Archive | Ziela Jalil RSS feed for this section

Lisdawati Belanja Sakan

7 Apr

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap

KETIKA kali pertama berbulan madu bersama suami, Fauzi Nawawi, 36, di Bali selepas sebulan mendirikan rumah tangga, pelakon, Lisdawati Nazarudin, 30, disahkan hamil anak sulung, Nur Aini Farhana yang kini berusia 10 bulan.

Kehadiran si kecil itu benar-benar menumpahkan rezeki buat pasangan suami isteri itu apabila sebaik saja Lisdawati habis berpantang, mereka ditawarkan menyertai program realiti, Sehati Berdansa, terbitan Astro dan muncul juara.

Mereka menerima pakej percutian ke Eropah selama 10 hari dan kereta Kia Optima. Lisdawati yang memang tidak sabar untuk menjejaki bumi Eropah begitu teruja untuk bercuti bersama keluarganya. Segala perancangan sudah diatur pihak Astro maka mereka tiga beranak bertolak ke sana pada 17 Mac lalu dan pulang ke tanah air pada 27 Mac.

Biarpun ketika itu negara yang dituju termasuk London, Paris, Frankfurt, Belgium, Amsterdam dan Switzerland mengalami musim sejuk dengan cuaca sekitar 4 hingga 5 darjah celcius namun pasangan suami isteri tidak sampai hati meninggalkan Farhana bersama neneknya. Ini kerana sepanjang masa mereka bekerja si kecil yang semakin aktif itu dijaga emak Lisdawati yang tinggal bersamanya.

“Memang Farhana belum tahu menghayati keindahan alam bumi Eropah tetapi saya tetap ingin membawanya bercuti kerana saya berasakan apa yang kami perolehi ini adalah kerana tuahnya. Gambar yang kami rakamkan sepanjang perjalanan itu akan disimpan dengan baik untuk Farhana tengok apabila dia dah besar nanti.

“Pasti ia menjadi kenangan amat indah buat Farhana apabila dia dewasa nanti. Dengan suhu yang terlalu rendah, cuaca di kebanyakan negara dilawati sangat sejuk sehingga memaksa saya memakai dua tiga lapis baju sebelum menyarungkan baju panas. Farhana pun saya pakaikan dia beberapa lapisan baju dan bersarung tangan serta kaki.

“Walaupun masih kecil tetapi Farhana tidak banyak ragam. Oleh cuaca yang terlalu sejuk Farhana lebih banyak tidur. Dalam tempoh 10 hari kami habiskan masa di sesebuah negara selama sehari atau dua hari dan kami sempat transit di Bahrain. Meskipun perjalanan itu agak pendek kerana banyak destinasi menarik yang perlu dilawati, saya tetap puas kerana dapat bercuti jauh bersama suami dan anak.

“Paling seronok saya dapat bermain salji di Switzerland yang terkenal dengan keindahan bentuk rupa buminya. Dari Switzerland kami menaiki keretapi ke Amsterdam di mana dalam perjalanan itu hujan. Ia menambahkan lagi kesejukan sehingga ke tulang hitam.

“Syukur Alhamdulillah, dapat juga tengok tempat orang. Sewaktu berada di Paris saya amat mengkagumi seni bina bangunan lama yang masih dilindungi dengan baik. Jika rezeki berlebih saya teringin untuk bercuti di London lagi dan mungkin saya akan berada di sana lama sedikit. Masyarakat di sana juga peramah.

“Pertukaran wang di sana sangat mahal kerana kebanyakan negara menggunakan mata wang Euro. Banyak juga saya berhabis dan dapatlah tiga beg tangan jenama terkenal yang harganya agak murah berbanding di sini. Fauzi juga dapat membeli beberapa barangan yang diidamkannya selama ini.

 

 

“Saya ‘penjamkan mata’ saja membelinya sebagai tanda kenangan dan menganggap pembelian beg tangan itu sebagai hadiah untuk diri sendiri yang penat bekerja. Lagipun kalau saya tidak membelinya, entah bila lagi saya dapat ke sana,” katanya.

Selepas berehat sehari dua, Lisdawati sibuk semula di set penggambaran drama 44 episod, Matahari, terbitan Pena Creative milik Ziela Jalil. Drama itu mengisi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, 6.30 petang menggantikan Spa Q sejak 30 Mac lalu.

Sebelum pergi bercuti Lisdawati dapat siapkan 13 episod dan terpaksa minta ‘break’ sekejap dengan produksi kerana pakej percutian itu tidak boleh ditangguhkan lagi.

“Mujur pihak produksi faham dengan keadaan saya. Balik ini, siang malam ke lokasi apatah lagi saya pegang watak utama drama itu sebagai Ariana yang disifatkan sebagai ‘matahari’. Menerusi paparan setiap watak dalam drama itu mempunyai tipu muslihat masing-masing dan ada kepentingan sendiri terutama Ariana.

“Ariana mempunyai kakak bernama Arisa (Aida Aris) yang dirogol bapa tiri mereka (Nasir Bilal Khan). Kisah bermula dengan kehidupan Ariana di kampung yang kemudian berhijrah ke kota dengan impian untuk menjadi kaya raya. Matahari ingin memberi teladan kepada penonton agar adat lama jangan ditinggalkan meskipun kita melalui kehidupan moden.

“Bagi seorang wanita, ‘dara’ amat penting untuk dipelihara dan hanya boleh dimiliki suaminya yang sah. Orang dulu sanggup bercerai pada malam pertama apabila mengetahui isteri yang baru dinikahi tiada dara lagi.

“Itulah yang berlaku kepada Arisa yang diceraikan suaminya (Syed Aiman) pada malam pertama selepas dia berterus terang yang mahkota dirinya sudah musnah. Dengan apa yang berlaku pada Arisa, Ariana mendendami lelaki dan suka mempermainkan perasaan mereka,” katanya.

Jelas Lisdawati dia perlu menghabiskan penggambaran sebanyak 25 episod lagi.

“Oleh kerana saya muncul dalam semua episod drama itu, ia memang meletihkan. Untuk datang ke sesi fotografi ini pun saya terpaksa ‘lari’ sekejap. Kalau tidak, saya tiada masa langsung untuk melakukan kerja lain. Selesai saja fotografi ini saya akan terus bergegas ke lokasi kerana kru menunggu untuk memulakan penggambaran.

“Penggambaran Matahari akan segera disiapkan sebelum berlangsungnya ABPBH2008 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008) pada 12 April ini. Pada hari itu saya dijemput menyampaikan anugerah dan khusus untuk itu saya akan tampil dengan gaya baru. Tunggu saja nanti,” katanya. Tambah Lisdawati demi menghayati watak Ariana, dia banyak berhabis duit membeli baju. Nasib baiklah harga baju sekarang tidak mahal dan selalu ada jualan murah.

“Beribu ringgit jugalah saya membeli baju baru tetapi semua untuk kepuasan bekerja. Hendak nampak cantik terpaksa berbelanja lebih. Oleh kerana Ariana adalah penari maka untuk babak tertentu saya mendapat baju tajaan daripada Michael Shu.

“Bagus ada yang sudi menaja tetapi adakala susah menjaga baju tajaan dan ada ketikanya kena berbelanja lebih untuk hantar cuci kering dan sebagainya. Peruntukkan untuk membeli baju sendiri juga bergantung kepada bayaran lakonan diterima daripada produser. Jika bayarannya ciput, tak dapatlah hendak berbelanja lebih.

“Tetapi baju yang dibeli itu tidak rugi kerana boleh dipakai dua tiga kali dalam drama lain pula. Tetapi kenalah pandai suai padankan supaya penonton tidak perasan baju itu pernah dipakai sebelum ini.

“Apabila bercakap soal bayaran, sekarang ada produser main tarik tali kerana sekarang ramai pelakon baru yang bayarannya lebih murah. Untuk terus bertahan dalam bidang ini, pelakon lama macam saya ini kenalah memberi mutu lakonan yang bagus bagi memastikan nama sentiasa ada dalam senarai produser atau pengarah.

“Bukan saja bersaing sesama pelakon tetapi sekarang ramai penyanyi dah jadi pelakon. Bertambah lagi saingan. Apa yang diharapkan penyanyi yang hendak jadi pelakon itu buatlah bersungguh-sungguh jangan sekadar hendak mengambil kesempatan. Ada di kalangan pelakon lama bersungut ramai sangat penyanyi menceburi dunia lakonan sekarang.

“Apa daya kita untuk menghalang rezeki, minat dan bakat orang lain. Apa yang boleh dilakukan, saya mesti terus mempertingkatkan mutu lakonan. InsyaAllah, kalau dah rezeki kita tidak ke mana,” katanya yang bakal dilantik menjadi duta produk Rorine daripada Singapura.

Bercerita mengenai Fauzi pula, jelas Lisdawati suaminya itu sekarang banyak terbabit dalam projek stunt dengan menubuhkan kumpulan lagak ngerinya sendiri. Kumpulannya sudah mendapat kepercayaan produser tanah air untuk melakukan aksi lagak ngeri dalam drama dan filem terbitan mereka.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Aida Tubuhkan CintaKasih

6 Apr

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Masih tetap berlakon walaupun sudah bergelar penerbit

SELEPAS 17 tahun bergelumang dalam dunia seni, akhirnya Aida Aris dengan berbekalkan minat yang mendalam, berjaya menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri diberi nama CintaKasih Sdn Bhd.

Ditubuhkan pada tahun 2006 menggunakan duit simpanannya, CintaKasih kini sudah menerbitkan dua telefilem iaitu Suram Pengantin arahan Fairuz Loy dan Tercipta Untukku diarahkan oleh Ahmad Idham.

“Syarikat penerbitan ini ditubuhkan atas inisiatif saya sendiri dan turut mendapat kerjasama daripada rakan kongsi, Zana. Zul juga turut berminat dan sama-sama berkongsi pengalaman dan keuntungan dalam syarikat ini,” kata Aida ketika ditemui di majlis pelancaran drama Matahari di Restoran Kunang-Kunang di Gombak, baru-baru ini.

Aida dan Zul dari kumpulan Handy Black memang sering dilihat bersama. Malahan sejak berpisah dengan Bob Azrai, Zul dianggap sebagai teman lelaki Aida dan hubungan mereka sehingga kini sudah berlarutan selama tiga tahun.

Begitupun, Aida enggan mengulas mengenai penghujung hubungan mereka dengan alasan kedua-duanya terlalu sibuk terhadap kerjaya seni masing-masing.

Dalam pada itu, mengulas lanjut penubuhan CintaKasih Sdn Bhd, Aida berkata, keinginannya itu hadir tanpa diduga walaupun sudah lebih satu dekad menceburi bidang lakonan.

“Ketika ini, saya yakin lagi untuk menerbitkan filem. Biarlah saya kumpul pengalaman dulu dan menimba ilmu. Semuanya datang secara kebetulan. Saya pun belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai pengarah. Jauh lagi perjalanan saya.

“Dunia lakonan tetap menjadi keutamaan saya. Tiada sebab untuk saya tinggalkan bidang ini,” katanya

Sementara itu, dalam drama Matahari arahan Feroz Kadir dan diterbitkan Pena Creative Sdn Bhd milik Ziela Jalil, Aida memegang peranan sebagai Arisa iaitu kakak kepada Ariana lakonan Lisdawati.

“Dalam drama ini, saya berdepan dengan konflik apabila dirogol bapa tiri. Arisa mempunyai kekasih yang bakal dinikahinya. Malam pertama selepas berkahwin, Arisa tak sanggup hidup dalam penipuan dan berterus terang kepada suaminya hingga dia diceraikan,” katanya.

Matahari disiarkan menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, 6.30 petang menggantikan siri Spa Q sejak 30 Mac lalu. Drama ini mengisahkan kisah seorang wanita yang memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama.

Melihat kepada penceritaan jalan cerita drama ini ia mirip kisah drama Thailand berjudul E’Pring yang pernah disiarkan di Astro.

Penulis skripnya, Jumal Yunus melihat persamaan yang terjadi adalah secara kebetulan. Katanya, sewaktu sinopsis cerita ini ditunjukkan, Ziela Jalil sendiri menyangkakan ia hampir menyamai E’Pring.

“Kali pertama saya nak buat skrip ini, saya gambarkan mengenai konsep seorang perempuan yang bertemu dengan ramai lelaki dalam hidupnya. Hakikatnya kecenderungan saya menulis skrip ini tidak langsung ada kaitan dengan E’Pring,” jelasnya. Bagi pengarahnya, Feroz Khan, dia melihat Matahari sebagai naskhah yang unik dan mempunyai plot cerita menarik. Disiarkan dalam 44 episod, baru 12 episod saja disiapkan dan selebihnya masih dalam pembikinan. Selain Lisdawati dan Aida Aris, Matahari turut dibintangi Fauzi Nawawi, Fahrin Ahmad, Hamidah Wahab, Shukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizo Omar, Sabrina Ali dan Noorkhiriah.

Berita Harian

Drama Komedi Dan Seram Ceplos Di TV9 Setiap Jumaat Hingga Ahad

4 Apr


Shazrin (kiri) dan Kazar sebagai teraju utama.

CEPLOS drama komedi seram yang akan mula disiarkan mulai hari ini jam 9 malam menerusi TV9 bakal mengubah perasaan penonton untuk merasai sendiri perasaan cemas, mendebarkan serta lucu.

Bahkan Ceplos adalah tajuk yang dipilih bagi drama komedi seram terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd yang diarahkan Emi Suffian Abdul Sabhe diterbitkan sendiri penerbitnya Ziela Jalil.

Ia menceritakan mengenai makhluk halus bernama Ceplos yang sedang mencari mangsa untuk didampingi.

Drama komedi seram yang masih dalam proses penggambaran ini dibarisi pelakon berpengalaman seperti, Kazaruddin Saisi sebagai Ipin, Muhammad Shazrin Sazwan (Ceplos), Maimunah Ahmad (Mak Senah), Kamarozaman Yusoff (Mail Pilin), Syarifah Sahirah (Ijah), Norliza Abdullah (Rosma), Yusof Mohamed Kassim (Alfid) dan Shahrulzaman (Mat Trumpet).

Ia bermula dengan kematian Pak Shuib yang berhasrat untuk mewariskan pedampingnya, Ceplos kepada anaknya Ipin lakonan Kazaruddin Saisi.

Namun, Ipin enggan mewarisi Ceplos kerana tidak berminat dengan memilik makhluk halus atau perkara ghaib seperti itu. Tambahan, fikiran Ipin berkecamuk setelah dikecewakan oleh kekasihnya Ijah. Ipin lalu membawa diri ke Kuala Lumpur.

Ceplos terpaksa kembali kepada ketuanya Alfid setelah Ipin menolak kehadirannya. Namun, Alfid tidak mahu menerima Ceplos kerana kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang bersama dengan Pak Shuib.

Niat Alfid dan konconya hanyalah untuk membawa kemusnahan dan kejahatan kepada penduduk kampung. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Ceplos dan membuatkan Ceplos mencari jalan supaya dirinya diterima Ipin.

Akhirnya, Ipin menerima Ceplos sebagai pendampingnya dengan syarat Ceplos perlu menolongnya melakukan perkara kebaikan. Kepulangan Ipin ke kampung membuka lembaran baru kepada semua penduduk.

Malah, kekasih lamanya, Ijah yang bercerai cuba mengambil kesempatan untuk kembali kepada Ipin. Namun, Ceplos sentiasa menggagalkan rancangan Ijah agar Ipin tidak akan terpedaya dengan tipu daya Ijah.

Bilakah pertempuran sebenar antara Ipin dan Ceplos dengan Alfid serta konconya yang sentiasa membuat kekacauan di kampung akan berlaku? Berjayakah Ipin dan Ceplos mematikan segala rancangan jahat Alfid? Bagaimana pula dengan kesudahan hubungan Ipin dan Ijah? Adakah mereka akan bersatu atau sebaliknya?

Untuk melihat kesudahannya Ceplos akan disiarkan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 9 malam bermula hari ini hanya di TV9.

Berita Harian

Hantu Ceplos Cari Pendamping Di TV9

2 Apr

>>Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap
DRAMA seram kerap mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Disebabkan jalan ceritanya yang menakutkan dan ngeri. Malah tidak ramai produksi yang memilih untuk menghasilkan drama berbentuk komedi seram.

Bagaikan melawan arus, Pena Creative Pictures Sdn Bhd tampil dengan drama terbaru, Ceplos yang bakal disiarkan di TV9 setiap Jumaat hingga Sabtu jam 9 malam bermula 4 April ini.

Penerbit Penyelaras, Jumal Yunus berkata perkembangan genre yang mendapat tempat di kalangan penonton televisyen mendorong pihaknya menghasilkan drama berbentuk komedi seram.

“Memang kami mahu menghasilkan drama seram. Kebanyakan drama tidak dinafikan menayangkan pelbagai aksi menakutkan dan ngeri yang kadang kala mendatangkan kesan yang kurang baik kepada penonton terutama kanak-kanak.

“Begitupun untuk mencipta satu kelainan dan mensasarkan kepada golongan kanak-kanak. Kami memilih untuk menampilkan drama dengan genre ini. Di samping memaparkan pelbagai unsur pengajaran. Objektif menghasilkan drama ini juga kami mahu memaklumkan di samping pengaruh negatif yang dibawa hantu ada juga perkara positif,” katanya.

Menurutnya lagi, kewujudan makhluk halus Ceplos adalah rekaan semata-mata. Biarpun berada dalam kategori hantu Ceplos mempunyai tarikan dan kebaikan tersendiri.

Drama seram padat dengan aksi lucu dan mendebarkan diarahkan oleh Emi Suffian Abdul Sabhe dan Ziela Jalil selaku Penerbit. Drama ini dibarisi pelakon mantap dan berpengalaman seperti, Kazaruddin Saisi (Ipin), Muhammad Shazrin (Ceplos), Maimunah Ahmad (Mak Senah), Kamarozaman Yusoff (Mail Pilin), Syarifah Sahirah (Ijah), Norliza Abdullah (Rosma), Yusof Mohamed (Alfid) dan Shahrulzaman (Mat Trumpet).

Ia mengisahkan kematian Pak Shuib yang berhasrat untuk mewariskan pendampingnya, Ceplos kepada anaknya Ipin lakonan Kazaruddin Saisi. Namun, Ipin enggan mewarisi Ceplos kerana tidak berminat memilik makhluk halus atau perkara ghaib. Tambahan, fikiran Ipin berkecamuk selepas dikecewakan kekasihnya Ijah. Ipin lalu membawa diri ke Kuala Lumpur.

Ceplos terpaksa kembali kepada ketuanya Alfid selepas Ipin menolak kehadirannya. Namun, Alfid tidak mahu menerima Ceplos kerana kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang bersama dengan Pak Shuib. Niat Alfid dan konco-konconya hanya untuk membawa kemusnahan dan kejahatan kepada penduduk kampung.

Perkara ini tidak dipersetujui Ceplos dan membuatkannya mencari jalan supaya dirinya diterima Ipin. Akhirnya, Ipin menerima Ceplos sebagai pendampingnya dengan syarat Ceplos perlu menolong melakukan perkara kebaikan. Kepulangan Ipin ke kampung membuka lembaran baru kepada penduduk.

 

 

Malah, kekasih lamanya, Ijah yang bercerai cuba mengambil kesempatan untuk kembali kepada Ipin. Namun, Ceplos sentiasa menggagalkan rancangan Ijah agar Ipin tidak terpedaya dengan tipu daya Ijah. Berjayakah Ceplos membantu tuannya itu? Adakah Ijah dapat menawan semula hati Ipin?

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Inspirasi Dari Kembar Siam

6 Jan

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Penerbitan filem 2 Hati 1 Jiwa tercetus daripada nasib pasangan Laleh dan Lidan

SUKA duka dua wanita kembar Siam dari Iran, Laleh Bijani dan Ladan yang meninggal dunia dalam operasi pembedahan bersejarah pada 2003 lalu, menjadi inspirasi kepada pengarah Profesor A Razak Mohaideen mengarahkan filem ke-29 berjudul 2 Hati 1 Jiwa.

Berbekalkan peruntukan kewangan sebanyak RM1.5 juta beliau kini sedang rancak menyiapkan filem ini dengan harapan dapat ditayangkan November depan.

Hasrat membikin filem realism ini sudah lima tahun dipendam Profesor Razak, namun cuma pada tahun ini ia mampu diusahakan melalui kajian, penyelidikan dan mengikuti perkembangan Laleh dan Ladan, ia sekali gus menaikkan semangatnya.

Berkesempatan ke lokasi penggambaran filem ini di Sunway Lagoon baru-baru ini, beliau menjelaskan, antara teknik terbaru yang turut digunakan dalam karya terbarunya ialah cantuman dua gambar dalam suasana masa dan latar yang berbeza.

Biarpun filem yang mengutamakan isu kembar pernah dibuat, Profesor Razak masih berani menjadikan subjek kembar bercantum sebagai topik utama dengan olahan cerita berbeza.

Untuk watak kembar ini, ia ditangani dua pelakon, Fouziah Gous sebagai Lana dan Yasmin Hani (Lina). Biarpun tidak ramai kembar sebegini mampu meneruskan hidup dengan peratusan kurang daripada satu peratus di dunia,

Profesor Razak melihat kisah ini mampu dikembangkan untuk tatapan penggemar filem tempatan.

“Filem ini ditujukan khas buat pasangan kembar yang meninggal dunia (Laleh dan Ladan), walaupun kita tidak pernah kenal dan berkomunikasi dengan keluarga mereka. Pengalaman lepas menghasilkan filem yang menggunakan solekan dan kesan khas, sedikit sebanyak membantu untuk membuat filem ini.

“Ini adalah cerita realiti dan saya percaya ramai orang di luar sana yang nak tahu kisah sebegini dan mahu melihat bagaimana kehidupan insan istimewa ini berlaku.

“Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah juga ditampilkan dalam babak khas apatah lagi beliau memang cukup dikenali sebagai insan yang cukup prihatin terhadap golongan istimewa yang menjadi pelajar di universitinya,” katanya.

Buat filem ketika cuti semester

PELAKON dan juga penerbit drama syarikat Pena Creatives Sdn Bhd, Ziela Jalil yang turut berlakon di dalam filem ini sebagai ibu kepada Lina dan Lana, kagum dengan corak kerja Profesor Razak hingga membuatkan hatinya tersentuh apabila setiap kali memulakan dan mengakhiri penggambaran iaitu diiringi doa memohon keberkatan. Menurut Profesor Razak, sejak mengarahkan filem pertama hinggalah sekarang berkata, hal yang diperkatakan Ziela sudah menjadi rutin kerjanya selama ini.

Katanya, beliau sentiasa terbuka memberi peluang kepada pelajarnya di UiTM untuk mengutip pengalaman bekerja di bawah syarikatnya.

“Ia sebagai latihan awal kepada mereka sebelum ke alam realiti dunia pekerjaan.

“Itu pendekatan yang saya gunakan memohon dielakkan daripada terjadi perkara yang tidak diingini. Ia juga satu contoh dan teladan kepada krew yang terbabit termasuk pelakon di samping berdoa supaya filem yang dihasilkan akan menjadi berjaya.

“Selalunya penggambaran filem saya lakukan sewaktu pelajar bercuti semester dan daripada situ mereka boleh menimba peluang selok belok pengarahan. Pelajar saya yang memohon untuk bekerja dan membuat praktikal di bawah seliaan saya dan sebagaimana kebiasaan mereka dibayar secara profesional seperti di tempat lain,” katanya yang memberitahu sinopsis filem ini turut dipersembahkan di Pasar Filem Amerika yang dihadirinya November lalu hingga ia menarik minat pengedar di sana yang berminat dengan subjek kembar ini yang dilihat universal.

Selepas 2 Hati 1 Jiwa, Profesor Razak bercadang untuk mengarahkan filem dengan judul sementara Empat Madu dengan menampilkan pelawak terkenal sebagai watak utama.

Menurutnya, beliau juga bakal mengarahkan filem sejarah epik membabitkan kerjasama Malaysia dan Australia yang kemungkinan besar penggambarannya dapat dimulakan akhir tahun ini.

“Filem itu diberi judul Between Two Sky atau Antara Dua Langit. Filem ini akan mendapat kerjasama beberapa pihak termasuk FINAS dan menggunakan pangkalan tentera di Malaysia dan di sana,” katanya.

INFO: 2 Hati 1 Jiwa Penggambaran mengambil masa selama 25 hari

Secara keseluruhannya pelakon yang terbabit berjumlah 150 orang dan 16 orang daripadanya adalah selebriti popular.

Lebih 30 pasang pakaian yang diperlukan untuk watak kembar bercantum ini.

Proses solekan yang memakan belanja RM150,000 untuk watak kembar ini mengambil masa selama tiga jam untuk disiapkan.

Krew yang terbabit seramai 53 orang termasuk yang membuat solekan kesan khas. Ia juga termasuk 12 orang yang menjalani latihan praktikal, enam pelajar UiTM dan empat pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM.

Berita Harian

'Rezeki Untuk Kami'

29 Dec

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Rap

BARANGKALI memang sudah adat pertandingan apabila pemenang dipilih sukar terlepas daripada teori ‘konspirasi’. Jika tahun lalu, pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak dikatakan sebagai juara terancang Sehati Berdansa, kali ini ia menghimpit Lis Dawati dan Fauzi pula.

Semuanya gara-gara persembahan hebat juara musim kedua Sehati Berdansa terbitan Astro itu hanya ‘gah’ di mata juri profesional setiap minggu. Undian khidmat pesanan ringkas (SMS) nyata berpihak kepada pasangan naib juaranya, Amyza dan suami, Khairil.

Namun, apa yang berlaku pada malam kemuncak Sehati Berdansa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lalu akhirnya mengiktiraf bakat tarian Lis Dawati dan Fauzi. Pasangan romantis itu meraih undian SMS penonton sebanyak 67 peratus berbanding Amyza.

Amyza dan Khairil pula sekadar 32.9 peratus. Justeru, perbezaan jumlah undian yang sangat ketara itulah mengaitkan pasangan Lis Dawati atau Lisda dengan perihal ‘konspirasi’ juara terancang. Kemenangan itu dikatakan memang sudah ditetapkan penganjur buat mereka.

Pada sesi sidang medianya, Lisda berkata, dia dan suami berusaha menampilkan persembahan konsisten setiap minggu. Jadi tiada sebab untuk mengaitkan kemenangan dimiliki itu dengan konspirasi tidak berasas. Katanya, ia adalah rezeki ditentukan Tuhan untuknya dan suami.

Bagi Fauzi pula, mereka menang secara jujur apabila strategi diguna pakai berjaya menambat hati penonton untuk mengundi, seterusnya memilih dia dan Lisda sebagai juara. Katanya, mereka tidak ketinggalan melayari laman web kelab peminat untuk memancing undi.

“Selain itu, kalau hendak cakap kami tidak pernah meraih undian SMS tertinggi penonton pada persembahan mingguan, rasanya tidak benar. Seingat saya, pernah sekali kami berada di tangga teratas ketika menyahut cabaran mengalunkan gerak tari irama global.

“Apapun, inisiatif yang kami ambil dengan mendekati kelab peminat dan meminta mereka (peminat) mengundi nampaknya berhasil. Jadi, kaitan yang mengaitkan kami dengan perancangan Astro untuk diiktiraf sebagai juara adalah tidak benar. Kemenangan ini telus.

“Kalau tidak percaya lagi, sila layari portal web hiburan murai.com.my yang anda akan dapati kebanyakan komen diberikan peminat dan penonton terhadap kami sangat menarik. Komen positf juga diterima daripada laman web http://www.astro.com.my/sehati berdansa,” katanya.

Mewakili badan kebajikan Rumah Nur Salam di Chow Kit, akui Lisda penyertaannya dan Fauzi dalam Sehati Berdansa musim ini kerana mereka memang ingin menari. Disebabkan itu, setiap tugasan tarian diterima menjadi ‘medan cabar-mencabar’ antaranya dan Fauzi.

“Saya dan suami sentiasa bersaing untuk menunjukkan tarian siapa lebih hebat. Justeru, ia secara tidak langsung menaikkan semangat kami untuk buat persembahan terbaik. Ditambah lagi, tujuan utama untuk beramal dan membantu mengumpul dana untuk golongan memerlukan.

“Bagaimanapun, gerak tarian kami tidak akan berhenti di sini saja kerana saya mahu terus belajar lagi. Oleh itu, saya bercadang akan mendaftar di kelas tarian yang berdekatan dengan rumah. Malah, saya juga baru mendapat tawaran berlakon watak sebagai penari.

“Semuanya disebabkan persembahan dalam Sehati Berdansa. Oleh itu, saya melihat program realiti TV ini membantu membuka banyak ruang untuk perkembangan karier seni diceburi,” katanya tidak menolak Sehati Berdansa juga mampu merapatkan hubungan antara suami dan isteri.

Mendapat bimbingan koreografer berbakat, Rey Redzuan Awang, pasangan Lisda atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin dan Mohd Fauzi Mohd Nawawi (Fauzi) menganggap Sehati Berdansa wajar disertai golongan artis kerana dapat menjauhkan mereka daripada krisis rumah tangga.

Menurut Fauzi, pada pandangannya kesibukan di lokasi penggambaran sering menyebabkan suami isteri jarang dapat bersua dan bersama. Oleh itu, lama-kelamaan kehendak pasangan dilupakan. Justeru, apabila ini berlaku pastinya ia mengeruhkan hubungan.

Menerusi kemenangan itu, Lisda dan Fauzi berjaya membawa pulang hadiah lumayan melebihi RM150,000 berupa kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah Tengah iaitu di Switzerland, Jerman, Belanda, Belgium, Perancis dan London serta barangan hamper Silky dan trofi.

Tidak ketinggalan, koreografer mereka iaitu Rey pula menerima habuan percutian ke Jepun dengan melawat destinasi menarik seperti Kyoto, Toyohashi, Mt Fuji dan Tokyo, hamper Silky serta trofi. Rumah Nur Salam pula menerima sumbangan RM15,000 daripada Astro.

Di sebalik kegembiraan yang dikecapi pasangan Lis Dawati dan Fauzi sebagai juara Sehati Berdansa musim kedua, pastinya Amyza Aznan serta suami, Khairil Izhar Mohd Nazir terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Ini kerana, persembahan mereka pada malam kemuncak itu agak tidak konsisten.

Apapun, menerusi kejayaan diraih, pasangan sejiwa ini dapat menyumbangkan RM10,000 kepada badan kebajikan diwakili, Yayasan Peyakit Alzheimer Malaysia. Selain itu, mereka dan koreografer, Nizam Zakaria juga membawa pulang hamper Silky dan trofi.

Amyza yang ditanya mengenai kekalahannya yang dikaitkan dengan kewujudan ‘konspirasi’, berkata apa yang terjadi mungkin disebabkan kelekaan peminat untuk terus menghantar undian untuknya dan suami. Barangkali, mereka (peminat) berasakan ia di tahap selesa.

“Jadi, peminat kami leka dan sekali gus kurang mengundi. Apapun, saya sedar persembahan kami setiap minggu tidak semuanya konsisten. Ada yang ‘menjadi’ dan ada juga sebaliknya. Oleh itu, sampai ke tahap ini sudah membawa satu kenangan indah kepada kami.

“Sehubungan itu, mengenai ‘konspirasi’ pula, saya tidak berapa mengambil berat untuk memikirkannya. Terus-terang dikatakan, saya dan suami tidak suka mengambil tahu bendaa yang negatif termasuk isu bermasam muka yang mengaitkan saya dengan Lisda.

“Sebenarnya, hubungan kami tidak pernah bermasalah. Kami baik tetapi timbul juga cerita negatif itu. Tidak dinafikan, saya pernah tertekan dengan gosip itu tetapi suami banyak membantu menaikkan semangat semua. Dia (suami) meminta saya tidak terlalu memikirkannya,” kata Amyza.

Menurut ibu kepada dua anak ini lagi, dia menerima kekalahannya dengan reda. Katanya, rezeki dia dan suami sampai di tempat kedua saja. Amyza tidak lupa mengucapkan terima kasih pengundi dan Astro yang memberi peluang kepadanya untuk cuba menari.

Pada malam kemuncak itu juga, penonton dihiburkan dengan persembahan permulaan iaitu tarian Melayu, Cina dan India yang melambangkan kepelbagaian kaum di Malaysia ditampilkan koreografer Sehati Berdansa musim kedua. Ia diikuti kemunculan semua peserta Sehati Berdansa.

Dipanaskan dengan beberapa persembahan tarian seperti samba serta persembahan artis yang mengetengahkan Sarah Raisuddin bersama Damien (VE) dengan lagu Menari Denganku dan Stacy menerusi lagu barunya, Gagap. Juri pula ialah Linda Jasmine, Hamzah Mohd Tahir dan Anthony Meh Kim Chuan.

Dua pasangan akhir berentap diuji dengan persembahan tarian Melayu Kontemporari dan Latin. Bukan itu saja, pemilihan pemenang juga ditentukan secara 100 peratus undian SMS penonton. Sehingga minggu ke-10, Astro sudah menyumbangkan kira-kira RM62,000 kepada badan kebajikan terbabit.

>Coret-Coret

1) Pengacara Sehati Berdansa, Linda Onn tersilap memanggil nama rakan pengacaranya, Fahrin Ahmad dengan panggilan Khairil.

2) Juri jemputan, Anthony Meh cukup ‘kelakar’ ketika memberikan komennya terhadap persembahan peserta.

3) Bakal pengantin yang hangat bercinta, Linda Jasmine cukup mesra di sisi kekasih hati, pelakon Que Haidar.

4) Mungkin memang bukan rezeki Amyza dan suami apabila tarian Latin dipersembahkan mereka ‘kurang menjadi’ berbanding tarian Melayu Kontemporari.

5) Ramai rakan artis datang memberi sokongan. Antaranya, Ziela Jalil, Farhan (AF4) dan bekas peserta dan koreografer Sehati Berdansa musim pertama seperti Anne Ngasri dan Rai (pengacara Astro).

Harian Metro

Hati Suami Diutamakan

17 Dec

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Sentiasa berusaha terbaik supaya Edy tidak berasa menyesal berkahwin dengan golongan artis

NABILA Huda, 24, masih seperti dulu seperti zaman bujangnya, tawa besar dan gedik manjanya masih terpancar sewaktu ditemui di majlis pelancaran drama Laila Majnun terbitan Pena Creatives Sdn Bhd baru-baru ini. Namun secara jujur, anak rockers ulung, Amy Search ini mengakui selepas bergelar isteri kepada cinta hatinya, Zaidy Zailani (Edy), 27, sikap gila-gilanya terluntur secara automatik tanpa dirancang.

Kehidupannya kini cukup mendambakan kebahagiaan yang mendalam apatah lagi, dia dan suami sedang merancang untuk mencari rumah sendiri. Buat sementara waktu, mereka menetap di rumah ibu kandung Nabila. Belum sempat untuk berbulan madu kerana kesibukan masing-masing, mereka merancang untuk melakukannya pada tahun depan.

Biarpun belum hilang lagi kehangatan suasana perkahwinan yang diraikan sejak 2 Disember lalu, Nabila sudah mula sibuk di lokasi penggambaran drama Laila Majnun yang mula disiarkan 22 Disember ini mengisi slot Lagenda di TV3 dan TV9. Sesibuk mana urusan seninya kini, dia harus bijak memastikan tanggungjawab terhadap suami tidak dilupakan.

“Kami mungkin akan cari rumah yang strategik lokasinya bagi memudahkan urusan kerja masing-masing. Saya lebih selesa berdikari, hidup sendiri dengan suami supaya dapat rasa tanggungjawab sikit. Hari-hari bersama sudah macam berbulan madu. Kami belum fikir lagi lokasi menarik berbulan madu. Saya tidak kisah berbulan di dalam atau luar negara.

“Apabila hidup berdua, dalam benak pemikiran saya akui semakin berat tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Sekarang, dalam setiap langkah dan tindak tanduk yang dilakukan, saya kena fikirkan perasaan dan hati suami. Kalau pergi ke mana-mana, saya kena sentiasa beringat yang saya kini sudah jadi Puan Nabila, isteri kepada Edy.


DI SAMPING suami tercinta, Zaidi Zailani di majlis persandingan mereka baru-baru ini.

“Saya memang suka memasak dan sebelum keluar menjalani penggambaran, saya siapkan sarapan untuk suami. Kalau dia belum bangun tidur, saya SMS memberitahu yang sarapan sudah disediakan. Dia tak cerewet dalam soal makan. Tak dinafikan memang agak kelam kabut untuk siapkan itu, ini dan saya sedang membiasakan keadaan. Kalau habis penggambaran, biarpun penat, saya akan berkejar ke pasar raya untuk membeli barang keperluan memasak,” demikian kata Nabila yang tidak mahu suaminya menyesal berkahwin dengan artis sepertinya.

Seperti mana getar yang dirasai golongan selebriti mengenangkan kisah perceraian yang kerap terjadi pada 2008, Nabila sentiasa berdoa dijauhkan perkara itu.

Katanya lagi, apabila ada pihak yang mula bercakap mengenai sesebuah kisah rumah tangga di kalangan artis sama ada yang baik atau negatif, ia umpama satu doa.

Penat bertukar baju

PERJALANAN kehidupannya bersama Edy baru saja bermula dan sebaik mungkin Nabila berharap semoga masyarakat sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka supaya kekal hingga ke akhir hayat.

Menurut Nabila lagi, dia percayakan kepada soal rezeki dan tidak melihat status perkahwinan menyebabkan sahamnya sebagai pelakon akan jatuh.

“Doalah yang terbaik untuk rumah tangga kami. Sebagai isteri saya tidak mahu sebarang kekurangan di mata suami. Saya kena sentiasa menjaga hatinya dan jangan sampai dia berpaling tadah daripada saya. Alhamdulillah, setakat ini, kehidupan kami berjalan lancar. Kalau boleh saya nak melahirkan anak yang ramai dan menambahkan generasi warisan keluarga kecil sebelah saya. Biar papa (Amy Search) dapat timang cucu pula lepas ini.

“Soal perceraian ini, ia bersifat subjektif. Saya tidak ada hak untuk cakap berlebihan dalam hal ini. Semua orang di dalam dunia ini yang berkahwin tidak pernah mengimpikan perceraian. Apa terjadi saya akan pastikan peranan saya sebagai isteri yang baik dan bertanggungjawab.

“Saya tidak peduli sama ada ‘saham’ lakonan saya jatuh atau tidak. Biar orang di luar menilai bakat saya. Persepsi yang selalu muncul apabila berkahwin, jatuhlah ‘saham’, ia sepatutnya tidak wujud. Bakat yang perlu diutamakan dan selagi mampu, saya akan terus berada dalam bidang ini,” katanya yang masih mengacarakan program Hits 1.

Mengenai drama Laila Majnun, ini adalah kali pertama Nabila bergandingan dengan Zizan Nin dan berlakon di bawah arahan Emi Suffian. Memegang watak sebagai Laila, ia menuntut Nabila bermain dengan emosi yang cukup berat. Sambil berseloroh, Nabila berkata, dia tidak terlalu stres berlakon drama ini dan penat bukan disebabkan berlakon, sebaliknya penat sebab bertukar baju.

“Layanan produksi milik Kak Ziela Jalil ini memang paling baik pernah saya terima termasuklah pengarah, pihak belakang tabir dan pelakon. Lucunya, saya lihat kami bekerja macam main-main tapi hasilnya memang meletup. Ia sangat memuaskan dan masih mengutamakan aspek kualiti.

“Biarpun pertama kali berlakon dengan Zizan, tetapi kami serasi dan gila-gila. Dia baik dan kami mudah jadi kawan. Pengalaman berlakon dengan produksi ini memang sangat menyeronokkan,” katanya anggun mengenakan busana rona menjerit rekaan Ijul dari Indonesia.

INFO: Nabila Huda

Drama Laila Majnun adalah drama pertama lakonannya selepas bergelar isteri

Mengimpikan percutian berbulan madu di Honolulu, Hawaii.

Nabila memberitahu dia tidak mempunyai had masa sebelah malam, tapi apabila sudah menjadi isteri orang, dia tidak boleh lagi bersikap sambil lewa dan kena luangkan masa berkualiti dengan suami.

Jika tahun depan, tidak mempunyai sebarang komitmen kerja, Nabila dan suaminya mungkin akan mempertimbangkan untuk bercuti (berbulan madu). Nabila mengakui dia tidak sukakan kepada percutian yang panjang apatah lagi yang dirancang.

PROFIL: Nabila Huda

Nama sebenar: Nabila Huda Suhaimi

Asal: Kuala Lumpur

Anak: Sulung daripada tiga beradik

Antara drama: Mentari Jingga, Impak Maksima, Elly 1 & 2, Usia dan KL Menjerit The Series, Dari Mata Arisa, Sari Maya, Laila Majnun

Filem: Akhirat, Rock, Cinta Yang Satu, Bujang Senang, Duhai Si Pari-Pari, Bohsia

Kerjaya: Pelakon dan pengacara

Berita Harian

Semakin Ghairah Terbit Drama

16 Dec

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Laila Majnun terbitan Pena Creative temui penonton pada 22 Disember

LALUAN seninya bermula sebagai pelakon, namun sejak tahun 1991 hinggalah sekarang aktres yang kini bergelar penerbit drama bersama syarikatnya, Pena Creative Sdn Bhd, Ziela Jalil sedang berusaha memantapkan profil produk keluaran syarikatnya.

Kejayaan demi kejayaan yang diiktiraf dan diterima membakar semangat ibu kepada dua anak – Puteri Julia Nabilah, 16, dan Megat Jufri Nasrullah, 14.

Menurut isteri kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, sepanjang tempoh pembabitan di dalam bidang penerbitan, selama tiga tahun, sekitar 1998 hingga 2001, syarikat miliknya tidak menerbitkan drama ketika zaman kegawatan ekonomi.

Kejayaan drama Lebih Bisa Dari Jelatang menerusi Anugerah Skrin (ASK) 2006 dan Suara Solehah (ASK 2008), membuktikan drama terbitannya bukan saja berkesan pada mata juri sebaliknya mampu memikat penonton.

Satu majlis kesyukuran meraikan kemenangan drama Suara Solehah sekali gus melancarkan drama Laila Majnun terbitan produksi yang sama diadakan pada 12 Disember lalu di Restoran Seri Melayu. Turut sama berkongsi kesenangan dan keberkatan ialah anak yatim daripada Persatuan Ehsan Wanita Dan Anak-Anak Wilayah Persekutuan (Perwanida).


ZIELA, Fauziah Ahmad Daud dan Megat Jufri Nasrullah bersalaman dengan anak yatim daripada Persatuan ehsan Wanita Dan Anak-Anak Wilayah Persekutuan.

Drama Laila Majnun arahan sutradara Emi Suffian yang mengisi slot Lagenda TV3 & TV9 mulai 22 Disember ini menjadi penerbitan kedua Pena Creative selepas drama Akukah Tanggang yang pernah disiarkan sebelum ini menerusi slot yang sama.

Masih mengenakan pendekatan cerita yang memberi iktibar, Laila Majnun mengetengahkan mesej darah daging sendiri tergadai gara-gara hutang. Olahan skrip dilaksanakan oleh Jumal Yunus dan menampilkan gandingan sulung Nabila Huda dan Zizan Nin.

“Penggambaran drama ini sejak Oktober lalu, dua minggu selepas musim Aidilfitri. Baki penggambaran drama 20 episod ini masih dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Hulu Langat. Laila Majnun juga menampilkan budaya pelbagai kaum di antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Pemilihan Nabila dan Zizan sebagai pelakon utama adalah sebagai pilihan pertama.

“Saya dan pengarah drama Suara Solehah (Murali Abdullah) memang sudah lama berhasrat untuk mengadakan majlis doa selamat untuk anak yatim apabila kemenangan berpihak kepada kami. Terlanjur ada majlis pelancaran drama Laila Majnun, kita buat majlis ini. Lagipun, Murali dan saya masing-masing sibuk dengan komitmen lain,” kata Ziela yang kini sedang merangka drama Puteri Gunung Ledang dan Puteri Mayang Murai untuk mengisi slot Lagenda.


BARISAN pelakon yang terbabit memeriahkan drama Laila Majnun.

Januari depan juga, Ziela akan menerbitkan drama telenovela berjudul Matahari bagi mengisi slot Akasia TV3 bermula Mac nanti (sejurus selepas tamat Spa Q 2). Mengambil ilham sebuah drama Thailand yang pernah disiarkan di Astro ia mengisahkan seorang wanita bernama E Pring yang berkahwin ramai suami. Jika tiada aral melintang drama ini akan menjalani penggambaran di Terengganu.

Tidak sesekali pernah meninggalkan dunia lakonan, Ziela kini sedang menjalani penggambaran filem arahan Prof A Razak Mohaideen berjudul Dua Hati Satu Jiwa. Kali terakhir, Ziela berlakon filem ialah menerusi Kayangan yang ditayangkan 2007 lalu.

Dua Hati Satu Jiwa menjadikan subjek kembar Siam lakonan Fouziah Gous dan Yasmin Hani sebagai fokus utama dan Ziela menjadi ibu kepada mereka. Fahrin dipertanggungjawabkan sebagai hero dan turut menampilkan Mustapha Kamal memegang watak suami kepada Ziela.

Peluang berlakon buat julung kalinya di bawah arahan Razak Mohaideen, menjadi landasan terbaik untuk Ziela mengutip pengalaman yang boleh dijadikan amalan sebelum berjinak-jinak ke arah penerbitan filem. Ziela memuji corak kerja syarikat Line Clear milik Razak Mohaideen ini hingga membuatkan hatinya tersentuh. Filem ini adalah filem ke-16 lakonannya.

“Inilah pertama kali saya bekerja dengan produksi yang sebelum memulakan penggambaran dimulakan dengan bacaan doa dan Al- Fatihah. Begitu juga sesudah tamat penggambaran diakhiri dengan bacaan Alhamdulillah. Ia satu contoh yang baik, membawa berkat dan dapat mengutip pahala.

“Seronok juga dapat berlakon kembali dan pelakon lain sudah menjadi macam ahli keluarga apatah lagi saya tidak mempunyai adik beradik kandung. Cuma apabila kembali berlakon dengan produksi lain, soal masa memang amat mencemburui ruang waktu saya dengan anak-anak. Kadang-kadang saya tidak dapat menghantar anak ke sekolah disebabkan terikat dengan jadual penggambaran.

“Hakikatnya, saya memang selektif memilih untuk berlakon terutama hal yang membabitkan skrip. Jika berlakon dengan produksi sendiri, agak mudah bagi saya mengatur jadual di samping menunaikan ibadat yang wajib. Sekarang ini pun, saya sedang dalam proses perbincangan dengan seorang usahawan untuk bekerjasama menghasilkan filem,” ungkap Ziela yang sudah bertudung sejak hujung 2006 lalu.

Ditanya mengenai anak-anaknya andai mereka berminat untuk mengikuti jejaknya sebagai anak seni, Ziela mempunyai alasannya yang tersendiri.

“Saya memang tidak galak anak membabitkan diri dalam dunia lakonan. Biarlah mereka belajar sampai habis dulu dan kejar cita-cita. Kalau dapat segulung ijazah dan ingin menjadikan lakonan sebagai kerjaya sampingan, mungkin juga saya akan pertimbangkan ketika itu. Saya takut mereka akan lalai apabila sudah seronok berlakon,” katanya ringkas.

INFO: Laila Majnun

Disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang di TV3 mulai 22 Disember ini.

Gandingan Nabila Huda dan Zizan Nin adalah yang pertama dilakukan.

Turut berlakon ialah Fauzi Nawawi, Balkish Semundur Khan, Maisarra, Kenchana Dewi, Aida Radzwill, Wan Hanafi Su dan Wan Maimunah.

Berita Harian

A Brave New World For Alam

20 Oct

Multi-talented – that’s Alam!

SHUIB TAIB speaks to former colleague Zainal Alam Kadir who is making his mark in the entertainment world.

IT’S not easy to end a 16-year-old relationship.

Still, after having served New Straits Times for that long, Zainal Alam Kadir finally bade farewell to a much loved profession in 2006.

Alam (as we called him) has vivid memories of his last day at work.

“It was May 1 and I was to write my final column. At the same time, it was also my last day with Gempak Astro (Alam was host of Astro’s Wayang Kita at that time and was part of the TV channel’s road tour in Lumut, Perak).
“I remember using a borrowed laptop at the balcony of Swiss Garden Hotel Lumut, writing my ‘goodbye’ piece. I cried my heart out as it was my last day for everything!” said Alam.

Alam, which means “universe”, is a former NST business and entertainment journalist, and later became The Malay Mail’s (when the paper was part of the NSTP group of newspapers) entertainment editor.

A great lover of plants and Persian cats, Alam can melt your heart with his singing too.

It was while at The Malay Mail that Alam received an offer to host Wayang Kita.

“I enjoyed writing more than anything else but hosting took up the bulk of my time. I first did it (hosting) out of necessity (to pay bills!). But thanks to my boss, I was allowed to do part-time hosting for about two years. Then I had to make a choice.

“When the time came for me to decide, it was tough,” recalled Alam. The future of his “universe” suddenly became uncertain.

“For the first time in 16 years, I was jobless. Since I have produced albums and done script-writing, acting and singing, I wanted to study filmmaking. But it was not to be.

“There were jobs for me every week. I found myself emceeing, singing, and writing and co-producing more TV scripts.”

At about this time, his band called Alam, comprising Andry Sophian Adris (lead vocalist), Muhammad Kautsar Mat Sin (bass and second vocalist), Isma Izhar Che Ismail (guitar), Ariansa Sanusi (guitar), Yus Mohd Azmi (drums) and Ahmad Fairuz (keyboard), was formed.

He also set up a company called Alamorphosis with friends that year.

Alam currently heads Astro’s Creative Research and Writing Unit, supervising local programme content.

Although he considers himself “new” in showbiz, Alam was already dabbling in it while working for the newspaper.

He took part in a theatre production called Sarong with Mahadzir Lokman, teamed up with Adibah Noor, Fairuz Hussein and Alam band in Something Old, Something New, Something Borrowed at Concorde Hotel Shah Alam’s Artist Space, appeared in TV2’s English drama series, City of the Rich, made a cameo appearance with actress Fatimah Abu Bakar in Shuhaimi Baba’s Layar Lara, performed with Chacko Vadaketh and Saedah Rastam in Songs of Love and War, and has been back-up singer for Datuk Sharifah Aini, Jay Jay, Awie, Amy Search, Ramlah Ram and dangdut singer, Ifa Raziah.

Aside from faring well in countless singing competitions, Alam was part of a singing duo called Sutera for a brief period. When Sutera came out with a single titled Bukan Itu Bukan Ini, Astro’s soap opera, Astana Idaman, adopted it as its theme song in 2002.

“In the show my band and I were resident artistes so we needed a new song every week. Then we decided to record an old classic by Datuk Johari Salleh called Duniaku. We recorded a slower version of the song, adding in the harmony.

“We flew Alex Headrick (former guitarist of Alam) from Sabah and within one night he completed the guitar work, the bass and all. He really put his heart and soul into it. Once done, Kautsar (another Alam band member) did the back-up vocals. That was five years ago.

“Duniaku was first used for one episode of Astana Idaman. But Kabir Bhatia, the producer/director, liked it so much that it was used in several episodes. Actor Eizlan Yusof also liked it and proposed that it be used in Jalil Ju Cantik, a telemovie produced by Ziela Jalil,” said Alam, adding that Duniaku and Bukan Itu Bukan Ini will soon be released in a compilation album comprising theme songs titled Cherita.

Why Duniaku?

“Well, the first time I heard it I was not even in school. I think the song is almost 40 years old. It was originally sung by the late singer S. Ahmad, while the English version (My World) was done by Frankie Cheah, who performed it in Japan at a song festival in the ’70s.

“The song was originally written for the blind. But I think it’s also perfect for those who think they are not ‘complete’ or ‘handicapped’,” said Alam, adding that Cherita will also include Imran Ajmain’s Seribu Tahun and several unreleased theme songs.

He has since added more feathers to his cap but confesses to missing writing.

“Once in a while I’m recognised. I think it must be because of my TV work, but they turn out to have been followers of my newspaper columns.

This, to me, is more meaningful than they saying ‘I love your voice’ or ‘I enjoyed your show with so and so’.

“Now I feel weird being interviewed by a friend, a colleague at my former workplace. It feels funny to be answering questions instead of asking them. Those days, I prepared the questions, but now I prepare what not to say!

“As a former journalist, I know what the Press would ask me, even those hard questions.

” And I’ll know how to answer them,” said Alam.

New Straits Times

Paparan Eksklusif Aidilfitri

30 Sep

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

Nona terbitan TV3 mengimbau nostalgia Ziela Jalil terhadap arwah suaminya, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob

BINGKISAN istimewa daripada Nona sempena sambutan Aidilfitri akan menyorot pelbagai episod suka, duka, gembira dan iltizam menjadi sajian yang tidak harus dilupakan penonton setia program terkenal siaran TV3 itu.

Mendekati nama terkenal dalam industri hiburan, Nona merakamkan pelbagai paparan eksklusif untuk dikongsi bersama penonton sempena Syawal nanti di samping mengimbau nostalgia yang mengusik perasaan pada hari mulia itu.

Bakal bersiaran pada 5 Syawal, jam 2 petang, Nona istimewa Aidilfitri antara lain mengungkap kehidupan terkini Ziela Jalil bersama dua cahaya matanya selepas suami tercinta, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob menyahut panggilan Ilahi.

Penerbit Nona, Syarida Sharif mengakui, penerbitan sempena hari raya memberikan sedikit cabaran apatah lagi terpaksa bersaing dengan program istimewa Syawal yang lain.

Bagaimanapun, katanya, membezakan Nona dan program hiburan paparan yang dipersembahkan dalam bentuk majalah digarap bersama skrip melodramatik untuk memberikan kesan kepada penonton.

“Menemui penonton selepas lima hari raya, kami berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan rating yang baik. Harus diakui ketika itu, jumlah tonton agak mendatar kerana penonton masih sibuk dengan aktiviti menziarah dan riadah lain.

“Jadi dengan menerapkan kisah menarik selebriti, secara tidak langsung membantu memberi elemen tarikan kepada Nona,” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Rumah Terbuka Nona dan Wanita Hari Ini di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tidak mahu penonton diheret dengan kesyahduan pada hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa, Nona turut menjejak perjalanan hidup Norayu Damit atau Ayu selepas menjuarai program realiti, One In A Million musim kedua.

Selepas memenangi wang RM1 juta yang ditawarkan pertandingan itu, Ayu merasai kelainan menyambut 1 Syawal dengan limpahan rezeki yang dinikmati sebagai anak seni.

“Nona mengupas perubahan yang dialami Ayu malah turut membawa penonton untuk berkongsi bagaimana gadis itu memanfaatkan wang yang dimenanginya.

“Kejayaan yang dilakar Ayu mampu menjadi contoh betapa dengan usaha serta kesungguhan segala halangan mampu diruntuhkan dan hari ini, Ayu semakin dikenali kerana bakat besar yang dimilikinya,” kata Syarida.

Akui Syarida, selepas 25 tahun bersiaran Nona juga melalui evolusi dan pendekatan terbaru program utama TV3 itu kini lebih realistik di samping mengupas pelbagai isu berkaitan wanita.

Topik yang pernah dibincangkan diberi nafas baru dengan kupasan yang kontemporari dan bersesuaian cita rasa penonton semasa, malah krew Nona juga sentiasa kreatif memberikan idea untuk menambahkan warna berbeza kepada program popular itu.

“Tidak dinafikan suatu ketika dulu populariti Nona bergantung kepada pengacaranya terutama ketika dikendalikan Puan Sri Normala Samsudin.

“Bagaimanapun, perlahan-lahan kecenderungan penonton sudah berubah dan apa yang dapat saya katakan, mereka kini lebih menilai kepada pengisian topik serta isu yang digarap.

“Menampilkan Fizza sebagai perantara turut memberikan ruang kepada Nona untuk berkembang dan terus diminati. Ini terbukti dengan peningkatan rating Nona malah kami yakin Fiza mampu menjadi pelapis yang bakal menyerikan dunia pengacaraan,” katanya.

Mempunyai jumlah penonton sekitar 1.3 juta setiap kali bersiaran, Syarida berkata, dia kagum dengan keupayaan Fizza yang berbakat besar dan sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik ketika penggambaran.

“Mudah bekerjasama dengan Fizza kerana dia cepat belajar dan pantas memahami apa yang dikehendaki,” katanya.

Juga dipaparkan pada episod istimewa itu kesibukan legenda rock negara, Amy Search yang menyambut Aidilfitri di restoran yang diusahakannya di samping menyempurnakan persiapan pernikahan anak gadisnya, Nabila Huda.

Istimewa Nona apabila membawa penonton mengimbas nostalgia silam bersama bintang veteran ketika menyambut Aidilfitri di Jalan Ampas, Singapura.

Segmen yang dijayakan seniwati 50-an seperti Zaiton, Mariani, Neng Yatimah dan Hashimah Yon disatukan di Pulau Pinang untuk berkongsi imbauan sambutan raya ketika era kegemilangan dunia perfileman Melayu.

Rakaman Rumah Terbuka Nona dan Wanita Hari Ini turut menyaksikan persembahan daripada Aizat, Suki, Erry Putra, Shahila dan Dafi diserikan dengan kehadiran Mila, Adam, Fizz Fairuz, Adi Putra serta artis veteran antaranya Datin Aspalela Abdullah dan Datin Orkid Abdullah.

Rumah Terbuka Nona dan Wanita Hari Ini dikendalikan Ruhil Syafinaz, Azzura, Azizah Ariffin, Ifa Raziah, Nadia Shahrul dan Fizza turut menyerahkan duit raya daripada Tabung Bersamamu serta hamper kepada Rumah Amal Limpahan Kasih, Kampung Aman, Puchong, Selangor.

Turut diraikan keluarga pelakon drama, Allahyarham Yazid Sobrani serta pelakon lagak aksi Jangan Pandang Belakang, Allahyarham Nazari Omar.

Berita Harian