Archive | Era Farida RSS feed for this section

'Takleh Angkat' 2 Lebih Kelakar

23 Feb

VCD
‘Takleh Angkat’ 2 lebih kelakar

By Amirul Putra

MENYUSUL kejayaan cakera padat video (VCD) Takleh Angkat Beb yang pertama, kini muncul VCD lanjutannya.

Dengan barisan pelakon Suhaimi Yusof, Khairudin Samsudin, Zamberi Abdul Patah, Era Farida dan Raffi Khan yang terus dikekalkan, terdapat penampilan khas daripada deejay popular Adi Rahman, Nick Mikhail dan Masturah Ahmad.

Terdapat empat kisah lucu yang terus mencuit hati kerana kali ini ia dinamakan Takleh Angkat Kelakar Rabak.

Kisah Hang Toi dan Hang Joni menjadi pembuka cerita yang mempersoalkan kesetiaan Hang Toi pada Sultan. Adakah mereka akan terus bertikam senjata untuk mempertahankan maruah atau mereka akan berdamai?

Banyak unsur futuristik terdapat di kisah ini dengan penggunaan pedang light sabre yang memberi kesan visual yang mengagumkan. Ini ditambah pula dengan kesan penyuntingan yang baik.

Kisah Hindustan Merenam Jahanam memaparkan kisah tiga adik-beradik yang berebutkan Faridah Banu (lakonan Era Farida) tanpa menyedari mereka adalah adik-beradik dan banyak lagi.

Temui para pelakon VCD ini di Tanjong Katong Complex, pada 4 petang hari ini. Seramai 100 pembeli pertama akan menerima baucar produk bernilai $50 berdasarkan yang dahulu didahulukan.

Powered by Cyberita