Archive | February, 2007

Hollywood Semakin Menghargai Karyawan Asing

28 Feb

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Penganjuran awal Oscar pada 1929, pelakon golongan minoriti di Hollywood sering kali di pandang remeh dan watak yang diberikan juga tidaklah begitu meyakinkan.

Minoriti yang dimaksudkan di sini adalah bangsa asing yang menetap di Amerika Syarikat (AS). Golongan kulit hitam yang dilahirkan di AS juga termasuk dalam golongan ini kerana mereka turut tidak dihargai dan tidak dipandang oleh karyawan AS sendiri.

Sebelum ini, Oscar dilihat sebagai acara anugerah yang dianjurkan untuk memberi pengiktirafan hanya kepada karyawan AS sahaja. Namun, segalanya berubah apabila pertama kalinya pelakon lelaki Britain iaitu Charles Laughton menerima Oscar untuk Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Private Life of Henry VIII yang diterbitkan pada 1933.

Enam tahun kemudian, pelakon kulit hitam pertama berjaya memecah tembok perkauman itu apabila Hattie McDaniel menerima Oscar bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem klasik agung, Gone With The Wind.

Selepas detik itu, golongan kulit hitam khususnya, telah berjaya mendapat 52 pencalonan untuk kategori lakonan dan hanya seorang sahaja pengarah iaitu John Singleton berjaya dicalonkan bagi kategori Pengarah Terbaik melalui filem Boyz N The Hood pada 1991.

Sejarah tercatat lagi apabila pelakon legenda, Sidney Poitier menjadi pelakon kulit hitam lelaki pertama diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada 1963 menerusi filem Lilies Of The Field.

Tahun 2001 menyaksikan Denzel Washington memenangi kategori yang sama bagi filem Training Day dan seterusnya Jamie Foxx berjaya menunjukkan lakonan cemerlang sebagai penyanyi blues terkenal, Ray Charles dalam filem Ray pada tahun 2004.

Kenangan manis bagi golongan kulit hitam apabila Halle Berry mencatat sejarah menjadi pelakon kulit hitam pertama yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Monster’s Ball pada 2001. Sebelum Berry, hanya enam pelakon wanita sahaja yang berjaya dicalonkan untuk kategori itu.

Dorothy Dandridge menjadi pelakon kulit hitam wanita pertama dicalonkan untuk Oscar pada 1954 bagi filem Carmen Jones.

Oscar juga mula mengiktiraf karyawan yang datang dari negara lain apabila hasil kerja mereka mula dipandang. Ini jelas terbukti apabila pelakon jelita, Sophia Loren menjadi pelakon asing pertama memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Two Women pada 1961. Dialognya dalam filem tersebut keseluruhannya adalah di dalam bahasa Itali.

Kejayaan Loren diteruskan apabila pada 1998 oleh Roberto Benigni apabila diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Itali, Life Is Beautiful.

Sepanjang 79 tahun Oscar dianjurkan, sebanyak enam sahaja pelakon Jepun yang dicalonkan untuk Oscar. Miyoshi Umeki merupakan satu-satunya pelakon Jepun yang berjaya memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Sayonara pada 1957 dan sehingga kini tiada lagi pelakon dari Asia yang memenangi Oscar dalam kategori lakonan.

Malah, filem kebanggaan Taiwan iaitu Crouching Tiger, Hidden Dragon arahan Ang Lee berjaya dicalonkan untuk 10 kategori termasuk Filem Terbaik pada 2001. Ia mencatat rekod sebagai filem Asia pertama yang dicalonkan untuk Filem Terbaik.

Tahun lepas, memperlihatkan kehebatan Ang Lee apabila menjadi pengarah pertama dari Asia yang memenangi kategori Pengarah Terbaik menerusi filem kontroversi, Brokeback Mountain.

Ahad lalu (Isnin waktu Malaysia), Oscar yang diadakan di Kodak Theatre, Hollywood, Amerika Syarikat, mula membuka mata dan memandang tinggi karya serta bakat golongan minoriti ini apabila memperlihatkan golongan ini mula menguasai banyak pencalonan baik dari segi lakonan mahupun teknikal.

Masakan tidak, tahun ini calon bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik misalnya, hanya seorang sahaja pelakon yang merupakan anak jati Amerika iaitu Meryl Streep.

Empat calon lain merupakan mereka yang berasal dari luar Amerika iaitu Judi Dench, Helen Mirren dan Kate Winslet (England) dan Penelope Cruz (Sepanyol). Kemenangan menyaksikan Helen Mirren memenanginya menerusi filem The Queen.

Begitu juga bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Dua pelakon kulit hitam iaitu Will Smith dan Forest Whitaker turut dicalonkan dan kemenangan akhirnya berpihak kepada Whitaker menerusi wataknya sebagai seorang diktator Uganda bernama Idi Amin dalam filem The Last King Of Scotland.

Bintang baru Hollywood yang makin bersinar iaitu Jennifer Hudson turut diiktiraf melalui filem sulungnya, Dreamgirls apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan menjadikannya pelakon kulit hitam wanita ketiga diiktiraf selepas Whoopi Goldberg yang memenanginya pada 1991 bagi filem Ghost dan Hattie McDaniel.

Malah, filem hebat dari Mexico iaitu Pan’s Labyrinth berjaya memenangi empat kategori teknikal sekali gus menewaskan filem-filem hebat yang turut dicalonkan dalam kategori yang sama.

Penggubah muzik dari Argentina, Gustavo Santaolalla mencipta rekod tersendiri apabila menerima Oscar untuk kategori Skor Muzik Asal Terbaik dua tahun berturut-turut melalui filem Babel dan tahun lepas bagi filem Brokeback Mountain.

Apatah lagi, apabila filem The Departed yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik merupakan sebuah filem adaptasi dari Hong Kong iaitu Infernal Affairs.

Apa lagi yang mahu dikatakan? Rekod-rekod yang dicatatkan tahun ini sudah jelas memperlihatkan bahawa golongan minoriti ini sudah mula diterima dan bakat-bakat mereka mula dihargai.

Mungkin Hollywood tidak mahu lagi bersikap skeptikal dan mula membuka minda bahawa golongan lain juga mampu memberikan saingan hebat kepada karyawan mereka sendiri.

Mungkin juga mereka mulai sedar jika tidak diberikan peluang kepada golongan ini untuk menunjukkan bakat, industri mereka tidak akan menjadi meriah dan kurang variasi.

Sebenarnya, bukan mudah golongan minoriti menembusi tembok Hollywood. Apatah lagi apabila dinobatkan dengan Oscar, itu adalah satu pengiktirafan yang tinggi dan jelas menunjukkan usaha, keyakinan dan semangat yang tinggi amat perlu untuk golongan ini diterima dan dipandang tinggi oleh Hollywood.

Mungkin satu hari nanti, siapa tahu mungkin filem Malaysia akan diiktiraf di Oscar. Semuanya boleh terjadi jika karyawan kita sendiri bersedia untuk mengubah pemikiran untuk menghasilkan yang terbaik.

Semuanya tidak mustahil dan sebarang kemungkinan boleh terjadi. Apa yang penting adalah semangat dan keberanian untuk menembusi tembok yang menjadi penghalang kepada diri kita selama ini.

Senarai penuh pemenang Anugerah Academy Ke-79

– Filem Terbaik: The Departed

– Pengarah Terbaik: Martin Scorsese (The Departed)

– Pelakon Lelaki Terbaik: Forest Whitaker (The Last King Of Scotland)

– Pelakon Wanita Terbaik: Helen Mirren (The Queen)

– Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Alan Arkin (Little Miss Sunshine)

– Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Jennifer Hudson (Dreamgirls)

– Lakon Layar Asal Terbaik: Little Miss Sunshine

– Lakon Layar Adaptasi Terbaik: The Departed

– Sinematografi Terbaik: Pan’s Labyrinth

– Suntingan Terbaik: The Departed

– Penataan Seni Terbaik: Pan’s Labyrinth

– Rekaan Kostum Terbaik: Marie Antoinette

– Skor Muzik Asal Terbaik: Babel

– Muzik Asal Terbaik: An Inconvenient Truth

– Solekan Terbaik: Pan’s Labyrinth

– Bunyi Terbaik: Dreamgirls

– Suntingan Bunyi Terbaik: Letters From Iwo Jima

– Kesan Khas Terbaik: Pirates Of The Carribean: Dead Man’s Chest

– Filem Animasi Terbaik: Happy Feet

– Filem Asing Terbaik: The Lives Of Others (Jerman)

– Filem Dokumentari Terbaik: An Inconveniet Truth

– Filem Dokumentari Pendek Terbaik: The Blood Of Yingzhou District

– Filem Pendek Animasi Terbaik: The Danish Poet

– Filem Pendek Terbaik: West Bank Story

Utusan Malaysia

Ezann Lee In Her Most Challenging Role To Date

27 Feb

Is it the end of sweetness and light for Ezann Lee?

In what promises to be a breakthrough role, the 24-year-old MediaCorp actress will play the mentally challenged cousin of Fann Wong’s character in the serious-minded Channel 8 drama series Making Miracles.

Ezann’s role highlights the susceptibility of the intellectually disabled to sex crimes.

One of Asia’s few hospital- related dramas with scenes shot in an actual operating theatre, the show features a cast of veterans that includes Taiwanese actor John Chiang, Terence Cao, Darren Lim and Zheng Ge Ping.

Despite her nervousness at acting alongside Fann for the first time, Ezann said she learned a lot from her veteran colleague.

“She’d guide me along in some of the more emotional scenes we had to play,” Ezann said during a press conference last Friday.

Best known for her role as a lesbian in Eric Khoo’s 2005 film Be With Me, Ezann’s latest role is a departure from the characters she has played in the past.

In researching the role, Ezann spent time observing intellectually disabled students, as well as studying the South Korean film Marathon – which tells of an autistic youth training to be a marathon runner.

It remains to be seen if Ezann can emulate the success of fellow artiste Jeanette Aw, whose role as an intellectually challenged young woman in Channel 8’s Holland V (2003) won her Best Actress nominations at both 2003 and 2004’s Star Awards.

Either way, in an industry packed with promising up-and- comers such as Jeanette, Joanne Peh, Felicia Chin and Jesseca Liu, Ezann plans to continue making the best of whatever opportunities come her way.

“Actually I’m a little afraid of being stereotyped into kids’ programmes with my sweet image,” she said. “But I guess that’s something I can’t change.”

Channel News Asia

Pesan Maya Karin Untuk Linda Onn

23 Feb

Oleh: ABD. AZIZ ITAR

MAYA KARIN.

“Linda harus fokus pada gaya penampilan dirinya terutama daripada sudut solekan dan pakaian supaya boleh menarik perhatian para selebriti di laluan karpet merah.”

Begitu antara pesanan Maya Karin kepada Linda Onn yang akan memikul tanggungjawab bersama Dominic Lau mengendalikan Live From The Red Carpet pada Anugerah Academy ke-79 di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 26 Februari ini.

Tahun lalu Maya Karin terpilih melakukan tugasan yang sama. Pengacara, pelakon dan model kacukan Melayu-Jerman ini menganggap pengalaman menemu bual ramai karyawan filem di Hollywood pada anugerah itu cukup manis serta amat berharga buat dirinya.

Tentu sahaja pengalaman Maya itu boleh dikongsinya dengan Linda.

“Saya pernah bercakap dengan Linda tentang pengalaman saya sewaktu mengacarakan program itu semasa kami bertemu pada Anugerah Bintang Popular di Genting Highlands baru-baru ini,” kata Maya ketika dihubungi baru-baru ini.

Jelasnya lagi: “Saya sudah beritahu Linda, dia harus tunjukkan bahawa dia adalah pengacara dari Asia yang datang dari jauh semata-mata kerana mahu membuat liputan tentang anugerah itu.

“Kelainan wajah dan penampilan Linda mampu menarik perhatian ramai kerana orang di sana memang sukakan kelainan. Apatah bagi orang di sana wajah seperti Linda boleh dianggap sebagai eksotik,” ujar Maya.

Menurut Maya, dia turut menggunakan formula yang sama dengan cara mengutamakan soal penampilan diri bagi membezakan dirinya dengan pengacara TV yang lain.

Tambah Maya, dia telah menampilkan gaya seperti gadis yang berasal dari negara eksotik hingga mencuri perhatian ramai selebriti terkenal Hollywood.

“Saya letak bunga di tepi telinga hingga menyebabkan ramai selebriti Hollywood tertarik dengan penampilan diri saya itu,” katanya sambil ketawa.

Selain itu, Maya turut memberi penekanan tentang persediaan daripada segi pengetahuan am dan latar belakang seseorang selebriti sebelum memulakan tugas menemu ramah.

Menurutnya, Linda akan berdepan dengan pelbagai kerenah selebriti Hollywood yang ketika itu menjadi buruan puluhan wartawan dari seluruh dunia.

“Bayangkan setiap selebriti yang melalui karpet merah majlis itu akan menjadi tumpuan lebih 80 buah kamera dan wartawan yang mahu menemu bual mereka.

“Sebab itu seseorang pengacara itu harus pantas dan bijak mengajukan soalan yang bukan sahaja ringkas tetapi akan memberikan jawapan yang padat dengan informasi.

“Biasanya kita diberi tiga hingga empat soalan untuk diajukan. Setiap selebriti mempunyai pilihan untuk memilih siapa yang akan menemu bual mereka,” kata Maya.

Bagaimanapun, kata Maya, dia yakin dengan kemampuan Linda memikul tanggungjawab itu.

Kata Maya, pengalaman Linda sebagai penyampai radio selama hampir 10 tahun dan pengetahuan luasnya tentang dunia hiburan dapat membantunya menjalankan tanggung jawab itu.

“Cuma Linda harus yakin dengan penggunaan bahasa Inggerisnya,” ujarnya lagi.

Antara selebriti terkemuka yang sempat Maya temu bual pada anugerah itu tahun lalu termasuk George Clooney, Kieran Knightly dan Matt Dillon.

Powered by Utusan Malaysia

Linda Onn Jadi Pengacara Live From The Red Carpet

21 Feb

Oleh: ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Juruhebah Radio Era, Linda Onn dipilih mengendalikan program Live From The Red Carpet sempena Anugerah Academy ke-79 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 26 Februari ini.

Menerusi program terbitan saluran TV Star Movies itu, Linda akan berganding dengan pengacara program Channel V, Dominic Lau yang berpangkalan di Hong Kong bagi menemubual pelakon-pelakon filem terkemuka Hollywood.

Pengacara berasal dari Johor Bahru itu berkata, beliau tidak sabar untuk menemuramah selebriti terkenal antaranya Angelina Jolie, Brad Pitt, Cate Blanchett, Jennifer Hudson, Eddie Murphy, Mark Wahlberg dan Djimon Hounsou.

‘‘Saya gementar, takut dan seronok apabila dipilih sebagai pengacara program ini. Terima kasih kepada Star Movies kerana memberi kepercayaan kepada saya.

‘‘Ini kali pertama saya berkunjung ke AS dan menemubual para pelakon popular di laluan karpet merah,’’ katanya selepas sidang akhbar pengumuman pemilihannya itu di sini hari ini.

Beliau adalah pengacara tempatan kedua diberi peluang mengendalikan program berprestij itu selepas Maya Karin yang muncul bersama pengacara dari Hong Kong, Terrance Yin tahun lalu.

Linda dan Dominic atau lebih dikenali sebagai VJ Dom akan muncul mengendalikan segmen itu yang bakal disiarkan menerusi saluran Astro Star Movies pada 26 Februari ini, pukul 8 malam.

Sementara itu, Naib Presiden Bersekutu Star Regional (Asia Tenggara) Sdn. Bhd., Nini Yusof berkata, pemilihan Linda berdasarkan bakat, kemampuan dan pencapaian cemerlang penyampai radio tersebut.

Powered by Utusan Malaysia

Terang Dan Tebal Solekan Musim Ini

20 Feb

“SOLEKAN adalah tipu muslihat,” ujar Pengarah Mekap Artis Antarabangsa M.A.C., Nadine Luke semasa menunjukkan demonstrasi solekan dan menerangkan mengenai inspirasi serta teknik solekan terbaru musim bunga/panas M.A.C. 2007.

Gaya solekan terkini yang ditonjolkan itu lebih kepada solekan yang nampak semulajadi tanpa penggunaan warna-warna terang atau tebal. Wajah semulajadi dijangka menjadi ikutan bagi musim ini. Inilah rupa yang diingini oleh setiap wanita.

Wajah nampak tidak berat dengan solekan, sebaliknya disolek setipis mungkin. Hanya sedikit bedak asas digunakan dan kemudian ditambah dengan eleman yang memberi highlight pada wajah.

“Dengan kata lain, perasaan yang dapat digambarkan setelah mengenakan gaya solekan ini adalah kesegaran wajah,” katanya.

Nadine yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri solekan pernah memberikan sentuhan solekannya untuk pertunjukan fesyen Zac Posen, Alexander McQueen, Balenciaga dan Roberto Cavalli. Beliau juga pernah menyolek selebriti seperti Alicia Keys dan Pamela Anderson, serta terlibat dengan pertunjukan fesyen cina M.A.C. di Shanghai, China, tahun lalu.

Utusan Malaysia

EMI Mulling Sale, Demerger Of Its Recorded Music Division

19 Feb

LONDON : EMI Group, the world’s third-biggest music company, may sell or demerge its recorded music division as part of a radical overhaul of the firm to reverse falling profits, a newspaper reported.

The weekly newspaper The Observer quoted unnamed sources close to the company as saying the board was giving “serious consideration” to the plan for EMI Music after issuing its second profit warning in little over a month last Wednesday.

EMI currently plans to save 110 million pounds (163 million euros, 144 million dollars) per year.

Shares in EMI Group slumped more than 11 percent as a result of the second profits warning — their lowest level since November 2005.

Explaining its new forecast, EMI said it expected revenue at its recorded music business — EMI Music — to show a decline of about 15 percent in the year to March 31 compared with the previous 12-month period.

EMI blamed the situation on an “unprecedented” decline in US sales of compact discs.

The company, which has The Beatles, Coldplay and Janet Jackson in its catalogue, warned on January 12 that full-year revenues at EMI Music could decline year on year by approximately six to 10 percent.

Its first profit warning led to a management shake-up, including the appointment of a new chief executive of EMI Music, Eric Nicoli.

– AFP

Channel News Asia

Intai Siti Di Hollywood

18 Feb


SEMPAT bergambar romantis dengan suami tersayang.

SIAPA sebenarnya tidak berasa teruja jika berpeluang untuk berada di tengah-tengah kemuncak acara hiburan berprestij dalam dunia muzik antarabangsa.

Anugerah Grammy menjadi acara penuh gemilang tatkala nama-nama besar dalam dunia muzik dan hiburan berhimpun untuk mempersembahkan hiburan yang terbaik dan memberikan penghargaan bagi mereka yang cemerlang.

Penyanyi terkenal tempatan, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai kesempatan untuk berada di situ atas penghargaan Channel [V].

Siti menjadi wakil Asia yang diberi penghormatan untuk berjalan di atas karpet merah Anugerah Grammy ke-49 yang berlangsung di Staples Centre, Los Angeles.

Beliau layak ke anugerah berprestij itu atas tiket yang dimenangi untuk anugerah Selebriti Pakaian Terbaik di majlis Breakfast With The Stars anjuran Star World pada tahun lepas.

Sebagai rujukan untuk perhatian pihak penganjur, Star World sebelum itu turut menghantar album Transkripsi dan Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall.

Untuk bergaya di karpet merah tersebut, Siti menggunakan khidmat pereka terkenal tempatan, Datuk Bernard Chandran untuk busana yang memiliki potongan kebaya dengan sedikit modifikasi bagi menambah elemen moden.

Kesempatan tersebut juga digunakan sepenuhnya oleh Siti mendekati bintang terkenal dari situ ketika beliau menjejaki karpet merah untuk menghadiri acara penting dalam kalendar muzik antarabangsa.

Bukan itu saja, Siti yang ditemani suaminya Datuk Khalid Jiwa sudi untuk berkongsi momen manis itu bersama peminat.

Melalui Channel [V], Siti mengirimkan berita tersebut, ”Ia pengalaman yang sangat menarik dan mendebarkan. Saya agak gementar ketika berada di karpet merah tersebut.”

Acara tersebut turut menyaksikan persembahan penuh bertenaga daripada mereka yang ternama dan berbakat seperti Christina Aguilera, Beyonce, Gnarls Barkley, Red Hot Chilli Peppers dan Justin Timberlake.

”Persembahan mereka sungguh menghiburkan. Saya seronok menyaksikan persembahan tersebut terutama Chris Brown dan Shakira.

“Chris Brown sungguh bertenaga, unik dan berbeza. Gerak tarinya juga hebat. Ketika Shakira membuat persembahan, rasa-rasanya seluruh konsep pentas dan warna sangat menarik. Suara Beyonce pula sungguh memukau,” tambah Siti yang masih bercuti di Los Angeles usai acara tersebut.

Kehangatan Grammy tidak tamat di situ apabila Siti turut menghadiri parti selepas acara yang dianjurkan oleh Sony BMG.

Di parti tersebut, cerita Siti, beliau bersua muka dengan Jessica Simpson, John Mayer, John Legend, Carrie Underwood dan Slash.

”Saya juga bertembung dengan Dixie Chicks,” tambah beliau. Terlanjur berada di Los Angeles, Siti mengambil kesempatan untuk bercuti beberapa hari bagi melawat tempat menarik terutama di sekitar Hollywood seperti Walk of Fame dan Mann Chinese Theatre.

Teruja menyaksikan lebih banyak cerita Siti di Grammy dan Los Angeles? Jangan terlepas peluang untuk menjejaki Siti dalam program Popparazzi bagi mengikuti ceritanya di Los Angeles. Itu termasuk persediaannya sebelum ke acara itu.

Program tersebut juga memaparkan di sebalik tabir Grammy termasuk aktiviti di belakang pentas, parti dan banyak lagi.

Popparazzi: Siti At The Grammy di Channel [V] (saluran 72 Astro) ke udara pada 22 Februari dan 26 Februari pada 6 petang.

Sesiapa yang terlepas menonton acara tersebut pada minggu lepas masih berpeluang berbuat demikian dengan menukarkan saluran anda ke Channel [V] pada pukul 6 petang ini.

– JAM

Utusan Malaysia

Guna SMS Pilih IKON Malaysia?

16 Feb

Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

BARISAN calon bagi kategori artis berkumpulan, bergambar kenangan pada majlis mengumumkan calon akhir IKON Malaysia di Hotel Regent, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Satu lagi program realiti TV akan diadakan. Tapi kali ini bukan mencungkil bakat baru. Sebaliknya memilih IKON Malaysia bagi kategori solo dan berkumpulan daripada kalangan penyanyi yang sedia ada.

Malangnya, penganjur turut merancangkan pemilihan dibuat secara SMS (menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas) daripada penonton.

Persoalannya apakah ini satu keputusan yang terbaik?

Hakikatnya pihak penganjur harus sedar, tidak semudah itu memilih IKON Malaysia. Secara rasional, pemilihan perlulah diadili oleh juri profesional dan golongan yang arif dalam bidang seni.

Kalau sekalipun ingin berselindung di sebalik mengejar keuntungan dengan memberi alasan agar peminat seni dapat melibatkan diri dalam pemilihan IKON negara, SMS tidak wajar digunakan sama sekali.

SMS hanya akan menghasilkan pemilihan berdasarkan populariti semata-mata dan bukan bakat serta kebolehan.

Penyanyi Zainal Abidin paling lantang membantah penggunaan SMS itu pada sesi penerangan program tersebut di Hotel Regent Kuala Lumpur baru-baru ini. Zainal dikatakan secara spontan menarik diri daripada pertandingan itu. Penyanyi popular Mawi turut hadir pada sesi penerangan itu, namun terus pulang dan tidak menghadirkan diri pada sidang akhbar selepas sesi penerangan itu.

Akibatnya, pada sesi sidang akhbar, pihak penganjur, Pengarah Urusan IKON Media Group, Richard Voon, terpaksa mengeluarkan kenyataan berhati-hati apabila memberitahu pihaknya masih tidak pasti dengan penjurian IKON, sama ada menggunakan SMS atau juri profesional.

Jelasnya lagi, senarai artis yang bertanding juga mungkin berubah kerana pihaknya masih mempunyai masa sehingga Jun ini.

Senarai calon IKON Malaysia yang diberikan pihak penganjur, menimbulkan pelbagai persoalan.

Ke manakah hilangnya nama-nama besar seperti M.Nasir, Sheila Majid, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Adibah Noor bagi kategori solo?

Menurut pihak penganjur, kriteria pemilihan artis berdasarkan album yang dihasilkan sejak 18 bulan lalu, jualan album, kekerapan lagu yang disiarkan oleh stesen-stesen radio dan kemampuan mengekalkan populariti dalam bidang seni.

Kalau mengikut kriteria itu, pasti ramai yang kurang berpuas hati dengan senarai calon artis yang dipertandingkan.

Apa itu IKON Malaysia?

IKON Malaysia merupakan sebuah program anugerah muzik serantau yang melibatkan kerjasama sebahagian besar negara anggota ASEAN seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia.

Sepuluh artis solo dan sepuluh artis berkumpulan akan dicalonkan oleh setiap negara.

Seterusnya, juara antara negara bakal bersaing merebut IKON ASEAN iaitu kemuncak program berkenaan.

Di Malaysia, pemilihan artis dipertanggungjawabkan kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Sebagai penggerak awal, Malaysia akan mendahului negara-negara jirannya apabila IKON Malaysia dijangka menemui penonton pada Jun ini di stesen TV berbayar Astro. Radio Era pula dilantik sebagai penyiar rasmi IKON Malaysia.

Program ini melibatkan lima peringkat sebelum berlakunya penyingkiran setiap minggu berdasarkan persembahan artis (solo dan kumpulan).

Juara IKON Malaysia akan diketahui pada awal Ogos depan sebelum bertanding dengan juara ikon negara-negara Asean.

Senarai calon IKON Malaysia

Solo

* Adam AF2

* Awie

* Dayang Nurfaizah

* Ella

* Ezlynn

* Farah AF2

* Hattan

* Mawi

* Reshmonu

* Zainal Abidin (tarik diri)

Kumpulan

* Amuk

* Def-Gab-C

* Flop Poppy

* Jinbara

* May

* OAG

* Raihan

* Ruffedge

* Search

* VE

Powered by Utusan Malaysia

Artis Malaysia Perlu Anjakan Untuk Hebat

14 Feb

MINGGUAN Malaysia pada 11 Februari lalu mengulas mengenai Rentaq Serantau yang antara lain menyebut bahawa jika tiada artis Indonesia malam itu konsert akan jadi hambar.

Kelmarin ruangan Kak Tim (ruangan hiburan Utusan Malaysia) pula memberi komen bahawa nyanyian Amy dan Ella tidak lebih daripada muzik funfair.

Beberapa fakta akan saya ulas dalam forum ini sebagai warga Malaysia yang pernah belajar di Institusi Pengajian Tinggi Indonesia suatu ketika dulu.

Fakta pertama menyentuh Search dan Ella, kehebatan mereka tiada kurangnya bagi mereka yang mengikuti muzik rock nyanyian Klause Maine Scorpion dan Joan Jett.

Hanya sayang, mereka ini sesuai atau cocok untuk generasi macam saya berusia 35 tahun ke atas memandangkan Search dan Ella adalah dari aliran muzik rock zaman 90-an.

Bayangkanlah Mentari Merah di Ufuk Timur dinyanyikan pada tahun 2007 dan lagu itu menjadi siulan saya semasa berada di tingkatan enam pada tahun 1987 dulu serta seiring dengan God Bless, Achmad Albar atau Ian Antono (Man Kidal Indonesia) dan ‘tante’ Niki Astrea. Mereka inipun sudah kurang naik pentas di Indonesia.

Tidak adil sekiranya Radja dibandingkan dengan uncle Search dan aunty Ella di Malaysia.

Saya rasa jalan yang bagus ialah memberikan ruang kepada Pretty Ugly, Flop Poppy, OAG ruang, barangkali dapat kita lakukan perbandingan yang setara.

Jangan bandingkan Search dengan Radja dan Dewa kerana ini perbandingan yang tidak setara. Sedangkan So7 Sephia pun sudah sepi.

Begitu juga dengan Inul (penyanyi dangdut) yang dianggap mencetuskan suatu revolusi rockdut iaitu singkatan kepada rock dangdut di Indonesia.

Apa yang dilakukan oleh Inul boleh dianggap juga suatu anjakan.

Inul meninggalkan stigma penyanyi dangdut hebat lain seperti Elvy Sukaseh, Bhetaria Sonata dan seangkatan dengannya sama ada dalam nyanyian atau gerakannya (Gerak dangdut Inul tak perlu diulas lanjut).

Perkara ini juga fakta bahawa di Indonesia sendiri sudah berlaku anjakan ini.

Penampilan Inul memukul semua ‘pedangdut’ (saya pinjam Bahasa Indonesia). Wajar saja ia berada di tempatnya sekarang.

Penggiat muzik Malaysia seharusnya sudah sedar akan hal ini.

Anjakan demi anjakan diperlukan dan melakukan inovasi baru.

Seruan kerajaan agar rakyat Malaysia mestilah menjadi rakyat minda kelas pertama, inovatif, kreatif bukan hanya ditujukan kepada kakitangan kerajaan dan swasta tetapi ia termasuklah kepada golongan artis. Sama-samalah kita fikirkan.

– NOORDIN,

Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Powered by Utusan Malaysia

71 Complaints From Pregnant Women Of Unfair Dismissal In 2006

13 Feb

SINGAPORE: 71 pregnant women complained to the Ministry of Manpower last year about losing their jobs.

In a written reply to Parliament, Manpower Minister Ng Eng Hen said 36 of these cases have been concluded, 20 were withdrawn by the employees and the rest are pending investigation.

The Manpower Ministry investigated the concluded cases.

33 of the pregnant women received payment from their employers, including six who were retrenched.

But the ministry found that poor performance and misconduct were the grounds for dismissal in the other three cases.

Under the Employment Act, it is an offence to dismiss or terminate the employment of an employee during her maternity leave.

Dismissal on the grounds of pregnancy is also considered unfair dismissal under the Employment Act. – CNA/so

Channel News Asia