Archive | Tommy Lee Jones RSS feed for this section

Syurga Sukan Polo

15 Jan

Dalam kegawatan ekonomi dunia, sukan mewah polo di Argentina masih berdiri gah dan mempunyai pengikut yang sanggup berhabis wang demi sukan itu.


BANYAK pasukan polo sanggup menghabiskan ribuan malah jutaan dolar hanya untuk membeli seekor kuda.

PENGARAH filem Amerika Syarikat (AS), Robert Duvall dan bekas bintang bola sepak Argentina, Gabriel Batistuta saling menepuk belakang masing-masing sambil berjabat tangan. Mereka kelihatan begitu akrab.

Hubungan erat mereka itu bukanlah kerana mereka ialah kawan lama, sebaliknya mereka kini mempunyai satu impian yang seiring iaitu untuk mempromosikan projek bernilai jutaan dolar dengan menjadikan Argentina sebagai destinasi sukan polo.

Ia bakal meletakkan negara itu sebagai lokasi sukan polo berkuda yang terkemuka di dunia.

Argentina telah mendominasi sukan itu sejak berdekad lalu, bagaimanapun perkembangannya agak terjejas sejak krisis kewangan pada tahun 2001 dan 2002. Ini menyebabkan harga untuk pemain luar bermain di Argentina menjadi lebih murah.

Sekarang, masalah kewangan dunia telah mengakibatkan projek-projek seperti itu menjadi tanda tanya dan lebih buruk. Malah, mereka yang kaya raya dan telah menghasilkan ramai pemain berkaliber dan menarik ramai penonton sekalipun terpaksa melupakan seketika sukan itu.

Adolfo Cambiaso yang dikenali sebagai antara pemain terbaik dunia bagaimanapun tidak terjejas oleh kelembapan ekonomi apabila beliau memperkenalkan projek terbarunya. Beliau menganjurkan pertandingan di ladang peribadinya pada November lalu yang dihadiri oleh Duvall, Batistuta dan selebriti lain.

Cambiaso bercadang mengadakan majlis pecah tanah untuk membina sebuah perkampungan polo yang menetapkan setiap rumah mempunyai padang bermain polo dan kandang bersebelahan ladangnya di bandar Canuelas di bahagian luar Buenos Aires.

“Di Argentina, kami mudah bermain dan berlatih kerana kami mempunyai kuda, ladang dan juga pemain,” kata Cambiaso yang juga memiliki rangkaian pakaiannya sendiri.

Selain itu, satu lagi projek di Resort Polo Culu Culu yang bernilai AS$80 juta (RM285.8 juta) milik pengusaha hotel yang berpangkalan di Dubai, Kumpulan Jumeirah, akan dibuka di Lobos dalam masa dua tahun lagi.

Ia termasuk hotel polo dan kawasan perumahan persendirian yang dibina mengelilingi lapan padang polo berkeluasan 274 meter panjang. Sebuah rumah dengan empat bilik boleh mencecah harga lebih RM2 juta (RM7.1 juta).

“Sasaran kami ialah mereka yang masih meneruskan kehidupan mewah walaupun berhadapan dengan krisis dan mereka tidak takut untuk kehilangan wang. Bagaimanapun, pasaran bagi produk-produk berkualiti tinggi seperti ini akan sentiasa ada,” kata Ketua Pegawai Kewangan resort itu, Carlos Urriza.

Sukan polo pertama kali diperkenalkan di Asia sejak berkurun lalu dan dikembangkan oleh kolonis British di India di mana sekumpulan empat penunggang kuda akan memukul bola kayu bagi mendapatkan mata apabila berjaya memasukkannya ke dalam gol.

Sukan itu telah lama menjadi amalan golongan atasan di Eropah, AS dan beberapa negara Asia dan ia kelihatan telah mengembangkan popularitinya di Afrika Selatan, Jepun dan China.


SUKAN polo telah menjadi kegiatan riadah golongan atasan di Eropah dan beberapa negara Asia.

Di Argentina, sukan itu diperkenalkan oleh British. Ia menjadi pusat utama kepada sukan itu dan pertandingan berprestij seperti Argentina Open Championship dan memiliki hampir semua pemain terkemuka dunia.

Pewaris takhta diraja England, Putera Charles dan anaknya, Putera Harry bermain polo di Argentina ketika lawatan mereka baru-baru ini manakala pelakon terkenal yang meminati sukan tersebut, Tommy Lee Jones mempunyai ladang di Argentina.

Dalam perkembangan terbaru, ramai pemain Argentina bercadang untuk membangunkan kembali tradisi sukan polo negara itu, membiak dan menjual anak-anak kuda yang harganya boleh mencecah lebih AS$50,000 (RM180,000) seekor. Ada juga yang mengambil inisiatif membuat barangan berkaitan polo seperti baju dan juga pelana.

Pelancongan polo juga telah mula berkembang dalam skala yang kecil di Afrika Selatan dan India.

Projek mega itu menyasarkan golongan fanatik sukan polo yang sanggup menjelajah ke seluruh dunia hanya semata-mata mahu bermain atau melihat pertandingan sukan itu.

Banyak pasukan teratas yang ditaja sanggup menghabiskan ribuan malah jutaan dolar hanya untuk seekor kuda. Sukan itu juga menerbangkan pemain-pemainnya ke seluruh dunia untuk menyertai pertandingan.

Pemimpin Argentina memberitahu, mereka berharap projek itu akan menjadi salah satu tarikan pelaburan untuk golongan atasan walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi yang melanda dunia.

“Kami ialah syurga kepada peminat sukan polo dan ramai pihak yang menawarkan peluang perniagaan,” kata Urriza dari Jumeirah Culu Culu Polo Resort.

Pengarah Urusan sebuah syarikat perdagangan di London, Clive Reid, adalah antara mereka yang sering berkunjung ke Argentina sejak kejatuhan ekonomi hanya untuk bermain polo.

Menurutnya, polo di Argentina merupakan cara hidup penduduk setempat.

“Jika kamu bertanya pada sesiapa sahaja di mana mahu mendapatkan kuda yang terbaik dan juga pemain yang paling handal, jawapannya sudah pasti di Argentina,” katanya. – Reuters

Kosmo

NOW SHOWING: Trail Of No Mercy

16 Apr

Javier Bardem (right) plays a psychotic killer in the movie.
Javier Bardem (right) plays a psychotic killer in the movie.

NO COUNTRY FOR OLD MEN
Directed by Ethan Coen and Joel Coen
Starring Josh Brolin, Javier Bardem, Tommy Lee Jones.

BAGGING four awards at the recent Oscars including Best Film, watching No Country For Old Men was immensely gratifying.

Based on the acclaimed novel by Pulitzer Prize-winning American master, Cormac McCarthy, directors Ethan and Joel Coen have done well with the film adaptation of the book.

Set in rural Texas, No Country For Old Men tells of a welder and hunter Llewelyn Moss (Josh Brolin) who discovers the remains of several drug runners who killed one another in an exchange gone violently wrong.

Instead of reporting the discovery to the police, Moss decides to take the drug runners’ loot of US$2 million home, without realising that there’s a hidden transponder within the loot that alerts the psychopathic killer Anton Chigurh (Javier Bardem) of his every move. Following his trail, Chigurh murders nearly every rival and even bystanders, in his pursuit of Moss and the loot.

Sheriff Ed Tom Bell (Tommy Lee Jones) investigates the case.

This is one intense thriller especially the scenes which involve the psychotic killer. Even when he is not in a scene, you still feel his presence. Chigurh kills ruthlessly, putting bullets into people’s heads just for the kicks.

In one scene, he even tosses a coin to determine whether or not he should spare the life of an owner of a small convenience store.

Bardem gave a superb portrayal of Chigurh. You won’t be able to stomach your popcorn watching him in action.

Bardem may have won his Oscar for Best Supporting Role, but he should have been nominated instead for Best Actor.

Brolin is excellent as Moss. I have never seen him perform to this level. As for Jones, he nailed the character with a superb performance as the old sheriff.

No Country For Old Men may be a little slow moving, but it is character-driven, gripping movie.

There is a challenging conclusion. So, if you want to see an intelligent and powerful film, this is it.

 

New Straits Times

Kejam, Ganas Dan Duit

13 Apr

PEJAMKAN mata dan bayangkan seorang manusia ditembak di lehernya dari jarak dekat, kemudian darah merah pekat berbuih membuak-buak keluar. Dia masih belum mati dan bunyinya seperti lembu yang baru disembelih, menggelupur kemudian diam. Kekejaman sebenarnya memang sudah lama menjadi elemen “hiburan” dalam sesebuah filem. Semakin kejam, semakin menghiburkan. Tetapi selain mengumpan penonton, adegan kekejaman dalam filem juga menyumbang kepada pembangunan cerita dan perwatakan.

Stigma terhadap kekejaman dalam filem menjadi begitu subjektif. Tingkat pengertian dalam konteks filem hanya terletak kepada keperluan dan bukan elemen “hiburan” untuk melariskan filem. Perihal nyawa manusia menjadi sedemikian murah juga adalah salah satu cerita manusia di semua ceruk di alam ini. Tetapi jika ada yang belum bersedia mendepani darah yang membuak-buak, filem No Country for Old Men bukanlah pilihan terbaik.

Tetapi filem ini dinanti-nantikan, bukan kerana di dunia ini banyak manusia kejam. No Country for Old Men ditunggu kerana pembikinnya, yang menghamparkan satu stail dan subjek yang konsisten dengan karya sebelum ini. Maka banyak yang mahu membandingkan filem ini dengan yang sebelum ini.

No Country for Old Men diperkatakan bukanlah semata-mata kerana dipilih sebagai Filem Terbaik Anugerah Academy tahun ini. Sekiranya tewas di Anugerah Academy sekalipun, No Country for Old Men tetap akan menarik perhatian khususnya pengkritik dan pengkaji filem kerana ia dihasilkan oleh dua beradik, Ethan Coen dan Joel Coen. Filem adik-beradik Coen sebelum ini, Fargo menjadi satu penanda aras kepada pengkritik untuk melihat konsistensi, subjek dan ketaksuban mereka kepada filem.

No Country for Old Men sebuah kelangsungan adik-beradik Coen terhadap genre yang mirip noir, penuh dengan pembunuhan, kaya dengan elemen thriller dan mendekati genre road movie. Filem ini memberikan nuansa yang puitis permainan cahaya dan bayang, kerja kamera yang agak agresif dan sesekali merehatkan mata dengan pemandangan saujana mata memandang. Tetapi di sebalik kesunyian yang hanya dipuput desir angin gurun itu, untaian cerita terburai satu demi satu. Penonton pasti berpeluang meresapi pengalaman menonton filem-filem yang menyingkap kehidupan koboi di old west, tetapi adik-beradik Coen bukan menoleh jauh. No Country for Old Men hanya berlatarkan tahun 1980 di sempadan Texas dan Mexico.

Filem ini diadaptasi dari novel judul yang sama karya Cormac McCarthy. Adegan demi adegan dibina dengan penuh berhati-hati dan menjadi hambatan untuk ke adegan seterusnya. Kesan thriller filem ini bukanlah kepada adegan pembunuhan yang dianggap begitu sadis. Thriller terbina daripada komposisi cerita, pembinaan adegan dan kerja kamera yang membuatkan penonton tidak mempunyai ruang untuk berpaling.

Filem ini dibuka dengan suara Tommy Lee Jones sebagai narator sebelum No Country for Old Men membawa perhatian penonton ke satu kawasan gurun yang luas saujana mata memandang. Kepada yang selalu menonton filem-filem adik-beradik ini, tentu dapat menangkap bahawa syot di kawasan luas saujana mata memandang ini adalah kegemaran mereka. Kawasan gurun ini selain memberikan identifikasi alam kepada cerita, di situ juga menjadi simbol yang akan berlaku seterusnya dalam No Country for Old Men.

Llewelyn Moss (lakonan Josh Brolin) terserempak dengan pembunuhan pengedar dadah yang berurus niaga di sebuah kawasan gurun di Texas. Sebelum itu Moss yang gemar memburu telah menembak seekor rusa tetapi apabila dia mendekati, anjing hitam yang cedera pula yang ditemui. Moss menemui sebuah beg yang berisi AS$2 juta dan dia mengambil duit itu tanpa mengetahui dalamnya terdapat cip pengesan.

Dalam kumpulan pengedar dadah itu, hanya seorang yang masih bernyawa ketika itu. Lelaki Mexico itu meminta air di tengah-tengah gurun. Moss pulang tetapi pada malamnya dia teringat lelaki yang meminta air dan membawa sebotol air ke kawasan berkenaan. Di sinilah bermulanya lingkaran Moss dalam jenayah yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.

Moss menjadi buruan pembunuh psiko Anton Chigurh (lakonan Javier Bardem). Anton digambarkan pembunuh yang tidak mempunyai deria jiwa, dia membunuh dengan menembak mangsa tanpa secara selamba dan mendepani mangsa yang menggelepar tanpa sebarang rasa. Pekan kecil yang banyak terlakar dalam filem-filem old west sepi sekalipun pembunuh gila itu bermaharajalela. Syerif tua, Tom Bell (lakonan Tommy Lee Jones) hampir putus asa memburu Anton Chigurh.

Filem ini berpaksi kepada tiga watak utama, Anton, Moss dan Tom Bell. Tetapi ketiga-tiganya tidak ditemukan. Mereka tidak berdepan dalam satu adegan, cuma bertemu dalam filem. Ketiga-tiga watak memerlu dan memberikan kekuatan antara satu dengan lain untuk menghantar asakan kesan drama yang penuh cukup mendebarkan.

Momentum pemburuan Anton memang menyesakkan dada, jurukamera Roger Deakins memberikan kerja kamera yang sangat impresif. Deakins dianggap banyak memberikan sumbangan untuk membawa No Country for Old Men kepada satu perjalanan yang menakutkan. Filem ini bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, sama seperti filem-filem koboi yang mirip road movie. Plot berkembang selari dengan perkembangan watak-watak utama ini. Gabungan adik-beradik Coen dengan jurukamera ini sebenarnya telah lama. Mereka memahami keperluan antara pengarah dan jurukamera. Menariknya apabila jurukamera mampu mengangkat kehendak pengarah dengan menghasilkan satu komposisi imej yang mantap.

Plot berkembang tidak memberi ruang kepada penonton untuk menjangka apakah yang berlaku seterusnya, jauh sekali penamatnya. Malah yang berlaku di luar jangkaan sama sekali dan inilah nikmatnya menonton buah tangan terbaru adik-beradik Coen ini. Lihat saja bagaimana pengarah memanipulasi perhatian penonton pada adegan Tom Bell ke bilik motel Anton. Gerak-geri Tommy Lee Jones membuatkan penonton resah, tetapi adegan ini selesai tanpa sebarang tragedi.

No Country for Old Men memperlihat ketelitian pada pembinaan adegan dan keperluan mise en scene. Ini dibantu dengan hasil kerja kamera yang cemerlang selain pengarahan seni yang sangat teliti. Lihat saja bagaimana pengarah membina adegan semasa Anton datang mencari Moss di motel, Moss pula dalam keadaan ketakutan mahu mengeluarkan beg berisi duit AS$2 juta dari saluran udara. Adegan yang mendebarkan ini dibina dengan cemerlang, dan kesan bunyi juga diberi peranan untuk mengisi banyak adegan-adegan yang sepi No Country for Old Men.

Dari segi lakonan, berbanding persembahan Tommy Lee Jones sebelum ini, kehadiran dia dalam filem ini tidak begitu memberangsangkan. Lakonannya tidak seimbang dengan Javier Bardem dan Josh Brolin. Momentum Tommy Lee Jones kelihatan agak perlahan, bukan kerana dia seorang syerif tua. Dia kelihatan perlahan kerana kedua-dua watak utama lain kelihatan dinamik.

No Country for Old Men membentangkan kepada kita bahawa duit bukanlah segala-galanya dalam hidup. Hidup Moss yang miskin, tinggal dalam kabin dengan isterinya, duit AS$2 juta bukan mengubah hidup menjadi lebih baik. Malah duit mengubah hidup menjadikan setiap langkah penuh dengan ketakutan.

Utusan Malaysia