Archive | Eva Longoria RSS feed for this section

Eva Lebih Berisi

11 Apr

Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap

BENTUK badannya yang sering turun naik sejak berkahwin dengan jaguh bola keranjang, Tony Parker pada Julai 2007 memberi ruang kepada media membuat spekulasi mengatakan bintang Desperate Housewives, Eva Longoria, 33, bakal bergelar ibu.

Jadi ibu secara semula jadi

Spekulasi mengenai kehamilannya bermula Julai tahun lalu apabila gambar Eva berbikini ketika bercuti di Itali disiarkan kerana menampakkan badannya lebih berisi daripada biasa.

Perkara itu dinafikan jurucakap Eva dan mengatakan pelakon kelahiran Corpus Christi, Texas pada 15 Mac 1975 itu berisi sebagai persediaan untuk menjayakan watak Gabrielle Solis bagi musim baru Desperate Housewives.

Untuk musim kelima yang kini disiarkan di 8TV setiap Khamis, 10.30 malam, penulis skrip melakukan perubahan dengan paparkan kehidupan di Wisteria Lane selepas lima tahun.

Kali ini Gabrielle digambarkan sebagai ibu dua anak dan sibuk melayan anaknya hingga tiada masa menjaga penampilan.

Kata Eva, dia menganggap berita yang mengatakan dia mengandung sebagai cerita lucu kerana tidak benar sama sekali.

Katanya, dia dan suami sememangnya ingin menimang cahaya mata dan dia sendiri tidak sabar untuk bergelar ibu.

“Saya sudah bersedia bergelar ibu dan tidak sabar menantikan detik itu. Bagaimanapun, saya tidak berharap sangat sebaliknya mahu ia berlaku secara semula jadi dan tanpa paksaan,” katanya.

Sebulan selepas menafikan hamil, sekali lagi Eva dikatakan berbadan dua apabila dilihat memakai baju labuh dan besar ketika di Los Angeles. Sekali lagi jurucakap Eva menafikannya. Begitu juga apabila gambar Eva memakai baju besar ketika membeli-belah di butik Ferragamo di New York. Kawan baik Eva, Mario Lopez mengatakan dia tidak tersinggung dengan semua laporan itu sebaliknya menganggap sebagai sangat melucukan.

 

 

“Kami berdua ketawa besar apabila bercakap soal ini. Dia benar-benar tenang dan menerima saja apa diperkatakan orang mengenai dirinya.

“Walaupun dia tidak ambil kisah dengan cerita itu, sudah tentu dia tahu mengenai apa yang diperkatakan orang terhadapnya. Memang dia tidak membaca semua berita itu, tapi saya rasa orang sekeliling ada bertanya kepadanya. Bagaimanapun, dia tidak ambil peduli semua itu.

“Dia cukup tenang dan tidak pernah rasa terganggu. Malah, dia tahu orang tidak akan berhenti bercakap perkara itu dan dia mengambil sikap tidak ambil kisah,” katanya.

Mengenai dirinya agak berisi akhir-akhir ini, dengan ketinggian 157 sentimeter, pertambahan berat badan sebanyak 5 kilogram disifatkan agak banyak untuk orang bertubuh kecil sepertinya.

Kata Eva, semua itu disebabkan melayan minat barunya, memasak. Apabila tiada penggambaran, apa yang dilakukan Eva ialah masak dan makan.

“Setiap hari saya masak dan makan dengan berselera apa yang dimasak hingga berat badan naik lima kilogram. Lebih memburukkan keadaan selepas saya berhenti melakukan senaman sepanjang musim panas lalu,” katanya.

Apabila sering menjadi sasaran gosip mengatakan dia mengandung, Eva berminat mengamalkan makan banyak sayur seperti dicadangkan buku Skinny Bitch yang diberikan rakannya, aktres Lake Bell. Bagaimanapun, Eva belum bersedia mengamalkan makan sayur sahaja (vegetarian) sebagaimana disarankan buku itu.

Tidak cukup dengan itu, Eva juga mendapat bimbingan jurulatih Aimet Victoria yang menyediakan jadual latihan tiga hingga empat kali seminggu untuk memastikan penampilannya lebih menarik.

Eva juga sibuk dengan kerja amal dan menjadi jurucakap PADRES Contra El Cancer pada 2006 dan juga menyokong Clothes Off Our Back Foundation, National Center For Missing And Exploited Children, National Stroke Association, Project HOME dan St Jude Children’s Research Hospital.

Dalam satu acara lelong untuk menambahkan dana New York Rescue Workers Detox Project bulan lalu (Mac), Eva berjaya menjual pakej makan malam untuk 12 orang di restoran miliknya, Beso dengan harga AS$37,500.

Lebih menarik, Eva sanggup memakai apron untuk melayan mereka dan menyediakan makanan mereka. Tidak cukup dengan itu, Eva menambah dua tiket menyaksikan perlawanan Spurs/Lakers bersama jersi Tony Parker.

Terbaru, Eva turut membantu menjayakan perlawanan Rally For Kids with Cancer Scavenger Cup di Glendale, California pada 1 Mei ini.

Sementara itu, ketika dunia mengalami krisis ekonomi, Parker sudah merancang sesuatu apabila bersara kelak. Jaguh NBA All-Star itu membeli pasukan bola keranjang Perancis. Dalam kenyataannya kepada stesen televisyen Infosport, Perancis, Parker mengumumkan dia kini pemilik kedua terbesar saham ASVEL.

Parker juga menjadi Pengarah Operasi pasukan itu berkuatkuasa serta merta. Malah Parker tidak menolak kemungkinan kembali bermain untuk kelab di Perancis.

“Apabila usia mencecah 36 atau 37 tahun, siapa boleh jangka masa depan saya dengan NBA. Apa salahnya berkhidmat di negara sendiri sebelum membuat keputusan untuk bersara.

“Saya juga sudah berbincang dengan Eva mengenai perkara itu dan dia tiada masalah untuk tinggal di Perancis,” katanya.

Parker yang masih mempunyai kontrak dengan San Antonio Spurs hingga 2011 mengakui sudah lama membuat perancangan melabur dengan satu kelab bola keranjang sebagai persediaan selepas bersara nanti.

Eva dan Parker memilih tarikh 7.7.07 untuk hari bersejarah mereka apabila berkahwin di Paris pada 7 Julai 2007 di istana lama, Vaux-le-Vicomte dihadiri 200 tetamu termasuk ahli pasukan Spurs, pasangan Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones, Thierry Henry dan Victoria Beckham.

Sehari sebelum itu, pasangan ini mendaftarkan perkahwinan mereka secara sivil mengikut undang-undang Perancis yang dikendalikan Datuk Bandar Paris, Bertrand Delano‫.

Mereka mula berkenalan pada November 2004 apabila Parker mengundang Eva dan ayahnya makan malam sebaik saja selesai menyaksikan perlawanan bola keranjang membabitkan San Antonio Spurs. Selepas itu, telefon menjadi penghubung mereka sebelum Parker berani mengajak Eva keluar berdua diikuti melamar Eva untuk menjadi suri hidupnya pada 29 November 2006.

Ini perkahwinan kedua Eva selepas bercerai dengan Tyler Christopher pada 19 Januari 2004. Eva bertemu Christopher, pelakon General Hospital ketika menjadi pelakon undangan untuk satu episod siri itu dan berkahwin pada 20 Januari 2002.

Siapa sangka anak bongsu daripada empat beradik perempuan yang dianggap paling tidak comel kerana berkulit gelap dan memiliki mata dan rambut hitam dalam kalangan saudaranya dimahkotakan Miss Corpus Christi USA. Pada 1998 membawanya ke Los Angeles hingga menjadi bintang.

Bermula watak kecil dalam The Bold And The Beautiful dan Beverly Hills, 90210 pada 1990, Eva berjaya dipilih memegang watak Isabella untuk The Young And The Restless. Bagaimanapun, namanya mula dikenali di seluruh dunia apabila memegang watak Gabrielle Solis dalam Desperate Housewives pada 2004.

Siri paparkan kisah wanita yang tinggal berjiran di Wisteria Lane itu turut dijayakan Teri Hatcher, Felicity Huffman dan Marcia Cross sebagai watak utama.

Bagaimanapun, Eva menjadi satu-satunya pelakon utama siri itu yang tidak dicalonkan untuk Anugerah Emmy dan dimenangi Felicity.

PROFIL
Nama sebenar: Eva Jacqueline Longoria
Tarikh lahir: 15 Mac 1975
Tempat lahir: Corpus Christi, Texas, Amerika
Tinggi: 157 sentimeter
Adik beradik: Anak bongsu daripada empat beradik perempuan (Elizabeth Judina, Emily Jeannette, Esmeralda Josephina)
Status: Berkahwin (7 Julai 2007)
Suami: Tony Parker
Bapa: Enrique Longoria Jr
Ibu: Ella Eva Mireles
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains (Kinesiology) dari Texas A&M University-Kingsville
Kerjaya: Model, pelakon

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Victoria Belum Terdesak

10 Apr


Victoria Beckham

Selebriti Victoria Beckham sangat sibuk dan tidak mempunyai waktu untuk membuat kemunculan dalam Desperate Housewives.

Rakan baik Victoria, Eva Longoria yang memegang watak sebagai Gabrielle Solis dalam drama bersiri popular tersebut berharap Victoria dapat membuat penampilan khas tetapi anggota kumpulan Spice Girls itu mempunyai jadual yang terlalu padat sejak dia menjadi seorang pereka fesyen.

Eva berkata: “Victoria seorang wanita yang cerdik dan sangat kelakar. Kami semua sangat senang dan gembira jika dia terlibat sekali.

“Penulis skrip Desperate Housewives, Marc Cherry juga merasakan Victoria seorang wanita yang hebat, tetapi malangnya dia terlalu sibuk mengembangkan empayar fesyennya.”

Bagaimanapun ada yang mengatakan selebriti berusia 34 tahun itu tidak mahu muncul dalam Desperate Housewives kerana dia berasa tergugat dengan pelakon-pelakon hebat drama itu seperti Teri Hatcher, Marcia Cross dan Felicity Huffman.

Satu sumber memberitahu majalah Britain, New!: “Victoria tahu di mana tahap kemampuannya. Semua wanita dalam drama itu merupakan aktres yang hebat, justeru, dia tidak mahu bersaing dengan mereka.”

Desperate Housewives bukan drama bersiri pertama yang mengundangnya untuk membuat penampilan khas kerana sebelum ini Victoria telah membuat penampilan dalam drama bersiri Ugly Betty pada tahun 2007 sebagai pengapit untuk watak Wilhelmina Slater, lakonan Vanessa Williams.

Kosmo

Teri, Eva Seronok Berkucupan

2 Mar

LOS ANGELES: Pelakon siri Desperate Housewives, Teri Hatcher dan Eva Longoria dilaporkan melakonkan adegan bercium dalam drama bersiri popular berkenaan semata-mata untuk meningkatkan jumlah penonton.

Hatcher yang melakonkan watak Susan Mayer dalam siri berkenaan mengakui bahawa beliau seronok melakonkan adegan bercium bersama pelakon Eva Longoria yang memegang peranan sebagai Gabrielle Solis dalam drama popular itu.

Hatcher berkata bahawa beliau langsung tidak kekok malah gembira dengan lakonan mereka yang akan dapat disaksikan dalam satu episod terbaru siri berkenaan.

“Saya tidak mencium beliau sebaliknya dia yang mencium saya,” kata Teri kepada Usmagazine.

Eva pula dilaporkan berkata beliau langsung tidak terkejut dengan pengakuan rakannya itu mengenai lakonan mereka.

“Saya seorang yang pandai bercium,” kata Eva kepada laman web terbabit. “(Teri) tidak membalas ciuman berkenaan sebaliknya saya perlu melakukan segalanya,” katanya. – Agensi

Berita Harian

Longoria Benci Lelaki Curang

3 Jan


Eva Longoria

LOS ANGELES: Pelakon terkenal menerusi siri Desperate Housewives, Eva Longoria, 33, berkata beliau amat membenci lelaki yang suka berdusta dan tidak teragak-agak mendedahkan kecurangan yang dilakukan jika beliau melihat mereka bersama wanita bukan pasangan.

“Saya sendiri akan memberitahu pasangannya. Malah, saya akan mengambil gambar lelaki itu dengan kamera telefon bimbit saya jika perlu.

“Perkara ini sememangnya sesuatu yang rumit kerana saya mungkin diancam, tetapi saya rasa kebenaran akan terbukti tidak kira siapa yang memberitahu kita,” katanya.

Longoria yang mengahwini pemain bola keranjang kelab San Antonio Spurs, Tony Parker turut memberi beberapa petua mengenai cara mencari pasangan yang sempurna.

“Anda perlu keluar dan bertemu rakan serta orang baru. Ada sebilangan wanita hanya bertemu orang yang sama setiap hari. Saya bukan jenis yang begitu. Saya tidak hanya menjalin hubungan dengan orang yang mempunyai kerjaya yang sama dengan saya.

“Jika saya mahu memilih seseorang untuk dijadikan rakan, saya akan memilih keperibadiannya terlebih dulu sebelum perkara lain. Saya mudah ‘jatuh hati’ dengan seorang yang ada personaliti dan berwibawa,” katanya yang dipetik majalah Glamour.

Pelakon itu juga berkata, walaupun mempunyai kerjaya sebagai seorang pelakon dan sentiasa sibuk, beliau adalah seorang isteri yang berfikiran tradisional serta gemar melakukan sendiri kebanyakan urusan rumah tangga.

“Saya suka menyediakan hidangan makan malam dan menikmatinya bersama suami. Saya juga akan memastikan pakaian Tony sentiasa digosok dan sentiasa tersedia setiap kali beliau terpaksa meninggalkan rumah untuk perlawanan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan hubungannya dengan Parker sebagai melengkapi antara satu sama lain dan mereka saling bertolak ansur serta sentiasa berusaha memahami. – Agensi

Berita Harian

Eva Longoria Kempunan Seks

20 Dec


EVA dan suaminya Tony.

SUAMI aktres Eva Longoria, pemain bola keranjang terkenal, Tony Parker dilaporkan enggan mengadakan hubungan seks dengan isterinya itu.

Selepas Tony mengalami kecederaan dan direhatkan daripada aktif dalam sukan tersebut, dia berharap kecederaan suaminya itu boleh dijadikan alasan untuk dia menghabiskan masa kualiti bersama Tony.

Namun, perancangan ‘nakal’ Eva itu ditolak mentah-mentah oleh Tony. Nampaknya Eva kempunan.

“Eva sangat gembira apabila mengetahui Tony tidak dapat bermain bola untuk seketika kerana mereka jarang menghabiskan masa bersama.

“Dia selalu berada di Los Angeles untuk penggambaran dan Tony pula berada di San Antonio untuk latihan bola keranjang.

“Namun, Tony memberitahu Eva kecederaan yang dialaminya itu bukannya alasan untuk dia intim dengan Eva dan dia bercadang untuk mengikuti pasukan bola keranjangnya mengembara ke negara luar,” kata satu sumber kepada majalah National Enquirer.

Eva baru-baru ini juga dilaporkan telah mengugut untuk meninggalkan suaminya itu sebanyak dua kali kerana Eva, 33, terdesak untuk melahirkan anak dengan Tony, 26.

Tambah sumber itu, “Tony belum bersedia untuk memilik anak. Dia lebih muda daripada Eva dan sedang menumpukan perhatian terhadap kariernya. Manakala Eva pula terdesak untuk melahirkan anak.”

Kosmo

More Than 130 A-List Actors Oppose Strike Vote

17 Dec

LOS ANGELES: Dozens of film industry’s biggest stars including Oscar winners George Clooney, Charlize Theron, Morgan Freeman and Tom Hanks have joined a last-ditch attempt to prevent an actors’ strike from crippling the Hollywood awards season for the second consecutive year.

The A-list performers registered their opposition in a letter that circulated on the Internet as union leaders, including Screen Actors Guild (SAG) President Alan Rosenberg met in New York City to seek support for a strike authorization.

The letter, sent to guild board members and staff is the latest sign of unhappiness with the leadership of the 120,000-strong union.

“We support our union and we support the issues we’re fighting for, but we do not believe now is the time to be putting people out of work,” said the letter, adding that a strike would create “economic hardship” for workers at every level of the movie business.

“We don’t think that an authorization can be looked at as merely a bargaining tool,” said the letter, signed by “Desperate Housewives” actress Eva Longoria Parker, “Spider-Man” star Tobey Maguire, among others. “It must be looked at as what it is – an agreement to strike if negotiations fail.”

Negotiations between SAG and the studios stalled earlier this year, and the actors have been working without a contract since the previous one expired June 30.

A federal mediator intervened last month, but broke off talks after two days, triggering SAG’s recent move to call for a strike-authorization vote.

The guild wants terms that are better than the deals accepted by directors, writers, stagehands and another actors union earlier in the year.

It is seeking union coverage for all Internet-only productions regardless of budget, residual payments for Internet productions replayed in ad-supported platforms online, and continued actor benefits during work stoppages, including those caused by strikes by other unions.

Any strike would plunge the entertainment industry into chaos, and could threaten award shows such as the Oscars, which takes place on February 22.

Last year, a 100-day walkout by screenwriters created havoc and up to US$2 billion in losses, according to some estimates.

– CNA/jk

Channel News Asia

Kelab Kembar Elit

7 Sep

BRAD Pitt dan Angelina Jolie bukan satu-satunya pasangan Hollywood yang dikurniakan anak kembar.

Kelab kembar selebriti semakin membesar apabila lebih ramai golongan kaya dan ternama mengumumkan mereka juga akan memperoleh anak kembar.

Pelakon siri Ugly Betty, Rebecca Romijn adalah pelakon terbaru yang mendedahkan akan dikurniakan dua anak sekali gus. Bekas model berusia 35 tahun dan suaminya, Jerry O’Connell, 34, akan menjadi ibu bapa buat kali pertama pada musim sejuk ini.

Dan Lisa Marie Presley – anak mendiang Elvis Presley, yang adik kembar lelakinya mati ketika lahir, juga mengesahkan dia dan suami keempatnya, Michael Lockwood menanti kelahiran anak kembar tidak lama lagi.

Kelahiran anak kembar itu akan menyaksikan selebriti berusia 40 tahun itu kembali melakukan tugas menyalin lampin. Dua anaknya hasil perkahwinan sebelum ini sudah mencapai usia belasan tahun.

Kedua-duanya menyusuli langkah pasangan selebriti yang membuktikan bahawa mempunyai anak kembar meningkatkan keseronokan berkeluarga.

Berikut ialah selebriti yang sudah melalui pengalaman memiliki anak kembar.

Sean Combs dengan D’Lila Star dan Jessie James

Apabila ditanya mengenai kelahiran anak kembar oleh bekas teman wanitanya, Jennifer Lopez, penyanyi Sean Combs yang juga dikenali sebagai Diddy berkata: “Ia bukan setakat menggandakan kasih sayang, tetapi juga tangisan dan jeritan.

“Saya menganggap keadaan itu sebagai anugerah Tuhan. Saya percaya Jennifer tidak akan menghadapi masalah.”

Penyanyi rap, penerbit dan pelakon itu sebenarnya bersedia untuk menyambut kelahiran anak kembarnya, D Lila Star dan Jessie James pada 21 Disember 2006.

Sejurus sebelum itu, dia ada di Toronto kerana terbabit dalam rakaman filem.

Dia bergegas pulang ke New Jersey dan sempat membawa ibu kanak-kanak itu, Kim Porter ke Hospital Mount Sinai. Sejam selepas tiba, bintang rap itu sendiri yang memotong tali pusat kedua-dua anaknya.

Belum pun mencecah usia dua tahun, D’Lila Star dan Jessie James sudah dicurahkan dengan pelbagai kemewahan hidup. Bilik mereka dihiasi dengan lukisan yang ditempah khas.

Segala kemewahan yang dicurahkan itu bagaimanapun umpama setitik air di lautan bagi Diddy, 38, yang pendapatan tahun lalunya berjumlah RM78 juta.

Marcia Gross dengan Eden dan Savannah

Marcia begitu risau apabila diberitahu dia mengandung anak kembar.

“Saya amat takut setiap kali terbayang akan melahirkan anak kembar. Namun kini, ia seolah-olah saya menang loteri. Saya melahirkan dua anak perempuan,” kata pelakon siri Desperate Housewives itu.

Dia berkahwin dengan ahli perniagaan, Tom Mahoney pada 2006. Kedua-duanya sudah mencecah usia 40-an apabila cuba untuk mempunyai anak.

“Kami melupakan soal berbulan madu. Sebaliknya kami mendapatkan menjalani IVF sejurus selepas berkahwin,” kata Marcia.

Pelakon itu melahirkan pasangan kembar, Savannah dan Eden pada 20 Februari 2006, beberapa hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-45.

Marcia yang memegang watak ibu dua remaja belasan tahun dalam siri popular televisyen Amerika Syarikat itu, tidak mengambil masa lama untuk belajar menyusukan kedua-dua anaknya serentak.

Dalam usaha untuk membesarkan kedua-dua anaknya secara normal, Marcia sering dilihat bersama mereka di taman di Santa Monica.

“Saya gembira dapat menjadi ibu. Sebelum ini, saya tidak dapat membayangkan kegirangan untuk memiliki anak sebenar,” katanya.

Julia Roberts dengan Hazel dan Finn

Pemenang anugerah Oscar, Julia Roberts berusia 37 tahun dan menjadi pelakon wanita yang menerima bayaran tertinggi apabila dia melahirkan Hazel Patricia dan Phinnaues ‘Finn’ Walter pada 28 November 2004.

Anak kembar itu, hasil perkahwinan dengan suami keduanya, jurugambar, Danny Moder, diperoleh menerusi persenyawaan in vitro (IVF).

Pasangan itu yang berkahwin secara rahsia di kediaman mereka di New Mexico pada 4 Julai 2002, kemudian dikurniakan seorang lagi anak, Henry Daniel pada 18 Jun tahun lalu. Julia dilaporkan memberitahu orang yang rapat dengannya, dia berharap dapat memperoleh sepasang anak kembar lagi.

Pelakon filem Erin Brockovich itu sanggup bercuti berlakon untuk membesarkan anaknya. Bagaimanapun, kini dia kembali menyambung kariernya menerusi filem Duplicity. Dengan Danny sebagai jurukamera yang turut terbabit dalam pembikinan filem itu di Rome, tidak sukar bagi keluarga itu bercuti bersama pada musim panas di ibu negara Itali itu. Tidak ada yang dapat menggembirakan Julia selain dapat bersama keluarganya sambil bekerja.

Dalam temuramah dengan ratu rancangan sembang, Oprah Winfrey, baru-baru ini, Julia berkata: “Kini, saya lebih menghargai kehidupan.”

Jennifer Lopez dan Marc Anthony bersama Max dan Emme

Jennifer dan suaminya, Marc Anthony sejak awal lagi dapat merasakan mereka berpeluang memperoleh anak kembar ketika mengkaji latar belakang keluarga masing-masing.

“Kami sering bergurau. ‘Siapa di antara kami akan memperoleh anak kembar?’ Adik saya akan berkata: ‘Kamu’.

“Ketika menjalani pemeriksaan, doktor berkata: “Oh. Ada seorang bayi. Lihat jantungnya berdegup. Dan ada seorang lagi,'” kata Jennifer.

Ketika itu, menurut selebriti berkenaan, suaminya mula menangis kegembiraan.

“Orang menyangka kami menjalani IVF. Sebenarnya tidak. Ia berlaku tanpa dirancang. Kami sudah lama mencubanya dan tempoh hamil itu adalah yang terbaik pernah saya alami,” kata pelakon itu.

Dengan kedudukan Jennifer sebagai pelakon, penyanyi dan penari kaya-raya, Max dan Emme yang dilahirkan pada 22 Februari 2008 menjalani kehidupan mewah sebaik dilahirkan. Syarikat fesyen pakaian, Dolce & Gabbana menghadiahkan mereka selimut yang dibuat daripada bulu haiwan, pasangan pelakon, Tom Cruise dan Katie Holmes pula menghadiahkan pakaian jenama Bonpoint sementara Eva Longoria dan pendandan rambut, Ken Paves membelikan bayi kembar itu kereta sorong yang berharga RM9,300 setiap satu.

Namun, bagi Jennifer, yang lebih penting baginya ialah menjadi ibu.

“Anda mungkin memenangi oscar atau dicalonkan untuk anugerah Golden Globe. Namun saya tidak dapat bayangkan perkara yang lebih menyeronokkan selain melahirkan serta mempunyai anak sendiri. Ia menjangkau segala-galanya yang boleh anda bayangkan,” katanya.

Rick Parfitt dengan Tommy dan Lily

Penyanyi kumpulan Status Quo, Rick Parfitt mengejutkan semua orang apabila menjadi bapa sekali lagi ketika usianya hampir mencecah 60 tahun.

Dua anaknya hasil perkahwinan sebelum ini berumur 30 tahun dan 19 tahun. Dia dan isteri barunya, Lindsay, 47, dikurniakan anak kembar menerusi IVF.

Tommy Oswald dan Lily Rose dilahirkan pada 26 Mei 2008 menerusi pembedahan di sebuah hospital di Malaga, Sepanyol, tempat pasangan itu menetap. Bagaimanapun, kerana peraturan tempatan, Parfitt tidak dibenarkan berada dalam bilik bersalin. Dia hanya melihat anaknya apabila jururawat menunjukkan bayi kembar itu kepadanya di bilik menunggu.

“Sekalipun mempunyai wang yang begitu banyak, anda tidak dapat membeli sesuatu yang berharga seperti kanak-kanak ini. Saya menjalani kehidupan rock’n’roll sehingga ke kemuncaknya.

“Saya menjalani pembedahan jantung dan disyaki menghidap barah kerongkong, tetapi dapat mengatasinya. Kini, kehidupan saya lebih teratur. Saya tidak percaya boleh menjadi bapa sekali lagi,” kata penyanyi itu.

Tom dan Lily akan menjalani kehidupan mewah di Marbella, dengan memiliki kolam mandi sendiri.

“Rumah kami akan kelihatan seperti Disneyland sebelum Krismas ini,” kata Parfitt.

Dia bagaimanapun mengaku, dengan menjadi bapa yang sudah berusia, keadaan mungkin agak rumit.

“Saya sedar keadaan mungkin tidak mudah. Maksud saya, bermain bola sepak dengan Tommy ketika saya berusia 70 tahun,” katanya.

Harian Metro

Victoria's Secret Signs On New Angel

28 Aug

NEW YORK: Victoria’s Secret has a new angel in town.

The top lingerie fashion house has signed on 23-year-old Doutzen Kroes as one of the special group of models the company calls “Victoria’s Secret Angels”.

Kroes joins the ranks of millionaire supermodels Heidi Klum and Adriana Lima, as well as past angels like Gisele Bundchen and Tyra Banks.

Along with Lima to promote the new lingerie from the “Supermodel Obsessions” range in New York, the Dutch model said, “It was just amazing and unbelievable and a dream coming true.”

Lima, according to Forbes.com, raked in US$7 million last year.

However, Kroes is no stranger to fame and fortune.

Gracing the covers of several fashion and society magazines such as Vogue and Harper’s Bazaar, and starring in advertisements for Calvin Klein and Dolce & Gabbana, Kroes was reported to have earned US$6 million last year.

In April 2006, she signed a three-year contract with L’Oreal Paris, and can now be seen in the company’s commercials alongside Eva Longoria and Kerry Washington.

– CNA/yt

Channel News Asia

Kepingin Zuriat Sendiri

21 Aug

ANAK merupakan pelengkap kepada sesebuah keluarga. Situasi ini juga tidak terkecuali kepada golongan selebriti. Mereka juga merupakan insan biasa yang mengidamkan anak sebagai pewaris mereka.

Maka, tidak hairanlah jika kebelakangan ini ramai di antara selebriti Hollywood berlumba-lumba untuk melahirkan anak. Ini juga membuatkan ramai aktres Hollywood yang belum memiliki anak berasa terdesak.

Minggu ini, mari kita melihat golongan selebriti yang menyimpan hasrat murni untuk menjadi ibu.

Eva Longoria terdesak


EVA dan suami, Tony masih menantikan zuriat pertama mereka.

Dilihat sebagai wanita yang bertuah, aktres jelita, Eva Longoria sebenarnya tidak sempurna. Dia yang berkahwin dengan pemain bola keranjang popular, Tony Parker pada Julai 2007 sebenarnya terdesak untuk melahirkan anak bersama suaminya ini.

Eva, 33, memberitahu bahawa dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memulakan keluarga baru. Dan apabila ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk melahirkan anak, dia dengan penuh gembira memberitahu, “Saya sudah tidak sabar.”

Aktres yang popular menerusi drama Desperate Housewives ini juga memberitahu dia kini berpeluang untuk meninggalkan semua pakaian mewah dalam musim terbaru siri popular ini.

Oleh kerana siri terbaru ini akan berlanjutan sehingga lima tahun akan datang, ini bermaksud Eva boleh berhenti daripada diet ketat serta melakukan senaman yang melampau.

“Saya sukakan idea baru ini. Kini saya hanya perlu melakukan solekan dan dandanan rambut selama 10 minit dan bukannya dua jam seperti sebelum ini. Ia lebih menyeronokkan untuk menjayakan watak wanita selekeh.

“Ini supaya saya boleh lebih memberi fokus terhadap lakonan daripada menitikberatkan kecantikan. Saya rasa dia (Gabrielle Solis) mempunyai banyak isu untuk dikendalikan.”

Kylie tidak ada anak


KYLIE MINOGUE

Berjaya dalam karier seni tidak bermaksud Kylie Minogue turut memiliki kehidupan yang indah. Penyanyi ini telah menyuarakan perasaan kebimbangan bahawa dia mungkin akan menjalani hidup keseorangan pada masa akan datang.

Ada sebab Kylie merasa sedemikian kerana dia berpendapat menjadi ibu bukan jalan yang sesuai baginya.

Namun, dia masih menyimpan hasrat untuk melahirkan anak suatu hari nanti. Cuma apa yang menganggu fikirannya adalah usianya yang telah menjangkau 40 tahun.

Kylie juga berpendapat dia bukan calon yang sesuai untuk menjalani kehidupan berkeluarga dan sedang mengikuti jejak langkah penyanyi wanita tanpa anak yang berjaya seperti Debbie Harry dan Dolly Parton.

“Saya tidak pernah rasa saya adalah wanita yang dilahirkan untuk berkahwin dan tinggal di rumah sahaja. Sama seperti Debbie Harry dan Dolly Parton. Mereka mempunyai karier yang berjaya tetapi hidup tanpa keluarga.

“Namun, saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang,” akuinya.

Penelope Cruz ibu sempurna


MUNGKINKAH hubungan Penelope Cruz dan Javier Bardem bakal berakhir dengan pernikahan dan kelahiran zuriat mereka?

Aktres jelita, Penelope Cruz percaya dia akan menjadi ibu yang sempurna. Dia yang kini sedang bercinta dengan aktor Javier Bardem ingin berehat dan membina keluarga bersama kekasihnya itu.

“Saya ingin melahirkan anak pada suatu hari nanti tetapi bukan sekarang. Saya rasa saya akan menjadi ibu yang sempurna kerana saya sukakan bayi,” kata Penelope.

Aktres berusia 33 tahun ini yang bertemu dengan Javier tahun lalu semasa penggambaran filem arahan Woody Allen, Vicky Cristina Barcelona juga mendedahkan dia tidak berminat dengan institusi perkahwinan.

“Saya tidak mempercayai perkahwinan. Tetapi saya percaya terhadap keluarga, cinta dan anak. Ia bergantung kepada situasi tetapi buat masa ini, saya tidak tahu apa fungsi perkahwinan,” tambahnya.

Tahun lalu, ketika Penelope membujang, dia memberitahu mengambil anak angkat akan menyempurnakan hidupnya.

“Saya mahu memiliki anak sendiri dan pada masa yang sama mengambil anak angkat. Rasanya hidup saya tidak lengkap jika tidak mengambil anak angkat.”

Carmen Electra sudah bersedia


CARMEN kini memadu asmara bersama Rob.

Bekas pelakon Baywatch, Carmen Electra juga mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Dia yang sedang hangat bercinta dengan pemain gitar kumpulan Korn, Rob Patterson sudah tidak sabar memiliki anak bersama.

Walaupun hanya berkenalan selama sebulan, Carmen, 35, memberitahu, “Saya sudah membayangkan diri saya sebagai ibu untuk bertahun-tahun lamanya tidak sabar untuk merealisasikan impian itu.”

Carmen yang sebelum ini berkahwin dengan penyanyi rock, Dave Navarro dan pemain bola keranjang Dennis Rodman menyatakan kini dia dan Rob mahu meninggalkan dunia berparti dan tinggal bersama.

“Kami kini sudah jarang keluar rumah dan lebih menyukai masa bersama di rumah,” kata Carmen.

Aktres ini juga dikatakan mempunyai hubungan yang serius dengan pemuzik berusia 37 tahun ini dan bercadang untuk tinggal bersamanya.

“Rob pandai mengambil hati Carmen. Adalah bagus untuk melihat dia (Carmen) gembira selepas hatinya dilukai,” kata seorang kenalan rapat Carmen.

Missy Elliott fobia bersalin


MISSY ELLIOTT

Penyanyi hip hop, Missy Elliott juga terdesak untuk melahirkan anak tetapi terlalu takut untuk bersalin secara normal.

Missy yang menyimpan hasrat untuk memiliki keluarga sendiri ingin menjadi ibu dan membesarkan anak tetapi takut untuk bersalin.

Walaupun dia mempunyai hasrat untuk mengandung pada masa akan datang tetapi kini dia hanya mahu mengambil anak angkat.

“Saya pastinya mahu anak tetapi mungkin saya hanya akan mengambil anak angkat. Saya tidak tahu sama ada saya boleh menanggung kesakitan semasa melahirkan anak.

“Mungkin pada tahun 2020 ada teknologi yang boleh membantu mengurangkan kesakitan. Buat masa sekarang, saya lebih rela mengambil anak angkat,” katanya kepada majalah People.

Kosmo

Heavenly Heels

16 Mar

FEMININE: Satin, lace and ribbon-tie for the girl in every woman.
FEMININE: Satin, lace and ribbon-tie for the girl in every woman.

From sexy sandals to classic slingbacks, Rene Caovilla’s fancy footworks are renowned for their exquisite craftsmanship, design and style. DAZMAN MANAN is smitten.

RAINBOW BRIGHT: Kitten heel-andwedge combo heels.
RAINBOW BRIGHT: Kitten heel-andwedge combo heels.

GOLDEN GLAMOUR: Swarovski-studded platform heels.
GOLDEN GLAMOUR: Swarovski-studded platform heels.

ALLURING: Barbie-pink heels of sensuous silk.
ALLURING: Barbie-pink heels of sensuous silk.

AFTER several seasons of fiercely fashionable soles – think glossy, patent booties and chunky, wooden heels – it’s time to step into glamorous shoes with a heady dose of attitude.

Remember Carrie Bradshaw’s (of Sex and The City fame) Christian Louboutin pink heels with supple suede ruffles on the front? What about her feathered Jimmy Choo?

We’re talking footwear along those lines but not those bearing the familiar names.

What local fashionistas would soon discover and cherish on their feet is Rene Caovilla.

Touted to be the one to steal Manolo Blahnik’s crown, the Italian label is not only known for its craftsmanship in cobblery but also reputed for its style and design.

Suffice to say shoe-addict Sarah Jessica Parker is already a fan, along with her well-heeled contemporaries Eva Longoria, Heidi Klum and Paris Hilton.

The current collection of heavenly heels, available at trendy boutique Shuz in KLCC, bear a striking resemblance to Blahnik’s creations but Caovilla’s are more seductive and feminine.

Well, at least this season’s (spring/summer ’08) are. Caovilla’s fancy footworks include a satin-and-lace Barbie pink pair that stand on an interesting kitten heel and wedge combination, flat gladiator sandals with colourful Masai-inspired beadwork and dangerously high heels that feature a coiling golden snake complete with forked tongue!

Incidentally, when the brand designed a pair of US$120,000 (RM408,000) diamond-encrusted shoes last year, it was displayed in a glass showcase, at Harrods in London, together with a deadly Egyptian cobra for security.

While Caovilla’s shoes come in similar designs comprising mostly sexy, sandal styles and classic slingbacks, each satin or leather pair is accented with exquisite details like sparkling stones set to resemble grapes, round gold paillettes, delicate silk chiffon roses, chain links and the pre-requisite Swarovski crystals.

Edoardo Caovilla learnt his trade from the great Venetian industrialist Luigi Voltan, the man who initiated the Riviera del Brenta’s distinguished history of shoe-making.

Caovilla embarked on a road that was halfway between handcraft and couture, which his son Rene Fernando evolved in the 1950s, forging the link with art and fashion.

With his sights set on the select top-end of the market, he became a sculptor of sophisticated evening shoes, elegant bejeweled creations, sensual super-precious chaussures.

Rene Caovilla thus carved his niche as a creator of international standing. The 70s saw him enter the fashion arena, thanks to a patron of excellence: Valentino Garavani.

The special creative affinity between the couturier and the designer led to the birth of cult objects, fetish creations carrying the signature emblem of ‘Valentino by Rene Caovilla’.

Next came the collaboration with Christian Dior, the maison with which Caovilla crafted dreamlike, richly imaginative creations, a mix of fairy tale and reality, for the Parisian catwalk.

Then came the era of Chanel, when the artistic spirit of Caovilla met and melded with the rigorous stylistic genius of its designer Karl Lagerfeld.

Today, the company is one of the gems of Italy’s north-east. Located on the Riviera del Brenta, a few kilometres from Venice, the atelier exclusively produces Rene Caovilla signature footwear to dress the world’s fashionable feet.

 

New Straits Times