Archive | Hetty Koes Endang RSS feed for this section

Komen Kasar Tapi Jujur

2 Mar

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

PERSEMBAHAN peserta One In A Million musim ke-3 (OIAM3) ketika konsert minggu kedua kurang memberangsangkan berbanding ketika minggu pertama.

Kesilapan sama masih dilakukan, misalnya pemilihan lagu tidak tepat dan di luar kemampuan vokal mereka termasuk masalah nyanyian sumbang. Malah difahamkan, ramai peserta kurang sihat mungkin disebabkan perubahan cuaca.

Berasa hampa dengan keadaan itu, akhirnya perkataan ‘menyalak’ terpacul dari mulut juri tetap wanita, One In A Million (OIAM) musim ke-3, Syafinaz Selamat, sewaktu memberi komen terhadap persembahan Aweera, yang membawakan lagu She’s Gone dipopularkan Steel Heart.

Dalam program yang disiarkan secara langsung di 8TV dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Jumaat lalu, Syafinaz mengatakan rock gergaji elektrik Aweera tidak berfungsi.

“Saya tahu matlamat anda mahu menyanyi nada paling tinggi tetapi apa yang anda lakukan bukan menyanyi, menjerit pun tidak, mungkin menyalak!” katanya.

Meskipun kenyataan Syafinaz ada benarnya berdasarkan persembahan Aweera yang sumbang, namun segelintir penonton terutama peminat Aweera beranggapan kenyataan yang dilemparkan itu agak kasar dan keterlaluan.

Sejurus selepas Syafinaz menyebut perkataan itu, penonton di studio saling berpandangan dan terkejut. Bahkan laman online OIAM mula dihujani pelbagai kritikan serta komen daripada penonton dan peminat.

Menjelaskan hal ini, Syafinaz yang ditemui pada majlis sidang media sejurus selepas konsert berakhir berkata, komen itu dibuat bukan secara membabi buta sebaliknya perlu jujur kerana itulah yang dirasakan ketika menyaksikan persembahan Aweera.

“Saya minta maaf pada mereka yang tersinggung. Komen pada malam ini mungkin agak kasar bagi sesetengah pihak yang mendengarnya. Apa yang dikatakan itu bukan kerana mahu menjatuhkan mereka atau ada perasaan dengki. Sedikit pun tidak malah kerana sayangkan setiap peserta, saya harus jujur kerana tahu mereka ada potensi.

“Minggu lepas, kami dapat maklum balas penonton yang memuji kumpulan peserta kali ini yang semuanya boleh menyanyi. Alih-alih minggu ini mereka tidak buat dengan baik.

“Menyalak, kenyataan itu kerana saya tidak jangkakan persembahan peserta yang bagus minggu lalu akan seteruk ini. Minggu lepas kami (juri) puji macam nak rak, minggu ini persembahan mereka mengecewakan,” katanya.

Syafinaz yang juga Pensyarah Vokal dan Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, turut diminta menjelaskan punca yang mendorong ‘kegagalan’ persembahan peserta malam itu.

“Sama ada peserta lelaki atau perempuan, kebanyakannya membuat pilihan lagu tidak tepat, tidak menarik, tidak relevan dan tidak melambangkan diri mereka serta di luar kemampuan vokal mereka.

“Saya tidak faham kenapa harus lakukan perkara yang kita tidak mampu. Masalah ini ada kaitan dengan aduan yang kami dengar dari pihak Aubrey Suwito yang maklumkan ada peserta lebih gemar meminta pandangan keluarga sehingga membelakangkan peranan pengarah muzik.

“Saya percaya OIAM menyediakan tenaga pengajar yang terbaik dan berpengalaman malah ilmu daripada mereka inilah yang sepatutnya peserta rebut. Namun, apabila pandangan pengarah muzik sendiri tak mahu dengar, maka timbullah masalah seperti kita saksikan di pentas.

“Bukan tidak boleh minta pandangan keluarga. Kalau ibu bapa berpengalaman luas dalam bidang muzik macam juri jemputan, Salamiah Hassan, tidak mengapalah. Peserta tidak boleh leka kerana ini adalah pertandingan. Setiap kali menyanyi pemilihan lagu kena tepat,” katanya.

Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Noriyissham, 18, ketika ditanya apakah perasaannya tatkala mendengar komen Syafinaz yang menyamakan nyanyian seperti menyalak, mengakui dirinya tidak sihat sejak dua hari lalu.

“Mulanya diserang demam sehingga kerongkong saya berdarah. Mengenai komen itu, saya tidak tahu nak kata macam mana,” katanya dengan wajah penuh kecewa.

Bagaimanapun, Syafinaz sudah mengingatkan peserta sejak minggu lepas lagi supaya menjaga kesihatan mereka. Katanya, ini pertandingan takkan setiap kali perlu beri alasan sakit dan peserta harus tahu peminat tidak mahu dengar alasan.

Sementara itu seorang lagi juri tetap, Paul Moss, berkata, persembahan minggu ini dan sebelumnya tidak banyak beza kerana masih ada menyanyi sumbang, tetapi ada beberapa peserta berjaya dengan persembahan mereka walaupun terpaksa mengambil risiko.

“Saya suka persembahan Fify malam ini yang membawa penonton melihat sudut berbeza yang ada pada dirinya. Pilihan lagu yang tepat disuntik idea muzik menarik sehinggalah penampilannya malam ini bertentangan personaliti Fify yang sebenar.

“Selepas ini, saya juga mahu melihat lebih ramai peserta mempertaruhkan lagu mereka sendiri sebagaimana dilakukan Amylea. Tindakan itu cukup bijak sekali gus menonjolkan kebolehan lain yang dimiliki mereka,” katanya.

Amylea yang juga Bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) turut merampas imuniti daripada teman sebiliknya, Esther yang muncul sebagai peserta pertama menerima kelebihan itu pada konsert pertama dan secara automatik menyelamatkannya daripada sebarang penyingkiran.

“Sewaktu pengacara mengumumkan nama berada di ‘bottom 3’ seawal rancangan tadi saya berasa agak tertekan dan sedih kerana saya enggan pulang. Justeru apabila diberikan imuniti ini saya rasa lega walaupun tidak menjangkakan sama sekali,” katanya.

Jika ia malam paling menggembirakan Amylea, namun sebaliknya buat Nurhidayu Md Tekhary (Ayu), 20, yang berasal dari Muar, Johor apabila diumumkan pengacara, Awal dan Marion Counter sebagai peserta yang tidak berkesempatan meneruskan perjuangan minggu itu.

Belum pun sempat mengembalikan kepercayaan penonton di konsert minggu kedua menerusi persembahannya dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela), Ayu terlebih dulu disingkirkan, gara-gara kegagalan persembahannya minggu lalu menerusi lagu Matahari (Agnes Monica).

Ayu bukan hanya agal menambat undian penonton bahkan, Paul Moss sendiri meramalkan namanya salah seorang daripada empat peserta yang akan pulang malam itu.

“Saya sudah jangka akan tersingkir dan akuinya persembahan minggu lalu tidak memuaskan. Saya sudah bersedia walaupun tidak nafikan kecewa dan sedih tetapi tidaklah mahu menangis sampai pengsan.

“Tersingkir bukan titik noktah perjuangan saya, banyak peluang yang terbentang dan kita kena rajin mencarinya. Rancangan saya selepas ini adalah bergerak bersama band saya,” katanya.

Daripada 11 peserta yang meneruskan perjuangan, hanya tiga berjaya memberi persembahan membanggakan. Selain mengambil risiko keluar dari zon selesa mereka pada malam bertemakan ‘Memori Tercipta’ itu yang turut menampilkan penyanyi senior, Salamiah Hassan sebagai juri jemputan.

Mereka adalah Fify yang menyampaikan lagu Tidak Tercapai Akalmu dipopularkan Elyana, Simon (Knocking On Heavens Door/Guns N’ Roses) dan Amylea dengan lagu ciptaannya sendiri, Akan Tiba dipopularkan oleh Alif (OIAM musim pertama).

Diselubungi perasaan sedih akibat penyingkiran Ayu, persembahan pemenang imuniti minggu lepas, Esther yang membawakan lagu Mengenangmu (Kerispatih) terganggu sekali gus menyebabkan persembahan kurang mendapat pujian berbanding sebelumnya.

Nine yang juga vokalis kumpulan Coco turut menghampakan juri serta peminat menerusi lagu yang dipertaruhkan, Berita Dari Rantau (Alleycats). Peserta lain, Anith (Rindu/Hetty Koes Endang), Rizu (My Way/Frank Sinatra), Han (Getaran Jiwa/P Ramlee), Tomok (Rahsia Pohon Cemara/Exist) dan Pija (Since You’ve Been Gone/Kelly Clarkson) yang menampilkan persembahan cukup makan.

Harian Metro

MUSIC EDUCATION: Most Locals Ignorant Of Music's True Potential

24 Jul

MOST Malaysians today are musically illiterate and have been so for a long time. This is no exaggeration.

Increasing commercialism has affected significantly music education and music-making.

Music is taught no differently today than decades ago as is the commercial musical output — both recorded as well as performed.

Music education in schools, for instance, does not cater to a holistic understanding and appreciation of the universal mix of music available.

The levels of musical knowledge or even the performance capability acquired in public schools and higher institutions of learning have to be improved.

Private instruction in music still employs outmoded and drill-oriented experiences that tend to keep alive music traditions of alien cultures instead of bringing out the best in the student.

Thus, the bulk of Malay-sians today remain ignorant of the true potential that music can bring into one’s life.

Try asking any Malaysian to sing the national anthem correctly. In public gatherings, most people opt to merely mime the words while the choir or CD playback covers this lack of public singing.

In the commercial arena, music is not doing that well either. It has steadily declined in quality and quantity.

Try asking any recording company in Malaysia. Music activity in the commercial world is most often targeted at a musically illiterate crowd which literally looks at the performer rather than his/ her musical ability.

Reality shows are regularly churned out for a musically ignorant audience.

Words like “talent search” and “academy” are thrown in to fool audiences and make a lot of money.

Most of the time, the critics or jury in such “talent” shows have exhibited very little knowledge of vocal pedagogy or stagecraft themselves.

Limited words such as “pitching” and “feel” are repeatedly used in their comments that clearly indicate this shallow knowledge.

Indonesian singer Hetty Koes Endang was a guest critic in one such show lately.

She really showed what a true critic should be like and was in a class of her own.

Even the station concerned was not prepared for her comments. Our Anita Sarawak is one who can match this Indonesian diva and should be roped in as often as possible to share her talent and experience.

 

New Straits Times

Depan Mata: Jamal Buka Buku Baru

28 Apr

Hartati Hassan Basri

Rap

“MENYANYI umpama doa. Saya tidak mahu menyanyi lagu sedih seperti Sendiri kerana akhirnya saya hidup sendiri seperti sekarang.” Itulah antara kata spontan penyanyi Jamal Abdillah ketika menjayakan Minggu Setiausaha
anjuran Hotel Quality City Centre, Rabu lalu.

Ternyata dalam usia 49 tahun dan menceburi dunia seni selama 30 tahun sejak menjuarai Bintang RTM pada 1979, penyanyi kelahiran Teluk Intan, Perak ini sudah tiga kali melalui episod duka kegagalan perkahwinan. Kali pertama dengan Basariah Latif, kemudian Noraina Yusof dan terbaru, Fatimatuzahra Samat.

Jamal yang dikurniakan dua zuriat bersama Noraina dan Fatimatuzahra, menghadapi dua pertuduhan (membabitkan ugutan dan mendatangkan cedera)

daripada bekas isteri ketiganya itu tetapi Fatimatuzahra menarik

balik kedua-dua kes membabitkan bekas suaminya.

Tuduhan itu tentunya amar berat untuk ditempuh Jamal apatah lagi ketika dia sibuk menjayakan pelbagai undangan sepanjang bulan ini (April). Walaupun

sering dilanda kontroversi kerana dadah, Jamal tetap mendapat sokongan tanpa berbelah bagi daripada peminat setianya.

Rata-rata peminat setia Jamal golongan wanita tapi saya bukanlah peminat setia Jamal. Saya sebenarnya satu kampung dengan Jamal di Teluk Intan,

Perak, malah sama sekolah di Sekolah Menengah Seri Perak.

Saya sering mengikuti persembahan Jamal kerana teman baik saya sangat meminati penyanyi bersuara jantan ini. Katanya, vokal Jamal memang best gila dan tidak ada pada penyanyi lain.

Kerana dia, saya sanggup menyaksikan persembahan Jamal sempena Minggu Setiausaha di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Jika diajak menyaksikan persembahan Datin Seri Siti Nurhaliza, Hetty Koes Endang atau pun Kris Dayanti, memang dia tidak berminat tetapi kalau

Jamal, tidak pernah kata tidak.

Tetapi saya tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan Hetty Koes Endang di Pusat Konvensyen Sime Darby dan Kris Dayanti di Pusat Konvensyen

dan Pameran Matrade.

Bagaimanapun untuk Konsert Amal Kasih Jamal Abdillah & Saleem yang diadakan tiga hari bermula 11 April lalu, saya tidak berkesempatan hadir di Pusat

Konvensyen Kuala Lumpur. Difahamkan, persembahan bertujuan mengutip dana bagi Rumah Pengasih itu menarik perhatian ramai gara-gara Jamal berduet

dan bermesra dengan Misha Omar sehingga Jamal dikatakan jatuh cinta dengan penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu.

Apakah Jamal mahu mengisi kekosongan jiwanya dengan melangsungkan perkahwinan kali keempat? Kata Jamal, dia sedar dirinya bekas penagih. Jika ingin berumah tangga lagi, dia mahu pastikan individu dipilih memahami

kerjanya dan membantu menaikkan kerjayanya.

“Dia juga sentiasa tenangkan saya dan faham masalah orang yang pernah ada kes dadah.

Jauh di sudut hati, saya masih ada niat hendak hidup macam lelaki lain.

“Apapun, saya perlu menjalani proses pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) selama dua tahun. Kini saya mahu fokus pada kerjaya,”

katanya.

Ketika berbual dengan adiknya, Jamilul Hayat tidak lama dulu, penyanyi yang popular dengan lagu Pelabuhan Sepi dan Mawar Putih Tanda Perpisahan ini

mengakui hubungan dengan abangnya kini makin rapat.

Katanya, dia nampak Jamal kini lebih mengambil berat hubungan dengan adik-beradik lain sejak kematian ayah mereka, Mohd Ali Hussein, 75, pada

9 Februari lalu.

Sejak 1998, Jamilul Hayat menjadi pembantu kaunselor di Pengasih tetapi katanya, dia tidak terbabit memberi kaunseling kepada abangnya kerana Jamal

mempunyai kaunselor sendiri.

Pastinya kehadiran dua anaknya, Osama Yamani, 6, hasil perkahwinan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, setahun empat bulan (bersama Fatimatuzahra),

bukan saja sebagai satu amanah Tuhan yang perlu dipikul Jamal malah menjadi

azimat dan semangat kepada Jamal untuk berubah dan bebas daripada dadah.

Kini kerjaya Jamal kembali melonjak. Sepanjang bulan ini saja, jadual persembahan Jamal cukup sibuk. Bermula dengan Konsert Amal Kasih Jamal Abdillah & Saleem selama tiga hari pada 11 April, terus menjayakan Minggu Setiausaha di Shah Alam pada 15 April kemudian di Kuala Lumpur (23 April).

Selepas ini, ada dua lagi persembahan membabitkan Jamal iaitu Persembahan

Amal Argung anjuran Argung Privileged Management di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu ini kemudian Konsert Perjalanan Cinta & Sepetang

Bersama Sheila dan Jamal di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, 31 Mei.

Memang pandai pengurus Jamal mengendalikan kerjayanya kini kerana berjaya mendapatkan banyak undangan untuk Jamal. Semoga Jamal tidak kelabu mata atau hilang pertimbangan dengan segala godaan insan yang mahu menjerumuskan

dirinya semula kepada najis dadah.

Powered by Harian Metro

AF6: Kakak Siti Nurhaliza Tersingkir

20 Apr

PETALING JAYA 19 April – Siti Norsaida Tarudin menjadi peserta keenam tersingkir dalam perjuangan merebut gelaran Juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang diadakan di sini malam ini.

Saida, 32, yang merupakan kakak kepada penyanyi nomber satu negara Datuk Siti Nurhaliza terpaksa akur dengan keputusan tersebut setelah mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) paling rendah berbanding lapan peserta lain.

Pada konsert mingguan kelima yang berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini Saida mendendangkan lagu ‘Bila Bunga Berguguran’ nyanyian Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Penyingkiran Saida memberi peluang kepada lapan lagi peserta iaitu Mohamad Aliff Mohd. Razali, 22, atau Alif; Nubhan (Ahmad Nubhan Ahmad, 22); Riz (Mohammed Idris Mohd. Zaizizi, 22); Nadia (Nadia Haswani Hasnan, 18); Stacy (Stracie Angie Anam, 18); Stanley (Stanley Maringai David Impi, 25); Toi (Khairul Nizam Baharom, 31), dan Hairina Abd. Halim, 44, atau Rina untuk bergelar Juara AF6.

Juara AF6 bakal menerima hadiah bernilai lebih RM700,000 termasuk sebuah banglo empat bilik di A’Famosa, Melaka, kereta Peugeot 307X tajaan Naza Motor Sdn. Bhd. serta wang tunai berjumlah RM25,000 sumbangan Hotlink selain percutian ke Afrika Selatan tajaan Mayfirst, pakej pelancongan ke New Zealand tajaan Maybelline.

Naib juaranya bakal menerima hadiah bernilai lebih RM100,000, tempat ketiga (lebih RM20,000), tempat keempat (lebih RM9,000) dan tempat kelima (lebih RM7,000).

Sementara itu, Hetty Koes Endang tampil selaku pengkritik undangan sambil ditemani oleh Fauziah Ahmad Daud dan Ning Baizura pada selaku pengkritik tetap konsert tersebut.

Powered by Utusan Malaysia

Kehangatan Minggu Setiausaha

30 Mar

April yang bertandang tentunya memberi satu pengertian cukup bermakna bagi mereka yang bergelar setiausaha.

Mana tidaknya selain April itu lebih terkenal dengan hari yang ‘menyusahkan’ iaitu April Fool tetapi bagi setiausaha April merupakan bulan penghargaan buat mereka dengan adanya minggu setiausaha.

Tentunya sepanjang April ini para setiausaha akan dapat menyaksikan persembahan hebat artis-artis tanah air sambil menikmati hidangan yang enak bersama bos masing-masing.

April juga tentu sekali akan dapat meningkatkan lagi daya kerja para setiausaha apabila susah payah mereka selama ini akan diraikan dengan acara hiburan.

Melangkah bulan untuk setiausaha itu, hotel-hotel di ibu negara tentunya tidak melepaskan peluang untuk menganjurkan acara itu.

Dan lebih istimewa pada bulan ini juga masanya untuk sebilangan artis kita mencari pendapatan lebih bagi menampung perbelanjaan mereka.

Mana tidaknya, bayaran yang diterima oleh artis kita yang membuat persembahan untuk acara itu boleh dikatakan lumayan walaupun kemunculan mereka hanya beberapa jam sahaja.

Ada seorang artis berkata, sekali membuat persembahan untuk minggu setiausaha, ia sudah mampu menampung beberapa bulan perbelanjaan masing-masing.

Apa yang pasti selepas berlalunya April, para setiausaha hendaklah menjanjikan tugas yang lebih cemerlang selepas pihak syarikat berbelanja besar untuk ‘memikat’ hati mereka.

Mawi, AC Mizal & Sheila Majid

Seperti tahun-tahun lalu, Mawi, AC Mizal dan Sheila Majid tentunya antara bintang yang cukup sibuk menjelangnya April. Kali ini PNB Darby Park akan membawa ketiga-tiga mereka untuk menghiburkan setiausaha berkonsepkan hitam dan merah.

Bertempat di Perdana Grand Ballroom, Felda, satu persembahan hebat akan dibawakan oleh Mawi dan AC Mizal pada 8 April sementara pada 15 April pula, AC Mizal akan bergandingan dengan Sheila Majid.

Lebih menarik, para setiausaha yang memakai pakaian tercantik akan membawa pulang hadiah misteri selain tiket penerbangan ke Paris untuk dua orang.

Dengan harga antara RM300++ hingga RM400++ bagi setiap orang, tentunya sajian makanan hebat akan dihidangkan. Mereka yang berminat boleh menghubungi 03-7490333.

Mila dan ketenangan

Bertemakan persekitaran dan pembangunan alam, Hotel Palace of The Golden Horses juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan para setiausaha dengan konsep yang lebih tenang.

Mengundang dua juara Akademi Fantasia iaitu Mawi dan Mila, tentunya kedua mereka sudah merangka satu persembahan yang bertenaga pada 7 April ini.

Dengan harga serendah RM250++ hingga RM500++ tentunya peminat AF akan memenuhi hotel tersebut bagi menyaksikan mereka beraksi. Tempahan boleh dibuat melalui talian 03-89464911.

Istimewa dari Rafflesia

Sesuatu yang menakjubkan apabila syarikat mutiara ternama, Rafflesia akan membawa lapan artis untuk membuat persembahan pada 16 April depan.

Dengan bayaran RM650++, para setiausaha akan dijanjikan persembahan hebat daripada artis antaranya Azharina, Liza Hanim, Erra Fazira, Jaclyn Victor, Noryn Aziz dan Fauziah Latif.

Selain persembahan nyanyian, para tetamu akan turut dihiburkan dengan pertunjukan fesyen istimewa yang akan diadakan di Hotel Istana. Keterangan lanjut boleh hubungi 03-21419988.

Faizal Tahir & Sharifah Aleeya

Mengakui agak menggigil kerana pertama kali diberi peluang menghiburkan peminat untuk minggu setiausaha tetapi kedua mereka akan membuat satu persembahan yang hebat.

Itu janji Faizal Tahir dan Sharifah Aleeya apabila hotel Crown Princess memberi peluang mereka untuk sambutan itu.

Diadakan di hotel tersebut pada 17 April ini, bayaran yang dikenakan juga dianggap berbaloi iaitu dari RM150++ hingga RM170++.

Selain dijamu dengan hidangan yang lazat lebih 100 menu, Crown Princess turut menyediakan dua tiket pergi balik percuma untuk mereka yang bertuah bagi perjalanan ke Dubai sumbangan Gulf Air.

Jika ada yang berminat menyaksikan Faizal dan Aleeya bolehlah menghubungi nombor telefon 03-21625522.

Kemesraan Hetty Koes Endang

Jauh diterbangkan dari Indonesia, penyanyi sepanjang zaman, Hetty Koes Endang tentunya bintang yang tidak perlu dinafikan lagi kehebatan vokalnya. Beauty Unlimited (M) Sdn. Bhd. menganjurkan dua acara iaitu majlis makan tengah hari dan makan malam.

Jadi, tidak susah untuk para setiausaha memperuntukkan masa menyaksikan kemerduan suara Hetty itu.

Diadakan pada 17 April dan 18 April ini, persembahan Hetty akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur dengan bayaran serendah RM200 hingga RM1,000 setiap seorang manakala RM2,000 hingga RM10,000 bagi setiap meja. Mereka yang berhasrat menyaksikannya bolehlah menghubungi talian 03-55104433.

Kemerduan suara Dayang

Memiliki suara yang baik, tentunya peminat R&B tidak akan melepaskan peluang menyaksikan kehebatan Dayang Nurfaizah pada 17 April ini.

Akan mengadakan persembahan di Federal Hotel, Kuala Lumpur, bayaran yang dikenakan bagi menyaksikan wanita itu membuat persembahan hanyalah di antara RM160++ hingga RM180++.

Dayang bukan sahaja akan menyanyikan lagu-lagu popular beliau sebaliknya beberapa lagu Inggeris.

Untuk melihat Dayang beraksi, bolehlah menghubungi talian 03-21489166.

4 bintang hebat dari Quality Hotel

Quality Hotel boleh dikatakan antara hotel yang tidak mahu melepaskan sambutan Minggu Setiausaha. Kalau sebelum ini mereka membawa Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza, kali ini empat bintang popular akan memeriahkan sambutan itu.

Mereka ialah Jamal Abdillah, Noryn Aziz, Karen Kong dan Kris Dayanti.

Pada 15 April, Jamal dan Karen Kong akan membuat persembahan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam sementara para 22 April menyaksikan persembahan Kris Dayanti di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade.

Pada 23 April pula Noryn dan Jamal akan berkongsi pentas di pusat pameran yang sama sambil dihidangkan lebih 100 menu dari negara Timur, Asia Barat dan Eropah.

Persembahan yang akan dihoskan oleh Dee itu dikenakan bayaran dari RM250 hingga RM380.Untuk tempahan boleh hubungi 03-26939233.

Gabungan tiga negara

Mencari kelainan, Technolif Corporation Sdn. Bhd. akan membawa tiga artis hebat dari tiga negara membuat persembahan pada sambutan minggu setiausaha kali ini.

Mereka ialah Marcell (Indonesia), Dayang Nurfaizah (Malaysia) dan Imran Ajmain (Singapura).

Bertempat di Hotel Crowne Plaza Mutiara, ketiga-tiga bintang itu akan berkongsi pentas pada 24 April akan datang.

Dengan bayaran dari RM325 hingga RM420, Technolif Corporation Sdn. Bhd. menjanjikan satu acara yang akan dikenang sepanjang sambutan minggu setiausaha berlangsung. Berminat menyaksikan ketiga-tiga aris tersebut membuat persembahan bolehlah menghubungi 03-78063250.

Powered by Utusan Malaysia

Kronologi Majlis Resepsi Siti – Datuk K

30 Aug

Tarikh: 28 Ogos 2006
Tempat: Dewan Pameran, Aras Bawah,
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

* Pukul 5 petang, Siti Nurhaliza sepatutnya muncul di balkoni tingkat 3, Sayap Barat KLCC untuk sesi bertemu para peminat.

* Tetapi Siti Nurhaliza muncul pada pukul 5.40 petang. Sebelum itu, sepasukan polis unit pengesan bom telah membuat pemeriksaan di sekitar balkoni tersebut.

* Selesai melambai kepada para peminat selama hampir tujuh minit, Siti yang mengenakan Gaun Dewi Mustika warna putih gading rekaan Khoon Hooi yang dihiasi 8,888 butir mutiara asli berharga RM300,000 menuju ke Ballroom 1 dan 2 KLCC untuk sesi fotografi bersama media massa.

* Pukul 7.45 malam, Siti dan Datuk K sudah bersiap sedia untuk sesi fotografi dengan media. Kali ini Siti dan Datuk K mengenakan pakaian tradisional kontemporari sedondon berwarna putih rekaan Radzuan Radziwill.

* Pukul 8.45 malam, Siti mengenakan gaun putih lace Perancis yang dinamakan Badasila sementara Datuk K mengenakan pakaian ala pahlawan Melayu daripada kain songket untuk sesi fotografi bersama tetamu VIP di Ballroom 1 dan 2.

* Pada 9 malam, pasangan mempelai diarak dengan iringan 22 kanak-kanak perempuan menuju ke Dewan Pameran 1 dan 2, KLCC untuk acara persandingan di atas pelamin yang diberi nama Mahligai Asmara.

* Sultan Pahang, Sultan Ahmad; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara orang kenamaan yang melakukan upacara merenjis serta menepung tawar.

* Sewaktu acara santapan dan makan malam, para tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada Nora, Hetty Koes Endang, Uji Rashid, Nizal Mohamed, Ezlynn, Kris Dayanti, Datuk M. Daud Kilau, Kat (Mentor), Nash (Lefthanded), Joe Flizzow (Too Phat), Damien (V.E.), Ning Baizura, Hijjaz dan Azlina Aziz.

* Untuk acara memotong kek pula, Siti mengenakan gaun putih dan merah jambu ala Cinderella rekaan Michael Ong berharga RM35,000.

* Kata Ong, dia menggunakan 26 meter kain sutera Thai dan lace yang diimport dari London. Seramai 12 orang pembantu digunakan bagi menyiapkan pakaian itu selama sebulan dan ia merupakan hadiah pereka fesyen itu buat Siti.

* Selepas acara itu, satu kejutan dilakukan apabila ibu bapa Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik dijemput ke pentas untuk memotong pulut kuning sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-38.

* Ketika acara kemuncak, Siti mendendangkan sebuah lagu berjudul Cahaya Cinta yang ditujukan khas buat Datuk K.

Powered by Utusan Malaysia