Archive | Shakira RSS feed for this section

Anak Ishtiaq Mobarak Aktif Tarian, Sukan

23 Mar

SUKAR membayangkan kaitan antara tarian klasik India dengan acara sukan.

Namun bagi bekas jaguh lari berpagar 110 meter, Ishtiaq Mobarak sekeluarga terutama dua anak gadisnya yang mempelajari tarian berkenaan, ia bukanlah sesuatu yang dianggap janggal.

Ketika muda, Ishtiaq sendiri pernah berguru untuk mempelajari tarian klasik itu yang menurutnya, nyata membantu dari segi penyelarasan kedudukan tubuh, kepekaan mental serta keseimbangan badan apabila berada di trek.

Begitu jugalah yang diamalkan dua anaknya, Shaniz, 21, dan Shakira, 18, yang masing-masing aktif dalam bidang olahraga sama seperti bidang diterokai ayah dan ibu mereka, Shamimi Selvarani Abdullah (bekas pelari 400m berpagar negara).

 

 

Tarian klasik India itu hanya sebahagian daripada pendekatan yang diterapkan Ishtiaq, 61, dan Shamimi, 48, dalam usaha memberi pendedahan dan ruang pembelajaran menerusi kaedah yang bukan saja kreatif, tetapi menyeronokkan.

“Kreativiti dalam diri anak-anak harus dipupuk bagi membolehkan mereka menjadi kreatif dalam cara mereka sendiri.

“Saya juga percaya setiap kanak-kanak punya bakat tersendiri, namun lazimnya, segala potensi itu tidak dicungkil atau dibiar begitu saja sejak kecil terutama apabila ibu bapa sibuk dengan hal masing-masing,” katanya.

Ishtiaq, yang kini jurulatih program multi-lateral remaja di Majlis Sukan Negara, menyifatkan kanak-kanak seharusnya diberi pendedahan meluas dalam pelbagai aktiviti sukan atau permainan untuk menyemai semangat persaingan dalam diri mereka sejak kecil lagi.

Apapun, pilihan minat masing-masing seharusnya ditentukan anak itu sendiri lantas Ishtiaq yang pernah mara ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik 1976 di Montreal, Kanada dan isterinya tidak pernah memaksa kedua-dua anak gadis mereka mengikut jejak langkah mereka dalam bidang olahraga.

Dia hanya mahu anak-anaknya menikmati keseronokan apabila bersukan, selebihnya terpulang pada mereka untuk membuat pilihan sendiri.

Pasangan suami isteri ini juga percaya pada kaedah pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak mereka namun pusat beli-belah atau taman tema rekreasi bukanlah pilihan utama mereka untuk membawa anak ketika cuti persekolahan.

“Kami lebih gemar menghabiskan waktu sekeluarga secara aktif sama ada di kawasan air terjun, kolam renang, merentas hutan atau berada di padang olahraga.

“Kami pastikan anak-anak mempunyai aktiviti yang membuatkan mereka aktif serta mengelakkan mereka daripada duduk terperuk seharian di hadapan televisyen atau asyik dengan permainan komputer.

“Boleh dikatakan Shaniz dan Syakira membesar di padang olahraga, malah ketika ulang tahun hari lahir mereka pun, kami tidak biasakan membeli barangan permainan, tetapi kami hadiahkan barangan berkaitan sukan seperti pakaian sukan, raket badminton dan seumpamanya,” kata Shamimi.

Pendedahan sedemikian, menurutnya, cukup penting untuk mencambah minat anak terhadap gaya hidup aktif dan menyihatkan apatah lagi apabila mereka sudah terbiasa dengan persekitaran sedemikian sejak kecil.

“Kanak-kanak perlu berpeluh untuk membantu peredaran darah yang baik. Ini sekali gus merangsang otak untuk berfungsi dengan lebih baik, malah kehidupan yang aktif juga membuatkan mereka mudah tidur di waktu malam.

“Paling ketara, anak-anak yang aktif lazimnya bersikap proaktif dalam apa saja yang mereka lakukan,” katanya.

Melatih anak berdikari juga antara aspek yang diberi perhatian selain tidak memanjakan mereka namun, Ishtiaq dan Shamimi juga tidak percaya pada kaedah merotan anak.

Gaya hidup aktif ditambah dengan pembabitan dalam bidang sukan, menurut Shamimi, banyak mengubah perwatakan anak gadisnya terutama Shaniz.

“Dulu dia memang pemalu, sama seperti saya mula-mula membabitkan diri dalam bidang sukan. Bayangkan suatu ketika dulu, angkat muka pun saya segan, tetapi kini, mampu mengendalikan jabatan aduan di bank tempat saya bekerja,” katanya.

Jika Shakira yang punya minat mendalam pada alam sekitar itu sering menjadi tempat rakannya mengadu masalah, Shaniz yang juga mahir dalam bidang penghasilan kraf, cenderung untuk memberi motivasi kepada orang lain.

Apabila berkesempatan, dua beradik ini juga tidak ketinggalan membuat persembahan tarian klasik India yang mereka pelajari ketika di sekolah rendah dulu.

Secara fizikal mahupun mental, pasangan suami isteri ini mengakui bersukan berupaya untuk mengubah personaliti seseorang untuk menjadi lebih kreatif dan positif serta cukup ketara, ia mampu membina keyakinan diri.

Harian Metro

Shakira Biayai Sekolah Di Colombia

7 Feb


SHAKIRA (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Colombia, Alvaro Uribe dalam majlis pelancaran sekolah di Barranquilla Rabu lalu.

LOS ANGELES – Penyanyi Latin popular, Shakira bukan sahaja seksi tetapi amat mengasihani kanak-kanak, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada Rabu lalu, dia membantu membiayai sekolah untuk kanak-kanak hilang tempat tinggal akibat keganasan gerila di Colombia.

Sekolah yang menempatkan 1,800 pelajar itu dibina oleh Yayasan Pies Descalzos yang ditubuhkannya di bandar kelahirannya, Barranquilla.

Yayasan yang bermaksud berkaki ayam itu telah banyak membantu menangani kemiskinan di kalangan kanak-kanak sejak penubuhannya oleh penyanyi itu pada 1997.

Menurut beberapa laporan, sekolah itu merupakan yang kelima dibina oleh organisasi tersebut.

Ketika mengulas mengenainya, Shakira berkata, yayasan tersebut berusaha untuk memecahkan kepercayaan bahawa pendidikan berkualiti hanyalah untuk golongan elit sahaja. – Agensi

Kosmo

Obama Gesa Rakyat As Berkorban

27 Jan

Acara sambutan pengangkatan berjalan dengan kawalan
paling ketat

WASHINGTON: Bakal presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menggesa rakyat Amerika supaya berkorban untuk mengatasi peperangan dan krisis ekonomi, sewaktu jutaan penduduk termasuk selebriti terkenal menyertai bermulanya sambutan bagi pengangkatan beliau sebagai Presiden Amerika ke-44 kelmarin.

‘Sepanjang sejarah, hanya segelintir generasi diminta berdepan dengan cabaran yang serius seperti yang kita hadapi sekarang. Negara kita sedang berperang. Ekonomi kita dalam krisis,’ kata Encik Obama.

‘Tetapi jangan lupa, jati diri sebenar bangsa kita dipaparkan bukan semasa senang dan selesa tetapi dengan tindakan tepat yang kita lakukan pada saat sukar,’ tegas Encik Obama di Lincoln Memorial kelmarin.

‘Saya meminta anda semua memaparkan perwatakan itu sekali lagi,’ tambah beliau.

‘Saya yakin Amerika akan sentiasa bertahan dan teguh, agar impian pengasas negara itu terus hidup bersama kita,’ tegas beliau.

Sambutan kelmarin diserikan dengan persembahan oleh U2, Bruce Springsteen dan Stevie Wonder.

Bruce Springsteen memulakan konsert perayaan dengan lagu beliau The Rising, manakala U2 mempersembahkan Pride (In the Name of Love) sebagai penghormatan kepada mendiang pejuang hak asasi Rev. Martin Luther King Jr.

Selebriti lain yang turut membuat persembahan ialah Beyonce, Mary J. Blige dan sejumlah artis lain – Jon Bon Jovi, John Legend, Shakira dan James Taylor.

Bagaimanapun, Encik Obama dan bakal Naib Presiden Encik Joseph Biden tidak lupa untuk meletak jambak bunga di tugu peringatan perang ‘Tomb of the Unknown Soldier’ di Pusara Arlington.

Encik Obama dan isterinya, Michelle, kemudian menaiki kereta presiden, Cadillac berperisai dengan nombor plat ’44’ sempena jawatan sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat.

Sabtu lalu, dalam perjalanan menaiki kereta api dari Philadelphia ke Washington, laluan mengikuti jejak presiden Abraham Lincoln, Encik Obama menggesa rakyat Amerika supaya menghayati Deklarasi Kemerdekaan yang bebas daripada fahaman perkauman dan fikiran yang sempit.

Meskipun tiada sebarang ancaman terhadap Encik Obama, pihak berkuasa telah meningkatkan langkah keselamatan ke tahap paling tinggi, kata Setiausaha Dalam Negeri, Encik Michael Chertoff.

Pada 13 Januari lalu, Presiden George W. Bush mengisytiharkan keadaan darurat di Washington dari 17 hingga 21 Januari, semasa sambutan pengangkatan Encik Obama.

Pihak berkuasa mengerahkan pasukan keselamatan terdiri lebih daripada 40,000 orang, termasuk 7,500 askar, 10,000 askar Pengawal Kebangsaan dan 25,000 pegawai penguatkuasa undang-undang. Ini jauh mengatasi 30,000 askar Amerika yang ada di Afghanistan. — Agensi.

Cyberita

Obama Menari Bersama Isteri

22 Jan


OBAMA dan isterinya, Michelle menari dalam majlis tarian di Bangunan Muzium Kebangsaan, Washington kelmarin.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan isterinya, Michelle menari mengikut irama lagu klasik At Last nyanyian penyanyi Beyonce di White House bagi meraikan pelantikannya sebagai Presiden kelmarin di sini.

Pasangan tersebut menjadi tumpuan ramai dalam majlis itu apabila melihat mereka menari dengan rentak perlahan di hadapan tetamu undangan.

Majlis itu dikenali sebagai Neighborhood Ball iaitu khas untuk penduduk yang tinggal di Washington iaitu acara pertama daripada 10 sambutan bagi meraikan pelantikannya.

Penyanyi Shakira, Mary J. Blige, Faith Hill dan Mariah Carey kemudian menyanyikan lagu Sign, Sealed Delivered bersama Stevie Wonder.

“Anda dapat memberitahu bahawa beliau adalah seorang presiden berkulit hitam dengan melihat cara dia bergerak,” kata seorang aktor, Jamie Foxx.

Obama memakai tali leher putih manakala Michelle mengenakan gaun putih labuh ke lantai rekaan Jason Wu.

“Pertama sekali, bagaimanakah rupanya isteri saya? soal Obama kepada sekumpulan selebriti dan penyokong-penyokongnya.

Sementara itu, dalam satu lagi acara Obama Home States, Presiden itu menarik isterinya lebih dekat dengan dirinya berbanding ketika mereka menari tarian pertama.

Pada satu ketika, Obama merangkul pinggang isterinya.

“Hello orang ramai. Aloha, Apakah yang terjadi sekarang?” soal Obama dalam dialek Hawaii dan Illinois.

“Kebanyakan anda terlibat bukan sahaja dalam kempen kami tetapi kehidupan kami,” kata Obama.

Mereka turut menari dalam majlis meraikan Obama sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera Amerika Syarikat di Bangunan Muzium Kebangsaan, Washington. – Agensi

Kosmo

Konsert Bintang Ternama Untuk Rai Obama

15 Jan

Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 15 JAN 2008:  Tidak lama dulu, penyanyi terkenal, John Legend pernah menyatakan kekagumannya terhadap kewibawaan bakal Presiden Amerika Syarikat AS yang baru, Barack Obama.

Kata-katanya itu didengari sendiri oleh portal murai.com.my sewaktu kunjungan penyanyi itu ke Malaysia tahun lalu. Kenyataan John itu dibuat sebelum bakal calon Presiden AS yang ke-56 itu berjaya meraih undian tertinggi daripada rakyat negara berkenaan dalam kempen pilihanraya tahun lalu.

Bukan kerana keakraban yang sudah lama terjalin antara mereka, tetapi juga kemampuan Obama yang disifatkan  mampu membawa perubahan besar  kepada tonggak kepimpinan AS dan dunia.

Kegembiraan penyanyi soul itu akan lebih teruja apabila beliau turut diberi penghormatan untuk menjayakan konsert We Are One: The Obama Inaugural Celebration at the Lincoln Memorial bersama-sama 17 artis hebat lain yang akan diadakan secara mega dari Lincoln Memorial, Washington DC.

Mereka yang akan turut serta dalam konsert tersebut adalah Beyonce, Mary J Blige, Bono, Garath Brooks, Sheryl Crow, Renee Fleming, Josh Groban, Herbie Hancock, Heather Headley, Jennifer Nettles, John Mellencamp, Usher Raymond IV, Shakira, Bruce Springsteen, James Taylor, will.i.am, Stevie Wonder selain John Legend sendiri.

Persembahan mega yang dianjurkan sempena meraikan pelantikan rasmi Obama itu akan disiarkan secara langsung pada 20 Januari ini, jam 7 malam menerusi saluran HBO (Astro Saluran 411).Siaran ulangannya akan disiarkan di saluran sama pada 21 Januari ini, jam 1 pagi.

Turut sama adalah nama-nama hebat seperti Jamie Foxx, Martin Luther King III, Queen Latifah dan Denzel Washington. Mereka telah ditugaskan untuk menyampaikan ucapan berkaitan dengan majlis penuh bersejarah ini.

Selain Obama, program hiburan itu juga akan turut dihadiri bakal Timbalan Presiden AS, Joe Biden yang akan disiarkan secara langsung dan terbuka kepada seluruh rakyat AS.

Inilah peluang untuk mendengar ucapan Obama sebelum beliau dilantik secara rasmi sebagai Presiden AS di hadapan ratusan ribu rakyat dan barisan selebriti paling berpengaruh di dunia.

Maklumat lanjut mengenai konsert dan pelantikan penuh bersejarah ini boleh didapati dengan melayari http://www.hboasia.com

 

Murai

Menarik Di 8TV

28 Dec

Rap
TIRAI 2008 bakal berlabuh dan bagi menyambut kedatangan Tahun Baru 2009, 8TV akan menghidangkan rancangan menarik khas untuk penonton setia saluran televisyen itu.

Saluran 8TV bakal diisi dengan program yang menarik bermula pada malam tahun baru. Antaranya Britney For The Record, VHI Hip Hip Honors, 2008 MTV Movie Awards, Forbes Top 20 Cash Queen Of Music, Shui Hu The Soccer Heros, Gamera The Brave dan Alexandria (filem Indonesia).

Program Britney For The Record menyaksikan MTV merakam dan mendapatkan segala berita sensasi mengenai jatuh bangun kehidupan ratu kontroversi, Britney Spears.

Anda juga dapat menyaksikan apa yang berlaku di belakang tabir sewaktu majlis Video Music Awards berlangsung. Selain itu, dipaparkan sesi rakaman album terbaru Britney, harapan dan persediaannya untuk kembali menawan industri muzik.

VHI Hip Hop Honors adalah anugerah yang berprestij bagi semua penyanyi Hip Hop terkenal. Tahun 2008 menyaksikan deretan penyanyi hip-hop seperti Naughty By Nature, Cypress Hill, De La Soul, Slick Rick and Too $hort diberi anugerah bagi memperingati muzik mereka yang pernah menjadi siulan dan ikutan satu ketika dulu.

MTV Movie Awards ke-17 pula program untuk mengiktiraf mereka yang terbabit dalam bidang perfileman dalam beberapa kategori menarik.

Diacarakan pelakon dan pelawak terkenal, Mike Myers. Anda juga berpeluang menyaksikan aksi bertenaga The PussyCat Dolls, Coldplay dan ramai lagi!

Senarai Forbes.com, Top 20 Cash Queens of Music, menyenaraikan 20 penyanyi berpendapatan paling tinggi dan berpengaruh.

Pencarian ini berdasarkan penjualan tiket konsert, barangan eksklusif seperti minyak wangi, jenama pakaian mereka dan sebagai jurucakap produk. Madonna berjaya mengungguli senarai diikuti Celine Dion dan Shakira.

Filem Shui Hu, The Soccer Heroes 1 diadaptasi daripada buku klasik Cina, The Water Margin. Shui Hu Soccer memaparkan minat mendalam seorang pemuda terhadap sukan bolasepak.

Sementara itu filem Gamera The Brave mengisahkan Toru (Ryo Tomioka), 11, kanak-kanak pendiam yang tinggal di kawasan pantai di Ishema bersama bapanya Kousuke (Kanji Tsuda).

Selepas kematian ibu, hubungan Toru dan bapanya renggang. Satu hari Toru menjumpai anak penyu di tepi pantai. Anak penyu itu diberi nama Toto dan Toru mengambil keputusan menyimpannya sebagai haiwan peliharaan.

Begitu cepat masa berlalu, Toto boleh dikatakan unik dan membesar bukan hanya sebagai penyu biasa, malah berupaya untuk terbang.

Satu hari Toto terbang meninggalkan Toru. Tidak lama kemudian bandar Ishema diserang makhluk gergasi dari laut dan mendekati Toru dan kawannya.

Alexandria menceritakan Bagas (Marcel Chandrawinata) sudah lama menaruh hati pada jiran dan teman baiknya sejak kecil bernama Alexandria (Julie Estelle) tetapi tidak berani meluahkannya. Bagas mula menyedari teman karibnya jauh berubah dan lantas meluahkan rahsia hatinya kepada Alexandria.

Harian Metro

NewsFocus: Singing A Different Tune

10 Aug

insidepix1

Malaysia risks losing out on big-name entertainers if officials continue to give in to the whims of minority groups, industry sources tell AUDREY VIJAINDREN

Inul Daratista is yet another big name crossed off as the list of foreign acts skipping our shores grows longer.
Inul Daratista is yet another big name crossed off as the list of foreign acts skipping our shores grows longer.

ELVIS the Pelvis made rock ‘n roll famous because he had the world all shook up. Entertainer Datuk M. Daud Kilau brought it to our dance floor and turned it into a craze.

Yet Indonesian performer Inul Daratista, who gets her audience excited with similar gyrations, had her scheduled concert in Kuala Lumpur cancelled.

The official excuse for scrubbing the concert was because of “security”. But most liberal-minded Malaysians knew that was bull.

It was more due to pressure from the so-called moral guardians of society than pressure from terror groups.

Dangdut queen Inul’s spiralling hip actions became a hot topic last month, when her “drilling” stirred strong emotions among religious bigots and forced City Hall’s hands into cancelling her much anticipated concert.

This came as a shock to organisers IMS Prima, who made sure they adhered to Malaysia’s strict performance guidelines.

“When we got the green light to bring Inul here, we were told that it would be smooth sailing as long as she didn’t have her back to the audience or expose ‘sexy body parts’,” said IMS managing director Nasir Abu Bakar.

“And since she has been performing in Malaysia many times since 2005, we didn’t expect any obstacle.”

But just days before Inul was to take the stage, the organisers were told that the show could not go ahead.

“After signing a contract for RM35,000 with Inul’s management and forking out another RM100,000 for publicity, we were told that it is a ‘no go’.

“Although we got the approval of Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) to bring Inul in as a foreign act, the local council and police didn’t think it would be ‘safe’ for the concert to be held.”

Puspal, a committee under the Unity, Culture, Arts and Heritage Ministry, co-ordinates and approves applications for filming and performance by foreign artistes.

“They said foreign artistes such as Inul were able to perform previously because the scenario in the country was different. But what is the difference? It is an entertainment event, not a political protest,” said Nasir.

“Since she last performed here, Inul hasn’t changed. Our authorities have.

“Are they going to ban Avril Lavigne next? Will Shakira’s hip-shaking be a problem one day? Where do you draw the line?”

Nasir said besides targeting a profit, IMS Prima had hoped the concert would foster better ties between Malaysia and Indonesia.

“Our target audience was Indonesian workers in the country. But we were told too many foreigners in one place could pose a security risk.

“But isn’t every event a risk, even football and cricket matches? That’s why we have police personnel at concerts, to maintain security and order.”

Another burning question on his mind was why the ministry could not overrule the local council.

“Puspal didn’t even give Inul a chance to meet them. Instead they listened to a few people and let the local council and police decide on the matter. So what is the purpose of the ministry?

“In Malaysia, each party does as it pleases. There is no standard rule or logical discussion,” said Nasir.

Religious minority groups, he said, would always find something to protest against.

“I understand there will be political parties that are unhappy with certain events. I don’t blame them. That is their view.

“But if government officials are not firm and keep giving in to protesters, demonstrations will soon be the order of the day.”

Nasir feared that news would get around that Malaysia had too much restrictions and red tape for performers.

“We are going to lose out on watching a lot of good acts. Performers would rather fly to Singapore and Bangkok and even Jakarta because there is less hassle.”

Last November, R&B singer Beyonce Knowles bypassed Malaysia and took her act to Jakarta after being told her costumes and dance routines were “too suggestive”.

The organisers, Pineapple Concerts, said although Malaysia had acceptable performance guidelines, its implementation is inconsistent.

“Some entertainers are allowed to perform while others are denied a permit. The final decision is often based on the opinions of a small group of people.

“Such baseless and drastic actions will surely jeopardise our music and tourism industry,” said Pineapple chairman Razlan Ahmad Razali.

He claimed that decision makers were those who sat behind a desk with neither any musical experience or exposure.

“The team that hands out permits should have at least one member who is well versed with the global music scene.

“We are not inviting ‘stripper type’ performers. Singers like Beyonce are fashion icons. They will not strip down to their underwear.”

Razlan said stage rules and instructions to the artistes should be reasonable.

“We were asked to guarantee that Beyonce would adhere to the dress code and stand still while singing. What type of performance would that be?

“In the end, we can only tell the performers what to do, but we can’t guarantee what they might do.

“If they break the rules, what do the authorities expect of us? Should we switch off the power while they are performing? Run up on stage and put a scarf on them? It is so silly.”

However, not everyone in the industry has issues with the guidelines.

Industry veteran Freddy Fernandez said he had not faced any problem with officials.

“The rules for local and foreign acts are the same. If local artistes perform improperly, they would get into trouble, too,” said Fernandez.

“Artistes who are scantily clad and have ‘suggestive’ movements are asked to clean up their act. But local performers know their limits as they know the local culture.”

Fernandez, who has been in the industry for 30 years, said everyone has to deal with the guidelines.

“At one time, authorities frowned upon rock music. I remember a performer’s long hair being cut on live television.

“Today, ‘being too sexy’ is taboo. Rock music is in, but sexy is out. Next year, that might change. Whatever it is, we just have to deal with it.”

Fernandez, who is president of Persatuan Karyawan, said giving in to demonstrators could lead to more protests.

“In the long run, it gives Malaysia a bad rap. It suggests that we don’t have freedom of expression.

“If officials assert themselves, protesters will back off. Was giving in to them the best option? That is left to be questioned.”

City Hall director of licensing Saringat Adnan explains

What is the code of ethics for performers in Kuala Lumpur?

A: There are eight rules for artistes who want to perform here, viz

> No jumping, screaming and throwing items to audiences or vice versa;

> No dance moves or using words that have sexual connotations, including kissing audiences or any similar act.

> Don’t act or say things that are meant to single out any community or religion, which may affect the political stand and stability of the country;

> Don’t perform without clothes or remove clothes, be it shirts or pants;

> Female performers have to cover up from the chest to below the knees. Male artistes have to cover up from chest to knees. They have to look neat and clean throughout the performance.

> Performance has to be clean and should not have vulgar, dirty or crude stories, lyrics and any language against Malaysian values, law and the Rukun Negara;

> Every show or performance has to adhere to the date and place, as stated in the licence;

> Promoters and licence holders have to give priority to the safety of its audience and general surroundings, at all times.

Why was Inul Daratista not allowed to perform last month?

A: City Hall didn’t approve her application for an entertainment licence due to security reasons.

Would other similar protests force City Hall to cancel future concerts?

A: We will take into account the criteria as stated in the approval of the licence. If there is a valid objection and we believe the performance would bring discomfort to the public, we will disallow the performance.

PUSPAL’s DOS AND DON’TS FOR FOREIGN ARTISTES

> Don’t display improper and indecent behaviour.

> Don’t perform in an obscene manner.

> Don’t do or say things that may touch on religious, racial and cultural sensitivities of the communities in Malaysia.

> Dress appropriately accord
ing to the type of performance and congruent with Malaysian culture.

> Don’t join the audiences at any time; performances confined to the stage of the premises.

> Performances that involve the promotion of tobacco products and alcoholic beverages, either directly or indirectly, are not allowed.

Foreign artistes who braved it

> In August last year, Grammy award winner Gwen Stefani (above) performed in Kuala Lumpur after enduring a storm of protests from various religious groups who called for her concert to be cancelled because of her revealing costumes.

> In April this year, Canadian Celine Dion (below right) took her chances by performing at Merdeka Stadium. She came on stage in a glittering short dress and a pair of knee-length black boots.

> Decked in a midriff-baring glittery top, a pair of silvery pants and a matching trench coat, Whitney Houston (below left) performed in the Live & Loud 07 series at the Bukit Kiara Equesterian Centre last December.

> Mariah Carey, whose fondness for miniskirts is common knowledge, was not spared and had to adopt a more conservative dress when she performed in Kuala Lumpur in 2004.

 

New Straits Times

A Truly August Date

7 Aug

Kassim and Siti Sholeha will be hosting their daughter's wedding today.
Kassim and Siti Sholeha will be hosting their daughter’s wedding today.

Check out the importance of today’s date, 08-08-08, with FRANCIS DASS who puts his nose to the scent of numerology.

Andrew and Chris are all ready to celebrate the 20th anniversary of their business.
Andrew and Chris are all ready to celebrate the 20th anniversary of their business.

Mabel and Andrew are happy that their wedding anniversary falls today.
Mabel and Andrew are happy that their wedding anniversary falls today.

A ROSE by any other name, as Shakespeare famously said centuries ago, would smell as sweet (and, let’s face it, the only specific image and name that’ll come to mind is that of a rose)!

Now, if someone were to ask you, “What’s in a number”, expect the discussion to be more heated and exciting.

And today – 08-08-08 – is the perfect day to talk about numbers. Multicultural Malaysia is a melting pot of people, cultures and ideas and so we have managed to get a myriad of views about the phenomenon of numbers.

Understandably, some are very excited about the date. For others, it is more a novelty of a date rather than one in which any luck is expected.

For starters, S.K. Chong, an amateur Chinese numerologist, says the Chinese have culturally been interested in meanings associated with words and numbers for ages.

“Chinese people all over the world name their children with word-combinations that mean greatness or beautiful things. Numbers, which affect every aspect of life, have also been given meanings that are either good and auspicious or bad and negative.

“That’s why, for the Chinese, their house numbers, car number plates and even telephone numbers must mean good things,” she said.

Dates chosen for big events – from weddings to the opening of offices and launching of businesses – must also be auspicious.

The number 8 in Chinese culture reigns supreme because eight is pronounced (in Cantonese, for example) in such a way it sounds like the pronunciation for “prosper”, hence the automatic association between the number 8 and fortune.

A date with three 8s, like today, is almost like a command to “Prosper, prosper, prosper!” And who, we ask, can resist such a positive implication?

And no event in the world this very day, we can safely say, is bigger than the Olympics Games in Beijing, China.

On our shores, memorable events are taking place in the private lives of many Malaysians. And even those who don’t believe in the fortuitousness of three 8s lining up seem willing to get into the party spirit.

Take Andrew David, 72, and lovely wife Mabel Fernando, 68, who are celebrating their 44th wedding anniversary today. A very happy and loving couple, they see their anniversary this year as more as a happy coincidence of numbers more than anything else.

“I am not sentimental over numbers,” said Andrew. “I have no attachment to things. A person is more valuable and and more important for me and happiness comes from appreciation.”

But, they do get into the spirit of things and Andrew observed that 44 added up as single digits 4 + 4 also make 8.

Today’s date can also be worked out under digit summing: 08+08+2008 = 26. If you add 2 and 6 in 26, you end up with 8 again. Andrew and Mabel are looking forward to dinner with family and friends.

A young couple for whom 08-08-08 is significant is Shakira Kassim and Azizan Suhazaimi; they will be tying the knot this morning.

The unusual set of 8s is the only reason their akad nikah was chosen to be celebrated today.

Shakira’s parents Kassim S.A. and Siti Sholeha also find the date too irresistible to overlook. Shakira, 29, said: “The fact that it is on a Friday is also wonderful. Friday is a great day for us Muslims.”

When she told her colleagues and friends about her wedding date, many of them responded that the day is very ong – “lucky” in Chinese.

Vedic astrologer G. Suresh offers his readings on the effect of today’s date on matrimonial ceremonies.

Suresh was keen on giving a detailed account of how 08-08-08 would unfold for couples tying the knot but we managed to cajole him into delivering a more lighthearted reading.

Having keyed in the date and general data into his laptop computer, Suresh said: “In morning wedding ceremonies, the wife will receive all the support she needs on this big day and will be very confident. The morning groom will be an authoritative man and he will receive plenty of good advice from everyone on the dynamics of marriage.”

On afternoon marriages, it will be full of activities and there might be slight delays. Noon couples will be supportive of one another, with the wife being a tad dominating and the husband being a follower.

As for evening weddings, “the husband will be a dominating and authoritative character (stubborn, even)”. If the bride feels apprehensive hearing that, the consolation is that the husband will be an extremely handsome man and he will show a lot of care and concern over his wife.

Suresh predicts plenty of inter-racial weddings.

Another couple celebrating the date in a big way is Andrew and Chris Abishegam. It is not their wedding anniversary date but the 20th anniversary of the company this glamorous husband-and-wife team set up in 1988.

The Abishegams are throwing a big party at the Kuala Lumpur Convention Centre and the upper echelons of high society will be attending.

“X2 International Imagix Experts (then Xenon II Productions) started operating on an auspicious date (08-08-88) and we knew, in years to come, 8 would continue to be significant,” said Andrew.

Guests at the party can expect the unexpected, promised Andrew.
Andrew likes the number 8 because it signifies good fortune and because, “visually, eight is a number that appears never-ending – a double-circle signifying unending happiness and prosperity.”

From its origins as an event management powerhouse, X2 is positioning itself to be the premiere outfit for “branding, imaging and corporate re-imaging” in Malaysia, with international plans.

Unsurprisingly, Andrew’s mobile phone number starts with 8.

We checked on the hotels around town on bookings for today and almost all hotel ballrooms are fully booked for weddings and corporate functions (anniversary dinners, launches etc).

Hotel Istana Kuala Lumpur’s ballroom is also fully booked for a private dinner function. When Life & Times contacted the hotel for this story, the hotel folk generously offered to make an ice carving to wish our readers a happy 08-08-08. The carving was made by award-winning ice carver Harun Jalil, one of this five-star hotel’s pioneering staff.

On its part, Hotel Istana is offering eight lucky couples a one-day only special promotion.

The first eight couples who make a reservation for dinner today at the fine dining Urban at RM888 nett per couple will enjoy free flow of wine and champagne, an eight-course dinner and a night’s stay for two at Hotel Istana’s Club Suite, with breakfast thrown in.

With so many happy celebrations going on around town, all we can say is that 08-08-08 is going to be a memorable date indeed for everyone.

As another Indian astrologer said: “At the end of the day, it is all about the power of auto-suggestion. Think good things and good things happen.”

 

New Straits Times

Tarian Gelek Senaman Legakan Tekanan

3 Aug

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my

Selain membakar lebihan lemak pada pinggul, tarian gelek bantu legakan tekanan.

Selain membentuk otot perut dan pinggul, gerakan tarian juga mampu membakar lemak

MELIHAT liuk tubuh barisan wanita yang menyertai bengkel Belly Dance bersama Daphne Ikin di mYoga, The Gardens Mid Valley baru-baru ini memang menyeronokkan. Gerakan bertenaga dengan iringan muzik padang pasir dan sesekali diselangi lagu dendangan Shakira menimbulkan perasaan seronok untuk turut sama menghayun tubuh untuk menari gelek.

Malah, gerakan tarian gelek adalah cara mudah dan paling menyeronokkan untuk mengajak wanita bersenam. Tanpa sedar, waktu sejam berdansa bersama sekumpulan rakan bukan hanya membakar lebihan lemak pada pinggul dan paha malah turut membantu melegakan tekanan.

Belly Dance atau tarian gelek adalah sejenis tarian Arab yang mula diperkenalkan di Timur Tengah. Namun kini tarian gelek turut berkembang hingga ke Eropah juga Taiwan dan antara senaman tarian untuk kecergasan tubuh.

Di Timur Tengah, tarian gelek masih dipersembahkan sama ada lelaki atau wanita sewaktu majlis keraian seperti perkahwinan atau pesta suka ria.

Pengajar tarian gelek mYoga, Alex Chin berkata, kelebihan tarian gelek adalah untuk keharmonian sistem tubuh malah kajian dijalankan mendapati tarian itu juga sebenarnya bentuk senaman paling baik untuk sistem kardio.

“Gerakan yang dilakukan ketika menari membabitkan semua anggota iaitu dari lengan, bahu, dada, perut, pinggul dan paha. Jika gerakan dilakukan secara menyeluruh selama sejam setiap sesi, ia dapat membantu menambahkan fleksibiliti dan kekuatan otot.

“Bagaimanapun, ramai wanita yang bersenam takut jika regim yang dilakukan menyebabkan otot mengeras sehingga menukar bentuk badan menjadi ahli bina badan tapi tarian gelek tidak begitu malah saya jamin, selepas menjalani sesi tarian gelek, wanita pasti berasa lebih tenang dan yakin dengan badan mereka,” katanya.

Rahsia tarian gelek adalah pada pergerakan di bahagian dada, perut dan pinggul yang penuh seni. Alex berkata, gerakan tarian gelek tidak boleh dibuat secara melulu bagi mengelakkan kecederaan.

“Sebelum memulakan latihan, perlu dilakukan gelekan pinggul dalam gerakan nombor lapan kemudian barulah mereka boleh memahirkan diri dengan teknik ‘two lift and two down’ juga menggunakan pinggul sebelum dapat mengawal gerakan gelekan.

“Kebaikan tarian gelek selain membentuk otot perut, ia juga boleh membantu membentuk pinggul idaman, melindungi organ dalaman selain membakar lebihan lemak yang berkumpul di bahagian perut,” katanya.

Pelengkap tarian gelek tentunya pakaiannya yang berwarna terang bersama sehelai tali pinggang yang dipenuhi juraian manik dan duit syiling. Ada juga yang mengenakan set lengkap yang digelar ‘bedlah’ bermaksud seragam.

“Sebenarnya untuk bersenam, seseorang perlu memakai pakaian selesa dan sesuai tapi mereka digalakkan memakai ikatan skaf berjurai syiling pada pinggang sebagai fokus gerakan pinggang,” katanya.

INFO:

Tarian gelek dipanggil ‘oryantal dans’ di dalam bahasa Turki merujuk kepada tarian Timur. Di Amerika Syarikat pula ia dikenali sebagai tarian Timur Tengah manakala di Hong Kong, tarian gelek dipanggil ‘shimpoli carmi’ yang bermaksud tarian matahari.

Kelas enam kali seminggu secara percuma khusus untuk ahli mYoga. Sesiapa yang berminat mempelajari tarian gelek boleh mengunjungi cawangan myoga di The Gardens, Mid Valley atau layari http://www.mYogaOnline.com.

Berita Harian

Madonna Artis Terkaya Di Dunia

31 Jan


MADONNA

Los Angeles – Majalah Forbes mengumumkan bahawa Madonna sebagai peneraju senarai Cash Queens of Music kerana memperoleh jumlah pendapatan terbanyak sekali gus menjadi penyanyi wanita terkaya, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi berumur 49 tahun itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$72 juta (RM323 juta) untuk tempoh setahun bermula Jun 2006 hingga Jun 2007.

Kebanyakan pendapatan Madonna diperoleh menerusi konsert jelajah Confessions yang mencatatkan perolehan sebanyak AS$260 juta (RM840 juta).

Dia juga memperoleh pendapatan menerusi penjualan album dan penjualan hak siaran persembahannya di Stadium Wembley kepada stesen televisyen NBC.

Majalah itu menyatakan bahawa, pihaknya membuat penilaian itu berdasarkan kejayaan konsert, perolehan barangan, penjualan album dan hasil sampingan penyanyi seperti penjualan pakaian, minyak wangi dan iklan.

Tempat kedua dipegang oleh penyanyi veteran, Barbra Streisand yang memperoleh AS$60 juta (RM194 juta) di mana sebahagian besarnya disumbang menerusi konsert kemunculan semulanya di pentas sejak 2000.

Penyanyi kelahiran Kanada, Celine Dion, 39, berada di tempat ketiga dengan memperoleh pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM145 juta) dengan sumbangan terbesarnya adalah menerusi konsert A New Day di Caesars Palace, Las Vegas.

Konsert itu bermula pada 2003 di Coliseum Theater dan ia disaksikan oleh lebih tiga juta peminat sebelum ia melabuhkan tirainya pada Disember lalu.

Penyanyi lagu Hips Don’t Lie, Shakira, 30, menduduki tempat keempat kerana memperoleh pendapatan sebanyak AS$38 juta (RM123 juta).

Pemenang siri realiti American Idol musim keempat, Carrie Underwood menduduki tangga ke-15 dengan memperoleh pendapatan sebanyak AS$7 juta (RM23 juta).

Selebriti bermasalah, Britney Spears masih mampu mendapat pendapatan sebanyak AS$8 juta (RM26 juta) menerusi album lamanya dan penjualan minyak wangi yang menggunakan namanya. – Agensi

Kosmo