Archive | Demi Moore RSS feed for this section

Knightley Suka Lelaki Menangis

21 Apr


Keira Knightley

LONDON: Bertentangan dengan ramai wanita lain yang cenderung memilih lelaki gagah, pelakon kelahiran Britain, Keira Knightley, sebaliknya tertarik dengan lelaki yang tidak segan menunjukkan emosi mereka dan menangis.

“Dalam skrin hari ini, jarang dapat menyaksikan lelaki yang gagah dan kuat. Anda dapat melihat lelaki kurus dengan wajah lembut. Bagi saya, perkara paling menonjolkan kelelakian yang boleh dibuat mereka ialah menangis kerana dia satu-satunya yang faham dirinya,” kata aktres itu.

Knightley, 24, yang kini asyik dilamun cinta dengan Rupert Friend, turut menegaskan dia tidak boleh menjalin hubungan dengan mana-mana pasangannya dalam filem kerana mereka tidak melihatnya sebagai bakal kekasih.

“Saya tidak boleh bercinta dengan mana-mana pelakon utama yang menjadi pasangan saya dalam filem. Mereka selalunya bertukar menjadi abang,” katanya.

Bintang Pirates Of The Caribbean itu juga tidak sehaluan dengan ramai selebriti Hollywood lain kerana benci menggunakan internet untuk menghasilkan blog sendiri – kegemaran bintang di pusat pengeluaran filem terbesar dunia itu.

“Saya bencikan internet. Saya mendapati ia tidak bersifat kemanusiaan untuk selalu memeriksa e-mel atau laman web sosial yang semakin menjadi aliran terkini,” katanya.

Bintang Hollywood seperti Demi Moore, Ashton Kutcher, Britney Spears dan Hugh Jackman tidak menyembunyikan kegemaran mereka menulis blog, lapor akhbar The Sun.

Knightley turut tidak mengendahkan status bintangnya dengan berkata: “Saya bukan selebriti. Saya tidak keluar dengan rakan sambil menekankan saya ini selebriti dan saya tidak minta dilayan seperti ratu.” – Agensi

Berita Harian

Actor Ashton Kutcher, CNN In Twitter Duel

17 Apr

WASHINGTON – Hollywood actor Ashton Kutcher has challenged CNN to an online duel.

The star of the television series “That ’70s Show” and husband of actress Demi Moore is in a race with the 24-hour news channel to see who can be the first to amass one million followers on micro-blogging service Twitter.

Kutcher, whose Twitter handle is @aplusk, threw down the gauntlet to the Atlanta-based Cable News Network earlier this week after noticing that he had nearly as many followers on his Twitter account as CNN.

“I found it astonishing that one person can actually have as big of a voice online as an entire media company can on Twitter,” the 31-year-old Kutcher said in a video posted to Qik.com explaining his decision to take on CNN.

The actor said that if he reached one million followers ahead of CNN he would “ding, dong ditch” the house of CNN founder Ted Turner — ring his doorbell and then run away.

Turner does not actually own CNN anymore but the network good-naturedly took up the challenge and taped a video response by talk show host Larry King.

“Hey Kutcher,” King said. “Are you putting me on? Are you kidding? Do you think you can take on an entire network?

“Do you know how big we are? Do you know what CNN is? Kutcher, you’re playing out of your league. CNN will bury you,” King joked.

Kutcher has since promised that if he beats CNN to one million followers he will donate 10,000 mosquito nets to a charity fighting the disease in Africa and give his millionth follower a copy of the videogame “Guitar Hero.”

Videogame publisher Electronic Arts has also gotten into the act, announcing — on its Twitter feed, of course — that it would put Kutcher’s one millionth follower in a Sims videogame and give them all of its 2009 titles for free.

At noon (1600 GMT) on Thursday, CNN’s breaking news feed on Twitter — @cnnbrk — was leading the popularity contest with 966,363 followers to Kutcher’s 953,268.

In a twist to the race, CNN acknowledged that it had not even owned the @cnnbrk account until this week and that it had only acquired it on Wednesday, from a British Web developer.

Kutcher, who has long had a passion for high-tech gadgets and regularly appears on panels at Web 2.0 conferences across the country to discuss “New Media,” said he views his popularity as evidence of the rise of social media.

“I think it’s a huge statement about social media for one person to actually have the ability to broadcast to as many people as a major media network,” he said in a YouTube video.

“I think it sort of signifies the turning of the tide from traditional news outlets to social media outlets, social news outlets,” Kutcher said.

“With our video cameras on our cellphones and our picture cams and our blogging and our Twittering and our posting and our Facebooking we actually become the source of the news and the broadcasters of the news and the consumers of the news,” he said.

Kutcher is one of many celebrities who have adopted social networking tools such as Twitter, MySpace and Facebook in a bid to shape their own image and bypass the tabloids.

Moore, Kutcher’s wife, is also on Twitter, sending out the updates of a maximum 140 characters under the handle @mrskutcher. She has nearly 550,000 followers herself.

In his race to one million followers, Kutcher sailed past another notable Twitter user — pop singer Britney Spears, who has more than 915,000 followers.

Unlike Kutcher and Moore, however, most of the updates on Spears’ Twitter feed are from her publicist. – AFP/sh

Channel News Asia

Demi Moore Halang Wanita Bunuh Diri

4 Apr


Demi Moore

WASHINGTON: Aktres Demi Moore menggagalkan cubaan bunuh diri seorang wanita yang menghantar mesej menerusi khidmat mikro blogging Twitter kepadanya menyatakan rancangan mencederakan diri.

“Saya akan kelar tangan dengan pisau besar dan tajam agar tidak membuang masa,” kata mesej yang menggunakan nama @sandieguy kepada Moore.

“Harap anda bergurau,” balas Moore yang menggunakan nama @mrskutcher.

“Selamat tinggal, saya akan bunuh diri sekarang,” kata @sandieguy

Suami Moore, pelakon Ashton Kutcher menulis dalam feed@aplusk Twitter bahawa isterinya dan pengikut Twitter yang lain melaporkan ugutan bunuh diri itu kepada polis di San Jose, California.

“Isteri dan pengikut lain menelefon Jabatan Polis San Jose. Wanita itu berada di hospital sekarang” tulis Kutcher.

Seorang jurucakap polis San Jose, Jermaine Thomas mengesahkan kepada ABC News bahawa jabatan itu menerima beberapa panggilan berhubung ugutan bunuh diri terbabit.

“Kami mengesan subjek dan dia tidak cedera. Konsep Twitter ini sangat baru, ini adalah kali pertama ia membantu kami menghalang jenayah,” kata jurucakap itu. “Kami menahan individu itu untuk penilaian.” Thomas enggan mendedahkan identitinya namun berkata ia adalah seorang wanita.

“Konsep Twitter ini sangat baru, ini adalah kali pertama ia membantu kami menghalang jenayah sebenar,” beliau menambah. “Ia mungkin menjadi satu lagi alat untuk mengetahui apa yang berlaku di luar sana.” -AFP

Berita Harian

Willis Kahwin Model Pakaian Dalam

24 Mar


WILLIS dan Heming berkahwin di Kepulauan Turks dan Caicos, Caribbean pada Sabtu lalu.

LOS ANGELES – Selebriti terkenal, Bruce Willis menikmati percutian bulan madu setelah mengahwini kekasihnya yang juga model pakaian dalam, Emma Heming pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Willis berkahwin di rumah miliknya di Kepulauan Turks dan Caicos, Caribbean.

Majlis itu dihadiri oleh sejumlah tetamu khas termasuk bekas isteri Willis, Demi Moore dan suaminya, Ashton Kutcher.

Hero Die Hard berumur 54 tahun itu mula berkenalan dengan isterinya yang berumur 30 tahun menerusi seorang kenalan sebelum mereka keluar bersama pada tahun lalu.

Seorang pegawai publisiti Willis berkata, pasangan itu akan mengadakan majlis perkahwinan menurut undang-undang sivil apabila mereka pulang ke California kelak.

Willis dan Moore berkahwin selama 13 tahun sebelum berpisah pada 2000.

Tiga anak gadis mereka, Rumer, 20, Scout, 17, dan Tallulah, 15, turut hadir pada majlis tersebut. – Agensi

Kosmo

Bruce Willis Ties Knot With Underwear Model

23 Mar

LOS ANGELES – Film star Bruce Willis, 54, of “Die Hard” fame, has tied the knot with model Emma Heming, in a Caribbean island ceremony attended by his ex-wife Demi Moore and their three daughters, his spokesman said Sunday.

Moore’s husband, Hollywood actor Ashton Kutcher was also at the event in the Turks and Caicos islands, the spokesman said.

Heming, 32, is a model for the racy “Victoria’s Secret,” line of lingerie.

US television said the A-list celebrity guests included pop queen Madonna.

Moore, 46, was married to Willis from 1987 to 2000. The couple had three daughters, Rumor, 20, Scout, 17, and Tallulah Belle, 15.

After her marriage to Willis broke up, she married Kutcher, 31, in 2005.

– AFP /ls

Channel News Asia

Demi Rayu Peminat Fanatik

23 Mar


DEMI bersama suaminya, aktor Ashton Kutcher.

DEMI MOORE dilaporkan telah merayu kepada seorang peminat fanatiknya supaya tidak menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan sepertinya.

Demi telah mendapat tahu seorang wanita berumur 29 tahun, Lisa Connell yang mengidap kanser telah bercadang untuk menjalani pembedahan plastik sebelum dia meninggal dunia.

Lisa dikatakan mahu mati dalam keadaan cantik dengan wajah mirip dengan bintang pujaannya itu.

Demi yang menulis dalam rangkaian laman web sosial Twitter berkata: “Saya berharap dapat menghubungi wanita bernama Lisa Connell yang mahu menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti saya dan saya tidak menggalakkan Lisa melakukan pembedahan tersebut. Wajahnya sendiri dah cukup cantik!”

Lisa yang didiagnos mengidap kanser pada 2006 sebelum ini dilaporkan sanggup berhabisan sebanyak AS$60,000 (RM210,000) untuk menjalani pembedahan menyedut lemak, pembesaran payu dara, pembentukan semla kedudukan gigi dan menegangkan semula kulit, terutama pada bahagian wajah.

Kosmo

Drew Barrymore Terus Bersama Charlie'S Angels

31 Jan


BARRYMORE (kanan) bersama Diaz dan Liu (kiri) dalam Charlie’s Angels Full Throttle.

LONDON: Aktres terkenal Amerika Syarikat, Drew Barrymore memperkuatkan khabar angin bahawa filem ketiga Charlie’s Angels mungkin dibuat selepas mengakui dia sedia terbabit jika ia menjadi kenyataan.

“Saya memang suka jika ia (Charlie’s Angels 3) dijalankan. Filem sebegini mungkin agak rumit tetapi menyeronokkan,” lapor The Sun yang memetik Barrymore, 33, sebagai berkata.

Dia berganding dengan Cameron Diaz dan Lucy Liu dalam dua filem berkenaan sebelum ini yang meraih lebih AS$400 juta (RM1.3 bilion) kutipan di seluruh dunia.

Charlie’s Angels bermula sebagai siri televisyen pada 1970-an sebelum ia difilemkan pada 2000. Barrymore, Diaz dan Liu sekali lagi terbabit dalam filem itu pada 2003 berjudul Charlie’s Angels: Full Throttle yang turut dibintangi Demi Moore.

Selain itu, ada laporan mengatakan dalam filem ketiga, seorang aktres baru akan muncul.

Khabar angin menyatakan, Penelope Cruz mungkin menjadi aktres keempat selepas Barrymore secara terbuka mengakui kagum dengan pelakon Sepanyol itu.

Pada masa sama, laporan lain pula mengatakan Barrymore dan Diaz semakin tidak rapat malah tidak bertegur sapa ketika menghadiri parti anugerah ‘Golden Globes’ baru-baru in, kata sumber kepada majalah OK.

“Di majlis itu, Drew lalu dekat Cameron dan tidak langsung memandangnya. Memang ketara mereka bukan lagi rakan rapat,” kata sumber itu.

Satu lagi sumber rapat Diaz pula memaklumkan bahawa aktres berkenaan berubah sejak bapanya meninggal dunia.

“Dia sudah berubah menjadi seorang yang lebih serius. Drew boleh berjenaka begitu saja tetapi Cameron tidak lagi begitu,” katanya. – Agensi

Berita Harian