Archive | Herman Tino RSS feed for this section

'stop The Blame Game'

11 Aug

Rahman (left) and Aziz
Rahman (left) and Aziz

FINGER-pointing and name-calling “make not a healthy music industry”, says Malaysian Music Industry Academy Association (PAIMM) president and Performers And Artistes’ Rights (M) Sdn Bhd chairman Datuk Aziz Bakar.

He said Malaysian Artistes’ Association (Karyawan) president Freddie Fernandez’s recent criticisms of several associations representing the music industry were “a tad too personal” and no right-thinking association would “indulge in polemics” against other representatives of the industry.

“Associations that represent the music industry should not hurl barbs at each other. If one is not happy with the state of the industry and how other players work, then give suggestions on how to improve things instead of resorting to a blame game,” said Aziz.

“We have never commented on Karyawan’s goings-on as it would be interfering in its affairs. Similarly, we would like to remind him not to interfere in ours.”

It was recently reported in some Malay dailies that Fernandez claimed PAIMM under Aziz’s leadership had “failed to bring up the local music industry in the last decade” and that the seven-year-old Performance and Artists Rights Malaysia (Prism) leadership “lacked transparency”.

He also claimed that the Malaysian Association of Music Educationists (MAME), the Association of Malaysian Chinese Artistes (AMCA) and the Indian Recording Industry of Malaysia (Irim) “lacked member support” and that all the above-mentioned bodies, which are among 11 associations under the Malaysian Music Council (MMM), lacked the support of “real players” in the industry. Fernandez also claimed the National Consultative Council for the Arts and Entertainment Industry Malaysia (Mahkota) which includes MMM had been “inactive for a decade until recently”.

He criticised its chairman and MMM president Datuk A. Rahman Hassan’s recent proposal to increase the value of the local music industry to RM300 million annually in the next three years.

The proposal which Fernandez deemed “far-fetched” was tabled at a music seminar at the National Arts, Culture and Heritage Academy (Aswara) last month.

Fernandez reasoned that the sales of record music were way below their 1996 peak when the industry recorded RM315 million in sales.

He said the figure slipped to RM87 million in 2006 and dropped to RM67 million last year.

Aziz was speaking at a Press conference in the PAIMM office in Jalan Pangkor, Kuala Lumpur, last week.

It was also attended by Rahman, PAIMM general manager Jennifer Thompson, Prism general manager Ong Peng Chu, MMM secretary Gopal Krishnan, National Singers Association president M. Daud Wahid and veteran artistes Nash, Bob Lokman and Herman Tino who were previously associated with Karyawan.

Rahman said Fernandez should have asked Mahkota to state its action plan to achieve the RM300 million target instead of “pouring scorn” on it.

“The figure was an estimate which we deemed achievable at the seminar and it can be done if everyone in the music industry works seriously towards it,” said Rahman.

“I strongly feel that Fernandez is a credible figure in the industry and he should be more supportive of efforts to make it grow.”

Rahman said the MMM had since 2002 frequently held discussions with the Unity, Culture, Arts and Heritage Ministry to find ways to resolve problems and challenges facing the music industry.

“We have held about six workshops or courses with the ministry specially for Malaysian artistes between 2004 and 2007 and they were attended by more than 200 artistes,” he said.

 

New Straits Times

Aishah Sebak Teringat Ibu

8 May

Oleh Farihad Shalla Mahmud


TERBAIK: Jamali, Aishah dan Khairil akan memeriahkan sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa di Restoran Seri Melayu, 10 Mei.

Penyanyi bersuara lunak bakal nyanyi lagu popular dalam persembahan istimewa pada 10 Mei

SEPANJANG lebih dua dekad melayari kehidupan sebagai anak seni, rasanya baru beberapa kali penyanyi bersuara lunak, Aishah berduet bersama penyanyi lelaki.

Dan, lelaki bertuah itu ialah penyanyi veteran yang masih lagi aktif sehingga kini iaitu Datuk Ahmad Jais, Datuk Shake, M Nasir dan Herman Tino.

Selepas itu tidak kedengaran Aishah bergandingan dengan mana-mana penyanyi lelaki untuk rakaman album. Lalu apabila ada khabar bertiup kencang menyatakan penyanyi lagu Janji Manismu itu bakal berpadu suara dengan penyanyi remaja dari seberang tambak, Aliff Aziz pastinya berita itu sesuatu yang mengujakan peminatnya.

Tentu saja ada yang tertanya-tanya konsep apakah yang bakal mereka tampilkan memandangkan usia mereka diibaratkan bagai ibu dan anak. Apakah mereka menyanyikan lagu bertemakan cinta. Kalau lagu cinta yang dipilih, sesuaikah lagu itu untuk mereka.

Penyanyi itu hanya ketawa saja apabila diajukan pertanyaan itu pada majlis sidang media sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa anjuran Restoran Seri Melayu, di Jalan Conlay baru-baru ini. Dia sendiri hairan bagaimana cerita yang masih dalam peringkat perbincangan tersebar luas.

“Itulah, saya sendiri tertanya-tanya lagu macam mana yang sesuai untuk kami berduet. Kelakar juga apabila mengenangkan yang saya akan menyanyi bersama seseorang yang berpangkat anak. Takkan hendak nyanyi lagu cinta.

“Perkara ini akan dibincangkan dan kita akan mencari komposer yang sesuai untuk mencipta lagu duet kami. Mungkin sebuah lagu rancak atau balada kerana konsep itu memang sesuai,” kata Aishah sambil memberitahu lagu itu mungkin akan dijadikan single terbarunya.

Hadir sama pada majlis sidang media itu adalah Pengarah Urusan Restoran Seri Melayu, Rosli Rahmat, pelawak terkenal, Datuk Jamali Shadat dan penyampai Sinar FM, Khairil Rashid yang bertindak sebagai pengacara untuk majlis yang bakal berlangsung pada 10 Mei itu bersama Preimah dari KLFM.

Biarpun kedudukannya dianggap sebagai legenda dalam industri hiburan tanah air namun status itu tidak menghalang untuk bekerjasama dengan penyanyi baru seperti Aliff.

“Saya pernah mendengar lagu nyanyiannya, Sayang Sayang. Aliff seorang penyanyi yang berbakat besar. Saya tidak kisah berduet dengannya. Malahan, saya sendiri teruja untuk melihat bagaimana hasilnya nanti,” tutur ibu tunggal kepada dua cahaya mata lelaki ini.

Selama empat tahun hidup bersendirian, Aishah mengakui dia sudah biasa melalui saat itu. Walaupun ada kala hidupnya dibelenggu perasaan sunyi namun dikelilingi dua anaknya yang semakin membesar membuatkan Aishah tidak punya masa untuk memikirkan soalan perkahwinan.

“Mungkin kerana sudah terlalu lama kami hidup bertiga, jadi perasaan ingin kembali berkahwin bagaikan terhakis. Saya pun berasa selesa dengan kehidupan sekarang. Lagi pun bukan mudah untuk anak-anak saya menerima orang baru dalam hidup mereka. Jadi, saya rasakan biarlah saya menjalani kehidupan saya begini. Bukan kerana serik untuk berumah tangga tapi selepas apa yang berlaku, saya ingin lebih hati-hati,” luah Aishah.

Rindu Ibu

SAAT sidang media berlangsung dan sewaktu Jamali membicarakan topik ibu, air mata penyanyi ini turut menitis. Barangkali ada sesuatu yang menyentuh hatinya hingga membuatkan air mata Aishah berguguran di pipinya.

“Entahlah. Mengapa hati saya begitu tersentuh apabila berbicara soal ibu. Maklumlah, ibu saya sudah meninggal dunia tujuh tahun lalu. Masa kehilangan ibu dulu, saya bagaikan hilang pertimbangan. Iyalah, waktu itu saya baru saja bercerai dan hilang pula orang yang tersayang, perasaan sedih memang tidak dapat digambarkan,” katanya dalam nada sebak.

“Lama baru saya kembali pulih dan boleh menerima kenyataan pemergian ibu. Jadi di kesempatan ini, ingin saya nyatakan kepada mereka yang masih mempunyai ibu, pergilah menziarahi mereka jika ada peluang. Hargailah ibu ketika masih hidup supaya kita tidak kesal atau terkilan apabila dia tiada nanti,” jelas Aishah lagi.

Untuk persembahan selama sejam itu, Aishah akan menyanyikan pelbagai lagu popular yang dipetik dari album terdahulunya seperti Syurga Di Telapak Kaki Ibu, yang menepati konsep persembahan pada petang itu.

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini bolehlah membeli tiket yang dijual dengan harga RM65, RM85 dan RM180 seorang. Untuk sebarang tempahan bolehlah menelefon talian 03-21451833 atau 03-21666006.

Powered by Berita Harian

Aliff Rakan Duet Baru Aishah

7 May

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED metra.mohamed@utusan.com.my

BERPENGALAMAN menyanyi selama 20 tahun dan pernah popular ketika bersama Fan Club, Aishah kini merupakan antara artis yang masih berjaya mengekalkan popularitinya.

Dikenali menerusi lagu Janji Manismu sekitar tahun 1990-an, fasa kehidupan yang dilalui Aishah penuh dengan pelbagai warna.

Ada yang ceria, tidak kurang pelbagai ranjau dan kesukaran yang harus dilaluinya di persada seni tanah air.

Apa yang pasti, segala cabaran hidup yang dilaluinya membuatkan Aishah ‘kebal’ dan tidak terpinggir walaupun dengan kehadiran penyanyi-penyanyi generasi baru.

Ketika di era kemasyhurannya, Aishah dianggap sebagai generasi artis yang bijak merencana karier seninya.

Bermula dengan Fan Club sehingga tampil solo dan pernah digandingkan bersama Datuk Ahmad Jais, Herman Tino serta beberapa lagi artis, kini Aishah bakal berduet dengan seorang penyanyi yang boleh dianggap sebagai anaknya sendiri.

Pemilihan penyanyi berasal dari Singapura, Aliff yang baru berusia 17 tahun yang kini popular menerusi lagunya, Sayang Sayang menjadi pertaruhan terbarunya.

Walaupun masih belum diketemukan, Aishah tidak kisah jika digandingkan dengan penyanyi comel itu.

“Ini adalah perancangan syarikat rakaman yang mahu saya bergandingan bersama Aliff. Mereka mahukan sesuatu yang baru.

“Memang saya belum pernah berjumpa dengannya tetapi saya suka suara Aliff,” kata artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman SonyBMG Music (M) Sdn. Bhd., ketika ditemui pada sidang media sambutan Hari Ibu dan Bapa di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Restoran Melayu, Rosli Rahmat, Datuk Jamali Shadat dan penyampai radio Suria fm, Khairil Rashid.

Menurut Aishah, perancangan berduet dengan Aliff, tidak diambil sebagai satu kerja mudah.

Sebaliknya, Aishah mengakui, kolaborasi itu kelak bakal memberikan cabaran bukan saja pada dirinya bahkan juga kepada komposer untuk menyesuaikan antara imejnya dan penyanyi berkenaan.

Namun begitu, satu soalan yang sudah tentu tidak mampu ditepisnya ialah keraguan mengenai kesempatan Aishah menumpang populariti Aliff.

Sebagai artis yang sudah masak dengan sepak terajang dunia hiburan, Aishah ada jawapan tersendiri untuk soalan sedemikian.

“Saya sudah 20 tahun dalam industri muzik. Soal siapa tumpang populariti siapa, itu tidak perlu diperkatakan.

“Apa yang penting adalah, kedua-dua pihak memperoleh manfaat masing-masing,” katanya menjelaskan pendiriannya itu.

Album baru berkonsep nasyid?

Tahun lalu, Aishah pernah tampil dengan album Kurnia dan menjelang hujung tahun ini pula, album terbarunya akan dipasarkan.

Bermula dengan penghasilan single yang menjadi trend masa kini, Aishah memberitahu, kemunculannya nanti akan menampilkan penghijrahan yang sangat besar dalam kerjaya seninya.

Bukan lagi album yang berteraskan muzik pop, sebaliknya, anak seni yang berasal dari Negeri Sembilan ini memilih untuk beralih ke genre nasyid pula.

“Semua itu juga masih dalam perancangan. Saya harus merujuk kepada pengurusan syarikat rakaman yang saya naungi terlebih dahulu.

“Secara peribadi, saya mahu mengembangkan karier. Namun, itu tidak bermakna album terbaru nanti sepenuhnya memuatkan lagu nasyid.

“Ia lebih kepada unsur-unsur nasihat dan ketuhanan. Sekarang ini pun, anak-anak muda mendengar lagu-lagu begitu dan tidak ramai artis wanita yang mahu membuat konsep sedemikian.

“Saya akan mencari tema-tema lagu yang boleh dikaitkan dengan kehidupan harian,” jelasnya penuh teruja mengenai perancangan kerjaya seninya itu.

Menjayakan Hari Ibu dan Hari Bapa

Dalam pertumbuhan pesat industri hiburan tempatan masa kini, Aishah seperti juga rakan-rakan artis yang lain masih menerima undangan mengadakan persembahan.

Terbaru, dia diundang menjayakan sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa yang berlangsung dalam tempoh terdekat ini.

Untuk acara berkenaan, Aishah menjadi pilihan Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur untuk menghiburkan pengunjung-pengunjung mereka pada 10 Mei ini.

Dengan bayaran dari RM65 hingga RM350, Aishah akan bergandingan dengan Jamali Shadat di samping Khairil serta Preimah (KL fm) yang bertindak sebagai pengacara.

Menariknya, selain disajikan dengan lagu-lagu popular penghibur itu, pelbagai aktiviti telah pun disediakan seperti pertandingan teh tarik, pertandingan memasak nasi goreng, 100 cabutan bertuah termasuk tiga cabutan utama yang akan membawa pulang barangan elektrik.

Mereka yang berminat untuk meraikan ibu atau bapa, boleh menghubungi talian 03-2145 1833.

Restoran Seri Melayu turut mengambil inisiatif dengan menjemput 30 orang warga emas dari Rumah Limpahan Kasih, Puchong untuk bersama meraikan hari yang istimewa tersebut.

Rindu arwah ibu dan bapa

Pada pertemuan selepas sidang media berkenaan, Aishah yang ditanya mengenai sambutan Hari Ibu kelihatan sebak apabila teringatkan ibunya, Kamariah Ujang yang kembali ke Rahmatullah pada 2001.

Bertambah sebak, Aishah memberitahu bapanya, Wan Arifin Pawanteh terdahulu telah pun meninggal dunia pada 1987.

“Kepada yang masih ada ibu serta bapa, jangan terlewat untuk menunjukkan kasih dan sayang kita kepada mereka.

“Sehingga kini, saya masih terasa kehilangan dua insan yang paling saya sayang itu,” katanya.

Selesa hidup bersama anak-anak

Bergelar yatim piatu, Aishah masih tabah untuk melaluinya, namun, dalam masa yang sama, kesedihan hidup bersendirian tanpa kehadiran lelaki bergelar suami sejak lapan tahun lalu juga sedikit sebanyak menyentuh sanubarinya.

Namun begitu, Aishah yang jarang memperlihatkan kesedihannya memberitahu, dia begitu selesa hidup bersama anak-anaknya.

Pada masa yang sama, dia sentiasa mengingatkan dirinya agar lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lagi kerana bimbang kesedihan silam berulang lagi.

“Sungguhpun begitu, saya tidaklah menutup pintu untuk berkahwin tetapi biarlah lelaki itu seorang yang akan diterima dan menerima anak-anak saya seadanya.

”Memang ada yang mencuba tetapi saya belum serius dalam hal berkenaan kerana sudah terlalu selesa dengan kehidupan sekarang ini,” tambahnya.

Powered by Utusan Malaysia

ROB Dan Koffin Kanser Dua Kumpulan, Sama Anggota

2 Oct

JARANG berlaku dalam mana-mana industri muzik, terdapat dua buah kumpulan dianggotai oleh anggota-anggota yang sama. Tetapi itulah realiti yang berlaku dalam dunia muzik kita apabila Republic Of Brickfields (ROB) dan Koffin Kanser dianggotai oleh anggota-anggota yang sama.

Aru sebagai ketua kumpulan itu berkata, pada mulanya ramai peminat yang keliru apabila mereka muncul dengan dua nama yang berbeza.

Namun, selepas melihat persembahan ROB dan Koffin Kanser barulah para peminat dapat membezakan kelainan dua kumpulannya itu.

“Para peminat hanya dapat membezakan yang mana satu ROB dan Koffin Kanser selepas mereka menyaksikan persembahan kami.

“ROB merupakan sebuah kumpulan yang memperjuangkan irama reggae sedangkan Koffin Kanser lebih ke arah nu metal.

“Konsep muzik itulah yang membezakan antara dua kumpulan kami itu,” kata Aru ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan promosi album kompilasi Bila Tiba Hari Raya anjuran syarikat rakaman EMI di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bila Tiba Hari Raya merupakan album kompilasi yang mengandungi 21 buah lagu-lagu Hari Raya malar segar yang antaranya dinyanyikan oleh Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Datuk Sharifah Aini, Fazidah Joned dan Rahimah Rahim.

ROB merupakan artis naungan EMI yang muncul dengan album sulung berjudul Ganjaran kira-kira enam bulan yang lalu.

Menurut Aru, bukan setakat para peminat tetapi penganjur pertunjukkan pentas juga adakalanya keliru dengan dua kumpulannya itu.

Ini kerana sewaktu di pentas, dua kumpulan itu boleh saling bertukar-tukar konsep pada lagu-lagu yang mereka sampaikan.

“Malah, kami juga pernah meminta kepada pihak penganjur supaya ROB dan Koffin Kanser diberi peluang muncul pada satu persembahan.

“Dalam erti kata yang lain, kami bermain dalam dua set persembahan. Tetapi permintaan kami itu sering ditolak oleh penganjur pertunjukkan pentas.

“Sebabnya mereka tidak mahu membayar dua kali ganda bayaran disebabkan kami bermain atas nama dua kumpulan,” ujarnya.

Selain Aru, ROB dan Koffin Kanser turut dianggotai oleh Joe (gitaris), Zack (percussion) dan Udin (percussion).

Dalam pada itu, dua kumpulan itu adakalanya menggunakan khidmat pemuzik undangan yang terdiri daripada G-Joe (gitaris), Bakri (dram), Edy (keyboardis), Radit (bassis) dan Justin (percussion).

Turut sama pada majlis berbuka puasa itu ialah artis-artis EMI dan edaran syarikat itu seperti Ella, Camelia, Fiq (Mentor), Ruffedge, Sohaimi Mior Hassan, Herman Tino, V.E., Reborn, Junio Hustle dan OAG serta Pengurus Besar EMI, Julius Ng serta Pengurus Pemasarannya, Yoveindra Arumugam.

ROB sempat menghiburkan para tetamu dengan menyampaikan sebuah lagu berjudul Orang Planet, Sohaimi Mior Hassan (Ramadan) dan Ella (Sekilas Cinta).

Powered by Utusan Malaysia

Separuh Akhir Muzik-Muzik Sengit

10 Nov

Pertandingan itu diadakan untuk mencari empat lagu terbaik dalam setiap kategori bagi melayakkan diri ke Juara Lagu 1998 yang diadakan pada awal Disember depan.

Lagu-lagu yang dipertandingkan terbahagi kepada tiga kategori iaitu pop rock, irama Malaysia dan balada.

Setiap kategori akan mempertandingkan 10 lagu terbaik yang dipilih berdasarkan markah tertinggi sejak lagu tersebut memasuki carta Muzik-Muzik musim lalu.

Menurut Ketua Penerbitan TV Ambang Klasik Sdn. Bhd. (AKSB), Fadzliniza Zakaria, pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik tahun ini akan memberi peluang yang lebih luas kepada peminat untuk menyaksikannya.

Katanya, ini kerana saiz Studio Kota Francais yang akan memberi lebih banyak peluang kepada peminat untuk hadir menyaksikan pertandingan tersebut.

Dia memberitahu, persaingan pada tahun ini dijangka hebat memandangkan setiap lagu dan penyanyi yang bertanding mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Semalam pertandingan dimulakan dengan kategori pop rock yang membariskan sepuluh lagu ialah Kekasih (Jay Jay/ S Amin Shahab), Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay/Keon), Bila Resah (Anuar Zain/Aznul Haidi/Aznul Haidi), Tamparan Wanita (Elite/KRU/KRU), Semua Orang Tahu (Rem/Ajai/Ajai) dan Diari Biru (Maya/Jaluth/ Aliff).

Lain-lain lagu ialah Dunia Cinta (Liza Hanim/Helen Yap/Hani MJ), Bisikan Asmara (Siti Nurhaliza/Helen Yap/Amran Omar), Gigit (Rahim Maarof/Rahim Maarof) dan Satu Arah (Kool/Zuriani/Amran Omar & Hairee).

Kategori irama Malaysia pula dipertandingkan ialah Cindai (Siti Nurhaliza/Pak Ngah/ Hairul A Harun), Kias Fansuri (M.Nasir/ M.Nasir/Loloq), Dikir Puteri (Noraniza Idris/ Pak Ngah/Hairul A Harun), Joget Menyanyi (To’ki/To’ki) dan Joget Berhibur (Siti Nurhaliza/Rahim Jantan/Siso).

Turut terpilih ialah Rindu (Noraniza Idris/Fandi/Siso), Firasat (To’ki/ To’ki), Zapin Yang Tinggal (Ramlah Ram/Herman Tino/Herman Tino), Suatu Penentuan (Eisya/Abdul Ghani Ilyas) dan Ser.. Ser…Ser.. (Ifa Raziah/Nabila/ Nabila).

Bagi kategori balada pula, lagu yang terpilih ialah Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim/Adnan Abu Hassan/Hani MJ), Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta (Spring/Eddie Hamid/Juwie), Sedalam Mana Cintamu (Safura/Ly/Baiduri), Kekasihku Diambil Orang (Lemon T/Saari Amri/Juwie), Berpisah Jua (Ziana Zain/Asmin Mudin/Asmin Mudin).

Turut bertanding ialah lagu Kembalilah (Rem/ Ajai/Ajai), Hanya Segenggam Setia (Rahmat/ Rahmat/Sutera), Wajah Kekasih (Siti Nurhaliza/Adnan Abu Hassan/Hani MJ), Juwita (Saleem/ Ajai/A. Zaman) dan Puncak Kasih (Ziana Zain/ Adnan Abu Hassan/ Maya Sari).

Oleh: ROZI ABDUL RAZAK

Powered by Utusan Malaysia