Archive | Lindsay Lohan RSS feed for this section

Cinta Lindsay Belum Pudar

28 Apr

LOS ANGELES: Hubungan cinta sejenis di antara Lindsay Lohan dan Samantha Ronson nampaknya belum benar-benar sampai ke penghujung.

Saksi berkata, mereka melihat Samantha, 31, meninggalkan rumah Lindsay pada jam 6 pagi kelmarin selepas menghabiskan masa di situ semalaman.

Sehari kemudian, Lindsay, 22, pula mengunjungi rumah Samantha dan hanya keluar dari situ keesokan harinya.

Sama ada kebetulan atau tidak, Samantha menukar statusnya dalam Facebook daripada ‘bujang’ kepada ‘rumit’ kira-kira dalam tempoh masa sama.

 

 

Sumber berkata, Lindsay mengaku kepada majalah People, penurunan berat badannya baru-baru ini sebagai langkah menarik perhatian Samantha.

“Lindsay kini memusnahkan dirinya dan mahu Samantha melihat kesan perpisahan mereka.

“Dia juga mahu Hollywood melihat dirinya sebagai ‘artis terseksa’ yang tak dipedulikan,” katanya. – Agensi

Harian Metro

Lindsay Lohan Serang Paparazi

15 Apr

LOS ANGELES: Pelakon bermasalah Hollywood yang semakin terpinggir dalam industri perfileman Amerika Syarikat, Lindsay Lohan, hilang sabar kerana asyik diekori menyebabkannya bertindak membaling telur ke arah kereta seorang paparazi selepas menghabiskan sepanjang malam di kelab malam Bardot, kelmarin.

Ia adalah perkembangan terbaru dalam beberapa tindak-tanduk luar biasa bintang itu yang sudah pun mengakhiri hubungan cinta songsangnya dengan deejay Samantha Ronson, dua minggu lalu.

Tindakan itu menunjukkan mood pelakon itu kerap bertukar dengan beberapa jam selepas kejadian itu, dia mengirimkan jenaka mengenai status solonya di laman web Funny Or Die.

Rakan bintang Mean Girls berkenaan dilaporkan bimbang dengan kesihatan mental Lohan.

Pada masa sama, dia menafikan dakwaan mahu membunuh diri sekalipun amat kecewa dengan perpisahannya dengan Ronson.

Minggu lalu, Lohan mempamerkan kesedihannya dengan membuat tatu baru diilhamkan oleh bintang Hollywood yang tragik, Marilyn Monroe.

Dia mengukir satu petikan yang diucapkan Monroe pada pergelangan tangan kanannya minggu lalu, lapor majalah People.

Ia berbunyi: ‘Semua orang adalah bintang dan berhak untuk dihargai,’ dan perkataan itu dikelilingi bintang berwarna kuning, biru dan hijau.

Lohan memang diketahui amat mengagumi legenda Hollywood itu.

Tahun lalu, dia menghasilkan semula rakaman gambar bogel terkenal Monroe untuk majalah New York pada 1962.

Katanya, Monroe adalah ‘contoh utama apa yang boleh dilakukan pihak industri kepada seseorang pelakon.’

Hubungan Lohan dan Ronson berakhir secara dramatik awal bulan ini apabila deejay berusia 31 tahun itu dan keluarganya enggan membenarkannya menyertai parti di Bar Marmount di Hollywood.

Lohan juga mengaku berasa ‘keseorangan’ tanpa kekasihnya dan mendakwa ramai bekas rakannya termasuk Nicole Richie – meninggalkan dia.

“Semua orang meninggalkan saya. Saya berasa seperti dalam Mean Girls tetapi lebih teruk lagi kerana Mean Girls cuma filem. Saya benar-benar terluka,” katanya. – Agensi

Berita Harian

Rihanna Intim Dengan Pelakon

28 Mar


Rihanna (kiri) dan Wilmer Valderrama

LOS ANGELES: Perpisahan sementara di antara penyanyi Rihanna dan kekasihnya, Chris Brown, berikutan dakwaan bintang R&B itu memukulnya, berkemungkinan besar untuk selama-lamanya apabila dia dilaporkan semakin intim dengan pelakon Wilmer Valderrama.

Valderrama yang pernah menjalin hubungan dengan pelakon Lindsay Lohan, menjadi hos mingguan malam karaoke di kelab Geisha House di Hollywood.

Sebaik penyanyi kelahiran Barbados itu tiba, Valderrama, bintang sitkom That 70s Show, seakan-akan terpaku, kata sumber.

“Rihanna kelihatan sangat cantik pada malam itu dan Wilmer tidak lepas memandangnya,” akhbar The Mirror memetik sumber sebagai berkata.

Ia tidak mengambil masa lama untuk mereka mula mesra dan mula berbual lama.

“Mereka berbual dan ketawa seolah-olah sudah kenal lama. Mereka kelihatan seronok dan mesra bersama,” kata sumber.

Ia adalah kali kedua Rihanna keluar berseronok tanpa Brown yang didakwa dengan dua kesalahan jenayah berikutan pergaduhan mereka.

Sementara itu, seorang pakar mempertahankan diri profesional, Din Thomas, menyatakan sokongan kepada Rihanna dan sedia memukul Brown, jika penyanyi Umbrella itu mahu membalas dendam.

Thomas, yang baru-baru ini menewaskan pesaingnya, Gabe Lemley, dalam satu pertandingan, mendedahkan dia tidak kisah memukul Brown demi Rihanna. – Agensi

Berita Harian

Hollywood: Tiada Reaksi Terjejas Selepas Kemalangan

20 Mar

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

HAMPIR 48 jam bertarung nyawa dengan bantuan alat pernafasan, akhirnya penerima Anugerah The Tony, Natasha Richardson, menyerah kalah.

Isteri pengarah terkenal, Liam Neeson yang juga anak kepada ikon serta pemenang Oscar, Vanessa Redgrave dan Tony Richardson (pengarah), ini disahkan meninggal di Hospital Manhattan’s Lenox Hill, Rabu lalu, pada usia 45 tahun.

Kematian Natasha pelakon kelahiran Britain ini berpunca daripada kecederaan dalaman di kepala selepas terjatuh di kawasan lereng bukit ketika bermain ski di pusat peranginan Quebec, Mont Tremblant, Isnin lalu.

Wanita dilahirkan dalam keluarga seni dan mewarisi bakat lakonan ibunya meninggalkan seorang anak lelaki.

Menurut kenalan rapat yang juga jurucakap keluarga mendiang yang enggan namanya didedahkan, acara pengebumian pelakon berbakat itu diadakan secara tertutup dan sederhana di sebuah tanah perkuburan dirahsiakan.

“Pengebumian mendiang sudah selesai dan ia diadakan secara tertutup dan sederhana. Liam Neeson, anak lelaki mereka dan seluruh keluarga masih terkejut dan bersedih dengan kejadian penuh tragik yang menimpa insan kesayangan mereka, Natasha.

“Mereka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang prihatin termasuk peminat Natasha yang memberi sokongan sekali gus mendoakan kesejahteraan mereka.

“Pun begitu, mereka mengharapkan diberi sedikit ruang ‘privacy’ untuk mengharungi saat sukar ini,” katanya.

Selain keluarga dan peminat, berita pemergiannya itu turut menyentuh perasaan artis remaja popular dan kontroversi, Lindsay Lohan, 23, yang pernah bergandingan dengan pelakon itu ketika membintangi filem The Parent Trap, pada 1998.

“Dia seorang wanita dan pelakon yang cukup mempesonakan dan melayani saya seperti anaknya sendiri.

 

 

“Meskipun, sudah lama saya tidak menemuinya dia akan sentiasa saya dirindui. Ketika ini saya amat bersimpati dengan keluarganya dan mengerti ini adalah kehilangan yang cukup tragis,” katanya.

Menerusi filem bercorak kekeluargaan itu, Natasha membawakan peranan sebagai ibu kepada Lindsay yang baru berusia 12 tahun.

Mengimbas kembali detik tragis itu, Natasha yang pernah membintangi lebih 30 filem termasuk The White Countess, Widows’ Peak dan The Parent Trap tidak sedikit pun menampakkan sebarang reaksi terjejas dengan kemalangan itu sebaliknya meminta kebenaran untuk berehat di bilik.

Bagaimanapun, sejam kemudian jurulatihnya terpaksa memanggil ambulans apabila Natasha mengadu kepalanya sakit.

Beliau dikejarkan ke Hospital Laurentien untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Hospital Sacre Coeur di Montreal pada hari sama.

Selepas dua hari bergantung kepada alat pernafasan, keadaan Natasha semakin kritikal apabila tubuhnya kaku dan degupan jantungnya terhenti.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Lindsay Lohan Arrest Warrant Cancelled

17 Mar

LOS ANGELES – A judge on Monday withdrew an arrest warrant for US actress Lindsay Lohan for driving under the influence in 2007, saying the starlet had been complying with the terms of her probation.

Beverly Hills judge Marsha Revel had Saturday ordered the arrest of the 22-year-old star saying she had not been meeting the conditions set, which included a term in a rehabilitation program.

But early Monday the judge said after meeting with Lohan’s lawyer that she “has been complying with certain aspects of the program that the program was unaware of.”

Lawyer Shawn Chapman Holley said the whole affair “was really much ado about nothing” and may stem from the fact that the young actress had recently left the rehab centre she had been attending to go to another.

Lohan was not arrested and she did not attend Monday’s hearing.

The matter dates back to Lohan’s arrest in May 2007 for driving under the influence (DUI) and hit-and-run.

After a stay in rehab, she was caught two months later for another DUI and for possession of cocaine.

The arrests led to her serving a mere 84 minutes in jail. She was also sentenced to 10 hours of community service and three years of probation.

The queen of Hollywood party nights and a favourite target of the paparazzi, the former Disney child star was once considered one of the most promising actresses of her generation.

But her career has dipped many times since 2005 amid legal woes, stops in rehab and cinematic flops.

In 2008, the star of “The Parent Trap,” “Mean Girls” and “Bobby,” received two Razzie Awards, the satirical awards presented to Hollywood’s worst actors. – AFP/vm

Channel News Asia

Lindsay Lohan Arrest Warrant Cancelled

17 Mar

LOS ANGELES – A judge on Monday withdrew an arrest warrant for US actress Lindsay Lohan for driving under the influence in 2007, saying the starlet had been complying with the terms of her probation.

Beverly Hills judge Marsha Revel had Saturday ordered the arrest of the 22-year-old star saying she had not been meeting the conditions set, which included a term in a rehabilitation program.

But early Monday the judge said after meeting with Lohan’s lawyer that she “has been complying with certain aspects of the program that the program was unaware of.”

Lawyer Shawn Chapman Holley said the whole affair “was really much ado about nothing” and may stem from the fact that the young actress had recently left the rehab centre she had been attending to go to another.

Lohan was not arrested and she did not attend Monday’s hearing.

The matter dates back to Lohan’s arrest in May 2007 for driving under the influence (DUI) and hit-and-run.

After a stay in rehab, she was caught two months later for another DUI and for possession of cocaine.

The arrests led to her serving a mere 84 minutes in jail. She was also sentenced to 10 hours of community service and three years of probation.

The queen of Hollywood party nights and a favourite target of the paparazzi, the former Disney child star was once considered one of the most promising actresses of her generation.

But her career has dipped many times since 2005 amid legal woes, stops in rehab and cinematic flops.

In 2008, the star of “The Parent Trap,” “Mean Girls” and “Bobby,” received two Razzie Awards, the satirical awards presented to Hollywood’s worst actors. – AFP/vm

Channel News Asia

Lohan Ditolak Mentah-Mentah

27 Feb

TIDAK semua orang mahu berkawan dengan aktres bermasalah, Lindsay Lohan. Pelakon siri TV popular Gossip Girls, Chace Crawford adalah salah seorang daripadanya. Lindsay yang menjalinkan hubungan lesbian dengan deejay Samantha Ronson dilihat bersama Chace di New York baru-baru ini tetapi rakan-rakan Chace menafikan sebarang hubungan romantik terjalin antara Chace dan Lindsay.

Sumber memberitahu majalah OK!: “Lindsay terdengar Chace dan (aktor) Emile Hirsch serta rakan-rakan mereka sedang minum-minum bersama di restoran milik Justin Timberlake iaitu Southern Hospitality.

“Dalam diam-diam dia muncul di sana tanpa dijemput. Melihat kehadiran Lindsay sebagai gangguan, Chace lalu mengajak rakan-rakannya itu beredar dari situ untuk ke kediamannya.

“Namun, tanpa rasa malu, Lindsay tidak melihat itu sebagai penolakan Chace terhadap kehadirannya, dan dia lalu terus mengikut Chace ke kediamannya.

“Dia sampai di sana pada pukul enam pagi, hanya untuk mendapati Chace tidak membenarkannya masuk ke dalam rumah.”

Selepas itu barulah Lindsay mengambil keputusan ke lapangan terbang lalu pulang ke Los Angeles.

Kosmo

Hollywood: Pelakon, Penduduk Berpesta

25 Feb

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap
KEJAYAAN filem Slumdog Millionaire mencatat kejayaan besar dengan lapan anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik pada Anugerah Academy ke-81 kelmarin, turut disambut penuh gembira rakyat miskin di Mumbai, India.

Satu lorong kecil berdekatan landasan kereta api di Mumbai, bertukar menjadi satu pesta apabila mereka beramai-ramai menari dan menyanyi meraikan kejayaan filem arahan Danny Boyle yang banyak paparkan kehidupan orang miskin di Mumbai.

Barisan pelakon filem itu yang terbang dari India ke Los Angeles untuk menghadiri majlis paling prestij di Hollywood itu turut diraikan dalam acara khas selepas selesai majlis anugerah bersama pemenang lain serta tetamu undangan.

Ramai pihak menganjurkan majlis khas ini sebaik saja selesai majlis anugerah yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles, sebagai tanda penghargaan dan meraikan pemenang, walaupun dalam keadaan dunia mengalami krisis ekonomi.

Antaranya majlis anjuran Fox Searchlight di ONE Sunset di West Hollywood khusus meraikan kejayaan filem Slumdog Millionaire dan The Wrestler.

Ayush Mahesh Khedekar, 8, yang memegang watak Jamal waktu kecil, hanya minum Coca-Cola dalam tin berbeza tetamu dewasa lainnya meraikan kejayaan itu dengan champange dan minuman keras lainnya bersama hidangan koktel.

Apa yang dilalui Ayush yang tinggal di India, umpama peluang sekali seumur hidup. Ayush duduk di sofa di kelab itu sambil minum soda dalam majlis berlangsung sampai lewat malam.

“Saya sangat teruja,” komen Ayush mengenai kejayaan Slumdog Millionaire.

Katanya, ia sesuatu yang tidak diduga sama sekali. Malah seumur hidupnya tidak pernah bermimpi akan menghadiri majlis Oscar dan filem lakonannya mencatat kejayaan besar.

“Kejayaan ini tidak pernah saya jangkakan dan saya tidak pernah bermimpi berada di sini. Daniel (pengarah Danny Boyle) ada berkata, kalau saya buat bersungguh-sungguh, Oscar akan datang kepada saya. Ternyata kini ia menjadi kenyataan,” katanya.

Madhur Mittal yang memegang watak Salim, tidak melepaskan peluang mengambil minuman setiap kali pelayan wanita lalu membawa minuman.

“Ia jauh berbeza dengan kehidupan biasa saya. Saya datang dari India dan tidak pernah bermimpi berada di sini menghadiri majlis Oscar kerana hanya memegang watak kecil dalam filem ini. Ini hari paling bermakna dalam hidup saya,” katanya.

Tidak jauh dari majlis Fox Searchlight, berlangsung acara lebih meriah anjuran Vanity Fair khusus untuk bintang kelas A Hollywood di Hotel Sunset Tower di West Hollywood.

Pemenang Oscar malam itu diraikan dengan sambutan cukup meriah, apatah lagi majlis tahunan ini tidak dapat diadakan tahun lalu kerana mogok dilancarkan di kalangan penulis Hollywood. Kali ini majlis diadakan di tingkat atas hotel beraksikan panorama indah Los Angeles berbanding sebelumnya di Restoran Morton.

Antara tetamu awal yang tiba ialah Kate Winslet yang menang Aktres Terbaik melalui lakonannya dalam The Reader hadir bersama suami, pengarah Sam Mandes. Sebelah tangannya menggenggam oscar dimenangi dan sebelah lagi memegang gelas champagne sambil membalas pelukan tetamu yang tidak putus-putus mengucap tahniah.

“Britain hebat,” ucap Anthony Hopkins sambil memeluk Kate. Ternyata ucapan itu membuat Kate terkejut kerana menerima ucapan tahniah daripada bintang veteran Britain.

Tetamu lain, Jennifer Aniston bersama John Mayer, Halle Berry, Penelope Cruz (Aktres Pembantu Terbaik), Tilda Swintonm, Amy Adams, Uma Thurman, Jake Gyllenhaal, Reese Witherspoon, Robert De Niro, Tina Fey dan Josh Brolin.

Sementara itu Elton John juga menganjurkan majlis di Pacific Design Center bersama tetamu undangannya yang terkenal dan glamor. Antaranya Simon Cowell, Sharon Stone, Chace Crawford dan Carrie Underwood.

Sementara itu Jennifer Love Hewitt meraikan tetamu dalam majlis tahunan AIDS Project Los Angeles di The Abbey manakala Chevy Chase, Laura Dern serta beberapa selebriti terkenal lainnya berpesta dalam majlis gala The Night 100 Stars di Hotel Beverly Hills.

Tidak ketinggalan, Lindsay Lohan menghadiri majlis anjuran Mercedes-Benz di Montage Beverly Hills sementara Sean Penn yang menang Aktor Terbaik bersama Taraji P. Henson, Marisa Tomei, Amy Adams dan Anne Hathaway yang dicalonkan Aktres Terbaik, antara yang tiba awal di majlis yang diadakan di Governors Ball, Kodak Theatre.

Tetamu dihidangkan dengan udang kara dan udang bersama tiga tingkat kotak pencuci mulut yang disalut cokelat. Penn bersama Emile Hirsch yang turut berlakon dalam Milk dan juga bintang Twilight, Robert Pattinsoni berbual sambil menghisap rokok di luar dewan.

Harian Metro

Lindsay Lohan Makin Tidak Laris

1 Feb


Lindsay Lohan

Reputasi suka berparti punca tak ditawar kerja

LOS ANGELES: Reputasi aktres muda yang dianggap sukar dikawal, Lindsay Lohan, semakin tercemar selepas dilaporkan wataknya dalam sebuah filem diberi kepada seorang lagi pelakon, Amanda Seyfried yang turut membintangi Mean Girls bersama Lohan.

Aktres dan penyanyi itui yang baru-baru ini menjadi model untuk agensi Fornarina, dikatakan antara pilihan utama bagi filem yang diadaptasi daripada nukilan Oscar Wilde iaitu A Woman of No Importance.

Bagaimanapun, Seyfried yang memegang watak Karen Smith bersama Lohan dalam Mean Girls ditawarkan peranan utama, lapor majalah Variety.

Wakil Lohan memberitahu laman web hiburan Entertainmentwise: “Itu tidak benar. Beliau sudah terbabit dalam filem itu bersama orang lain lebih tiga tahun lalu.

Seyfried baru-baru ini membintangi filem muzikal yang mendapat sambutan hangat Mama Mia! bersama Meryl Streep dan Pierce Brosnan, manakala lakonan terbaru Lohan adalalah sebagai tetamu dalam siri tv Ugly Betty.

Bapa Lohan, Michael, dilaporkan semakin tidak puas hati dengan imej anaknya itu dan menyalahkan kekasih Lohan sebagai punca, Samantha Ronson.

Michael mengkritik Ronson dalam satu artikel blognya dan meminta pembaca ‘menyelamatkan’ masa depan anaknya itu dalam kerjaya seni.

Michael mendakwa, beliau dan anaknya bersetuju untuk berbaik-baik pada Disember lalu selepas sering bertikam lidah dalam blog dan wawancara.

Tetapi, mereka dianggap kembali berperang selepas Michael menggunakan blognya untuk menggesa peminat anaknya mendesak Lohan memutuskan hubungan dengan Ronson.

Rayuan Michael kepada peminat anaknya dalam blog itu turut memuatkan gambar Lohan dalam keadaan yang terlalu kurus ketika membeli-belah bersama ibunya, Dina dan kakaknya, Ali. – Agensi

Berita Harian

Lindsay Dilamar Pharrell?

12 Jan


LINDSAY LOHAN

LINDSAY LOHAN mendakwa penyanyi rap tersohor, Pharrell Williams mahu melamarnya. Namun, Williams bukanlah melamar Lohan untuk menjadi isterinya tetapi untuk berkolaborasi menerusi album terbaru Lohan.

Lohan mendakwa, Williams begitu terdesak untuk turut terbabit dalam album terbarunya.

Menurut pelakon bermasalah itu yang kali terakhir muncul dengan album A Little More Personal (Raw) pada 2005, Pharrell Williams ialah seorang yang hebat. Sikapnya sangat menyenangkan setiap kali bersua.

“Dia ada beritahu mahu berkolaborasi menghasilkan album ketiga saya. Dia mahu saya meluahkan segala elemen yang belum muncul dari dalam diri saya ke dalam album itu nanti,” jelas Lohan.

Menurutnya lagi, “Saya sangat terharu kerana menerima tawaran daripada seorang yang juga saya minati karya muziknya. Tidak sabar untuk melihat hasil kolaborasi kami itu nanti.”

Lohan yang pertama kali muncul dengan album Speak pada 2004 dijangka muncul dengan album ketiga berjudul, Spirit in the Dark yang dikatakan bakal mengundang barisan rapper terkenal seperti Ne-Yo, Akon, Snoop Dogg, 50 Cent, Kanye West dan Timbaland.

Kosmo