

    Menyentuh mengenai program pertama Selebriti Bersama Avon yang berkolaborasi dengan RTM sebagai penyiar rasmi, kata Mansoor, ia dimulakan sejak April lalu. Program itu merupakan sebuah rancangan realiti kecantikan bersama selebriti yang julung kali diadakan.

    Melibatkan 10 artis bersama jurosolek masing-masing, program itu disiarkan sebanyak 13 episod di RTM1 pada setiap Ahad pukul 12 tengah hari.

    Menggunakan kreativiti tersendiri daripada koleksi warna solekan Avon untuk satu make-over, mereka bersaing untuk sampai ke peringkat akhir.

    Sebanyak 10 orang selebriti tempatan menyertai pertandingan itu iaitu Siti Nordiana, Lisdawati, Zehra Zambri, Liza AF1, Edlin AF2, Sharifah Zarina, Zarina AF2, Nadia Mustafa, Faradhiya dan Raja Farah.

    Namun hanya tujuh terpilih untuk ke final iaitu Siti Nordiana bersama jurusoleknya Midah Khan, Zarina AF2 (Faizal Izwan), Raja Farah (Fifi), Edlin AF2 (Ismept) dan Lisdawati (Royu) yang dipilih pada episod ke-11 sementara Zehra Zambri (Mohd. Zali) dan Liza AF1 (Zakiah Eloma) dipilih masuk hasil undian semula pada episod ke-12.

    Kesemua mereka dipilih seratus peratus menerusi undian pesanan khidmat ringkas (SMS) peminat.

    Kemuncak program tersebut ialah finale yang menyaksikan Raja Farah dan jurusoleknya Fifi bergelar juara.

    Kemenangan itu membolehkan Raja Farah membawa pulang rantai leher berlian dan mutiara Tahiti bernilai RM2,000, wang tunai RM3,000 dan hamper barangan Avon bernilai RM500.

    Sementara Fifi pula menerima rantai leher berlian dan mutiara bernilai RM2,000 tajaan Habib Jewels, wang tunai RM500 dan hamper barangan Avon bernilai RM500.

    Tempat kedua dan ketiga yang masing-masing dimenangi oleh Liza AF1 dan Edlin AF2 pula memenangi wang tunai berjumlah RM2,000 dan RM1,000, hamper barangan Avon bernilai RM500.

    Jurusoleknya pula, Zakiah Eloma dan Ismept masing-masing memenangi wang tunai RM500 serta hamper barangan Avon berjumlah RM500.

    Majlis kemuncak yang dihoskan oleh Nita dan Hani Mohsein turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Ferhad dan Dia Fadila.

    Powered by Utusan Malaysia

    Karyawan Perlukan RM20,000 Sebulan

    28 May

    Oleh NIEZAM ABDULLAH

    Langkah Persatuan Karyawan (Karyawan) memberikan bantuan menerusi skim pencen sebanyak RM500 kepada artis veteran merupakan satu langkah wajar dalam usaha meringankan beban mereka yang kurang mampu. Tambahan pula golongan ini juga telah menabur banyak jasa dalam industri hiburan tanah air.

    Sehingga kini 16 orang artis veteran telah menerima skim itu yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu. Bagaimanapun, dalam usaha menghargai para artis tersebut, Karyawan sendiri tidak terlepas daripada berhadapan dengan masalah kewangan.

    Masalah itu hanya dapat diatasi apabila persatuan itu menganjurkan konsert untuk mengutip dana bagi mengisi tabung persatuan supaya hasrat membantu golongan artis veteran itu dapat diteruskan.

    Pengerusi Karyawan, Freddie Fernandez berkata, setiap bulan persatuan itu memerlukan sekurang-kurangnya RM20,000 bagi membiayai skim pencen itu termasuk perbelanjaan pengurusan pejabat.

    Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM8,000 sahaja diperlukan untuk bantuan membiayai skim itu.

    “Sehingga hari ini seramai 16 artis menerima bantuan tersebut antaranya Aziz Satar, Sarimah, Mariani, Yusni Jaafar, Hamzah Hussein, Shamsuddin Lamin, V. Sarangabani, Lai Meng termasuk tiga artis baru iaitu Latifah Omar, Param dan Raja Hamidah.

    “Walaupun Karyawan sering kali menghadapi masalah kewangan namun kami berterima kasih kerana artis-artis muda sanggup memberi kerjasama menjayakan apa juga konsert bagi mengutip dana mengisi tabung membantu mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

    Dalam konsert amal Malam Jasamu Dikenang pada malam Selasa lalu, seramai 58 orang artis termasuk Siti Nurhaliza, Mawi, Jalaluddin Hassan, Liza Aziz, Nora, Nash, Sharifah Zarina, Rahimah Rahim dan Aishah mengambil bahagian menghiburkan orang ramai di Dewan Perdana Felda yang dihadiri lebih 5,000 penonton.

    Sempena persembahan itu Karyawan menerima sumbangan daripada pelbagai pihak sebanyak RM100,000 bagi mengisi dana tersebut.

    Konsert itu turut diadakan bagi mengingati golongan artis yang telah meninggal dunia antaranya P. Ramlee, Saloma, Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad Daud, Saadiah, Rosiah Chik, Rafeah Buang, S. Jibeng, Jimmy Boyle, Sudirman, Fadzil Ahmad, Kamariah Noor, R. Azmi, Zain Azman dan M. Shariff.

    Freddie berkata, hanya dengan sikap prihatin artis-artis baru sahaja hasrat untuk membantu golongan veteran yang memerlukan bantuan dapat dilaksanakan.

    “Tanpa sumbangan artis-artis baru ini, mungkin usaha kita membantu mereka yang kurang bernasib baik tidak akan terlaksana,” katanya.

    Powered by Utusan Malaysia